Mana Sebenar-Benar Al-Quraan?. sambung (20hb Nov)

Manakah Sebenar-Benara Yang Diakatan Al-Quraan?.

Al Quraan itu, adalah Firman Allah. Firman Allah itu, adalah kalam Allah. Kalam Allah itu, adalah kata-kata Allah. Manakah yang dikatakan kata-kata Allah?. Kata-kata Allah itu, tidak berupa huruf dan tidak berupa suara!.

Yang kita baca sekarang ini, adalah  bersifat huruf dan bersifat suara!. Yang kita tatapi didalam tulisan yang berupa dakwat dan kertas itu, bukan Quraan. Itu kertas dan itu berupa dengan rupa dakwat!. Apakah kata-kata Allah itu kertas dan apakah kata-kata Allah itu dakwat?. Apakah kata-kata Allah itu, berupa angin suara yang keluar dari halkum?. Cuba jawab solah saya?……………………

Apakah Quraan (kata-kata) Allah itu, boleh hangus bilamana dibakar, boleh basah bilamana direndam?. Apakah kata-kata Allah itu, terzahir hanya melalui kedua bibir mulut sahaja?. Apakah alam ini tidak menzahirkan kata-kata Allah?. Cukupkah hanya bibir dan cukupkah kertas yang mengambarkan kalam Allah (kata-kata Allah)?. Cuba jawab?.

Kata-kata Allah itu, kalam Allah, kalam Allah itu Firman dan Firman Allah itulah Al-Quraan. Tapi manakah sebenar-benar Al-Quraan. Sayapun mahu belajar dengan tuan-tuan, sila tuan-tuan kemukakan pendapat?…………………….

Setahu saya yang bodoh lagi dungu ini, kalam Allah itu, tidak berupa suara bibir, tidak berupa tulisan tangan manusia, tidak berupa dakwat cina. Tidak boleh dicetak oleh kilang percetakan (printing). Kata-kata Allah itu, setahu saya tidak ada huruf dan tidak ada suara!. Bingung saya dibuatnya. Saya sudahlah bingung, bertambah lagilah dengan bingungnya, bilamana Quraan itu ada suaradan ada huruf, boleh dibakar dan boleh dikencing oleh muda mudi sekarang.

Muda mudi kita sekarang ini, sebagaimana yang kita baca melalui surat-surat khabar, dimana muda mudi kita sekarang ini telah mengadakan pesta ditepi pantai untuk memijak-mijak Al-Quraan, kencing Al-Quraan, siram dengan air arak dan bakar Al-Quraan. Apakah begitu hinanya kalam Allah disisi mata masyarakat sekarang?. Apakah tidak boleh Allah jaga kalamnya sendiri?. Cuba jawab…………………………………

Manakah menghilangnya sebenar-sebenar kalam Allah?,  yang suci, yang bersih dan yang mulia?. Ayat Al-Qurran itu, biarpun ianya berupa kertas dan bertulisan dengan dakwat cina, ianya masih teramat muli dan dan suci lagi berkat!.

Kebesaran Ayat Quraan Yang Berupa Huruf (Tulisan)!.

Ada satu cerita yang saya dengar dari ayahnda saya, pada suatu hari, ada seorang anak muda ingin merantau ke negeri orang. pada kebiasaannya orang dahulu, bilamana hendak keluar dari kompong, untuk merantau kenegeri orang, selalunya terlebih dahulu minta doa restu dari orang-orang alim atau orang-orang keramat!.

Pergilah anak muda ini megadap guru seorang yang alim. Sesampainya beliau dihadapan guru orang alim itu, lalu berkatalah ia bahawa kedatangannya kesitu, adalah bertujuan untuk mendapatkan azimat atau lebih dikenali sebagai tanggkal.

Orang alim itupun menghgulurkanlah kepada anak muda itu, sekeping kertas azimat yang sangat kecil dan nipis. Guru orang alim itu, berpesan kepada anak muda itu, supaya azimat yang diberi itu, jangan sekali-kali dibuka dan jangan sekali-kali dibaca!.

Lalu bawalah anak muda itu, akan azimat tadi dengan rasa penuh tanggung jawab dan dengan harapan yang tinggi, boleh menyelamatkan beliau dari segala rintangan musuh.

Sesampainya beliau dikalangan anak-anak muda yang lain sekampong dengannya yang sama-samna pergi merantau, lalu berbual-buallah dikalangan mereka. Salah seorang menceritakan bahawa orang alim itu, beri azimat kepadanya berupa kain selendang yang panjang, bertulisan ayat-ayat Al-Quraan yang dililit di kepada dan ada yang dililit dipinggang dan sebagainya.

Semua azimat kawan-kawannya semuanya besar-benar dan panjang-panjang belaka, yang boleh dibuat lilit kepala dan yang boleh dibuat lilit pada tubuh. Sedangkan azimat yang diterima hanyalah sekeping kertas kacil dan nipis, sebesar lebih kecul dari ibu jari.

Tibullah keraguan dan syak wansangka buruk dalam hatinya. Kenapa orang lain semuanya besar-besar azimatnya sedangkan dia berupa kertas yang kecil. Lalu timbul dalam hatinya untuk membuka kertas tersebut!. Pesan guru oarang alilm dulu, tidak boleh dibuka atau dibaca akan azimat yang diberinya. Namun rasa tidak puas hati, telah mengatasi rasa bertanggungn jawab.

Lalu dibukanya azimat itu. Apa yang dilihatnya, hanyalah sebutir tulisan jawi yang berupa huruf “wau”. Lalu kecewalah hatinya melihat hanya sebutir huruf “wau”. Sedangkan azimat orang lain panjang, berjela-jela. Lalu timbullah rasa tidak puas hati dan kecewa dengan pemberian guru orang alim itu dalan hatinya.

Lalu dicampak atau dilemperkanlah huruf itu. Dengan secara-tiba-tiba kertas yang bertulis dengan tulisan huruf wau itu, terbang bagaikan wau (layang-layang).  Itu sebab orang Kelantan sebut layang-layang itu dengan panggilan wau (wau bulan).

Cerita ini, bagi mengambarkan kepada kita, bahaqa Al-Quraan itu, biarpun berupa sekeping kertas yang bertulisan dari tangan makhluk manusia, namun keberkatan, kebesaran dan kemualiaan Al-Qurran itu besar. Apa lagi kiranya kita tahu mana sebenar-benar Al-Quraan yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara?.

Saya dizaman kanak-kanak, telah dipesan oleh Datuk perempuan saya, supaya bilamana kita jumpa Quraan yang koyak, hendaklah kamu telan. Lalu dimana saya jumpa surat Al-Quraan yag koyak (yang koyaknya kecil-kecil), saya ambil kertas Quraan itu, lalu saya telan. Banyak kali saya jumpa Quraan koyak, maka banyak kali juga saya telan.

Namun sayangnya, saya masih juga buta huruf.  Semasa saya darjah enam, saya tidak pandai membaca rumi, apa lagi membaca jawi. Sampai tingkatan satu, baru saya pandai membaca rumi.

Pada suatu hari, lingkungan umur saya darjah lima, Datuk perempuan saya seorang peniaga. Beliau ada kedai kecil dipekan batang merbau. Dari kedai kerumah, lebih kurang dua batu atau satu kilometer kalau sekarang. Beliau nak naik bas balik ke kampong jelakong, dari pekan batang Merbau. Beliau suruh saya lihat papan tanda  dihadapan bas, samaada bas itu menghala kearah Jeli atau ke arah Gua Ipoh.

Lalulah bas dihadapan kami, sayapun lihatlah tulisan papan tanda dihadapan bas. Apa yang saya nak baca atau apa yang saya nak eja bacaan, sedangkan saya tidak pandai menulis dan tidak pandai membaca!. Saya ingat dan saya agak-agak bahawa bas itu, akan menghala kearah Jeli. Tiba-tiba bas itu membelok kearah Gua Ipoh. Apa lagi, anginlah Datuk saya. Dimarahnya saya dihadapan orang ramai.  Saya merasa sangat malu.

Satu lagi cerita, dalam masa darjah lima atau sekarang dipangil tahun lima, saya suka kepada seorang murid perempuan darjah tiga dikampong Batu gajah (Kg Batu Gajah Kelantan, bukan Batu Gajah Ipoh Perak). Dikeranakan saya tidak pandai menulis, saya suruh ketua darjah yang namanya Azmi bin Hassan, untuk menulis surat bagi pihak saya. Saya sebut, lalu kawan saya itu tulis. Sayapun gunalah apa yang ditulis itu, beri kepadakekasih, buah hati saya diwaktu itu, dengan rasa bangga yang saya itu pandai menulis kononya.

Dari situlah timbul rasa mahu menulis. Dorongan dari rasa cinta moyet dikala itu, mendorong dan membawa saya mula belajar menulis dan membaca, biarpun secara meranggkak.

Dulu sekolah darjah lima ada peperiksaan penilaian darjah lima. Apa lagi masa tiba masa pepriksaan, bilamana saya dapat kertas, sayalah orang yang paling hebat, kerana telah dikurniakan ilmu laduni. Allah anugerahkan saya ilmu laduni yang tidak ramai diantara kelas itu yang mendapat ilmu ladini itu, kecuali saya.

Sesampainya kertas soalan, sayapun guna sepenuhnya ilmu laduni saya, maklumlah ayah sayakan Tok Guru ilmu makrifat yang handal lagi bijak serta alim. Sayapun apa kurangnya, kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi. Sebagai mana bapak, sebegitulah anaknya.

Laduni itu, saya guna sepenuhnya dengan tidak perlu membaca soalan (maklumlah anak Tok Guru makrifat). Saya cuma guna cara laduni. iaitu cara meneka mengikut sedap rasa!. Rasa sedap A, saya hantam A, rasa sedap C saya hantam C. Nak bacatak pandai, apa yang hendak dibaca, saya tidak pandai membaca, apa lagi, main teka sajalah (hantam sajalah, kata Tan Sri P.Ramli). Orang lain belum siap, saya lah diantara murid yang paling awal siap.

Sesekali malu rasanya saya buka pekong didada. Tapi cerita saya ini, bukan cerita kosong, yang menacri jenaka, tetapi cerita saya ini, adalah cerita dari kisah benar, bagi menjadi tauladan  kepada kita semua. Bahawa Al-Quraan itu besar dan hidupnya mukjizat. Al-Quraan itu, biarpun cuma sekadar kertas, tetapi mukjizatnya adalah teramat besar!.

Sesampainya saya ditingkatan satu, sayalah orang yang tidak lekang dengan buku (ulat buku). Tidak dapat baca buku, pegang bukupun jadilah. Dari tingkatan satu itulah, saya mula mengumpul bahan-bahan pertuturan yang keluar dari mulut ayahnda saya, untuk dijadikan kitab sebagaimana yang tuan-tuan baca sekarang ini.

Cerita yang saya kisahkan diatas, bukanya apa, sekadar bagi menunjukkan setelah menelan beberapa keping Quraan Koyak, mungkin kerana itulah makanya saya boleh menulis kita b makrifat yang jarang orang boleh!. Ini bagi mengambarkan bahawa Al-Quraan yang koyak, yang berupa kertas dan tulias ndengan dakwat cina itupun ada mukjizatnya, apa lagi kiranya kita bertemu dengan Qurran yang tidak berhuruf dan tidak bersuara!.

Dalam satu ceramah yang saya adakan, ada orang minta saya cerita kisah hidup saya, tapi saya malu untuk menceritakan kerana banyak kisah buruk berbanding baiknya dan banyak kisah bodoh berbanding cerdiknya!. maaklumlah kanak-kanak nakal!.

Habislah cerita itu,  mari kita berbalik pula kepada ilmu mencari Quraan yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. manakah sebenr-benar Al-Quraan?.  Sila jawab…………………….

Jam 7.16 petang 19hb Nov.

Jam 8.21 tanggal 20hb Nov. Mari kita sambung mencari Quraan yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara!. Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, kenapa perlu mencari Quraan yang tidak berhuruf?. Apa tidak cukup lagikah Qurraan yang sedia ada?. Yang ada baris, ada sebutan, ada ejaan, yang boleh dibaca dan yang boleh didengar melalui telinga?.

Saya nak tanya tuan-tuan, kenapa perlu mencari Quraan yang tidak berhuruf?. Sedang Baginda Nabi Rasulullah Junjungan kita Muhamad sendiri, tidak mampu untuk membacanya, sehingga beliau mengigil!. Sedang Baginda sendiri boleh mengigil tubuh anggota jasad bilamana membacanya, apa lagi kita?. Apakah tuan-tuan mampu?. Sedang Baginda Rasululah sendiri tidak mampu dan tidak sanggup untuk membacanya, apakah tuan-tuan sanggup?.

Nasihat saya kepada kalian, tidak perlulah bersusah payah mencari susah!. Orang sekarang tidak berani untuk menerima susah!. Orang zaman ssekarang , mahunya senang dan mahunya yang mudah sahaja. Untuk itu, baca dan hafallah Quraan sedia ada sekarang, yang mudah dibaca dan mudah dieja!. Buat apa nak susah-susah cari yang susah dan buat apa payah-payah nak mencari yang payah!. Buat apa nak menyusahkan diri, nak buat kerja bodoh!.

Orang dulu kebanyakkannya bodoh, tidak seperti orang sekarang. Orang sekarang ramai yang cerdik pandai. Jadi jangan diikut orang bodoh sebagaimana bodohnya ulamak-ualamak terdahulu!.

Sekarang jam menunjukkan pukul 8.33 pagi tangal 20hb Nov, apakah tuan-tuan masih berkesanggupan untuk mencarinya?………………………………..

Jam 9.43 tanggal 20hb Nov. mari kita sambung sedikit lagi tentang Al-Quraan. Sesetengah tempat, Allah menggunakan bahasa Al-FURQAN!. Al-Furqan itu, bermaksud “cahaya yang dapat membezakan antara yang haq dengan yang batil”.

Bagi sesiapa yang membaca Al-Quraan (Al-Furqan), yang tidak tahu untuk membezakan antara yang haq dengan yag batil, bermakna mereka-mereka itu, bukanlah membaca Al-Quraan!. Mereka yang membaca Al-Quraan itu, adalah mereka-mereka yang tahu dan pandai untuk membezakan mana satu yang haq dan mana satu yang batil!.

Yang haq itu, adalah yang kekal dan yang batil itu, adalah sesuatu perkara yang bersifat binasa!. Bilamana kita membaca dengan yang haq, bacaan yang batil itu dengan sendirinya akan terbinasa. Binamana terbinasanya bacaan yang bersifat zahir, maka disitulah hati kita akan ditembusi dengan cahaya haq, yang terang benderang, menerangi dan menyinari hati sanubari.

Cahaya haq itu boleh jatuh kedalam lubuk hati kita, bilamana cahaya haq itu jatuh kedalam lubuk hati kita, ianya  boleh melenyapkan perkara yang batil, seumpama meleyapkan perkara was-was, syak, zam atau waham terhadap Allah!. Disitulah datangnya “lapang”. Lapang dada, lapang hati dan lapang jiwa. Bilamana lapang dan terbuka, disitulah nantinya akan bertapak masuknya cahaya Allah kedalam hati. Kelapangan hati atau kelapangan dada itu,  akan datang bilamana tidak ada lagi rasa ragu atau was-was!.

Setelah lenyap perkara yang batil, disitulah timbulnya lapang,terbuka, lawas, terang, berseri dan bercahaya alam ini dengan cahaya Allah. Untuk menjatuhkan kelapangan cahaya haq kedalam hati kita itu, hendaklah terlebih dahulu kita tahu untuk “membezakan antara yang haq dengan yang batil” itulah erti atau maksud Al-FURQAN!.Dan itulah juga pengertian lapang dada!. Bilamana dada sudah menemui lapang, disitulah hati kita terasa sejuk, damai, aman, senang, rasa sejahtera, rasa gembira dan rasa terhibur dengan Firman-firman Al-Furqan atau Al-Quraan..

Selagi kita baca Al-Quraan, selagi tidak kita tahu untuk membezakan antara yang haq dengan yang palsu, yang batil, yang batal, yang baharu dan yang muhadas, selagi itulah kita bukan membaca Al-Quraan atau membaca Al-Furqan tetapi sekadar membuyi dan memperdendangkan suara.

Bilamana kita tahu membezakan yang haq dengan yang batil, itulah Al-Furqan atau Al-Quraan. Persoalannya disini, bagaimana untuk membezakan antara yang batil dengan yang batil?. Bagi sesiapa yang tidak mengenal diri, tidaklah ia dapat untuk membezakan antara yang Qadim dengan yang Muhadas (antara yang kekal dengan yang baharu).

Oleh itu, untuk mengenal  sebenar-benar Al-Quraan atau Al-Furqan itu, hendaklah terlebih dahulu belajar mengenal diri!. Setelah kita mengenal diri, dengan sendirinya diri kita tidak ada. Setelah diri tidak ada, yang ada itu hanya Allah. Bilamana yang ada itu, hanya Allah, maka siapakah yang bersuara dan siapa yang berbunyi dan siapa yang berkata-kata?. Setelah diri tidak ada, apakah lagi ada bunyi, apakah lagi ada bersuara dan apakah lagi ada berhuruf?. Berhuruf, bersuara atau berbunyi itu, bilamana adanya diri. Setelah diri tidak ada, dari mana lagi  datangnya suara atau, dari mana lagi datangnya huruf dan dari mana lagi datangnya bunyi untuk membunyikan bacaan Al-Quraan?.

Itulah makanya, ingin saya nyatakan dengan sebenar-benarnya disini bahawa, barang siapa yang tidak kenal diri, tidaklah ia mengenal Al-Quraan!. Melainkan sekadar bacaan bagi mengeluarkan bunyi!.

Al-Quraan itu, adalah bahasa Allah, iaitu bahasa Allah untuk memperkenalkan sifat diriNya!. Al-Quraan atau Al-Furqan bukannya bahasa untuk memperkenalkan perkara yang baharu atau perkara muhadas (perkara yan binasa). Al-Quraan adalah bahasa Allah untuk memperkenalkan kepda kita yang bahawasanya Dia itu Tuhan dan Dia itu Allah Yang Qadim lagi Esa (satu)!. Setiap ayat, setiap baris dan setiap patah huruf itu, adalah bertujuan bagi memperkenalkan bahawasa diriNya itu, adalah Allah!. Jadi bagi sesiapa yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil, disitulah kita akan kenal apa itu Al-Quraan dan apaitu Al-Furqan, yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara!.

Sekarang jam menunjukan pukul 10.33 pagi, apa kata saya berhenti seketika, nanti kita sambung lagi, untuk menceritakan manakah yang dikatakan sebenar-benar Al-Quraan yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara?.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s