SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI? (Qiamuhu Binafsih)

SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI?
(Qiamuhu Binafsih)

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah skalian. Ramai dikalangan kita yang tidak tahu untuk mentafsir makna, erti atau mentafsir istilah perkataan sifat dua puloh “Kiamuhu Binafsih” (berdiri Allah dengan sendiri)!.

Ramai yang mentafsir “kiamuhu binafsih” (berdirinya Allah itu dengan sendiri). Iaitu dengan pengertian Allah itu, tidak perlu kepada pembantu, tidak perlu kepada penasihat dan tidak perlu kepada pekerja sokongan. Allah itu bekerja, bertindak dan pelaksana dengan sendiri, tanpa pembantu, tanpa penasihat dan tanpa pekerja sokongan. Inilah ilmu (ilmu syariaat atau ilmu feqah) yang selalu diperdengarkan kepada kita.

Adapun menurut kefahaman, suluhan, kaca mata dan menurut sudut pandang ilmu makrifat, erti, makna, tafsiran atau istilah kepada perkataan “Allah berdiri sendiri” itu, adalah seperti berikut;
1)    Allah bersendirian
2)    Allah berkeseorangan
3)    Tidak ada yang lain selain Allah (tidak ada orang lain)
4)    Allah itu Esa
5)     La Maujud Bil Haqqi Ilallah (Tidak ada yang dijadikan ini, melainkan Allah)

Kiamuhu Binafsih itu, bererti, bermakna dan bermaksud bahawa Allah itu, tidak perlu kepada yang lain selain diriNya sendiri. Allah sahaja yang wujud (ada), ujud (mengadakan) dan yang maujud (yang diadakan). Sebagaimana sifat nafsiah wujud (ada), Allah sahaja yang bersifat ada. Selain daripada sifat Allah, bererti dan bermakna “tidak ada”.

Benarlah sebagaimana sifat wujud (ada), yanng ada hanya Alllah. Ertinya disini, Allah itu bersendirian (sendiri). Seumpama tuan datang kerumah saya secara berkeseorang, lalu saya bertanya kepada tuan, “tuan datang berapa oarang?”. Lalu tuan menjawab “saya datang sendiri”. Perkataan”sendiri” disitu menunjukkan, mengambarkan dan menceritakan berkeseorangan!.

Begitu juga Allah, Allah itu adalah tunggal, Esa dan bersendirian. Bilamana bersendirian (sendiri), maka Dialah yang meyembah Dia, Dialah yanng menyatakan Dia, Dialah yang menilik Dia, Dialah yang memandang Dia, Dialah yang mengenal Dia dan Dialah seDia-Dianya Dia…………………………………………………….

Bolehkan kita berdiri sendiri?. Setahu saya, yang bersifat berdiri sendiri itu, adalah Allah s.w.t. Sifat “kiamuhu binafsih” (Allah berdiri dengan sendiri). Berdiri sendiri itu, adalah sifat Allah, bukan sifat  aku, bukan sifat kita, bukan sifat saya dan bukan sifat kamu!.  Jadi, cuba jawab pertanyaan saya, jika semuanya bukan, bukan bukan aku, bukan saya, bukan kami dan bukan kamu, siapakah yang mendirikan kaki kita?. Bolehkah kita berdiri sendiri?. Jika sekiranya kita tidak boleh berdiri sendiri, siapakah yang mendirikan kaki kita?.
Bilamana Allah yang mendirikan kita dan Allah yang menjadikan kaki kita berdiri, jika segalanya Dia, mana bahagian kita?. Kemana perginya hak kita dan ke mana perginya kepunyaan kita?. Mana yang dikatakan diri kita, mana kaki, tangan, mulut dan mata kita, jika segalanya milik Allah?. Mana kita, cuba jawab?. Bolehkah barang milik orang, kita mengaku milik kita?. Tanah orang punya atau rumah orang punya, bolehkah kita mengaku harta milik kita?. Cuba jawab.
Disini memang benarlah bahawa Allah itu berdiri sendiri (berkeseorangan, Esa, satu atau tungggal). Allah itu, adalah Allah. Allah yang awal mula, Allah yang  akhir, Allah yang zahir dan Allah yang batin. Yang tidak ada wujud yang lain selain Allah……………………………………….

Cuba tuan-tuan terlebih dahulu tanya atau ajukan persoalan ini kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekiranya tuan-tuan ingin beroleh kefahaman dalam mempelajari ilmu makrifat (ilmu ketuhanan), tuan-tuan hendaklah ikut serta patuh kepada perintah guru atau cikgu. Sekarang, anggap saya sebagai cikgu, saya mahu tuan-tuan benar-benar tanya diri sendiri dan jawab pertanyaan di atas!.
Siapa yang membolehkan kaki tuan-tuan berdiri untuk bersembahyang?. Adakah berdirinya kaki tuan-tuan itu, atas dasar kehendak, kuasa, kudrat atau iradat tuan-tuan sendiri?.
Tidakkah berdirinya kaki tuan-tuan itu, adalah di atas dasar kuasa dan kudrat Allah!. Tidakkah kuasaNya yang mendirikan kedua-dua belah kaki tuan-tuan semasa tuan-tuan berdiri untuk mengerjakan sembahyang?. Sekiranya yang mendirikan kaki kita, semasa kita berdiri itu, adalah Allah, mana yang dikatakan kuasa atau kudrat kita.  Sila jawab, siapa yang sebenar-benar berdiri?. Apa masih ada lagi kaki kita?. Apa masih ada lagi daya upaya, apa masih ada lagi  kudrat atau iradat kita?. Cuba jawab!……………………..

About these ads

22 comments on “SIAPA YANG BERDIRI SENDIRI? (Qiamuhu Binafsih)

  1. Kalau wujud dia, kita tidak wujud nak berdiri apa lagi dan jika allah saja hidup kita ini mati nak apa lagi semuanya allah..allah..allah

    Like this

  2. Dari Majazi Ke Hakiki

    Yang tidak pernah kutahu
    dalam diam akal fikirku
    kutempuh daerah majazi
    menuju kekota hakiki
    kuteruskan pencarian ini
    biar ranjau onak berduri
    kan ku relaikan…

    gunung yang tinggi telah kutawan
    kusangka engkau disana
    namun belum kutemui lagi

    lalu kuterjun dalam refleksi
    diriku sendiri
    mengembara meneroka alam
    namun belum kutemui lagi

    menelusuri hati ini
    segera kutinggalkan alam maya
    aku tumpas dalam dimensi ini
    tiada kata dapat kuhurai
    tiada huruf boleh kubaca
    tiada rupa hendak kupandang

    kudiamkan halus bicaraku
    kuhadirkan rasa jeliramu
    kudengarkan puji saling memuja

    disanalah dia berjumpa aku…
    aku menyambutnya dengan tersenyum
    maha dalam kebesaran…

    Like this

  3. AKU… berkata……

    Ingat kpd tiada yg lain selain ALLAH
    Air mata ku mengalir …
    Dalam tiada penghujung, luas tidak bertepi…
    SYUKUR ALHAMDULILLAH……
    Begitu sempurna penciptaan mu tiada cacat cela
    Maha Besar kerajaan dan kekuasaan Mu…
    Adakah yg lain lagi selain ALLAH….

    Tidak pernah ku bermimpi akan mendapat mutiara didasar lautan makrifat…..

    Nukilan
    Penggembara Dari Singapura

    Like this

  4. segala2nya Allah,baik buruk jahat,,,Makhluk ini sifatnya menyata,,,menyata apa yg telah ditetatapkan…….jadi manusia ini mati sifatnya…begikan tuan guru

    Like this

  5. Tandanya Allah nak memperkenalkan kepada tuan, diri yg sebenar diri. Itlah diri tuan yg sebenar! . Taraf itu adalah taraf wali. jadi t.kasih krn tuan adalah org terpilih. jadi beljarlah mengenal dri (roh)……………..

    Like this

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s