Buruk Dan Baik, Mana Datangnya ?

Jawapan kepada Pertayaan Ananda Ahmad Hambali:

Perkara yang baik itu, selalunya kita kata datangnya dari Allah Taala. Apakah perkara buruk itu, datangnya dari Allah yang lain?. Apakah ada Allah lain yang memperbuat jahat dan ada Allah lain yag memperbuat perkara baik?, cuba jawab pertayaan saya?…………………………………………….

 

Saya nak tanya, apakah Allah itu ada s dua?. Jika Allah itu satu, siapakah yang memperbuat baik dan siapakah yang perbuata jahat (buruk)?………………….

 

Contoh:

Pada suatu hari Nabi Allah Isa melihat bangkai seekor anjing yang mati dipadang pasir. Para sahabat2 semuanya menutup hidung, malahan ada yang loya melihat mata anjing yang hampit pecah dan isi perut tang terburai

Lalu Nabi Isa berkata: “alangkah putihnya gigi anjing itu“.

Para sahabat menegur, bagaimana Nabi Isa boleh berpendapat sebegitu?.

Lalu dijawab oleh Nabi Musa: : Aku sedang belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukkan

Berkenaan baik buruk itu, adalah mengikut prasanggka kita semata-mata. Mulai pada hari ini, mari kita cuba  lihat tuan yang empunya gerak baik dan tuan yang empunya gerak buruk!. Siapakah tuan empunya kebaikan dan siapakah empunya keburukan?.

Kita selalu terpandang ciptaan (gerak) tetapi kita terlepas pandang untuk melihat kepada pencipta (tuan empunya gerak!). jika kita terpandang ciptaan, sudah tentu baik kepada apa yang kita suka dan tidak baik kepada apa yang kita tidak suka. Adapun bagi orang makrifat, memandang kepada sifat sesuatu itu, adalah baik belaka. Kerana apa dikatakan baik belaka?. Dikatakan semuanya baik belaka, adalah kerana kesemuanya perkara buruk baik itu, adalah datangnya dari ciptaan Allah Taala. Apapun segala ciptaan Allah itu, semuanya didapati baik belaka (tidak ada satupun ciptaan Allah yang tidak baik, jika terpandang pencipta dan bukan terpandang ciptaan)!.

Bilamana kita pandangn bala’ maka akan hilanglah nikmat dan barang siapa terpandang nkmat, maka hilanglah bala’. Sekarangn terpulanglah arah mana yang tuan-tuan pandang.

 

Oleh itu, mulai pada hari ini, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, supaya ubahlah sikap kita. Berubahlah dari sifat yang selalu keji, umpat, mengata orang kepada sifat bersyukur dan sifat berterima kasih kepada Allah Taala. Saya ingin mengajak dan mendidik tuan-tuan semua agar memandang kebaikan daripada memandang keburukakan. Jangan kita pandang buruknya orang, pandanglah kebaikannya.

 

Mulai pada hari ini, perbaiksanggkalah kepada Allah. Untuk perbaik sanggka kpd Allah itu, caranya adalah dengan tdk memandang buruk kepada orang lain.  Pandanglah kepada tuan empunya baik dan pandanglah kepada tuan yang empunya buruk, iaitu Allah Subhanahuwataala.

 

Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain, sesungguhnya ia adalah cermin untuk diri kita sendiri. Adapun orang yang berati bersih itu, hanya selalu melihat kebaikkan pada orang lain.

 

“Kul Kullun Min Indillah”  (sesungguhnya buruk dan baik itu, adalah datangnya dari Allah)

Ihsan dari air tangan hj shaari. Amin

Tajuk Kitab Terbaru Julai 2015

Kepada sekalian peminat ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan

Kini sudah terbit 2 kitab terbaru yang berjudul

cover biru Cover Orange & Turqoise

1) Dimanakan Ku Cari Ganti. Harga 63.00 (setebal 400 lebih muka surat)

2) Hampir Tidak Kesampaian, Berakhir Tiada Kesudahan. Harga 63.00 (setebal 400 lebih muka surat)

Kos pos untuk penghantaran 2 kitab ialah RM9(sm)/RM15(ss), manakala 1 kitab RM6(sm) / RM10 (ss)

Kepada sesiapa yang berhajat  untuk mendapatkannya, sila hubungi terus kepada talian hj shaari 019-4444 713

Amin drp Hj Shaari

Pandang Allah disebalik Gerak.

ALLAH……….Yakinlah kepada Allah Taala dengan seyakin-seyakinnya. Yakin dan percaya kepada Allah itu, hendaklah sehingga sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim. Yakin kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim.

Adapun maksud tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, maksudnya hendaklah perkara yakin kita itu, hendaklah  sampai kepada tahap “jangan terlihat adanya makhluk”!.  Selagi masih tertilik makhluk,  selagi itulah ada huruf dan ada suara. Untuk sampai kepada  yakin yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk”.   Selagi kita masih terlihat adanya makhluk, selagi itulah adanya jirim dan jisim dan selagi itulah masih ada huruf dan ada suara. Saya ulang lagi sekali, untuk sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah “jangan tertilik adanya makhluk” (jangan ujudkan makhluk!). Setelah tidak ujud makhluk,  barulah dikatakan Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim. Selagi ada makhluk dan selagi wujud makhluk, selagi itulah kita tidak dikatakan bertauhid kepada Allah Taala. Kerana kita masih wujudkan  huruf dan wujudkan suara. Bererti keyakinan tuan-tuan kepada Allah belum bulat dan belum putus bertauhid kepada Allah!.

 

Allah itu meliputi, menyeluruh, sempurna, bijaksana dan sehingga tiada satu ruang yang tidak ada Allah. Selagi adanya semesta alam ini, selagi itulah adanya Allah. Sebab apa?, sebabnya adalah kerana Allah itu meliputi sekalian alam.  Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada ruang dan tidak ada tempat yang tidak ada Allah, Allah ada dimana-mana (tidak ada tempat yang tidak ada Allah) itulah ertinya Allah meliputi sekalian alam.

 

Allah itu meliputi sekalian alam, ertinya Allah ada  pada tiap-tiap yang wujud. Yakinlah akan kewujudan Allah, pada tiap-tiap ciptaannya dan kejadiannya sehingga sempurna, adalah tersembunyi Allah disebaliknya (tetapi kenapa kita masih tidak  terlihatNya)?.  Lihat dan tiliklah alam ini, sesungguhnya dialam ini  tiada lain melainkan hanya Allah jua yang wujud .

 

Alam dan diri kita tidak ada, yang ada hanhyalah kudrat Allah dan wujud Allah. Kita tiada daya-upaya melainkan izin Allah. Ungkapan ini amat jelas mengambarkan bergantung makhluk kepada Allah Taala. Berfungsinya kita ini, adalah diatas dasar sifat mengikut ketetapan Allah itu sendiri. Kenyataan ini diperkuatkan dengan, tidak bergerak sezarah pun tanpa izin Allah.Jika sesiapa faham akan kata-kata diatas, maka tiada lagi sifat keakuan dan sifat diri. Umpama aku kaya, aku yang kuat, aku berpendidikan tinggi, aku alim, aku berpangkat dan sebagainya.Kerana secara logik akal kita tahu tubuh badan ini diciptakan oleh Allah. Seluruh alam semesta ini diciptakan Allah. Apa lagi suara atau akal serta kelakuan diri semuanya kudrat Allah.Kesimpulan dan penamat untuk yakin akan wujudnya Allah agar kita benar-benar percaya dan tak lupa Allah biar sesaat.

 

Berfungsinya jasad kita ini, adalah diatas dasar sifat kebergantungan kepada roh, tanpa roh jasad itu jadi mayat. Begitu juga alam semesta dan isinya adalah bergantung dan berfungsi disebabkan roh. Siapa kah roh?, persoalan ini terjawab bila kita merenung kedalam diri kita sendiri. Roh selalunya diambil tahu apabila diketika kita mati sahaja. Semasa masih hidup, sesiapa pun tidak ambil tahu tentang roh. Roh itu, adalah rahsia Allah. Kerana adanya rohlah makanya jasad boleh merasa gerak, merasa bahagia, merasa miskin, kaya, senyum, marah , sombong, bongkak, berharta, cantik, tinggi, rendah, hitam, putih, merajuk, dan segalanya. Merasanya kita kepada perkara2 diatas, adalah dikeranakan adanya roh. Untuk itu, barang siapa yang berhajat untuk mengesakan Allah atau hendak bertauhid kepada Allah, sebelum bertauhid kepada Allah hendaklah terlebih dahulu mengenal roh!. Tanpa mengenal roh, tuan-tuan tidak akan dapat untuk bertauhid kepada Allah Taala!.

 

Allah telah berfirman :aku jadikan makhluk dan apa-apa yang kamu perbuat. Yakinlah kita pada hari ini bahawa, apa-apa yang kita perbuat itu, sesungguhnya telah terbuat diloh hul mahfuz sebelumnya. Allah perzahir, pertonton dan perlihatkan  sifatNya” melalui perbuatan” roh. Barang siapa berhajat untuk melihat Allah, maka lihatlah kepada perbuatan roh. Perbuatan roh pula dizahir, diperlihat dan dipertontonkan pula melalui jasad kita.  Oleh itu, barang siapa berhajuat untuk melihat roh, maka lihat lah perbuatan kita. Terlihat perbuatan kita, maka terlihatlah roh. Bilamana terlihat roh maka terpandanglah Allah Taala. Terlihat  seumpama roh yang perbuat, namun pada hakikatnya rohlah perbuat.

 

Untuk tinggi lagi martabat makrifat kita, kita tidak lagi boleh dudukkan kepada roh yang perbuat, melainkan Allahlah yang perbuat ( bukan roh yang perbuat tetapi Allahlah yang perbuat segala gerak perbuatan). Tauhidlah kita pada hari ini bahawa segala afaal dan apa-apa yang diperbuatkan oleh sekalian makhluk itu, adalah “penzahiran Allah”. Bilamana terlihat perbuatan makhluk, hendaklah terpandanng Allah. itulah yang dikatakan tauhid kepada Allah (tauhidul afaal).

 

Mulai hari ini, marilah kita bertauhid kepada Allah dengan megaku bahawa segala afaal yang makhluk perlakukan itu, adalah semata-mata bagi memperlihatkan Allah disebaliknya. Marilah kita melihat Allah melalui perbuatan makhluk. Allah zahirkan diriNya melalui afaal kita.

 

Ihsan dari air tangan hj shaari.amin

Patah sayap bertongkat paroh

 

Jawapan kpd sahabat dari kepulauan Riau:

Baru2 ini ada dua orang sahabat dari bentan kepulauan riau datang ke k/ lumpur. sesungguhnya masih ramai diluar sana yang tahu makrifat tetapi mereka takut untuk bersuara atau berkalam. Takut dituduh sesat..itu pasal kebanyakan mereka itu memilih jalan diam.

 

Ilmu makrifat itu, tidak ada dipusat pengajian tinggi dan tidak ada di universiti azhar. Itulah sebabnya bila kita bercakap tentang ilmu makrfat, mereka tentang dan mereka tuduh sesat. Ini adalah kerana sebabnya mereka tidak pernah belajar dan tidak pernah dididik dengan ilmu ini.

 

Nak bercakap ilmu makrifat tidak pandai, lalu menuduh ilmu ini sesat. Cuba ceburi dulu kedalam ilmu makrifat, barulah tuan-tuan tau betapa ilmu makrifat itulah satu2nya jalan menuju kepada kaedah mengenal Allah Taala yang tidak ada jalan lain lagi sesudahnya.

Namun banyak mendapat tentangan, sesungguhnya ilmu inilah yang dicari2 oleh seluruh makhluk alam.  Ilmu makrifat itu seumpama minyak wangi yang paling harum. Bilamana harum (wangi), walaupun  disorok, disembunyikan, disekat, dipatahkan, dikeji, di fitnah dan dituduh sesat, bilamana wangi, ianya akan tetap wangi juga. Yang wangi itu, akan tetap terhidu walaupun ditutup.

 

Untuk itu, janganlah tuan-tuan diluar sana takut dan jangan ragu untuk mendekati dan mempelajari ilmu makrifat. Ilmu makrifat sebenar Tok Kenali Kelantan, tidak pernah mengajar kita supaya jangan bersolat dan jangan berpuasa. Ilmu makrifat sebenar, tidak pernah mengajar Allah itu ada dua dan tidak pernah mengajar supaya kita mengaku Allah!.

Orang sengaja menuduh ilmu amkrifat itu sesat atau salah. Sesat atau salahnya ilmu makrifat itu,  adalah datangnya dari tuduhan mereka2 yang tidak mengenal makrifat!. Sebab apa mereka tuduh sesat?, sebabnya adalah kerana mereka itu tidak pernah mengenal ilmu makrifat. Adapun bg sesiapa yang telahpun belajar berilmu makrifat, mereka tidak sekali-kali menuduh ilmu makrifat itu sesat.  Apakah pernah kita dengar orangn makrifat menuuduh ilmu makrifat itu sesat?, cuba tanya orang makrifat, apakah pernah mereka tuduh ilmu ini sesat?.

 

Cuma, kebanyakannya sekarang ini, ada terdapat sesetengah guru yang mengakuk guru makrifat tetapi tidak bermakrifat. Mengakuk guru makrifat tetapi mengajar ilmu yang bukan ilmu makrifat!. Inilah kebayakkannya menyesatkan dan merosakkan nama ilmu makrifat.

 

Namun tidak semua guru makrifat mengajar ilmu makrifat yang sesat. Jadi berhati2 dan carilah yang sebenar-benar guru. guru makrifat yang sebenar itu, adalah guru yang tidak meninggal sunnah dan Al-Quraan.

Untk itu, marilah kita sama2 memperjuangkan ilmu makrifat walau patah sayap bertongkat paroh..drp hj shaari

Bolehkan kita melihat Allah?

Jawapan kepada soalan ananda shrman:

Jika kita melihat Allah dengan biji mata, bererti Allah itu makhluk. Allah tdk dapat dilihat dgn mata, kerana Allah bukan makhluk. melainkan Allahlah yang melihat dirNya sendiri. (Allah melihat Allah). Hanay Allah mengenal Allah dan hanya Allah melihat Allah.

Kita bersifat tidak ada (kita bersifat tidak wujud), mana mungkin yang bersifat tidak wujud melihat yang wujud!. Mana mungkin yg tidak ada boleh melihat yang ada!.Kita bersifat tidak wujud dan kita bersifat tidak ada, mana mungkin yang tidak da boleh mengenal atau boleh melihat yang ada!. Yang ada sahaja yang mengenal dan melihat yang ada. Yang wujud sahaja yang mengenal yang wujud.

Belajarlah mengenal Allah, supaya kita dapat mengenal Allah denngan Allah. Nabi musa bukan melihat Allah dengan mata tetapi melilhat Allah dengan ilmu. Persoalnnya disin, ilmu itu apa dan ilmu itu siapa?. Dalam sifat 20 mengtakan bahawa ilmu itu, adalah sifat Allah (ringkas kata, ilmu itu sendiri adalah Allah). Ilmu itu, itulah Allah. Nabi musa melilhat Allah dengan ilmu. edangkan ilmu itu, itulah Allah. jadi melihat Musa kepada Allah itu dengnan Allah. (Allah melilhat Allah).

Makhluk manusia tidak akan mungkn boleh melihat Allah krn Alah bersifat batin (ghaib) sedangkan manusia melihat melalui mata. Sedangkan mata yang bersifat zahir tidak boleh melilhat yang batin (ghaib). Melainkan yang ghaib sahaja yang mengenal ghaib dan yang batin sahaja yanng mengenal batin…………..amin drp hj shaari

Siapa Dajal, Siapa Iblis dan Siapa Syaitan

 

Soalan dari anakanda Ikhwan: Siapakah Dajal?

Jawapan dari ayahanda Hj. Shaari, sebelum mengenal Dajal, cuba anakanda kenal dulu siapa iblis dan kenal dulu siapa syaitan!

Contohnya semasa bulan ramadan (bulan puasa), pada bulan ramadan, Allah telah merantai syaitan dan iblis. Pada bulan ramadan, segala syaitan dan iblis dirantai, dikunci, diikat, dijel dan dikurung. Tetapi yang menjadi tanda tanya dan yang menjadi persoalannya di sini, “siapakah” yang melakukan perbuatan maksiat di bulan ramadan? Persoalannya, siapakah yang melakukan kejahatan atau yang melakukan maksiat pada bulan ramadan, sedangkan iblis dan syaitan telah dikurung oleh Allah?

Kepada sesiapa yang boleh menjawab persoalan di atas, maka tahulah dia siapa Dajal. Apakah yang memenuhi lokap polis di bulan ramadan itu syaitan dan iblis? Apakah syaitan yang berkhalwat antara lelaki dan perempuan (bersekedudukan) di bulan ramadan? Syaitan atau ibliskah yang mencuri dan membunuh di bulan ramadan?

Cari jawapan itu…itulah Dajal! Amin…daripada Hj. Shaari.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

2 Naskah Kitab Terbaru Hj. Shaari Sudah Terbit Di Pasaran

 

 

Untuk makluman, 2 buah kitab ilmu terbaru Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan yang bertajuk “Dimanakan Ku Cari Ganti” dan “Hampir Tidak Kesampaian, Berakhir Tiada Kesudahan” sudah terbit di pasaran. Kedua-dua buah kitab ini mengandungi lebih kurang 420 muka surat dan harga bagi kitab-kitab berkenaan ialah RM63.00 senaskah. Untuk sebarang tempahan, sila hubungi talian 019-4444713.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

2 Naskah Kitab Keluaran Terbaru

 

KITAB KELUARAN TAHUN HADAPAN 2015

Kitab yang amat menarik untuk dihayati oleh semua yang menampilkan sejarah hidup ketiga-tiga tokoh berserta ilmu masing-masing. Lain padang, lain belalang. Lain jarak, lain terkukur, namun tidak lain dari tujuan yang SAMA. Perjalanan serta pengorbanan, pahit getir dalam meniti sebuah perjuangan mencari dan menyebarkan ilmu. Sedih, suka dan duka perjalanan ketiga-tiga tokoh dalam memperjuangkan ilmu yang haq. Perjuangan hidup ketiga-tiga tokoh tersebut, semuanya meniti di atas titian air mata….

KITAB KELUARAN TAHUN HADAPAN 2015 SETERUSNYA

“WIRA, HANYA AKAN DIKENANG SETELAH TIADA”

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Kesilapan Percetakan Tajuk Kitab Ke-7

 

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Untuk makluman, 2 buah kitab ilmu terbaru Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan telahpun dikeluarkan. Kitab ilmu ke-6 bertajuk “Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri”, manakala kitab ilmu ke-7 bertajuk “Pencarian Ilmu Di Penghujung Rasa”. Dalam kiriman di bawah ada dinyatakan bahawa kitab ilmu ke-7 bertajuk “Makrifat Tok Kenali Penamat Segala Ilmu”, kami ingin mohon maaf kerana berlaku sedikit kesilapan percetakan pada bahagian tajuk kitab ke-7, tajuk sebenar kitab berkenaan adalah “Pencarian Ilmu Di Penghujung Rasa”. Kedua-dua buah kitab ini mengandungi lebih kurang 450 muka surat dan harga bagi kitab-kitab berkenaan ialah RM63.00 senaskah.

Sekian, terima kasih.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Keluaran Kitab Terbaru

 

1. Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri

2. Pencarian Ilmu Di Penghujung Rasa

3. Di mana Akanku Cari Ganti  (Keluaran untuk tahun hadapan)

Kedua-dua kitab tersebut berharga RM63.00 senaskah dan berketebalan 450 muka surat.

Terima kasih kepada Allah Taala, kerana telah memberi kekuatan untuk saya menyiapkan kitab-kitab tersebut, walaupun dalam serba kepayahan dan kesulitan. Kitab tersebut membicarakan tentang rukun iman dan rukun Islam. Pada hemat saya, isi kandungannya amat menarik dan amat membanggakan.

Terima kasih Allah.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Hj. Shaari Akan Berada Di Jakarta, Indonesia

 

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sebagai pengetahuan, saya akan berada di Jakarta, Indonesia pada 31 Ogos 2014 sehingga 02 September 2014.

Sekian, terima kasih.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Air Tangan Ramadan Hj. Shaari

 

APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH MELIPUTI

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, sesudah sekian lama kita membicarakan soal mengenal, memandang, menilik dan melilhat Allah Taala, ternyata kita masih lagi tidak dapat untuk menyatakannya. Ramai lagi di luar sana yang masih lagi tidak dapat untuk menghayati dan tidak dapat untuk memahami kaedah-kaedah atau cara-cara bagaimana untuk memandang Allah. Biarpun dikatakan Allah itu terang dan jelas, namun itu hanya satu ungkapan istilah sahaja, pada realiti dan pada hakikatnya, ramai di kalangan kita yang masih lagi tidak dapat untuk membenarkan ungkapan bahawa Allah itu nyata, terang, hampir dan jelas. Sekali lagi dinyatakan di sini bahawa terang cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah. Dekat atau hampirnya antara mata hitam dengan mata putih ternyata dekat dan hampir lagi Allah.

Persoalannya di sini, kenapa kita masih lagi tidak terlihat atau terpandang Allah. Tidakkah kita semua tahu yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam? Bilamana Allah meliputi sekalian alam, kenapa masih lagi tidak terlihat, tertilik dan kenapa masih lagi tidak terpandang Allah. Semua tahu dan semua mengaku yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam tetapi kenapa, kenapa dan kenapa masih lagi tidak terlihat Allah pada sekalian alam?

Tuan-tuan tahukah apa erti meliputi? Meliputi itu, ertinya “semua sekali” iaitu bermaksud tidak ada lain selainnya. Sekarang jika tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu Allah, masih mahu kenal Allah, masih mahu lihat, pandang, tilik dan masih mahu tengok Allah, sekarang saya minta tuan masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas kaca (gelas yang cerah).

Sekarang berhenti membaca kitab dan sila masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas (gelas cerah), sebagaimana yang saya sarankan (jika benar tuan ingin mendapat barokah guru, sila buat apa yang saya sarankan). Sesudah gelasnya diambil dan pegang gelas itu dengan tangan tuan-tuan. Apakah sudah dipegang gelasnya? Jika sudah dipegang diminta tuan-tuan tilik, tengok dan pandang betul-betul kepada gelas kaca tersebut. Apakah gelas itu, kaca, besi, tanah atau gelas tembaga? Jika benar-benar gelas itu gelas kaca, maka tiliklah baik-baik dengan mata hati.

Pastikan betul-betul bahawa gelas yang dipegang itu, diperbuat dari kaca, tidak ada unsur lain selain kaca. Sebagaimana yang kita tahu, gelas adalah diperbuat dari kaca manakala kacanya pula tidak bercampur dengan besi, tidak bercampur dengan api, tidak bercampur dengan batu dan tidak bercampur dengan selain kaca. Gelas itu adalah gelas yang mutlaknya diperbuat sepenuhnya dari kaca. Kacalah yang meliputi gelas tersebut. Saya mahu tuan-tuan ambil gelas yang benar-benar diperbuat dari kaca, yang tidak sedikitpun bercampur unsur-unsur selain kaca.

Setelah ianya benar-benar gelas kaca, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Ada atau tidak gelas itu bercampur atau bersalut selain dari kaca? Jika jawapannya benar-benar diperbuat dari kaca, bermakna di sini, gelas tersebut adalah “meliputi kaca sepenuhnya”.

Pertanyaan yang kedua, apakah erti meliputi? Seumpama “meliputi”nya kaca pada gelas? Jika jawapannya kaca meliputi gelas, bererti perkataan “meliputi” itu, adalah membawa maksud “semua sekali”. Gelas itu, semua sekali adalah kaca (itulah maksud atau erti meliputi). Bilamana semua sekali gelas itu “meliputi” kaca, bererti gelas itu “semua sekali” kaca. Ambil pehatian kepada perkataan “meliputi” dan perkataan “semua sekali”. Erti, makna atau maksud meliputi di sini, adalah merujuk kepada maksud “semua sekali”. Semua sekali gelas itu, adalah kaca, iaitu kaca yang tidak ada sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah benar semua sekali gelas itu kaca? Sila jawab? Jika benar dengan apa yang dikata itu, mari kita ikuti langkah selanjutnya.

Setelah benar-benar kaca meliputi sekalian gelas, bererti tidak ada lain gelas itu adalah kaca, iaitu kaca sepenuhnya yang tidak sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah maksud meliputi? Adapun erti atau makna perkataan “meliputi” di situ adalah membawa maksud “semua sekali”. Meliputi itu bermaksud “semua sekali”. Ertinya gelas itu semua sekalinya kaca.

Berbalik kita kepada perkara percaya kepada Allah Taala. Untuk menentukan keyakinan dan untuk menentukan kepercayaan kita, kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa perkataan meliputinya Allah itu adalah bermaksud semua sekali Allah.

Allah Taala itu meliputi sekalian alam (meliputi ertinya semua sekali). Jika meliputi itu bererti semua sekali, berertinya di sini semua sekalian alam ini adalah meliputi Allah (semua sekali Allah). Allah meliputi sekalian alam, bererti “semua sekali alam ini adalah Allah” (Allah semua sekali). Meliputi di sini bermaksud Allah semua sekali. Kaca meliputi gelas ertinya gelas itu semua sekali adalah kaca. Allah meliputi alam, ertinya alam itu semua sekali Allah. Tidak ada ruang di alam ini untuk tidak ada Allah (inilah erti meliputi).

GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG

Cuba tuan-tuan perhatikan kiasan gambaran di atas baik-baik dengan penglihatan yang jernih. Semua gelas itu adalah diliputi, diselimuti atau meliputinya kaca (semua sekali kaca) dan kemudian saya minta tuan-tuan lihat pula kepada gambar manusia. Tidakkah manusia itu diliputi, diselimuti atau yang meliputinya Allah (semua sekali Allah). Cuba perhatikan, di manakah di atas diri kita itu, yang tidak ada Allah, cuba jawab? Allah telah dikatakan meliputi diri kita. Seluruh jasad kita telah Allah liputi, setelah Allah meliputi diri kita, bermakna di sini, tubuh kita itu, tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Di dalam jasad, di luar jasad, di kiri kanan jasad, di atas bawah jasad dan di tengah tepi jasad kita itu, adalah telah meliputi Allah. Tidak ada ruang untuk adanya jasad diri kita melainkan yang ada itu, itulah Allah.

Bilamana Allah meliputi diri kita, sudah tentu sifat makhluk itu pasti binasa. Dalam kulit dan di luar kulit, di dalam daging dan di luar daging kita itu, telah meliputinya Allah. Sehingga tidak ada ruangan untuk adanya kulit, tidak ada ruang untuk adanya daging, tidak ada ruang untuk adanya diri kita, melainkan Allahlah yang meliputi segalanya. (Allahlah segala-galanya atau Allahlah semua sekali). Jika Allah sudah menyelimuti atau meliputi diri kita, sudah tentu tidak ada ruang untuk adanya sifat-sifat yang lain, selain Allah Taala.

Semua dan malah boleh dikatakan seluruh jasad kita ini, sesungguhnya telah di liputi Allah sehingga tidak ada peluang langsung untuk tumbuh sifat-sifat daging, tulang, kulit, urat, jantung, hati, darah malahan tidak ada ruang atau tidak peluang sama sekali untuk tumbuh atau terbentuk diri kita. Tidak akan ada peluang untuk ada yang lain, bilamana Allah sudah meliputi diri kita. Sebagaimana meliputinya kaca pada seluruh gelas, sebegitulah meliputinya Allah pada seluruh jasad diri kita. Bila kaca meliputi seluruh gelas, tentunya gelas sudah tidak kelihatan lagi, bilamana Allah meiputi diri kita, diri kita tidak akan kelihatan lagi, melainkan kita ini, hanya tinggal pada panggil-panggilan nama yang sesungguhnya tidak ada.

Saya mahu tuan-tuan pegang gelas, sekarang sudah tuan-tuan pegang gelasnya? Jika gelas sudah dipegang, inginlah saya ajukan satu pertanyaan kepada tuan-tuan, manakah yang dikatakan gelas? Sekarang saya mahu tuan-tuan tunjuk, manakah yang dikatakan gelas? Sedangkan yang tuan-tuan pegang itu, adalah “kaca”, yang tuan-tuan pegang itu, adalah kaca, manakah yang dikatakan gelas? Jika tuan-tuan kata tuan-tuan pegang itu gelas, cuba tunjuk, manakah yang dikatakan gelas. Cuba tunjuk, mana yang dikatakan gelas? Yang dipegang itu, adalah kaca, yang ditunjuk itu, adalah kaca dan yang dilihat itu, adalah kaca, mana yang dikatakan gelas? Inilah yang dikatakan bahawa meliputinya kaca pada gelas, sehingga tidak lagi tertilik gelas, setelah tidak lagi tertilik gelas, maka meliputilah kaca pada gelas itu.

Kemudian cuba alihkan perhatian tuan kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekarang cuba jawab pertanyaan saya. Sekarang saya mahu tanya tuan-tuan dan harap tuan jawab, biarpun sekadar jawapan di dalam hati. Siapakah nama tuan? Sekarang jawab. Seandainya diri tuan-tuan bernama Abdullah, sekarang saya minta tunjukkan, mana yang dikatakan Abdullah atas diri tuan-tuan. Yang tuan-tuan sebut itu mulut, yang tuan-tuan tunjuk itu dada dan yang tuan-tuan angkat itu tangan, manakah yang dikatakan Abdullah? Saya minta tunjukkan Abdullah di atas diri tuan-tuan itu di mana? Cuba tunjuk, mana Abdullah? Inilah yang menggambarkan bahawa sebenar-benar diri kita tidak ada. Yang bersifat dengan sifat ada itu, adalah hanya Allah Taala (Allah Taala sahaja yang bersifat dengan sifat wujud atau yang bersifat dengan sifat ada).

Dengan yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, memohon kepada sidang pembaca dan pendengar yang dirahmati Allah sekalian, bermula dari hari ini, ketika ini, saat ini dan detik ini, marilah kita semua sama-sama mengaku dengan sepenuh percaya dan dengan sepenuh yakin, bahawa Allah itu meliputi sekalian alam dan sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian jasad diri kita. Oleh itu, bilamana Allah meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian jasad diri kita, bermakna leburlah sekalian jasad. Setelah jasad terlebur, maka sesungguhnya yang terlihat itu, itulah Allah, yang terpandang itu, itulah Allah, yang tertilik itu, itulah Allah Taala (dengan syarat jangan sampai terlihat adanya diri), barulah boleh terlihat nyata adanya Allah Taala.

Lihat gelas sekali lagi, sesungguhnya gelas itu adalah kaca dan alihkan pandangan tuan-tuan kepada diri tuan-tuan sekali lagi, sesungguhnya diri tuan-tuan itu, sesungguh dan sebenar-benarnya tidak ada. Sebenar-benar diri pada hakikanya adalah tidak ada, yang bersifat dengan sifat ada (wujud) itu, adalah hanya Allah Taala.

Cuba lihat di atas langit, sekarang saya mahu tuan-tuan dongak muka kalian ke arah langit. Benar atau tidak yang Allah itu meliputi langit. Bererti Allah di atas langit dan Allah juga di bawah langit, kerana Allah itu meliputi. Lihat pula bumi yang kalian pijak ini, benar atau tidak yang Allah itu di dalam bumi dan Allah juga di luar bumi?

Cuba pula tuan-tuan dan puan-puan tilik kepada diri tuan-tuan sendiri. Cuba lihat betul-betul. Benar atau tidak yang Allah itu meliputi diri kita? Cuba tuan-tuan cari di manakah dalam diri kita ini yang tidak ada Allah? Cari tempat yang tidak ada Allah dalam diri kita. Melainkan Allahlah yang meliputi diri kita, yang sehinggakan tidak ada ruang di dalam atau di luar diri kita yang tidak ada Allah (melainkan Allah itu meliputi sekalilan alam).

Cari di dalam diri kita masing-masing, manakah tempatnya yang tidak ada Allah! Di dalam lidah dan di luar lidah, wujud dan ada Allah. Di dalam mulut dan di luar mulut, wujud dan ada Allah. Di dalam tangan dan di luar tangan, wujud dan ada Allah. Di dalam kepala dan di luar kepala, wujud dan ada Allah. Di luar jasad dan di dalam jasad, wujud dan ada Allah. Di dalam darah dan di luar darah, wujud dan ada Allah. Di dalam daging dan di luar daging, ada Allah. Tidak ada ruang di dalam diri kita yang tidak ada Allah Taala. Tidakkah Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian diri kita. Di dalam dan di luar diri kita itu diliputi dan dipenuhi oleh Allah sehingga tidak ada unsur lain selain Allah yang meliputi diri kita. Malahan keseluruhan (semua sekali) diri kita ini, diliputi dan dipenuhi oleh Allah Taala.

Bilamana Allah Taala sudah meliputi, memenuhi, merangkumi dan menepati sekalian alam diri kita, bererti diri kita ini semuanya dipenuhi Allah. Bilamana Allah sudah memenuhi dan sudah meliputi diri kita sepenuhnya, apakah tuan-tuan masih lagi tidak tertilik dan tidak mempercayai wujudnya Allah? Bilamana Allah sudah memenuhi atau sudah meliputi sekalian ruang, segala masa, segala rongga, segala tempat, segala jarak dan segala waktu, apakah masih terlihat lagi selain Allah?

Memenuhi itu ertinya meliputi dan meliputi itu pula adalah bererti memenuhi. Meliputi dan memenuhi Allah itu, akan segala waktu, segala tempat, segala ruang dan segala jarak. Sesudah meliputinya Allah pada sekalian alam dan pada sekalian diri, apakah masih lagi terlihat selain Allah? Sebagaimana perumpamaan kaca yang meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah Taala atas diri kita. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada yang lain lagi selain Allah. Sebagaimana kaca meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah atas diri kita sehingga tidak terpandang lagi kepada yang lain selain kaca pada gelas dan sebegitu jugalah tidak tertilik lagi penglihatan kita kepada diri, melainkan terpandang, tertilik, terlihat dan ternampak Allah.

Perhatikan sekali lagi terhadap sifat gelas, semua sekali gelas itu, adalah bersifat dengan sifat kaca. Perumpamaan gelas kaca itu, hendaklah tuan-tuan kiaskan kepada diri tuan-tuan. Bilamana semua sekali gelas meliputi kaca, begitu jugalah diri kita. Diri kita itu, sesungguhnya meliputinya Allah (Allah semua sekali). Bila semua sekali Allah, ertinya diri kita hanyalah sekadar nama sebut-sebutan sebagai sebutan nama gelas. Meliputi itu bererti semua sekali. Bila Allah meliputi diri kita ertinya Allahlah semua sekali. Bilamana Allah meliputi alam, bererti Allahlah semua sekali alam (semua sekali diri kita dan semua sekali alam itu, adalah Allah meliputinya), itulah ertinya Allah itu meliputi sekalian alam.

Dalam kita melihat, memandang atau menilik Allah, hendaklah memandang, melihat dan menilik dengan yakin dan dengan percaya. Percaya dan yakinlah yang Allah itu meliputi sekalian alam (semua sekali Allah). FirmanNya:

“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Aku”

Firman di atas, sudah memang jelas sejelas-jelasnya bahawa Allah Taala itu meliputi (semua sekali). Tidak ada arah yang tidak tertilik Allah. Pandang dalam batang tubuh ada Allah dan pandang di luar tubuh ada Allah, kenapa masih lagi tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tilik alam, tidakkah Allah itu meliputi (semua sekali), kenapa masih lagi tidak tertilik Allah? Yakin dan percayalah bahawa sesungguhnya tidak ada ruang yang tidak ada Allah, kenapa masih lagi tidak terlihat Allah.

Di alam ini, sesunguhnya tidak ada tempat yang tidak ada Allah, kerana Allah memenuhi ruang, memenuhi waktu dan memenuhi tempat, kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terpandang Allah. Nak nyata, nak terang dan nak jelas yang bagaimanakah lagi Allah itu? Sedangkan terangnya cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah dan dekatnya di antara mata putih dengan mata hitam, sesungguhnya dekat dan hampir lagi Allah, kenapa sampai tuan tidak tertilik, tidak terlihat dan tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tambahan pula Allah itu meliputi sekalian alam, kenapa masih tidak tertilik, kenapa masih tidak terlihat dan kenapa masih tidak terpandang Allah? Cuba tuan-tuan tanya kepada diri sendiri kenapa, kenapa dan kenapa?

Pengajaran sudah sampai dengan jelas dan dengan nyata di depan mata, sayangnya kenapa masih juga tidak faham-faham? Apakah salah penyampaian ilmu atau salah kefahaman tuan-tuan? Saya kira penyampaian ilmu oleh guru-guru terdahulu sudah lebih dari cukup dan terang serta teramat-amat jelas. Untuk mendapat barokah kefahaman dalam bidang ilmu makrifat itu, seharusnya tuan-tuan ikut saranan guru. Dalam menimba ilmu Allah itu, harus ada adab dan kaedahnya yang tersendiri.

Untuk mendapat faham dalam bidang ilmu makrifat itu, harus ada cara, jalan, kaedah dan adab. Adapun adab atau caranya adalah, tuan-tuan mesti ikut dan patuh kepada saranan guru. Bilamana guru suruh tuan-tuan masuk ke halaman dapur ambil gelas kaca, hendaklah tuan ikut dan patuh. Bila guru suruh pegang gelas dan tilik, hendaklah tuan-tuan benar-benar pegang gelas dan tilik, barulah ilmu guru itu menjadi barokah (berkat) dan barulah kefahaman ilmu itu boleh meresap masuk ke dalam jantung kalbu! Sayangnya, bila disuruh berbuat begitu, tuan tidak endah dan tidak patuh kepada saranan guru, itulah makanya tuan-tuan tidak mendapat kefahaman dalam menuntut. Allah tidak jauh dan Allah tidak terdinding (terhijab), kenapa masih tidak percaya kepada Allah Taala?

Meliputinya Allah itu, seumpama kiasan kepada ombak, kepada gelora atau kepada buih di lautan. Seandainya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai kelapangan masa di hujung minggu, sambil berjalan bersama keluarga, anak isteri, sudi kiranya mampir buat seketika ke tepi pantai. Untuk mempercayai Allah, untuk menyakini Allah, lepaskan pandangan ke arah lautan yang luas. Di situ, hendaklah tumpukan pandangan ke arah gelombang lautan itu, lepaskan pandangan ke arah ombak dan lepaskan pandangan ke arah buih-buih di lautan. Dengan melihat tanda ombak dan buih, yakinlah, di dalam hati masing-masing bahawasanya ombak, gelombang dan buih itu, sesungguhnya hanyalah zahir pada panggilan nama ataupun zahir pada tanggapan akal. Sesungguhnya, gelombang, ombak dan buih itu, pada hakikatnya adalah lautan AIR.

Begitulah, meliputinya lautan air pada ombak dan gelombang, pada pandangan mata kasar kelihatan seumpama ombak, sesungguhnya pada pandangan hakiki ianya adalah lautan AIR. Tandanya di sini bahawasanya meliputinya air laut di dalam ombak, meliputinya air laut di dalam gelombang dan meliputi air di dalam buih, itulah tandanya gelombang tidak ada, gelora tidak ada. Ombak tidak ada, buih tidak ada, yang ada hanyalah lautan AIR.

Begitulah hendaknya kita semua insaf dan ambillah iktibar daripada lautan air itu, ditafsirkan meliputinya Allah itu atas diri kita dan meliputinya Allah pada sekalian alam. Bilamana meliputi air laut pada ombak, meliputinya air laut pada gelombang, begitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri iaitu meliputinya Allah pada tangan, meliputinya Allah pada mata, meliputinya Allah pada seluruh tubuh, meliputinya Allah pada diri sendiri dan meliputinya Allah pada seru sekalian alam.

Tidak ada ruang pada ombak untuk tidak adanya air laut. Tidak ada ruang pada gelombang untuk tidak adanya air laut dan tidak adanya ruang pada buih untuk tiadanya air laut. Begitu juga tidak ada ruang pada tangan untuk tidak adanya Allah. Tidak ada ruang pada kaki untuk tidak adanya Allah. Begitulah juga seluruh anggota jasad diri kita dan seluruh 7 petala langit, 7 petala bumi alam ini. Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi diri kita. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada tempat yang tidak ada Allah. Tidak ada masa yang tidak ada Allah. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada penjuru yang tidak ada Allah. Tidak ada sudut yang tidak ada Allah. Allah meliputi setiap ruang, setiap sudut, setiap masa, setiap detik, setiap saat, setiap segala sesuatu.

Oleh itu, percayalah, yakinlah, bilamana tuan-tuan melihat tempat. Sesungguhnya bukan tempat yang tuan-tuan lihat. Sepatutnya Allahlah yang tuan-tuan lihat pada tempat. Allahlah yang tuan—tuan lihat pada masa. Allahlah sepatutnya tuan-tuan lihat pada penjuru. Allahlah yang tuan-tuan lihat pada sekalian Allah. Allahlah seru sekalian Alah. Sebegitulah tuan-tuan melihat sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang, sebegitulah tuan-tuan melihat Allah pada seluruh jasad anggota diri dan seluruh seru sekalian alam.

Pada hari ini, pada masa ini dan pada saat ini, saya menyeru kepada tuan-tuan dan menyeru kepada diri saya sendiri, bilamana melihat tempat, sesungguhnya tempat itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat masa, sesungguhnya masa itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat bentuk, bentuk itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat ruang, ruang itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat penjuru, sudut atau ruang, maka sudut, penjuru dan ruang itulah Allah. Itulah tandanya meliputinya Allah itu pada seru sekalian Allah. Tempat bukan Allah. Penjuru, sudut, masa bukan Allah. Ruangan bukan Allah tetapi itu tanda meliputinya Allah pada sekalian yang wujud dan pada sekalian yang ujud dan pada sekalian yang maujud.

Kepada para sahabat, dan kepada sidang pembaca yang budiman, seandainya ada kelapangan waktu, sudilah kiranya bawa diri tuan-tuan ke tepi pantai. Lihatlah, tengoklah, tiliklah lautan. Lautan di tepi pantai dan lepaskanlah pandangan tuan ke arah persisiran pantai. Dengan penghayatan mata hati, insyaalah kehadiran tuan-tuan untuk melihat lautan, mudah-mudahan tafsiran atau kiasan lautan itu boleh dibawa dan boleh dikiaskan pula pada diri kita sendiri. Ingat, ingat dan ingatlah, sesungguhnya, sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang dan buih itu, sebegitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri.

Oleh itu, mulai pada hari ini, pada jam ini, pada saat ini, leburlah tanganmu, leburlah kakimu, leburlah dirimu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kerana meliputinya Allah atas dirimu. Sesunguhnya dirimu itu tidak ada. Yang ada hanya Allah (itulah ertinya Allah itu meliputi).

Sungguhnya Allah itu terang, nyata dan jelas, melata di semerata pelusuk alam dan itulah ertinya meliputi (meliputi Allah itu, di sekalian alam). Lihat masa akan terpandang Allah. Lihat tempat, akan tertilik Allah dan pandang ruang akan ternampak Allah. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah, tidak ada tempat yang tidak ada Allah dan tidak ada masa yang tidak ada Allah. Meliputi dan memenuhinya Allah pada segenap ruang, pada segenap tempat dan segenap masa. Allah memenuhi dan Allah meliputi langit dan bumi. Kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terlihat, terpandang dan kenapa masih lagi tidak tertilik Allah?

Allah itu kenyataan sekalian alam, kenapa masih tidak terpandang Allah? (Dengan kata lain, kenyataan alam inilah Allah). Kenapa kita masih tidak nampak Allah? Untuk mempercayai Allah dan untuk meyakini Alllah, terlebih dahulu hendaklah Allah itu dikenal dan nyata, barulah kita benar-benar boleh percaya dan yakin kepada Allah.

Kenal dan ingat Allah itu, bukan hanya setakat cerita perkhabaran atau cerita ilusi atau angan-angan khayalan akal. Kenal dan lihat Allah itu hendaklah dengan kenyataan sebenar-benar nyata. Kenal dengan cara dilihat, dipandang dan kenal dengan cara ditilik dengan sebenar-benar penglihatan yang jelas. Barulah Allah itu boleh dan dapat dipercayai dan diyakini dengan sungguh-sungguh. Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu tetapi sesungguhnya Allah itu sebenar-benar nyata pada tiap sesuatu (Allah bukan sesuatu tetapi nyata pada tiap sesuatu).

MENGENALI ALLAH MELALUI DAKWAT

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menghayati penceritaan meliputinya Allah, sudilah kiranya tuan-tuan mengambil sebatang pen ataupun kalam dan mengambil sekeping kertas. Hendaklah saranan saya ini, dipatuhi dan diikuti agar tuan-tuan mendapat barokah dalam penceritaan atau penghayatan ilmu makrifat.

Sekarang, saya minta tuan-tuan menulis, tulislah apa saja yang terlintas dihati tuan-tuan. Pada kebiasaanya penulis atau pengarang sesebuah novel itu hanya tahu sekadar membaca perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan, tetapi tidak ramai yang memandang di sebalik ayat dan di sebalik perenggan itu adalah dakwat. Sekarang saya dengan hormatnya memohon agar tuan menulis perkataan ini, “Saya sudah melihat Allah, Saya sudah mengenal Allah, Saya sudah menyembah Allah”. Sudahkah tuan-tuan tulis?

Jika belum ditulis, saya mohon jangan diteruskan kitab ini dibaca. Bagi sesiapa yang belum berbuat demikian hendaklah masuk ke bilik, cari sekeping kertas dan sebatang pen. Buat apa yang saya sarankan. Inilah kaedah, cara atau jalan guru-guru terdahulu mengajar muridnya. Itulah makanya, pelajaran guru-guru terdahulu mendapat penghayatan dari pembelajarannya, sehingga meresap, terpaku, terkunci, terpahat dan tersemat ilmu ini selama-lamanya ke lubuk hati membawa sampai ke mati. Sesudah ditulis apa yang disarankan itu, tiliklah, lihatlah, pandanglah, perhatikanlah dan bacalah baris-baris tulisan yang ditulis itu.

Apakah yang tuan-tuan nampak? Nampak hurufkah, nampak tulisankah, nampak perkataankah, nampak ayatkah, nampak perenggankah, nampak bariskah, nampak muka suratkah, nampak kitabkah atau nampak DAKWATKAH, DAKWAT, DAKWAT! Tidakkah semua itu DAKWAT. Itulah ertinya dakwat itu meliputi sekalian huruf, sekalian tulisan, sekalian perkataan, sekalian ayat, sekalian perenggan, sekalian baris, sekalian muka surat, sekalian isi kitab. Sesungguhnya, apa yang dibaca, apa yang dilihat, apa yang dipandang dan apa yang ditilik itu tidak lain daripada dakwat.

Begitulah jua meliputinya Allah atas diri kita dan meliputinya Allah atas seru sekalian alam. Oleh itu, bilamana melihat, hendaklah tertilik Allah, bilamana melihat, hendaklah terpandang Allah, bilaman melihat, hendaklah ternampak Allah, kerana Allah itu meliputi sebagaimana firman Allah:

“Fainamatuwallu, fasamma wajhullah”
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Allah”.

Sekarang, tulis semula perkataan “melihat”, dengan perkataan melihat itu kita hanya membayangkan tentang mata. Tulis semula perkataan “mendengar”, dengan tulisan mendengar itu kita hanya dapat membayangkan perkara telinga. Dalam pembelajaran ilmu makrifat, dalam pembelajaran ilmu percaya dan dalam pembelajaran ilmu yakin, tuan-tuan hendaklah jangan tumpukan perhatian pada penglihatan, jangan tumpukan perhatian pada pendengaran, pada mata, pada telinga. Dalam pengajian ilmu makrifat, hendaklah memandang di sebalik tulisan telinga, tulisan mata, tulisan pendengaran dan tulisan penglihatan itu, sebenar-benarnya “dakwat”.

Dakwatlah sebenar-benar meliputi sekalian tulisan perkataan mata, tulisan perkataan telinga, tulisan perkataan melihat, tulisan perkataan pendengaran. Perkataan-perkataan yang tuan-tuan tulis itu, sebenarnya adalah dakwat. Begitu jua perumpamaan meliputinya Allah pada sekalian diri dan pada sekalian alam. Tidak ada ruang dalam tulisan mata itu yang tidak ada dakwat. Tidak ada ruang tulisan telinga itu yang tidak ada dakwat. Tidak ada ruang tulisan penglihatan dan pendengaran itu yang tidak ada dakwat. Segala-galanya dipenuhi dan diliputi dakwat (segala-galanya dipenuhi dan diliputi Allah).

Beginilah caranya guru-guru terdahulu mengajar melihat, menilik dan memandang Allah pada segenap dan sekalian yang maujud di alam ini. Tidak ada yang wujud (ada), ujud (diadakan) dan maujud (mengadakan) itu, melainkan Allah Taala. Itulah makanya, yang memandang dan yang dipandang itu adalah dakwat. Yang ditilik dan menilik itu adalah dakwat. Yang dilihat dan melihat itu adalah dakwat. Yang menyembah dan disembah itulah dakwat. Yang ingat dan diingati itulah juga dakwat. Inilah yang dikatakan meliputinya Allah Taala.

Pada hari ini, jam ini, masa ini dan saat ini, yakinlah, percayalah dan ketahuilah dengan sebenar-benar bahawasanya Allah saja yang bersifat wujud (ada), ujud (diadakan) dan maujud (mengadakan sekalian yang ada). Inilah kaedah, cara dan jalan percaya kepada Allah Taala. ITULAH ALLAH.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Hj. Shaari Berada Di Sabah

 

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Saya akan berada di Kota Kinabalu pada 27 Mei 2014, dan seterusnya akan berada di Keningau pada 28 – 29 Mei 2014. Terima kasih.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Dulu Bergelar Al-Amin, Setelah Menjadi Rasul, Dituduh Pendusta

 

Pada awalnya, Baginda Rasulullah sebelum menjadi rasul, Baginda digelar Al-Amin oleh seluruh penduduk Mekah pada ketika itu. Setelah beliau diangkat menjadi Rasul, membawa kebenaran, Baginda dituduh sebagai seorang penipu, pendusta, sihir, membuat-buat cerita atau mengadakan-adakan cerita, penipu serta membawa ajaran salah dan sesat.

Cuba tuan-tuan fikir, apakah setelah menjadi Rasul, Muhammad yang pada asalnya bergelar Al-Amin itu bertukar kepada Muhammad yang lain? Bukankah Muhammad dahulu itu, adalah Muhammad yang sama jua, tetapi kenapa setelah diangkat menjadi Rasul, Muhammad yang dulunya bergelar Al-Amin, tidak lagi dipanggil Al-Amin?

Antara sebab tidak lagi dipanggil Al-Amin oleh penduduk Mekah pada masa itu, adalah kerana Muhammad membawa kebenaran. Semasa tidak membawa kebenaran, mereka menggelar Baginda Rasulullah sebagai Al-Amin, tetapi setelah bergelar Rasul, mereka tidak lagi memanggil Al-Amin sebaliknya memanggil Rasulullah dengan panggilan pendusta, penipu dan sihir.

Begitu juga dengan ahli-ahli makrifat. Setelah mereka memberi kebenaran, maka itulah sebabnya dituduh sesat dan salah! Jika kita memberi kebenaran, ajaran yang betul dan ajaran yang benar, maka di situlah akan dituduh sesat, salah dan tidak benar. Jadi fenomena inilah yang dihadapi oleh pejuang makrifat.

Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!