Pak Imam Berimamkan Siapa, Semasa Mengimani Sembahyang Jamaah?

Kita Sembahyang Berjemaah, berimamkan Imam. Manakala Imam Itu Sendiri, Berimamkan Siapa?.

Kita sembahyang berimamkan pak imam dihadapan kita sewaktu kita bersembahyang jemaah. Manakala pak imam pula, beriamamkan siapa?.

Saya minta tuan-tuan beri penjelasan, saya nak tumpang belajar dari tuan-tuan semua!. Tuan-tuan selalu menjadi imam sembahyang, manakala tuan-tuan sendiri itu, berimamkan siapa?. Selepas tuan-tuan jawab, baru saya nak jawab!. Sila kemukana jawapan tuan—tuan agar semua sahabat laman web dapat ukur dalam ceteknya pendapat tuan!.

Sebelum saya menjawab  soalan, inginlah saya bertanya terlebih dahulu kepada tuan-tuan, Bolehkah kita mendahului imam?. Seumpamanya semasa kita bersolat, bolehkah kita rukuk dahulu, sebelum pak imam rukuk?. Sila jawab?…………………..

Sekiranya jawapan memihak kepada tidak boleh, itu ertinya makna, maksud atau erti iman itu, adalah merujuk kepada perkara “mendahului”. Imam itu, ertinya adalah  mendahului!. Mendahului pak imam daripada makmum. Terkemudian makmun daripada imam!. Manakala pak imam itu pula, siapakah yang mendahului pak imam?. cuba jawab?………………….

Siapakah yang mendahului pak imam?. Jika kita menjadi makmum, semestinya pak imam mendahului kita, bilamana kita menjadi pak imam, siapakah pula yang mendahului kita?. Kiranya kita tahu siapa yang mendahului kita, maka itulah imam kita!.

Cuba tuan-tuan teka dan nyatakan dalam blog, supaya boleh para-para sahabat kita berkongsi ilmu dengan tuan. Salah tidak mengapa, kitakan pelajar!. Cuba jawab, siapa yang mendahului kita?.

Advertisements

2 comments on “Pak Imam Berimamkan Siapa, Semasa Mengimani Sembahyang Jamaah?

  1. Assalamualaikum ustaz..pada hemat saya yang juga bodoh ini, mungkin imam yang sebenarnya adalah roh..roh berkehendak terlebih dahulu, barulah jasad imam melakukannya..Manakala jasad imam itu ibarat roh yang berkehendak terlebih dahulu dan makmum itu ibarat anggota jasad imam yang bergerak terkemudiannya..sekadar pendapat saya..harap maaf jika tersalah..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s