Sambungan Siapa Sebenarnya Bersolat 19hb Nov

Sambungan bab solat jam 4.10 19hb Nov.

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan semua?. Apakah diri tuan-tuan itu, masih bersifat ada?. Tidakkah sifat ada itu, hanya bagi Allah?. Bialamana Allah bersifat ada dan tuan-tuan juga bersifat ada, tidakkah telah ada dua sifat wujud?. Menduakan sifat Allah itu, hukumnya syirik. Barang siapa yang menduakan Allah, dosanya tidak akan diampun Allah?.

Kiranya tuan-tuan sudah tidak ada, siapa kah yang mengerjakan sembahyang?. Cuba jawab?. Nak kata kita ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah. Nak kata tidak ada, yang membaca tulisan saya ini siapa?. Nak kata ada salah dan nak kata tidak ada pun salah. Nak kata ada, seperti tidak ada dan nak kata tidak ada ,seperti ada?. Bagaimanakah sudahnya pegangan kita?. Apakah kita kena beriktikad sepertimana biskut snek (sekejap ada dan sekejap tidak ada)?. Cuba jawab?. saya pula nak tumpang belajar dengan tuan-tuan. Siapakah sebenar-benarnya yang bersifat ada, apakah yang ada itu kita atau yang ada itu Allah atau kedua-dua ada atau sekejab ada kita atau sekejap ada Allah?.

Siapa yang hendak mengerjakan sembahyang, kiranya diri kita sudah tidak ada. Kiranya tidak ada, kemana perginya diri kita?. Kiranya kita megaku yang diri kita ada dan Allah juga ada, bermakna sudah kita adakan dua sifat Allah!. Dimana tempat duduknya iktikad kita?. Beriktikad itu, biarlah putus, jangan main sekejap ada sekejap tidak ada?.

Baiklah saya ingin bertanya lagi kepada tuan-tuan. Untuk mendirikan sembahyang itu, hendaklah dengan menggunakan anggota kaki. Kiranya tidak berkaki, bagaimana hendak berdiri!. Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sila jawab dengan jujur!. Siapakah pemilik kaki kita?. Siapakah tuan pemilik sebenar anggota kaki kita?. Siapa pemilik sah kaki kita?. Dalam geran asal (dalam rekod kad pendaftaran  yang asal), siapakah sebenarnya yang menjadi pemilik asal yang sah kepada anggota kaki kita?. Cuba jawab?……………………….

Bilamana tertulis didalam geran, tercatat dengan nama nama Ahmad atau bernama Ahad sebagai tuan punya yang sah disisi undang-undang tubuh, apakah tergamak kita hendak mengaku yang kaki itu, milik kita?. Apakah kita boleh tukar nama didalam geran asal dengan penama  baru dengan sesuka hati?.

Kaki siapa yang kita guna untuk berdiri?. Cuba jawab?…………………………Tentu tuan-tuan takut nak jawab yang kaki itu, kaki Allah!. Mana mungkin Allah ada kaki?. Jika bukan kaki kita dan bukan kaki Allah, kaki siapakah yang tuan-tuan pakai?. sila jawab?…………………….

Itu baru pertanyaan tentang anggota kaki, sudah memeningkan kepada kita.  Lagu mana kalau saya tanya lagi anggota-anggota lain, lagilah pening. Sebelum betul-betul pening, saya serahkan jawapan kepada tuan-tuan, agar bertambah pening!………………………………………………..saya sendiripun pening untuk menjawab dengan cara yang sebaik mungkin dan dengan cara yang benar-benar fatonah!……………………………………….

Lagi sekali pada jam 4.22, 19hb Nov. saya gantung kepada tuan-tuan untuk menjawab?……………………….

Advertisements

22 Replies to “Sambungan Siapa Sebenarnya Bersolat 19hb Nov”

  1. Assalamkm. wbt. Tuan Guru yang di kasihi.
    Sesungguhnya Tuan, jawapan kita punya, pun bolih, Allah punya pun bolih, sebab yang mengaku itu pun DIA. Dia itulah yang sebenar-benarnya mengaku, bukan kita, sebab kita tu dah tiada. yang ada itulah sebenar-benarnya tak berhuruf dan tidak bersuara. Olih kerana itu tak bolihlah nak cakap, nak tulis apa-apa lagi, kerana dah tak berhuruf. Sudah Habis “kosong”. Amin.
    Terima kasih tuan.

    Like

  2. Wahai tuan hj. setiap persoalan ada jawapan misteri yg tersembunyi, sy yg tiada punya apa-apa ini mengharap penjelesan seterusnya dari tuan hj. yg dikasihi…..sebagain penyuluh jalan

    Like

  3. ALLAH yg mendirikan kaki itu untuk bersolat, mengerakkan anggota untuk sujud, rukuk dsbnya . diri diibarat wayang kulit yg dimainkn tok dalang. Segala yg terjadi dr dulu,sekarang dn akan datang sudah pun tertulis.
    Terima kasih guru…

    Like

  4. Asalamualaikum,soalan mengenai siapakah yang bersembahyang itu ialah ALLAH…ALLAH sembah ALLAH ….kalau salah tolong betulkan,sy pon budak baru belajar.

    Like

    1. tiada gerak dan diam melainkan Allah…tubuh nie milik Allah…tubuh nie amanah Allah kpd kite…jika kite rase kite…kite ujub..roh bile bertubuh namenya hati..hati la yg patut mempamerkan ismaNYA…tubuh pula mepamerkan afalnNYA…maka terujud la sifatNYA…

      Like

      1. Saya kira pyan hikmah fatimah adalah orang yang mengaji dan faham ilmu makrifat, jika orang yang tidak tahu ilmu makrifat, tidak akan terkeluar bahasa yang indah seumpama itu. Tidak terkeluar ilmu seumpama itu, jika orang tidak mengaji ilmu makrifat.

        Benar kata tuan itu.Saya mahu para pembaca blog, baca sekali lagi, ikuti dan lihatlah semula email yang dihantar oleh pyan hik,ah fatimah!.

        “Roh bilamana bertubuh, ianya bernama hati (nafas). Hatilah sifat yang sebenar-benarnya mempamerkan ismaNYA dan yang memperzahirkan Allah!. Tubuh pula mepamerkan afalnNYA… Maka terujud la sifatNYA…
        Amin drp hj shaari

        Like

  5. assalamualaikum.. saya ni teringin sangat nak belajar makrifat..dulu sempat belajar dengan arwah tok sedara..arwah tok sedara adalah anak murid tok selehong…bab solat ada belajar sikit untuk diri.. kaki dan anggota badan ini adalah zat allah.. kita ini adalah hambanya.. dan dipinjamkan zatnya untuk menyembahnya zaa tull mutlak… kalu saya salah tolong betulkan.. minta pemahaman dengan lebih lanjut..terima kasih..assalamualaikum.

    Like

  6. salam..kpd en ismail ape itu Allah sembah Allah…bhaya tue mengaku kite Allah…mengenai sape sembahyang tue kite sbagai hambe wajib mempamerkan sifat solat tue td..sifat solat tue sifat islam..sifat islam tue ialah sifat Muhammad..sifat muhammad tue ialah amanah,sidiq,tabligh,fatonah,…iaitue sifat 4..sifat 4 tue..sfat mukmin…sifat mukmin nie sifat Allah..ble kite sifat Allah baru layaknye Allah yg nyata meyembah Allah yg ghaib..tp tetap bkn kite…tp Dia…kite bersifat tiada..DIA bersifat ada..nk lagi pham kene la berguru..guru pula mst la yg mengajar ilmu zat sifat..ataupn ilmu hati..jgn main bace n jdkan pengangan…bahaye…

    Like

    1. Saya setuju dengan pendapat pyan hikmah fatimah. Dalam kita meyampaikan ilmu, hendaklah dengan fatonah. Jangan sampai mengelirukan orang, inilah yang amat-amat saya takuti!

      Kita tidak boleh mengatakan yang Allah meyembah Allah!. Mana ada Allah bersolat!. Allah itu adalah Allah, tidak ada lagi Allah lain, selain Allah untuk disembah!. Jika kita katakan yang Allah meyembah Allah, itu bererti sudah ada DUA Allah!. Sedangkan Allah itu, satu. Bilamana Allah itu, satu, mana mungkin masih lagi ada sembah dan yang disembah!

      Pun begitu, kata dari en ismail itu, hendaklah kita ambil faham!. Mungkin maksud beliau adalah untuk menyatakan kepada kita yang Allah itu satu!. Mungkin maksud beliau untuk menyatakan kepada kita bahawa Tidak ada lagi yang meyembah dan tidak ada lagi yang disembah!.

      Saya faham bahasa en ismail itu, tetapi pendekatan yang digunakan oleh beliau itu. adalah pendekatan yang kurang berfatonah!.

      Dikeranakan kurang berfatonah, makanya beliaupun menggunakan perkataan “Allah meyembah Allah”. Sebenar-benarnya tidak ada istilah Allah meyembah Allah!. Itu hanya sekadar sandaran bahasa bagi mempermudahkan faham kepada orang yang sudah faham. Mungkin maksud en ismail itu, adalah bagi mengambarkan yang bahawasanya kita ini sebenarnya sudah mati (mati sebelum mati). Kita sudah tidak ada, yang ada itu hanya Allah…………

      Bilamana kita semua ini sudah mati, bilamana kita semua sudah tidak ada dan segala-galanya sudah binasa, siapakah yang bersifat ada, siapakah yang hidup, yang kekal, yang baqa, yang gagah, yang melihat, yang mendengar?. Bilamana segala-galanya sudah tidak ada, siapakah yang ada?, cuba jawab pertanyaan saya…………………….Bilamana segala-galanya sudah tidak ada, siapakah yang ada, siapakah yang hidup dan siapakah yang sembah siapa? cuba jawab pertanyaan saya?.

      Bagi orang yang tidak faham ilmu makrifat memang perkataan itu, tersangat janggal dan tersangat asing bagi mereka. Manakala bagi yang sudah bermakrifat, perkataan itu, sudah tidak asing lagi. Bahasa perkataan itu, hanyalah sekadar sandaran kata, untuk mempermudahkan faham kepada yang sudah faham!.

      Bilamana segala-galanya Allah, maka disitulah timbulnya bahasa perkataan “Allah meyembah Allah”. Namun bagi orang yang benar-benar sampai kepada tahap makrifat yang sebenar tinggi, mereka tidak lagi menggunakan ungkapan Allah meyembah Allah!.

      Mana mungkin Allah meyembah Allah, sedangkan Allah itu satu!. Bilamana segalanya sudah jadi satu, mana lagi ada meyembah dan mana ada lagi yang disembah!. Melainkan yang terlafas, tersebut dan terkata itu, hanyalah perkataan Allah, Allah, Allah…………………………………

      Untuk itu, kepada ahli-ahli makrifat sekalian, marilah kita elakkan bahasa-bahasa yang kurang berfatonah. Biarpun kata kita itu benar dari sudut bahasa kiasan, tetapi akan mendapat salah faham kepada orang ramai. Saya juga ada kalanya terlajak kata, namun itulah hakikatnya orang makrifat. Kadang-kadang saya juga terlajak kata, dikeranakan terlampau karam dalam wajah Allah. Bilamana terlampau karam dalam wajah Allah, sehingga tangan dan bibir ini, terucap perkataan yang tidak sepatutnya terucap!.

      Maafkanlah en ismail. Mungkin beliau tidak bermaksud sedemikian. Sesudah ini, jangan lagi ada orang yang mengatakan Allah meyembah Allah!. Allah tidak meyembah dirinya sendiri!. Allah itu, adalah Allah, adalah Allah dan adalah Allah ………………………………………. Ihklas drp hj shaari

      Like

  7. sesungguhnya umat hanya menurut kepada muhammad, yang di lantik sebagai rasul membawa wahyu melalui jibril a.s. Ya kita ada dan kita wujud dan dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. walau dua tapi wujud hanya tunggal. walau DzatNya, SifatNya, AsmakNya dan AfalNya tapi Dzat, Sifat, Asmak dan Afal Bukanlah si Nya…Maha Kaya Allah dari tiap2 sesuatu…..semuanya ILLaLLah semata2…..

    Like

  8. Apa yang dikatakan `selagi hayat dikandung badan` itulah milik Allah..Sifat itulah yang kita serahkan segalanya kepada Allah.Kerana kita sebagai manusia(makhluk)kita tiada upaya atau bersifat tiada apa pun.

    Dalam kes `kaki yang berdiri utk mendirikan solat` adalah dengan izin Allah yang bagi pinjam sifat itu(kudrat, iradat) untuk kita mendirikan solat.

    Mohon maaf jika saya silap faham.Saya masih perlukan bimbingan dari semua.

    -Ibrahim Ali
    Ampang/KL Sentral

    Like

  9. yg mengerak utk megerjakan ibadah solat ialah allah tapi tak boleh kata allah yg sembahyang,kalau kata allah yg sembahyang apa guna allah cipta surga dan neraka…kita kena sandar ke tepi..maksudnya tepi itu tanda makhluk (6 tepi atau 6 jihad)

    Like

  10. PADA PENDAPAT SAYA YANG CETEK INI,YANG SEMBAHYANG ADALAH DIRI KITA YANG BAHTIN,DAN ALLAH CIPTAKAN KAKI UNTUK MENAMPAKKAN KU WUJUDANNYA DAN MENAMPAKKAN PERLAKUANNYA PADA HAMBANYA YANG MELAKUKAN SEMBAHYANG ITU.KALAU SALAH TOLONG PERBETULKAN TUAN HAJI.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s