1 Nama Allah Yang Tersembunyi, Kembali Lagi !.

Nama Allah itu, ada 99 yang diketahui umum. Jadi, manakah hilangnya nama yang satu itu?.

Nampaknya ramai yang ingin megetahui satu nama Allah yang tersembunyi. Daripada carta atau graf yang ditunjuki, terdapat seramai 339 orang daripada 1500 orang yang melayari  bab itu. Daripada 1500 orang yang melayari laman web ini, hanya dua tiga kerat sahaja yang memberi maklum balas. Menandakan tidak ramai yang berminat atau berhajat kepada ilmu makrifat!.

Tuan-tuan dan puan yang dirahmati Allah sekalian.  Untuk menjawab persoalan ini, sekali lagi saya sarankan supaya tuan-tuan perhatikan betul-betul cerita Nabi Allah Musa dengan Bukit Thursina!.

Sebelum itu, saya ingin tuan-tuan menjadi seorang yang khasyaf terlebih dahulu, sebelum dapat mengetahui nama Allah yang tersumbunyi. Itu makanya saya sengaja mengenegah atau memperkenalkan bab Khasyaf. Supaya dengan bab khasyaf itu, tuan-tuan akan dapat melengkapkan diri bagi persediaan menerima nama Allah yang tersembunyi.  Satu nama Allah yang tersembunyi itu, memerlukan kepada khasyaf, baru boleh melilhat, menilik atau memandangnya. Persediaan untuk menerima atau untuk megetahui nama Allah yang tersembunyi itu, haruslah terlebih dahulu melalui ilmu khasyaf!.

Saya minta tuan-tuan baca semula bab yang bertajuk apa ertinya khasyaf!.  Dalam membaca bab itu, saya minta tuan-tuan perhatikan kiasan yang saya suruh tuan-tuan campakkan batu kedalam lautan atau kedalam sungai!. Jika tak faham sangat campakkandiri tuan-tuan kedalam lautan dalam, biar betul-betul mati. Hiduppun buat apa, jika Allah tidak kita kenal!.  Hidup ini, adalah bertujuan supaya Allah dapat kita kenal, jika Allah yang menjadi tujuan hidup, tidak dapat kita kenal dengan sebenar-benar kenal, apalah ertinya hidup?, adalah terlebih baik mati betul daripada hidup yang dipenuhi dengan menduakan Allah Taala (mensyirikkan Allah Taala) dalam segala bidang pekerjaan ibadat!.

Dosa syirik itu, adalah dosa yang tidak dapat diampun Allah, daripada terus-terusan hidup dengan mengumpul dosa, adalah lebih baik mati,  dengan mencampakkan diri kedalam lautan!. Lautan mana?, campakkan diri tuan-tuan kedalam lautan wajah Allah……………………………………………..

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menghayati nama Allah yang tersembunyi, tuan-tuan hendaklah ikut apa yang saya sarankan. Jika ada kelapangan masa, cuba tuan-tuan mengunjungi sungai, tasik, pantai atau mana-mana tempat yang terdapat takongan air.

Saya mahu tuan-tuan campakkan batu kedalam air. Setelah tuan-tuan campakkan batu kedalam air, saya mahu tuan-tuan fikirkan semasak-masak dan sedalam-dalamnya, bagaimana caranya supaya batu itu timbul kembali!.

Ini bukan ilmu main-main atau ilmu olok-olok!. Ini bukan hendak membudak-budak atau memperbodoh-bodohkan tuan-tuan, tetapi ini adalah cerita benar. Cuba tuan-tuan fikirkan bagaimana caranya untuk supaya batu itu kembali timbul?.

Jika tuan-tuan tidak percaya akan cerita saya ini, cuba tuan-tuan telefon kepada Ketua Polis Bahagian Jenayah, di Ibu Pejabat Polis Rompin,Pahang. Orang kedua yang tahu nama Allah yang tersembunyi itu adalah blog yang bernama “kaseh” dari Sandakan Sabah!.  Namanya saya tak ingat, tetapi saya ada mengunjungi beliau dua tahun lepas. Dia berpangkat kalau tak silap saya 3 paku, selaku ketua nombor satu bahagian jenayah di Balai Polis Rompin. Beliau tahu jawapan ini. Gunakan kebijaksanaan tuan untuk mendapatkan nombor telefon beliau. Katakan saya haji Shaari pemilik kitab hijau Tok Kenali dua tahun lepas. Seramai-ramai orang yang saya jumpa, hanya beliau sahaja yang tahu jawapan, bagaimana untuk menimbulkan semula batu yang tenggelam!.

Orang kedua yang saya temuai yang tahu jawapan nama Allah yang tersembunyi, adalah laman web yang bernama “kasih”, seorang perempuan dari Sandakan Sabah!. Biarpun seorang perempuan, tetapi beliau tahu akan jawapannya!. hubungilah beliau!………………

Cuba tuan-tuan fikir-fikirkan…………………………… dan sila beri jawapan………………………………….

Jam sudah menunjukkan pukul 9.57 malam. Sebentar lagi saya nak bersiap-siap kelapangan terbang antara bangsa KLIA untuk ke Sabah. Saya ada menerima undangan ceramah di Sabah oleh Ketua Agama Islam nombor satu Sabah. Bagi orang tawau, esok  tunggu saya di kediaman TYT. Saya adakan ceramah dikediaman beliau selepas magrib.

Jadi saya tinggalkan dulu dengan satu pesanan. Pesanan saya supaya tuan-tuan campakkan batu kedalam air biar sampai kembali timbul. Jika kembali timbul, itulah nama Allah yang tersembunyi. Jika payah atau payah sangat nak cari jawapan, sila hubungi Tuan Polis bahagian jenayah di Rompin.  Kiranya beliau sudah berpindah kebalai lain, cuba dapatkan nombor telefon balai baru tempat beliau pindah, sebab saya jumpa beliau sudah dua tahun lepas, semasa pesta pantai Rompin!.

Itu makanya saya mengajak tuan-tuan supaya terlebih dahulu belajar ilmu khasyaf. Jika tidak khasyaf, mana mungkin dapat melihat perkara yang tersembunyi?. Yang zahir hanya melalui zahir dan yang batin itu, hanya batin yang dapat melihat batin. Selagi tuan-tuan masih lagi menunggangi mata zahir, mana mungkin dapat melihat perkara yang ghaib atau yang teresmbunyi!. Untuk itu cari, korek, gali dan selamilah ilmu khasfyaf!.

Saya minta tuan-tuan selami dan hayati semula kisah Nabi Allah Musa dengan Bukit Thursina. Untuk Musa melihat Allah, hendaklah terlebih dahulu, menghilangkan bukit Thursina. Selagi terlihat atau terpandang bukit, Allah tidak akan dapat dillihat oleh Nabi Musa, setelah tidak lagi terlihat bukit Thursina, barulah wajah Allah dan nama yang tersembunyi, dapat dililhat!. Sama kiasanya dengan membuang batu kedalam sungai, sampai batu kembali timbul!.

Fikir-fikirkan dan mari kita sama-sama menjawab. Saya tak suka kiranya tuan-tuan tidak memberi respon, seolah-olah saya bercakap satu hala.

Izinkan saya bersiap-siap untuk ke Airport, sahabat-sahabat saya sudah menunggu disana. Kepada Pak Abu Wali Allah dari Melaka, sanggup datang dari Melaka semata-mata untuk menghantar saya ke Sabah. Sudah berulag kali saya halang, supaya jangan datang, tapi beliau mahu juga datang. Terima Kasih atas keikhlasan itu. Sebagaimana ikhlasnya Mohd Yusof mengurut tuboh Tok Selehong. Sambil mengurut tubuh Tok Selehong, secara tidak sedar, Tok Selehong dengan secara tak sedar telah mengajar atau telah bercerita perkara-perkara yang tidak pernah diajar semasa dikhalayak murid yang ramai.

Pak Abu dari Melaka, saya bukan Tok Selehong yag punya ilmu untuk dicurahkan, semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik tuan. amin drp hj Shaari

272 Replies to “1 Nama Allah Yang Tersembunyi, Kembali Lagi !.”

  1. Ni ahli zhohir woi..hg ingt snang ka org nk kongsi ilmu makrifat warisan Tok Kenali ni..hg xreti jngn dk pandai nk suh org tarik balik blog ni.bru bleh hpai hadiths 3-4 krat nk cabaq Tok Guru.mcm mna nk dpat kberkatan ilmu.dk tangkok 2 la hg.sanat pengajian Tok Kenali sampai ke Ibnu Hajar dn sampai ke Rasulullah saw.

    Like

  2. Nama Allah yang tersembunyi bukan la benda yg bole seenak perut di perbincangkan. Setiap manusia yg mengenal nama tersembunyi. Brrt dia sudah berikrar sumpah untuk tidak menceritakannya. Kalau kalian tahu crt tentang syeh siti jenar dan asal muasalnya.Mgkn kalian akan memahami seberapa kuat nya nama yg tersembunyi.
    Dan ketika kalian sdh mengetahui.maka kalian akan merasa bruntung terlahir sebagai islam.
    Seperti kata2 bijak
    Dekat tak berantara
    Jauh tak sekutu
    Dekat urat leher dekat lg aq.
    Dan selain nama Allah
    Muhammad jg memiliki nama lain
    Kalau di bahas secara rinci nama itu bukan hnya 1 tp ad 4 bagian
    Nama yg 1 dengn kelahiran seorang bayi ad kaitan nya.

    Like

  3. Assalamualaikum, pada yang mendengar , ingin sy kongsi kisah sy encik , sy merupakan pelajar praktikal yg masih menjalankan latihan industri di Goal Coast melaka, ada dlm sebulan lebih sampai skrng elaun sy dinafikan oleh syarikat ,bermatian unit hr dia ckp duit sy da masuk , dan jelas sy berusan dgn maybank tetapi baki nya masih sama,tapi dimana kah kesilapan sy , sy x hamak kalau x dpt duit tu tapi pikir sy orng susah ada ka patut sy dilayani sebergini , nombor 011 14387172 , sy perlu pencerahan encik bole hubungi sy

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s