Perbezaan antara zat, roh, jiwa, nafas, nyawa, nadi, degupan, hati, jantung, perasaan,nupus, apus, napas, tanapas dan sebagainyaa?

Terima kasih kepada puan Zaidah ditalian 013 282 2881, yang bertanyakan perkara ini pada tarikh 15hb okt.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramai diantara kita terkeliru dengan sebutan atau panggilan nama-nama tersebut. Sebenarnya kesemua sebutan nama-nama tersebut, pada hakikatnya adalah sama atau satu jua. Berbeza cuma pada loghat sebutan panggilan.

Bilamana kita berpakaian unifon Polis, orang panggil kita Polis. Bilamana kita pakai celoren askar, orang gelarkan kita tentera. Bilamana pakai baju hospital, orang panggil kita dokter. Sebenarnya yang memakai unifon itu, adalah orang yang sama. Kepada orang yang mengaji jalan torikat, mereka mendewa-dewakan nama ampus, nupus dan tanapas, sedangkan sebenarnya itu semua, adalah pangil-panggilan pada gelaran nama atau pada istilah sahaja.

Istilah itu, adalah panggil pada nama, tetapi tidak pada hakikat. Seumpama kita sebut perkataan api, bilamana sebut perkataan api, mana panasnya?. Sebut perkataan kaya, bilamana sebut perkataan kaya, mana wangnya. Sebut perkataan harimau, mana garangnya. Sebut perkataan pisau, mana tajamnya. Bahasa istilah adalah bahasa sebut atau bahasa membilang. Kenyataan pada sebutan itu, tidak ada, tidak wujud dan tidak nyata!.

Dalam hal tersebut diatas, perkataan roh, hati, jiwa, qalbu, nyawa, nafas, jantjung, nadi dan sebagainya itu, adalah hanya pada bilangan nama, yang berlainan pada lafaz bunyi sebutan, namun pada maksud hakikatnya, ia adalah tetap sama.

Semua nama-nama panggilan tersebut, boleh kita satukan dalam satu nama, iaitu dalam nama roh (zat). Semua nama-nama tersebut, berputik atau berbuah dari sebab kerana adanya roh. Kiranya tidak ada roh, semua pangilan-panggilan nama tersebut tidak terpanggil oleh sebutan bibir.
Jika ada orang yang menatakan segalapanggilan nama tersebut berasingan atau berlainan, cuba minta mereka pergi melawat orang mati. Bilamana jasad mati, apa ang tinggal dan mana yang dikatakan sebutan-sebutan itu pergi?. Yang pergi itu roh dan yang tercabut itu roh. Bilamana yang pergi itu roh, kenapa pula yang tidak ada itu denyutan nadi, nafas, gerak jantung, perasaan, apus, napus, tanapas dan lain-lain?. Kenapa yang dicabut itu roh, yang lain-lain itu juga ikut pergi?. Itu bagi mengambarkan kepada kita bahawa segala sebutan nama-nama itu, adalah hanya panggilan kepada nama roh.

Ada orang mengatakan yang Allah itu zat. Sebenarnya ingin saya berpesan kepada semua yang ada membaca laman web ini, bahawa Allah itu bukan zat. Allah itu adalah Allah. Allah itu tidak ada lain selain Allah. Perkara Zat, sifat, afaal dan asma’ itu adalah perkara yang terlatak pada sifat makhluk. Sifat itu ertinya rupa bentuk kita, afaal itu ertinya perbuatan kita, asma’ itu ertinya nama-nama kita dan zat itu ertinya roh kita!. Zat itu ertinya roh kita, zat itu bukannya roh Allah. Allah mana ada roh dan mana ada zat. perkara Zat itu, masih lagi berstatus makhluk iaitu roh.

Seumpama zat gula ada pada manis. Zat pisau ada pada tajamnya. Zat lidah ada pada rasanya. Itulah yang diertikan zat. Yang mana sifat-sifat makhluk itu, tidak pantas, tidak layak dan tidak santum dibahasakan pada Allah!. Allah itu, adalah Allah. Allah tidak ada roh dan Allah tidak ada zat!. Faham itu!.

Jawapan saya itu, adalah jawapan dari seorang yang bersifat jahil, minta orang alim memperbetulkannya!. Jangan tuan-tuan megambil faham atas jawapan saya. Anggaplah ianya sekadar halwa telinga semata-mata!. Rujuk semula kepada orang alim dan minta orang alim jawab melalui web side, supaya ramai orang yang mendapat menafaat melaluiya!.

About these ads

15 comments on “Perbezaan antara zat, roh, jiwa, nafas, nyawa, nadi, degupan, hati, jantung, perasaan,nupus, apus, napas, tanapas dan sebagainyaa?

    • Gerak berusaha, gerak berikhtiar dan gerak berfikir juga dari Allah. Bermaknanya disini, kita tidak punya ikhtiar, usaha atau akal fikiran, melainkan semua itu, adalah datangnya dari Allah. Kita berfikirpun adalah perkara yang sudah difikirkan oleh Allah sedari mula.Berfikirnya kita itu, adalah perkara yang sudah siap!.syabas dan Amin dr Hj Shaari

      Like

  1. Assalamu’alaikum Tuan,
    Minta maaf terlebih dahulu jika ada salah silap dari saya.
    1. Saya tidak setuju jika ZAT itu dikatakan ROH manusia. Saya juga tidak menyangkal ZAT itu bukan diri ALLAH.
    2. Atas dasar apa Tuan mendakwa ROH dan NYAWA adalah sama?

    Like

  2. salam,maaf atas keterlanjuran ini,
    Dengan izin ALLAH tertulis saya disini dengan menzahirkan isyarat-isyarat dari ALLAh dengan keyboard dan maklum diberi supaya diilhamkan kepada sekian makhluk untuk tunduk kepadamu YA ALLAH.
    perlu dingatkan bahawa sekiranya pisang pasti pisang,ini kerana kita kenal dan terlihat akannya.manis dari rasanya,warna dari cahayanya,besar dari sifatnya dll akan tetapi betul-betul mengenalnya pasti dari zatNYA ini kerana tidak semua berpendapat atau berpandangan yang sama,mesti ada bahasan ini kerana unikNYA zat ALLAH.Perkataan Zat itu untuk membicara akan pemahaman tanpa pemahaman tiadalah bicara.
    Sesungguhnya ALLAH adalah nama yang terbaik untuk kita memahami akanNYA untuk di tauhidkan.bole dikatan awal-awal untuk mengenal akan NYA.kerana didalam hurup A L L A H tidak sama dengan hurup Alif Lam lam Ha (Hurup arabic) walaupun bunyi sama, inilah keindahan dan kekuasaan ALLAH,pada mulanya suruh di baca/dikatakan/direnungkan dan kesimpulannya disini sebutan itu pun tidak dapat disamakan dengan mentauhidkan akan DIA. kerana pemahaman dan pernyataan tidak dapat menandingi pengetahuan ALLAH.oleh itu ALLAH mencabar untuk membuat ayat seperti AL-QURAN yang diwahyukan Oleh Nabi kita (Nabi Muhammad SAW) pasti tidak bole,ini kerana satu pernyataan tanpa afa’al,asma,sifat,zat tidak lengkap akan setiap sesuatu ditambahkan pula akan AHADNYA.
    berbalik pada situasi di atas,sekiranya tiada peringkat penerangan kita akan menghadapi kesulitan tetapi kita memandang secara keseluruhan insyaALLAH kita akan fahami.
    sebagai contoh;kirannya kita melihat mata pasti kita panggil mata,kiranya kita lihat mata,hidung,telinga,mulut pasti kita memanggil deria secara keseluruhan akan tetapi sekiranya kita melihat secara keseluruhan pada suatu tubuh/objek sudah pasti kita menggelarmya keseluruhan objek itu sbgi contoh Manusia/haiwan dll.
    Janganlah dicampur adukkan zahir dan batin ini kerana bole mengelirukan pemahaman.yang zahir dizahirkan yang batin tetap batin.sekiranya memahami zahir dan batin maka kenallah permulaan sesuatu.perlu dijelaskan jawapan tidak bole dinyatakan dengan apa jua pun ini kerana ALLAH tidak menyerupai akan sesuatu tetapi ia segalanya.

    Like

    • Sebenar-benar Allah itu, setelah tidak lagi ada makhluk, itulah Allah……………………..Allah yang sebenar-benar Allah, selagi terlihat adanya makhluk, maka Allah tidak akan dapat tuan kenal dan tidak akan dapat tuan lilhat!.amin

      Like

  3. Saya amat setujuh dengan keterangan tuan guru itu. belajar ilmu biarlah sampai ke pokok dasarnya supaya tidak keliruh. maksud saya ilmu ALLAH tiada habisnya ibarat laut ada bersampadan tetapi pengatahuan ALLAH tiada tuluk bandingannya begitu juga kelam, habis kelam kalau kita sudah mati.Pena pun apa kurangnya kalau kita menulis dengan memakai tujuh lautan dakwatpun tak akan habisnya ilmu ALLAH itu ibarat pokok kayu begitu indah depandang dengan penca inderah tetapi buat keliru aja jika tujuan kita semata mengira dari akar hinggah ke daunnya sekali. bagi saya biarlah semua itu kembali ke asalnya supaya tidak mengelirukan.Asalmula semua itu adalah satu jalan semua. perlu kita ingat apa yang ALLAH pertama cipta dari situ permulaannya semua. begitulah bila sampai hari mati kita yang bersepakat di dalam diri kita ini cuma KALAM,NAFAS,DEGUPAN JANTUNG (NADI) dengan RAHASIA ALLAH yang ada berpakat semua menjadi satu supaya aman dan damai pemergian kita.sesiapa yang dapat tahu hal ini dari yang arif beruntunglah dia dengan seuntung untungnya. satu lagi saya boleh cakap di sini sifat hidup kita panas di badan kita, sifat mati ialah sejuk di badan kita. Kita perlu ingat itu semua supaya tidak keliru semasa naja sekaratul maut.Na yang, bersepakat di sini cuma rahasiaNYA dengan ALLAH semata mata.semasa hayat yang terakhir ledah bukan lagi leper tepi menjadi bulat beratlah sudah bersuara tinggal awal suara berijmak dengan batinNYA ALLAH kembali ke awalNYA (AHAD) kosong malainkan ada jadinya wallahu ak’lam. mohon maaf jika tersalah cakap.Mohon diberi petunjuklagi dari kamu yang sudih, sekian terima kasih

    Like

  4. ALLAH betul betul ada tiada permulaan dan tiada penghujung adaNYA yang maha hidup selama lamanya. ALLAH ada malainkan tiada sabab tiada yang mengadakanNYA tetapi pada hakikatNYA DIA betul betul ada mustahil DIA tiada. Itulah yang dinafikan dan yang diisbatkan LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH yang tertulis di LAUHER MAHFUZ. ROH itulah ciptaan ALLAH yang terulong, itulah ZAT ALLAH, itulah RAHASIA ALLAH semata,itulah DIRI yang gaib (NOR MUHAMMAD)awal segala ROH (ROH namanya semasa di alam arwah) inilah kudrat iradat yang di berikan kepada kita untuk mengenal ALLAH sebagai rasa bersukur kita terhadapNYA.Terjadi dari perasaan rindu rendam rasa keinginan dan kemahuan, rasa kasih dan sayang bermulahnya dari perasaan (ZAUK) dan ZAUK,NOR yang di panggil NOR ALLAH, ZAT yang kadim. Bukan NOR sembarangan seperti cahaya lampu dan sebagainia tetapi NOR ZAUK semulah jadi adanya dan itulah hakikatnya. Inilah permulaan betul betul ZAT ALLAH. Dari NOR ZAUK inilah terjadinya NOR MUHAMMAD. Itulah kita selalu minta kepada ALLAH asal mula kita dijadikan dari perasaan enak (JAUK adanya) dan bila kita kembali begitu juga keedanya nanti. Itulah penelitian tantang ALLAH kita digalakkan olehNYA bermulah dari jatNYA. Adapun keadaan ALLAH sebenar benar cukup DIA yang tahu kerana pada mulaNYA ALLAH tidak terangkum oleh mana mana pehak, tiada sekutu, tidak boleh di umpamakan,tiada tulok bandingNYA,melainkan DIA meliputi segalah sesuatu WALLAHU AHLAM BISSAWAB cuma TUHAN saja yang tahu sekian terima kasih.
    bermula Pada hakikatnya ROH tersabut menjadi NYAWA adaNYA bilah sudah ditiup ke dalam jasad pada alam insan badan yang kasar ini. Makanya sifat inilah harus di amalkan semasa suami esteri yang sah berhubungan atau bersetubuh semasa datang rasa keinginan antara dua dengan. kalau hal ini tidak sempurna persetubuhan tidak sah menurut hukum bila juriat beserta ia terlapas dari istinja, junub dan sembahyang. kerana ketiga tiga ini takkan berpisah,iaitu sifat nafas,nyawa dan rahasia, ialah sifat yang tiga diberikan oleh ALLAH kepada kita. Dan persetubuhan tadi bukan bersetubuh,(relah antara dua belah pihak). tetapi menyetubuhi atau disetubuhi (tidak relah antara satu sama lain.)

    Like

  5. Dengan rasa rendah diri, saya mohon maaf, memang saya seorang yang bodoh ilmu. Janganlah tuan pakai dan janganlah tuan ambil faedah dari ilmu yang saya curahkan itu. Ilmu saya, memang ilmu yang teramat salah dan teramat meyimpang. Berpeganglah kepada ilmu sebagaimana yang tuan yakini.

    Saya minta tuan bimbinglah saya dan berilah saya tunjuk ajar. Dari saat ini dan dari hari ini, jika boleh saya ingin berguru dengan tuan.
    daripada haji shaari

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s