Bolehkan untuk kita melihat roh?………………..

Bilamana ada orang bertanya untuk melihat roh!. Katakanlah kepada merek , bagaimana cara untuk melihat roh, sedangkan yang melihat itu, adalah roh!.

Mereka minta untuk melihat, menilik dan untuk menengok roh!. Kita tidak perlu melihat, menilik atau menengok roh. Kerana apa kita tidak boleh melihat roh?, kerana yang melihat itu sendiri adalah roh.

Cuba tuan-tuan tengok orang mati. Tidakkah orang mati itu ada mata!. Sungguhpun orang mati itu ada mata, apakah mereka itu boleh melihat?. Sudah tentu orang mati tidak boleh melihat biarpun mereka ada mata!. Itu tandanya sungguhpun ada mata, mata tidak boleh untuk melihat melainak kerana adanya roh.

Oleh itu, sebnar-benar yang melihat itu, bukan mata tetapi yang sebenar-benar melihat itu, adalah roh.  Roh lah yang sebenar-benar melihat!.  Mata tidak sedikitpun boleh melihat jika tidak ada roh.

Jadi roh tidak perlu dilihat atau dicari , kerana yang melihat, mendengar, berkata-kata itu sendiri itu,  adalah kerana adanya roh. Persoalannya siapakah roh?…………………………………….

Hj. Shaari Di Masjid Besar Al-Muttaqin Wangsa Malawati K.Lumpur

Para sahabat yang berhajat nak berkenal-kenalan dan bertemu mata dengan saya serta bersoal jawab mengenal Kitab Makrifat dan Kitab Mengenal Diri To Kenali, sila datanglah beramai-ramai di:

Tempat:     Masjid Al – Muttaqin Jln, Wangsa Mlawati 6, Wangsa Malawati, 53300, K. Lumpur

Tarikh   :      7hb Julai 2013

Masa    :      Bermula selepas zuhur sehingga 6.00 petang

Rujuk  :      Ananda Mahadi  melalui talian  016- 2891695

Pada belah malamnya saya berada di Pelabuhan Kelang yang alamatnya adalah seperti dibawah:

Masa    :      Selepas Maghrib

Alamat :     Surau Ehwal Muslimin

Perumahan(Kuartes) KTM

Jalan Kastam,Pelabuhan Kelang

Selangor.

Syarat  :       Datanglah dengan berlapang dada (dada yang kosong). Jangan bawa gelas yang penuh. Saya mahu, tetamu yang datang itu, bawalah diri yang mati, jangan sekali-kali bawa diri yang hdup!amin drp hj shaari

Esuk  29hb Jun (Sabtu), saya berada di  n0: 29, Jln. Meranti 1, Bandar Utama Batang Kali, rujuk kepada 0111 5304445

Kemana Hilangnya Makrifat

sedutan dari karangan penulis blog wira satria. inilah sebab hilangnya ilmu makrifat

Orang makrifat tidak perlu kepada segala sesuatu kerana dia telah MATI ! Manakala penguasa berkehendak kepada kuasa dan tidak ingin mati! Pertembungan dua sifat yang bertentangan !
Masakan orang yang mengejar dan berkehendakkan kuasa ingin MATI ? Kalau ingin MATI, tak perlu bersusah payah mengejar dan mencari kuasa! Bagaimana ingin menguruskan “manusia hidup” kalau diri sendiri telah MATI ? Orang MATI tak perlu apa-apa lagi yang perlu diuruskan termasuk dirinya sendiri.Justeru itu, tidak perlulah kita mengharapkan mana-mana kerajaan memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum. Sememangnya mereka tidak akan memperkenalkannya kerana mereka memang tidak mahu !! Jika mereka mahu, itu tandanya, mereka telah tidak lagi jadi penguasa! Mereka telah letak jawatan atau mungkin juga mereka telah MATI ! Selagi mereka berkehendakkan kuasa, selagi itulah kita tidak boleh mengharapkan mereka menyampaikan ilmu ini kepada umum.

Sebaiknya, kitalah yang patut melantik diri kita menjadi anggota kerajaan, di dalam “kerajaan diri” kita sendiri. Sememangnya kita sebahagian dari kerajaan. Jika tuan, puan, abang, kakak, saudara, saudari, datuk, nenek semuanya bersatu dalam kesatuan diri kita, maka kitalah kerajaan itu. Kitalah Kerajaan Orang Mati.
Kitalah yang perlu mengembangkan ilmu makrifat ini kepada masyarakat umum yang ingin sama-sama mengecapi nikmat MATI melalui ilmu makrifat. Berikan kepada sesiapa yang mahu MATI, yang tidak mahu, jangan dipaksa ; لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ : Tidak ada paksaan dalam agama ( Albaqarah : 256). Mahu atau tidak bukan kita yang menentukannya. Faham atau tidak bukan kita juga yang menentukannya. Tuhan itulah yang memberi faham kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tugas kita, zahirkan saja.
Tidak perlu lagi mengharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak penguasa sekalipun. Para pemimpin dan para penguasa di semua peringkat pimpinan, baik di kampung, di daerah, di jabatan, di kementerian, di negeri, di negara, di dalam persatuan, di dalam sekolah, di dalam organisasi, di dalam penjara, malah di dalam masjid sekalipun tidak terlepas dari tipu daya dan dakyah puak-puak NWO ini. Diri kita yang kerdil ini telah diracun dengan pelbagai penyakit samada penyakit fizikal, penyakit minda ataupun penyakit spiritual oleh puak-puak NWO ini.
Dari sudut yang lain, bagaimana mungkin para penguasa dapat memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum jika mereka SAKIT ? Para penguasa itu sama seperti kita, manusia kerdil yang telah diracun pemikirannya, diracun jasadnya, diracun jiwanya, diracun makanannya, diracun agamanya. Mungkin ada di antara para penguasa ini terdiri dari keluarga kita, adik-adik kita, anak-anak kita, saudara mara kita, malah mungkin diri kita yang sedang membaca inipun adalah seorang penguasa.

Mari Berkalimah Dgn Maksud “MENGETAHUI”

KALIMAH SYAHADAH

Sebelum berkalimah syahadah, terlebih dahulu marilah bersama-sama kita memohon petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t, agar lafaz yang terkeluar dari kalam bibir kita itu, dipersetujui, diperkenan dan diredhai Allah s.w.t.

Bagi mendapatkan perkenan atau persetujuan Allah s.w.t, hendaklah terlebih dahulu kita tanya kepada diri kita sendiri, apakah kalimah syahadah yang telah berlangsung di kalam bibir kita itu, dihayati dengan sajian  ilmu atau berlangsung dengan sekadar dendangan alunan suara  bibir?.

Hanya hati mereka-mereka yang ditunjuki, dianugerah dan yang dikehendaki  Allah s.w.t sahaja yang dapat membuka simpulan iman yang tersembunyi di sebalik kalimah syahadah. Allah s.w.t sahaja yang dapat membuka simpulan iman itu dan hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat  memberi petunjuk ke arah mengetahui rahsia di sebalik syahadah.

Simpulan iman yang tersimpul di sebalik syahadah itu, teramat sulit untuk dibuka oleh akal. Syahadah itu, tersimpul disebalik simpulan iman. Simpulan iman itu tersimpul di dalam  kalimah  “tahu“  tetapi tidak  “mengetahui” (kenal). Perkataan tahu itu, adalah  simpulan yang tersimpul di sebalik khayalan akal  atau hanya sekadar angan-angan.

Maksud Lafaz Syahadah Yang Sebenar

Terjemahan sebenar kalimah La Ila haillah” itu, adalah bermaksud “Aku mengetahui  tiada lain melainkan hanya Allah”. Jika tidak kita faham dan tidak kita ketahui  makna di sebalik   maksud, seberapa banyak sekalipun kita menyebut perkataan bersaksi atau  kita menyebut perkataan naik saksi, tidak bermakna kita sudah bersyahadah!. Lafaz syahadah kita itu, hanyalah sekadar lafaz di bibir yang berangan-angan atau khayalan akal semata-mata!.

Lafaz syahadah dalam keadaan tidak mengetahui, adalah lafaz yang tidak terlafaz atau ucap yang tidak terucap. Syahadah dari bibir mereka-mereka yang dalam berkeadaan hilang ingatan, hilang akal, khayal atau dalam berkeadaan mabuk. Lafaz syahadah dari bibir orang  yang “tidak megetahui” itu, seumpama  garam yang tiada masin!. Lafaz yang tidak diterima Allah s.w.t!.

Maksud atau makna perkataan “mengetahui” itu, adalah merujuk kepada “mengenal”. Sekiranya kita tidak mengenal Allah s.w.t, apa kesaksian yang hendak kita persaksikan atau yang hendak kita  persembahkan kepada Allah s.w.t?. Cuba anda jawab pertanyaan saya?.

Setiap yang bersaksi, hendaklah terlebih dahulu mengenal antara satu sama lain. Sepatutnya yang bersaksi itu, mengenal dengan yang menyaksikannya!.  Sekiranya saksi tidak kenal kepada yang menyaksi dan yang menyaksi pula tidak mengenal kepada yang bersaksi, apakah ertinya bersyahadah?. Di antara mereka saling tidak kenal-mengenal di antara satu sama lain, apa yang hendak kita persaksikan?.

 

Apakah Maknanya Naik Saksi Tetapi Dengan Tidak Bersaksi (Saksi Yang Tidak Mengenal Yang Disaksi!)

Sekiranya anda masih tidak faham apa itu maksud saksi dan apa itu maksud yang menyaksi, mari ikut saya. Saya bawa anda masuk sekejap ke dalam mahkamah!. Saya mahu anda menjadi seorang saksi dalam satu kes rompakan bersenjata yang mendatangkan kematian. Secara kebetulan, anda melihat dan menyaksikan rompakan tersebut dengan mata kepala sendiri. Sebagai saksi, tuan hakim meminta anda mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan.

Hakim mengumpulkan beberapa orang suspek untuk anda kenal pasti, yang mana satukah perompak yang benar-benar melakukan rompakan tersebut.

Cuba tuan-tuan jawab soalan saya, bagaimana sekiranya anda tidak dapat cam atau tidak dapat untuk mengenal pasti pelaku yang melakukan rompakan tersebut. Bolehkan anda disebut atau dipanggil sebagai seorang saksi?. Sebagai seorang saksi itu, hendaklah mengenal orang yang disaksikannya!.

Begitu juga halnya dalam soal kita berkalimah syahadah.  Kita mengaku untuk naik saksi bahawasanya tidak ada Allah lain selain Allah!. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, bila masanya anda mengenali Allah s.w.t?.  Bila masanya anda pernah melihat Allah s.w.t?.

Sekiranya anda belum pernah melihat Allah dan belum pun pernah mengenal Allah, bagaimana anda hendak menjadikan diri anda itu sebagai seorang saksi, sekiranya anda sendiri belum pernah menyaksikannya.

Seorang saksi yang belum pernah dipersaksikan (belum pernah diperlihatkan), mana mungkin dapat menjadi saksi bagi menyaksikan suatu kesaksian?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab dengan hati yang jujur?.  Boleh atau tidak?. Jika jawapannya memihak kepada tidak, bagaimana kesaksian anda terhadap kalimah syahadah yang anda sendiri sebut dan yang anda sendiri lafazkan?. Tidakkah itu satu pembohongan atau satu penipuan?. Anda adalah seorang makhluk pendusta!.

Dusta pada Allah s.w.t, dusta pada pandangan masyarakat dan dusta juga kepada diri sendiri!. Apakah ertinya tuan-tuan dan puan-puan sebagai hamba Allah s.w.t yang berpaksi kepada kalimah syahadah?. Cuba jawab kepada diri sendiri!.

 

Terharu Bercampur Bangga

Setelah membaca komen dari pembaca blog. hati saya menjadi teramat bangga bercampur sedih. Sebab apa?, sebabnya adalah kerana saya dapati kefahaman tuan-tuan  dalam bidang ilmu makrifat ini, telah tersangat jauh dari apa yang saya ajar!. Telah tersangat menjangkaui dari apa yang saya bimbing.

Saya ajar sedikit, tuan-tuan ternyata telah lebih jauh dan telah terlebih tinggi  pencapaiannya!. Syukur kerana telah ramai dikalangan kita yang sudah dapat menempatkan ilmu makrifat pada tempatnya.

Jika dulu, orang takut-takut, sorok-sorok dan sembunyi-sembunyi untuk membicarakan ilmu makrifat, sekarang sudah sampailah masanya ilmu makrifat megambil tempat sebagaimana zaman kegemilangannya!.

Saya hanyalah sekadar insan kerdil yang menghulur galah, yang menjolok buahnya, adalah diri tuan-tuan sendiri. Pandai-pandailah membawa galah, agar dapat menjolok buah yang ranum. Kalau dulu tuan-tuan tidak ada galah, kini, dayung sudah ditangan dan perahu sudah di air, ayuh joloklah buah tauhid dan buah makrifatullah sampai gugur keribaan!.

Rata-rata saya dapati, hujah yang di nukilkan dalam ruangan komen itu, teramat baik dan tinggi.

Biarpun ada dua orang yang membantah, itu sudah lumrahnya alam. Zaman Nabipun ada orang bantah, apa lagi zaman ini. Angggap saja bantahan dari dua atau tiga orang itu, adalah juga dari Allah.  Allah jadikan hati mereka itu begitu, ada tujuan dan  kebaikannya (hikmahnya).  Hikmah dari tuduhan sesat itu,   sekurang-kurangnya,  boleh juga kita  jadikan perbandingan. Jika tidak ada hitam, masakan kita kenal putih?. Sepatutnya kita ucap terima kasih kepada Tuan gapar dan Tuan Mohd Sidek Muhamad  (dulu saudara IKHWAN). Kerana dengan adanya mereka itu, membuatkan ruangan blog kita ini, menjadi lebih meriah dan ceria.

Saya suka ada orang yang membantah-bantah, tentang ilmu saya!. Sekurang-kuranngnya tuan dapat ukur setakat mana  ilmu saya dan setakat mana ilmu orang!. Tinggi atau rendah ilmu makrifat  saya itu, tidak akan dapat diketahui sebelum ianya diuji. . Jika tidak diuji, masakan kita tahu tingggi rendahnya makrifat Tok Kenali.

Sebelum anggota tangan Tuan Gapar dan Mohd Sidek Mohd Lam menulis diruangan komen blog ini, sesungguhnya Allah sudah terlebih awal menulis sebagaimana mereka tulis!. Mereka berdua itu, hanya sekadar melakonkannya semula!. Jadi kita tidak boleh marah kepada meraka. kerana itupun juga Allah…………………………………

Baik buruk itu, adalah kenyataan kebesaran Allah.  Jika berlaku baik, kita selalu katakan dari Allah, bilamana berlaku buruk , apakah ada Allah lain yang buat?…………..Sedikitpun saya tidak berkecil hati!. Kenyataan dari mereka berdua itu, baru sedikit dan kecil, berbanding yang lepas-lepas!………………

Ada orang yang berasal dari kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur, telah menalipon sahabat kita yang diPadang Besar melalui (019 5189 667), mengatakan yang ilmu makrifat Tok kenali ini sesat dan salah. Untuk megetahui siapa orang itu, tuan callah nombor diatas.

Ada orang yang melaporkan sampai ke majlis Agama Islam Putera jaya dan jakim puterajaya. Ternyata saya sebagaiman yang tuan-tuan lihat sekarang (dengan izin Allah). Ada orang yang sanggup melaporkan ceramah saya takda tauliah kejabatan agama, ternyata saya ada lesen Penceramah Motivasi Kerohanian (speritual Motivasi), pengedar, penerbit, penjual, penulis, pengarang, pencetak………..yang sah disisi Undang-undang!.

Sampai KDN menyiasat sampai kerumah peningggalan arwah ibubapa saya diTanah Merah kelantan. Ternyata kuasa Allahh masih meyebelahi saya! Dari mulut pegawai KDN, sendiri menalipon saya melalui telinga saya sendiri mendengar yang bahawasanya “TIDAK ADA APA-APA ISU YANG HENDAK DIKETENGAHKAN”.

Ramai orang yang tuduh kitab Mengenal diri (merah) dan Mengenal Allah (hijau)  itu, diharamkan oleh JAKIM. Saya minta dengan hormat, mana yang menuduh sesat itu, talipon sendiri ke JAKIM Puterajaya dan KDN dan saya minta bukalah diruangan pengharaman kitab!. Kitab saya tidak termasuk dalam senarai diharamkan!.

Itulah cabaran yang saya hadapi sepanjang berkecimpong dalam dunia makrifat!. Dengan dua tiga orang yang menudoh ilmu Tok Kenali sesat, salah dan saya bodoh itu, tidak memungkinkan saya berhenti dari berkariya!. Patah sayap bertongkat paroh, namun berundur tidak sekali, melainkan mati………………………………….

Sahabat-sahabat diluar sana, kejilah saya, cacilah saya dan fitnahlah saya, itu sudah menjadi “nasi makan dan air minum” bagi orang makrifat seperti saya, yang tidak sunyi dari difitnah!.

Sepanjang saya berkariya, saya hanya baru jumpa tiga orang yang membantah ilmu Tok kenali. Pertama saudara IKHWAN  kedua saudara GAPAR dan saudara MOHD SIDEK MUHAMAD LAN ADFALAH. Terima kasih, denngan kehadiran tuan, lebih menceriakan ruangan blog!. Saya minta maaf, andainya  sepanjang saya berkariya, ianya telah meyinggong atau menguris hati tuan.

Terima kasih kerana menceriakan suasana. Dulu HARIAN METRO JOHOR, keluar kenyataan yang kitab ini, boleh mengelirukan. Dgn kelularnya berita itu dalam Harian Metro dua hari berturut-turut, kitab Tok kenali ini sekarang, sudah menerima banyak tempahan demi tempahan.

Kepada berpuloh ribu orang yang menjadi pembaca blog saya, saya ucapkan terima kasih dan amat berpuas hati dengan kefahaman yang tuan-tuan tulis dalam ruangan komen!. Komen tuan itu, dibaca oleh seluruh sahabat-sahabat diluar sana!………………..

Satu pesan saya

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI

Drp Hj Shaari

Hj Shaari Di Pusat Dagangan Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Tempat:         Dewan Seminar ting 1,  Bangunan Pusat Dagangan Indera Mahkota, Kuantan Pahang

Tarikh:           30hb Jun

Jam :                9.00 pagi sampai 4.30 ptg

Jamuan:        Makan disediakan

Sumbangan:  Setiap peserta akan dikenakan sumbangan kepada peganjur sebanyak 50.00 seorang. Selalu kita buat secara percuma, kini kita kenakan bayaran, untuk mengukur sejauh mana pengorbanan dan kesanggupan tuan-tuan dalam hal menuntut ilmu berbanding keperluan lain. Biarpun kehadiran hanya satu orang, sy berjanji kepada pehak peganjur, yg saya akan tetap mengajar.

 

Hj Shaari Di Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak

Tempat:            205, Jln Besar, Felda Trolak Utara Sungkai Perak

Tarikh:             Pada 29hb Jun (hari Sabtu)

Masa:                  Jam, selepas maghrig

Kemuskilan:     Sebarang kemuskilan, sila hubungi  talian

Peganjur:           Mohd Fauzi

Hj Shaari Di Batang kali pada 29hb Jun

Alamat:             Tingkat Satu, No 754, Jln Meranti satu Bandar Utama Batang Kali, Selangor

(Rumah kedai kedai bersebelahan Petronas/ belakang restoren Lan nasi ayam.

Tarikh:             Pada 29hb Jun (sabtu)

Masa:                  Jam 9.00 pagi

Jamuan:             Makan tengah hari disediakan

Kemuskilan:     Sebarang kemuskilan, sila hubungi  talian 0111 5304 445

Peganjur:           Dato’ Adnan

Commen Gapar

Gapar
gapar@gmail.com
183.90.103.175
Submitted on 2013/06/23 at 6:55 pm | In reply to Gapar.

Kalau manusia tak ada diri buat apa nak belajar mengenal diri? Jadi pokok kelapa pun ada banyak gunanya sebagai pokok kelapa. Tentunya dengan adanya diri manusia itu memiliki bakat dan kebolehan lebih besar dari pokok kelapa. Kalau tak ada diri manusia, macam mana Allah patut dikenal?

Select comment Gapar
gapar@gmail.com
183.90.103.153
Submitted on 2013/06/23 at 6:49 pm

Ini pemikiran apa nih? Bukankah Allah yang telah menciptakan diri kita? Allah tidak menjadikan diri manusia itu kosong dan sia-sia semata. Diri manusia yang diciptakan Allah itu sebenarnya mempunyai suatu hakikat untuk menyatakan adanya Allah. Manusia itu adalah tajalli Allah. Hanya guru yang bodoh sahaja yang mengajarkan manusia itu tidak ada diri, samalah macam mempersendakan perbuatan Allah untuk menjadikan manusia sebagai khalifah.

jam 11.30 mim sampai 2.01 pagi

Biarpun sy penat memandu dari kedah, kerana semalam berceramah di Sg. Petani. Namun bilamana membaca commen tuan-tuan yang sunggguuh menarik dan padat kefahamannya, membuatkan saya jadi tidak megantuk.

Sungguh hebat commen para pembaca blog. Saya rasa amat terharu. Terharupun ada, rasa sedihpun ada, bercampuur kagumpun ada dengan tulisan yang tuan-ttuan kalamkan itu, amat tinggi kefahamannya. Termasuk commen dari Gapar. Harap tuan baca commenn Tuan Guru Gapar,

Saya bangga, sehingga hilangg rasa megantuk demi menjawab perrtanyaan tan-tuan. amin drp hj shaari

Tuan-tuan Sila Baca, Commen Yang Dihantar Oleh Yang Bernama Gapar

Tuan guru Gapar telah menuduh saya bodoh. Cuba tuan-tuan baca tuduhan Tuan Guru Gapar, dalam blogg saya (dalam ruangan komen)!.. Jadi, didalam ruangan ini, inginlah saya nyatakan kepada tuan-tuan sekalian, yang sesungguh dan sebenar-benarnya saya ini, adalah seorang guru yang sebenar-benar bodoh. Sebagaimana tuduhan Tuan Guru Gapar terhadap saya.

Tuan guru Gapar mengajar kita supaya mengadakan diri (menghidupkan diri). Sedangkan saya pula mengajar mematikan diri (meniadakan diri).  Jadi benarlah kata Guru Gapar yang saya itu bodoh. Ilmu tuan Guru Gapparlah yang benar…………………………………………Saya membenarkan ilmu tuan guru Gapar. Jadi saya minta, marilah tuan-tuan semua, sama2 ikut saya, kita pergi berguru dengan tuan Guru Gapar.

Saya hanya pandai mengajar yang wujud itu, adalah ertinya ada. Ada itu pula, adalah hanya sifat bagi Allah. Selain dari Allah itu, tidak ada, termasuklah diri kita makhluk. Sifat 20 mengatakan, “ada” itu hanya sifat bagi Allah, selain dari Allah , adalah bersifat tidak ada!.

Saya mengajar, diri kita tidak ada.. jika kita bersifat ada dan Allah juga bersifat ada, beerti sudah ada 2 sifat wujud! (SYIRIK).

Seperkara lagi yang dituduh oleh Tuan Guru Gapar. Dia bertanya kepada saya, apakah tuan kita dicipta  atau dijadikan sebagai khalifah?.

Saya mengajar anak murid sy, tujun kita dijadikan Allah itu, adalah bertujuan untuk dimatikan. Sedangkan tuan guru gapar, mengatakan yang  tujuan kita dijadikan Allah itu, adalah bertujuan untuk “MENGADAKAN DIRI”” (menghidupkan diri). Sedangkkan saya pula mengajar kepada anak urid saya, tujuan dijadikan kita makhlk itu, adalah “”BERRTUUJUAN UNTUK DIMATIIKAN).. Appakah Allah jadika

Tetapi tuan guru gapar, menuduh saya bodoh,, kerana mengajar ilmu “tidak ada diri”.. Tan guru gapar mengajar kita yang Allla ada dan diri kkiitappun ada. Tuduhan tuan guuru Gapar terhadap saya, jika tidak ada diri, bagaimana nak kenal Allah?. Cuba lihat blog saya dalam rangan komen.

Sedangkan saya yang bodoh ini, telah belajar ilmu makrifat ini melalui guru dan Hadis Nabi Muhamad saw. Melalui ajaran Baginda Rasulullah saw bilamana ditanya oleh para sahabat tentang ilmu mengenal Allah, wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya Baginda belajar mengenal Allah?. ” lalu Baginda Rasuulullah menjawab “ANA ARAFTU ROOBBBI TUROBBBI” (AKU MENGENAL ALLAH, DENGAN ALLAH) ( aku mengenal Tuhan dengan Tuhanku).

Setahu saya sebagai seorang guru yang bodoh ini, Rasululah sendiri, tidak pernah bersabbda dan tidak pernah mengaku yang bahawasanya mengenal Allah itu, dengan diri!. Setahu saya, Rasulullah menggenal Tuhan dengan Tuhannya (mengenal Allah dengan Allah). Setahu saya tidak pernah sepotong Hadis atau sebaris Al- Qurraan mengajar kita mengenal Allah dengan “diri”, sebagaimana ilmu Tuan Guru Gapar yang mengajar kita, mengenal Allah dengan diri!.

Tuan guru Gapar mendakwa dan mengajar kita, ” mengenal Allah itu, mesti dengan adanya diri (kenal Allah mesti dengan diri), katanya jika tidak ada diri, bagaiana nak kenal Allah!

Mulai hari ini, jam ini dan saat ini, saya minta janngan lagi tuan-tuan berguru dengan saya. saya ini “BODOH” . Dikesempatan ini, sy dengan rasa penuh rendah diri, mengucapkkan terima kasih yang tidak terhingga tinggginya kepada Tuan Guru kita En. Gapar, kerana telah mengajar kita Hadis baru dan Firman baru, iaitu mengenal Allah itu mesti dengan adanya diri dan hidupnya diri. Sedangkan saya mengajar mengenal Allah itu, adalah melalui Allah dan dengan Allah.

Seperkara lagi beliau mempersoal tentang tujuan kita hidup . Beliau mendakwa bahawa tujuan dicipta diri kita itu, adalah bertujuan untuk mengenal Allah. Adapun saya pula, mengajar erti dan tujuan hidup kita itu, adalah bertujuan untuk “MATI”.

Tidak ada diri kita mahupun diri Nabi Adam, sedari dulu sehingga sekarang dicipta Allah diri kita untuk tetap hidup selamanya sampai sekarang. Setiap yang hidup itu, adalah dicipta  bertujuan untuk mati.

Setelah kita mati,”Al-mutu kablaan tamautu (mati sebelum mati), setelah kita mati atau setelah kita mati sebelum mati, barulah kita dapat menemui dan mengenal Allah. Selagi kita belum mati dan selagi adanya sifat diri kita, selagi itulah kita tidak akan dapat mengenal Allah! (ini ajaran ilmu makrifat saya). Tetapi lain pula ajaran atau dakwaan ilmu makrifat Tuan guru Gapar, Tuan guru Gapar mendakwa bahawa mengenal Allah itu, hendaklah kena ada diri dan tujuan diciptanya diri makhluk manusia itu, adalah bertujuan untuk mengenal Allah melalui adanya diri!.

Sila lihat tuduhan bahawa saya adalah seorang guru yang BODOH  yanng dituduh oleh Tuan Guru Gapar terhadap saya, diruangan commen diblog  saya .amin drp hj shaari

Diingatkan  kepada peminat blog, hendaklah kita pandang  commen drp Gapar itu, adalah juga datangnya dari gerak Allah. Jgn kita pandang buruknya Gapar. Kitakan tidak ada, yg ada hanya Allah, jadi segala yang datang itu, adalah juga datangnya dari Allah………………………………………………

 

 

 

 

 

Terima Kasih Sg. Petani

1)Syukur kpd Allah sebelumnya kepada yang berusaha Zul, yg telah membawa saya ke Sungai Petani. Saya bangga bercampur terharu dgn kegigihan yang bersungguh-sungguuh beliau yang berusaha  megumpul peminat dan mengatur kedatangan saya.

Biarpun beliau sendiri tdk berpendapan tetap, namun berjaya menyediakan dewan ceramah secara percuma ( ehsan dari pengurus  Kedah Industeri Park). Biarpun beliau tidak berwang , tetapi tlh menjayakan menyediakan dewan ceramah termasuk makan minum.

Pada mulanya beliau meyanggka peminat ilmu makrifat hanya dua tiga belas orang sahaja, sebaliknya  ternyata dewan itu hampir penuh dengan terpaksa dua tiga kali meambah  kerusi dan meja .

2) Pada sekitar 8.00 pg, saya menerima panggiilan talipon drp peminat yang hadir ceramah semalam, mereka mengatakan yang mereka beroleh faham.

3) Semasa saya menumpang bermalam dirumahh seorang sahabat diTaiping, saya melihat keintiman pasangan suami isteri yang sudah tua (hampir 60 tahun). Biarpun sudah tua, mereka masih berpegangan tangan semasa menonton TV. Semasa istrinya bangun nak kedapur, kedua-dua tangan suami isteri itu, masih berpegangan sehingga tangan mereka terlepas sendiri. Sy perhatikan dari jauh, ianya amat menusuk kalbu saya, sedangkan beliau tidak pernah mengenal ilmu marifat!. Jika kita org yang pernah belajar ilmu makrifat dapat mengamalkan sebagaimana beliau, alangkah berbaloinya ilmu yang telah saya semai kepada tuan-tuan selama ini!.

Selain itu, Ayah dan emakknya masih mengosok2 tubuh anak2nya, walaupun anak mereka sudah berumur 20 tahun lebih. Saya juga dapat melihat anak2nya teramat patuh kepada ibu bapanya. Sekali bapanya memangil nama anaknya, anak terus menjawab (ya mak dan ya ayah) dan terus meluru datang menghadap bapanya.

Keluarga ini, adalah keluarga miskin. Tinggalpun dirumah sewa (RM 80.00 sebulan). Isterinyya kerja mencari ketam dimuara, bapanya kerja kampong dan sudah ttdak boleh kerja kuat krn sakit.  Yg menikam kalbu saya, adalah sifat kasih sayang, pasangan suami isteri dan hormatnya anak-anakknya kepada kedua ibubapanya!.

Allah Tidak Pernah Buat Perjanjiian Surat Serah Kuasa Kepada Makhluk!

Soal: Apakah Allah pernah berjanji untuk memberi kita kuasa Nya?.

Jawab: Allah tidak pernah berjanji untuk menyerahkan kuasaNya kepada kita. Tidak pernah ada surat perlantikan dan tidak pernah ada watikah perlantikan untuk kita memegang kuasaNya!.

Seumpama dalam perkara solat.  Siapakah yang sebenar-benar bersolat?. Kita selalu mengaku yang bahawasanya kitalah yang mengerjakan solat, kitalah taat, kitalah patuh, kitalah rajin dan kitalah alim. Sebenarnya siapakah yang bersifat dengan sifat  rajin,  siapa yang taat, siapa yang patuh, siapa yang alim dan siapa yang bersolat?.

Siapakah yang bersolat?. Siapakah yang mendirikan kaki kita diketika kita sedang bersolat?. Siapakah yang mengangkat tangan kita, diketika kita sedang bertakbir?.

Tidaklah yang mendirikan kaki kita semasa kita mengerjakan bersolat, melainkan yang berdiri dan yang mendirikan kaki kita itu, adalah daripada daya, upaya, kudrat dan iradat Allah s.w.t.

Allah tidak pernah berjanji, untuk meminjamkan kepada kita kuasa, kudrat dan iradatNya!. Allah tidak pernah berjanji untuk serah kuasaNya kepada kita!. Tidak ada perjanjian serah kuasa dimasa silam, sehingga sekarang dan selama-lamanya. Oleh itu, kenapa kita mengaku yang kita berdiri dan kita yang mendirikan solat?.

Setelah segala-galanya kuasa bersolat itu, adalah dari Allah, mana yang dikatakan dari kuasa kita dan  mana yang dikatakan kudrat dan iradat kita?. Mana, mana dan mana kita?…………………………………..

Kita tidak boleh sama sekali mengambil hak kuasa pemerintahan kerajaan Allah. Hak Allah, tetap ianya menjadi milik Allah secara mutlak! (dari dulu sehingga selamanya). Kita tidak berhak berkongsi kuasa dengan Allah. Allah tidak pernah menyerah kuasanya kepada makhluk.

Kebanyakkan kita, selalu mengatakan yang Allah memberi penglihatan, pendengaran, pertuturan kepada kita dan ada sesetengahnya pula mendakwa bahawa Allah memberi pinjam dan sebagainya. Sebenarnya itu, adalah pendapat yang benar-benar tidak tepat dan salah. Pakaian Allah, tidak sekali-kali layak untuk makhluk!.

Bagi orang makrifatullah (mengenal Allah), mana mungkin kita boleh pakai pakaian Allah, tidakkah diri kita sudah tidak ada! (sudah mati). Mana mungkin orang yang sudah mati (sudah tidak ada) boleh memakai pakaian, apa lagi pakaian Allah!.

Jika masih lagi adanya diri, itulah makanya kita selalu tersasul (tanpa disedari) memakai pakaian Allah.

Jika diri kita masih ada, itu tandanya tuan-tuan belum mengenal diri. Jika masih adanya diri, itu tanda makhluk manusia yang dungu ilmu!. Itulah tanda tuan-tuan masih tidak mengenal diri.

Bilamana tidak mengenal diri, itulah penyebab yang membuatkan kita mengaku dan mendakwa segala amal, segala ibadah, segala taat, patuh, rajin, alim dan segala yang perbuatan amal itu, adalah kita!. Sebenarnya pekerjaan amal itu, bukan datangnya dari daya upaya kita tetapi adalah datangnya dari gerak Allah, kuasa Allah, upaya Allah dan daya kerja kudrat iradat Allah secara mutlak!.

Sayangnya kebanyakkan dari kita, tidak faham dengan apa yang saya perkatakan!. Disebabkan ketidak fahaman itu, makanya timbul dakwaan bahawa ilmu makrifat itu, sesat atau salah!. Namun, saya ingin mengajak tuan-tuan, supaya sedar diri!. Sedarlah wahai sahabat-sahabat dan para pembaca yang budiman sekalian, bahawa sebenar diri kita itu, tidak ada. Tidak ada daya upaya, tidak ada kuasa, tidak ada hak dan tidak ada suatu perjanjian atau pengiktirafan dari Allah untuk diberi pinjam segala sifat Nya kepada kita!.

Apakah ada apa-apa perjanjian atau kebenaran antara kita dengan Allah s.w.t, yang mengatakan bahawa kita hendak meminjam pakai pakaianNya?.

Seumpama sifat melihat, tidakkah sifat melihat itu, adalah pakaian Allah s.w.t. Bilamana ianya sebagai sifat Allah, adakah kita ada buat perjanjian dengan Allah, untuk meminjam pakai penglihatanNya?.

Apakah Dia benarkan kita memakai penglihatanNya?. Bila masakah kita ada buat perjanjian untuk menerima pemberianNya dan bila masanya Dia berjanji untuk memberi pinjam kepada kita?.

Adakah perjanjian antara kita dengan Allah s.w.t untuk memberi pinjam dan adakah kita pula ada berjanji untuk menerima pinjaman Allah? (bila kita sain kontrek dengan Allah)?. Jika tidak ada kebenaran atau persetujuan Allah, boleh atau layakkah kita mengguna pakai, pakaian, peralatan atau perbendaharaan Allah s.w.t?.

Ada orang yang mendakwa bahawa diri dan kuasa kita ini, adalah diberi pinjam oleh Allah s.w.t kepada kita!. Jika kita mendakwa yang diri dan kuasa kita ini diberi pinjam oleh Allah, disini ingin saya bertanya, bilakah masanya Allah mengizinkan kita pakai sifatNya?. Cuba jawab………………

Apakah patut Allah beri pinjam kuasa dan hakNya kepada kita?. Apakah hak Allah s.w.t itu, boleh dipinjam-pinjam?. Bilakah masanya Allah memberi dan bila pula masanya kita menerima?.

Cuba anda perhatikan sifat garam atau sifat gula. Adakah masin telah meminjamkan sifat masinnya kepada garam dan adakah garam telah menerima pinjaman sifat garam daripada masin?.

Tujuan saya mengarang perkara ini, adalah semata-mata bertujuan supaya tuan-tuan sebenar-benar tahu erti sempadan hak!. Mana yang dikatakan hak Allah dan mana yang dikatakan hak kita!.

Hak Allah Taala itu, adalah melihat dan hak kita pula, adalah buta (tidak ada). Hak Allah Taala itu, adalah berkuasa, manakala hak kita pula, adalah lemah (tidak ada). Hak Allah Taala itu, adalah mendengar, manakala hak kita pula, adalah pekak (tidak ada).

Sampai bila-bila dan sampai selamanya, Allah tetap bersifat Allah dan kita sebagai makhluk, tetap bersifat tidak ada. Bilamana kita sedar yang kita bersifat dengan sifat tidak ada, mana mungkin boleh menerima pinjam sifat Allah, sedangkan diri kita tidak ada. Istilah pinjam itu, bilamana ada yang memberi dan ada yang menerima!. Sedangkan kita bersifat dengan sifat tidak ada (tidak wujud). Wujud (ada) itu, hanya sifat bagi Allah, sifat bagi makhluk itu, tidak ada dan tidak wujud. Jika Allah bersifat ada dan kita juga bersifat ada, bererti sudah ada dua sifat wujud.

Jika kita beriktikad ada dua wujud, maka syiriklah kita selamanya. Sesungguhnya dosa syirik itu, adalah dosa yang tidak boleh diampun Allah. Sedarlah, sedarlah dan sedarlah…………………………

Percaya dan yakinlah, bahawa sifat kita itu tidak ada, bilamana kita bersifat dengan sifat tidak ada, mana mungkin boleh menerima pinjam hak Allah dan mana mungkinn Allah boleh memberi pinjam hak Nya kepada kita!. Oleh itu, yakinlah bahawasanya tidak ada yang menerima pinjam dan tidak ada yang memberi pinjam!.

Bilamana kita tahu menfanakan diri (membinasakan diri), yang lain selain Allah itu, ertinya tidak ada!. Bilamana diri dan sekalian makhluk tidak ada, tentunya hanya Allah sahaja yang ada dan hanya Allah sahaja yang wujud, yang ujud dan yang maujud!. Itulah baru dikatakan Allah itu Esa dan inilah yang dikatakan bahawa kita itu berilmu dengan ilmu tauhid (mengesakan Allah).

Bilamana kita tahu memandang yang satu dari yang satu, itulah ertiAhad ((Esa). Esa itu, setelah tidak lagi memandang garam, melainkan memandang kita itu, hanya pada sifat masin………………………………

 

Yakin dan percayalah bahawa kita ini, tidak pernah meminjam pakai hak Allah.

 

Hj.Shaari di Kuala Pilah pada 15 Jun 2013

Kepada tuan-tuan dan puan-puan Yang dirahmati Allah sekalian.  Bagi yang berhajat untuk sekali lagi bertemu saya, datanglah beramai-ramai

Tempat-keMadrasah  An- Nur, Kg. Angga Bisa Ulu, Gacong, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Masuk ikut jalan Istana Sri Menanti

Tarikah- 15 hb Jun 2013

Masa     – Selepas Maghrib

Semoga Allah merahmati kita dalam menuju jalan ingat kepadaNya. Amin