99 Nama Allah, Satu Yang Tersembunyi!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramai dikalangan kita yang hafal 99 nama Allah. Namun diantara yang ramai itu, terlebih ramai diantaranya yang tidak tahu satu nama yang teresmbunyi?

Mahukah tuan-tuan untuk mengetahuinya?. Pada pegalaman saya yang lalu atau pada pertanyaan saya yang lalu, tidak ramai yang sudi mendengar. Hanya beberapa kerat hamba Allah sahaja yang sudi membalas dan yang menghantar maklum balas mengatakan mahu!.

Inilah dunia sekarang!. Bilamana dengar sahaja ilmu makrifat, masing-masing menjauhkan diri, dengan alasan bahawa ilmu makrifat itu tinggi, dalam, sesat atau isim!. Tuan-tuan boleh lihat dengan mata kepala sendiri, selama saya memperhambakan diri dalam dunia penulisan, berapa orang sahaja yang menjawab blog saya. Sesekali terasa juga perasaan sedih atau kecewa, seumpama kerja saya ini, seperti mencurah air didaun keladi.

Apakah silap dan apakah salahnya ilmu yang saya curahkan, sehingga tidak ramai yang meminatinya?. Untuk itu, bagi  menjawab tajuk diatas, saya akan tunggu jawapan atau maklum balas tuan-tuan.

Sempena 99 nama Allah,  saya akan tunggu respon dari 99 orang, baru saya akan jawab persoalan diatas!. Bagi sesiapa yang berhajat untuk mendengarnya, ayoh layari laman web saya dan kirimkan maklumbalas!. Amin drp Hj Shaari…………………………………….

Baginda Rasulullah juga pernah merajuk selama 3 bulan dari meyampaikan tablik (meyampaikan ceramah). Rasulullah juga merajuk selama 3 bulan, selama 3 bulan juga Baginda tidak bertablik. Dalam masa bertablik, Baginda Rasulullah pernah dibaling batu, difitnah, dicaci dan dituduh mengajar ilmu syihir. Baginda Rasulullah sendiri telah difitnah dan dituduh sesat dan salah, apa lagi saya yang fakir dalam soal ilmu!. Patutlah tidak ramai yang berminat, kerana ilmu yang saya sampaikan itu, adalah ilmu yang tidak berguna. Itulah makanya blog saya, tidakl ramai yang meminatinya. Daripada membuang-buang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan kerja-kerja yang tidak diminati  ramai, adalah lebih baik saya melakukan kerja lain yang lebih diminati ramai, daripada berkaria!.

Kerana Baginda Rasulullah juga pernah merajuk, saya juga serasanya mahu merajuk sebagaimana merajuknya Baginda Rasulullah. Oleh itu saya akan merajuk dari berkaria dalam laman web atau dalam blog ini, selagi tidak dilayari oleh 99 orang. Amin drp Hj. Shaari

About these ads

24 comments on “99 Nama Allah, Satu Yang Tersembunyi!

  1. bukan1 kali 2,3 malah lebih dr itu sy akan mlayari bog ini dlm sehari,krana apa ? sy trlalu ingin memenuhi jiwa yg kosong ini,agar ia lebih bererti ,oleh itu jgn lh Tn hj berputus asa..katakn lh….

    Like

  2. Assalammualaikum,

    Tuan Guru , Sesungguhnya jahilnya kami tidak terkata , dalam mencari erti diri yang telah ternyata , ilmu dicurah bagikan permata , untuk insan yang fakir lagi binasa , untuk kembali kealam nyata . RinduNYA kami hingga pada ilmu yang berbicara ,bukan di zahir sahaja tapi untuk menyata akan hakikat rahsia . Rahsia itu adalah milikNYa bagi yang megenal binasa lah Dia dalam lautan cinta tiada terkata . Bimbinganmu membawa tauhid dijiwa ,meyelongkar alam fana ke alam baqa kembali kepada DiA yang ESA .

    bukanlah merajuk itu ,kiasannya sahaja ,untuk menguji tahap dimana ,sebenarnya rindu guru yang ternyata pada ilmu yang tidak diendah berlaka . ayuh bagunlah jiwa yang membara , mari bangun membakar yang menghalang pada JalanNYA , agar mencapai cinta yang tiada binasa untuk kembali alam NYATA .

    Ilmu diberikan umpama sinar cahaya ,yang meyinari jiwa yang kelam gelita ,untuk memanjat alam yang sudah tersedia ,agar cinta hadir padaNYA sahaja..

    Rindu kami pada mu kini , jangan senyap dalam menyepi , hingga kelam jiwa ini nanti . Sedang Nabi tiadalah menyepi dek kerana hilang orang yang disayangi , sedangkan DIA maha Mengetahui akan diriMU yang di rindui .

    Diri mu umpama lilin membakar diri , untuk memberikan cahaya yang sejati , agar jiwa kembali pada illahi ,tingginya pengorbanan itu tiada terperi , sanggup menahan sakit yang tesembunyi , tapi demi cintaMU sanggup engkau terokai ,biarpun dimaki ,dicaci pada jiwa yang tidak mengerti .

    Cinta yang diberi sungguh indah sekali , membimbing insan dalam yg tidak mengerti untuk kembali kepada cinta yang hakiki karam dalam kasih ilahi.

    Like

  3. tuan guru yang dirahmati Allah………sesungguhnya amat terharu bila mana membaca nukilan guru yang berjauh hati…..barjauh hati itu juga datang dari NYA jua….bagi mewarnai kehidupan ini…..biarlah jauh hati pergi jauh…sejauh mungkin….kembalilah tuan dengan nukilan yang tiada digedung pengajian…..yang tiada di toko toko buku……..nukilan yang tidak boleh nilai dengan matabenda…..saya sentiasa memanjatkan doa agar tuan dilimpahkan rahmat sihat sejahtera agar dapat meneruskan usaha yang tidak berpenghujung ini……mati sebelum mati…..mati sebenar-benar mati……

    Like

  4. Salam tuan guru,janganlh tuan guru merajuk.bukan tak mau membalas tp dek kerana asyik,tak tau dan tak faham sehingga terlupa utk berterima kasih..maafkn kami tuan guru.teruskanlah perjuangan tuan guru utk memartabatkn ilmu makrifat setinggi tingginya..saya percaya masih ramai diluar sana dahagakn mutiara2 kata dari tuan…Amin.

    Like

  5. Salam Ustaz,
    Smenjak mengenali dan menimba ilmu makrifat dari ustaz di Jawi 3hb lalu, saya tertunggu2 jawapan ustaz ttg yang satu selain 99 nama…….

    Saba, Kepala Batas.

    Like

  6. ustaz…

    tadi saya baru call ustaz… berikut adalah persoalan saya… yang saya tanya tadi… hampir terkedu dan hampir sebak mendengar jawapan … terima kasih ustaz…
    inilah soalan yang saya ingin kongsi dengan rakan rakan sekalian…

    Persoalan 1

    “Mula-mula Allah (nur Allah) bersendirian dialam La Takyin atau di alam Ahdah, wahdah dan alam wahdiah. Inginlah diriNya dikenal oleh sekalian makhluk Nya, maka diciptanya Nur Muhamad.”

    i.Bolehkah dikatakan Nur Muhammad adalah sumber nyawa, ibarat bahan mentah ciptaan Allah untuk untuk dijadikan sekelian makhluk?

    ii.Adakah setiap makhluk Allah mempunyai roh? Cth seperti roh, batu, kayu, cahaya, api, malaikat, syaitan, haiwan?

    iii. Jika semua makhluk mempunyai roh, apakah ada perbezaan taraf diantara roh yang ada pada malaikat, syaitan , benda , haiwan dan manusia ? sehinggakan Allah menyuruh sekelian malaikat untuk sujud/menghormati pada Nabi adam?

    Persoalan 2.

    Persoalan mengenai ketetapan dan ketentuan Allah yang telah menyusun ke semua kisah dan jalan cerita semua makhluk di muka bumi.

    Jika benar ketentuan telah pun ditulis… maka manusia sudah pun berada di syurga dan neraka.

    i. Jadi dimana letaknya tanggungjawab tugasan para rasul dan nabi untuk mengajak manusia beriman kepada allah?

    ii. Dimanakah letaknya perintah allah di dalam alquran kepada manusia sedangkan Allah dah tahu kesudahannya pada sekelian makhluk?

    iii. Dimanakah letaknya akal kurniaan Allah kepada kita untuk memilihyang baik dan buruk?

    Persoalan 3

    Di dalam kita bersyahadah..? Muhammad rasululullah dirujuk kepada siapa?… roh baginda rasulullah ataupun Nur Muhammad yang dilihat oleh Nabi Allah adam semasa celiknya baginda?

    Like

  7. Assalammualaikum. Saya pengikut baru didalam laman ini dan ternyata ilmu yg di sampaikan bukan calang-calang, ilmu yg memerlukan pemahaman yg sgt mendalam, melihat dan merenung bukan dgn mata kasar, ttp dgn mata hati. 99 nama Allah, 1 yg tersembunyi itu apa? yg tersembunyi itu pasti ada keistimewaannya, pasti besar hekmahnya maka ia di sembunyikan. Guru bertanya, saya tercari2, maka 1 yg tersembunyi itu adalah Asmaa’ul Azam…waallahu’alam. mohon tuan guru memperjelaskannya, semoga sama2 mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah semata2..Amin

    Like

  8. Salam Tuan Guru,

    Selamat & sejahtera kepada semua hendaknya. Maafkan kami kira nya Tuan Guru tersinggung kerana respon yg kurang, tapi percayalah ramai sebenarnya yg melayari blog Tuan Guru ini. Mungkin atas dasar malu bertanya atau malu memberi komen atau merasa fakir dlm memberi buah fikiran maka ramai yg bertindak berdiam diri termasuklah saya dan sesungguhnya saya akui itu kekurangan saya. Seperti juga didlm kelas-kelas dan ceramah-ceramah diluar yg lepas, ramai sebenarnya yg hadir,tetapi ramai juga sebenarnya yg bersikap malu bertanya dan memberi buah fikiran, itulah hakikat nya dan sama juga perkara yg berlaku apabila berkarya didlm dunia blogging ini. Tapi percayalah Tuan Guru, ramai sebenarnya yg melayari blog ini, cuma tidak dapat bertentang mata sahaja disini . Kami berharap, Tuan Guru akan terus berkarya disini dan bersabar sambil kami terus menyebarkan kewujudan blog ini kepada saudara-saudara lain yg tidak tahu tentang kewujudan blog ini. Seperti rakan-rakan lain, saya juga ingin mengetahui rahsia nama Allah yg satu ini. Akhir kata, maafkan saya jika ada yg menyinggung perasaan Tuan Guru dan rakan-rakan di sini.

    Terima Kasih

    Like

  9. Salam Tuan Hj Shaari,maaf Tuan hj mungkin beginilah keadaan masyarakat kita sekarang ini,ilmu faqir atau pun ilmu laduni yag Tuan Hj milik ini adalah yang amat halus dan perkataannya yg amat dalam,ilmu Faqir ini adala ilmu rahsia Nabi2 dan wali2 Allah ..pernash Nabi bersabda:
    Kami golongan para Nabi diperintahkan oleh Allah Taala kepada kami semua supaya berkata kpd manusia mengikut keupayaan penerimaan akal mereka,lagipun kalau akal mereka tidak sampai kearah memahaminya ,maka sudah tentu mereka akan menimbulkan fitnah keatas kami,
    ilmu yang Tuan Hj miliki ini adalah sepertinya mutiara yang terhidang didalam perut sang ibunya,tiada siapaun yag mengetahui nya melainkan yang berilmu dgn Allah,

    berkata Abu Hurairah (ra) daripada nabi s.aw.

    ertinya- “Tidak melebihi Abu Bakar daripada kamu dengan sebab banayak berpuasa dan tidak pula dengan sebab banyak sembahyang,tetapi dia melebihi kamu dengan sebab rahsia yang tetap didalam hatinya”

    berkata Abu Hurairah (ra) lagi:
    ” Aku memperoleh daripada Rasullah s.a.w dua buah bijana ilmu,Satu daripadanya boleh kunyatakan,manakal satu lagi ,tidak boleh kunyatakan nya,jika aku menyatakannya ,nescaya halkumku disembelih orang” riwayat Bukhari.

    mungkin beginilah zamannya ilmu mutiara indah ini dipandang sepi oleh masyarakat…tetapi saya mohon pada Tuan Hj Shaari janganlah bersedih hati,Tuan percaya ilmu Laduni ini tidak akan berhenti disini..insyaallah ..setinggi mana pun empangan yang didirikan utk menghalang dari air yang mengalir,ianya tetap akan mengalir tanpa boleh disekat..
    walaupun bilangan Anak didik atau murid yang dahagakan ilmu mutiara indah dari Tuan Hj ini bilangan masih sedikit ianya akan berkembang jua nanti…biarlah kuantiti yang sedikit namum ianya memahami dan menjadi sebati dan menjadi …darpada bilangan kuantiti yang ramai tetapi masih tidak melekat dihati mahupun memahami….percayalah Tuan Guru..walaupun bilangan yang sedikit ,namun yang sedikit inilah yang akan terus memperjuangkan dan mempertahankan ilmu ini hingga kemati…amin….maafkan saya Tuan HJ …

    Like

  10. Wahai rakan rakan yang baharu hendak mempelajari Ilmu Makrifat ini janganlah kalian membawa keluar daripada diri, kerana akan keliru nanti, untuk lebih mudah memahami bawak
    kpd DIRI namanya kaji diri…. Jangan sekali kali dibawa keluar diri…..harap maaf ye…..

    Like

  11. Asslkum….. saya MUCHLIS dr Indonesia-bandung… sy sangat mendukung skali atas blog guru….. jangan segan.. lanjutkan guru….kam menanti… wassslm

    Like

  12. Assalamualaikum, kpd semua di sini, yg tersembunyi itu tetap tersembunyi cuma zahir pada istilah sahaja.. Silakan tuan haji.

    Like

  13. tuan guru……mohon pencerahan…………tak kenal maka tak cinta…….ingat tanpa mengenali hanya sebutan keluar dibibir jahil lagi munafik…..walhal jika diusul hingga keasal…..disebalik titik sebelum titik…..sebelum kata keluarnya perkataan…..sebelum perbuatan adanya gerak……maka menyebut/zikir ALLAH yang keluar dibibir itu gerak yang diaturnya sejak di LUH HULMAHFUZ…….mati sifat…mati asma….mati zat…..

    Like

  14. Assalamualaikum.. Tuan Guru, Kalau Tuan Guru Merajok.. Sy pon merajok juga lah..ahaha.. maaf tuan Guru sy Hanya Bergurau… 1 yg trsmbunyi dari 99.. nama bg zat.. ok sy mngu penjelasan Tuan Guru degan Penuh sabar.. sambil2 mncari jwpanye.. teringgat sy kisah yg Tuan Nukil kn dlm kitan mngenal Diri tu.. Berguru degan pokok.

    Like

    • Kenapa bersusah payah nak cari yng tersembunyi, tidakkah yang nyata itu teramat nyata untuk memperlihatkan yang tersembunyi. Allah dan namanya tidak sedikitpun tersembunyi!. Bukan sebutan “satu nama Allah yang tersembunyi”, tetapi sebutan itu hendaklah disebut begini, “Nama Allah itu, tersembunyi dalam yang satu”.

      Amin drp hj shaari

      Like

  15. Assalamualaikum..tiada pekara yg sia-sia daripada YG MAHA PENCIPTA semuanye adalah sempurna lagi menyempurnakan. usah la mengeluh dengan ujian YG MAHA BERKUASA.. semuanye sudah ada sejak azali lagi..Usaha Tn Hj kejalan kebenaran yg nyata.. Ilmu yg Tn Hj sampaikan ini ibarat buah luaranye tidak menganakkan tp isinye melazatkan.. cuma bergantung pada insan yg memilih dan yg ingin megambil buah itu..kalau mata hatinye tembus sampai kedalam.. makin sedap isinye@mendalaminye. maafkan pada empunye diri jika terkasar kata terlebih bicara..Drp insan yg mati.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s