Apakah dosa pahala itu, kita yang buat dan kita yang tetapkan diazali (luh hulmahfuz)?……………………….

mualim munawar
zaidiabidin@gmail.com
175.136.124.88
Submitted on 2013/09/10 at 4:07 am

asalamualaikum. . ..tuan ingin saya tanyakan pada tuan jika benar tuan ini betul faham akan makrifat tok kenali….DI MANAKAH LETAKNYA PAHALA DAN DOSA ITU. dan jika tuan tidak mengetahui ini alangkah sedehnya tok kenali….
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Nak Sembunyi Apa Lagi Tuan-Tuan?

suraduja
sura.duja@gmail.com
112.215.66.74
Submitted on 2013/09/22 at 8:20 pm

Ilmi ini adalah KEBENARAN dan KEBENARAN itu TIDAK BOLEH DITUTUPI APALAGI DIRAHASIAKAN…………..

firman Allah swt dalam surat Albaqarah 159,yaitu :“ SESUNGGUHNYA ORANG – ORANG YANG MENYEMBUNYIKAN APA YANG TELAH KAMI TURUNKAN BERUPA KETERANGAN-KETERANGAN YANG JELAS DAN PETUNJUK,SETELAH KAMI MENERANGKANNYA KEPADA MANUSIA DALAM AL KITAB,MEREKA ITU DILAKNATI ALLAH DAN DILAKNATI PULA OLEH SEMUA MAHKLUK YANG DAPAT MELAKNAT “
Unapprove | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

pendapat yg baik

ebit
kuntunggal123@gmail.com
112.215.66.72
Submitted on 2013/09/12 at 9:53 am

benarlah yg tuan hj guru kata. Allah berfirman dlm kitabNya bhw Dialah yg menciptakan kita dan perkara perkara yg kita buat. Allah menciptakan angin bgtu pula perbuatan angin. kemana saja angin tu bertiup Allah dh cipta atas kehendakNya. begitupun smua ciptaanNya,, Allah dah cipta perbuataannya. tdkkah kita baca dlm Alquran kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Nabi Khidir membunuh. bknkah membunuh itu perkara yg dosa. dan nabi khidir membangun dinding rumah anak yatim bknkh itu perkara pahala. tp apa jwb nabi khidir smua yg diperbuat bkn atas kehendak nabi khidir. Org yg brmakrifat itu berbuat atas IlmuNya. Org yg sdh makrifat itu tdk lg membawa amalnya krn dia sdh tau siapa yg beramal. Org yg bermakrifat itu bkn lg surga dan neraka yg dituju. tp Allah yg jd tujuannya.

kepada tuan muallim munawar. kita tidak tau pasti apakh kita masuk surga atw neraka. mengapa kita berharap dan menuju yg blm pasti. tp kita tau pasti bhw kita akan kmbali kpada Allah. pahamilah firman Allah ini…
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI’UN
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Untuk dinilai oleh tuan-tuan!.Komen terhadap saya!

syofyan
syofyan_amran@yahoo.com
180.241.197.8
Submitted on 2013/09/20 at 5:10 pm | In reply to makrifattokkenali.

Maaf tuan saya baca tuan mengajak mario sama-sama mencari ilmu menyatakan Allah, saya simpulkan berarti Tuan masih dalam perjalanan alias bertarikat?
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Link : Facebook
27 View Page
Select comment syofyan
syofyan_amran@yahoo.com
180.241.197.8
Submitted on 2013/09/20 at 5:08 pm

Assalamu alaikum saya lihat ada diskusi tentang ilmu makrifat tok kenali ini menurut saya jika ilmu makrifat didiskusikan apakah bisa akal ini memahaminya,selanjutnya jika berdiskusi carilah orang tepat yang sudah sampai pada puncaknya Makrifatullah sehingga dia bisa menceritakan pengalaman spritualnya jika berdiskusi sama – sama orang buta bukan nanti akan masuk lubang.

Nukilan Hamba pasrah (pembaca bloh)

hamba pasrah
akupasrah@gmail.com
202.188.199.96
Submitted on 2013/09/17 at 11:08 am

as salam….
yakinlah ini hakikatnya kita ini tiada punya apa2 tiada milik apa2. semua telah ditetapkannya di luhul mahfuz. kalau kita dapat mengaku dan menerima kenyataan ini ianya adalah sebesar nikmat dariNya.

bila sampai kefahaman ini tiada lagi ujian, bahagian, tiada lagi apa2 melainkan hanya semata2 ketetapan. ya allah tetapkan lah aku dijalan ini, permudahkanlah jalan ku ini. doa ini pun telah termaktub di sana sejak awal lagi. bukan sifat ku lagi, bukan asma ku lagi, bukan afaal ku lagi dan bukan zat ku lagi melainkan semata2 istilah utk menyatakan kau yg satu. doa atau bisikan hanyalah hubungan hati dengannya. doa ini tidak mampu meyelungsur keluar dari sempadan garisan ketetapanmu. yg berdoa yg empunya doa tiada lain jua. semua geraknya. semua diamnya. terimalah seadanya!!!!!!!!!!! usaha dan segalanya pun telah ditetapkan. dehem kita, kenyitan mata dimasuki habuk dan segalanya dia jua. tiada lagi lain dah…..

aku mengerti itu sekarang ya allah. terima kasih tuan guru mulia yg telah menyadarkan kita semua tentang hakikat ini.

saya akan sentiasa memerhatikan perjuangan tuan guru dari jauh tapi dekat dihati.

syukran liliahi taala…..
Approve | Reply | Quick Edit | Edit | History | Spam | Trash

Jawapan yang bernas dari saidin. T.kasih drp hj. shaari

saidin
sa.ja72@yahoo.com.my
183.171.164.32

terima kasih tuan guru Hj Shaari kerana setiap input yang diperoleh dari blog, kitab makrifat tok kenali dan vcd dapat menambahkan lagi kefahaman kata nafi dan isbat dalam bersahadat. Sifat yang muhadis(baharu) telah diganti dengan sifat yang kadim. Segala hal, istilah dan gelaran yang terlekat pada makhluk selama ini seperti jin, iblis dan syaitan telah gugur, terlucut, tertanggal dan telah hilang. Ke mana pun arah yang dilihat akan hanya terlihat adanya ALLAH.

Jawapan yang tepat dari Samsu bin Hasim. T.kasih drp hj shaari

Samsu bin Hasim
samsu_hasim@yahoo.com
175.143.177.49

Benarlah apa yang terkandung dalam surat Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: dan (ingatlah) ketika tuhan mu berfirman kepada para malaikat, “aku hendak menjadikan khalifah “di bumi”. Mereka berkata, ” apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan nama Mu?”. Dia berfirman, “sungguh, aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Jawapan malaikat (apakah engkau hendak menjadikan…….) adalah kiasan yang mempunyai rahsia disebaliknya semata. Mana munkin para Malaikat sudah tahu yang maknusia (khalifah) akan merosak dan menumpahkan darah di dunia sedangkan maknusia dan bumi belum wujud lagi.
Inilah sebahagian ajaran Makrifat Tok Kenali yang mengajar kita bahawa sebenarnya yang menjawab nya adalah Allah sendiri. Para Malaikat hanya melakon kan saja. Tidak lebih dari itu. Segalanya Allah jua. Dan pelakonnya bukan hanya para Malaikat malah segala sesuatu. Segalanya ada dalam ilmuNya. Jika maknusia ada dalam ilmuNya, siapakah kita? Tidak lain dariNya.
Tuan Guru Haji Shaari yang saya hormati. Saya ingin meminta maaf kiranya pencerahan saya ini silap dan mohon pencerahan dari tuan.
Sekian. Assalaamu’alaikum.

Ingkarnya Iblis itu, Siapa Yang cipta?……………….

Soal: Siapa yang mengarah, memerintah, menetap atau memerintahkan iblis supaya jadi engkar?

Jawab: Iblis tidak memiliki apa-apa kuasa walau sebesar zarah bagi bertindak sendiri untuk ingkar perintah Allah. Iblis juga bergerak atau bertindak, adalah mengikut kehendak yang sudah siap tertulis oleh Allah sedari azali!. Ingkar atau patuhnya iblis itu, adalah sudah ditetap dan sudah ditentukan oleh Allah. Yang menetapkan iblis itu tidak sujud dan tidak patuh kepada arahan Allah itu, adalah Allah itu sendiri!. Bukannya atas kehendak iblis!.

Iblis itu, adalah sarong parang (keris) yang dicipta olek parang (keris). Mana mungkin sarong parang ada kuasa, menentukan bentuk rupa sarong, melainkan keris atau paranglah yang menentukan ianya menjadi sarong dan menentukan bentuk sarong!.

Iblis atau syaitan itu, adalah sarong parang dan parang itu adalah pencipta sarong!. Yang menetukan sarong itu, adalah parang atau yang menetukan iblis syaitan itu, adalah pencipta syaitan dan iblis, iaitu Allah!. Yang menentukan iblis atau syaitan itu, adalah Allah sendiri!. Mana mungkin sarong menentukan parang, melainkan paranglah yang menentu dan yang membentuk sarong. Yang menetukan iblis dan syaitan itu, adalah penciptanya, iaitu Allahh!.

Jadi yang menentukan iblis dan syaitan tidak patuh dan tidak tunduk kepada Allah itu, adalah Allah itu sendiri dan diatas kehendak, kemahuan dan ketetapan Allahlah makanya syaitan dan iblis tidak tunduk dan tidak patuh kepada Allah!.

Engkarnya iblis itu, adalah mengikut tulisan Allah, ketetapan Allah dan mengikut catatan yang sudah Allah tulis dan yang sudah Allah tetapkan sebelum ciptaan Iblis. Allah sudah tetapkan ketetapan iblis atau syaitan itu, semasa sebelum kejadian syaitan dan iblis. Sebelum kejadian atau sebelum terciptanya iblis dan syaitan, Allah sudah tulis, sudah sedia tetapkan ketetapan iblis dan syaitan!. Sujud, patuh atau ingkarnya syaitan dan iblis itu, sudah Allah tetapkan sedari azali. Allah sudah catat dan sudah siap tulis bahawa sekian masa, sekian jam, sekian tempat dan sekian keadaan iblis akan engkar. Yang mencipta Iblils itu engkar, adalah Allah itu sendiri melalui tulisanNya di Luh hul mahfuz dan bukannya pilihan iblis atau kehendak syaitan!.

Segala gerak Iblis itu, adalah telah ditentu dan telah ditetapkan oleh Allah Taala sedari azali. Iblis juga bergerak melalui gerak yang diizinkan oleh Allah. Iblis tidak boleh bergerak berseorangan tanpa izin Allah. Iblis atau syaitan, tidak boleh bertindak atau bergerak sendiri untuk mengoda kita, melainkan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi segala gerak atau segala diamnya iblis atau syaitan itu, adalah atas perintah Allah. Iblis dan syaitan tidak ada kusa walau sebesar zarah untuk bergerak!.

Setelah kita kenal syaitan dan kenal iblis, bererti syaitan dan iblis itu sekarang ini, sebenarnya bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa.. Oleh itu, jangan kita kisah lagi kepada iblis atau syaitan. Apa ada pada iblis atau syaitan!. Iblis atau syaitan itu, sama seperti kejadian kita, yang tidak ada daya upaya. Jangan kita ambil kisah tentang iblis atau syaitan.  Iblis dan syaitan bukan apa-apa dan tiada sesiapa!., mari kita beralih untuk  ambil kisah tentang Allah, dari ambil kisah tentang syaitan atau iblis yang sama tarafnya dengan kita, . adalah lebih baik kita ambil tahu Allah (mengenal Allah) berbanding mengenal  iblis atau syaitan!.

Buat apa kita nak takut kepada iblis, syaitan, jembalang, hantu, pocong, hantu pari, hantu raya dan ganguan makhluk halus, tidakkah itu semua sarong. Jika mereka adalah selaku sarong, kita juga adalah sarong, buat apa nak takut kepada sesama sarong?. Marilah kita mengenal pemilik sarong atau pencipta sarong!. Buat apa mengenal sesama sarong, sarong tidak boleh memberi apa-apa bekas kepada kita. Hantu syaitan atau iblis, tidak boleh mendatangkan apa-apa bekas kepada kita. Yang memberi bekas kepada kita itu, adalah Allah!.

Setelah kita tahu dan kenal iblis dan syaitan (yang tidak memiliki apa-apa kuasa), mari kita tilik pula kuasa Allah!. Mari kita mengenal Allah dan jangan ambil kisah lagi tentang iblis atau syaitan!. Untuk itu, mari kita mengenal Allah melalui perkara “nokhtah atau titik”. drp Hj Shaari

Mengenal Allah Hanya Melalui Satu Titik Nokhtah

Jawapan dari alienah

Assalam Tuan Khairi,
“Tapi yg jelasnya haiwan terbahagi kpd 3. Yg haram dimkn d hrm disentuh. Yg haram dimkn d boleh disentuh. Yg halal dimkn d boleh disentuh. Begitu juga bab air. Ada air najis. Ada air mustakmal. Ada air mutlak. Begitu juga islam. Ada kafir. Ada kufur. Ada mukmin. Cuba tuan huraikan agar orm awam akan dapat menerima dengan lapang dada” ~ Penjelasan ini bukanlah Tn Hj Shaari yang perlu jelaskan , perkara ini Tuan Khairi boleh dapat penjelasan daripada ulamak Feqah yang banyak boleh kita jumpa di mana-mana seperti di TV, radio, majalah, surau, masjid. Kiasan-kiasan yang Tn Hj Shaari sampaikan adalah benar belaka, dari dahulu lagi perkara ini telah pun di sampaikan oleh guru-guru terdahulu. Jikalau Tuan Khairi kurang faham, banyakkan lah bertanya. “Kurang ilmiah” adalah diri Tuan Khairi sendiri, bukan lah Tn Hj Shaari. fikirkan sedalam-dalamnya…jangan malu bertanya kiranya tidak faham sesuatu perkara.

Terima kasih telagabaga

telagabaga.wordpress.com x
din.taib@gmail.com
123.136.106.59

Kepada Tn Khairi yg bijaksana, sekiranye tuan tidak gemar menulis dan tidak pandai untuk translate rasa kepada tulisan, apa kata tuan diam sediam2nye…

Rata2 para peminat pembaca sekelian ingin menimba ilmu Tk Kenali yg telah sudi diperturunkan oleh Tn Hj Shaari dng ikhlas-seikhlasnya. Jikalau tuan tidak dapat memberi huaraian yg lebih benar atau ilmiah sy sarankn ambil lah sifat terpuji iaitu dng berdiam diri!

Sekiranye tuan berhajat untuk memberi atau menjelaskan isu2 yg sedang diperkatakan kami sedia belajar dari tuan akan tetapi kalau hanya untuk mengkiaskn2kn kata, sy kira disini bukan tempatnye.

Harap maaf sekiranye tuan tersinggung dng kata2 ini. Tetap Allah jua lah yg mengerakan segala sesuatu!

Terima kasih tuan Imam Ghani

d
ghanimajid@plus.uemnet.com
211.25.171.90

Assalammualaikum..untuk tuan khairi…maafkan saya. Hanya sedikit sahaja saya nak menyentuh tentang apa yang telah tuan perkatakan, selagi tuan berdiri diatas syariat, tuan takkan jumpa makrifat. Sebagaimana kata Tuan Hj Saari, ilmu makrifat ini ilmu rohani, jadi untuk bertemu makrifat tuan khairi kena masuk dan duduk dalam ilmu makrifat nanti disitu tuan akan faham.
Disudut ilmu feqah…memang betul apa yang tuan perkatakan. Tapi disini tuan kena faham, kita bukan belajar tentang ilmu syariaat atau ilmu feqah. Kita belajar ilmu rohani. Dulu saya macam tu juga, susah nak diterima akal…bertahun lamanya dan syukur Allah terus kekalkan saya mengikuti setiap butiran permata yang Tn Guru Hj Saari hamburkan. Alhamdulillah barulah sekarang saya dapat rasa kemanisannya, dapat memetik dan memakan buah hasil semaian Tn Guru Hj Saari. Terima kasih Tn Guru, semuga tuan guru tetap teguh dalam menyampaikan ilmu kepada kami yang dahagakan air makrifat dr tangan Tn Guru.
Nasihat saya pada tuan khairi, carilah dan duduklah dalam majlis Tn Guru Saari dan InsyaAllah tuan pasti akan mendapat jawapannya, apa disebalik apa yang tuan Guru Hj Saari perkatakan.
Maafkan saya Tn Guru kalau saya tersilap dalam bicara ini…wassalam

Dakwaan dari khiri, saya tidak ilmiah……………………Benar tuduhan itu

khairi.yunus@yahoo.com
183.171.171.193

Salam tn hj. Maafkan saya untuk memberi pandangan.
Tn mengajar agar tidak menghina anjing dan babi tapi pada masa yg sama tuan mengkiaskan perangai keji manusia dengan perangai babi yg menjelekkan. Tidakkah itu juga menghina anjing dan babi?
Penerangan tn ttg haramnya kedua haiwan yg diqiaskan kepada manusia yg tak mengenal diri dan Allah sukar diterima dan difahami org awam. Ini kerana tn banyak menggunakan akal fikiran dan kurang ilmiah dlm penerangan. Saya tidak gemar menulis dan tidak pandai untuk translate rasa kepada tulisan.
Tapi yg jelasnya haiwan terbahagi kpd 3. Yg haram dimkn d hrm disentuh. Yg haram dimkn d boleh disentuh. Yg halal dimkn d boleh disentuh. Begitu juga bab air. Ada air najis. Ada air mustakmal. Ada air mutlak. Begitu juga islam. Ada kafir. Ada kufur. Ada mukmin. Cuba tuan huraikan agar orm awam akan dapat menerima dengan lapang dada. Maafkan saya.

Ulasan Mengenai Anjing dan Babi

Submitted on 2013/09/04 at 9:41 am | In reply to Wira Satria.

Terima kasih krn ananda telah memberi ulasan yg baik. Haram itu, adalah pada diri yang tidak mengenal diri, apa lagi bilamana diri yang tidak mengenal Allah. Orang yang tidak mengenal diri dan tidak mengenal Allah itu, sifat perangai serta tingkah laku perbuatannya pasti seperti babi. Jika tidak nak jadi seperti babi, maka jagalah mulut, jaga mata, jaga telinga, jaga tangan, jaga perut dan jaga kaki. Haram guna sifat tubuh badan (diri kita) untuk menyebabkan orang sakit, menyebabkan orang menjadi susah kerana kita, menyebabkan orang menderita kerana kita. Gunakanalah sifat tubuh badan kita yang berupa rahmat Allah itu, kepada jalan kebaikan dan jalan yang disenangi oleh orang ramai. Inilah kiasan kepada sifat babi.

Haramnya perbuatan jahat itu, bukan sahaja haram semasa melakukannya (umpama kiasan babi), malahan menghampirinya sahaja sudah cukup dilarang!. Perbuatan haram (perbuatan jahat) itu, bukan sahaja dilarang melakukannya, malahan dihampirinyapun dilarang dan ditegah (umpama kiasan anjing).

Haramnya anjing itu, sehingga dilarang menghampiri (meyentuh) manakala haramnya babi itu, sehingga dilarang meyentuh dan dilarang juga memakannya. Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa, perbuatan buruk itu, jangan dihampiri (seumpama menghampiri atau tersentuh anjing) dan jika dihampiri pula, jangan diperbuat (seumpama memakan daging babi)!. Bermaknanya disini, barang yang buruk itu, jangan dilakukan dan jangan menghampiri.

Sifat binatangn anjing dan babi itu, adalah semata-mata dikias atau merujuk kepada diri kita!. Haram anjing dan babi itu, bukannya merujuk kepada anjing atau babi, tetapi merujuk kepada diri kita yang berkelakuan jahat dan berperangai buruk!.!. Bagi kejadian diri anjing dan babi itu sendiri, mereka tidak menhgaramkan diri mereka sendiri (Bagi mereka diri mereka tidak haram). Anjing dan babi, tidak pernah mengharamkan diri mereka sendiri, adapun haramnya diri anjing dan babi itu, adalah bertujuan untuk dikias atau bertujuan untuk dirujuk kepada diri kita selaku makhluk manusia!.

Haramnya anjing dan babi itu, adalah semata-mata untuk merujuk kepada perangai atau tingkah laku diri orang yang jahat!, bukan merujuk kepada diri anjing atau diri babi!. Untuk itu, jangan lagi kita keji atau salahkan kejadian anjing atau babi!. Jangan seksa anjing dan jangan lagi kita baling batu kepada anjing. Sebagaimana sakitnya kita bilamana orang baling batu kepada kita, begitulah sakitnya anjing bilamana dibaling batu!. Jangan salahkan kejadian annjing dan babi, mereka juga adalah makhluk seperti kita, yang berperasaan lapar dan sakit. Selepas baca blog ini, jangan lagi kita membaling batu kepada anjing. Sakitnya anjing itu, sebagaimana sakinya kita!.

Sifat tidak lalai kepada Allah itu, hendaklah diamalkan setiap detik dan setiap saat. Untuk menjadi tidak lalai kepada Allah itu, hendaklah kita mengenal diri. Setelah kita mengenal diri, saya pasti dengan sepasti pastinya, seseorang yang mengenal diri itu, tidak akan sekali-kali melupai Allah. Malahan saya berani mengatakan bahawa orang atau sesiapa yang mengenal diri itu, pasti yang bersifat wajib, tidak akan sekali-kali lupa dan lalai dari mengigati Allah. Orang yang mengenal diri itu, akan ingat kepada Allah, sekalipun dalam waktu tidur, dalam waktu koma, dalam waktu pengsan, dalam waktu mati dan dalam waktu minmum arak sekalipun!. Orang yang mengenal diri itu, tidak akan pernah lupa kepada Allah, sekalipun minum arak sebanyak satu kontena!. (kpd ulamak diluar sana, jangan pula tuduh saya halalkan minum arak pula, itu hanya satu kiasan). Mereka yang diluar sana, hanya tunggu masa dan tungggu peluang untuk menuduh saya halalkan arak!, Sebelum orang tuduh, terlebih baik saya nyatakan terlebih dahulu, bahawa kata saya itu, hanya kiasan. Oleh itu, jangan pula lori kontena arak pula yang kita kejar!………………………(Maaf sekadar bergurau)……………………………………..

Mulai pada hari ini, jam ini, saat ini dan detik ini, marilah kita jangan lagi meletakkan haram itu pada anjing dan babi (itu semata-mata kiasan Allah kepada kitta). Yang terlebih haram itu, adalah busuknya hati kita!.Busuk hati kita bilamana tidak mengenal Allah dan tidak mengenal diri. Bilamana tidak mengenal diri maka tidak mengenal Allah. Bilamana tidak mengenal Allah, disitulah datang dan timbulnya perasaan hasat dengki, kianat, tipu sana tipu sini, tuduh sana tuduh sini, pandang orang sana tidak betul, oranng sini salah, timbulkah tuduh menuduh, mulalah timbul iri didalam hati melihat orang senang, melihat orang berjaya. Tidak kurang juga yang iri hati melihat saya memertabatkan ilmu makrifat kepada khalayak ramai!. Bilamana kita memngenal Allah dan mengenal diri, maka tidaklah timbul sifat dan tabiat anjing dan babi didalam hati.

Begitu juga dengan haramnya arak. Haramnya arak itu, bukan pada araknya, tetapi kepada diri yang lupa dan lalai kepada Allah Taala. Bilamana lupa dan bilamana lalai, maka timbullah sebagaimana perangai anjing dan babi………………………………..

Terima kasih ananda .

Dimana Haramnya Arak?……………………………….

DI MANA HARAMNYA ARAK?

Arak itu diperbuat dari anggur yang bercampur dengan air. Anggur dan air, tidak haram!. Anggur boleh dibuat makan dan air juga boleh dibuat minum. Manakah yang dikatakan anggur atau air itu haram?.

Ada orang yang mengatakan bahawa haram itu, bilamana ianya diperam. Setahu saya, semasa hayat ibu saya dahulu, dia pun ada melakukan proses peram untuk menjadikan tempoyak dan budu. Hendak buat tapai, sama ada tapai ubi atau tapai beras, juga diperam. Selepas diperam baru jadi budu, tempoyak atau tapai. Tetapi, kenapa tempoyak, tapai atau budu  tidak haram bila diperam?.

Bermaknanya di sini, arak itu haram, bukan pada airnya, bukan pada anggurnya dan bukan pada peramnya. Jadi, dimanakah haramnya arak itu?.

Apa-apapun yang hendak saya ketengahkan untuk tatapan semua, iaitu mengenai perkara lalai, lupa dan alpa kepada Allah, iaitu kepada yang tidak minum arak itu. Apakah dan bagaimanakah hukumnya bagi mereka-mereka yang lalai kepada Allah tanpa minum setitik arak?. Sememang dan selayaknya orang yang minum arak itu lupa kepada Allah. Mereka lupa kepada Allah kerana bersebab, iaitu sebab minum arak!. Tetapi yang menjadi kemusykilannya, bagaimana dengan orang yang tidak minum arak?. Orang yang tidak minum arak boleh sampai lupa Allah, apakah hukumnya?.

Kata kita, solat itu tanda ingat kepada Allah. Sedangkan, ingat itu hendaklah mendahului solat, bukannya solat mendahului ingat!. Bukannya solat dahulu, baru ingat, tetapi yang sebetulnya ingat dahulu barulah solat!. Kebanyakkan kita ini, bukan sahaja mabuk, lupa, lalai dan tidak ingat setelah minum arak, tetapi dalam masa bersolat pun boleh tidak ingat Allah. Apakah hukumnya?.

Orang yang minum arak itu, sudah tentu lupa kepada Allah, tetapi yang menjadi persoalannya di sini, bagaimanakah hukumnya, jika orang yang tengah sembahyang, tidak ingat kepada Allah?. Satu perkara lagi, bagaimanakah caranya hendak ingat Allah?. Adakah dengan hanya menyebut namaNya itu,  telah dikatakan sudah cukup ingat kepada Allah?.

Soal: Apakah maksud mabuk dan apakah maksud arak?

 

Jawab: Mabuk disini, bukam nerujuk kepada anggur, bukan merujuk kepada air,  bukan merujuk kepada peram dan bukan merujuk kepada minum. Mabuk disini adalah merujuk kepada lupa dan merujuk kepada lalai kepada Allah Taala.

 

Lalai dan lupa (tidak ingat) Allah itulah pengertian, makna atau maksud kepada perkara mabuk!. Cuba tuan-tuan bayangkan, apakah air itu mabuk?. Air tidak memabukkan, anggur tidak memabukkan dan peram juga tidak memabukan dan minumpun tidak memabukkan jika minum itu hanya satu titik!.

 

Permasalahan mabuk disini, bukan merujuk kepada perkara minumnya arak tetapi mabuk disini adalah merujuk kepada lupa atau lalai kepada Allah. Arak itu, adalah percampuran diantara minum air, buah angguir dan peram.  Ketiga-tiga itu, adalah perkara yang dihahalkan didalam Islam dan hukum. Tetapi yang menjadi haram pada suluhan ilmu makrifat itu, adalah perkara lupa dan lalai kepada Allah Taala.

 

Yang menjadi kita lupa dan lalai kepada Allah itu, mestilah bersebab dan mestilah berkerana?. Sebab apa kita lupa dan kerana apa kita lupa kepada Allah?. Kita tidak minum arak sekalipun, sesungghnya  kita selalu dalam berkeadaan lupa kepada Allah. Lupa dan lalai kepada Allah itu, bukan dikeranakan atau bukan disebabkan minum arak, tetapi dikeranakan atau disebabkan tidak mengenalnya kita kepada Allah Taala dan bukannya kerana minum arak.  Bila tidak mengenal Allah, maka semestinya kita lupa kepada Allah. Untuk tidak lupa kepada Allah, hendaklah kita mengenal Allah.

 

Cuba tuan-tuan tanya kepada diri tuan-tuan sendiri, apakah tuan-tuan ingat kepada Allah?. Sekiranya tuan-tuan tidak mengenal Allah,  bererti tuan-tuan tidak akan ingat kepada Allah. Bilamana tidak ingat kepada Allah, itulah tandanya mabuk!. Inilah istilah mabuk yang difaham oleh golongan-golongan arifinbillah tentang arak!.

Pengertian  sebenar-benar mabuk itu, adalah bagi mengambar mereka-mereka yang tidak ingat kepada Allah. Tidak ingat (mabuk) kepada Allah dalam  keadaan tidak minum arak itu, adalah  lebih zalim dari mereka yang benar-benar tidak ingat (mabuk) kepada Allah semasa dalam keadaan sedang  minum arak!.

Untuk mengelak mabuk yang disebabkan oleh kerana tidak minum arak, hendaklah kita mengenal Allah. Hanya dengan cara mengenal Allah sahaja, menjadikan kita ingat (tidak mabuk)  selamanya  kepada Allah.

 

 

Jawapan dr Khairul

Assalammualaikum….
Wow…. Nak juga saya belajar berkenaan Zat Allah jika tuan rahman tahu. Tetapi setahu saya didalam Hadis Qudsi, Allah Berfirman… BERFIKIRLAH KAMU TENTANG UJUD KU, DAN JANGAN KAMU BERFIKIR TENTANG ZAT KU.
Sesungguhnya, Allah telah memberi ingat iaitu ZatNya jangan dicari… Kalau dicari juga nanti………
Amin.