Kemana Hilangnya Makrifat

sedutan dari karangan penulis blog wira satria. inilah sebab hilangnya ilmu makrifat

Orang makrifat tidak perlu kepada segala sesuatu kerana dia telah MATI ! Manakala penguasa berkehendak kepada kuasa dan tidak ingin mati! Pertembungan dua sifat yang bertentangan !
Masakan orang yang mengejar dan berkehendakkan kuasa ingin MATI ? Kalau ingin MATI, tak perlu bersusah payah mengejar dan mencari kuasa! Bagaimana ingin menguruskan “manusia hidup” kalau diri sendiri telah MATI ? Orang MATI tak perlu apa-apa lagi yang perlu diuruskan termasuk dirinya sendiri.Justeru itu, tidak perlulah kita mengharapkan mana-mana kerajaan memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum. Sememangnya mereka tidak akan memperkenalkannya kerana mereka memang tidak mahu !! Jika mereka mahu, itu tandanya, mereka telah tidak lagi jadi penguasa! Mereka telah letak jawatan atau mungkin juga mereka telah MATI ! Selagi mereka berkehendakkan kuasa, selagi itulah kita tidak boleh mengharapkan mereka menyampaikan ilmu ini kepada umum.

Sebaiknya, kitalah yang patut melantik diri kita menjadi anggota kerajaan, di dalam “kerajaan diri” kita sendiri. Sememangnya kita sebahagian dari kerajaan. Jika tuan, puan, abang, kakak, saudara, saudari, datuk, nenek semuanya bersatu dalam kesatuan diri kita, maka kitalah kerajaan itu. Kitalah Kerajaan Orang Mati.
Kitalah yang perlu mengembangkan ilmu makrifat ini kepada masyarakat umum yang ingin sama-sama mengecapi nikmat MATI melalui ilmu makrifat. Berikan kepada sesiapa yang mahu MATI, yang tidak mahu, jangan dipaksa ; لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ : Tidak ada paksaan dalam agama ( Albaqarah : 256). Mahu atau tidak bukan kita yang menentukannya. Faham atau tidak bukan kita juga yang menentukannya. Tuhan itulah yang memberi faham kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tugas kita, zahirkan saja.
Tidak perlu lagi mengharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak penguasa sekalipun. Para pemimpin dan para penguasa di semua peringkat pimpinan, baik di kampung, di daerah, di jabatan, di kementerian, di negeri, di negara, di dalam persatuan, di dalam sekolah, di dalam organisasi, di dalam penjara, malah di dalam masjid sekalipun tidak terlepas dari tipu daya dan dakyah puak-puak NWO ini. Diri kita yang kerdil ini telah diracun dengan pelbagai penyakit samada penyakit fizikal, penyakit minda ataupun penyakit spiritual oleh puak-puak NWO ini.
Dari sudut yang lain, bagaimana mungkin para penguasa dapat memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum jika mereka SAKIT ? Para penguasa itu sama seperti kita, manusia kerdil yang telah diracun pemikirannya, diracun jasadnya, diracun jiwanya, diracun makanannya, diracun agamanya. Mungkin ada di antara para penguasa ini terdiri dari keluarga kita, adik-adik kita, anak-anak kita, saudara mara kita, malah mungkin diri kita yang sedang membaca inipun adalah seorang penguasa.

About these ads

13 comments on “Kemana Hilangnya Makrifat

  1. Salam….

    izinkan saya berkongsi pendapat….Allah sendiri lah yang memelihara ilmu ini. Rasanya ilmu ini tidak hilang ke mana….sentiasa berlegar2 di kalangan orang2 yang dipilihNYA. kerna DIA sendirilah yang mengenalkan diri kepada DIRINYA…..

    tetapi menjadi kewajipan kepada kerajaan orang2 mati seperti kita utk menyampaikan jika ada yang bertanya…

    sekian…terima kasih guru…

    Like

  2. Setuju dan redho diatas kematian diri sendiri, kerana diri ini hanya bayangan yang berselindung disebalik patung yang tidak empunya kudrat dan iradat. NWO tu apa tuan guru yang mulia?

    Like

  3. Aslkum ustad. Pandangan manusia ini semua adalah ujian. Pandangan allah adalah atas kenyataannya, perbuatannya, sifatnya, namanya. Tiada mengeluh sesiapa yg meniadakan diri. Cukup pedih bg yg mengadakan diri. Saja dijadikan cerita untuk perbezaan. Sedangkan bukan perbezaan yg nak dilihat. Pandang pada allah, bukanlah diri untuk menghadapi semua ini. Tiada yg nyata
    hanya allah

    Like

  4. Ilmu ma’rifat ini tidak akan hilang hanya kerana tidak ditrima oleh penguasa2 tetapi ia akan hilang jika sudah tiada pengamalnya. Maka sebarkanlah kpd yg mahu dn dihidayahkan ALLAH kpd mereka. Jika lenyap ia dibumi bertuah ini maka huharalah negara, kerana pengamal ilmu ini adalah sebenarnya menguasai kerajaan. Maaf kalau saya sensitif.

    Like

  5. PETIKAN DARI KITAB TULISAN Mufti Kerajaan Inderagiri, Kitab Risalah Amal MaKrifat oleh Shaikh Abdurrahman Siddiq bin Muhammad Afif al-Banjari keturunan Syaikh Arsyad al-Banjari (1288H/1867M – 1358H/1939M) SEBAGAI MENYOKONG DAKWAH TUAN GURU HAJI SHAARI MEMANG SEIRING DENGAN ULAMAK TERDAHULU. OLEH ITU, TUAN-TUAN BERAMALLAH DENGAN PENUH YAQIN.

    Syahdan bermula kaifiat mengEsakan Allah Taala pada afal iaitu bahwa engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu dengan itiqad yang putus bahwasanya sekalian perbuatan yang berlaku didalam alam sama ada perbuatan yang baik seperti iman dan taat atau perbuatan yang jahat seperti kufur dan maksiat dan samada perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya dan samada perbuatan mubasyarah atau perbuatan tawallud. Maka arti perbuatan mubasyarah itu iaitu yang beserta usaha ikhtiar hamba seperti gerak qalam pada tangan orang yang menyurat. Dan arti perbuatan tawallud itu iaitu yang jadi daripada perbuatan mubasyarah seperti jadi huruf yang tersurat oleh orang yang menyurat. Maka apabila tetap pada pandang matahatimu dan mata kepalamu sekelian perbuatan yang berlaku dalam alam ini semuanya perbuatan Allah Taala [pada haqiqatnya] dengan haqqul yaqin baharulah engkau mendapat makrifat wahdaniyah afaal. dan fana sekelian afaal makhluq. Maka ketika itu lepaslah engkau dari syirik khofi dan ujub dan riya’ dan sum’ah dan lainnya. Dan jadilah engkau daripada ahli tauhid yang sebenarnya lagi muwafaqat makrifah engkau dengan Quran dan hadits dan ijmak ulamak seperti firman Allah Taala

    Artinya bermula Allah Ta’ala jua menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu [surah as-Shaffat: 96]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s