Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan

ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN

Email baru hj.Shaari (makrifattokkenali@gmail.com)

Kepada sesiapa yang berhajat dengan izin Allah, untuk mendalami ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan, bolehlah berinteraksi secara on-line melalui email  “makrifattokkenali.com”.

Tujuan karangan kitab ilmu Tok Kenali oleh Haji Mohd Yusof cik wook ini, bukan bertujuan untuk membicara soal ilmu feqah, kerana persoalan ilmu feqah itu, sudah didibicara oleh sebarang kitab, semerata orang dan disemerata pelusuk dunia!. Tujuan kitab ini dinukilkan, adalah bertujuan untuk membawa tuan-tuan dan puan-puan sekalian belajar bagaimana cara-cara mengenal Allah dengan erti kata sebenar-benar mengenal! dan membimbing tuan-tuan dan puan-puan sekalian cara-cara atau kaedah mengenal diri dengan sebenar-benar mengenal !. Bukan setakat beristilah, bukan setakat usul  dan sekadar selogan menyedap kata, tetapi ianya adalah sebenar-benar ilmu makrifat yang sebenar!.

Kami percaya banyak artikel-artikel, buku-buku dan pelbagai cara media cetak telah ada membicarakan tentang Ilmu Makrifat . Tetapi, percaya lah, di sini mungkin ada kelainan yang mungkin tidak ada dibicarakan di dalam sumber-sumber di atas. Maka dengan itu, sudilah kiranya saudara dan saudari semua, sama-sama mengembara dan menerokai keajiban ilmu makrifat! dan bertanya lah sekiranya ada yang tidak jelas. Kami sedia menjawab segala pertanyaan dengan izin Allah Taala.

Ilmu makrifat adalah ilmu Rohani , ilmu jiwa dan ilmu rasa. Adalah mustahil  ilmu-ilmu sebegini boleh dilihat dengan jangkauan akal manusia biasa. Ia merupakan sesuatu anugerah Allah swt  kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan tidak terdapat ilmu ini diperolihi melalui pelajaran di sekolah-sekola dan tidakpun ada di dalam sukatan mata-pelajaran, melainkan ianya ada pada dada-dada para mukmin.

Ia merupakan sesuatu ilmu anugerah Allah yang menyentuh, merobek, menyiat dan meleburkan hati. Di mana ilmu ini dapat membawa  dan membimbing kita kejalan “mati sebelum mati“. Setelah menemui ilmu mati, barulah ilmu hidup yang sebenar-benar hidup itu dapat dimengerti!.

Ilmu ini, adalah ilmu rasa, hanya orang yang minum sahaja yang akan dapat tahu manis atau masinnya air. Ilmu ini adalah ilmu mencari kaedah dan bukannya ilmu mencari faedah. Ilmu ini, adalah ilmu yang bukan mencari syurga, bukan mencari pahala atau bukan mencari ganjaran. Ilmu ini, adalah ilmu mencari ikhlas. Ilmu ini, adalah ilmu mencari “diri yang dicari!”,  yang menilik itu, adalah yang ditilik!,  yang memangil itu, adalah diri yang dipanggil. Yang menyembah itu, adalah juga diri yang disembah!.

Persoalannya, adakah anda tergolong di dalam orang-orang yang terpilih dan dianugerahi Allah dengan ilmu ini?. Bagaimana untuk mengetahui bahawa sekiranya anda tergolong di dalam kategori di atas, mari kita selaminya melalui kitab mengenal Allah dan Mengenal diri Tok Kenalil Kelantan!. Untuk mendapatkan kedua-duakitab itu, sila hubungi terus melalui talian talifon Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof  019 4444 713 atau 019 3010117 atau  017  9106011.

Sebarang komen atau teguran yang membena, amat-amat saya alu-alukan. Kitab ini, adalah nukilan makrifat atau tasauf, segala pandangan atau teguran hendaklah berlandaskan kepadanya. Jangan membuat pandangan melalui  sudut feqah. Kiranya pandangan dari sudut feqah , ia boleh melibatkan tafsiran yang tidak tepat mengikut sudut makrifat!. Makrifat itu, bidang ilmu yang halus dan dalam, hendaknya bilamana membuat teguran atau komen hendaklah terlebih dahulu pastikan yang ianya berlandaskan ilmu makrifat, bukannya pandangan dari sudut feqah. Rosaknya ilmu makrifat itu, adalah datangnya dari teguran orang feqah. Untuk itu, marilah kita sama-sama dukung ilmu makrifat dan tempatkan ia pada selayaknya ditempatkan. amin

Jenis buku

Ilmu Tok Kenali Kelantan mempunyai 2 jenis  kitab iaitu

1) Ilmu Mengenal Makrifat Tok Kenali Kelantan (Mengenal Allah)

2) Ilmu Mengenal Diri Tok Kenali Kelantan

Kitab ketiga akan menyusul tidak berapa lama lagi dengan tajuk “TERKUBURNYA ILMU MAKRIFAT TOK’ KENALI”. Sama-samalah kita tunggu kehadirannya. Yang membicarakan sebab apa ilmu makrifat itu terkubur. Sedangkan ilmu makrifat itu, adalah satu cabang ilmu yang fardhu (wajib), sebagaimana wajibnya ilmu-ilmu yang lain. Tetapi sayangnya, kemana hilangnya ilmu makrifat?. Kemanakah terkuburnya ilmu makrifat?.

Ulamak feqah hanya pandai menuduh salah atau menuduh sesatnya ilmu makrifat, tetapi sekiranya benar ilmu makrifat itu salah atau sesat, cuba ulamak-ulamak kita sekarang ini, kemukan ilmu makrifat yang benar-benar betul!.  Saya berseru kepada pakar-pakar ulamak supaya mengajar cara mengenal Allah. Cara megenal diri, cara hakikat sembahyang, cara hakikat air sembahyang, cara hakikat niat. Hakikat kalimah syhadah. Syarahan atau ceramah itu, hendaklah berdasar atau berlandaskan sudut ilmu hakikat dan makrifat!. Ramai yang sudah muak dan jemu ceramah berbentuk syariaat atau feqah. Seolah-olah agama Islam itu satu yang statik.  Mari kita sama-sama memertabatkan ilmu syariat dengan menambah nilai atau tingkatkan ilmu syariaat itu dengan nilai yang lebih tinggi melalui ilmu hakikat.

Bukan untuk meninggalkan ilmu syariaat, tetapi dalam erti kata kita menambah nilaikan imu syariaat melalui cara ilmu hakikat. Syariiat itu adalah ilmu asas. manakala ilmu makrifat itu adalah ilmu teras. Asas dan teras hendaklah bersama. Selama mana kita hendak belajar ilmu asas, dari kecil sampailahh kepada umur 70 atau 80 tahun, kita hanya disogokkan dengnan ilmu feqah atau syariiat. Bilakah agaknya masa yangn sesuai untuk kita dalami ilmu makriffat?. Apakah menunggu sehingga kita dimasukkan kedalam liang lahat. Sedarlah wahai sahabat-sahabat dan musliman serta muslimat sekalian, bahawasanya tidak akan ada seorang ustazpun yang akan datang kedalam kubur untuk mengajar tuan-tuan akan ilmu makrifat!. Sehubungan dengan itu,marilah kita belajar ilmu makrifat, semasa hayat masih dikandunng badan.   Sampai bilakah hendak kita memertabatkan imu makrifat agar kedudukkanya boleh duduk sebaris dengan ilmu feqah dan ilmu syariiat?. SAMPAI BILA?.

Kepada semua ulamak makrifat, saya mewakili guru-guru terdahulu dan bagi pihak  Arwah Tok kenali Kelantan, supaya sama-sama memperjuangkan ilmu makrifat sebaris degan perjuangan ilmu syariat. Cukuplah kita biarkan ilmu makrifat itu terkubur dengan begitu sahaja tanpa ada pembelaan. Pertaruhan dalam memperjuangkan ilmu makrifat itu, adalahh nyawa.  Patah sayap dengan paruh akan ku tongkat, demi makrifat kepada Allah. Saya dengan rasa rendah diri dan sekecil-kecil hamba, ingin menyampaikan seeruan ini kepada sekalian budiman yang ada, marilah kita sama-sama memartabatkan ilmu makrifat sebagaimana permulaan perpindahannya Baginda Rasulrullah dari Kota Mekkah ke Kota Madinah.

Baginda Rasulullah memperjuangkan asas makrifat, dengan menanam bibit-bibit makrifat kedalam hati-hati parasahabatnya seumpama apa yanng berlaku kepada sahabatnya Bilal bin Rabbah. Sehinggakan rasa percaya kepada Allah itu atau rasa makrifat kepada Allah itu, tidak terjual dengan nyawa. Tetapi, kemanakah terkuburnya ilmu makrifat itu?. Dimana dan kemanakah terkuburnya ilmu makrifat?.

Untuk mendapat jawapan itu  TUNGGULAH PENERBIATAN KITAB KETIGA HAJI SHAARI  HAJI MOHD YUSOF (019 4444 713).

Sekiranya tuan-tuan benar-benar ingin mendalami ilmu peninggalan Tok Kenali yang sebenar, milikilah rakaman vidio  ceramah Hj. Shaari. dalam bentuk DVD. Sekeping DVD beharga 10.00 dan koleksi ceramah yang terpilih ada 15 keping. Tuan-tuan tidak akan menyesal bila menontonnya. DVD ceramah itu penuh dengan ilmu yang tidak dapat disampaian melalui tulisan didalam kitab. Ikhlas dari  saya Hj. Shaari.amin

About these ads

15 comments on “Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelantan

  1. Assalamualaikum Tuan Hj shaari…..saya dari medan nak beli buku ni bagaimana caranya. Kemana saya harus transfer

    Like

  2. sms alamat, nanti sy kirim. sebelumnya fikir dulu baik2. ada orang lebih fikirkan wang ringgit dari ilmu. ramai orang yang berkehendak pada kitab, tetapi bilamana minta bayaran, mrk taku dan sayang kepada wang. jika benar2 tidak sayangkan wang, sila sms alamat nanti sy kirim dan blh byr melalui bank. amin

    Like

  3. Assalamualaikum. Salam kenal Pak Haji Shaari, saya dari Sumatera, Indonesia, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan buku-buku Ilmu Makrifat Tok kenali dan DVD Ceramah makrifatnya Bapak Haji?

    Like

  4. Salam Tuan Herdismen. Untuk mendapatkan Kitab Ilmu Makrifat Tok Kenali dan juga koleksi DVD Ceramah Makrifat, tuan bolehlah hubungi kami di talian 019-4444713 untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. Terima kasih.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s