Inilah Jawapan Satu Nama Allah Yang Tersembunyi 6 dec 6.56 pg

Tanggal 3hb Dec. bersamaan hari isnin, pukul 1.15 tengah hari. Bilamana satu hari suntuk yang bermula dari semalam, saya mengambil peluang untuk membaca  reply/feedback yang tuan-tuan kirim, yang selama ini belum kesempatan untuk saya membacanya. Terpanggil untuk menjawab persoalan manakah yang dikatakan satu nama Allah yang tersembunyi!.

Setelah saya buka dan baca feedback yang dikirim oleh para peminat ilmu kosong saya, sesungguhnya saya sendiri terperanjat dan terkejut, bilamana mendapat tahu yang bahawasanya ramai sahabat-sahabat diluar sana begitu menanti-nanti jawapan ini dan ada yang mengharap dan mendoakan supaya saya jangan berhenti dari terus berkarya!. Syukur kepada Allah swt, rupa-rupanya setelah saya melihat carta pembaca, mereka-mereka yang membuka laman web saya ini, pada tanggal 3hb Dec  jam 1.29 tengah hari, ianya sudah mencecah kepada angka 40,561 orang pembaca.

Betapa ramainya orang diluar sana yang mengkagumi dan menilai secara diam ilmu makrifat Tok Kenali!. Tok Kenali adalah dikenali melalui ilmu makrifatnya bukan dari ilmu kekuatan berjalan atas air, tembak tak meletup atau keretapi tak boleh berjalan selagi beliau tidak naik atau kekuatan memasukkan kembali ulat yang jatuh dari daging kakinya!. Kekuatan atau kehebatan Tok kenali itu, adalah ada pada ilmu makrifatnya!.

Ilmu makrifat itu, bukannya harta pusaka, yang boleh diturunkan kepada anak cucu!. Ilmu makrifat itu, adalah milik Allah, yang diturunkan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya!. Biarpun muridnya ramai,anak atau  cucu serta keturunannya  ramai, namun belum tentu mendapat bahagian dalam ilmu ini!.

Alhamdullilah, seorang putera yang bernama Hj. Mohd Yusof Cik Wook, peranakan Banggol Cica Pasir Mas Kelantan, yang membesar dan menetap di Tumpat Kelantan, berkesempatan menuntut ilmu dengan beliau (Awang Mohd Yusuf Kenali) sesudah sedari kecil menuntut ilmu dengan Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman nama asalnya).

Saya Hj, Shaari yang sedang berada dihadapan hati tuan-tuan sekarang, adalah anak kepada Hj. Mohd Yusof Cik Wook, generasi ketiga ilmu makrifat Tok Kenali kelantan. Namun ilmu saya, tidak hebat sebagaimana ilmu tuan-tuan, melainkan ilmu saya itu, hanya sekadar ilmu perumpamaan tin yang kosong!.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum menjawab satu nama Allah yang tersembunyi itu, izinkan saya untuk bertanya beberapa soalan?.

1) Soalan pertama: Manakah lebih besar dan manakah yang lebih afdal, antara nama Allah yang teresmbunyi berbanding dengan Allah itu sendiri?.

Saya mohon dan minta sangat-sangat kepada  tuan-tuan dan puan-puan sekalian menjawab soalan saya. Sesiapa yang sedang membaca blog ini, supaya jawab terlebih dahulu soalan yang saya kemukan, sebelum meneruskan bacaan karangan ini!. Jika tuan-tuan inginkan keberkatan ilmu dan barokah guru-guru terdahulu, sila patuh dan ikut apa yang saya sarankan ini!. Barulah mendapat barokah dan barulah beroleh kefahaman ilmu makrifat dengan izin Allah!.

Selalu kita dengar orang mengadu, bahawa mereka tidak faham bilamana mempelajari ilmu makrifat. Sebab apa setengah dari setengahnya mengadu tidak faham, sedangkan orang lain boleh faham?. Sebab mereka tidak faham adalah kerana mereka tidak patuh kepada saranan guru!. Untuk itu, bagi mendapat barokah faham, ikut dan patuhlah setiap apa yang saya sarankan. Itulah cara guru-guru terdahulu mengajar anak muridnya. Inilah cara, kaedah atau berfatonahnya guru-guru terdahulu dalam mendidik anak muridnya. Sedari kecil saya mengikuti syarahan atau ceraman ayahnda saya, beliau juga sebelum berceramah bab ini, beliau bertanyakan soalan yang sama sebagaimana saya tanya kepada tuan-tuan sidang pembaca yang budian sekalian!. Oleh itu, sila jawab setiap pertanyaan saya. Sekarang saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian,  mana lebih besar antara nama Allah yang tersembunyi dengan Allah itu sendiri?. Jawab……………………………………………

Seandainya jawapan tuan-tuan itu, memihak kepada Allah itu sendiri lebih besar berbanding nama yang tersembunyi, kenapa dahulukan nama berbanding tuan yang empunya nama?. Untuk itu, sepatutnya kita pelajari dulu tuan yang empunya nama. Dengan mempelajari dan mengenali tuan yang empunya nama, dengan sendirinya nama yang tersembunyi itu, tidak lagi bersembunyi!. Seandainya kita kenal kepada tuan yang empunya badan, dengnan sendirinya samaada nama yang tersembunyi, mahupun nama yang nyata, pasti akan datang sendiri!…………….

SEUMPAMA PERUMPAMAAN API!

2) Persoalan kedua: Sekarang saya mahu tuan-tuan sebut perkataan api!. Dengan menyebut nama api, apakah ianya boleh mendatangkan panas?. Cuba jawab pertanyaan saya?………………………. Sebut perkataan tajam, apakah dengan sebutan nama tajam itu, ianya boleh mendatangkan luka?, Cuba jawab pertanyaan saya?…………………………..

Apakah yang  besar, apakah yang lebih dan apakah yang ada pada nama?. Nama tidak boleh mendatangkan bekas?. Begitu juga dengan nama Allah, baik nama nyata, apa lagi nama Allah yang tersembunyi!. Apa ada pada nama, nama bagi Allah itu, tidak boleh mendatangkan apa-apa bekas dan tidak boleh mendatangkan apa-apa kesan!, melainkan Allah itu sendiri!. Saya bertanya lagi, apakah tuan-tuan ingin mengejar nama atau tuan-tuan ingin mengejar tuan yang empunya nama?. Sila jawab?………………………

Baiklah, sekarang bagi sesiapa yang ada mancis api, saya minta tuan-tuan nyalakan dan  cuba tuan-tuan sentuh, apakah tuan-tuan merasa panasnya api?.  Semasa tuan-tuan sebut nama api, apakah ianya boleh mendatangkan panas?. Ini bagi menunjuk dan membuktikan kepada kita bahawa, apa yang ada pada nama. Cuba jawab, apa ada pada nama?. ………………Itulah makanya, saya sarankan supaya tuan-tuan mengenal panasnya terlebih dahulu, baru nama api itu menyusul sendiri.

Bukan panas yang tersembunyi disebalik  nama api, sesungguhnya nama apilah yang tersembunyi disebalik panas!.  Kita nak kenal api, mari kita kenal panasnya dulu. Sebelum mengenal nama, mari kita kenal orangnya terlebih dahulu!.  Sesudah mengenal sifat panas, nama api itu, akan menyusul dengan sendiri. Mari kita kenal Allah terlebih dahulu, baru satu nama Allah yang tersembunyi akan menyusul dengan sendiri!.

3)Pertanyaan ketiga: Cuba sebut perkataan kaya, apakah dengan menyebut perkataan kaya, bermakna duit sudah bertaburan dihadapan mata kita?.

Cuba sebut nama harimau, apakah dengan menyebut nama harimau itu, mendatangkan hati tuan-tuan merasa takut?. Cuba sekiranya tuan-tuan berdiri dihadapan harimau, biarpun tuan-tuan tidak menyebut nama harimau, beranikah tuan-tuan berdiri dihadapan harimau dan berdiri dihadapan tuan yang empunya nama (iaitu berdiri dihadapan harimau itu sendiri)?. Mana lebih besar, mana lebih afdal dan mana lebih berfungsi diantara nama dengan tuan yang empunya nama!. cuba jawab…………………………………….

Makanya, apalah yang ada pada nama!………………………………………..Semua orang berkejar-kejar mencari nama yang tersembunyi!. Sedangkan tidak ramai yang menilik bahawa terlindungnya nama yang tersembunyi itu, hanya desebalik tubuh  tuan-tuan sendiri. Sayangnya tidak ada orang yang mahu melihatnya!.

Seumpama saya yang bernama Hj. Shaari, kebanyakkannya orang-orang diluar sana hanya mengenal saya melalui nama. Sekiranya saya berdiri dihadapan tuan-tuan sekalipun, tuan-tuan tidak dapat menyedari kehadiran saya. Sekiranya tuan-tuan kenal tuan yang empunya nama, sesungguhnya tuan-tuan tidak lagi perlu  kepada menyebut nama. Tak tahu nama saya sekalipun, tuan-tuan boleh tahu yang saya itu hj. Shaari. Begitu juga diri Allah berbanding nama Nya, Betul tak?, sila jawab………………………

Untuk megetahui satu nama Allah yang tersembunyi, mari kita belajar terlebih dahulu mengenal tuan yang empunya nama, barulah satu nama Allah yang tersembunyi itu, tidak lagi akan teresmbunyi, malahan ianya akan menyusul sendiri dengan nyata. Betul tak?……………………………

Sebelum mengenal satu nama Allah yang tersembunyi, apa kata kita timbulkan kembali terlebih dahulu batu yang tengelam!.  Kita belajar terlebih dahulu cara-cara  memotong batang pokok didalam benih!. Mahu tak!.sila jawab?…………………………..saya tidak lagi mahu berahsia dengan tuan-tuan, kali ini saya akan jawab, manakah yang dikatakan satu nama Allah yang tersembunyi!. Tetapi dengan syarat. Syaratnya, tuan-tuan hendaklah terlebih dahulu mempelajari ilmu menimbulkan kembali batu yang dicampak kedalam air, supaya ianya dapat kembali timbul dipermukaan air dan mempelajari ilmu menebang batang pokok didalam benih?………………………

Apakah tuan-tuan nak tahu, bagaimanakah caranya untuk menimbulkan batu yang tegelam?. Apakah tuan-tuan mahu tahu cara-cara menebang batang pokok didalam benih?……………Ayoh mari kita sama-sama ikuti cerita seterusnya.

Bukan mudah nak saya lepaskan satu nama Allah yang tersembunyi, melainkan tuan-tuan terlebih dahulu melalui proses-proses berikut;

BAGAIMANA CARA UNTUK MENIMBULKAN BATU YANG SUDAH TENGELAM

Bagaimanakah caranya untuk menimbulkan batu yang telah dicampakkan kedalam sungai?.  Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum menjawab soalan ini,  terlebih dahulu ingin saya ajar tuan-tuan cara-cara, kaedah atau langkah pertama untuk menimbulkan batu!. Cara atau kaedah pertama untuk menimbulkan batu, tuan-tuan kena jawab terlebih dahulu persoalan berikut!.

“Diantara penadol dan Allah, siapakah yang meyembuhkan penyakit dan siapakah yang melegakan penyakit sakit kepala?. Cuba jawab…………………

Sudah tentu sebagai umat Islam, jawaban kita itu memihak kepada Allah!. Sebagai umat Islam, sudah barang tentu, kita akan menjawab yang bahawasanya Allahlah yang meyembuh dan menghilangkan rasa sakit kepala. Jika itulah jawapan serta keputusan tuan-tuan, saya ingin ajukan satu lagi persoalan,

Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan yang budiman serta yang bijak pandai sekalian. Seandainya tuan-tuan tidak menelah penadol, apakah sakit kepada kita itu, boleh hilang?. Cuba jawab………………………………

Setelah kita menelan ubat penadol, barulah sakit kepada kita itu, akan mula beransur  pulih. Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, apakah sakit kepala kita itu, boleh hilang sekiranya kita tidak menelan penadol?. Hilangnya sakit kepala kita itu, disebabkan kerana Allah atau kerana penadol?. Cuba jawab secara jujur dan secara rasional?. Jika kita tidak menelan penadol, apakah sakit kepala kita itu boleh hilang?. Kenapa setelah kita menelan penadol atau ubat pain keller, penyakit atau kesakitan kita itu boleh beransur pulih?. Cuba jawab?……………

Setelah menelan penadol, sakit kepala kita boleh hilang,  apakah hilangnnya sakit kepala kita itu, kerana ubat penadol atau kerana Allah?. Hukum akal yang waras, semua orang akan mengatakan yang menghilankan sakit kepala kita itu, adalah penadol!. Bilamana kita mengatakan penadol yang boleh menyembohkan sakit kepala, bererti kita sebagai umat Islam, telah membelakangi Allah dan telah mensyirikan Allah!.

Sekarang kita sedang berada di dua persimpangan!. Nak kata Allah yang meyembuhkan, ternyata yang meyemboh dan yang menghilangkan penyakit pening kepala kita itu, adalah penadol. Nak kata penadol salah dan tak kata penadol pun salah!. Kita sekarang dalam keadaan serba salah!.  Mempercayai penadol mengatasi kuasa Allah, sebagai umat Islam ianya salah dari segi hukum!. Jika nak kata Allah yang menyembohkan, jika tidak menelan penadol, sakit kepala tidak boleh hilang!. Sudahnya kemanakah pegangan serta iktikad kita?. Cuba jawab?……………………………

Sebab apa penadol boleh meyembohkan sakit kepala?. Sedangkan penadol itu, bukan Tuhan dan penadol itu, bukan Allah. Sungguhpun penadol itu bukan Tuhan dan bukan Allah,  tetapi kuasa yang ada pada penadol itu, sesungguhnya sekarang ini, boleh mengatasi kuasa Allah!.  Mana satu keyakinan yang hendak kita tunjangi?, sila jawab?………………………………..

Sebagai orang Islam, kita mengaku yang menghilangkan sakit itu, adalah Allah,  biarpun pengakuan kita itu, adalah pengakuan yang tidak kukuh. Namun sebagai umat Islam, kita harus mengakui kuasa Allah, biarpun keyakinan kita itu berada pada taraf yang tidak berapa yakin atau keyakinan yang samar-samar (separuh yakin).  Cuba tuan-tuan lihat orang yang menjalani pembedahan, sekiranya tidak ada ubat bius, apakah sakit itu boleh hilang?. Hilangnya rasa sakit diketika pembedahan itu, dikeranakan ubat bius atau dikerakan Allah?. sila jawab……………………  Hilangnya sakit itu, kerana Allah atau kerana ubat bius?. Cuba jawab?……………………………..jawab, jawab dan jawab secara jujur!. Inilah kaedah untuk kita mengetahui satu nama Allah yang tersembunyi!. Tanpa persoalan sebegini, kita tidak dapat lalui jalan makrifat dengan mudah!.

Jalan makrifat atau jalan ilmu tasauf itu, bukan mudah untuk difahami. Sungguhpun ianya bukan mudah atau bukan senang. Sebagai seorang cikgu (bukan guru),  saya akan cari jalan penyelesaian dengan kaedah yang mudah difahami. Cara untuk memahaminya ilmu ini, adalah melalui kaedah yang saya paparkan sekaranng ini. Sebelum kita sampai kepada satu nama Allah yang teresmbunyi, kita harus atau wajib terlebih dahulu menyelusuri terlebih dahulu kaedah ini.

Sebab apa ubat bius itu, boleh menyamai atau boleh mengatasi kuasa Allah?. Sebelum saya jawab soalan untuk menimbulkan batu yang tengelam didasar lautan dan sebelum menjawab satu nama Allah yang tersembunyi, terlebih dahulu saya ingin mendapat pandangan serta komen dari tuan-tuan!.

Setelah saya ukur kefahaman dari kalangan tuan-tuan barulah nama Allah yang tersembunyi itu boleh diberi. Saya bukan tidak boleh untuk menceritakannya ilmu ini secara terus terang. Kebimbangan takut-takut nanti terkeliru, tidak pasal-pasal ada pula yang menuduh saya sesat?.

Orang yang tidak faham, nanti mereka akan menuduh sesat, itu makanya membuat saya berhati-hati dalam menjawab persoalan makrifat!. Jika saya mendapat respont kefahaman yang baik dan maklum balas kefahaman yang boleh diterima, akan saya buka ilmu ini. Ilmu ini bukannya susah atau payah sangat!. Ilmu ini bukan ilmu rahsia, malahan dikehendaki semua orang tahu!.Itu adalah tujuan utama saya mengarang tajuk ini.

Faham baik-baik, siapakah yang meyembuhkan pening kepala sekiranya kita tidak menelan penadol dan siapakah yang boleh menahan daripada kesakitan bila mana kita tidak dibius semasa pembedahan?. Kita kata semuanya Allah. Jawapan tuan-tuan itu benar, tidak lain dari benar belaka adanya!. Tetapi persoalannya disini, apakah sembuh kiranya tidak telan penadol dan apakah tidak sakit kiranya tidak dibius?. Cuba jawab, saya nak ukur kefahaman tuan-tuan!. Kiranya sudah jelas dan sudah dapat menerima hakikat penadol dan hakikat ubat bius. Barulah hakikat satu nama Allah yang tersembuyi itu, dapat saya ceritadan saya jelaskan dengan mudah. Kiranya hakikat penadol dan hakikat ubat bius dan hakikat batu tengelam, tidak dapat tuan-tuan memahaminya. Apal lagi berkenaan hakikat satu nama Allah yang tersembunyi, akan betambah-tambah lah tidak fahamnya!…………………. Cuba masing-masing jawab………..

Jam 7.28 tarikh 5Nov

Terima kasih kepada para pembaca blog. Sudah banyak kaedah dan banyak cara yang telah saya terima dari peminat.

Sebelum jawab bab penadol, saya jawab dulu berkenaan timbulkan batu yang tenggelam dari dalam sungai. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati  Allah sekalian. Dalam banyak-banyak pembaca blog, ada dua pembaca yang telah memberi jawapan yang baik, ini saya coppykan untuk para pembaca. Dengan membaca jawapan dari sahabat-sahabat diluar sana, bermakna saya tidak bersendiri dalam memberi jawapan!. Salah satunya dari blog;

sedutan dari blog mdsidek bertarikh 5hb Nov

(Huraian saya bagi tajuk diatas adalah begini…….Nama Allah tidak hanya 99 tetapi tdk terbilang dan tdk tersebut oleh lidah.Yg tinggal dan belum disebut itu ( katanya ke100) itu adalah sebenarnya Ilmu semata2 berpaksikan nombor.Tidak ada lagi satu sebenarnya..krn Ianya meliputi segala nama dlm AsmauLLahul Husna. Maka jgnlah dibilang2 nama Tuhan dgn nombor krn keujudanNya tdk bersempadan…tiada awal dan tiada akhir).

Tetapi jika tuan-tuan nak lagi jelas dan lagi mentap, mari kita ikuti kupasan dari seorang perempuan dari blog yang bernama QASEH. Seorang suri  dari bumi di Bawah Bayu, Sabah!,

Sedutan dari blog Qaseh bertarikh 5 hb Nov

Salam kemulian kepada tuan Hj. Shaari dan teman2 yg melayari blog Makrifat Tok Kenali. Terlebihi dahulu sy dan keluarga mengucapkan kepada Tn. Hj. Kerana kedatangannya ke negeri bayu telah membuka byk pertanyaan2 dan telah terjawab, terutamanya Nama Allah Satu dan tersembunyi. Pada malam kuliah Tn. Hj. Shaari telah menjawab dgn panjang lebar bagaimana untuk mengetahui nama Allah SWT yg tersembunyi itu, dan kami tidak sabar2 adakah penjelasaan nama yg satu itu sama seperti yg kami ketahui…..ya memang itulah namanya…… namun sebelum saya menulis bagaimana untuk mengetahui nama Allah SWT yg satu itu, sy harap Tn. Hj. Shaari dapat memperbetulkan jika ada kesilapan dalam tulisan sy ini….sy akan menulis sebagaimana dalam rakaman suara Tn. Hj. Shaari …..

Kata Tn. Hj. Shaari “ Barang siapa mengenal nama Allah yang satu maka mengenallah ia akan Allah SWT”…. Untuk mengenal nama yg satu Allah SWT..Tn. Hj. Telah memberikan satu kiasan iaitu ….barang siapa yg dapat menimbulkan semula batu yang dicampakkan ke dalam air, maka mengenallah ia akan nama Allah yang satu… (sebelum itu pd pendpt sy untuk menimbulkan batu yg dicampakkan kedlm air, sy perumpamakan batu sbg jasad/mahluk lalu jalanilah proses ‘Fana” iaitu matikan diri kamu sebelum mati …dan..biarlah anda ikuti tulisan ini selanjutnya….). Untuk lebih memahami lagi Tn. Hj. Shaari membawa kami mendalami kisah Nabi Musa AS, dimana pada suatu hari Nabi Musa bermunajat kepada Allah SWT, “Ya Allah, ya tuhanku perzahirkanlah rupa paras mu, ya Allah aku nak tengok, aku nak lihat dan aku nak tilik wajah mu ya Allah. Kata Allah SWT,”Tidak boleh ya Musa, kamu tidak mampu untuk melihat aku.” Namun Nabi Musa tidak berhenti bermunajat sampai tiga kali kepada Allah SWT.

Kata Allah, Ya Musa aku bukan mahluk, aku bukan ain, aku bukan sesuatu, aku bukan benda macam mana aku nak tunjukkan wajahku kepada mu, macam mana aku nak tunjuk wajahku kepada engkau ya Musa. aku ini tidak bersifat dan tidak berain…. Laisa kamislihi syaiun ……, apa yg kamu ingat itu, bukan aku, apa yang kau gambar-gambarkan itu, bukan aku, apa yang kamu pandang itu, bukan aku, bukan aku, bukan aku, macam mana aku nak perzahirkan wajah aku kepada mu ya Musa. Nabi Musa berkata lagi, Ya Allah ya tuhan ku aku ini seorang nabi, sedangkan orang bukan nabi boleh tunjuk-tunjuk tuhan dia, mereka boleh pegang tuhan mereka, boleh dimandikan, boleh di raba, boleh dibawa kesana kemari, sedangkan mereka itu bukan nabi, boleh tunjuk tuhan mereka, tapi aku sebagai seorang nabi, usahkan kata nak tunjuk, nak ceritapun aku tak boleh, tak reti, oleh itu bagaimanakah org nak percaya kepada aku, ya Allah , kata Nabi Musa.

Jadi ya Allah perzahirkanlah wajah mu, aku nak tengok, aku nak lihat, aku nak tilik, semoga boleh lah aku menceritakannya semula kepada kaum aku.” Lalu dgn kasih sayang Allah SWT berkatalah Allah kepada Musa, Ya Musa, sekiranya benar engkau nak melihat wajah ku, Aku bagi kau mengenal aku, hanya melalui satu kiasan sahaja (yakni satu perumpamaan). Jika kau tahu akan kiasan atau perumpamaan ku ini, maka engkau akan dapat mengenal aku dan akan dapat melihat aku pada jam ini, pada hari ini dan pada saat ini ya Musa.

Ya Musa, Aku tidak perlu tunjukkan wajah aku yang asli kepadamu, cukup dengan hanya melalui kiasan sahaja kamu akan dapat mengenal dan melihat Aku Allah swt. Lalu Allah berkata, ya Musa kau tengok bukit Tursina itu, jika engkau masih lagi melihat sifat bukit Tursina itu berdiri di tapaknya, kau tidak akan dapat melihat aku, tetapi jika sekiranya engkau tidak melihat lagi sifat bukit Tursina itu, maka disitulah engkau akan dapat melihat aku.

Bahasa mudahnya (kata tn. Haji Shaari). Allah berkata, jika engkau nampak bukit, engkau tidak akan nampak aku, jika engkau tidak melihat lagi sifat bukit, maka disitulah engkau akan dapat melihat aku.
Lalu Nabi Musa pun pandang bukit, setelah dipandangh, ditilik dan dilihat akan bukit Thursina itu, maka karamlah bukit dalam pandangannya.

Untuk mempermudahkan faham, Tn, Hj,Shaari mengumpamakan “menimbulkan semula batu yang ditenggelamkan”, Sekali fikir dengan akal yang lemah ini, mana mungkin batu yg dicampakkan ke dlm sungai boleh timbul balik. Begitu juga dgn bukit Tursina macamana untuk tidak ternampak bukit, sedangkan bukit tersergam ditapaknya. Nabi Musa pun pandang bukit Tursina..dan berfikir “Jika ada bukit aku tidak nampak Allah, setelah tidak terlihat bukit, barulah aku akan dapat melihat Allah.

Lalu Allah pun bertajalilah Nur Nya keatas bukit. Bertajali disini, bermaksud atau bermakna “menyatakan”, manakala makna atau maksud perkataan Nur itu pula, bukan bermaksud terang atau gelap (kata Tn. Hj. Shaari). Nur atau cahaya itu, bermakna atau bermaksud terang cahaya wajah Allah. Bilamana Allah menyatakan diri Nya atau mempernampakkan kenyataan diri Nya keatas Bukit Thursina, Pada saat itu, leburlah segala sifat, afaal, asma dan zat bukit!. Nabi Allah Musa diketika itu, bukan lagi terlihat atau terpandang bukit, malahan setelah lebur, hancur atau karam sifat, afaal, asma dan zat Bukit Thursina, maka disitulah wajah Allahlah yang terlihat dan terpandangn oleh Nabi Allah Musa!.

Nabi Musa bukan melihat Allah dalam bentuk sifat, malahan Nabi Musa melihat Allah dalam bentuk kiasan sahaja!. Hanya dgn melalui satu kiasan bukit sahaja, Nabi Musa sudah dapat memandang dan melilhat Allah!.

Setelah Allah mentajalikan (menyatakan) diri Nya keatas bukit itu, maka bukit itu pun meletup. Erti, makna atau maksud meletup itu pula, bukan membawa hancur atau pecah menjadi debu spt dinyatakan dlm Al-Quran. Meletup disini, adalah membawa maksud lebur dalam pandangan Nabi Musa!. Jadi Nabi Musa pun faham akan kiasan Allah itu.

Setelah Allah mentajalikan (menyatakan) pula Nur nya keatas Musa, lalu Musa pun pengsan, betulkah nabi Musa pengsan dan apakah betulkah Bukit Thursina meletup?. Maksud Nabi Musa pengsan dan maksud meletupnya Bukit Thursina itu, adalah bagi mengambarkan karam, lebur, binasa dan terkuburnya Nabu Musa dan Bukit Thursina dalam wajah Allah. Maka sedar, faham, maklum dan mengertilah Nabi Musa akan kiasa Allah SWT, melalui kisah Bukit Thursina itu!..

Jadi kata Hj. Shaari dgn menghayati kisah ini maka kenallah kita akan satu nama Allah SWT yang tersembunyi!. Jadi kisah ini amat dalam maksudnya…kata Hj. Shaari ..(jangan pandang pada huruf, tetapi pandanglah disebalik huruf)… Tn. Hj. Shaari menjelaskan bagaimana nak pandang di sebalik huruf pada kisah Nabi Musa tadi?.

Begini maksudnya kata hj Shaari, Kiasan kepada perkataan bukit meletup itu, bukannya bererti bukit itu, meletup hancur sampai menjadi debu (seumpama kena bom). Maksudnya disebalik Bukit Thursina itu, kata hj shaari. Bukit Tursina itu, adalah hanya nama, jadi hendaklah kita kembalilakan nama Tursina itu kepada Allah, setelah nama dikembalikan kepada Allah, bukit itu sudah tidak lagi bernama dan tidak lagi boleh terpanggil “Thur Sina!”, Sesudah dikembalilkan nama kepada Allah!, apa lagi yang hendak dipanggil?.

Setelah faham kiasan Allah pada bukit thursina, lalu nabi Musa megalihkan perhatiannya kepada dirinya. Dengan megambil iktibar, megambil faham dan megambil kiasan dari kisah bukit thursina, nabi Musa kiaskan cerita bukit thursina kepada dirinya sendiri!. Berkata Nabi Musa, sebagaimana aku kembalikan sifat, affal, asma dan zat bukit thursina kepada Allah, sebegitulah akan kukembalikan sifat diri aku kepada Allah……………..

Dari cerita kiasan bukit thursina, Nabi Musa kembalikan sekalian sifat bukit, sifat lonjong, sifat batu, sifat pasir, sifat pokok dan semua sifat yang ada pada bukit itu, kepada Allah, maka kembalilah bukit itu kepada wajah Allah dan tidaklah lagi terpandangn bukut!.

Sebagimana kiasan bukit, sebegitulah nak ku kembalilkan sifat diri aku kepada Allah. Sebagaimana kembalinya sifat bukit thursina kepadawajah Allah!. Sebegitujuga akan aku kembalikan sifat, asma’, afaal dan zat aku kepada Allah SWT (kata Nabi Musa). Jadi apabila semuanya telah dikembalikan segala segala nama, sifat, afaal dan zat kepada Allah, apa lagi yg tinggal, tersisa dan apa lagi yang terbaki?.

Setelah segalanya sudah lebur dan sudah kemballi kepada wajah Allah, maka apa yg dilihat, itulah Allah?. Apa yang dipandang, itulah Allah dan apa yang ditilik, itulah Allah!. Itulah cara Allah mengajar Nabi musa melalui kiasan bukit thursina. Yang mana dengan cerita kiasan Allah itu, Nabi Musa bawa kepada dirinya!. Sehingga Nabi musa juga karam, lebur dan binasa sebagaimana karam, lebur dan binasanya bukit thursina!.

Maka dari kiasan itu, dapatlah Nabi musa melihat Allah. Iaitu dengan cara mengembalikan segala nama kepada pemiliknya “Allah”. Nabi Musa kembalikan segala sifat kepada pemiliknya. Maka nyatalah Allah itu, setelah semua tidak ada (dikembalikan kepada Allah), sifat makhluk atau sifat apa yg ku pandang kini, sudah menjadi milik Allah.Yang memandangnpun milik Allah, yang dipandangpun milik Allah!.

Kini Nabi Musa sudah faham akan kiasan Allah SWT. Lalu Nabi Musapun bawa kiasan bukit Tursina itu dan letak kepada dirinya, jikalau Tursina bukit yang besar itu, boleh aku leburkan, inikan pula diri aku, lalu Nabi Musapun pandang dirinya. Bilamana memandang ia kepada sifat tangan, tangan Musa sudah menjadi milik Allah dan pandang kaki, sifat kaki sudah juga menjadi milik Allah!. Lalu bertanya Nabi Musa kepada dirinya sensdiri, “mana aku, mana aku dan mana aku” tangan milik Allah, kaki milik Allah jadi Nabi Musa pun pengsan, Kata hj Shaari, pengsan itu bukan maksudnya koma, bukan ertinya tidak sedar diri dan bukan bermaksdu pengsan. Maksudnya disini adalah bererti Nabi Musa itu juga karam dalam wajah Allah, setelah aku mengemblikan sifat diriku kepada mu ya Allah, jadi mana aku, aku sudah tidak ada kata Musa seperti tiadanya bukit Tursina.

Itulah maksud kata Allah, jika kau nampak bukit, engkau tidak akan nampak aku, jika kau tidak nampak bukit, barulah nampak akan nampak aku Allah swt. Kata hj, shaari, jika kita masih nampak kita gagah engkau tidakakan nampak yang gagah itu Allah. Jika kita masih nampak kita kaya, kita tidak nampak yang kaya itu Allah. Jadi sekarang aku tidak nampak diri aku lagi, yang kaya itu Allah, yang gagah itu Allah, yg besar itu Allah. Jadi mana diri aku, itulah maksud atau erti Nabi Musa pengsan.Pengsan itu membawa maksdu Nabi Musa karam “FANA” dalam wajah Allah sebagaimana karam dan fananya bukit Tursina, maka kenallah Nabi Musa akan wajah Allah.

Melalui cerita bukit thursina itu, mengerti dan fahamlah Nabi Musa akan bagaimana caranya Nabi Musa mengenal Allah!. Benarlah sebagaimana firman Allah, “dimana aku hadapkan wajahku di disitulah wajah Allah”. Kenallah ia akan Allah sesudah mengenal mahluk!.

Begitulah juga, jika kita hendak mengenal Allah melalui kiasan Nabi Musa dengan Bukit Thursina!. Dgn cara mengenal diri sendiri, maka akan kenallah kita kepada Allah Taala. Jika kita hayati betul-betul kisah bukit thursina, kita juga akan dapat menimbulkan batu yang sudah tengelam didasar sungai, kata hj shaari!.

Timbulnya itu bukan batu, bukan bererti batu yang timbul, yang timbul itu Allah, setelah batu sudah tidak lagi bersifgat batu!. Maka yg timbul itu adalah Allah, batu itu makhluk, sifat makhluk tetap akan tenggelam. Jadi yg timbul itu, adalah Allah.

Satu nama Allah tersembunyi itu, bilamana kita sudah karam dalam wajah Allah, segala-galanya sudah lebur, bilamana sudah lebur, boleh tak lagi sebut nama. Seumpama orang mati, boleh tak lagi sebut nama!, boleh tak lagi dengar.

Setelah segalanya binasa, tidak ada lagi yang menyebut dan tidak lagi ada yang melihat!. Setelah segalanya tidak terdengar dan tidak lagi terlihat, maka benarlah Allah itu tidak berguruf dan tidak bersuara!.

Yang tidak menyebut dan yang tidak mendengar itulah, yang dikatakan satu nama Allah yang tersembunyi! Tidak lagi terkata nama, nak kata apa lagi bilamana mulut dah tak ada, nak dengar apalagi bilamana telinga dah tak ada. Jadi nama Allah yang tersembunyi itu, adalah nama yg tidak berhuruf, nama tidak bersuara, nama tidak berjirim, nama yang tidak berjisim, jadi namanya apa???????????????

Nama Allah yang tersembunyi itu, adalah mana-mana nama yg tidak boleh di SEBUT (sesudah mulut tidak ada). Nak sebut apa lagi, dah mulut tak ada, itulah tersembunyinya nama Allah itu setelah karamnya segala sifat dalam wajah Allah!. Melainkan semuanya “Allah meliputi Allah”, Allah, Allah,Allah ………………. Nama Allah itupun, sebab masih boleh disebut!. Setelah ada sifat Nur Muhamad barulah Allah itu, bernama Allah. Pada asalnya Allah itu tidak bernama. Untuk memperkenalkan yang diriNya Allah, maka diberilah nama!. Kalau tidak ada nama, siapa nak panggil aku!. Seumpama Raja tidak ada rakyat, siapa nak mengatakan yang dia itu Raja!. Biarpun aku perkenalkan yang aku ini raja, Aku raja, aku raja, jadi siapa nak kata yang aku ini raja, jika tidak ada rakyat!.

Maka setelah adanya Nur Muhamad, barulah Aku itu bernama Allah. Jadi nama Allah yang tersembunyi itu, setelah lebur seluruh mahluk yang ada. Yang ada hanya Ahad, Ahad, Ahad. Mana ada lagi nama yang tersembunyi, setelah semuanya leburnya, setelah leburnya mahluk, apa lagi yang hendak dipanggil?.

Begitulah tuan/puan dan para pembaca dan para pencari nama Allah SWT yg Satu itu, harap dari penjelasan diatas dapatlah kita mengenal nama Allah yg tersembunyi itu. Saya tulis didalam blog ini pun atas izin Tn. Hj. Shaari dan mengikut rakaman suara tuan Hj. Sendiri.

Pada pendapat sy, nama Allah itu tidak ada yang tersembunyi, yang teresmbunyi itu, hanya sekadar istilah atau sekadar suatu usul!. Maksud pendapat saya ini, hanya akan dimengerti oleh sesiapa yang dianugerah Allah, akan penglihatan khasyaf. Hanya orang khasyaf dan yang dikehendaki Allah sahaja, yg akan mendapat nama Allah yg Satu itu. Moga-moga ianya memberi manaafat…amin….sekian wasalamualaikum…..dari saya Qaseh Negeri Dibawwah Bayu.

JAWAPAN !

Nak cari satu nama Allah yang tersembunyi itu, karamkan penadol dan karamkan batu!. Karamkan mulut dari berkata-kata dan karamkan mata dari melihat!. Setelah segala-galanya karam, apa lagi yang tinggal?, cuba jawab?……………Hendaklah kita kembalikan sifat, batu, sifat panadol, sifat Bukit Thursina  dan kembalilkan sifat diri kepada Allah. Setelah semuanya kita kembali, tenggelam, karam, fana’ dan baqokan diri kepada Allah secara total, secara mutlak, apa lagi yang tinggal pada kita?, Cuba jawab?…………… Jika segala-galanya sudah tidak ada, apa lagi yang tinggal untuk disebut, untuk diucap, untuk dibawa, untuk ditunjuk dan apa lagi yang hendak diperlihat lagi?………………………..Belajar ilmu makrifat itu, biarlah sampai kepada tempat letak, seumpama paking kereta itu, biar betul-betul pada tempat petak  parkingnya dan belajar itu biar sampai kepada garisan penamat!. Penamatnya ilmu makrifat itu,  bilamana karam, lebur, mati, binasa, ghaib, fana’ dan baqo’!. Sehingga lemah akal untuk menyatakan Allah……………………………..!

SEBAGAIMANA KARAMNYA BUKIT THURSINA DARI PANDANGAN NABI MUSA, sebegitulah hendaknya karamkam diri kita. BUKIT THURSINA ITU, TETAP BUKIT SEBAGAIMAN BERADA DITEMPATNYA SEKARANG INI!.

Meletup Bukit Thursina itu, bukan bermaksud berpindah tempat, hilang atau hancur lebur jadi debu, kiasan perkataan meletup itu, adalah bagi menunjukan makna meleburkan diri!. Bilamana kita sudah lebur dalam wajah Allah, boleh tak lagi kita berkata-kata? cuba jawab…………….., melainkan kata-kata kita itu, adalah kata-kata Allah. Itulah makanya turun ayat, “tidaklah yang memanah itu engkau ya Muhamad, melainkan Aku (Allah) yang memanah diketika memanahnya engkau ya Muhamad”. Kerana apa, kerana sifat Muhamad itu, sudak karam, fana’ dan baqo dalam wajah Allah!.

Disini bukan bererti bersatu atau bercantum dengan Allah. Disini bukan bermakna jabarian, muktazilah, kodariah, hulul atau wahdatu wujud?. Jika saudara dan saudari belajar sifat 20 dengan cermat, cuba tafsirkan kepada saya yang bodoh ini, apakah erti sifat wujud?.. Yang suka menuduh sesat itu, cuba tuan-tuan suruh mereka itu tafsir makna, maksud, atau erti sifat wujud!. Tidakkah wujud (ada) itu hanya sifat Allah!. Bilamana “ada” itu sifat bagi Allah, bermakna, bermaksud atau bererti, sifat bagi makhluk manusia itu, “tidak ada“. Jika kita sebagai makhluk manusia itu bersifat dengan sifat tidak ada, siapakah sepatutnya yang bersifat ada, jika tidak Allah………………. Yang ada itu, hanya sifat Allah, hanya sifat Allah dan hanya sifat Allah dan yangbersifat tidak ada itu, adalah sifat diri kita!…………….

Bilamana diri kita sudah tidak ada (tidak wujud), apa lagi yang hendak kita “sebut” dan apa lagi yang hendak kita “tengok!“. Jika mata ditutup atau tidak ada, apakah lagi kelihatan adanya sifat penadol dan apakah lagi kelihatan adanya sifat batu, samaada ianya tenggelam atau timbul? ?.  Cuba jawab?………………………

Yang menjadi sifat batu itu timbul atau tenggelam dan yang menjadi sifat penadol itu meyembuhkan itu, adalah kerana tuan-tuan adakan sifat diri dan tuan-tuan masih tertilik adanya sifat  makhluk. Cuba diri kita itu kita hilangkan, cuba kita hilangkan sifat batu dan cuba kita hilagkan sifat penadol!. Bilamana diri  dan penadol  kita hilangkan, leburkan dan kuburkan, mana lagi ada sifat penadol dan mana lagi ada sifat menyembuhkan ?. Mana ada lagi sifat tengelam dan mana lagi ada sifat timbul?

Sesudah diri kita tidak ada, apa lagi, apa lagi dan apa lagi yang hendak disembohkan oleh penadol dan apa lagi yang hendak ditimbukan oleh batu? Cuba jawab?…………….nak sembuh dan nak timbulkan siapa lagi, jika diri sudah tidak ada?.  Jika sekiranya diri tidak ada, mana mungkin adanya sifat penadol dan mana mungkin adanya sifat batu?. Sesungguhnya Penadol tidak ada, batu tidak ada, benih tidak ada dan diripun tidak ada. Yang bersifat ada itu, hanya siapa?, cuba jawab?…………….

Kefaham ilmu, hendak disalinkan kedalam bentuk ayat, bukan perkara mudah dan bukan suatu kerja senang. Jika senang, sudah ramai profesur dan pengarang yang mengarang tentang  ilmu makrifat!. Apa lagi ilmu makrifat yang menggunakan bahasa roh, bahasa hati dan bahasa jiwa!. Ini bahasa makrifat atau bahasa rohani yang hanya dimengerti oleh meraka yang bermakrifat!. Jika dibaca atau ditelaah oleh golongan yang pengajian atau yang berpendidikan ilmu feqah atau orang syariaat, maka sesatlah yang dapat mereka perkatakan. Sedangkan bilamana kita minta tunjuk ajar mana ilmu yang tidak sesat, merekapun sesat untuk menceritakan!. Sebenarnya siapa yang sesat, cuba tuan-tuan jawab……………..Saya sudah masak dengan tuduhan sesat, wahbi, syeah, hulul, wahdatul wujud, Syek siri Jenar, Al-halaj dan sebagainya.

Tidak kurang, selepas dari saya mengarang ini, ada suara-suara sumbang yang mengata dan yang akan menuduhkan bahawa karangan saya ini, adalah fahaman syek Siti Jenar, Al-Halaj,  Wahdatul wujud dan hulul dan sebagainya.

Sebab yang menuduh itu, orang yang belum mengenal diri dan orang yang belum karam dalam lautan makrifat! dan belum binasa diri!.  Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur, sebelum mengeluarkan tuduhan. Jika diri kita sudah tidak ada, apakah ada lagi perkataan hulul, wahdatul wujud?. Wahdatul wujud, hulul, jabariah atau kodarian itu, bilamana masih ada diri. Sesudah ketiadaan diri, apa lagi yang hendak dibahasakan, melainkan itulah yang dikatakan tidak berhuruf dan tidak bersuara!.

Yang dikatakan tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim itu, setelah ketiadaan diri, lebur, lenyap, hancur, terkubur, terbakar dan setelah terkaramnya diri kita dalam wajah Allah!. Sesudah terkaram, bolehkan lagi kita berkata-kata?. Itulah maksudnya PENGNSANNYA NABI MUSA!. Pengsan itu, bukan bererti koma atau tak sedarkan diri, pengsan disitu, adalah memberi maksud karam, fana dan baqa Nabi Musa dalam wajah Allah!.

Kepada pengemar ilmu tuduh menuduh dan pencinta tomah menomah itu, jangan lah ada lagi diri kamu, baru tidak ada tuduh menuduh dan baru tidak ada sifat dakwa mendakwa sesat atau salah. Sebanarnya orang yang tidak belajar ilmu mati dan tidak belajar ilmu karam itu, tidak mengerti akan apa maksud yang saya perkatakan!.

Berulamg kali saya nyatakan bahawa belajar ilmu makrifat itu, JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI! . Ingat, ingat, ingat………………….. pesan saya ini……………..

Jangan sampai terlihat adanya diri!. Ambil contoh Nabi Musa, bilamana Nabi Musa karam, bukit Thursina tidak lagi kelihatan dan Thursina tidak lagi terpandang. Yang meletup atau pengsan itu, adalah kiasan kepada sifat kewujudan  diri Nabi Musa. Bukannya bukit, sedangkan Bukit Thursina itu, masih tetap berdiri disitu sedari dulu sampai sekarang, tidak pernah berubah sedikitpun. Tamsil, kiasan, kiasan bukit itu, hendaklah kita bawa kepada diri.

Begitu juga dengan batu yang kita campakkan kedalam sungai, yang timbul itu, Allah, yang tenggelam itu Allah, yang mencampakkan itu Allah, yang dicampkan itu adalah juga Allah, yang zahir itu Allah, yang batin itu Allah, yang awal itu Allah dan yang akhir itu juga adalah Allah. Setelah segala-galanya Allah,  mana ada lagi sifat batu, mana ada lagi sifat penadol dan mana lagi adanya sifat Bukit Thursina!. Yang adaawal dan akhir itu adalah Allah, Allah, Allah dan Allah………………………………….

Disini terjawablah sudah maksud batu hendaklah ditimbulkan kembali itu, bukan bermaksud menimbul sifatnya batu, tetapi sebenarnya adalah bertujuan bagi menimbul  sifat Allah. menimbulkan batu itu, adalah suatu kiasan bahasa atau suatu istilah makrifat! semata-mata. Itulah cara guru-guru terdahulu memberi faham kepada anak muridnya supaya anak muridnya berfikir!. Jika tidak buat begitu, anak-anak muridnya tidak berfikir!. Jadi dengan cara itu, ilmu ini akan lebih berkesan, lebih diingati! dan lebih tersemat didalam hati!. Itulah cantik dan fatonahnya guru-guru terdahulu!.

Yang meyembuhkan itu Allah, sebab apa Allah yang meyembuhkan pening setelah kita makan penadol, sebabnya adalah kerana “penadol itu pun Allah“. Itu makanya bilamana tuan-tuan makan penadol, ianya boleh meyembohkan pening. Kerana sifat penadol itu sendiri, adalah tidak lain dari Allah jua!.

Sebab apa guru-guru terdahulu mengatakan penadol itu tidak lain dari Allah, sebabnya  adalah kerana sifat penadol itu, sifatnya sudah binasa!.  Setelah sifat panadol itu dibinasa,  maka sifat yang meyembuh itu, adalah sifat Allah!. Penadol tidak ada, yang ada, yang wujud, yang ujud dan yang maujud itu, hanyalah Allah!. Tidakkah yang wujud itu hanya sifat bagi Allah?. Mana ada lagi wujud, ujud atau maujud penadol. Penadol, batu, benih atau bukit itu, hanya satu kiasan, satu dalil dan satu istilah semata-mata.

Bahasa makrifat ini, adalah bahasa halus, bahasa dalam atau bahasa rohani, itulah makanya tidak ramai yang memiliki kepakaran dalam menghujahkan ilmu ini!. Saya pun tidak pakar, hanya sekadar ajok-ajok, tiru-tiru atau pinjam pakai mulut ayahnda saya Mohd Yusof Cik Wook!. Orang mati sahaja yang tahu berbahasa makrifat!. Memandangkan saya masih hidup, tidak layaklah saya memperdagangkan ilmu makrifat!. Ilmu Makrifat itu, adalah ilmu bagi mereka-mereka yang “mati sebelum mati!”.

Saya ini hanya berpura-pura mati, sebenarnya saya tak mati diri lagi. kalau saya mati, masakan saya boleh menullis!. jadi bermaknanya disini ilmu saya masih cetek dan masih rendah berbanding dengan ilmu tuan-tuan!. Makanya patutlah saya dituduh dan ditomah, kerana ilmu saya cetek berbanding tuan-tuan!. Saya tidak pandai sebagaimana para pengkeritik!. Pengkeritik terlebih pandai berbanding saya. Saya hanya sekadar penonton bola diluar padang, sedangkan tuan-tuan adalah pemain bola, jadi saya hanya berilmu cakap ditepi longkang, tetapi tidak pandai main sebagaimana tuan-tuan pengkeritik!.

Akhir sekali, apa yang hendak saya perkatakan disini, saya memang bodoh, tolol dan jahil ilmu, jadi ajarlah saya, pandulah saya dan perbaikilah saya. Apa-apa ilmu yang saya curahkan itu, tidak perlu tuan-tuan ambil sebagai ilmu, anggplah sekadar kita berbual-bual dikedai kopi!. Ini adalah ilmu yang tidak berguna dan ilmu yang tidak boleh dibuat ikutan. Saya minta, tuan-tuan lupakan sesudah baca!. Ingat lupakan, lupakan dan lupakan ilmu yang sesat dan salah ini. Saya cuma sekadar menguji minda dan membuka ruang berfikir!.

Tok Kenali selalu berpesan kepada anak muridnya. “jangan kamu megambil faham akan ilmu yanng aku ajar ini”. “Aku suruh kamu dengar sahaja, jangan mengambil faham atas ilmu yang aku ajar”. Tok kenali tidak ada kuasa untuk memberi faham, yang memberi fahan itu Allah swt!………………………………….

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati lagi yang dirahmati Allah sekalian.Dalam kegairahan kita mencari satu nama Allah yang tersembunyi,  jangan kita lupa bahawa nama Allah itu, sesungguhnya tidak tersembunyi, yag meyembuyikan nama Allah itu, adalah diri kita sendiri!.

Seperkara lagi, nama Allah itu, bukan sahaja anggka satu, 100, 1000, 3000 atau 5000. Sesungguhnya nama Allah itu tidak terbilang, terhitung dan tak terkira!. Hanya nak bagi sedap, nak bagi nampak bersungguh-sungguh dan nak menunjukkan yang Allah itu nama yangsebenar-benar  tidak berhurf dan tidak bersuara, diletak atau dinamaknnya satu nama Allah yang tersembunyi. Satu nama Allah yang tersembunyi itu, bagi mengambarkan yang nama Allah itu sebenar-benarnya tidak berhuruf dan tidak bersuara!.

Sebenarnya nama Allah itu tidak terbilang, tujuh lautan dijadikan tinta dan ditambah lagi tujuh lautan sekalipun,  untuk menulis nama Allah itu, tidaklah tertulis. Seperkara lagi, sekiranya kita ingin mengenal nama Allah, wajah Allah, menyatakan Allah dan meyembah Allah, jangan sekali-kali bergantung kepada dalil sifat, dalil asma’, dalil afaal atau dalil zat!. Selagi itulah kita dikatakan golongan orang yang tidak mengenal Allah!. Mengenal Allah, ingat Allah dan memandang Allah itu,  tidak lagi perlu kepada dalil. Dalil Allah itu, adalah Allah itu sendiri!.

Allah itu, adalah Allah, kenapa perlu lagi kepada dalil?. Allah itu, tidak lagi perlu kepada dalil!. Jika masih berdalil untuk mengigati dan mengenal Allah melalui ibadah,  melalui zikir, melalui puasa, dengan melalui alam, melalui ibadah atau dengan mendalilkan Allah dengan makhluk, sesungguhnya mereka itu adalah mereka-mereka yang rendah martabat makrifatnya!.

Kiranya kita masih mencari dalil untuk ingat kepada Allah, bererti kita masih meraba-raba, mencari-cari dan masih bersangka-sangka terhadap Allah. Bermakna tuan-tuan masih belum pasti, belum yakin dan belum  percaya kepada Allah. Masih didalam peringkat mencari, sedangkan peringkat mencari  itu, adalah bagi mereka yang belum berjumpa!.

Seumpama cincin yang hilang, bilamana sudah berjumpa, masakan masih mahu lagi mencari. Cincin yang sudah berada dijari, apakah perlu lagi tuan mencari ?. Allah beserta sifat dan berserta namaNya tidak tersembunyi, maksud atau erti tersembunyi itu, bagi mengambarkan sesuatu yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Bukannya perkataan tersembunyi itu, untuk menunjukkan kepada makna tersembunyi tetapi bagi menunjukkan bahawasanya Allah itu, tidak berhurf dan bersuara!.

Anggaplah kita itu, hanya kiasan kepada batu, kiasan kepada penadol,  kiasana kepada air teh susu dan anggaplah kita itu, hanya kiasan kepada  bukit thursina. Yang tidak ada, melainkan yang ada itu hanya Allah Taala!……………………..

Mana mungkin nama Allah itu tersembunyi, sedangkan Allah itu sendiri tidak tersembunyi, masakan namaNya pula tersembunyi?. Bilamana kita lihat alam, tidakkah terlihat Allah sebelum alam dan sesudah alam?. Bilamana kita lihat makhluk manusia (termasuk kita), tidakkah kita nampak Allah sebelum dan sesudah kita?.

Bilamana Allah sebelum dan Allahlah susudah kita, apakah ditengah-tengah masa itu atau diantarnya  kita nampak makhluk (kita)?. Jika awal itu Allah, maka akhirnyapun hendaklah juga Allah. Bilamana tidak ada ruang untuk kita ditengah-tengahnya, bermakna kita sesungguhnya tidak ada!, yang ada awal dan yang ada akhir itu, adalah hanya Allah!…………………

Jika tidak ada makhkuk diawal, tidak ada makhluk ditengah-tengah (diantara keduanya) dan tidak ada makhluk di akhirnya, bermaknanya disini, tidak ada ruang untuk adanya makhluk!. Oleh itu, mana adanya lagi sifat penadol, batu, bukit dan kita?. Yang ada itu Allah. Oleh itu manakah yang dikatakan Allah dan namaNya itu tersembunyi!. faham dan camkan baik-baik…………………..

Tuan-tuan yang saya hormati, kiranya tuan-tuan ingin mendapat jawapan yang elok dan tepat, selain Qaseh, tuan-tuan bacalah blog yang bernama ishakahmad dan latifah harun. Blog ishakahmad banyak membicarakan ilmu yang baik untuk kita pelajari. Beliau juga seorang guru makrifat.

Sambungan pada 6.32 6Nov Penamat kisah nama yang tersembunyi!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah, permasalahan satu nama Allah yang tersembunyi itu, bukannya habis disitu sahaja jika hendak diperkhabarkan. Ada juga guru-guru terdahulu menghubung kaitkannya dengan roh atau Nur Muhamad!.

Tersembunyinya satu nama Allah itu, ada setengahnya yang mengatakan tersembunyi ia didalam sifat Nur Muhamad (roh).

Semasa dialam la takyin, iaitu semasa Allah bersendirian, inginlah Allah memperkenalkan dirinya itu Allah, lalu Allah jadikan sifat Nur Muhamad. Didalam sifat Nur Muhamad itulah tersembunyinya nama Allah!. Allah sembunyilkan namanya didalam sifat Nur Muhamad!. Setelah diperzahirkan Nur Muhamad, nama Allah tidak lagi terpanggil kerana tersembunyi dalam nama Nur Muhamad.

Seumpama kita makan rati canai. Asal mulanya rati canai itu, adalah dari yang bernama tepong!. Setelah terbentuk atau terzahirnya sifat roti, nama tepong sudah tersembunyi disebalik nama roti (nama tepong tidak lagi dikenali). Maka tersembunyilah nama tepong didalam sifat roti canai!.

Begitu juga seumpama kita minum susu. Asalnya susu itu, adalah daripada lembu, tetapi setelah terzahirnya susu, nama lembu sudah tersembunyi didalam nama susu!.

Didalam bab “satu nama Allah yang tersembunyi” itu,  pada asal mulanya tersembunyi nama Allah yang satu itu, adalah didalam nama Nur Muhamad. Sesudah itu, berturut-turutanlah tersembunyinya!. Pertamanya tersembunyi Allah itu didalan nama Nur Muhamad, kemudian  Nur Muhamad  itu pula tersembunyi didalam nama roh. Roh, tersembunyi didalam  nama nyawa. Nyawa tersembunyi didalam nama gerak dan gerak itu pula tersembunyi didalam nama tubuh (anggota). Manakala anggota-anggota tubuh itu pula,  tersembunyi didalam nama-nama yang banyak!.

Nama yang satu itu, sebenarnya tersembunyi ia didalam nama-nama yang  banyak!. Nama yang satu itu hilang didalam nama-nama yang banyak!. Cuba kita hilangkan nama-nama yang banyak itu, maka timbullah nama yang satu!. Seumpama hilangkan nama roti, nama kek, nama lempeng atau nama biskut didalam tepong!. Hilangkan nama susu kedalam lembu!

Kita tidak boleh pandang wajah diri kita sendiri, wajah diri kita sendiri itu, boleh dilihat, dipandang dan ditilik, setelah adanya cermin. Tersembunyilah rupa paras kita yang asal didalam cermin!. Setelah minilik cermin, maka terlupalah kita akan diri kita yang asal. Sedangkan wajah diri kita yang didalam cermin itu, sebenarnya diri yang palsu. Sungguhpun palsu, diri yang didalam cermin itulah yang selalu dilihat, ditilik dan diingatai orang!.

Mata kita tidak dapat untuk melilhat diri yang asal, diri kita yang asal tidak terlihat dan tidak tertilik oleh mata. Lalu kita ambil cermin, setelah diletak dan ditilik cermin,  barulah tertilik dan barulah kelihatannya diri. Setelah menilik rupa diri yang palsu didalam cermin, selalunya kita lupa kepada diri yang asal. Maka itulah yang dikatakan tersembunyinya diri yang asal didalam cermin!.

Setelah menilik cermin, kita tidak lagi ingat kepada diri yang asal. Kita asyik melihat cermin. maka tersembunyilah diri yang asal didalam sifat cermin.

Beggitulah kiasan tersembunyinya nama Allah yang satu itu didalam nama-nama yang banyak. Sebenarnya telah tersembunyi nama Allah yang satu itu, didalam nama-nama yang banyak, setelah kita tidak lagi terlihat diri yang  satu. Untuk meyingkap satu nama yang tersembunyi itu, hendaklah kita fana, baqa, lebur, buang, kubur dan tinggalkanlah diri yang zahir ini kepada Allah. Simpanlah diri yang zahir ini kedalam rumah Allah yang bernama QALBU. Tinggalkanlah diri zahir ini, didalam rumah Allah yang bernama Qalbu. Setelah ditinggal, hendaklah jangan lagi dibawa keluar!. Buang cermin, jangan lagi tilik cermin, kerana cerminlah membuatkan kita terlupa dan terlepas pandang untuk melihat kepada nama diri kita yang sebenar-benar diri!. Tinggalkan cermin diri yang palsu itu kedalam rumah Allah (Qalbu). Biarlah Allah yang jaga, kerana rumah Allah yang satu ini, terkawal dan dijaga sendiri oleh Allah, ianya pasti selamat!.

Setelah kita simpan diri beserta dengan nama-nama kita yang banyak, didalam rumah Allah, pastinya terbela, terkawal dan pasti selamat. Simpanan kita itupun juga akan berganda untungnya. Pelaburan itu, adalah pelaburan yang tidak akan pernah rugi. Bank simpanan yang bernama Qalbu itu, adalah bank yang tidak akan ada istilah susut nilai!. Mari kita campakkan nama-nama diri yang banyak ini sekali dengan sifat diri yang zahir , kedalam pelaburan bank Allah yang bernama Qalbu, barulah pelaburan itu, terlihat akan nama yang satu. Nama yang satu itu, sebenarnya tersembunyi disebalik cermin diri sendiri!. Mari kita sama-sama pecahkan cermin yang palsu itu, barulah terlihat nama yang satu!.  Sama-samalah kita pakai nama diri yang asal………………

Buang cermin, kuburkan, binasakan dan matikan cermin, barulah tuan-tuan terlihat yang bahawasanya tersembunyinya diri kita yang asal itu, disebalik cermin!. Buangkan segala yang bernama, tinggalkan segala nama dan campakkan ia kedalam rumah Allah(Qalbu). “Qalbu mukmin Baitullah” kalbu mukmin itulah sebenar-benar rumah Allah. Rumah Allah yang tidak pernah terbakar, tidak pernah dilanda banjir, tidak pernah dicuri orang, tidak pernah dicemari najis!. Rumah Allah di Kota Mekkah, pernah terbakar, pernah diruntuhkan beberapa kali, pernah dilanda banjir, pernah dicuri dan hilang. Tetapi rumah Allah yang bernama Qalbu itu, tidak pernah terusik, tidak pernah tercuri, terbakar atau terhilang!. Ianya adalah tempat rumah yang selamat dari diceroboh  orang. Percayalah bahawasanya rumah Allah yang bernama Qalbu itu, tebal dindingnya kalis dari dimasuki pencuri. Jadi, mari kita beramai-ramai berpakat sesama kita supaya menyimpan barang disana. Simpanlah diri kita disana, pasti selamat dan pasti tertitik satu nama Allah yang tersembunyi!.

Barang yang patut kita simpan itu, bukan emas, bukan permata atau bukan wang ringgit, tetapi yang patut kita simpan itu, adalah nama-nama diri termasuk diri jasad. Campakkan diri kedalam rumah Allah, supaya kita tidak lagi terpandang nama-nama yang banyak, sifat-sifat yang banyak, afaal-afaal yang banyak dan zat yang banyak. Nama-nama yang banyak itu, mari kita sama-sama kuburkan ia didalam rumah Allah yang bernama Qalbu. Setelah tersimpannya nama-nama yang banyak didalam Qalbu, maka tidaklah lagi terpanggil nama-nama yang banyak. Setelah nama-nama yang banyak itu tidak lagi terpanggil dan setelah tersembunyi nama-nama yang banyak itu, maka terzahirlah nama Allah yang satu!.

AYAT-AYAT TERAKHIR

Ini adalah ayat terakhir bagi satu nama Allah yang tersembunyi, selepas ini jangan lagi ada yang mendakwa tidak tahu!. Sudah panjang lebar saya kupaskan. Kiasan terakhir saya dalam bab ini, adalah perumpaan TITIK.

Bermulanya huruf alif itu, adalah asalnya dari satu titik. Dari huruf alif sampailah membawa kepada huruf ya, semua itu, asalnya adalah dari titik yang satu!. Sesudah berhuruf alif, kita lupa bahawasanya bermulanya huruf alif itu, adalah dari titk yang satu. Setelah berhuruf alif, maka tersembunyilah titik didalam huruf alif dan tersembunyilah titik dalam huruf-huruf yang banyak. tersembunyilah titik bermula dari huruf alif sampai kepada huruf ya.

Begitu juga dengan nama Allah yang satu , nama Allah yang satu itu, tersembunyi disebalik keberadaan diri. Setelah terdirinya diri kita, maka nama Allah yang satu itu, tersembunyi disebaliknya!.

Sebenar-benarnya titik itu, tidak terhijab, tidak terlindung, tidak terdinding dan tidak tersembunyi. Titik atau nama yang satu itu, sebenar-benarnya terzahir ia pada tiap-tiap sesuatu dan ternyata pada sekalian yang zahir, terlihat, terpandang dan tertilik pada sekalian yang nyata!. Titik itu, sebenarnya  tetap terzahir pada sekalian huruf, tinggal lagi ianya dikatakan tersembunyi disebalik huruf-huruf itu sendiri!.

Sebenarnya untuk melihat dan untuk menilik Allah itu, tiliklah makhluk dan tiliklah diri mu, kerana Allah itu terzahir pada sekalian yang zahir. Seumpama kiasan titik dengan huruf. Sebenarnya titik itu, tidak tersembunyi atau terlindung. Ianya terzahir dan terpapar pada setiap huruf, hanya kita yang terlepas pandang.

Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada tiap-tiap sesuatu. Titik bukan huruf, tetapi terzahir pada tiap-tiap huruf. Nak cari titik, lihat, tilik, pandanglah huruf. Setelah tertilik huruf, maka akan dengan sendirinya tertiliklah titik. Tetapi sekiranya tertilik titik, ianya tidak lagi tertilik huruf!. cam baik-baik kata yang sedikit itu!……………….

Bilamana tuan-tuan tertilik diri atau tertilik nama-nama yang banyak itu, sebenarnya tuan-tuan sudahpun dengan sendirinya tertilik Allah!. Tetapi tuan-tuan buta mata hati dan buta mata zahir, sehingga terangnya Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu, tidak tertilik oleh pandangan. Setelah tertilik Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu, maka tidak lagi akan tertilik makhluk atau tidak lagi akan tertilik diri!.

Nama titik tersembunyi disebalik huruf, manakala nama Allah pula tersembunyi Ia, disebalik makhluk. Untuk itu, selepas dari ini jangan lagi ada pertelingkahan dan jangan lagi ada perdebatan tentang nama Allah yang tersembunyi!. Tersembunyi nama Allah itu, hanya pada istilah mata zahir semata-mata. Sebenarnya Allah dan nama Nya, tidak pernah tersembunyi!.  Sedang Allah lagikan zahir dan nyata-senyatanya, masakan nama pula boleh tersembunyi?. Tersembunyinya nama itu, adalah hanya disebalik nama-nama diri mu sahaja!.

Kita baca kitab, kita baca buku dan kita baca tulisan saya, tetapi tuan-tuan terlupa semasa membaca itu, bahawasanya bacaan huruf itu, tersembunyinya satu titik!. Tersembunyinya satu titik itu, sebenarnya hanya didalam huruf-huruf yang tuan -tuan baca. Hanya kita yang tidak mahu menilik!. Sedangkan titik itu, tidak sedikitpun meyembunyikan diri, malahan titik itu sebolah-boleh dan seolah-olah ingin memperlihat, ingin mempamir dan ingin memperkenalkan sifat dirinya melalui huruf-huruf yang sedang tuan-tuan baca!. Malangnya biarpun telah dalam berbagai-bagai bentuk, titik dan Allah memperkenalkan sifat dirinya, malangnya makhluk manusia tetap dalam berkeadaan buta.

Sehingga tidak tertilik Allah dalam yang banyak. Aku jadikan jin dan manusia dan Aku jadikan yang banyak itu, sesungguhnya supaya tertilik dan terllihat Aku, tetapi sebalilknya lagi menjauh hamba ku dengan Aku. Titik yang satu tidak tersembunyi, tersembunyinya titik yang satu itu, adalah hanya  disebalilk huruf yang banyak!.

Dengan banyaknya huruf, ku kira kamu ingat dan kamu tidak lupa kepada titik, malangnya lagi banyak huruf, lagi banyak yang lupa kepada titik. Lagi banyak sifat makhluk ku ciptaan, lagi banyak orang terlupaka kepada aku itu adalah Allah swt. Kenapa, kenapa dan kenapa……………………………………

Sebabnya adalah kerana tuan-tuan tidak matikan diri, sebabnya tuan-tuan tidak simpan nama-nama yang banyak itu kedalam perbendaharaan Allah yang bernama Qalbu!. Tuan-tuan masih melihat adanya “aku” dan adanya diri!. Tuan-tuan masih ada sifat keakuan!,  Itu makanya tuan-tuan asyik menuduh orang itu salah dan menuduh orang ini sesat, sedangkan yang sebenar-benar sesat dan yang sebenar-benar salah itu, adalah diri kita sendiri.

Bilamana kita bagi tahu, selalu menafikan kebolehan orang dan selalu memperkecil-kecilkan kepakaran orang. Inilah hijab ulamak zaman sekarang, tidak mahu mengaku kelemahan diri sendiri dan menebalnya beranggapan yang diri itulah yang pandai dan hebat. Orang yang sebegini, adalah orang-orang yang tidak dapat menerima kenyataan titik!. Meraka hanya nampak diri, sedangkan diri itu, adalah tipu daya semata-mata. Sedangkan diri mereka itulah huruf-huruf yang membuta dan yang membatukan mata kita dari melihat kehadiran titik dan dari melihat kehadiran Allah pada setiap  sesuatu!.

Amin dari hj shaari. maafkan saya yang tidak berilmu…………………………….

Advertisements

504 Replies to “Inilah Jawapan Satu Nama Allah Yang Tersembunyi 6 dec 6.56 pg”

  1. Ilmu allah itu sangatlah luas tidak terbatas.,sdngkan mahluk adalah bersifat terbatas,.semua ilmu itu ª∂a̲̅ jengjangnya ª∂a̲̅ tingkatanya, sesuatu Ÿª♌g tinggi pasti bermulai dari Ɣğ kecil.,kokohkan ilmu syariat kuatkan ilmu syariat sebelum jauh beranjak ke ilmu makrifat,.jika tidak akan sangat berbahaya: tidak diterima amal saja tanpa ilmu dan tidak diterima ilmu saja tanpa amal HR. muslim.

    Like

  2. Ini tulisan/pembahasan dari mana?pengalaman pribadi(sdh mengalami) apa copyan dari buku?setahu saya org Ɣğ mempunyai ilmu ma’arifat tdk menonton TV,tdk buka/nulis di internet,hidupnya benar2 wara & sangat sederhana sekali(tdk mengurusi khdpn dunia)bagus sich isinya..!!!Ɣğ pasti pelajari syariat dahulu biar kuat dan kokoh(pondasi dasar) baru naik ketahap selanjutnya.,semoga kita selalu mendapatkan taufik & hidayah dari allah swt

    Like

  3. Assalamualaikum tuan hj shaari,
    Banyak saya membaca huraian tuan haji, berkali-kali juga saya membacanya..ada ransangan utk saya terus membaca, membaca dan membaca. . Secara jujur sengaja sy membaca dan membaca agar “sesuatu itu ” hadir. Dan yang hadir itu adalah ilmu Faham dari Allah.

    Persoalan tuan hj..
    Bolehkah saya berkata ilmu faham yang hadir dari literasi bacaan artikel tuan haji ini adalah mutlak dari Allah S.W.T atau mungkin “faham” itu hadir dari bisikan mahkluk2 tertentu yang mahu mengalih akidah saya…

    Harap tuan haji beri pencerahan…

    Like

  4. Asalamualaikum tuan hj saya ucapkan berbanyak-bnyakan terima kasih kpda tuan hj ilmu saya dlm marifat bertambh dalam sblm ini memang saya pernah belajar tapi saya belajar ilmu marifat ini bermula dari seni pertahankan diri namanya pitubaru wali 7 selepas tamat saya diajar oleh guru ilmu dalaman marifat sariat akikat tarikat dan hakiki maksudnya hakiki semua yg kita belajar berpegang kepada yg 1.maaf tuan hj jika salah tolong d betulkan maksd mengenal tuhan bermula dari sembahyang 5 waktu setiap waktu ada huruf.warna.maliakat.sahabat.nabi.nyawa.dan angota bdan. Menghadap ya empunya..benar ke tuan hj.nama tersembunyi rahsianya hanya yg mampu ku ucapkan kembali kerahmatullah..paling penting kenal diri mangkin kita kenal tilik tiada satu pun yg dapat ungkapkan siapa dia yg tahu rahsianya ada lah aku dan dia.aq tidak jauh dari urat lehermu.tlg tuan hji emil kpda saya.pitubaru83@gmail.com assalamualaikum

    Like

  5. Assalamualaikum Bapak Hj. Shaari Berada,,,
    Maaf saya Dedi dari indonesia jd memakai bahasa indonesia,,
    Saya sangat ingin belajar tentang ilmu makrifat yg bapak jelaskan di atas,,
    tetapi berhubung jarak dan waktu saya yg tidak memungkinkan untuk bertemu dngan bapak,sudilah kiranya bapak memberikan penjelasan kepada saya,dan membimbing saya melalui alamat email dyusuf18@gmail.com tentang bagaimana belajar ilmu makrifat ini,,,
    Untuk diketahui sebelumnya,pada saat ini saya belum mempunyai kesanggupan untuk Membayar atau Membeli buku Bapak Hj. Shaari,seandainya Allah memberi kesanggupan kepada saya dengan memberi rejeki yang halal akan saya penuhi janji saya untuk membeli buku itu,,
    Biarlah orang mau bilang apa tentang saya,kalau pun ada yang bilang mau belajar ilmu kog gratisan,,
    Jika Bapak Hj. Shaari berkenan membimbing saya,saya ucapkan terima kasih ,,,
    Dan jika Bapak Hj. Shaari tidak berkenan membimbing saya,juga saya ucapkan terima kasih,,
    Wassalam dari saya,,,

    Like

  6. Salam Tn Hj Shaari, Alhamdulillah diberikan kepalangan untuk berkongsi kefahaman dalam topik yang dibicarakan. Topik ini penting dan mesti diketahui dan difahami oleh semua muslim. Namun begitu adalah terlalu awal bagi Tn Hj menyatakan noktah topik bicara. Saya ada melayari perkongsian maklumat maya dalam topik yang sama ada menyatakan secara tepat : yang tersembunyi tersebut. Bagi perkongsian maklumat langsung / lisan dari yang akrif juga menyatakan secara tepat : menyatakan yang tersembunyi tersebut. Oleh itu topik bicara perlu diberikan penambahan dalam mana yang samar-samar, boleh mengelirukan bagi mereka2 yang ikhlas ingin memahaminya. Mula bicara, mohon maaf dari saya kerana percanggahan kefahaman yang akan dikongsi bersama nanti. Perkongsian ini adalah berdasarkan kefahaman insan kebanyakan dimana ianya akan lebih mudah untuk umum memahami berbanding ilmu makrifat yang sedia maklum, Topik bicara itu sendiri adalah bersalahan, dimana ianya lebih kepada nama Ya Robb yang tersembunyi. Jika kita perhatikan, didalam AlQuran ada menyatakan empat (4) peringkat bilamana merujuk kepada Ya Robb, iaitu peringkat (3), (2), (1), (0). Peringkat yang sedang dibicarakan adalah peringkat (0) atau nol. Kenapa sampai atau perlunya empat (4) peringkat ini?. Ianya adalah kerana kejadian manusia itu sendiri yang diberikan perbezaan kefahaman secara fitrahnya. Namun begitu kita perlu berusaha dalam memahami sehingga peringkat (0) atau nol tersebut. Gambaran peringkat tersebut adalah seperti berikut : Bagi peringkat (3) penggunaan fitrah seperti Ar Rahman, Ar Rahim, Al Kudus. Peringkat (2) Allah swt, Peringkat (1) Ya Robb dan Peringkat (0) . . Setiap peringkat ini adalah perlu bagi kita fahami dengan bimbingan Allah swt bagi kita melaksanakan tujuan apa dijadikan dimukabumi ini. Dalam usaha kita memahami topik bicara, banyak persoalan yang perlu dihuraikan bagi meningkatkan dan menambahkan kefahaman. Persoalan mula, Tujuan apa kita dijadikan dimukabumi ini? begitu juga persoalan menyusul selepas ini. Inilah mengapa untuk tidak terlalu awal bagi menyatakan titik noktah bicara. Betapa ramainya insan disana (sepertimana buih-buih dilautan) yang mengharapan panduan dalam topik bicara bagi terhindir dari syirik yang tersembunyi. mohon maaf Tn Hj seandainya perkongsian ini melangkaui batas. wassalam.

    Like

  7. inti dari cerita….yg zohir masuklah ke bathin…artinya menyatukan diri siapa yg melihat dirinya berarti dia telah melihat allah, siapa dia memandang dirinya, dia telah melihat allah.

    Like

  8. wafi amfusikum afalatubsirun..qs 51 ayat 21 apa dalam dirimu tidak kamu perhatikan…(dan tidak kamu pahami tidak akan pulang keasalnya)

    Like

  9. Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) Oleh Mohd. Yusof Cik Wook Yang Disebarkan oleh Haji Shaari Mohd Yusof
    Akidah Muzakarah
    419 reads ShareThis

    Keputusan
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 – 22 Oktober 2014 telah membincangkan Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) Oleh Mohd. Yusof Cik Wook Yang Disebarkan oleh Haji Shaari Mohd Yusof. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

    1. Setelah meneliti fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) yang disebarkan oleh Haji Shaari bin Mohd Yusoff melalui buku “Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan”, “Mengenal Allah Ilmu Peninggalan Tok Kenali” ceramah-ceramah yang disampaikan, DVD siri ceramah dan Laman Sesawang yang digunakan untuk menyebarkan ajarannya mengandungi perkara-perkara yang mengelirukan dan menyeleweng seperti yang berikut:

    i. Bertentangan dengan fakta sejarah
    Dakwaan ilmu yang diperolehi adalah peninggalan ilmu Syeikh Daud al-Fatani yang diwarisi oleh dua ulama terkenal, iaitu Tok Kenali dan Tok Selehong adalah satu pembohongan, kerana kedua ulama tersebut tidak sempat berguru dengan Syeikh Daud Al-Fatani yang meninggal tahun 1846, iaitu lebih 22 tahun sebelum kelahiran kedua-dua ulama tersebut.

    ii. Membawa fahaman Mujassimah, Jabariyyah dan Muktazilah
    Jumhur ulama telah bersepakat bahawa fahaman ini adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah.

    iii. Membawa fahaman Liberal dan Pluralisme agama
    Fahaman ini juga didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti mana telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006.

    iv. Membawa fahaman Wahatul Wujud
    Doktrin wahdatul wujud ini adalah menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

    v. Mentafsir nas-nas agama seperti al-Quran dan Hadis mengikut logik akal dan tidak merujuk kepada kitab-kitab muktabar.

    2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) yang dibawa oleh Haji Shaari bin Mohd Yusof adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    3. Oleh itu, semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran beliau melalui apa jua medium hendaklah dihentikan dan diharamkan serta-merta.

    4. Muzakarah juga menggesa semua pihak berkuasa agama negeri-negeri dan JAKIM serta agensi-agensi lain yang berkaitan supaya mengambil tindakan segera menyekat kegiatan dan penyelewengan Ajaran Ilmu Makrifat ini.

    Like

  10. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 – 22 Oktober 2014 telah membincangkan Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) Oleh Mohd. Yusof Cik Wook Yang Disebarkan oleh Haji Shaari Mohd Yusof. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

    1. Setelah meneliti fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) yang disebarkan oleh Haji Shaari bin Mohd Yusoff melalui buku “Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan”, “Mengenal Allah Ilmu Peninggalan Tok Kenali” ceramah-ceramah yang disampaikan, DVD siri ceramah dan Laman Sesawang yang digunakan untuk menyebarkan ajarannya mengandungi perkara-perkara yang mengelirukan dan menyeleweng seperti yang berikut:

    i. Bertentangan dengan fakta sejarah
    Dakwaan ilmu yang diperolehi adalah peninggalan ilmu Syeikh Daud al-Fatani yang diwarisi oleh dua ulama terkenal, iaitu Tok Kenali dan Tok Selehong adalah satu pembohongan, kerana kedua ulama tersebut tidak sempat berguru dengan Syeikh Daud Al-Fatani yang meninggal tahun 1846, iaitu lebih 22 tahun sebelum kelahiran kedua-dua ulama tersebut.

    ii. Membawa fahaman Mujassimah, Jabariyyah dan Muktazilah
    Jumhur ulama telah bersepakat bahawa fahaman ini adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah.

    iii. Membawa fahaman Liberal dan Pluralisme agama
    Fahaman ini juga didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti mana telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006.

    iv. Membawa fahaman Wahatul Wujud
    Doktrin wahdatul wujud ini adalah menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

    v. Mentafsir nas-nas agama seperti al-Quran dan Hadis mengikut logik akal dan tidak merujuk kepada kitab-kitab muktabar.

    2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) yang dibawa oleh Haji Shaari bin Mohd Yusof adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    3. Oleh itu, semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran beliau melalui apa jua medium hendaklah dihentikan dan diharamkan serta-merta.

    4. Muzakarah juga menggesa semua pihak berkuasa agama negeri-negeri dan JAKIM serta agensi-agensi lain yang berkaitan supaya mengambil tindakan segera menyekat kegiatan dan penyelewengan Ajaran Ilmu Makrifat ini.

    Like

  11. Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatu. Hj nama saya Idin Harto Tudo terimakasih dgn Blok Bapak tercerahkan jiwa saya…..dan saya faham nama yg terkandung( yang ke 100) tidak berhuruf,tidak bersuara,tetapi tidak lagi di baca melainkan dengan naik turun nafas. ketika naik bunyi sifat ketuhanan dan turun nafas nama Zat. diantara naik dan turun disitulah di ucapkan nama yg ke 100,tanpa dinyaringkan maka terasa bergetar jantung sampai-sampai rasanya goyang seluruh tubuhku……

    Like

    1. Asalamualaikum..Wwbkt..Tuan Guru yg sangat saya Hormati,..Bgt saya membaca,mengkaji dgn memahami..dan berusaha menjadikan diri dam berhikmah ini..Ya Robbanna..Tuhan Maha Suci atas segala KegaibanNya,Suci ats Nama2 kebesaranNy,Suci atas SifatNya,atas segala kesucian ats Zat2Nya yang hidup.Ku hanya berserah penuh taqjub Kusiapkan Wadah Yang Suci atas Diriku…Syukur atas Diriku hidup atas Engkau Ya Allah..kembali dalam berhikmah:Dalam langkah Antara logika manusia dan logika Allah..hmm berat bila hrs berkata..ya..Rob..kuhanya bemohon atas AmpunanMu..bgtla tuan Guru apa sebenarnya yg terjadi.pada diriku Mohon Bimbingannya..

      Like

  12. Ilmu Makrifah ini bukan nya bolih di jaja dan dipersoalkan secara terbuka kepada bukan ahlinya.Dari zaman terdahulu sudah diberi peringatan ( di Haramkan )
    Dari sini lah bermula punca nya mendapat Fitnah diri kerana sudah berasa mempunyai Ilmu…Hati-hati untuk membicarakan ilmu tersebut sebelum tersandung diri sendiri dengan perjalanan ilmu Ketuhanan..Wajib bagi saya memberi peringatan.
    Kalau hendak berbicara ilmu Ketuhanan biar berhadapan bukan cara begini.
    Jangan kita cuba-cuba semudah yg kita sangka berbicara….

    Saya tidak kira dengan siapa Tuan berguru tapi wajib kita menjaga Amanah ilmu ketuhanan yg telah kita dapat melalui Mursyid …Ini bukan ilmu Fekah.
    Makrifah itu atas perkenan dari Allah Suhana wataala atas limpahan Kasehnya Kepada Muhammad baru sampai kepada kita yg Jahil ini.
    Ilmu di ambil semula ( di lupakan nya semula kefahaman yg telah di anugerahkan )

    Saya berharap tolong jaga ilmu yg kita dapat dari Ambia, ini dengan penuh rasa kesyukuran dan penuh amanah dan bertanggung jawab…ingat peringatan dari Rasullullah semasa Rasullullah hendak menyampaikan ilmu ini kepada sahabat (Umat Mujabah ) kalau tuan tahu…sebab disini Rasullullah memberi peringatan.

    Assalamualaikom.

    Like

  13. Assalamualaikum.
    Minta izin tuan.
    Terima kasih tuan atas ilmu yang disampaikan.
    Tolong doakan agar disampaikan makrifat hamba ini kepada zat Allah SWT.
    Assalamualaikum.

    Like

  14. stlah ak bca bru ak fham..jka kite nmpk bukit itu kite xakn nmpk allah..dan jka kte tdk lgi nmpk bkit itu kte aln mlhat allah..ia bermaksud..kite hnye dpt mlhat dy stlah kite dk dpt mlhat alm dunia..iaitu hdup..

    Like

  15. Sesungguhnya Allah tu dh nyata terang,hanya orang saja tk nk pelajari ilmu makrifat..ada dlm firman,Aku lebih dkt dari urat leher nya,tu hanya kiasan saja tentang dkt urat leher…sebetulnya Allah dh sgt nyata dn terang…terang cahaya matahari terang lagi Allah,benar kata hj.shaari..sbb Allah dh benar nyata pada kita hanya kita perlu buat penyerahan sehingga “Aku tkda”,(mati sebelum mati) baru nyata Allah..selagi ada diri ada Allah syirik la kita,sesungguhnya kalimah muhamad rasulullah tu badan kita,nur muhamad tu penyata rahsia Allah tp (SATU) jua…setelah penyerahan baru lh wujud tu Allah,melihat tu pun Allah,mendengar,merasa,berjalan…segala2nya Allah..Allah…Allah….

    Like

  16. As salam, pada pendapat saya yg hina ni, penerangan oleh tuan hj ni hanya terpakai utk org yang telah mengambil amal, kebanyakan org sekarang ni nak ambil jalan singkat, jadi yg aneh aneh, orang awam tidak faham ini, jadi belajarlah syariat dan moga diketemukan dengan hidayah.. Seperti lampu dalam gelub cahaya, seperti surah annur… Kena cari guru yg boleh membawa kita mengenal diri..saya rasa bersyukur subhanallah tidak terhingga nikmatnya semuanya Allah di mana mana.. Merasainya mudah mudahan kita mendapat berkat kelimpahan Sayyidina Rasulullah yg kita cintai dan juga terima kasih kepada Ahlil salasilah sehingga sampai pada hamba ini.. Syukurnya.. Alhamdulillah..mudah mudahan Allah pelihara hambamu yg hina ini…dunia sekarang sudah binasa dengan fitnah di sana sini..agama dipermainkan, Rasulullah dihina dikeji..kafir laknatullah dan org munafik di sana sini.. Ya Allah berkat kelimpahan syafaat Rasulullah..berikanlah kebenaran dan kejayaan pada hamba hamba yg berjuang di jalan Mu..tq..

    Like

  17. ALLAH ALLAH ALLAH..SEGALANYA ALLAH..

    kenal tuhan maka binasalah diri..diri ni tiada!!! Ya allah. Kenapa ilmu ni umpama disembunyikan..berilah petunjuk dan hidayah kepada saudara2 seagama ku..sesungguh hanya engkau YG WUJUD ya Allah..

    Cuma sy ade pertanyaan..guru saya selalu berpesan..untuk mengenal diri.hanya 1 cara..pandang diri hingga fana. Bayangkan diri yg batin..maka kenallah akan tuhanmu..susah untuk sy fhmkan..tapi jika hj shaari faham..tlg jelaskan

    Like

      1. Dr kecil sy diajar oleh ayahnda sy tntang ilmu makrifat.. Terasa syahdu bila mbaca tulisan tuan guru.. Sy memahami dan bersyukur..

        Like

  18. As salam Tuan Guru?bgaimnakh cra mnjawab jika skiranya ada persoalan yg dipersoalkn brbunyi,jika skiranya smua prgerakkn,tingkahlaku atau perbuatan manusia itu dtgnya dri Allah jua,dan persoalannya apakh stiap perbuatan jahat manusia itu juga dtgnya dri Allah?mohon jwbpannya dri yg mulia Tuan Guru.saya hamba Allah yg sentiasa kekurangan ilmu dri Brunei Darussalam

    Like

    1. Tuan, Setiap yang baik, selalunya kita katakan dari Allah. Cuba jawab pertayaan saya, apakah yang buruk itu, ada Allah lain yag buat?……………………
      Jawab dulu pertayaan saya, baru saya ulas siapa buat baik dan siapa buat buruk. Drp hj shaari

      Like

      1. Assalam…apa yang dia beri kefaham ..tiada daya dan upaya walau sebesar zarah sekali pun,. tampa izin nya.. kita dapat melakukan sesuatu..setiap yg berlaku di alam maya ini semuanya dari Allah BAIK ATAU BURUK …dia lah maha perancang dan dia juga Maha pengatur atas setiap makluknya…subahanallah..

        Like

      2. Assalamualaikum.tuan guru sy.prnh dgr baik dr Allah.jahat diri.kita.sendiri(asalnya dr Allah.jgk tp.sbg menjaga adab kita pd Allab,jd.kata.jahat dtg pd.diri sendiri.

        Berkenaan.dgn ruh.ruh tlh mengenal Allah ,jd.mcmana bila.ruh brda.dlm jasad.kita jd lupa dan xknl Allah.jd bagaimana cara supaya ruh boleh kenal.semula .satu lagi ruh merupkn urusan Allah.wallahu a’lam

        Like

      3. Asalammualaikum.tuan guru..saya mohon maff..sya cuma nk tuan guru bimbing sya..sya sngat nk bljar ilmu nie..ape yg guru pnjelas kn sya.mcm tertanya2 ..klu bkan titik .mmng huruf takkan ujud kan..jdi .sya mcm bingung .mcm mna cara mati kan sblum mati tu..dan .spe sbnar nya yg ckap .klau kita solat tu .kita baca ayat tu.kita msty mnghayati mksd ayat tu kan..jdi mcm mna mati kan diri tu.klau mulut lgi msi membaca..takbiratul ilham ..jdi spe yg sbnar nya yg solat ..mohon tuan guru memberi kiasan lgi..supaya was2 yg aku rasa nie akan hilang…dan ade ke cara2 proses mandalami ilmu nie ape ke amaln2 nya..

        Like

      4. Asalammualaikum.tuan guru..saya mohon maff..sya cuma nk tuan guru bimbing sya..sya sngat nk bljar ilmu nie..ape yg guru pnjelas kn sya.mcm tertanya2 ..klu bkan titik .mmng huruf takkan ujud kan..jdi .sya mcm bingung .mcm mna cara mati kan sblum mati tu..dan .spe sbnar nya yg ckap .klau kita solat tu .kita baca ayat tu.kita msty mnghayati mksd ayat tu kan..jdi mcm mna mati kan diri tu.klau mulut lgi msi membaca..takbiratul ilham ..jdi spe yg sbnar nya yg solat ..mohon tuan guru memberi kiasan lgi..supaya was2 yg aku rasa nie akan hilang…dan ade ke cara2 proses mandalami ilmu nie ape ke amaln2 nya..
        sya bru je bljar memhami agama..sya mmng islam ..sya sllu ikut jmaha tablig..

        Like

      5. Salam ustaz adakah ini hadis sahih? maaf lau tersalah tanya..

        apa yg kamu ingat itu, bukan aku, apa yang kau
        gambar-gambarkan itu, bukan aku, apa yang kamu
        pandang itu, bukan aku, bukan aku, bukan aku, macam
        mana aku nak perzahirkan wajah aku kepada mu ya
        Musa. Nabi Musa berkata lagi, Ya Allah ya tuhan ku aku
        ini seorang nabi, sedangkan orang bukan nabi boleh
        tunjuk-tunjuk tuhan dia, mereka boleh pegang tuhan
        mereka, boleh dimandikan, boleh di raba, boleh dibawa
        kesana kemari, sedangkan mereka itu bukan nabi, boleh
        tunjuk tuhan mereka, tapi aku sebagai seorang nabi,
        usahkan kata nak tunjuk, nak ceritapun aku tak boleh, tak
        reti, oleh itu bagaimanakah org nak percaya kepada aku,
        ya Allah , kata Nabi Musa

        Like

      6. Assalamu’alikum Wr. Wb.

        Pertame2 saye nak mnta maaf jikalau tersalah dalam penyampaian maksud saye

        Jadi begini…
        Saya nak tanye tentang hadis nabi, beliau pernah cakap “ana abul arwah, adam abul basyar” jikalau nabi muhammad cakap “ana” tidakkah nabi adam tercipta trlebih dahulu dibanding nabi muhammad tapi kenape nabi muhammad cakap “ana”, sedangkan nabi sendiri bersyahadat “anna muhammad” bukan “ana muhammad” padahal ia sendiri nabi dan rasul Allah, tapi beliau tak cakap “ana muhammad rasulullah” tapi cakap “anna muhammad rasulullah” namun beliau juga pernah cakap “ana abul arwah, adam abul basyar” jadi saye tk paham juga, kenape beliau tk cakap “muhammad abul arwah”
        Saye cari2 di internet hadisnye “ana abul ruh, adam abul basyar / ana abul arwah, adam abul basyar”
        Saye harap tuan memaklumi pertanyaan saye ni, karne saye tanya guru disini tapi ia pun cakap demikian, sedangkan “addinu aqli” agama itu akal, saye tk puas dengan jawaban yg diberikan. Sekirenye saye harap semoge dengan pertanyaan ini, saye bise dapat jawaban tuan yg lebih bisa membuat saye benar2 paham.
        Maaf jikalau kate2 saye ade yg salah, saye masih dalam proses belajar
        Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

        Like

      7. Assalamu’alikum Wr. Wb.

        Pertame2 saye nak mnta maaf jikalau tersalah dalam penyampaian maksud saye

        Jadi begini…
        Saya nak tanye tentang hadis nabi, beliau pernah cakap “ana abul arwah, adam abul basyar” jikalau nabi muhammad cakap “ana” tidakkah nabi adam tercipta trlebih dahulu dibanding nabi muhammad tapi kenape nabi muhammad cakap “ana”, sedangkan nabi sendiri bersyahadat “anna muhammad” bukan “ana muhammad” padahal ia sendiri nabi dan rasul Allah, tapi beliau tak cakap “ana muhammad rasulullah” tapi cakap “anna muhammad rasulullah” namun beliau juga pernah cakap “ana abul arwah, adam abul basyar” jadi saye tk paham juga, kenape beliau tk cakap “muhammad abul arwah”
        Saye cari2 di internet hadisnye “ana abul ruh, adam abul basyar / ana abul arwah, adam abul basyar”
        Saye harap tuan memaklumi pertanyaan saye ni, karne saye tanya guru disini tapi ia pun cakap demikian, sedangkan “addinu aqli” agama itu akal, saye tk puas dengan jawaban yg diberikan. Sekirenye saye harap semoge dengan pertanyaan ini, saye bise dapat jawaban tuan yg lebih bisa membuat saye benar2 paham.
        Maaf jikalau kate2 saye ade yg salah, saye masih dalam proses belajar
        Wassalamu’alaikum

        Like

    2. Tuan Abdul, ingin saya berkongsi pandangan pada persolan tuan itu. Mungkin Tuan ada belajar Rukun Iman. Salah satu darinya adalah Qada’ dan Qadar. Jika Tuan mengerti ertinya Qada’ dan Qadar, akan fahamlah jawaban pada persolan tuan itu. Klu nak memahami Ilmu Ma’rifat, tidak boleh dibawa sama Ilmu Syariat. Pasti melencong kearah lain.
      Jika Tuan bertanya jika kesemuanya gerak Allah yang jadikan mengapa Allah ciptakkan kejahatan? Sama juga seperti kata Tuan Guru, jika masih terlihat adanya diri mana mungkin Tuan akan mengerti. Masih kurang faham juga? Kalau kita sudah leburkan diri, tak akan kita masih lihat atau berkeinginan untuk melakukan kejahatan. Itu bermakna Tuan masih kelihatan adanya diri.
      Masih tak faham jugak? Beginilah penjelasan saya yang akhir, Rasulullah Salallahu A’laihi Wassalam ada bersabda: Aku belajar mengenal Allah dari Allah. Dan Rasulullah Salallahu A’laihi Wassalam ada berdoa: Ya Allah aku memohon perlindungan dari kejahatan yang Engkau Ciptakan.

      Like

  19. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُھ pak haji tok kenali , saya saudara dari indonesia , saya sendiri penganut tarekat Naqsyabandiah ‘ walaupun tok kenali tak mengajarkan paham wahdatul wujud †άþï dari bahasan ∂ị̈ atas ya seperti itulah sebenarnya paham wahdatul wujud lebur pada Allah Saja….. saya sebenarnya selalu mengutip bahasan ini setiap hari….boleh saya katakan paham tok kenali sama persis dengan pahaman mistik leluhur kami syeh siti jenar yg dianggap sesat oleh sebagian umat…..†άþï pada dasarnya adalah mengembalikan diri ini kepada empunya diri…… †άþï apadaya pak haji semua sudah menjadi takdir yg maha kuasa….. paham wahabi menekan para ahli tauhid. ∂ị̈ kalangan para penganut ilmu haitul maknun untuk hilang dari indonesia dengan dalil syirik dan kafir …. dan inipun sudah menjadi bukti bahwa kata baginda nabi muhammad pada suatu jaman ilmu itu akan di angkat.. teruslah pak haji sebarkan ilmu ini semoga menjadi buah yg dapat mejadikan warisan pada generasi yg akan datang…… dengan izin allah Swt semoga ” buah yg diharapkan oleh maha raja harum ketika telah matang

    Like

  20. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُھ pak haji tok kenali , saya saudara dari indonesia , saya sendiri penganut tarekat Naqsyabandiah ‘ walaupun tok kenali tak mengajarkan paham wahdatul wujud †άþï dari bahasan ∂ị̈ atas ya seperti itulah sebenarnya paham wahdatul wujud lebur pada Allah Saja….. saya sebenarnya selalu mengutip bahasan ini setiap hari….boleh saya katakan pahaim tok kenali sama persis dengan pahaman mistik leluhur kami syeh siti jenar yg dianggap sesat oleh sebagian umat…..†άþï pada dasarnya adalah mengembalikan diri ini kepada empunya diri…… †άþï apadaya pak haji semua sudah menjadi takdir yg maha kuasa….. paham wahabi menekan para ahli tauhid. ∂ị̈ kalangan para penganut ilmu haitul maknun untuk hilang dari indonesia dengan dalil syirik dan kafir …. dan inipun sudah menjadi bukti bahwa kata baginda nabi muhammad pada suatu jaman ilmu itu akan di angkat.. teruslah pak haji sebarkan ilmu ini semoga menjadi buah yg dapat mejadikan warisan pada generasi yg akan datang…… dengan izin allah Swt semoga ” buah yg diharapkan oleh maha raja harum ketika telah matang

    Like

  21. Tn haji,mhn izin hamba yg hina ini,membaca tulisan tuan serta mhn doa dan pelihara hamba dari dunia sampai akhirat,smg ahad memberi paham ,jgn tinggalkan hamba ketika bersama ahad,makasih tn haji shaari……..tk dpt nak tulis air mata berlinang.

    Like

  22. Tn haji,mhn izin hamba yg hina ini,membaca tulisan tuan serta mhn doa dan pelihara hamba dari dunia sampai akhirat,smg ahad memberi paham ,jgn tinggalkan hamba ketika bersama ahad,makasih tn haji shaari……..tk dpt nak tulis air mata berlinang oooo h.kamaruddin dumai riau indonesia
    .

    Like

    1. Baru2 ini ada dua orang sahabat dari bentan kepulauan riau datang ke k/ lumpur. sesungguhnya masih ramai diluar sana yang tahu makrifat tetapi mereka takut untuk bersuara atau berkalam. Takut dituduh sesat..itu pasal kebanyakan mereka itu memilih jalan diam.

      Namun begitu, yang wangi itu, tetap akan terhidu walaupun ditutup. Untuk itu, marilah kita sama2 memperjuangkan ilmu makrifat walau patah sayap bertongkat paroh..drp hj shaari

      Like

      1. Paham tentang allah bukan berarti mengenal..mengenal itu tahu akan nur dan wujud yg sebenarnya..sprti dlm ayat berseri serilah wajah orng mukmin memandang wajah tuhannya..jika alquran mengatakan wajah mustahil kata dan kalimat serta paham…dlm sebuah ayat bersiap siagalah di perbatasan negerimu…di situlah ujian terberat bagi orang mukmin karena iblis bisa menyerupai apa saja…di sinilah kita harus mengenal betul yg bernama allah ..bukan cuma tahu yg namanya allah..salam yusup dri bugis.

        Like

  23. Assalamualikum tuan guru yang saya hormati ,saya sudah bayak belajar ilmu tuam dari yutub dan saya sedikit paham , dan saya nak bertanya setelah nabi habis kepada siapakah jibril menyampikan wahyu apakah kepada kita ..tolong beri sedikit. Ilmu tuan kepada. Saya

    Like

  24. assalamualaikum tuan hj,saye nak tanye apakah benar tidak ada nama yg ke 100 sedangkan tu semua dikatakan ada.Sye nak tau dengan jelas apa sebutan nama yg ke 100 kate marifat itu terng dan jelas

    Like

  25. Assalamualaikum wr. wb

    semoga tuan guru Hj Shaari diberikan usia yang panjang dan bermanfaat selalu oleh ALLAH SWT….amiinnn

    Alhamdulillahhirabbal alamin….
    sudah sangat lama sekali saya mencari pengetahuan ini…, bahkan kalau saya hitung SUDAH HAMPIR 25 TAHUN LAMANYA SAYA MENCARI INI…….saat ini usia saya sdh 43 tahun. karena itulah pesan ALMARHUM KAKEK SAYA DAN ALMARHUM AYAHANDA SAYA semasa hidupnya…..BAHKAN ibunda tercintapun selalu berpesan kepada saya sampai detik ini “CARILAH NAK SAMPAI DAPAT…CARILAH JALAN PULANG”. itulah kalimat yang selalu saya ingat sampai detik ini…..

    Uraian Penjelasan dan Pemahaman yang sudah tuang guru Shaari diuraikan diatas ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH dapat saya PAHAMI walaupun dengan berbagai BAHASA KIASAN DAN PERUMPAMAAN…,

    semoga kebrkahan dan rahmat ALLAH selalu dilimpahkan kepada tuan guru Hj Shaari dan keluarga.. amin ya rabbal alamin….. dengan penjelasan dan uraian : “mencari nama allah yang tersembunyi ini”, akhirnya saya menemukan makna HAKIKI dari kalimat ” sahadat ” sekarang.

    sekali lagi terima kasih banyak tuan guru Hj Shaari…Amiiinnnn

    Ttd
    M. ADINATA
    JAKARTA – INDONESIA
    Email : ph.kingfilm@gmail.com

    Like

  26. Assalamualaikum tuan..warkah yang tuan hadirkan ini sungguh istimewa untuk sesiapa yang baru dan lama mencari penciptanya…bagi saya yang lemah dari setiap sudut,warkah tuan ini seolah-olah memberi saya kefahaman dari setiap sudut…izinkan saya mengambil kefahaman dari apa yang selama ini saya tak faham…assalamualaikum

    Like

  27. apa lagi yg mesti ku katakn..tiada tiada dan tiada..stelah diri matikn yg tiada menghidupkan..maka buta pd pandangan yg kosong..kebenaran sematax..dratapi dgn tangisan yg pasti trpisah..nyatanya ia hingga trselindung kebenaran d hadapan yg empunyA..biar lah mereka mengkafirkn atau menyesatkn…surga neraka jika diri ini masi x trpulang..redha kerana sgalanya yg meleputi..hanya yg empunya berangkai tp x bercerai…cukup!! bagi……yg malu ini pun..malu tuk meluahkn malu..

    Like

  28. Assalamualaikum
    Tuan guru yang dikasihi Allah swt, saya banyak mendapat ilmu dari tulisan ini, saya minta izin dan ridho dari tuan guru atas ilmu yang tiada ternilai ini

    Like

      1. Slm kepada tn hj dan abg2..sekalian..kalo memegang sifat 20 x ckp lagi..mcm mana kita nak kenal diri kita sendiri…dia mesti 21….kalo main kad pun kalo 20 x ckp…mesti nak 21…jgn marah semua..cuba renungkan dahulu…

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s