Sambungan Bab Hari Raya Korban

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah.

Maksud korban adalah bererti sembelih. Manakala maksud sembelih pula, adalah bererti memutuskan nyawa dari badan (jasad). Memutuskan nyawa dari badan pula, apakah maksdunya?. Inilah yang ramai orang tidak faham dan tidak mengerti!. Ramai dikalangan kita hanya faham bahawa erti korban itu adalah upacaya sembelih lembu, kerbau atau unta.Sedangkan maksud atau pengertian sebenar “Korban” itu, tidak ada kene mengena dengan lembu, kerbau atau unta. Lembu, kerbau atau unta itu, hanya sekadar kiasan atau simbolik.

Korban atau sembelih itu, sebenarnya bertujuan bagi mengajar kita erti penyerahan nyawa. Kita hendaklah berserah diri kepada Allah, bukan sahaja setakat anggota tujuh, malahan berserah diri kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap nyawa (roh). Itulah sebenar-benar pengertia atau maksud disebalik perkara korban!.

Selama ini, kita terlepas pandang yang bahawasanya roh atau nyawa kita itu, sebenarnya bukan hak kita, bukan harta kita dan bukan milik kita. Nyawa itu sendiri, adalah milik Allah Taala. Nyawa atau roh itu, adalah Raja atau  Sultan kepada kita. Biar pun dia selaku Raja atau Sultan, tidak semestinya dia berkuasa. Berkuasanya roh yang memerintah kerajaan diri kita itu, adalah juga milik Allah!. Segala milik Allah itu, hendaklah dikembalikan semula kepada Allah Taala.

Sifat adalah anggota kita, asma’ adalah nama kepada anggota kita, afaal adalah perbuatan ubuh kita dan “roh” adalah zat kepada kita. Sebagaimana sifat manis yang ada pada gula. Sifat manis yang ada pada gula itu, adalah zat kepada gula. Sebegitulah sifat roh (nyawa) yang dada pada kita. Sifat roh yang ada pada kita itu, adalah zat kepada jasad.

Zat itu  berada pada tahap makhluk bukannya pada tahap Allah. Allah tidak ada zat, Allah itu adalah Allah. Allah tidak bergantung kepada zat. kiranya Allah bergantung kepada zat, bererti zat itu lebih tinggi dari Allah!. Ingat. ingat dan ingatlah bahawa Allah itu, tidak  ada zat. Allah itu adalah Allah yang berdiri dengan sendirinya!. Allah bukan berdiri pada zat, tetapi Allah berdiri dengan sendiri (kiamuhu Binafsih).

Zat bagi tubuh dan zat bagi kita itu, adalah roh. Kita mengakku mengenal diri dan mengaku berserah diri kepada Allah, tetapi tidak ramai yang tahu menyerah roh kepada Allah Taala. Setelah kita berserah roh kepada Allah, itulah baru sebenar-benar berserah diri.

Barang siapa yang mengenal roh, bermakna mengenallah ia akan dirinya. manakala barang siapa yang mengenal diri, maka akan mengenallah ia kepada Allah Taala.   Barang siapa mengenal roh, hancur binasalah jasad dan barang siapa mengenal Allah hancur binasalah roh. Setelah hancurnya roh, barulah dikatakan mengenal Allah  dan berserah diri kepada Allah Taala.  Sempurna atau khatamnya maksud berserah diri itu, setelah menyerah roh (nyawa) kepada Allah Taala. Ituylah pengertian kurban yang sebenar.

Dalam upacara kurban, Allah tidak pandang kepada nyawa lembu, darah lembu atau daging lembu. Yang Allah nak nyataka ndisitu adalah simbolik atau kiasan lembu kerbau itu, hendaklah kita bawa kepada diri kita sendiri. Yang Allah pandang itu, adalah nyawa kita, daginng kita dan darah kita!.

Bukan besar ertinya bila daging korban itu dapat kita ageh-agehkan kepada orang. Sedangkan orang yang kita ageh-agehkan daging korban itu, adalah orang yang boleh beli lebih banyak daging lembu, berbanding pemberian dari daging korban!. Malahan ada orang yang dapat daging korban itu, mereka sendiripun bekorban sehingga tujuh lapan ekor lembu. Apakah mereka terpandang agehan korban kita yang seberat setengah kilogrem?.

Kita dakwa yang daging itu tanda ikhlas kita, apakah hari lain kita tidak ikhlas?. Apakah hari lain tidak boleh kita agehkan daging lembu?. Apakah tanda simpati kepada fakir miskin itu,  hanya pada hari raya sahaja., Apakah hari-hari lain tidak lagi perlu kepada simpati?. Cuba jawab?………………………………..

Jam sudah menunjukkan pukul 12.o2, tanggal 6hb Nov, Saya nak kekuala lumpur, jadi ada kelapangan serta diizinkan Allah kita sambung lagi. Tunggu ya…………………………….

Advertisements

6 comments on “Sambungan Bab Hari Raya Korban

  1. Assallamkm tuan guru yang dikasihi lagi di rahmati Allah.
    Saya sangat setuju dan benar2 yakin dgn penjelasan tuan ini. Muga2 Allah melimpahkan segalanya untuk kami yang dahagakan ilmu makrifat melalui tuan. Amin. Terima kasih.

    Like

  2. Assalammualaikum,

    Tuan Guru , inilah yang erti korban sebernar , berserah hingga ke peringkat roh dan nyawa hingga tiada menyatakan pada yang wujud melainkan DIA . Alhamdulilah terima kasih tuan guru dalam melimpahkan ilmu ini kepada kami .

    Like

  3. Salam……..
    Izinkan saya mengambil dan menggunakan catatan tuanuntuk diri, keluarga dan untuk dikongsi teman-teman yang mahu mengenal. Tulisan tuan mudah difaham. Izinkan saya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s