Sambungan Satu Nama Allah Yang Tersembunyi 20hb

Tuan-tuan dan puan-puan yag dirahmati Allah sekalian. Diantara 99 nama AQllah yang disampaikan kepada Nabi Besar Junjungan kita Muhamad Rasullullah itu, ada satu yang tersembunyi. Itulah yang dikatakan 99 nama Allah, satu yang tersembunyi!.

Sampailah masanya untuk saya memperjelaskan nama Allah yang keseratus. Yang selama ini, dikatakan  satu  yang tersembunyi. Satu nama Allah itu, sebenarnya tidak tersembunyi. Sesungguhnya 99 nama Allah yang tersembunyi itu, sebenarnya tersembunyi Ia dalam yang satu!. Bukan satu yang tersembunyi, tetapi tersembunyi dalam yang satu!. Apakah yang satu itu?. Sebelum itu, terlebih dahulu marilah saya bawa tuan-tuan megembara bersama-sama saya untuk melayari lautan hairan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah. Untuk megetahui satu nama Allah yang tersembunyi itu, mari saya bawa tuan-tuan kepada satu Firman Allah dalam surah An-Nur : 35. Yang bermaksud;

Allah itu, nur cahaya kepada langit dan bumi. Seumpama lubang yang tidak tembus. Dalam lubang itu, ada pelita besar. Pelita itu didalam kaca dan kaca itu seumpama bintang yang bercahaya, seperti mutiara yang dinyalakan dari pohon zaitun, yang tumbuh tidak ditimur dan tidak dibarat.Yang minyaknya menerangi, walau tidak disentuh api, perumpamaan cahaya diatas cahaya. Allah bimbing sesiapa yang dikehendaki dan Allah menjadikan perumpamaan itu bagi manusia. Sesungguhnya Allah maha megetahui segalanya!.

1) Langkah satu

Allah itu cahaya, iaitu cahaya langit dan bumi. Perumpamaan itu, memperkhabarkan kepada kita bahawa Allah itu satu!. Dari zat yang satu, sifat yang satu, afaal yang satu dan dari nama yang satu,   maka terlihat dan terpandanglah  nama-nama yang banyak!.

2) Langah dua

Nama-nama yang banyak itu, sebenar  tersembunyi asalnya didalam nama  satu!. Asal nama yang satu itu, seumpama lubang yang tidak tembus. Cuba tuan-tuan lihat pelita lama yang diserkup dengan cermin kaca. Pelita minyak tanah zaman dulu, kita pasang, kiranya tidak diserkup dengan cermin kaca, ianya tidak terang. Selepas kita serkop ia dengan cermin kaca, baru ia bercahaya terang. Jika tidak diserkop dengan cermin kaca, pelita itu, tidak terang. Selepas diserkop dengan cermin, barulah ia kelihatan bercahaya denga terang.

Disini, saya mahu tuan-tuan lihat dan perhatikan, setelah cerimin diserkopkan, barulah pelita itu tadi bercahaya. Apa yang hendak saya ketengahkan disini, saya mahu tuan-tuan cuba  perhatikan kepada cermin kaca pada pelita!. Cuba tilik, lihat, renung, fikir, kaji, bayangkan dan pandanglah, bagaimana cahaya dari sumbu pelita yang satu itu tadi, boleh menembusi cermin kaca?.

Bagaimana cahaya boleh tembus atau menembusi cermin?. Inilah yang hendak diterangkan melalui Firman diatas!, iaitu “seumpama lubang yang tidak tembus“. Cermin tidak ada lubang, jika adapun lubangnya yang diatas itu, adalah bagi mengeluarkan asap, bukan untuk mengeluarkan cahaya!. Bagaimana cahaya boleh menembusi cermin kaca yang tidak ada lubang?.

Nama cahaya yang satu itu, kiranya kita dapat lihat, tersembunyinya ia disebalik cermin kaca yang tidak tembus (cermin kaca yang tidak ada lubang) !. Nama atau cahaya yang satu itu, sebenarnya tersembunyi ditempat terang yang tidak ada hijab! (tidak ada lubang). Hijabnya hanyalah cermin kaca yang tidak ada lubang!, sungguhpun tidak ada lubang tetapi cahayanya tetap menembusi!. Sungguhpun cermin itu tidak ada lubang, tetapi cahayanya boleh kelihatan dan cahayanya itu sesungguhnya  boleh melewati dan menebusi cermin.

Didalam cermin itulah, nama yang satu itu tersembunyi!. Cuba tuan-tuan tilik diri  sendiri. Tubuh kita itu, diumpamakan cermin kaca. Didalam cermin kaca (tubuh) itu, adanya cahaya, tempat tersembunyi dan terhimpunya nama yang satu!.

Apakah cahaya atau nama yang satu itu?.

Dari jam 4.15 pagi, sekarang jam sudah menunjukkan pukul 6.12 pagi, saya ingin berhenti sekejap bagi menunaikan fardhu subuh. nanti kita sambung lagi membicarakan tentang manakah hilangnya satu nama Allah yang tersumbunyi!.amin

Jam menunjukkan pukul 7.32 pagi, mari kita sambung semula perbicaran kita tentang satu nama Allah yang tersembunyi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang rahmati Allah sekalian. Terima kasih kepada semua yang menjawab web side makrifattokkenali.com. Namun kebanyakkan dan rata-rata memberi jawapan bahawa nama Allah yang tersembunyi itu, adalah “roh atau Nur Muhamad”.

Sebenarnya roh dan Nur Muhamad itu, bukan Allah dan bukan nama Allah yang tersembunyi!. Selagi bernama dan selagi ianya berlafaz, itu bukan Allah dan bukan nama Allah yang tersembunyi!.

Allah itu bukan huruf, bukan bunyi, bukan panggil-panggilan, bukan ada dengan suara, bukan ada huruf, bukan ada dengan panggilan-panggilan melalui bunyi. Allah bukan benda, bukan ain, bukan berjirim dan bukan berjisim!.

Allah itu, bukan nama. Barang yang masih bernama, itu bukan Allah. Nama Allah itu sendiri pun, bukan Allah!. Allah itu, adalah Allah yang sehingga sampai kepada tahap tidak lagi bernama (tiada lagi terpanggil-panggil). Itu barulah sebenar-benar Allah. Itulah sebabnya Allah yang benar-benar Allah itu, tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjirim dan tidak berjisim!. Yang tidak terpanggil dan yang tidak lagi tersebut itu,  itulah baru Allah yang sebenar-benar Allah!. Itulah baru Allah yang sebenar-benar satu dan Allah yang sebenar-benar Esa  dan itulah nama Allah yang  tersembunyi!. Yang tersembunyi itu, itulah sebenar-benar Allah yang Maha Esa lagi Tunggal!. Tapi dimana untuk mencarinya?. Untuk mencari dan untuk megetahuinya, ikutilah risalah ini dengan penuh cermat!.

Bukan mudah nak saya lepaskan nama Allah yang tersembunyi itu, dengan sebegitu mudah.  Rahsia barang yang mahal itu, perlu ada nilai (perlu dibayar dengan harga yang mahal).  Perlu melalui jalan sulit, sukar dan bukan mudah nak saya buka rahsia ini, sewenang-wenangnya. Tanpa terlebih dahulu melalui jalan sulit dan jalan susah, sebagaimana sulit dan susahnya saya dan para guru-guru terdahulu untuk mendapatnya !.

Ketahuilah oleh mu, wahai sekalian pembaca yang budiman, betapa susah. jerit,  getirnya dan sulitnya guru-guru terdahulu untuk mendapat nama Allah yang tersembunyi!. Untuk mendapatkan jawapan nama Allah yang tersembunyi itu, guru-guru terdahulu, bukan mudah dan bukan senang. Ianya terlebih dahulu perlu melalui peringkat-peringkat seumpama, memperhambakan diri pada alam, melalui jalan pertapaan, bersuluk, berzikir dan berpuasa sekian lama, untuk mendapatkan nama Allah yang tersembunyi!. Masakan saya lepaskan tuan-tuan dengan hanya menekan satu butang (dihujung jari) untuk mendapatnya!.

Barang yang senang dapat itu, adalah barang yang mudah dilupa!. Untuk mengetahui betapa susah dan betapa payahnya saya dan guru-guru terdahulu untuk mendapat nama yang tersembunyi itu, ayoh mari kita sama-sama harungi sebagaimana mungkin dan sebagaimana kemungkinan yang mendatang. Ayoh ikit saya!.

Mari, ikut bersama-sama saya meneroka, melayari dan mengahrungi bahtera saya ini dengan sabar!. Tapi harus diingat bahawa, bahtera saya ini, bahtera yang tidak ada layar, tidak ada bekal, tidak ada angin untuk menolaknya. Bahtera saya ini adalah hanya sebuah bahtera buruk yang kosong!, kosong dan kosong!…………………

Mahukah tuan-tuan bersama bahtera buruk saya?. Sedangkan masih banyak lagi diluar sana bahtera yang cantik, elok, besar, cukup dengan kelengkapan meriam, bedil, panah, senjata tajam dan makanan-makanan yang enak-enak?. Kenapa perlu ikut bahtera saya?. Cuba jawab?……………………………………….Selagi tuan-tuan tidak jawab saya, sekali lagi saya akan mendiamkan diri?. Jam menunjukkan pukul 8.13 pagi tanggal 20.Nov, saya ingin bertanya degan jujur, kenapakah perlunya tuan-tuan ikut bahtera saya yang kososng?……………………………………………………..

Kunci memahami nama yang tersembunyi

Kunci untuk memahami nama yang tersembunyi itu,  hendaklah tuan-tuan berhati-hati memahami kiasan cahaya didalam cahaya. Cahaya yang didalam pelita yang ditelungkop dengan cermin kaca, cahaya itu sekarang berada didalam cermin, tanpa ada lubang sedikitpun, ianya masih lagi boleh menerangi sampai keluar. Itulah pengertian cahaya didalam cahaya. Didalampun cahaya dan diluar cerminpun cahaya. Walaupun dihijab, disempadankan atau walaupun didinding cahaya itu dengan cermin (diri), namun cahaya tetap masih boleh tembus keluar cermin. Didalampun cahaya dan diluarpun cahaya!. Cahaya didalam cahaya dan cahaya diatas cahaya!.

Kerana adanya cermin, membuatkan cahaya bertambah terang. Cuba tuan-tuan buang cermin, api menjadi malap. Bilaman cermin ditelungkopkan atas pelita, cahaya bertambah terang. Cermin tidak boleh menghalang cahaya dari tembus keluar!. Sebabnya didalam cahaya dan diluarpun cahaya!. Faham dan camkan baik-baik!.

Saya mahu tuan-tuan baca balik ayat diatas, berulag kali!. Sekarang berhenti membaca setaklat ini dan baca semula ayat diatas!.

Advertisements

7 comments on “Sambungan Satu Nama Allah Yang Tersembunyi 20hb

  1. Bahtera kosong itu istilah. Diri yang kita sangka ada dan merasai juga masih pada istilah juga. Allah yang kita sebut juga masih istilah. Apa yang kita fikir dan rasa juga masih istilah atau sebutan bahasa atau umpama sahaja. Dalam perjalanan atau pelayaran di dunia ini SEMESTINYA bahtera itu mesti kosong dan perlulah DUDUK di bahtera kosong jika ada istilah bahtera kosong. Kira bila sudah duduk dan parking di bahtera kosong maka tiada perlu lagi istilah atau umpama. Tak perlu lagi dalil dan tahu. Tak perlu cari kerana memang dah sampai. Tak perlu kenal mmg dah kenal. Tak perlu ada mmg ada. Oleh itu saya nak duduk di bahtera kosong yang Tuan Haji Shaari duduk jika ada istilah duduk.

    Like

  2. Assalamkm. wbt. Tuan Guru sekeluarga.
    Sesungguhnya yang hidup ini pasti akan mati. Jadi, sebelum mati, sebenar mati, lebih baik saya mati dahulu. Dengan mati dahulu saya bolih kenal Allah ( Yang tak berhuruf dan tak bersuara itu ) supaya saya tidak lagi di persoalkan kerana menduakannya ( keakuan ).
    Tuan adalah pembimbingnya. Allah telah menyuratkan saya di pimpin olih tuan. sebab itu saya perlu menaikki bahtera tuan. Semuga tuan mengizinkannya. Amin.
    Terima kasih tuan.

    Like

  3. Salam tuan guru,lebih baik saya ikut naik bahtera yg buruk dan kosong tp pasti sampai ke destinasinya..dr sy naik bahtera yg cantik dan canggih tp karam akhirnya..izinkan sy menumpang bahtera tuan guru..Amin.

    Like

  4. Biar pun buruk , biar pun hodoh, biar pun tidak memiliki apa-apa…….hal-hal berikut tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk tetap bersama dengan Tuan Guru yang saya kasehi demi Allah dan rasulnya. Malah sejak dari hari pertama mengikuti blog Tuan Guru dan sejak kali pertama mendengar suara Tuan Guru di talipon , walaupon belom bertemu muka, hati ini sudah terasa akan sifat keikhlasan yang ada pada Tuan Guru. Maafkan saya , saya hanya meluahkan apa yang tersirat.
    Atas dasar keikhlasan Tuan Guru yang selama ini tidak jemu-jemu membimbing kami…maka telah membuka hati saya, malah dengan tekad yang bulat untuk ikut meneroka, melayari dan mengharungi bahtera bersama-sama dengan Tuan Guru walaupon bahteranya tidak ada layar, tidak ada bekal, tidak ada angin untuk menolaknya dan walaupon hanya sebuah bahtera buruk yang kosong!, kosong dan kosong!…
    Tuan Guru yang saya hurmati, saya merayu bawalah saya yang bodoh, bebal lagi hina dan yang miskin (tidak punya apa-apa) berlayar bersama-sama Tuan Guru.

    Like

  5. Tiada cara utk menterjemahkan, kecuali apabila sudah dikembalikan perbuatan & nama yg diberi `pinjam` kpd Tuan Empunya..termasuklah juga simbol ini (?) kpd-Nya..

    Wallahualam..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s