Cara Mempercayai Takdir Buruk Dan Baik?.

Bagi menjawab pertanyaan saudara yang bernombor talipon  013-2274 097, bertarikh 4hb Nov. jam. 5.37 ptg. Pertanyaan yang berbunyi, “salam ustaz shaari, boleh ustaz tulis tentang takdir,saya nie asyik mengeluh ejer ttg takdir. boleh ke ustaz tolong?.

Pada jam 10.30 mlm, tanggal 8hbDec, tergerak hati saya untuk menjawab pertanyaan itu. Tak terbendung ilmu didadasaya untuk melimpah keluar!. Seumpama mengalirnya air sungai, biarpun dibendung, dia tetapkan melimpah. Begitulah ilmu yang ada dalam dada saya ini, bilamana ia mahu keluar, ianya tidak boleh dibendung!.

Pada mulanya saya ingin megarang bab ini pada jam 10.30 mlm, malangnya tidak ada line internet dikawasan itu (linenya tidak gagah), lalu saya saya keluar mencari sebuah restaurant mamak untuk melimpahkan air sungai ini, mudah-mudahan ianya sampai kemuara hati tuan-tuan disamping menjawab pertanyaan sahabat!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sudah sekian lama kita membicarakan soal takdir (buruk dan baik). Malahan ini adalah termasuk dalam rukun iman yang keenam!.

Dalam bahasa arab, ianya berbunyi mempercayai qadar dan qado. Dalam bahasa melayu ianya berbunyi mempercayai ketentuan Allah, samaada untung buruk atau untung baik.

Jam menunjukkan pukul 12.45 tengah malam, untuk mengelak dari tulisan ini tiba-tiba hilang,  izinkan saya mengarang bab ini melalui documents dan akan saya transfer, setelah selesai!.

Sebelum itu, untuk menjawab soalan untung baik dan untung buru itu, saya minta tuan-tuan potong seutas benang sekira-kira sejengkal!. Dengan hormatnya, saya minta tuan-tuan letakkan benang secara menegak diatas kertas putih.

Sesudah diletak diatas kertas putih dengan keadaan benang menegak seumpama huruf “alif”. Kemudian dengan menggunakan benang yang sama, saya mahu tuan-tuan buat pula bentuk hurub ba. Sesudah huruf “ba”, buat pula “ta” dan begitulah seterusnya sampai kepada huruf “ya”.

Dengan berbuat begitu, akan terjawablah segala persoalan untung baik dan untung buruk yang selama ini diperdebatkan sedari zaman dahulu kala sampai hari ini dan sampai kepada hari kiamat, tidak akan sudah-sudahnya.

Biarpun  kiamat dunia ini sebanyak 67 kali sekalipun, persoalan ini tidak akan tamat, tidak akan terjawab dan tidak akan ada penyudahnya!, seumpama perumpamaan mana dahulu diantara telur ayam dengan ibu ayam!. Namun pada hari ini, ilmu Tok Kenali akan menamatkan pencarian tuan-tuan!. Tuan-tuan tidak perlu tunggu dunia ini kiamat untuk menjawab soalan itu!. Saya akan jawab pertanyaan atau soalan itu, hanya melalui seutas benang yang panjangnya sejengkal!.

Soal untung baik dan untung buruk dan soal takdir baik dan takdir buruk atau soal ketentuan Allah baik dan buruk atas diri kita itu, akan saya jawab hanya melalui seutas benang!. Barang siapa diantara kita yang ada jawapan dan yang faham perumpamaan benang, sila kemukan jawapan  tuan-tuan untuk kita kongsi bersama. Saya tunggu jawapan tuan-tuan sebelum saya jawab pertanyaan itu?………………………….Sila kemukana jawapan tuan-tuan, apakah maksud perumpamaan benang?…………………………………….

Barang siapa megetahui rahsia disebalik benang, dia akan dengan sendirinyanya akan hilang rasa resah, rasa tidak puas hati, rasa kecewa dan rasa tidak tenang. Malahan barang siapa yang megetahui akan rahsia benang, disitulah tuan-tuan akan jumpa pengertian sebenar perkataan ikhlas, redho dan sabar. Dengan hanya megetahui rahsia benang, tuan-tuan akan dapat belajar sebenar-benar erti ikhlas, sabar dan redha!.

Jam 1.11 pagi, saya henti mengarang melalui blog ini, saya nak sambung mengarang melalui documents, bagi mengelak karangan ini hilang secara tiba-tiba!. Jika ianya hilang, untuk mengarangnya semula, ianya tidak sama dengan idea yang mula-mula!. Jawab soalan saya dulu ya……………………….

jam 10.56 tanggal 12 Dic

Belum habis saya cerita bab buruk baik, ada salah seorang pembaca blog yang mengatakan begini bunyinya “kiranya baik buruk dari Allah, bagaimanakah kiranya adik beradik saya kena rogol?. Apakah saya katakan yang ianya juga baik?”

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah. Inilah payahnya bilamana kita berhadapan dengan orang yang berpengajian feqah. Tahunya menghukum, itu salah dan ini tidak benar!.

Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya. Bilamana berlakunya perkara baik, semua dikalangnan kita, akan mengata yang ianya datang dari Allah!.

Bilamana berlakuk perkara buruk, apakah ada Allah lain?. Apakah ada Allah lain yanng mencipta buru7k?. Cuba jawab. cuba jawab dan cuba jawab?………………..

Ayat Quraan ada mengatakan bahawa “Kul Kullun Minindillah” (buruk dan baik itu, dari Allah). Baik dari Allah, apakah buruk itu, ada Allah lain yang buat?…………………..

Sebenarnya Allah tidak suruh kita lihat perkara buruk baik. Buruk dan baik itu, telah Allah cipta, telah Allah karang sekeripnya sedari alam Luh Hul Mahfuz. Apa-apa yang berlaku  itu, adalah hasil dari karangan yang sudah siap Allah cipta!.

Yang Allah suruh kita tilik dan lihat itu, bukan buruk atau baiknya,  Allah suruh kita lihat kepada titik yang disebalik huruf (lihat Allah disebalik buruk baik). Cuba baca karangan saya mengenai mengenal Allah melalui sejengkal benang dan kenal Allah melalui titik nokhtah!……………………….

Orang-orang beginilah yang banyak mematahkan semangat saya untuk terus berkaria. Dikerana kerbau seekor, habis orang lain tidak dapat ilmu. Saya tidak mahu orang menfitnah ilmu saya. Bilamana ada orang menfitnah, jadi saya tidak mahu menimbulkan lagi banyak fitnah, jadi lebih baik saya berdiam diri daripada lebih banyak fitnah!

Jadi kita lupakan sahaja bab ini, kerana sudah ada orang yang menghukum salah. Belum apa-apa, sudah hukum salah, jadi kita berhentikan sahaja bab ini disini. Supaya tidak timbul lebih fitnah!………………………

About these ads

4 comments on “Cara Mempercayai Takdir Buruk Dan Baik?.

  1. Assalamualaikom wbt. Tuan guru dan keluarga yang dikasihi lagi dihormati.

    Sekarang pukul 1.21 pagi 9.12.12. baru balik berjumpa Tuan guru Pak Din dan Tok Kenali di Sg Buloh. Teringat untuk menatap blog tuan, rupanya ada cerita baru yang telah di poskan. Alhamdulillah saya orang yang pertama memberi respon.

    Setelah di amati dan dibawa ke diri, nyatalah benang itu umpama diri kita yang bolih di bentok mengikut kemahuan tuannya, kalau mahu di tegak, tegaklah dia, jika mahu dibengkok, bengkoklah dia, jika mahu direndam, basahlah dia, jika mahu di bakar, hangus binasalah dia. Benang hanya mengikut apa kemahuan tuannya. Benang itu tak berupaya untuk berbantah kerana dia tiada apa-apa kuasa untuk menolak dan menerima sahaja, untung baik, jadilah baik dan untung jahat jadilah jahat. Benang wajib kena patuh walaupun dia suka atau tidak suka.

    Begitulah iktibarnya pada kita, tidak berupaya untuk menolaknya samaada perkara itu buruk atau pun baik. Semuanya telah di tentukan olih Yang Maha Kuasa sejak Azali, sejak di Loh Hul Mahfuz lagi. Dengan kerana itu maka redholah kita dan ikhlas kita, kerna sesungguhnya kita ini sudah tidak ada dan sudah binasa, yang ada itu hanya Dia. Dialah penentu segalanya. Itulah ikhlas namanya kerana yang membuat itu pun Dia dan yang kena buat itu pun Dia. Jadinya tidak ada apa-apa lagi yang nak di risau, nak di bimbang, nak di pening, nak diresah, nak di sakit hati dan segalanya kerana itu adalah Afaalnya semata.

    Demikianlah firasat saya wahai tuan guru ku. Dari Saya yang Bukannya saya. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Amin.

    Like

  2. Assalamualaikum…..Tuan Haji,
    Jangan merasa sedih dan berputus asa …..maafkanlah mereka itu ,
    sesungguhnya mereka tidak tahu dan tidak faham ……………….
    jadi jangan pedulikan kata kata mereka itu.
    teruskan perjuangan…………………….

    Like

  3. Assalamualaikum…Tuan Guru, Bagi saya persoalan td tu sudah Tuan Guru Jawab & Terjawab degan jelas. ini pjlelasan Tuan Guru.. Di sebalik org yg persoalkn adik kena rogol…Kiasan yg cukup mndalam. ini jwpan yg Tuan Guru Jelaskan …Bila mana berlaku perkara baik kbnyakan di antara kita akan mngata baik itu datang dari Allah swt, Bila mana Berlaku perkara buruk kbnyakan kita berkata sebalik nye.. Adakah Allah lain yg mndatang perkara buruk? jawapannye tiada Allah lain.. Kul kullun Minindillah (Buruk & baik itu dari Allah). Maaf Tuan Guru itu kefahaman yg sy dpt fhm dari mneliti mksud di sblik mksud. Suka Cita nye sy kenal kn Diri Saya, saya Shabre Dari Tnah Merah.. Sy Di Bimbing Oleh Tuan Guru Sikal iaitu adinda Tuan Guru..Terima Kasih Tuan Guru. Tangal 03April2013 ape yg telah terbuku dgn penuh persoalan ape yg di bawa & ape yg cuba sy fahami Tentang kembali kn semula hak mutlak Allah swt, Alhamdulilah Tuan Guru Sikal Hari ni sudah MENGIAKAN ape kefahaman yg sy Fahaman. Rahsia Allah. Alhamdulillah setinggi syukur kepada Allah sy panjatkan. Maaf Tuan Guru sekiranye sy Terlebih berbicara.. sy baru bertatih.. degan rendah diri di atas kbodohan & kejahilan sy mohon Tlg Tuan Guru pimpin sy. WALLAHHUWAKLAM…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s