Menebang Pokok Biarlah “Di Dalam” Biji ?.

Menebang pokok biarlah “Di Dalam” Biji?

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Seminggu saya tinggalkan meja komputer, kerana berkelana ke Negeri Dibawah Bayu. Rasanya teramat rindu untuk terus berkaria.

Pada jam 7.25 petang, tanggal 30hb Okt. Jejari tangan bagaikan terpanggil untuk meneruskan coretan.  Tajuk pada malam ini, adalah “menebang pokok di dalam biji”.

Mari kita sama-sama megembara bersama saya dengan menaiki bahtera usang, yang tiada layar dan tiada kemudi lagi bernahkhoda kepada seorang nahkhoda yang telah lama mati!. Nahkhoda yang selalu menerima kritikan, cacian, cemohan dan kejian dari segenap penjuru!.

Namun sebagaimana amanat ayahnda, “patah sayap,paroh akan ku tonggkat jua”. Perjuangan ini, akan tetap ku tempoh jua, biar rintangan badai yang melanda diri, biar sekalipun dihujung mata pedang!. Liku-liku perjalanan orang makrifat itu, sudah sememanngnya begitu. Lagikan Nabi Besar Junjungan kita Muhamad Rasulullah, lagikan dikeji, dimaki, dihina, dibaling dengan batu dan najis, namun perjuanganya tetap tidak membeku!.

Orang selalunya berkata menebang pokok diatas permukaan bumi, namun ilmu makrifat itu, mengejar kita menebang pokok “didalam benih”!. Bagaimana mungkin menebang dahan, ranting, batang dan akar didalam benih?. Yang kedua, membaling batu didalam sungai, sehingga kembali timbul dipermukaan air?. Ilmu ini seumpama mata mencari kening?. Sebagaimana pantung Tok Kenali;

Pucuk paku sayurpun paku,

Dimasak oleh ulamak seberang.

Tengoklah aku, tiliklah aku

Aku berada ditempat terang.

Bahasa-bahasa sebegini, jarang tedengar dan jarang  tergambar dalam fikiran. Namun sesungguhnya, inilah keunikkan, kehalusan dan ketinggian ilmu makrifat!, yang tidak ramai orang yang memahaminya. Bahasa makrifat itu, adalah bahasa seni lagi halus!. Bahasa-bahasa sebeginilah selalu dipandang serong oleh golonag feqah!. Dikeranakan tidak faham untuk menyelami, maka dituduhnya ilmu ini sesat atau salah!.

Mencari nama Allah yang tersembunyi itu, bukannya suruh kita meletak nama yang baru!. Nama Allah yang tersembunyi itu, tidak akan dapat dilihat melalui mata zahir mahupun mata batin. Tidak akan sama-sekali terpanggil melalui bibir mulut seorang pendusta besar (yang hanya tahu sebut)!.

Carilah nama yang tidak perlu dipanggil melalui mulut, tidak terlihat melalui mata, tidak terdengar melalui telinga dan tidak tersentuh melalui tangan!. Apakah itu?. Inilah bahasa-bahasa ayahanda saya dahulu, dalam mengajar ilmu makrifat kepada murid-muridnya!. Menebang pokok itu, biarlah didalam benih!.

Segala-galanya Telah Tersedia Ada!

Didalam sebiji benih, memang sudah tersedia akar, batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah!. Kenapa tuan-tuan tidak nampak?. Cuba tuan-tuan ambil biji benih dan tolong belahkan!. Sila belah biji benih dan lihat dan lihat dan lihatlah, apakah ada nama, apakah ada nama akar, apakah ada nama batang itu, apakah ada nama dahan dan apakah ada nama……………………………..

Disitulah tersembunyinya nama yang satu, disebalik 99 nama!. Untuk itu, kenalilah diri rata-rata, moga-moga mengenal Allah nama yang nyata!.

Untuk mengenal diri, mari kita pakai ilmu Tok Kenali. Ilmu Tok kenali dalam mengenal Allah itu, beliau megambil dalil, iktibar atau kiasan dari menebang dahan,  menebang batang dan mengenal buah yang didalam biji!. Setelah yang didalam biji roh dapat ditebang,  barulah mengenal ia akan Allah dengan terang lagi nyata!.

Mana yang dikatakan benih?. Yang dikatakan benih itu, adalah diri kita yang batin!. Mana yang dikatakan batu yang dilempar kedalam sungai,  kembali timbul dipermukaan air. Batu yang kembali timbul dipermukaan air  itu, adalah batu diri kita yang batin. Tengelamnya batu “diri zahir”, maka timbullah kembali batu diri yang sebenar-benar diri dipermukaan air!. Bukan batu itu, bermaksud kerikir atau batu bukit. Yang dimaksudkan batu yang timbul itu, adalah batu diri batin kita sendiri!. Itulah makanya belajar ilmu makrifat itu, jangan tebang batang yang diatas tanah, tetapi tebanglah “batang yang didalam benih!”.

Jangan cepat melatah menuduh sesat!

Itu makanya bila belajar ilmu makrifat itu, jangan cepat melatah, dengan tuduhan sesat dan tuduhan salah!. Yang sesat dan yang salah itu, adalah fikiran kita sendiri. Fikiran yang disogok dengan ilmu feqah yang menebal!. Belum habis belajar sudah pandai tuduh sesat dan sebagainya. Tuduh orang sesat itu, memang mudah, tetapi yang menuduh sesat itu, apakah boleh menceritakan ilmu yang tidak salah kepada kita?. Mereka hanya pandai tuduh sesat tetapi yang tidak sesat, mereka tidak pandai untuk menceritakannya!. Untuk itu, dihari-hari muka, saya minta  berhati-hatilah dengan lidah tuan-tuan kiranya belum cukup ilmu didada!.

Untuk menimbulkan batu, tengelamkan diri zahir mu.  Dari situ, akan timbullah batu yang batin.  Seteah timbulnya batu yang batin, maka terzahirlah roh. Setelah terzahir roh, maka timbullah nama yang tersembunyi.  Nama yang tersembunyi itu, akan dengan sendirinya ternyata dengan senyata-nyatanya, bilamana diri zahir telah dikuburkan!.

Cuba tuan-tuan bayangkan sekiranya diri kita tengelam didasar sungai atau didasar lautan!. Yang tengelam itu, adalah jasad, manakala roh atau diri batin kita, tetap berada diatas. Seumpama kita lemas dalam sungai, sungguhpun diri zahir lemas, namun diri batin kita, tetap naik dan tetap berada diatas tebing atau berada dipermukaan air meminta tolong!. Semasa diri tengelam atau diri berada didasar sungai, serasa ingin meraung atau memekik, supaya suara kita kedengaran orang!.

Sungguhpun diri zahir kita telah dikatakan tengelam, tetapi diri batin kita, tetap timbul. Seumpama kita merantau dinegeri orang. Biarpun diri zahir merantau jauh, namun diri batin tetap berada di kampong halaman. Tambahan pula  bilamana buah hatinya berada dikampung!.

Setelah segala-galanya kita matikan didalam wajah Allah, pada diri kita, apakah lagi yang tinggal?. Mulut sudah tengelam mata, telinga, hidung dan segalanya bilamana sudah tenggelam, bolehkah lagi kita bersuara?…………………………………………

Yang bersuara itu, bilamana ada diri dan bilamana adanya sifat mulut. Bilamana diri dan sifat mulut sudah karam didasar lautan wajah Allah, mana ada lagi diri dan mana lagi adanya mulut?. Bilamana tidak ada diri dan tidak ada mulut, mana lagi yang dikatakan berhuruf dan bersuara?. Tetaplah ia tidak bersuara dan tidak berhruf, bilamana sifat anggota jasat yang zahir berserta dengan anggota-anggota lain, akan dengan sendirinya turut lebur dalam wajah Allah!.

Segala nama 99 atau 100 atau 1,000, atau 3,000 atau sejuta itu, segalanya akan turut lebur dalam nama yang satu!.Yang satu itulah, yang dikatakan tidak berhuruf dan tidak bersuara!.

Jam sudah menunjukkan pukul 10.19 malam. Rasa megantuk perjalanan dari Sabah semalam masih terasa. Maklumlah dari bandar Tawau hendak kebandar Sandakan, memakan masa hampir 9 jam. Manakala dari bandar Sandakan hendak ke Kota Kinabalu, hampir 9 jam. Berpatah balik pula keesukkan harinya ke Sandakan memakan masa pula hampir 8 jam lebih. Cuba bayangkan, namun demi menegakkan ilmu yang kosong itu, kami tetap berbangga dengan keletihan itu. Sesampainya rumah, barulah ianya terasa penat!. Penat namun hati tetap senang. Senang dengan sambutan orang ramai yang menghadiri ceramah dari seorang nahkhoda yang mati bersama bahtera yang usang!. Terima kasih Tuhan……………………………………………….

Proses Untuk Sampai Kepada Tahap Mengenal Allah!

Untuk sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah terlebih dahulu melalui proses sebagaimana  proses yang dilalaui oleh ulamak-ulamak terdahulu!. Seumpamanya

Pertama; Bertaubat!

Apakah itu bertaubat?.

Bertaubat mengikut bahasa feqah, adalah memuhun ampun atas dosa-dosa silam!.

Mengikut kefahaman atau suluhan melalui kaca mata ilmu makrifat, bertaubat itu, “bukan sahaja” memohon ampun diatas dosa-dosa silam!.

Segala dosa atau segala pekerjaan keji, buruk dan pekerjaan jahat yang kita kerjakan itu, bukan dari kehendak, keinginan atau bukan dari ketetapan kita!. Sebelum kita perbuat sesuatu itu, sesungguhnya ketetapan buruk atau baik itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah!.

Jadi mengikut fahaman ilmu makrifat, bertaubat itu bukan sahaja memuhun ampun segala dosa-dosa. Adapun eartaubat mengikut suluhan ilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi “megembalikan hak kepada yang berhak!”. Membersihkan diri dengan menyerah semula segala pekerjaan, segala kelakuan dan segala baik buruk kepada tuan punya yang asal!.

Kita Bersifat Tidak Ada Daya Upaya!.

Kita bersifat “la khaulawala Kuuwataila Billah Hilali yilazim” (tiada daya upaya kita untuk mengerak atau menahan).  “La tataharoku Illa biiznillah” (tidak bergerak sebesar zarah, jika tidak izin Allah).  Segala buruk atau baik itu, sesungguhnya adalah kepunyaan Allah. Jadi bertaubat mengikut kefahaman ilmu makrifat itu, adalah megembalikan baik buruk dan megembalikan awal dan akhir kepada Allah Taala.

Bertaubat Orang Makrifat!

Bertaubat orang makrifat itu, adalah membawa maksud menerima baik buruk!. Setelah menerima baik buruk, megembalikannya semula kepada pencipta baik buruk!. Setelah megembalikan segalanya, maka terlihatlah Allah, dalam perkara baik dan terlihatlah Allah dalam perkara buruk.

Baik itu, adalah baik manakala buruk itu, sesungguhnya adalah juga baik sebenarnya. Segala kejadian Allah itu, apakah ada yang buruk?. Cuba jawab………………..

Perkara yang baik sahaja kita katakan daripada Allah, apakah perkara jahat, buruk atau keji itu, datangnya dari Allah lain?. Baik itu, ada Allah lain yang buat dan buruk itu, ada Allah lain yang buat?. Cuba jawab………………………………

Baik dari Allah dan perkara buruk juga adalah asal datangnya dari Allah yang sama. Tidak ada Allah lain buat jahat dan Allah lain yang buat baik!. Itulah makanya orang makrifat itu, hati mereka adalah hati yang hanya nampak Allah disebalik baik mahupun disebalik yang keji!. Jadi taubat bagi orang makrifat itu, adalah bertaubat untuk “megembalilakan segalanya kepada Allah!”.

Bagi orang yang berilmu makrifat itu, apa sahaja perbuatan yang telah, sedang dan yang akan kita kerjakan itu, tidak pernah tersasar atau lari dari ketetapan Allah. Samaada pekerjaan kita itu baik mahupun buruk, adalah dari ketetapan Allah.

Segalanya Datang Dari Ketatapan Luh hulmahfuz!

Apa sahaja kelakuan yang kita lakukan itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah melalui kitab Nya Luh Hul Mahfuz. Kita tidak berkuasa melakukan perbuatan amal baik atau amal jahat, kiranya itu tidak dari ketetapan Allah. Kita kena yakini rukun Iman tentang khadar dan khdho Allah (untung baik dan untung jahat). Gerak Iblis sekalipun bukan datangnya dari kehendak atau kemahuan Iblis sendiri, malahan gerak atau kelakuan Iblis itu sendiri, adalah juga datangnya dari ketentuan dan ketetapan Allah sedari azali. Iblis tidak boleh mengoda kita, jika tidak mendapat keizinan Allah. Jadi buat apa takutkan iblis. Marilah kita bersama-sama takut kepada Allah berbanding takut kepada Iblis.

Tidak Takut Kepada Iblis!

Bagi orang makrifat itu, tidak takut kepada iblis dan tidak ia takut kepada Allah!. Buat apa nak takut kepada Allah, sedangkan Allah itu baik. Allah itu, Maha pegampun dan Maha pengasih Penyayang!. Allah bukan jahat dan Allah bukan garang, kenapa perlu takut kepada Allah!. Orang makrifat itu, tidak takut kepada iblis, hantu syaitan dan tidak takut kepada Allah.

Takut Hanya Pada Allah Taala!

Yang paling ditakuti oleh orang makrifat itu, adalah apabila tidak berkesampaian untuk “berserah diri kepada Allah!”. Takut untuk mengaku diri dan takut untuk mengatakan diri!. Katakanlah segala-galanya Allah, itulah taubat orang makrifat!…………………………………

Jam sudah 6.59 pagi. Saya nak bersiap-siap keraub untuk menghadiri kenduri mak saudara!. Nanti kita sambung lagi cerita dari seorang yang bodoh dan jahil ilmu, melalui siaran “Frekuensi makrifat”. Nanti kita sambung lagi membicarakan bagaimana cara untuk sampai kepada tahap mengenal Allah, sesudah bertaubat! Amin drp hj shaari……………………………

Advertisements

3 comments on “Menebang Pokok Biarlah “Di Dalam” Biji ?.

  1. As’salam tuan guru…
    sy amat bersetuju dgn apa yg tuan guru tulis kat atas tu…mmg benar…tp kenapa setelah kita baca quran(alih bahasa melayu)kita rasa takut semula kpd Allah?byk sgt ugutan2 dn peringatan daripd Allah…mohon penjelasan dari tuan guru…terima kasih..w’salam..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s