Konsep Penyerahan Diri Melalui Najis

BAGAIMANA KONSEP PENYERAHAN DIRI MELALUI NAJIS ?

Masih ramai yang bertalipon dan sms bertanyakan cara-cara penyerahan diri!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Adapun penyerahan diri kepada Allah itu, telah berulang kali saya nyatakan didalam kitab dan didalam blog, tetapi masih lagi ada orang yang tidak faham. Sebagai seorang cikgu yang fakir jiwa dan lemah akal ini, tidak akan jemu-jemu menjawab.

Mari kita belajar penyerahan diri melalui kaedah lain dari yang terdahulu. Kiranya kaedah dahulu tidak boleh mendatangkan faham, mari saya ajar pula kaedah baru . Mana tahu dengan izin Allah, kaedah atau pendekatan baru ini, boleh memberi menafaat!

Adapun kaedah yang baru ini, saya ambil cara mudah untuk difahami. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Adapun cara menyerah diri kepada Allah itu, hendaklah difahami konsepnya sebagaimana konsep “membuang air besar!”.

Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian, apakah najis yang tuan-tuan lepaskan itu, perlu difikirkan lagi sesudahnya?. Apakah najis yang tuan-tuan lepaskan itu bertujuan untuk diambil semula?. Apakah yang kita buang itu, kita fikir untuk diambil balik sebahagiannya atau diambil balik kesemuanya?.  Apakah kita fikir najis itu akan pergi kemana dan apakah kita masih terfikir akan jadi apa najis itu sesudahnya?.

Tentu tidak bukan?. Kiranya tuan-tuan tidak lagi memikirkan apa yang akan berlaku setelah najis dilepaskan keluar, begitu juga dengan diri kita!. Selepas kita serahkan diri kita kepada Allah, kita tidak lagi perlu memikirkannya lagi. Begitu juga dengan konsep penyerahan diri kepada Allah!. Setelah kita serahkan diri kepada Allah, serahlah sepenuhnya!. Serahkan segala-galanya, sehingga sampai kepada tahap tidak ada apa-apa lagi yang hendak diambil kira atau tidak ada apa-apa lagi yang perlu diambil kembali!. Lepaskan segala diri kepada Allah, sebagaimana lepas keluarnya segala najis dari tubuh!.

Biarlah kita serah segalanya kepada yang Maha Berkuasa untuk mengaturkannya!. Tidak perlu lagi kita fikir-fikirkan apa-apa.  Setelah keluarnya najis dari perut kita, kita tidak lagi perlu untuk memikirkannya apa-apa!. Serah seserah-serahnya kepada Allah!. Biar Allahlah mengaturkannya. Allah jadikan kita, biarlah Allah juga yang mengaturkannya kelakuan gerak kerja dan tidur bangun kita!. Tidak mungkin Allah yang menjadikan kita dari bersifat tidak ada kepada bersifat ada, selepas diadakan dan selepas jadikan Allah, masakan mungkin Allah tidak pandai untuk mengaturkannya?.

Wallah hu kholakokum wama takmalun” (Allah jadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat). Dari Firman ini, tidakkah kita yakin yang bahawasanya, segala-gala yang terjadi dan yang berlakuk keatas kita, segalanya adalah datangnya dari ciptaan Allah, samaada ciptaan Allah itu berkonsepkan konsep baik atau konsep buruk . “Kul kullun Min indillah” (segala buruk baik itu, datangnya dari Allah). Dari angapan atau dari pandangan kita, kita katakan yang sesuatu itu buruk, sedangkan dari pandangan serta anggapan Allah, perkara itu adalah baik!. Sesungguhnya buruk atau baik itu, bukan dari pandangan kita, biar kita serahkan perkara buruk baik itu, kepada pandangan atau kepada anggapan tuan yang mencipta!.

Begitulah penyerahan diri kepada Allah Taala. Jawapan saya ini, jika sekali pandang, nampaknya keji atau jijik, tetapi demi untuk mencari kaedah mudah untuk difahami dan bertujuan untuk memberi faham dengan cara senang dimengerti, saya terpaksa juga gunakan kaedah ini, biarpun kelihatannya agak jijik!. . Kaedah lain sudah saya sampaikan berulang kali, ternyata masih ramai lagi yang tidak faham!. Mudah-mudahan dengan kaedah keji ini,  boleh mendatangkan faham!.

YANG BANYAK MENJADI SATU!

Penyerahan diri kepada Allah itu, hendaklah bulat dan padu!. Bulat atau padunya penyerahan diri kepada Allah itu, hendaklah kamil sebagaimana kamilnya najis!. Asalnya najis dari berbagai-bagai campuran. Kita makan nasi, makan ikan, makan sayur, dicampur pula dengan buah-buahan, bubur kacang, air cendul dan berbagai-bagai jenama telah masuk kedalam perut!. Setelah keluar dari perut, apakah dapat kita beza-bezakan?.

Segala-galanya telah menjadi satu. Begitulah juga konsep penyerahan diri kepada Allah!. Kita jangan serah sebahagian dan sebahagian lain kita pakai!. Seumpama kita serah segalanya anggota tubuh kepada Allah dan serahkan anggota tubuh bagi mengabdikan diri dibawah penjagaan dan pengawasan Allah.  Manakala dari segi penyerahan anggota akal fikiran, kita masih beranggapan bahawasany akal fikiran, ikhtiar dan usaha itu, milik kita !. Itu bererti penyerahan yang tidak sempurna, tidak suci dan tidak habis!.

Kita mendakwa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama dalam hal yang bersangkutan dengan  harta pencarian, kita masih beranggapan yang harta kekayaan itu, adalah hasil dari pencarian kita!. Kita mendakwa berserah diri kepada Allah, tetapi dalam masa yang sama, kita masih lagi berfikir yang anak isteri itu dibawah penjagaan kita!.  Ini semua memberi gambaran kepada kita yang bahawasanya, penyerahan kita itu, belum sempurna lengkap!. Masih ada lagi sebahagian berserah kepada Allah dan ada sebahagaiannya lagi masih bergantung harap kepada usaha dan ikhtiar kita!.

Penyerahan seumpama itu, bukan secara sepenuh penyerahan!. Tidak sebagaimana penyerahan semasa membuag najis (membuang buang air besar!). Bilamana kita berserah diri kepada Allah, hendaklah berserah segala-galanya. Termasuk harta, anak isteri dan termasuk usaha dan ikhtiar akal!.

DIRI KITA ITU, SEBENARNYA DALAM BERKEADAAN KOTOR?.

Diri kita itu kotor, sebagaimana kotornya najis!. Diri yang menyerah diri kepada Allah, barulah dikatakan diri yang bersih!. Barang siapa yang tidak berserah diri kepada Allah secara total (secara mutlak), diri kita itu, adalah kotor sumpama najis!. Sekotor-kotornya najis tahi itu, sesungguhnya terlebih kotor diri berbanding najis tahi, bagi sesiapa yang tidak berserah diri kepada Allah!.

Itulah makanya Islam itu, memperkenalkan konsep berwudhu atau mandi hadas (junub). Adalah kerana bagi mengambarkan bersuci. Bersuci itu bukan sahaja pada anggota tubuh badan, bersuci sebenar itu, adalah bersuci dari segi berserah diri kepada Allah Taala!. Itulah sebenar maksud bersuci dan mandi wajib!. Dan itulah juga konsep berserah diri kepada Allah!.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s