Sebab Apa Hari Ini Banyak Tajuk? (19hb Nov)

Sebab apa hari ini banyak tajuk untuk diperbincangkan?. Sebab hari ini banyak tajuk, adalah kerana, pada hari jumaat lepas, sekitar jam 3 petang, saya sedang memandu kereta untuk keBentong. Sesampainya ke Tol Gombak, tengah-tengah berhenti untuk bayar Tol, tiba-tiba datang sebuah lori anggkut pasir yang besar, kalau tak salah saya lori sebesar 7 tan.

Semasa saya sedang berhenti, bukan semasa berjalan, semasa sedang berhenti, tidak semena-mena datanglah hamba Allah yang bernama lori 7 tan, meyondol punggung kereta saya.

Sayapun turunlah untuk melihat, berderatlah kereta dibelakang saya, menunggu giliran bayar tol. Setelah saya lihat tidak ada apa-apa yang kemek, saya cepat-cepat berlalu bayar tol, takut tergangu orang dibelakang.

Selepas saya bayar tol, saya berhenti lagi untuk melihat lagi sekali. Entah macam mana tadinya saya tidak nampak kemek, setelah lihat kali kedua, ternyata kemeknya agak banyak!.

Lalui saya cepat-cepat menahan lori yang melangar saya dengan melambai-lambai tangan. Namun pemandu lori sengaja buat-buat tidak nampak lambaian tangan saya!. Lori itu dengan laju menekan minyak untuk cuba lari. Saya cepat-cepat masuk kereta lalu mengejar lori itu, Mula-mulanya dia tidak mahu berhenti, biarpun saya sudah memintas nya, malahan dia mahu melangar sekali lagi kereta saya, nasib baik saya sempat mengelak. Jika tidak depan belakang kena hantam.

Saya hentikan kereta dihadapannya. Anak buah saya turun untuk buat perundingan. Pada mulanya dia berdegil dan cuba membuat elah dan berkeras. Entah apa yang dibaca oleh anak buah saya (JEK), tiba-tiba dia ajak pergi kepejabatnya di Bukit tinggi.

Dalam perbincangan itu, beliau sanggup menanggung baik pulih kereta saya. maka itulah sebabnya kaki saya hari ini, terkunci dirumah kerana kereta saya, saya hantar cat baru dibahagian belakang.

Saya sudah hadapinya dengan tenang, tidak sedikit dihati saya merasa marah atau kecewa. Saya hadapi degan tenang dan reda. Berkat redo dan tenang, mereka balas dengan mahu mananggung baiuk pulih.

Apa yang hendak saya paparkan disini, adalah saya nak kongsi cerita ini dengan tuan-tuan, bukan untuk tunjuk kesabaran saya, tetapi saya nak tunjukkan bahawa dalam kita belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mendapat kelebihan, bukan untuk mendapat keramat, seumpama langar tak pecah, tetak tak lut atau tembak tak melutp. Biarpun saya selaku cikgu agama makrifat, saya juga tidak terlepas dari kena sakit, putus belanja, kereta rosak, dikeji dan ditomah orang!.

Janngan hendaknya kita belajar ilmu makrifat itu boleh terangkat semasa berzikir, tidak lut bilamana ditempak, boleh tidak terbakar bilamana kena api dan sebagainya. Orang makrifat juga, sebagaimana Baginda Nabi, yang patah gigi semasa berpertang, yang berlapar sehari dan kenyang sehari. Pernah bawa wang sepuloh ringgit balik kekelantan naik kapal terbang.

Jadi orang makrifat itu, jangan ada perasaan melebihi Allah. Ada orang yang belajar ilmu torikat, sudah mahu mencari kelebihan. Cari kelebihan supaya jadi kebal, supaya keretanya tidak dilanggar, dengan meletak pelekat ayat-ayat suci Al-Quraan pada cermin keretanya. Ada yang berhajat kepada boleh terbang, bilamana belajat makrifat!. Ada yang berhajat boleh dilihat ada dikampong sana dan dalam masa yang sama boleh berada dikamponng sini, sebelum dikhabarkan penyakit, kita sudah tahu sebelum diperkhabarkan dan berbagai-bagai kelebihan. Bagi sesiapa yang masih ada dihatinya ciri-ciri itu, itulah peringkat ilmu makrifat yang paling rendah!.

Ada juga gunanya kereta saya dilanggar, banyak ilmu yang kita bincangkan pada hari ini. Untuk itu, banyak-banyaklah dan kerap-keraplah supaya kereta saya kena langgar lagi. Nampaknya semacam saya minta dilangar lagi. Tapi sesungguhnya bagi orang yang faham bahasa makrifat, kata-kata yang saya lafazkan itu, sesungguhnya telah datang dari rasa yakin dan percaya kepada bulat kepada Allah. Bukanya saya yakin dengan kata-kata saya sendiri, tetapi yakin dan percaya dengan kata-kata Allah.  Sekiranya saya minta dilangar, jika Allah kata tidak kena langar dan sekiranya saya minta supaya jangan kena langgar, jika Allah berkehendak dilangar!. Percaya dan yakinlah kepada kata-kata Allah!

Ada orang yang berdoa minta dicepatkan mati, berdoa mati cepat, Allah telah lanjutkan usianya sampai tua, Ada orang yang minta umurnya dipanjangkan supaya banyak boleh buar ibadah kepada Allah, untuk buat ibadah kepada Alahpun, ada yang Allah pedekkan umurnya!, Jadi apa yang ada pada sebutan bibir, sesungguhnya  sebutan Allah di kitab loh hul mahfuz itu, lagi tepat dan lagi betul!. Langar atau tidak itu, adalah kuasa Allah. Kena langar pun dia, tak kena langarpun dia, mati pun dia dan hidup pun dia!. Apa kita takut kepada mati dan apa kita nak takut kepada supaya tidak dilanggar!.

Segala-galanya bagi saya sudah berakhir!. Saya sudah mati sebelum mati. Saya sudah tidak lagi tinggal didunia, saya sudah kembali pulang kekampong asal saya, iaitu kekampong  Rahmatullah “ke pangkuan Allah”.

Kemungkinan saya akan mati dibawah perot lari, kerana saya selalu berjalan jauh, kePerak, Kelantan, kePineng, Johor, Sabah, Serawak, Aceh dan Singapore. Mana tahu suatu hari nanti, saya mati bawah lori, kerana bawa kereta selalu dalam keadaan megantuk.

Hidup kita ini, penuh misteri, ada seribu kemungkinan boleh berlaku, yang tidak dapat kita baca. Bagi saya, sekiranyasaya mati dibawah perot lori, mati dalam longkang, mati digigit buaya, mati dilanggar kereta, mati jatuh kapal terbang dan sebaginya, kita jangan ambil kisah. Itu hak Allah, biarlah Dia yang menguruskan soal mati atau hidup kita!.

Hidup kita ini bukan lagi milik kita, yang hidup itu sifat Allah, bukan sifat kita, jadi terpulang dan terserahlah kepada tuan yang empunya. Terpulanglah nak dicampak kenapun kita, kita nak atau tak nak, rela atau tak rela, terpaksa atau tidak, kita kena akur dan kita kena terima hakikat Allah!.

Kata Tok kenali, “aku sudah tidak ada, yang ada, yang tersisa dan yang masih berbaki itu, hanya nama mu ya Allah”. Allah, Allah, Allah……………………………………….

Jam 8.11 malam 19hb Nov

Advertisements

4 comments on “Sebab Apa Hari Ini Banyak Tajuk? (19hb Nov)

  1. Kami semua ternanti-nantikan curahan ilmu abah yg terbaru di ruabgan blog makrifattokkenali,sebagai pengubat rindu ilmu ini untuk kami kutip dan timba.Semoga Allah berikan abah kesihatan dan kekuatan untuk berkarya dan berdakwah amin.

    Like

  2. Yg Bhg Tuan Guru…..sekali lagi mohon pencerahan……..bagaimanakah dikatakan degup jantung denyut nadi sentiasa dlm beramal/berzikir/ingat padaNYA….apakah dlm lalainya kita ini degup dan denyut akan TETAP…..
    mudah-mudahan diberi MUDAH dlm mencari yg tersembunyi dari 99…..amin…..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s