1 Nama Allah Yang Tersembunyi, Kembali Lagi !.

Nama Allah itu, ada 99 yang diketahui umum. Jadi, manakah hilangnya nama yang satu itu?.

Nampaknya ramai yang ingin megetahui satu nama Allah yang tersembunyi. Daripada carta atau graf yang ditunjuki, terdapat seramai 339 orang daripada 1500 orang yang melayari  bab itu. Daripada 1500 orang yang melayari laman web ini, hanya dua tiga kerat sahaja yang memberi maklum balas. Menandakan tidak ramai yang berminat atau berhajat kepada ilmu makrifat!.

Tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah sekalian.  Untuk menjawab persoalan ini, sekali lagi saya sarankan supaya tuan-tuan perhatikan betul-betul cerita Nabi Allah Musa dengan Bukit Thursina!.

Sebelum itu, saya ingin tuan-tuan menjadi seorang yang khasyaf terlebih dahulu, sebelum dapat mengetahui nama Allah yang tersumbunyi. Itu makanya saya sengaja mengenegah atau memperkenalkan bab Khasyaf. Supaya dengan bab khasyaf itu, tuan-tuan akan dapat melengkapkan diri bagi persediaan menerima nama Allah yang tersembunyi.  Satu nama Allah yang tersembunyi itu, memerlukan kepada khasyaf, baru boleh melilhat, menilik atau memandangnya. Persediaan untuk menerima atau untuk megetahui nama Allah yang tersembunyi itu, haruslah terlebih dahulu melalui ilmu khasyaf!.

Saya minta tuan-tuan baca semula bab yang bertajuk apa ertinya khasyaf!.  Dalam membaca bab itu, saya minta tuan-tuan perhatikan kiasan yang saya suruh tuan-tuan campakkan batu kedalam lautan atau kedalam sungai!. Jika tak faham sangat campakkandiri tuan-tuan kedalam lautan dalam, biar betul-betul mati. Hiduppun buat apa, jika Allah tidak kita kenal!.  Hidup ini, adalah bertujuan supaya Allah dapat kita kenal, jika Allah yang menjadi tujuan hidup, tidak dapat kita kenal dengan sebenar-benar kenal, apalah ertinya hidup?, adalah terlebih baik mati betul daripada hidup yang dipenuhi dengan menduakan Allah Taala (mensyirikkan Allah Taala) dalam segala bidang pekerjaan ibadat!.

Dosa syirik itu, adalah dosa yang tidak dapat diampun Allah, daripada terus-terusan hidup dengan mengumpul dosa, adalah lebih baik mati,  dengan mencampakkan diri kedalam lautan!. Lautan mana?, campakkan diri tuan-tuan kedalam lautan wajah Allah……………………………………………..

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menghayati nama Allah yang tersembunyi, tuan-tuan hendaklah ikut apa yang saya sarankan. Jika ada kelapangan masa, cuba tuan-tuan mengunjungi sungai, tasik, pantai atau mana-mana tempat yang terdapat takongan air.

Saya mahu tuan-tuan campakkan batu kedalam air. Setelah tuan-tuan campakkan batu kedalam air, saya mahu tuan-tuan fikirkan semasak-masak dan sedalam-dalamnya, bagaimana caranya supaya batu itu timbul kembali!.

Ini bukan ilmu main-main atau ilmu olok-olok!. Ini bukan hendak membudak-budak atau memperbodoh-bodohkan tuan-tuan, tetapi ini adalah cerita benar. Cuba tuan-tuan fikirkan bagaimana caranya untuk supaya batu itu kembali timbul?.

Jika tuan-tuan tidak percaya akan cerita saya ini, cuba tuan-tuan telefon kepada Ketua Polis Bahagian Jenayah, di Ibu Pejabat Polis Rompin,Pahang. Orang kedua yang tahu nama Allah yang tersembunyi itu adalah blog yang bernama “kaseh” dari Sandakan Sabah!.  Namanya saya tak ingat, tetapi saya ada mengunjungi beliau dua tahun lepas. Dia berpangkat kalau tak silap saya 3 paku, selaku ketua nombor satu bahagian jenayah di Balai Polis Rompin. Beliau tahu jawapan ini. Gunakan kebijaksanaan tuan untuk mendapatkan nombor telefon beliau. Katakan saya haji Shaari pemilik kitab hijau Tok Kenali dua tahun lepas. Seramai-ramai orang yang saya jumpa, hanya beliau sahaja yang tahu jawapan, bagaimana untuk menimbulkan semula batu yang tenggelam!.

Orang kedua yang saya temuai yang tahu jawapan nama Allah yang tersembunyi, adalah laman web yang bernama “kasih”, seorang perempuan dari Sandakan Sabah!. Biarpun seorang perempuan, tetapi beliau tahu akan jawapannya!. hubungilah beliau!………………

Cuba tuan-tuan fikir-fikirkan…………………………… dan sila beri jawapan………………………………….

Jam sudah menunjukkan pukul 9.57 malam. Sebentar lagi saya nak bersiap-siap kelapangan terbang antara bangsa KLIA untuk ke Sabah. Saya ada menerima undangan ceramah di Sabah oleh Ketua Agama Islam nombor satu Sabah. Bagi orang tawau, esok  tunggu saya di kediaman TYT. Saya adakan ceramah dikediaman beliau selepas magrib.

Jadi saya tinggalkan dulu dengan satu pesanan. Pesanan saya supaya tuan-tuan campakkan batu kedalam air biar sampai kembali timbul. Jika kembali timbul, itulah nama Allah yang tersembunyi. Jika payah atau payah sangat nak cari jawapan, sila hubungi Tuan Polis bahagian jenayah di Rompin.  Kiranya beliau sudah berpindah kebalai lain, cuba dapatkan nombor telefon balai baru tempat beliau pindah, sebab saya jumpa beliau sudah dua tahun lepas, semasa pesta pantai Rompin!.

Itu makanya saya mengajak tuan-tuan supaya terlebih dahulu belajar ilmu khasyaf. Jika tidak khasyaf, mana mungkin dapat melihat perkara yang tersembunyi?. Yang zahir hanya melalui zahir dan yang batin itu, hanya batin yang dapat melihat batin. Selagi tuan-tuan masih lagi menunggangi mata zahir, mana mungkin dapat melihat perkara yang ghaib atau yang teresmbunyi!. Untuk itu cari, korek, gali dan selamilah ilmu khasfyaf!.

Saya minta tuan-tuan selami dan hayati semula kisah Nabi Allah Musa dengan Bukit Thursina. Untuk Musa melihat Allah, hendaklah terlebih dahulu, menghilangkan bukit Thursina. Selagi terlihat atau terpandang bukit, Allah tidak akan dapat dillihat oleh Nabi Musa, setelah tidak lagi terlihat bukit Thursina, barulah wajah Allah dan nama yang tersembunyi, dapat dililhat!. Sama kiasanya dengan membuang batu kedalam sungai, sampai batu kembali timbul!.

Fikir-fikirkan dan mari kita sama-sama menjawab. Saya tak suka kiranya tuan-tuan tidak memberi respon, seolah-olah saya bercakap satu hala.

Izinkan saya bersiap-siap untuk ke Airport, sahabat-sahabat saya sudah menunggu disana. Kepada Pak Abu Wali Allah dari Melaka, sanggup datang dari Melaka semata-mata untuk menghantar saya ke Sabah. Sudah berulag kali saya halang, supaya jangan datang, tapi beliau mahu juga datang. Terima Kasih atas keikhlasan itu. Sebagaimana ikhlasnya Mohd Yusof mengurut tuboh Tok Selehong. Sambil mengurut tubuh Tok Selehong, secara tidak sedar, Tok Selehong dengan secara tak sedar telah mengajar atau telah bercerita perkara-perkara yang tidak pernah diajar semasa dikhalayak murid yang ramai.

Pak Abu dari Melaka, saya bukan Tok Selehong yag punya ilmu untuk dicurahkan, semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik tuan. amin drp hj Shaari

About these ads

41 comments on “1 Nama Allah Yang Tersembunyi, Kembali Lagi !.

  1. Salam Ustaz..nak tanya ni..kalau masih lagi kita bergantung kepada nama, tidak kah kita masih tidak mengenal Allah lagi? betul ke ustaz??

    Like

  2. Ini salah….nama Allah hanyalah 99 seperti mana yang disebut oleh baginda rasul SAW sendiri:

    Sabda Rasulullah sallALLAHu alaihi wasallam:

    “Sesungguhnya ALLAH memiliki 99 nama, seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghafalnya) akan masuk syurga.” [1]

    [1] Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari no: 7392 (Kitab Tauhid, Bab Sesungguhnya ALLAH memiliki 100 nama kurang satu). Dalam kurungan adalah salah satu daripada lafaz Muslim, lihat Sahih Muslim no: 2677.

    Harap boleh perbetulkan artikel ini atau ditarik balik

    wallahua’lam

    Like

    • tidak perlu sampai ditarik balik!. banyak riwayat banyak ilmu, riwayat muslim, 100 manakala riwayat lain 3000 dan riwayat lain entah berapa. Jgn taksub kpd nama. Cuba tuan baca saheh orang lain pula!. Itu hanya bahasa kiasan. sesungguhnya nama Allah itu tak terhitung. Yang penting kita mengenal nama yang satu. Nama-nama yang banyak itu terhimpun dalam nama yang satu. drp hj shaari

      Like

      • Kalau begitu sila berikan kitab sahih riwayat mana yang korang jadi kan rujukan?
        Tiada siapa yang taksub pada mana mana nama…yang penting sumber ilmu itu mestilah benar bersandarkan AlQuran dan hadis yang sohih….

        Jangan korang ambik hadis dari riwayat tok guru sesat , israiliyat, puak syiah dan yang seerti dengannya….

        Emrano,

        Apa pula kaitan burung kakak tua boleh menghafal ni? Apakah bila burung kakak tua boleh menghafal maka ilmu itu dikira benar? Sila berikan dari sanad mana kamu ambil riwayat dari saidina ali tersebut…

        Like

  3. Salam saudara ikhwan…blog ni untuk fahaman pengajian orang2 Tauhid, bukan tuk org Fahaman Feqah, kalau tak seiring fahaman susah…dan saya nasihatkan jangan masuk dlm blog ni kalau untuk mempertikaikan atau berdebad, apa yg boleh saya nasihatkan ikuti terlebih dahulu dan bawak sembahyang hajat…minta pada Allah tunjukkan jalan yg benar, yg lurus lagi diredhoi….Ilmu Allah itu luas laksana lautan tak bertepi…adalah amat rugi kalau dibawa berdebat…ikuti dahulu, lalui juga walau HATI mengatakan tak benar, sesat, inilah yang menyebabkan HIJAB untuk kita terus mendalami ILMU MAKRIFAH ini……wallahualam.

    Like

    • salam saudari latifah….saya ni bukan pakar atau ahli didalam mana mana bidang agama…saya cuma mahu cari kebenaran….fahaman saya bukan faham tauhid sahaja atau fekah sahaja…tetapi fahaman saya adalah faham Islam yang merangkumi keduanya dan banyak lagi…

      Dan apakah yang menentukan kebenaran itu…sudah tentu kita mesti berbalik kepada AlQuran dan Sunnah.
      Saya amat meragui fahaman kumpulan saudari ini…kerana apa? Saya lihat kitab kitab muktabar sebagai contoh dari anak murid kesayangan Tok Kenali sendiri iaitu AlUstaz Idris AlMarbawi, tiada pula dibahaskan perkara perkara sebegini.

      Jadi silalah tegakkan Hujah jika sekiranya kamu semua di pihak yang benar.

      Harap Faham

      Like

  4. apa yg kita tidak tahu jgn di kata salah,,apa yg kita tahu jangan di anggap mudah..oleh itu belajarlah apa yg kita tidak tahu supaya kita tidak trkeliru

    Like

  5. salam utk semua…..dari ALLAH kpd ALLAH…WAHAI saudara yg bernama ikhwan jgn mudah menghukum org….bwa2 la bertaubat jgn kamu bersanadarkan pd ilmu dan amalan,hendaklah kamu bersandarkan kpd ALLAH….apa guna ilmu walapun tjh lautan dan amalan 100 thn sekali pun henadak dibawa kemana?sedangkan kita tdk mengenal tuan empunya ilmu dan tuan empuya amalan….renungkanlah wahai saudaraku yg dikasihi……

    Like

    • waalaikumussallam!!! saudara2 ku semua……..nak tanya nih…tuan2 pernah ke dengar lagu nyanyian DATO M.NASIR?alaaaaaaa…..lagu yg tajuknya “TANYA SAMA ITU HUD-HUD”….apa dia kata?ada 73 jalan…tapi hanya 1 jalan…cuba kita amati seni katanya…saya pasti tuan2 faham maksud hanya 1 jalan……jadi apa nak diheran sangat pada saudara ikhwan nihhhhhh…..biarlah dia dgn jalannya……….harap2 jgn salah pilih jln sudahlerrrrrr…lain jln kesyurga……..
      kita tanya lagi….siapa yg memberi dan menyambut salam??????kalau jwb aku yg memberi dan aku juga yg menjawab…….tanya lagi…aku yang mana????jangan tersilap AKU……syirik jadinya…..wallahualam…….

      ****maaf tuan guru yg amat dikasihi……diatas celoteh saya ini……

      Like

  6. Jangan mudah menghukum orang lain sesat…bukankah Allah Taala sahaja yang boleh menghukum…harus dikikis sikap ujub diri…

    Kenal Allah dengan sebenar -benar kenal…dengan sebenar-benar yakin… Dari kitab Khatab Al-Habib Thahir Bin Husain :-

    “Fa’lamu ayyuhal ikhwanu annal ashla wal asasa huwa ma’rifatul ma’bud qablal ‘ibadati wadzaa lika haqiiqatu ma’nasy syahadati”

    Maksudnya: Ketahuilah oleh kamu asal agama iaitu mengetahui Tuhan yang disembah sebelumnya membuat ibadah padaNya dan mengetahui itu hakikat makna kalimah syahadah”

    “Awaluddin Ma’rifatullah”

    Like

  7. Kau masih menduga sehingga kini
    Andai ku bersenda dengan teka teki
    Seribu bayangan aku gambarkan
    Masih lagi kau tak mengerti

    Sedalamnya lautan tingginya bulan
    Bisa disentuh dengan pengetahuan
    Sepahitnya henpedu bisa ditelan
    Jika itulah penawarnya

    Inikan pula perasaan
    Yang lahir dari jiwa
    Dan kita sama sama merasa
    Denyut kasihnya

    Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
    Tapi curiga kau kan tersalah sangka
    Kerana kita rasa bangga bila dipuja
    Dan rasa keji bila dihina

    Kerna kita menolak segala bencana
    Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
    Sedangkan semua ini adalah takdirNya
    Dan kita harus bersyukur sentiasa

    Bukannya teka teki gurauan hati
    Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
    Bukan mudah mencari kasih abadi
    Dalam terang ia sembunyi

    Like

  8. kami pemuda semporna dan tawau menanti ilmu dari tuan hj untuk kami jadikan bekalan dunia dan akhirat …kepada pembaca blog ini kita ada permata yg bersinar dan sukar diperolehi maka peliharanya dengan sebaik mungkin agar hidupmu aman dan makmur disana..Amin.. Terima kasih tuan hj sangat2..Dan jangan lupa beli buku Mengenal diri dan Allah untuk bahan bacaan dan pedoman kita ..insyaAllah

    Like

    • Kepada sahabat di Sempurna, sandakan dan Tawau, musyibah yang Allah datangkan dikawasan tuan itu, bukan suatu musyibah tetapi rahmat Allah, supaya kita terlihat kebesaran dan kekayaan Allah, atas segala keburukkan itu!.

      Sebelum peluru menembusi jasad kita, Allah sudah terlebih dahulu menembusinya diluh hul mahfuz. Untuk itu jangan takut dan gentar, Tak bergerak sebesar zarah, jika tidak seizin Allah.Saya ke sandakan selama satu minggu bermula dari 4hb April sampao 10 April. amin drp hj shaari

      Like

  9. Assalamualaikum..Hj saya nak tnya..Hj ada britahu dkt komen di atas bhawa Hj akan ke Sandakan 4 hingga 10 april ni..ada ceramah kha?? klu ada sya nak tahu d mna cramah yg tuan akan buat.. dan trima kasih untuk entri nya..amat bermakna..
    Sekian

    Like

  10. Awal agama mengenal Allah dan awal mengenal Allah mengenal Diri,,,,,ALLAH Bersembunyi di alam terang ….. maka pasti Wujudnya nyata,,,,,,sesuatu yang mempunyai nama ( Ke 100 ) pasti ada Wujudnya……dia yang awal,akhir,zahir, dan batin

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s