Jawapan, siapakah yang berhajat kepada makan minum

Tuan-tuan, puan-puan, muslimn dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Jawapan saya ini, adalah bertujuan untuk di tuju kepada ahli makrifat sahaja (yang ikhlas ingin belajar ilmu makrifat sahaja).
Kepada yang bukan ahli makrifat, saya tidak izin dan tidak benarkan sama sekali membaca karangan saya. Orang yang bukan makrifat itu, mereka sebenarnya bukan bertujuan untuk belajar, tetapi hanya sekadar bertujuan untuk menabur fitnah dan mendakwa salah dan sesat, (bukan tujuan mereka untuk belajar). Oleh itu, saya tidak benar sama sekali orang yang bukan berilmu makrifat memasuki blog saya, jika tuan nak masuk sekadar nak menyalahkan, saya sarankan tuan buka dan buatlah blog sendiri dan mengajarlah sepuas-puasnya. Jangan cuba-cuba hendak mencemar blog yang dikasihi ini. Nak tunjuk pandai dan nak tunjuk ilmu, sila tuan-tuan (orang yang bukan makrifat), buka blog sendiri!……………………………………………….
Jawapan kepada pembaca blog pertama yang mengatakan makrifat itu, bukan ilmu. Jika tidak sampai kepada tahap imu makrifat, jangan buat-buat pandai (kononnya gatal tangan). Ada yang mendakwa bahawa ilmu makrifat itu, bukan ilmu dan menuduh saya bawa ajaran salah. Setahu saya yang lemah akal ini, usah kata ilmu makrifat, ilmu sains pun di panggil ilmu, ilmu matematik pun  di panggil ilmu, ilmu fizik pun di panggil ilmu, begitu juga dengan ilmu makrifat. Salahkan makrifat itu dipanggil ilmu?. Makrifatullah itu ertinya mengenal Allah, salahkan saya menyebut perkataan ilmu makrifat. Jika tidak boleh sebut ilmu makrifat, nak sebut apa?. Blog orang ini, telah saya padam dari dipaparkan, jika saya layan berkemungkinan akan timbul banyak fitnah.
Jawapan kepada pembaca blog kedua. Ada seorang lagi pembaca blog, yang dulunya pernah saya tegur, kini muncul kembali, kononnya masih tidak puas hati tentang melihat Allah itu perlu kepada dalil. Dengan panjang lebar dia menulis kepada saya didalam blog, cuba mencabar dan cuba perli saya dengan kata-kata sinis (berselindung disebalik gosok(belai) tetapi sebenarnya berniat untuk menampar saya). Kononnya dengan alasan untuk membetulkan saya yang telah buat ajaran salah. Masih tidak puas hati dengan perkara “mengenal Allah kena pakai dalil”
Kepada orang berkenaan, adapun dalil untuk mengenal Allah itu, adalah bagi orang yang belum mengenal. Jika sudah mengenal, apakah perlu lagi memakai dalil. Seumpama apakah untuk mengenal ibu bapak kita sendiri itu, memerlukan kepada dalil?.
Orang-orang sebegini, saya mohon dengan hormat supaya jangan membaca blog ini. Blog ini adalah khas buat orang makrifat. Cukuplah setakat itu dulu, jawapan saya kepada mereka-mereka yang selalu menggangu perjalanan blog ini.
Baik kita tinggal dulu perkara-perkara yang remeh temeh itu, mari kita teruskan pengajian kita tentang bab siapakah yang masih berhajat kepada makan minum, beranak isteri dan masih berhajat kepada kebutuhan duniawi, sedangkan setelah belajar ilmu makrifat itu, diri kita itu telah dikatakan mati, binasa, hilang dan tidak lagi terlihat diri?. Jika sekiranya mati dan jika sekiranya tidak lagi terlihat adanya diri, persoalannya disini, siapakah yang makan minum ini dan apakah orang mati itu, masih membutuhkan kepada nikah kahwin?.
Orang yang mengenal Allah dan orang yang sudah sampai kepada makam makrifat itu, bukannya bererti dirinya tidak ada, bukan bererti dirinya hilang dan bukan bererti dirinya menjadi Allah!. Untuk memahami apa yang akan saya jelaskan nanti, saya minta tuan-tuan duduk dihadapan peti telivision. Jika nak menghayati betul-betul apa yang akan saya perkatakan ini, saya minta tuan-tuan buat betul-betul apa yang saya sarankan, baru dapat barokah ilmu. Jika saya suruh tuan-tuan tidak mahu ikut, itulah makanya tuan-tuan tidak akan faham apa yang akan saya perkatakan.
Jika tidak faham, itulah makanya menuduh ilmu ini sesat dan ilmu ini salah. Tetapi bilamana diminta ikut apa yang saya sarankan tuan-tuan tidak mahu ikut, bagaimana untuk mendatangkan faham?. Untuk mendatangkan faham itu, ikut saranan saya. Bukan bertujuan untuk memperlekeh atau mempersendakan tuan-tuan, tetapi cara pendekatan untuk memberi faham, agar tidak timbulnya fitnah.
Sekarang pergi cari peti television, saya minta tuan-tuan duduk dihadapam peti telivision. Lihat, tilik dan saya minta tuan-tuan pandang peti television (yang belum di on) atau yang belum di hidupkan atau television yangn belum ada siaran (Offkan dulu peti talivision itu). Jika tidak ada telivision, saya minta berhenti dulu baca dan pergi cari television (jika nak mendapat barokah dan supaya tidak timbul kata tidak faham). Tidak faham itu, datangnya dari tidak ikut cakap guru!, bukan datangnya dari salah guru.
Kepada ahli-ahli makrifat, duduklah perhatikan, tiliklah dan pandanglah peti television. Lihat akan berapa inci, berapa besar, jenis apa, hitam puith atau berwarna dan lihat apa sahaja yang ternampak. Apakah sudah di lihat?………………………
Jika sudah dilihat, saya minta dibuka (di On kan) peti talivision itu sekarang. Sekarang saya mahu tuan-tuan lihat, pandang dan tilik gambar, cerita atau apa yang terdapat di kaca talivision.
Seumpamanya tuan-tuan sedang menonton bola sepak atau sedang menonton derma TV. Jika lihat perlawanan bola sepak, semasa tuan-tuan melihat perlawanan bola sepak itu, apakah yang tuan nampak? Cuba jawab pertanyaan saya di dalam hati tuan-tuan. Apakah yang tuan-tuan nampak di ketika melihat perlawanan bola di kaca TV?. Apakah tuan-tuan nampak TV atau nampak perlawanan bola?. Cuba jawab dengan ilmu dan jujur, nampak TV ke atau nampak perlawanan bola sepak?…………………….
Jika kita kata kita lihat perlawanana bola sepak, kemana perginya TV dan jika kita kata kita lihat TV, kemana perginya perlawanan bola sepak?. Jika kita lihat perlawanan bola sepak, apakah bola sepak itu ada di dalam TV. Cuba buka belakang TV, yang ada hanyalah wayar (tidak ada bola dalam TV atau di belakang TV). Yang kita lihat itu TV, tetapi kenapa terlihat, terpandang dan tertilik permainan bola sepak?. Semasa melihat perlawanan bola sepak, kemana perginya TV, yang sebelumnya tuan lihat, tilik dan yang tuan-tuan nampak, Sebelum buka siaran bola sepak, tentunya lihat TV, dulu, tetapi setelah siaran berlangsung, kemana perginya TV.?.
Apakah semasa kita lihat perlawanan bola sepak itu, TV itu hilang?. Hilangkah TV itu bilamana kita lihat bola sepak?. Biarpun dikala kita melihat perlawanan bola sepak, peti talivision itu, tidak kemana-mana, dia masih berdiri utuh di tempatnya, tanpa berubah walau seinci. Kaca TV, tidak berpindah tempat, tidak berubah wajah dan tidak bertukar jenama. TV tidak kemana-mana, tidak hilang, tidak mati dan tidak binasa.
Yang dimaksudkan binasa TV itu, bilamana kita tertilik, terlihat dan terpandang siaran perlawanan bola sepak, biarpun TV di hadapan mata, tetapi kita tidak lagi tertilik atau tidak lagi terpandang kaca Television. Biarpun TV itu ada di hadapan mata, yang terlihat itu, adalah siaran bola sepak. Itulah yang dimaksudkan mati sebelum mati, jangan sampai tertilik adanya diri dan maksud yang dikatakan diri kita tidak ada.
Bilamana mengenal Allah, diri kita mati, diri kita lebur dan diri kita tidak lagi terlihat diri. Di situ bukan bererti diri itu hilang, tetapi leburnya diri kita itu, seumpama leburnya peti television dikala kita sedang melihat siaran perlawanan bola sepak.. Maksud tidak ada disitu bukan bererti berubah tempat atau bukan bererti berubah wajah, tetapi lebur dan tidak ada, sebagaimana lebur dan tidak adanya TV, dikala siaran berlangsung atau tidak ada sebagaimana tidak adanya TV, semasa kita menonton perlawanan bola sepak di kaca TV.
Yang tendang bola itu, bukan TV, yang tendang bola itu, adalah siaran TV. Yang berlakon makan minum, kahwin, cerai, beranak, bawa kereta, rompak, penyamun dan orang yang alim di dalam TV itu, bukan TV. Adapun yang makan minum, nikah kahwin itu, adalah siaran TV (bukannya TV).
Yang berhajat kepada suara itu, siaran, yang berhajat kepada gambar itu adalah siaran, yang berhajat kepada berlakon selaku rompak itu, siaran, Yang berlakon makan, nikah kahwin, beranak pinak itu, adalah siaran bukannya TV.
Sungguhpun TV itu ada, cuba tuan-tuan bawa TV rosak, atau cuba tuan-tuan matikan siaran perlawanan bola sepak sekarang atau matikan siaran drama sekarang dan OFF kan TV sekarang. Apakah yang tuan lihat, apakah ada lagi siaran yang minta makan, yang tendang bola dan apakah ada lagi siaran yang nikah kahwin?. Sedangkan TV, masih dihadapan tuan-tuan, apakah TV boleh makan minum, beranak isteri?…………………..Yang makan minum dan beranak isteri itu, adalah siaran TV. Jadi siapakah tv, tv adalah sekadar selaku penyata bagi siaran!. Diri kita itu, tidak ubah selaku penyata bagi Allah. Bukannya bagi bertujuan makan minum, nikah kahwin atau lapar dahaga, tetapi diri kita itu, adalah selaku penyata bagi Allah…………………
Cuba bawa cerita itu kepada diri kita dan kepada diri tuan-tuan sendiri. Sebgaimana TV, sebegitulah adanya diri kita. Yang berhajat kepada sesuatu itu, bukan TV tetapi yang berhajat itu, adalah siaran.

Yang kedua contoh kiasan wayang kulit.
Yang berhajat kepada makan minum, bini beranak itu, bukan patung wayang kulit tetapi yang berhajat itu, adalah Tok Dalang.
Matinya patung wayang kulit itu, bagi mengambarkan yang hidup itu Tok Dalang. Bisunya wayang kulit itu, bagi menyatakan bahawa Tok Dalanglah yang berkata-kata. Yang dikatakan lapar dahaga itu, bukan patung wayang kulit, adapun dahaga dan lapar makan minum itu, adalah Tok Dalang. Yang makan minum itu bukan patung……………………..yang berhajat dan yang kehendak adalah Tok Dalang……………………

Yang berhajat kepada makan minum itu, wayang kulit ke atau Tok Dalang?, Yang berhajat kepada suara, berlakon sakit, berlakon susah dan berlakon itu dan itu itu, peti talivision ke atau siaran?……………………………………….
Orang bukan makrifat, saya haramkan dari membaca blog saya dan jangan sekali-kali gatal tangan untuk menuduh!.
Nanti sy sambung lagi drp hj shaari

Aside

Kita selalu mendengar perkataan mukmin tetapi jarang yang tahu apa itu mukmin. Kita selalu sebut bahawa Qalbu Mukmin Baoitullah (qalbu Mukmin itu, rumah Allah). Tetapi tahukah tuan apa itu mukmin.

 

Adapu, erti, makna dan maksud  perkataan mukmin itu, adalah  “YANG PERCAYA”. Manakala erti, makna dan maksud qalbu mikmin itu, adalah (qalbu) roh yang percaha. Roh yang percayalah yang dikatakan rumah Allah. Percaha kepada siapa lagi jika tidak kepada Allah Taala.

 

Daripada Hj Shaari bagi menjawab pertanyaan sahabat.

 

Apa Erti Mukmin

Aside

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sesudah saya meneliti jawapan dari sahabat-sahabat, saya sangat tertarik dan teramat berpuas hati dengan kebanyakan jawapan dari tuan-tuan yang  rata-rata telah menunjukan kematangan dalam bermakrifat. Untuk mencari sebenar-benar diri dan dimana sebenar-benar  yang dikatakan NAMA  kita, marilah ikuti dan marilah sama-sama kita hayati dengan cermat misalan, perumpamaan atau kiasan yang akan saya nukilkan dibawah ini.

Dikampung Jelakong Batang Merbau Tanah Merah Kelantan ada seorang budak lelaki (umurnya diketika itu lingkungan sebaya darjah 4 atau 10 hingga ke 11 tahun). Sedari kecil lagi kehidupan budak ini, di dapati agak pelek dan berbeza dari kanak-kanak sebayanya.  Walaupun ianya dibesarkan disuasana kampong, namun kehidupannya penuh mesteri.Jika nak ikut cerita asal, ianya memakan masa tiga malam untuk menghabiskan cerita itu. Dari cerita itu, apakah kesimpulan dan apakah kena mengena dengan mencari dimanakah terletaknya NAMA pada kita?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sesudah saya meneliti jawapan dari sahabat-sahabat, saya sangat tertarik dan teramat berpuas hati dengan kebanyakan jawapan dari tuan-tuan yang  rata-rata telah menunjukan kematangan dalam bermakrifat.

Untuk mencari sebenar-benar diri dan dimana sebenar-benar  yang dikatakan NAMA  kita, marilah ikuti dan marilah sama-sama kita hayati dengan cermat misalan, perumpamaan atau kiasan yang akan saya nukilkan dibawah ini.

Dikampung Jelakong Batang Merbau Tanah Merah Kelantan ada seorang budak lelaki (umurnya diketika itu lingkungan sebaya darjah 4 atau 10 hingga ke 11 tahun). Sedari kecil lagi kehidupan budak ini, di dapati agak pelek dan berbeza dari kanak-kanak sebayanya.  Walaupun ianya dibesarkan disuasana kampong, namun kehidupannya penuh mesteri. Beliau tidak banyak bercampur dengan kanak-kanak  (kawan-kawan) yang selalunya anak-anak kampong itu, selalunya bermain-main seumpama mandi sungai, menangkap burung, main guli, main getah urat, menjerat burung dan sebagainya. Adapun kanak-kanak ini, kebanyakan masanya dihabiskan di rumah neneknya, dengan menyapu sampah dihalaman, menyapu rumah, cuci kain baju neneknya dan banyak menghayal perkara-perkara yang akan terjadi dimasa-masa hadapan.

Bilamana balik dari sekolah, selalunya dia singgah dikedai tempat emaknya berniaga. Emaknya berniaga kecil-kecilan menjual barang-barang runcit di kedai merpati (market).  Keberkebetulan kedai emaknya adalah tempat tempat laluan pergi dan balik kesekolah.  Kelihatan emak sifulan sibuk menempah pisang, keledek dan tapai ubi untuk digoreng. Dalam waktu yang sama, dilihatnya padang sekolah tempat beliau belajar (sekolah kebangsaan batang merbau tanah merah kelantan) telah dipagar dengan daun kelapa kering.  Sebesar-besar padang bola  atau disekeliling padang bola itu, telah dipagar dengan mengunakan daun kelapa kering. Daun kelapa kering yang jatuh berselerakan dihalaman-halaman rumah dan di kebun-kebun kelapa itu, dipungut untuk dijadikan pagar di sekeliling padang bola, pada kebiasaannya untuk dijadikan sebagai tempat upacara permainan seumpama dikir barat, mak yong (menora) atau wayang kulit.

Pada kebiasaannya bilamana padang bola sekolah itu pagar, mesti ada upacara kebudayaan samaada dikir barat, mak yong (menora) atau wayang kulit. Selang 2 hari, pisang yang dibeli mula menguning (masak), ubi kelihatan sudah dikupas dan ada satu dua orang sahabat emaknya diajak untuk membantu.

Pada sebelah petang kira-kira jam 5, mulalah segala peralatan mengoreng dibawa masuk ke padang sekolah, kanak-kanak itupun juga turut meganggkat mana yang ringan, dibawa masuk kepadang sekolah, setelah masuk ke dalam kawasan padang sekolah yang dikepong dengan daun kelapa kering, barulah dia tahu yang bahawasanya pada malam nanti ada permainan wayang kulit.

Ringkaskan cerita, selepas waktu insyak, mulalah permainan wayang kulit, ramailah penduduk kampong keluar beramai-ramai menontonnya. Maaklumlah pada zaman dahulu tidak sebagaimana sekarang. Sekarang sudah ada wayang gambar, siber kafe,  kelab malam, ada talivision, karaokey, dangdut dan sebagainya untuk dijadikan tempat berhibur. Adapun pada masa zaman dahulu, hiburan orang kampong terutama penduduk di sebelah pantai timur (kelantan), tidak banyak hiburan. Kalaupun ada hiburan, hanyalah seumpama permainan wayang kulit, mak yong dan wayang kulit.

Seorang anak yanng baik, budak sifulan itu, kelihatan masuk lebih awal bagi membantu maknya yang berjual kecil-kecilan dengan mengoreng pisangn, gorengn ubi keledik, goreng tapai ubi, ada juga disulami dengan jualan mee goreng, kacang rebus dan sedikit kueh mueh. Masa itu, tidak ada warung atau kedai di dalam panggung, cuma berjualan di atas tanah beralaskan tikar buruk dan meja kecil yang diperbuat dari kotak-kotak terbuang. Jika dikenangkan ibu bapa dahulu, alangkah susahnya untuk mencari sesuap nasi demi membesarkan anak-anak.

Sebelum waktu insyak atau selepas magrib, kelihatan sudah berduyung-duyung orang kampong datang memenuhi padang sekolah. Kelihatan ada yang tuan, ada yang muda dan tidak ketinggal pula kanak-kanak yang sebaya dengan sifulan, tidak ketinggal untuk ikut sama menonton wayang kulit. Yang tua kelihatan berkumpul sambil berbual-bual sesama mereka (entah apa yanng diperbualkan), hanya kelihatan asap rokok yang memenuhi ruang. Dengan semutar (kain yang dibelit atas kepala), seorang tuan yang agak bongkok, kelihatan masuk kepanggung dengan megambil tempat dipenjuru panggung, kelihatannya agak uzur sambil memegang paip rokok, dengan berkeadaan batuk-batuk, namun tidak mahu ketinggalan menonton wayang kulit, itulah budaya orang Kelantan zaman dahulu. Walaupun kelihatan agak uzur, namun kebudayaan wayang kulit itu, boleh menyegarkan badan dan boleh menambah semangat, sehingga yang sakit boleh kelihatan sembuh, yang tuan kelihatan bertambah muda dan yang murung boleh kembali ceria.

Untuk masuk menonton wayang kulit, dikenakan bayaran, bayaran masuk bagi orang dewasa adalah 50 sen dan 30 sen bagi kanak-kanak. Di situ kita boleh lihat berbagai-bagai lapisan masyarakat, kecil besar, ada yang sanggup gendong anak kecil semata-mata untuk melihat wayang kulit. Bila ada hari keramain seumpama itu, kebanyakan orang kampung dimasa itu, masing-masing berhias dengan mempamirkan pakain yang cantik-cantik, wangi-wangian yang harum dan seolah-olah mengalahkan untuk menghadiri upaca kenduri.

Di situ kelihatan kanak-kanak sebaya sifulan berlari-lari kesana kemari, bergurau sana dan bergurau sini sehingga ada yang bergaduh sesama sendiri. Namun sifulan bin sifulan selaku anak yang baik dan anak yang selalu berbakti kepada oranng tuannya, beliau tidak jauh dari tempat emaknya berniaga, untuk membantu emaknya berjualan. Kelihatan sifulan sibuk membungkus kacang rebus, disukatnya kacang sekira-kira satu tin susu lalu dimasukkan (dibungkus) dalam kertas cina (surau khabar cina yang terpakai), dihulurnya kepada pembeli sambil menjaga api (memasukkan putung kayu), untuk masak jagung rebus. Jagung rebus sangat laris semasa hari-hari keramain ketika itu. Begitulah sikap dan asuhan sifulan terhadap ibunya yang dikasihi lagi disayangi.

Di situlah orang kampong dahulu cari jodoh (bertemu jodoh), usik mengunsik dan intai megintai anak dara bagi yang bujang dan sebagainya. Anak muda (sifulan bin sifulan) sebaya darjah 4 atau darjah 5 (sebaya 10 atau 11 tahun) itu, selalu suka memerhatikan gelagat orang ramai. Sambil menolong emaknya mengoreng pisang, budak sifulan itu, mata dan hatinya selalu memerhatikan suasana sekeliling, melihat gelagat orang ramai dan melihat panorama dunia.

Pada jam 8.30 bermulalah permainan wayang kulit, jika tak salah  TOK DALANG nya pada hari itu adalah bernama  Dollah Baju Merah. Gendangpun dibunyikan memecah kesuyian malam, lalu bergemalah suara Tok Dalang membaca mentera. Kelihatan orang kampung masing-masing megambil tempat namun ditangan masing-masing bagi yang lelaki tidak pernah lekang dengan rokok (maklumlah orang zaman dahulu, bukan kata lelaki, malahan perempuan (nenek tua) pun hisap rokok).

Bagi yang biasa dengan permainan wayang kulit, bilamana mendengar sahaja gendang dipalu, hatinya sudah seolah-olah menjadi terpukau. Terpukau dan terpakulah jiwa dan raga orang zaman dahulu sebaik sahaja muzik atau bilamana gendang mula dipalu. Dengan tiupan  serunai yang mendayu dan bunyi gong yang menusuk jiwa, di situlah semangat dalaman  orang kampung zaman dahulu digasak, ditumbuk, ditusuk dan dilonjak untuk menjadi lebih gagah, lebih muda, lebih ceria dan lebih sihat, hanya dengan mendengar muzik (gendang) bertabuh.

Anak kecil yang dikendung emaknya yang tadinya merenget atau menangis, tiba-tiba menjadi diam dan ada yang terus tertidur dipankuan emaknya manakala kanak-kanak pula pada kebiasaannya duduk dibahagian hadapan panggung, masing-masing membawa alas untuk dijadikan tempat duduk, maklumlah semuanya atas tanah, bukan seperti sekarang, bermain di dalam dewan (hawa dingin). Ada juga kelihatan sesetengah keluarga bawa tikar dari rumah untuk dijadikan lapik duduk anak beranak.

Budak sifulan ini, duduk bersebelahan emaknya sambil membantu emaknya berjualan, sambil mengikuti cerita wayang kulit yang dimainkan oleh Tok Dallang dengan penuh kyusyuk, di perhati dan di amati kisah wayang kulit itu bab demi bab dan babak demi babak di semat didalam dada segala kata-kata dan segala perjalanan kisah dimainkan oleh Tok Dalang diikuti dengan cermat, sehingga tahu dan hafal  jalan ceritanya.

Wayang kulit yang dimainkan oleh Tok Dalang pada hari itu adalah  cerita yang bertajuk len lobek dan len lobat (sayapun tak tahu apa itu len lobek dan lan lobak, setahu atau seingat saya ianya adalah nama salah satu watak dalam cerita wayang kulit, jika tak salah len lobak dan len lobek itu adalah anak Seri Rama ).

Di tengah-tengah gegak gempita gendang dan suara Tok Dalang melakonkan patong wayang kulit , ada sesekali terdengar suara budak menangis dan ada dikalangannya kanak-kanak itu berlari-lari dan bermain-main dihadapan panggung yang ada kalanya menganggu penonton tapi apakan daya, itulah sifat budak, hendak dimarah ia seorang kanak-kanak, walaupun beberapa kali dimarah dan dilarang oleh orangn tua, dia berhenti sekejab kemudian tak sampai 5 minit, sambung kembali mainannya. Emak sifulan, sibuk dengan jualan, sambil menjual, sambail tengok wayang kulit, tetapi lebih banyak masa dihabiskan untuk menjual berbanding tengok wayang. Satu lagi yang saya terlupa nak bagi tahu, iaitu emak sifulan selain goreng pisang, dia juga mengoreng keropok dan menjual kacang rebus.

Diantara watak wayang kulit itu, ada yang bernama Raja Seri Rama, Isterinya yang bernama Siti Dewi, anaknya bernama Hanuman kera putih, Lak Juna, Lan lobek, lan lobak, manakala di kalangan hamba rakyatnya bernama Pak Dogol, Wak yah, Wak Long, Abang Samat parang Tumpul, Eteng dan makhluk Jin dari kayangan dan berbagai-bagai lagi NAMA yang dinama-namakan.

Direngkaskan cerita, pada suatu hari negara yang diberi Nama Tanah Jawa Perbuangan Sari yang diperintah oleh seorang raja yang  NAMA nya bergelar Raja Seri Rama, yang katanya memerintah sebuah negara yang ber nama Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari. Tanah jawa perbuangan sari itu telah berlaku suatu peperangan besar. Negaranya telah diserang oleh kumpulan jin dari atas kayangan (dari atas langit) di atas sebab Raja Seri Rama telah menolak peminangan Raja Jin untuk memperisterikan anak Raja Seri Rama.

Dikeranakan Raja Seri Rama menolak pinangan Raja Jin dari atas kayangan tidak berpuas hati maka berlakulah peperangan besar.  Habislah rakyat Seri Rama dibunuh dan kucar kacirlah negara Tanah Jawa Perbuangan Sari. Maka runsinglah Raja Seri Rama di dalam istana negara memikirkan kesengsaraan rakyat yang banyak mati dibunuh, makanan berkurang, tanaman dibakar dan musuh sudah hampir-hampir menghampiri istana.

INGAT, INGAT DAN INGAT dalam asyek mendengar cerita wayang kulit itu, jangan lupa ambil perhatian, ini cerita bukan sekadar cerita tetapi adalah salah satu kaedah untuk saya memperkhabarkan atau untuk saya memperkenalkan siapakah sebenar-benar nama dan dimanakah letaknya nama kita!!!!!!!…………………………………………..

Zaman kanak-kanak seronok bila diimbas dan bila dingatkan kembali, dikala lapar, tidak ingat wang samada beras ada atau tidak, tahu-tahu pergi kedapur makan. Bila nak pakai baju, tinngal pakai saja tidak ingat betapa susahnya ibu bapa mencari rezeki untuk keperluan makan dan pakai kita. Di zaman kanak-kanak, kita tidak pernah terfikir untuk bayar bil letrik, bil air, bil astro, yuran sekolah, ansuran motosikal, ansuran rumah sewa dan sebagainya. Tahu-tahu celik mata makan…………………………….

Berbalik kepada cerita wayang kulit dan di dalam keseronokkan menonton wayang kulit, sifulan (budak sebaya 10 tahun hingga 11 tahun) itu, tidak sekadar menonton wayang kulit, malahan akal fikirannya jauh melayang menilik disebalik cerita.  Melayang akal fikiran sifulan menjankau Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari dan jauh ke alam antah berantah. Sungguhpun jauh negara kayangan tempat tinggal jin, jauh lagi lamunan dan hayan akal sifulan bin sifulan. Budak yang bernama sifulan bin sifulan ini (anak Hj. Halimah bt Ismail dan anak kepada ayahnya yang bernama Hj. Mohd Yusof Cik Wook) , akalnya mengatasi akal jin dan mengatasi akal Raja Seri Rama, wallaupun setahun jagung, itulah kelebihan kanak-kanak itu. Kelebihan kanak-kanak itu, sudah dapat dihidu oleh ayahandanya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah,  untuk menyelesaikan cerita ini, pengarang (saya), sudah beberapa kali mengalir air mata mengenalkan nasib kanak-kanak (yang bernama sifulan bin sifulan) dan mengenangkan ibu bapanya yang teramat-amat dirindui dan dikasihi, yang kini sudah kembali pulang kerahmatullah. Untuk menghabiskan bait-bait ayat ini, air mata pengarang tetap terus mengali dan mengalir tidak henti-henti, (setakat cerita di atas  sudah lebih 10 kali menangis). Air mata pengarang yang bercucuran mengalir membasahi pipi sambil tangan mengetok butang komputer menahan sebak di dada menahan pilu m,engenal ayah dan ibu. Setiap kali perkataan ayah dan perkataan ibu di sebut dan diketok melalui komputer ini, setiap kali air mata bercucuran (entah mengapa). Mungkin itulah yang dikatakan tanda kasih dan sayangnya seorang anak yang bertuan kepada emaknya.

Tuah sayang kepada ibu dan kasihkan bapak makanya sifulan menjadi seorang anak yang bertuah. Bertuahnya sifulan mungkin selalu mendapat doa dari ibu bapa. Untuk menjadi anak bertuan maka marilah kita sama-sama berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Mata sifulan melihat wayang kulit, tetapi rohaninya seolah-olah sudah berada di negara Seri Rama dan sedang duduk di Negara Tanah Jawa perbuangan Sari dan sama-sama ikut berperang dengan Jin bagi membantu Raja Seri Rama.

Berbekalkan didikan ayahandanya, HANYA DENGAN MELIHAT WAYANG KULIT, sentuhan rohani  budak yang BERNAMA sifulan itu,  telah dapat MENGENAL DIRI dan TAHU TEMPAT LETAKNYA NAMANYA.

Di kala Tok Dalang masih meneruskan permainan wayangnya, cemburu melihat sifulan mengasihi ibunya, embun jantan mula kelihatan turun membasahi bumi untuk mengirigi kasih sifulan terhadap ibunya (tanda sama-sama mengasihi ibu sifulan dan turut mengasihi sifulan sianak bertuan). Embun jantan juga tidak mahu ketinggalan untuk ikut serta untuk membasahi kepala ibunda tersayang (yang dikala itu tudung kepala belum lagi dibudayakan). Orang sezaman ibunda, belum lagi dibudayakan dengan bertudung, sungguhpun belum bertudung, namun iman kepada Allah tidak kurangnya berbanding dengan orang sekarang yang pakai tudung atau purdah! (malahan berkemungkinan lebih beriman).

Walaupun sejuk malam yang dingin diselubiungi embun, kelilhatan ibunda sifulan menyapu air di mukanya dengan kain batik lepas yang disangkut di bahu tetapi air yang disapu itu bukan air embun, ternaya air yang disapu itu adalah air peluh (demi mencari nafkah) untuk membesarkan anak bertuah yangn bernama sifulan. Dalam hati kecil yang mengiringi peloh Hjh Halimah bt Ismail itu, berkemungkinan mengalir bersama doa kepada anak tersayangnya (sifulan) supaya besar nanti akan menjadi sebutir mutiara yang boleh membawa penduduk dunia Allah ini, disinari dengan cahaya makrifat (mengenal Allah, mengenal diri, mengenal penyerahan diri, matikan diri sebelum matti dan mengenal tempat letaknya NAMA?). Di dalam banyak-banyak mengarang kitab, yang paling banyak mengalirnya air mata pengarang adalah semasa mengarang kisah ini (wayang kulit kerana banyak menyebut perkatan ibu).

Berbalik kepada cerita wayang kulit, Melihat rakyatnya mati, hibalah hati Raja seri Rama lalu megambil kesempatan untuk turun sendiri kemedan peparangan untuk bertempur sendiri dengan jin. Maka berperanglah Raja Seri Rama dengan Jin, lalu Raja seri Rama mengalami kekalahan dan berundurlah Raja Seri Rama mencari perlindungan. Di dalam buangan Raja Seri Rama memikirkan keadaan hiba mengenangkan negara dan rakyatnya. Tiba-tiba datanglah yang  BERNAMA Wak Dogol, salah seorang hamba abdi Seri Rama yang paling tua (giginya hanya tinggak sebatang), datang meghadap sembah di hadapan Raja yang sedang hiba.  Wahai “RAJA HAMBA”, apakah gerangan yang sedang “TUAN KU” fikirkan, KATA Wak Dogol. Wahai “HAMBA KU”,  tidakkah engkau ketahui wahai “HAMBA KU” (Wak Dogol) yang negara kita sekaranmg dalam huru hara kerana kalah berperang dengan Jin dari kayangan.

Jawab Wak Dogol, manalah hamba tahu ya Tuan ku, semasa peperangan sedang berlaku hambakan sedang pergi bertapa di atas kemuncak gunung. Kerana melihat kepulan debu-debu menjulang kelangit (kerana dahsyatnya peperangan berlaku dimasa itu, sehingga medan pertempuran itu menjadi berdebu dan semacam asap naik kelangit), membuatkan Wak Dogol turun kebawah untuk melihat. Wak Dogol sebenarnya sudah tahu akan hal ini, cuma saja-saja atau berpura-pura buat-buat tak tahu. Berkatalah Seri Rama kepada Wak Dogol, memandangkan engkaulah  HAMBA KU” yang paling tua di dalam negara ku ini, inginlah aku bertanya barang sepatah dua, kalau-kalau ada buah fikiran kamu, wahai  “HAMBA KU”  Wak Dogol?.

Tuan-tuan, diketika tuan-tuan asyik mengikuti kesudahannya cerita ini selanjutnya, yang paling pentingnya, saya nak nasihatkan di sini adalah supaya tuan-tuan ambil perhatian sedikit bilamana sampai kepada perkataan yang tulisan berhuruf besar! (ada maksud yang tersembunyi yang akan saya jelaskan diakhir nanti).

Tahukah tuan-tuan semasa saya mengarang ini, saya sedang mendengar dendangan lagu-lagu Melayu Deli (berbahasa minang) dengan kuatnya. Cuba tuan-tuan bayangkan, ditempat saya mengarang sekarang ini, adanya set audia (home teater), maaf ejaan home teater jika salah. Berbekalkan sebiji lampu meja bagi menerangi butir-butir key bord komputer, saya juga ditemani muzik.  Di kerana mengenang (ingatkan) kepada ibu yang selalu mendengar radio atau kaset dikir barat dengan kuat, untuk mengenang dan kerana ingat yang teramat sangat kepada mak, makanya  saya juga megambil kesempatan ini mengarang dengan bunyi radia dengnan kuat, saya telah pasang home theater sehabis kuat yang boleh, sebagaimana yang dibuat olek ibu saya. Tempat saya mengarang ini,  terletakjauh dari rumah orangn, sekitar sini tidak ada jiran, saya duduk berjauhan dari orang. Ditepi belukar inilah terhasil dan mengalir air tangan saya yang menjadi santapan rohani dan tatapan tuan-tuan.

Sekali lagi saya tidak boleh menahan air mata, sehingga saya meraung-raung memanggil-manggil nama mak saya, saya menangis dan meraung-raung bagaikan budak, memanggil-manggil NAMA  mak saya!. Tuan-tuan tidak tahu betapa payahnya untuk saya menghabiskan cerita ini, untuk menghabiskan cerita ini (setakat ini),  berpuloh kali saya meraung, raungan atau pekikkan saya itu sama kuatnya dengan home theater yang saya pasang. Di sini, bukan niat saya untuk nyatakan “menangis”, yang saya nak sampaikan kepada tuan-tuan sekalian di sini, adalah besarnya nilai kasih sayang seorang anak (yang bertuan lagi berjaya hidupnya yang bernama sifulan) bilamana mengasihi terhadap kedua ibu bapa, dengan kasih sayang itulah maka membuatkan seoarang anak akan menangis dan hiba bila kepada masa menulis perkataan ibu (mak). Bila sampai kepada tulisan perkataan mak atau ibu, dengan sendiri hati menjadi sayu, dengan sendiri juga air mata mengalir dengan derasnya sama deransnya dengan volume set theater.

(maaf kerana mengherat sidang pembaca kepada kisah pengarang). Berbalik kepada cerita hura hara yang melanda di seluruh Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari, di bawah pemerintahan Raja seri Rama. Lalu setelah Seri Rama bertanya pendapat kepada orang tua yang bernama Wak Dogol. Walaupun Dogol sudah tahu akan cerita sebenar, dia berpura-pura bodoh dihadapan raja, sedangkan segalanya sudah dilihat melalui puncak gunung tempat pertapaannya.

Lalu berkatalah Dogol memberi pendapat kepada “RAJANYA”.  Wahai “TUANKU”  raja pemilik seluruh  pemerintahan Negara Tanah jawa Perbuangan Sari, “HAMBAMU” ini ingin memberi pendapat barang sepatah, jika salah silap harap jangan dimurkai. Setahu hamba, tuanku ada dua oranng anak lagi yang “BERNAMA”  len lobek dan len lobak hasil perkongsian Tuanku dengan perempuan (entah perempuan mana, sayapun sudah tak ingat). Hanya anak Tuanku berdua itu sahaja yang akan dapat mengalahkan  yang “BERNAMA” Raja jin tersebut.

Dipendekkan cerita, maka disuruhlah yang BERNAMA Wak Dogol mencari akan kedua anaknya itu. Berkata Wak Dogol berpura-pura tidak tahu, “dimakah akna hamba cari kedua anak tuanku itu, sedangkan hamba patik ini tidak tahu tempat duduknya”.  Murkalah Raja Seri Rama terhadap Wak Dogol, walaupun Seri Rama dalam keadaan kalah perang dan terbuang ditempat buangan, selaku Raja ,dia tetap Raja, walupun terbuang. Sikap rajanya tidak boleh dihakis dari hati Seri rama, walaupun beliau selaku raja yang sudah bernegara (sudah hilang negara) dan sudah tidak ada rakyat selain Wak Dogol, namun ego seorang raja tetap raja. Berkatalah Raja, “jika kamu tidak boleh bawa pulang kedua anak aku yang bernama len lobek dan len lobak, akan aku bunuh engkau sampai mati”.

Akur dengan perintah raja, maka pergilah Dogol mencari anak Seri Rama yang bernama len lobek dan len lobak di tempat yang sudah orang tuan Wak Dogol ketahui melalui ilmunya. Sebenarnya orang tua yang bernama Wak Dogol itu, sebenarnya dialah raja segala dewa (wali segala wali kalau bahasa kita sekarang), cuma menjelma sebagai hamba abdi danyang  berselindung disebalik Wak Dogol, itu makanya dia tahu apa yang belum terjadi. Keluarlah Dogol mencari kedua putra Seri Rama itu.

Diorengkaskan cerita, baliklah kedua anak Seri Rama ke Negara Tanah Jawa Perbuangan Sari (ini adalah pertemuan kali pertama mereka berdua bertentang mata dan bertemu dengan ayah kandung).

Berperanglah mereka berdua dengan Raja Jin, dengan pertolongan Wak Dogol yang sakti, maka tewaslah Raja Jin dan dihumbanlah oleh Raja Seri Rama ke dalam lautan api yang melewati tujuh gunung.

Direngkaskan cerita, tamatlah di sini cerita len lobek dan len lobak, Jika nak ikut cerita asal, ianya memakan masa tiga malam untuk menghabiskan cerita itu. Dari cerita itu, apakah kesimpulan dan apakah kena mengena dengan mencari dimanakah terletaknya NAMA pada kita?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat serta para-para sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Manakah pendirian, manakah pegangan dan manakah iktikad tuan-tuan dalam soal ini?. Belajar sudah, berguru sudah dan mendengar ceramah  sudah, apa lagi yang tuan-tuan rasa tidak yakin untuk menjawap persoalan ini?.

Untuk itu, mari saya yakinkan dada tuan-tuan dengan sebenar-benar ilmu makrifat. Adapun jawapan kepada soalan dimanakah “NAMA”  kita?. Seumpama kita bernama Mamat bin Dolah, dimanakah letaknya diri Mamat bin Dollah?. Yang kita ada melekat kepada tubuh kita itu, seumpama anggota tangan, kaki, mulut dan sebagainya (7 anggota), tetapi dimanakah diri Mamat bin Dolah?.

Dari cerita yang panjang lebar di atas, marilah kita sama-sama megambil iktibar. Iktibar apakah yang dapat kita kutib dari cerita wayang kulit dalam kisah len lobat dan len lobek?. Iktibar yangh dapat kita kutib adalah seumpama, siapakah yang bernama Raja seri Rama, Siapakah Wak Dogal, siapakah Wak Yah, siapakah Abang Samat, siapakah Raja Jin, siapakah yang berperang, siapakah yang menang perang, siapakah yang bertapa diatas gununng yang tingggi, siapakah lautan api dan siapakah yangn mati………………………………………

Sesungguhnya yang bernama itu, adalah dari suara mulut ‘TOK DALANG”.. Yang berperang itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang, Yang menang dan yang kalah perang itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang bertapa diatas gunung yang tinggi itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang menjadi Raja Jin itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang menjadi lautan api itu, adalah dari suara mulut Tok Dalang. Yang mati dan yang hidup itu, semuanya adalah dari suara mulut ”TOK DALANG  YANG SATU”……………………………………………………………….

Mana ada sekalian jasad, mana ada sekalian diri, mana ada sekalian tubuh dan mana ada sekalian nama, melainkan dari mulut Tok Dalang yang satu!. Sedarlah,sedarlah dan sedarlah bahawasanya kita ini, tidak lain seumpama patong wayang kulit.  Yang berkata-kata itu, adalah Tok Dalang, yang sakit itu, adalah Tok Dalang, Yang kaya itu, adalahh Tok Dalang, yang Besar itu, adalah Tok dalang dan yang Hidup itu, adalah Tok dalang.

Diri dan nama kita itu, sebenarnya adalah dari kalam, dari kata-kata, dari sebutan, dari lafaz atau dari suara Tok dalang semata-mata. Sedarlah bahawasanya kita ini sebenarnya seumpama belulang kering. Tidak bercakap, tidak bergerak, tidak berbini, tidak makan, tidak hidup kita ini, melainkan itulah Tok Dalang.

Jangan lagi mengaku yang kita ini, ada!. Dimanakah diri dan nama kita?. Diri dan nama kita itu, adalah datangnya dari mulut Tok Dalang iaitu datangnya dari kalam Allah atau datangnya dari “KUN” Allah.

Sudah-sudahlah mengaku yang diri, nama, gagah, cantik, kaya dan sebagainya itu milik kita. Kita tidak memeliki, mempunyai dan tidak ada hak apa-apa!. Kita ini hanya nama dan nama itupun juga adalah milik Allah (milik Tok Dalang)……………………………………………

Mari kita sama-sama pulangkan seluruh diri, seluruh nama,  seluruh upaya, seluruh kehendak dan seluruh jiwa dan raga kita ( zat, sifat, afaal dan asma’) kepada tuan yang empunya. Sebenar nama tidak ada dan sebenar-benar diri itu, tidak ada. Yang ada yanng wujud, yang ujud dan yanbg maujud itu, adalah hanya Allah selaku Tok Dalang di dalam permainan wayang kulit.

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, segalanya hak Allah, jangan lagi kita mendakwa diri kita sendiri, kelak akan didakwa Allah. Dakwaan Allah kelak, tidak ada peguam atau tidak ada pembela yang menang dalam mahkamah Allah, melainkan mereka-mereka yang berserah diri kepada Allah, orang-orang yang benar-benar berserah diri kepada Allah sahaja adalah  orang yang sebenar-benar menang!.

Marilah sama-sama kita mati (kembali kealam kubur, alam barzakh dan alam baqa) esuk dengan berkeadaan suci (kosong). Jangan dibawa sombong, anggkuh, tamak dan kebesaran diri. Untuk memnghilang kebesaran diri itu, caranya adalah dengan berserah, menyerah diri dan memulangkan kembali  hak Allah kepada Allah. Apa yang ada pada kita?, melainkan semuanya hak Allah, jadi kembalilah segalanya kepada Allah, barulah kita itu dikatakan suci bersih.

Kembalilah kepada Allah semasa kita masih hidup, jangan tunggu untuk kembali semasa kita sudah mati. Kembali sesudah kita mati itu, adalah kembali yang sudah terlambat. Apa ada pada isteri, apa ada pada suami, apa ada pada anak dan apa ada pada harta. Demua itu tidak akan sekali-kali dapat membantu kita. Ingat pesan saya ini, jangan bergantung harap kepada anak, isteri, suami, harta atau jangnan berharap kepada kesihatan. Pasti suatu hari kita akan tinggal seorang diri. Marilah kita bergantung harap hanya kepada Allah Taala.

Ada isteri yang dicerai suami, ada suami yang ditinggal isteri, ada harta banyak, sesungguhnya dengan harta itulah membuat kita lupa kepada Allah dan masa kita sihat, kita anggkuh dan setelah diri kita lumpuh, mana perginya kekuatan dan mana pergi gagahnya kita?.  Sunguhpun kita ada anak, kadang-kadang anak kita itulah yang  menipu harta kita, menipu  perniagaan kita. Belot dalam memegang amanah, kita suruh lain, anak kita akan buat lain.

RAMAI ORANG TUAN (IBU BAPA) KECEWA DENGAN  ANAK-ANAK!. Setelah nampak duit (wang), ada anak yang sanggup menikam bapa dari belakang. Sanggup menutup periuk nasi ibu bapa, sanggup menutup perniagaan ibubapa  (asal mereka dapat wang). Jadi untuk mengelak orang tuan kecewa terhadap anak-anak, lebih baik kita percaya, yakin dan bergantung kepada Allah dan jangan sekali-kali berharap kepada anak-anak, isteri atau suami. Dengan cara berserah diri kepada Allah, kita tidak akan berhadapan dengan kekecewaan.

Jangan berserah diri kepada perniagaan, kerana ada kalanya perniagaan kita akan mengalami kerugian, nanti kita kecewa.  Jangan berserah diri kepada harta (wang) untuk jaga kita dihari tua nanti kita kecewa. Mari kita sama-sama berserah diri kepada Allah (kita tidak akan kecewa). Berserah diri, berserah nama dan hendaklah berserta beserta dengan nyawa.

Diri dan nama kita itu,  terletak dan duduknya pada Tok Dalang………………………………………

Amin drp hj shaari

Jawapan Kepada Siapa dan Dimana Sebenarnya NAMA

Aside

Fuad
gravatar.com/infins7 x
infins@gmail.com
210.187.196.72
Submitted on 2014/03/08 at 1:58 am | In reply to azmi.

Saya pun ada cerita nak dikongsikan, sekadar mengisi masa lapang tuan azmi:

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Nasib Guru Mkarifat

Aside

Sudah lama saya tidak mengukir kata melalui web (universiti Qalbu mukmin), rasanya teramat rindu untuk bertemu peminat2 di luar sana. Apa kahabar ananda semua?, semoga dirahmati Allah hendaknya.

Diruangan yang sesingkat ini, inginlah ayahnda bertanya kepada sakalian peminat universiti ayahnda ini, dengan satu pertanyaan. Kalin semua sudah mengaji, belajar dan menuntut di universiti Qalbu Mukmin sydah sekian lama, oleh itu inginlah saya buat satu ujian bertulis melalui blog ini. Ujian ini, adalah bertujuan untuk mengukur samada lulus atau gagal (tahu atau tidak) perkara mengenal diri?. Untuk menentukan lulus atau gagal, saya ingin ajukan satu solan, manakah yang dikatakan diri? (sebenar-benar diri).

Contohnya tuan-tuan bernama mamat bin dollah, saya ingin bertanya kepada pelajar-pelajar sekalin, manakah yang diletaknya atau bertempatnya mamat bin Dolah, cuba tunjukkan kepada saya mana bertempat atau letaknya mamat bin dollah diatas diri tuan-tuan.

Jika tuan-tuan angkat tangan bagi mengisyaratkan diri tuan-tuan itu mamat bin dollah, tangan yang tuan-tuan anggkat itu, bukan mamat bin dollah, itu bernama tangan. Jika tuan-tuan mengisyareatkan dengan menunjuk ke arah dada, dada yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, yang ditunjuk itu adalah dada (dada bukanya mamat bin dollah).

Dimanakah bertempatnya mamat bin dolah atas batang tubuh tuan-tuan kiranya ada?. Tuan mengaku diri tuan-tuan seumpama bernama mamat bin dolah tetapi dimanakah letaknya mamat bin dollah.Tangan bukan mamat bin dollah dan dadapun juga bukan mamat bin dollah. Anggota yang tuan-tuan tunjuk itu, bukan mamat bin dollah, itu anggota dada dan itu anggota tangan. Dimanakah letak atau bertempatnya mamat bin dollah. Yang saya mahu tahu, manakah yang dikatakan mamat bin dollah atas diri tuan-tuan, kiranya ada?.

Jika tuan-tuan tidak dapat jumpa nama sendiri di atas diri (batang tubuh) tuan-tuan, bagaimanakah tuan-tuan semua boleh mendabik dada mengaku mengenal diri?. Barang siapa berjumpa jawapan manakah nama diri sendiri di atas batang tubuh, bererti tuan-tuan adalah tergolong dalam mereka yang mengenal diri.

Jika ada berjumpa dengan diri sendiri, sila jawab melalui laman ini, agar semua orang diluar sana dapat membaca dan menilainyanya. Jika nama sendiripun tidak dapat ditemui, bagaimanakah pula ingin mengenal Allah (sedang diri sendiripun belum lepas dan tidak dapat dicari, mana mungkin dapat mengenal Allah!). Saya berseru kepada mereka-mereka yang diluar sana, yang selalu bercakap tentang mengenal Allah, sila beri jawapan…………….

Belajar ilmu makrtifat itu, bukan sekadar tahu bercakap atau tahu berpidato sahaja, lebihnya ilmu makrifat itu, adalah diatas faham, faham dan faham…………………Jika benar-benar faham, sila beri jawapan supaya kita semua dapat mempelajari dan menilainya.

Sila beri komen, baik murid lama atau murid baru……………………………… daripada haji Shaari

Cuba Cari Nama Tuan-Tuan, Letaknya Dimana?

Aside

Ada satu kumpulan yang pernah saya jumpa, mereka dan golongan mereka mengaku dan mendakwa bahawa mereka adalah dari keturunan pengajian Tok Kenali. Golongan ini mendakwa bahawa nafsu itulah diri.

Saya nasihatkan kepada golongan ini, jangan sekali-kali mencemarkan perjalanan ilmu Tok Kenali. Tok Kenali tidak pernah mengaku yang nafsu itu diri!. Nafsu itu, adalah sebahagian drp diri dan bukannya diri. Nafsu itu, adalah anasir yang bergantung kepada roh, sebagaimana anggota tujuh yang bergantung kepada roh. Cuba tuan-tuan fikirkan jika sekiranya tidak ada roh, masakan kita boleh bernafsu?.

Nafsu masih bergantung kepada roh, jika tidak ada roh (tidak ada nyawa), masakan kita boleh bernafsu. Bolehkan kita bernafsu kepada perempuan sekiranya kita mati?. Jadi nyatalah bahawa nafsu itu, bukan diri. Diri yang sebenar-benar diri itu, adalah diri yang berdiri dengan sendiri, tanpa bergantung kepada sesiapa!.

drp Hj.Shaari

Nafsu bukan diri. Diri sebenar diri itu, adalah……………….

Aside

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Mencari Allah itu, adalah sesuatu yanng tidak payah dan tidak susah. Sehinga sampai kepada tahap tidak lagi perlu dicari. Apakah cincin yang dicari itu, masih hendak dicari?.

Yang hendak digalas itu, sebenarnya sudahpun dibahu tuan-tuan!.

Umpama tuan-tuan mencari unta yang hilang, sedangkan kamu sudah berada diatas belakang unta yang hilang!, bagaimana mungkin akan ketemu?.

Mencari sesuatu yang teramat dekat dan mencari sesuatu yang teramat hampir itu, apabila dicari dia akan semakin menghilang (semakin kehilangan).

Tuan-tuan mencari sesuatu barang dengan mata, sedangkan barang yang dicari itu berada diluar mata!. Mana mungkin akan bertemu.

Pandangan mata itu buta!. Untuk mencari itu, carilah dengan pandangan penglihatan, kerana pandangan tidak pernah buta (pandangan tidak guna mata untuk melihat). Penglihatan atau pandangan itu, tidak perlu mengguna mata untuk mencari. Oleh itu renung dan carilah dengan penglihatan dan jangan cari dengan mata!. Barang yang kamu cari itu, sedang berada berada diluar mata, masakan mungkin boleh dicari dengan mata!.

Mata bersifat buta sedangkan pandangan tidak pernah buta. Oleh itu melihatlah dengan pandangan. Orang makrifat itu, adalah orang yang dapat melihat dalam buta. Lagi buta mata, lagi terang Allah, lagi buta mata, lagi jelas Allah………………..

Lebih baik buta dari tidak berpenglihatan!.Orang makrifat itu, melihat Allah dalam buta matanya!.Setelah buta matanya, barulah Allah itu terang dan jelas (nyata). MELIHAT DI DALAM BUTA,  itulah makrifat!. Hal itu, adalah tterlebih baik berbandingn celik tetapi buta (CELIK TETAPI BUTA).

Allah tidak berjirim dan tidak berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara). Allah itu, bukan sekadar nama. Sebenar-benar Allah itu, adalah tuan yang empunya nama (Sebenar-benar Allah itu, adalah nama yang tidak berhuruf dan tidak bersebutan (tidak berlafaz).

Apa ada pada nama?, nama tidak menggambarkan apa-apa (NAMA TIDAK BOLEH MENGAMBARKAN APA-APA  BENTUK ATAU RUPA UNTUK DITAFSIRKAN).  Sebenarnya Allah itu berada diluar mata. Janganlah cuba-cuba untuk mencari Allah dengan mata!. Sebenarnya Allah itu berada di dalam penglihatan dan Allah berada di dalam pandangan.

Allah berada di dalam pandangan dan Allah berada di dalam penglihatan walaupun tidak dilihat dengan mata.Walaupun dilihat dengan mata, bentuk dan rupanya tidak dapat digambarkan (laisa kamislihi syaiun atau bersalahan dengan yang baharu).

Sebutan yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah semata–mata khayalan mata!. Walaupun disebut dengan bibir, itu adalah semata-mata khayalan!. Maaf jika saya terlampau lantang. Dengan kelantangan itulah sebenarnya ilmu. Jika paku diketuk perlahan, tentunya tidak masuk, paku itu hendaklah diketuk dengan kuat (dengan lantang) baru masuk!. Kelantangan saya itulah, yang selalu disalah erti oleh orang yang melihat dengan mata!.

Orang yang mengkritik tulisan ini, adalah mereka-mereka yang buta, oleh itu, jadilah orang yang berpenglihatan dan berpandangan, supaya tiddak buta mata hatinya………. drp hj shaari, sebagai santapan pagi jumaat.

Unta Yang Hilang (Naik unta untuk mencari unta)

Orang Selalu Bertanya Soal Amalan, Apakah Itu Amalan?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Selalu orang bertanya kepada saya tentang amalan Tok Kenali dan amalan saya. Apa lagi amalan yang tuan-tuan cari dan amalan apa lagi yang tuan-tuan nak tahu, tidak cukup lagikah amalan yang selalu tuan-tuan amalkan?.Nak amalan yang sebagaimana lagi?.

Mahukah saya bagi amalan ratib atau berzikir Tok Kenali sebanyak 80,000 kali dalam satu malam?. Laratkah atau sangggupkahh tuan-tuan amalkan (apa bolehkah tuan-tuan buat?), saya bimbang kalau-kalau tak terbuat!. Jika terbuat sekalipun, kebanyakannya hanya sekadar dua atau tiga hari sahaja! (tingi-tingi satu atau dua minggu). Lihatlah, tiliklah dan perhatikanlah kawan-kawan, sahabat-sahabat atau diri tuan-tuan sendiri yang pernah melalui perjalanan atau aliran torikat yang memerlukan zikir atau ratib sejumlah 80,000 (lapan puluh ribu) dalam satu malam, terbuatkah mereka dan terbuatkah kita?. Jika termampu sekalipun hanya dalam jangka masa yang pendek, habis itu, wirid kemana dan zikir kemana!.

Apakah untuk ingat (zikir) kepada Allah itu, memerlukan kepada bilangan?, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, sekiranya habis pusingan atau bilangan buah tasbih, kemana  perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada sewaktukita bilang buah tasbih sahaja, bilamana habis bilangan 80,000, kemana perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada diwaktu malam sahaja, apakah Allah itu, hanya tidak ada pada waktu siang, sehingga zikir atau wirid itu, perlu kepada waktu malam?.

Jika sekiranya tidak ada buah tasbih, apakah Allah tidak boleh diingat?. Jika kurang bilangannya dari 80,000 kepada  79,000, selalunya kena ulang semula pada malam berikutnya, apakah Allah tidak terima zikir kita bilamana kurang dari 80,000, sehinggga kita kena ulangi semula?.

Apakah zikir atau ingat kepada Allah itu, hanya melalui suara bibir mulut sahaja. Jika tidak dengan mulut, apakah kita tidak boleh ingat kepada Allah?. Cuba bawa berfikir dengan fikiran yang waras?. Apakah mata, telinga, hidung, tangan serta kaki itu, tidak perlu ingat (zikir) kepada Allah?, sehingga kena melalui mulut dan buah tasbih?. Cuba jawab?…………………………

Bagi Tok Kenali, bukan banyaknya amalan zikir yang menjadi perhitungan, yang diambil kira itu, adalah keikhlasan!. Sekalipun berjuta kali, jika kita tidak mengenal tuan yang empunya nama, ianya tidak lebih daripada sekadar riadah! dan bukannya beribadah. Yang menjadi ibadah atau yang dikatakan ibadah itu, bilamana kita benar-benar ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah dalam erti kata ingat kepada tuan yang empunya zikir dan ingat kepada tuan yang empunya nama).

Nama tidak sedikitpun memberi bekas. Cuba tuan-tuan lihat kereta yang digantungn dengan nama Allah atau yang berpelekat dengan nama Allah, bilamana berlaku perlangaran, tidakah dengan kereta dan dengan tuan-tuannya sekali hancur (dengan ada nama Allah, sepatutnya kita tidak cedera, kenapa masih ada yang cedera sehingga ada yang membawa maut) . Cuba kita lihat orang yang tengah berzikir dan menyebut nama Allah semasa memotong sayur, tiba-tiba tangan boleh terluka terhiris pisau. Ini memberi gambaran kepada kita, bahawa nama tidak membawa erti, yang bermakna dan bererti itu, adalah tuan yangn empunya nama.

Tuan yang empunya nama itu, boleh di ingat dan boleh dizikir dengan tidak perlu kepada jumlah bialangan tasbih dan tidak perlu kepada waktu malam sahaja. Sayanngnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya suara, tuan yang empunya bibir, tuan yang empunya buah tasbih dan sayangnya kebanyakakn kita tidak mengenal tuan yang empunya zikir?.

Sayangnya masyarakat kita pada hari ini, kebanyakannya berebut-rebut untuk tunjuk hebat, tunjuk alim dan tunjuk ulamak, bilamana bilangannya sebutan itu sakan dan  banyak dalam membilang buah tasbih. Tak cukup dengan buah tasbih, orang sekarang ini guna alat kaunter (yang tekan-tekan dengan jari, boleh keluar nombor).

Saya bukan berhajat untuk merendah-rendahkan golongan yang berzikir, zikir itu adalah amalan yang baik, tetapi sayangnya, kebayakan dari kita bilamana berzikir, zikirnya adalah zikir yang tidak ingat kepada Allah (tuan kepada yang empunya sebutan). Melainkan kebanyakanya hanya tahu ingat kepada bilangan atau tahu ingat kepada buah tasbih!. Apa yang mahu saya tekan disini, adalah zikir yang disertai mengenal kepada tuan yang empunya nama!.Sebutlah nama Allah itu dengan ilmu, sebutlah nama Allah dengan mengenal dan sebutlah dengan fatonah (bijaksana).

Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus dan tidak pernah habis. Zikir (ingat kepada Allah) itu mudah dan senang, tidak perlu kepada hanya malam, malahan boleh diamalkan pada waktu singa atau pada waktu malam.

Berzikir (ingat kepada Allah) Tok Kenali itu, seumpama berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, penciuman?. Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosoh sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki dikulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring malahan zikir Tok Kenali itu, boleh semasa kita sedan nyeyak tidur, boleh berzikir sewaktu bermimpi, boleh berzikir (ingat kepada Allahh) semasa sedang koma atau sedanng pengsan!.

Bagaimanakah caranya untuk berzikir sebagaimana zikir Tok Kenali, tungggu, tunggu dan tunggu!, saya nak lihat dulu komen dari orang diluar dulu, baru boleh saya bagi jawapan. Mungkin sahabat-sahabat diluar sana boleh beri zikir yang lebih tinggi dari zikir Tok kenali, siapa tahu!. Tok Kenali beramal dengan zikir yang tidak perlu kepada buah tasbih dan tidak perlu kepada hitungan jumlah!. Jadi zikir Tok Kenali itu, adalah zikir yang paling rendah dan paling bawah (zikir low class atau zikit tamada kata ore kelate). Jika ada zikir yang paling tinggi, sila kemukan boleh kita sama-samma belajar. amin drp hj shaari

Menempatkan Segalanya Atas Diri, Barulah Tertilik Allah……………

Kita selalu memberi tafsiran yang bahawa kuasa itu, dari Allah, penglihatan itu dari Allah, pendengaran (kudrat dan iradat) itu, adalah datangnya dari Allah. Sebenarnya mengikut tafsiran ilmu makrifat, ianya bukan datangnya dari Allah, tetapi sememangnya itulah Allah.

Gagah itu Allah, cantik itu Allah, kaya itu Allah, tinggi itu Allah, besar itu Allah, melihat itu Allah, mendengar itu Allah dan hidup itu Allah. Kita mengaji ilmu makrifat itu, bukan seperti mengaji ilmu syariat. Ilmu syariat itu, adalah ilmu yang duduknya pada istilah, istilah dan istilah, adapun ilmu makrifat itu, adalah ilmu duduk, ilmu berpijak dibumi nyata, ilmu jelas, ilmu sampai dan ilmu putus. Ilmu syariat itu, adalah ilmu istilah. Ilmu istilah itu, adalah seumpama saya minta tuan-tuan menyebut perkataan “kaya” atau  perkataan“api”, apakah dengan menyebut perkataan kaya itu, telah bererti tuan-tuan benar-benar ada wang (sebut kaya, mana wangnya?) atau dengan menyebut perkataan “api”, dengan menyebut perkataan api, manakah panasnya. Begitu juga dengan ilmu syariat, ilmu syariat itu, hanya tahu sebut perkataan, tetapi perkataan yang disebut itu, mana duduk atau mana putusnya? Dan mana kenyataannya.

Sebut perkataan api, mana panasnya, sebut perkatan kaya, mana wangnya dan sebut perkataan Allah,

mana tuanya?. Apakah cukupkah dengan hanya beristilah sahaja sampai mati?. Dari usia umur muda (kanak-kanak) sehingga membawa kepada usia 60 atau 70 tahun, apakah cukup dengan hanya beristilah sahaja?, cuba jawab……………………………………….

Cukup-cukuplah beristilah!. Tetapi bila saya lebih bercakap dalam hal ilmu makrifat, ada sahaja suara-suara sumbang yang menuduh saya sesat?. Jika saya sesat, manakah Allah yang betul dan mana Allah yang sebenar-benar Allah, mana yang dikatakan Allah yang tidak berhuruf dan Allah yang tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim?”, mana?, mana? dan mana?………………………………..

Untuk itu, mari kita jangan lagi duduk pada tahap istilah, mari sama-sama kita belajar ilmu putus. Ilmu putus itu, adalah ilmu yang mengaku dengan pengakukan serta beriktikad yang putus. Iktikad yang putus itu, adalah iktikad yang bahawasanya, gagah itulah Allah, hidup itulah Allah, kuat itu Allah, terang itu Allah, kaya itu Allah, melihat, memandang, menengok, menilik, mengdengar, menghidu dan yang hidup itu, itulah Allah. Jangan lagi beristilah dengan perkataan istilah bahawa Allah memberi lihat, memberi dengar atau memberi hidup!. Iktikad yang putus itu, sesungguhnya melihat itu Allah, mendengar itu Allah, mencium itu Allah, menghidu itu Allah, berkata itu Allah, hidup itu Allah, lihat itu Allah, dengar itu Allah, nampak itu Allah, Allah, Allah ……………………………………………………

Yang berdiri itu Allah, yang duduk itu Allah, yang besar itu Allah, yang kecil itu Allah, yang jauh itu Allah, yang dekat itu Allah, yang awal itu Allah, yang zahir itu Allah, yang batin itu Allah dan yang akhir itu Allah,Allah, Allah…………………………………………………

Kenapa tak reti-reti juga, wahai sahabat-sahabat yang dikasihi diluar sana, nak suruh saya kata apa lagi dan nak suruh saya sebut apa lagi. Cukup-cukuplah makan hampas, mari kita makan santan. Carilah ilmu nyata dan carilah ilmu putus. Mengaji ilmu itu, jangan hanya setakat tahu beristilah, hendaklah kita cari ilmu nyata.

Ilmu nyata atau ilmu putus (ilmu pemutus) itu, bilamana kita tempatkan segala ilmu itu pada diri sendiri. Jangan baya ilmu itu keatas langit, jangan bawa ilmu itu kealam zaman dahulu, jangan bawa ilmu itu ke Tanah Mekkah, jangan bawa ilmu itu ke alam bawah tanah, bawalah segala ilmu itu, supaya boleh letak atau supaya boleh ditempatkannya pada diri sendiri!. Itulah pengajian ilmu yang putus lagi nyata!.

Sebut sahaja perkataan atau sebut saja perkara melihat, sesungguhnya melihat itu Allah, kemudian letakkan atau tempatkan pula sifat melihat itu pada diri kita. Setelah sifat melihat itu ditempatkan atas diri kita, lalu mulalah kita butakan mata kita (malahan jika nak sedap lagi, hendaklah kita mengakku yang bahawasanya diri kita yang sebenar  “ tidak ada”).

Begitu juga bila menyenbut perkara atau menyebut perkataan mendengar, memandang, mencium, memikir, menilik, memandang, yang menilik, memandang, mendengar, memikir, mencium,  itulah Allah. Setelah segalanya Allah, saya mahu tuan letakkan segala itu pada diri kita yang tidak ada. Bila meletakkan sesuatu pada diri kita yang tidak ada, saya mahu tanya tuan-tuan dan saya mahu tuan-tuan jawab. Bolehkan perkara (sifat Allah) itu diletak atas diri kita yang sudah tidak ada?. cuba tanya kepada diri tuan sendiri dan cuba jawab sendiri,  bolehkan kita menempatkan sesuatu perkara diatas diri yang sudah tidak ada?.

Apakah boleh menempatkan sifat Allah pada diri yang sudah tidak ada?, sudah tentu jawapannya tidak boleh, jika ianya tidak boleh untuk menempatkan sifat Allah pada diri kita, itu menunjukkan yang diri kitaitu “ tidak ada”. Bilammana diri kita tidak ada, cuba jawab, siapakah yang bersifat ada?. Itulah makanya bilamana kita menyebut perkataan  melihat, mendengar, hidup, gagah, kuat, itulah Allah-Allah, Allah………………………………………………

Inilah pengajian ilmu putus, tetapi ingat, ingat dan ingat!, jangan pula sampai mengaku Allah atau mengaku jadi Allah………………………………………

Cukuplah santapan petang dari air tangan hj Shaari

============================================================