99 Nama Allah, Satu Yang Tersembunyi!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramai dikalangan kita yang hafal 99 nama Allah. Namun diantara yang ramai itu, terlebih ramai diantaranya yang tidak tahu satu nama yang teresmbunyi?

Mahukah tuan-tuan untuk mengetahuinya?. Pada pegalaman saya yang lalu atau pada pertanyaan saya yang lalu, tidak ramai yang sudi mendengar. Hanya beberapa kerat hamba Allah sahaja yang sudi membalas dan yang menghantar maklum balas mengatakan mahu!.

Inilah dunia sekarang!. Bilamana dengar sahaja ilmu makrifat, masing-masing menjauhkan diri, dengan alasan bahawa ilmu makrifat itu tinggi, dalam, sesat atau isim!. Tuan-tuan boleh lihat dengan mata kepala sendiri, selama saya memperhambakan diri dalam dunia penulisan, berapa orang sahaja yang menjawab blog saya. Sesekali terasa juga perasaan sedih atau kecewa, seumpama kerja saya ini, seperti mencurah air didaun keladi.

Apakah silap dan apakah salahnya ilmu yang saya curahkan, sehingga tidak ramai yang meminatinya?. Untuk itu, bagi  menjawab tajuk diatas, saya akan tunggu jawapan atau maklum balas tuan-tuan.

Sempena 99 nama Allah,  saya akan tunggu respon dari 99 orang, baru saya akan jawab persoalan diatas!. Bagi sesiapa yang berhajat untuk mendengarnya, ayoh layari laman web saya dan kirimkan maklumbalas!. Amin drp Hj Shaari…………………………………….

Baginda Rasulullah juga pernah merajuk selama 3 bulan dari meyampaikan tablik (meyampaikan ceramah). Rasulullah juga merajuk selama 3 bulan, selama 3 bulan juga Baginda tidak bertablik. Dalam masa bertablik, Baginda Rasulullah pernah dibaling batu, difitnah, dicaci dan dituduh mengajar ilmu syihir. Baginda Rasulullah sendiri telah difitnah dan dituduh sesat dan salah, apa lagi saya yang fakir dalam soal ilmu!. Patutlah tidak ramai yang berminat, kerana ilmu yang saya sampaikan itu, adalah ilmu yang tidak berguna. Itulah makanya blog saya, tidakl ramai yang meminatinya. Daripada membuang-buang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan kerja-kerja yang tidak diminati  ramai, adalah lebih baik saya melakukan kerja lain yang lebih diminati ramai, daripada berkaria!.

Kerana Baginda Rasulullah juga pernah merajuk, saya juga serasanya mahu merajuk sebagaimana merajuknya Baginda Rasulullah. Oleh itu saya akan merajuk dari berkaria dalam laman web atau dalam blog ini, selagi tidak dilayari oleh 99 orang. Amin drp Hj. Shaari

Advertisements

190 Replies to “99 Nama Allah, Satu Yang Tersembunyi!”

  1. asalamualaikum,ustaz hj.shaari ,sya slalu buka blog ini,timbulkemauan saya untuk bljr pada tuan guru,selama ini sya hanya menyimak sja,mohon tuan guru trskan dakwah ni,mohon pencerahan tuan guru ,maqom syari’at takluknya dimana?,maqom tarekat takluknya dimana?,hakekat takluknya dimana? ,makrifat takluknya dimana?mohon pencerahan tuan guru,terima kasih sebelumnya apabila ada yang kurang pertanyaan sya ini mohon tuan guru luruskan,maklumkan karna saya baru belajar ..

    Like

    1. Makam syariaat itu, takluknya seumpama menanam pokok. iaitu takluk kepada mempelajari hukum hakam seumpama hukum sah, batal haram dan halal, iaitu setakat makam belajar undang2 atau makam belajar peraturan. Makam ini adalah seumpama tahap kanak-kanak yang baru nak belajar merangkak!.

      Makam torikat itu, takluknya seumpama membaja, menebas, menyiram dan menjaga tanaman dikebun. Setakat mengamalkan hukum, tetapi TIDAK MEMAHAMI HUKUM!. Seumpama tahap melihat tetapi tidak nampak. seumpama berjalan tetapi tidak ada tujuan. Seumpama selam tetapi tidak menyelami dan seumpama baca tetapi tidak membaca!. Makam ini, adalah seumpama kanak-kanak baru belajar bertatih (baru belajar berjalan yang masih jatuh bangun). Bila suruh baca Quraan, dia baca tetapi tak tahu apa yang dia baca. Suruh sembahyang ,dia sembahyang tetapi tidak tahu rupa sembahyang, tidak tahu kosad sembahyang dan tidak tahu nak ingat Allah, hanya sekadar sebut nama Allah…………..

      Makam hakikat itu, adalah makam orang yang mengenal Allah, tahu cara ingat kepada Allah, tahu nak letak ingatan semasa bertakbir, tahu apa itu Quraan yang dikatakan kata-kata Allah yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Bukan sekadar sebut nama tetapi mengenal tuan yang mpunya nama.Seumpama peringkat memakan buah, yang tahu akan masin ,masam atau manis.

      Makan makrifat itu, adalah makam rasa. Rasa hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. Tahap astau makam inji, adalah makam yang tidak berkalam lagi. Melainkan kau rahsia aku dan aku rahsia engkau (Ana sirri waana sirrruhu)…………………………………….

      Secara ringkas, nak detil tunggu kitab ke3 dan ke4.amin

      Like

  2. saya mau tau guru,sangat ingin tau ilmu yang guru ajarkan sangat berharga saya dari lombok NTB Indonesia,mohon tumpahan ilmunya guru .wssalam

    Like

  3. Ass hj..sy ingin membeli semua kitab dan VCD terbitan hj..ini nama, alamat dan no telp sy…Dedy Kotambunan Jl. Nuku 32 Ternate – Maluku Utara – Indonesia….No Hp. 082126171721

    Like

  4. Jangan kau berikan kepada yang tidak meminta….dan jangan kau tahan kepada orang yang meminta…..Hanya allah yang mengetahuinya…tunjukilah jalan untuk mengenal nama yang tersembunyi itu…..terimakasih ……

    Like

  5. Salam Tn guru, tidak perlu saya perkenalkan diri, insyaAllah akan kenal juga nanti.
    1 nama yang tersembunyi itu ada dalam diri setiap manusia. perlu menempuh jalan syariat,tarikat,hakikat dan makrifat untuk sampai kepada nama agung itu. Apabila sampai kepada nama itu maka jadilah kun fayakun. Maka siapakah manusia zaman sekarang yang sampai amalannya kepada 1 nama yang tersembunyi itu ? Jika sampai amalan seseorang itu kepada 1 nama agung itu maka bergetarlah 99 nama yang lain. Apa saja kemahuan 1 nama yang agung itu akan dituruti oleh 99 nama. Bukan kamu yang melempar tetapi Allah yang melempar, begitulah dari segi hakikatnya. Mohon diperbetulkan jika penjelasan saya kurang tepat. Benar dari Allah salah adalah dari saya sendiri. Semoga Allah mengampunkan saya.

    Like

  6. Dari hamba alloh yg lagi mencari jati diri yg terperi mohon sudi kira nya mengijazahkan nama yg agung alloh insya alloh bermanfaat bag haamba alloh yg lain

    Like

  7. Assalamualaikum Tuan Guru… mohon maaf, saya sangat tertarik dengan tulisan ini, sesungguhnya saya masih dalam tahap belajar mengenal diri, dan ini menambah ilmu pengetahuan saya… terimakasih Tuan Guru…. wassalam

    Like

  8. Saya adalah peminat setia blog Tuan guru. Saya juga ada membeli buku2 karangan Tuan guru. Sekiranya Tuan guru datang ke Ipoh, hubungilah saya.

    Like

  9. Salam ustaz…. apakah nama yang rahasia?saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam sepertimana tuan guru memperjelaskan dengan terang tentang mengenal diri… harap tuan guru dapat memberi jawapan..

    Like

  10. Aslm Tn Hj

    Sy berminat mendengar ilmu tasauf. Umur sy 54 thn. Sy mempelajari ilmu makrifat dari arwah ibu saya yg berguru mursyid telah lama kembali ke rahmatullah.

    Sy mempelajari ilmu usuluddin mulai umur saya 12rhn. Bukan semua yg mahu mempelajari ilmu ini kerana belom dikehendaki oleh Allah sbt.

    Dgn itu jgn la tn hj merasa kecil hati atau merajuk. Tèruskanlah berkarya muga muga bernafaat utk genarasi seterusnya.

    Dgn itu jika tn hj ikhlas nak bagi tahu jawapannya sy sedia menerima.

    Salam takzim

    Like

  11. Salam tuan.saya sangat menyukai ilmu makrifat.apa nama allah yg keseratus tuan..?dan kalau boleh saya akan belajar dengan tuan.jika tuan tidak keberatan saya sertakan disini no telefon saya.0128382808.salam tuan mogaa ada rezeki berjumpa dengan tuan.

    Like

  12. Assalamualaikum Tn Hj, Tak sabar nak membaca dan mengaplikasikann secara praktikal apa yang disampaikan oleh Tn Hj. Hanya pujian yang layak bagi Allah. Ilmu yang disampaikan oleh Tn Haji bukanlah sekadar teori tetapi dapat dipraktikkan segalanya dalam ibadah kepada Allah. Setelah diperaktikkan barulah dapat menghadirkan “rasa” dan bukanlah awangan di fikiran. Allah itu bukan persepsi tetapi nyata. Barulah terasa setiap ibadah itu menyatakan Allah. Allah itu “zahir”.
    Tn Haji, Setelah difahamkan oleh Allah dengan sebab membaca tulisan Tn Haji barulah terasa takbir semasa solat ” allahuakbar” itu dapat menyatakan Allah dan begitulah seterusnya dalam rukun solat mahupun hukumnya. Alhamdulillah.
    Adapun mengenai nama yang tersembunyi pada ilmu saya yang rendah juga melibatkan tentang rasa, keyakinan untuk menyatakan Allah. Dan bukanlah nama itu berhuruf atau bersuara.

    Wassalam.

    Like

  13. Asalamualaikum ….ummm tuan guru..99 nama Allah yang semua tu hanya nama sifatkan…umm tapi setiap sifat tentulah berdiri pada zat kan..tak ada lah tersembunyi nama yang lagi satu tu Allah..kalau tuan guru sebut 99 nama tadi..sudah tentulah nama yg tersembunyi yg keseratus tu pada tuan guru..tentulah tuan guru tahu dimana dia..pandang ajalah..😊….kebanyakanya byak org2 yg belajar mengenal diri tahu akan wujud ini…persoalanya….maaf saya ilmu x cukup…nak tanya tuan guru….bagaimana buat dengan rahsia tadi untuk sampai kepadanya…byak yg tahu..byak yg kenal…tetapi…Bagaimana Buat?…saya bukan seorang yg pandai tuab guru…tapi ini cabaran untuk tuan guru supaya teruskan blog ini…

    Like

  14. Silap x ada silap boh…cuma thrill nya kurang..cerita pasal rahsia…cuba citer pasal Zat…baru best..kebanyakan cerita bagi saya bohh dikelirukan oleh bahasa aja…bukan susah mana pun…berkias2 teramat..tu byak pening…lain la lau belajar nafi isbat..bila dah tau hal yg sebenar barulah bole mati sebelom mati…org ckap mati nafsu lah . Mati pancaindera lah..matikan sifat lah…pebende sumer ni..Maksud mati x bergerak..tak ada nyawa…walaupun mati itu maknawi bukan yg azali…jadi ini benda bukan boleh direka2 atau dipikir2 ini perkara yang di tunjuk oleh guru sebenar2 guru…bukan setakat dok bilang rahsia itu ini..lagipon lau dah tau mcam2 rahsia…nak buat apa kalau jalan nk gunakan tak tau…dimana kunci hakikat ketuhanan itu..itu yang perlu cari…bagaimana buka dengan rahsia tadi…bila dh dapat…ummm cam org gilalah..ini yang tok kenali pegang…cerita..1000 kitab pun x abis…bila nk tamat..bila nk abis..bila nk naik jumpa tuhan…lau dh tau…naik la hari2…tapi mesti tau jalan balik…sebab mati itu..nyawa tiada…bila kena bab ni…baru kita tau ilmu kita belum cukup…kalau alang2 nk kenal…biar jadi..laisa kamislihi syaiun wahuwassa miul basir….bukan pakai baca aja..kalau benda tu x sama dengan yang baharu…kena lah pegi tengok sendiri..barulah yakin dan pasti…wallahuaklam

    Like

  15. Asalamualaikum… 1 penghomatan dari hamba Allah.. jelaskan lah sesuatu yg hamba Allah tidak faham.. telah lama saya menyendari rahsia ini… tapi tiada siapa yg sanggup menjelas dg terang.. semua cuma kiasan saja.. Hanya 1 niat di hati.. Mendekat diri dg Allah… ilmu Allah bkn boleh di fikir..Tapi memerlukan seseorang guru untuk mengajar.. saya bersedia menjadi anak murid tuan guru.

    Like

    1. itu makanya kita disarankan kena mengenal diri dulu.Barulah ilmu itu boleh dibawa kepada batang tubuh. Jika kita tidak mengenal diri, nak letak dimana ilmu itu?………………

      Jadi kenal diri rata-rata agar mengenal Allah yang nyata…

      drp hj shaari

      Liked by 1 person

  16. assalamualaikum ustaz
    iyaaa.. memang benar saya sudah mengetahui lama nama Allah yg 99 ada satu yg dirahasiakan tapi bagaimana memanfaatkan pada diri manusia seutuhnya? mohon jawabannya

    Like

    1. Nama yang ke 99 itu, tidak ada huruf dan tidak da suara. “la hurufin wala syautin”. tetapi harus mengenal dulu, lepas mengenal Allah baru kita tahu apakah itu nama yang ke 99..

      drp hj shaari

      Like

  17. Asalammuallaikum bpk hj shaari. Jd klu menurut sy ape yg telah bpk tulis itu benar akan tetapi semua itu harus di buktikan juga jadi kalau boleh bertanya apakah melalui proses mentawajuh kan umat manusia, yg akan mengikuti ajaran bpk jika seperti itu berarti bpk hj shaari benar terimakasih

    Like

  18. Salam tn guru sebenarnya saya sendiri mencari untuk mengenapkan 99 menjadi 100 dan saya telah membaca sumua tulisan tn guru… dan pernah juga bejumpa dng seorang guru memecahkan rahsia yg ke 100 dan apa yang saya rasa tiada diri yang ada hanya allah penyerahah diri kepada allah dengan penuh keyakinan.. bahawa hanya allah yg wujud.. tiada daya upaya melainkan hanya allah.

    Like

  19. Assalamu alaikum..
    Menurut sepengetauhaan saya yang awam yang pernah saya dengar satu nama allah terletak/tertulis di hurup ba pad bacaa bis millah cba mohon di jelaskan yang sedetail mungkin kepada hamba yang awam ini

    Like

  20. Salam.. dan terima kasih atas pada tuan haji. Jelas shadat itu membawa dua unsur
    kalimah Allah dan Muhamad. Kalimah Allah membawa unsur zat dan kalimah Muhamad membawa unsur sifat. Sementara tapal Adam adalah bekas untuk menyatakan wujudNya.

    Like

  21. Ayahanda.
    Curahan ilmu bak berlian tiada tanding
    Bagi insan seperti kami yg dahaga in
    Kebenaran.hamba salah seorang yg sentiasa mengikuti semua ajaran kitab tok kenali.teruskn perjuangan semua nya izin Allah.iklas Allah jua

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s