Sambungan Mandi Junub 18hb Nov Jam 2.04 mlm.

SAMBUNGAN MANDI JUNUB

Tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah. Tanggal 18hb Nor, jam 12.52 malam. Saya ada membaca pertanyaan dari para sahabat kita yang bertanyakan tentang mandi junub setelah didatangi “haid atau Nifas”.

Sebelumnya, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan memahami terlebih dahulu konsep yang mensyaratkan kita mandi junub. Konsep asas yang mewajibbkan kita mandi junub itu, adalah dari Hadis yang mengatakan bahawa “Bilamana Sesuatu Yang Terkeluar Dari Ronggga” maka berhadaslah kamu (dalam keadaan kotor).

Keluar sesuatu dari rongga yang berupa air kencing atau najis dari dubur itu, dikatakan hadas kecil. Manakala keluarnya sesuatu yang berupa air mani atau darah haid dan nifas dari rongga itu, dikatakan hadas besar.

Dalam keadaan berhadas itu, ertinya dalam keadaan kotor atau dalam keadaan diri yang tak suci!. Asasnya dari Hadis “keluar sesuatu dari ronggga”, maka berbagai-bagai hukumlah timbul, mengikut fahaman mazhab masing-masing. Mazhap itu begini dan mazahab ini begitu.

Jawapan Kepada Pembaca Yang Bertanya.

Memandangkan keluarnya air mani, darah haid dan nifas itu, terkeluar dari lubang rongga yang sama, maka dihukumkan wajib mandi junub. Tidak adil kiranya air mani sahaja yang kena mandi junub, sedangkan air nifas dan haid juga dari ronggga yang sama itu juga, jadi ditetapkanlah kedua-duanya kena mandi junub.

Sedangkan mengikut suluhan ilmu makrifat Tok Kenali Kelantan atau mengikut sudut pendapat dari kaca mata ilmu makrifat, bukan air mani, bukan air kencing, bukan haid atau bukan nifas yang menjadi titik persoalan, yang menjadi persoalannya disini, adalah perkara yang disebalik itu!.

Sesuatu yang keluar dari rongga belakang diistilahkan sebagai hadas kecil dan seauatu yang terkeluar dari ronggga hadapan dikatakan hadas besar?. Hadas itu, ertinya kotor. Lalu inginlah saya bertanya kepada tuan-tuan yang cerdik pandai sekalian. Mana lebih kotor, lebih cemar dan mana yang lebih jijik antara sesuatu perkara yang terkeluar dari rongga hadapan atau sesuatu perkara yang terkeluar dari rongga belakang?.

Mana lebih besar kotornya antara air mani dengan najis tahi?. Bilamana najis tahi itu lebih kotor daripada air mazi (air mani), kenapa pula air mani (air mazi) itu dikatakan hadas besar?.  Yang teramat kotor dikatakan hadas kecil dan yang teramat bersih dikatakan hadas besar?. Kenapa, kenapa dan kenapa?……………………………………..

Ini mengambarkan bahawa maksud sebenar yang tersembunyi disebaliknya itu, bukanlah merujuk kepada mani atau tahi dan bukan juga merujuk kepada haid atau nifas!………………………

Sandaran mandi junub, bilamana terkeluar darah haid atau nifas itu, adalah dikeranakan ianya secara berkebetulan terkeluar dari ruang rongga yang sama!. Biarpun dari rongga yang sama, maksud sebenar dari sudut kaca mata ilmu makrifat itu, bukan merujuk kepada terkeluarnya sesuatu, yang berupa cecair atau darah!.

Yang menjadi pertimbangan atau perhitungan sudut pandang ilmu makrifat itu, bukan kerana terkeluar sesuatu dari rongga. Yang menjadi pertimbangan atau perhitungan ilmu makrifat itu, adalah kerana susuatu yang melalai atau sesuatu yang melupakan kita kepada Allah Taala.

Perkara lalai kepada Allah itu, bukan sahaja ttertakluk atau terikat semasa terkeluar sesuatu dari rongga sahaja. Yang menjadi kotor dan yang menjadi najis bagi Allah Taala itu, adalah bilamana diri kita itu lupa dan lalai kepada Allah. Tidak kira lupa kita kepada Allah itu, semasa waktu keluar air ke atau tidak keluar air!. Sebut sahaja lupa atau lalai kepada  Allah, maka hukumnya diri kita itu, adalah berada dalam keadaan  kotor dan berjunub!. Semasa terkeluar sesuatu atau semasa tidak terkeluar sesuatu. Lebih-lebih lagi lalainya kita itu, bilamana terkeluarnya sesuatu dari rongga  semasa bersama suami isteri!.

Lalainya kita itu, bilamana terkeluar sesuatu dari rongga semasa bersama isteri!. Itulah yang selalu berlaku pada kebanyakkan kita!. Membuatkan diri kita itu benar-benar berjunub atau berhadas (diri dalam keadaan kotor). Kotor bagi Allah itu, bukan kerana najis tahi, air mani atau darah hadi atau nifas. Kotor, najis atau berhadas bagi Allah itu, adalah bilamana diri kita dalam keadaan lupa dan lalai kepada Allah Taala!.

Cuba tuan-tuan ambil kira najis yang berada didalam perut atau darah yang berada didalam daging. Najis darah atau najis tahi yang keluar ataupun yang belum keluar dari dalam jasad. Kedua-dua itu, adalah dari jenis darah atau tahi yang sama!. Kenapa pula bagi Allah itu, hanya nampak najis yang terkeluar sahaja, sedangkan najis darah yang belum keluar dari dalam perut itu, apakah Allah tidak nampak?. Yang didalam peru tpun najis dan yang keluar dari perut pun adalah juga dari jenis spesis najis yang sama. Kenapa dalam perut tidak diwajibkan junub. Sedangkan najis yang sama dan darah yang sama, bilamana keluar sahaja dari tubuh, dikira najis yang menfardhukan kita supaya mandi junub?.

Ini mengambarkan kepada kita bahawa najis atau kotor  yang menjijikkan bagi Allah Taala itu, bukannya perkara didalam perut atau diluar perut, yang menjadi jijik dan kotor bagi Allah itu, adalah seseorang yang berkeadaan “Lupa Dan Lalai Kepada Allah”.

Haid dan nifas menjadi pertimbangan mandi junub itu, adalah kerana sabit ianya berkebetulan terkeluar dari arah lubang rongga yang sama!.

Advertisements

3 comments on “Sambungan Mandi Junub 18hb Nov Jam 2.04 mlm.

  1. assalamualaikum ustaz..terima kasih kerana byak memberi ilmu pengetahuan kepada saya dan pembaca bloq ini..sy masih musykil tentang kahwin atau nikah..apakah makna sebenar kahwin..bg pandangan org zaman skun mereka hanya fhm kahwin 2 boley jimak,,2 ja..dan penceraian,anak jd jahat…saya harap ustaz dpat terangkan dengan detail dlm bloq ini pada atikel akan datang..

    Like

  2. Terima kasih tuan guru.
    Benarlah segala apa yang tuan katakan itu. LUPA kepada Allah itulah perkara yang paling kotor sehinggakan ada yang mengkafirkan diri walaupun sesaat mereka lupakan Allah.
    Sudah pastinya Tuan dan keluarga sentiasa diberkati dan dirahmati olih Yang tidak bernama, tidak berhuruf dan tidak bersuara. Amin.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s