Ilmu Yang Dikutip Melalui Email Yang Dijawab…………..

Submitted on 2012/12/03 at 9:37 am | In reply to ishakahmad.

Tuan ishak (wali Allah) juga apa kurangnya. Sekarang ini, saya lihat, karangan serta penulisan tuan, sudah penuh dengan makna dan pengisian yang baik. Teruskan berkaria, saya suka baca karangan tuan.t.kasih wali Allah amin drp hj shaari

Submitted on 2012/12/03 at 12:55 am | In reply to feckk.

Cantik huraian tuan, namun tuan terlepasa pandang akan apakah sebenarnya maksud pertemuan diantara dua lautan!. Sebab itu, tempat laut itu, tidak diberi tahu kerana untuk menunjukkan kepada kita bahawa, bukan lautan diatas bumi yang Allah nak kiaskan!.

Maksud pertemuan antara dua lautan itu, adalah merujuk kepada pertemuan antara seorang insan dan Allah!. Bukan merujuk kepada dua lautan yang berada diatas bumi. Kiasan Allah itu, adalah merujuk kepada pertemuan antara lautan makhluk insan dan lautan Tuhannya!.

Maksud yang satu lagi, adalah merujuk kepada pertemuan antara lautan orang jahil dengan lautan orang alim atau ( pertemuan orang makrifat dengan orang syariat). Kiasannya pertemuan antara dua darjat Nabi. Seumpama pertemuan antara darjat ilmu Nabi Musa dan darjat Nabi Khidir.

Jika tuan-tuan boleh jawab pertanyaan saya itu, bererti persoalan batu boleh kembali timbul akan terjawab dengan sendiri?…………………………………..

Sedap dengar bahasa makrifat tuan. bahasa orang makrifat itu, sesungguhnya indah bila didengar. tidak seperti bahasa dr golongan feqah atau bahasa syariat!. Yg hanya tahu menghukum, t,kasih atas kesedaran serta pegangan tuan itu. amin drp hj Shaari

Sungguh hebat keyakinan hati tuan, terobat hati saya bila mendengar bahasa-bahasa makrifat yang begitu indah dan bererti sekali, yag datangnya juga dari dalam bahtera tuan. Apakah bahtera tuan juga kosong?. Jika kita sama-sama kosong, marilah sama-sama kita layari bahtera ini sehingga tengelam, hilang, ghaib, lebur, fana’ dan baqa. tengelam yang tidak bernisan biarpun buih dilaut. sekalipun tidak dihargai orang, biarlah, biarlah dan biarlah. Asal kita dapat Allah bersama.amin dr hj shaari

Submitted on 2012/11/20 at 11:47 am | In reply to muhammad.

saya terima alasan itu, dengan berbesar hati dan amat berlapang dada.Tetapi tidakkah nantinya tuan takut dipukul ombak dan karam kapal ditengah lautan, nanti mati siapa nak tolong. Lebih baik cari bahtera yang lebih baik!. amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/20 at 10:43 am | In reply to Rin Duku.

Sungguh meyentuh hati, bilamana membaca kata-kata tuan, membuat sekali lagi air mata saya berguguran membasahi pipi. Baru saya tahu dan baru ini saya sedar, bahawasanya masih ada orang yang sudi belayar bersama nakhoda yang mati dan bahtera yang tiada layar!. Dulu saya kira, saya bersendiri dalam melayari bahtera usang yang hampir reput.Terima kasih, terima kasih dan terima kasih kerana masih ada orang diluar sana yang menghargai pengorbanan saya.

Saya juga manusia biasa sebagaimana tuan-tuan, yang ada hati dan perasaan.Yang mudah tersentuh bilamana ada suara yang lunak didengar, memuji, memuja dan menghargai ilmu guru-guru terdahu. Saya bukan menangis kerana tuan-tuan memuji saya, saya menangis kerana mengenang guru-guru terdahu yang telah lama meninggalkan kita, sekiranya mereka masih ada dan mendengar suara-suara seperti tuan, sebagaimana yang saya dengar, alangkah terharunya hati mereka. terima kasih, terima kasiha dan teria kasih……………….drp hj shaari

Submitted on 2012/11/20 at 8:39 am | In reply to Latifah Harun.

Tubuh itu bersifat. Sedangkan Quraan itu, tidak berhuruf dan tidak bersuara?. mana sebenar-benar Quraan. t,asih krn sudi menjawab. Sya suka bilamana ada yang menjawab. t,kasih sekali lagi drp hj shaari

Submitted on 2012/11/20 at 8:19 am | In reply to mat yie.

Yang tuan baca selama ini itu apa?. Bukankah itu Al-Quraan?. Cukuplah baca mana yang ada, kenapa perlu cari Quraan yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara, nanti tuan tidak mampu untuk membacanya!. Sedanng Baginda Rasulullah sendiri yang tinggi darjatnya, lagikan mengigil untuk membacanya, inikan pula kita?.
Tidak perlulah tuan-tuan bersusah payah mencarinya. Orang zaman sekarang tidaksuyka kepada yang susah, sudah cukup dengan apa yang senang dan mudah, kenapa menempah susah?. Nasihat ikhlas dari hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 10:19 pm | In reply to ahmad pirdaus.

ilmu sy adalah ilmu kosong. dah kosong, macam mana nak curah lagi tuan. Jika tuan masih berhajat kepada yang kosong, insyakaalah akan saya tuang juga kedada tuan.Tuan telah menambah semangat saya untuk terus berkaria. amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 8:19 pm | In reply to ishakahmad.

Perzahirkanlah adanya mulutmu dengan berkata-kata!.Perzahirkanlah adanya kepandaian tangan mu dengan menulis.Perzahirkan adanya hudupu dengan berkelakuan. Sesungguhnya Allah memperzahirkan dirinya dalam bentul Nur Muhamad. Nur Muhamad memperzahirkan dirinya dalam bentuk Roh. Roh memperzahirkan dirinya dalam bentuk nyawa, Nyawa memperzahirkan dirinya dalam bentuk sifat dan sifat memperzahirkan dirinya dalam bentuk afaal.
Jadi tuan perzahirkablah diri tuan dalam bentuk tulisan. Oleh itu kembalilah bercakap ya…………drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 5:05 pm | In reply to muhammad.

Jika ianya betul-betul dalam keadaan tahu, tahu itu, akan pasti bertukar kpd “tidak tahu”. Orang mati sahaja yang bersifat tidak tahu. Setelah mati baru, benar-benar tidak tahu. Dan setelah mati dan setelah tidak tahu, itulah masanya tidak lagi termakan hukum!. Hukum berjalan diatas orang hidup!. Apakah penjenayah yang mati itu, masih lagi dijatuhi hukum oleh hakim?. Tentu tidakkan!. Untuk tidak dijatuhi hukum dan tidak menanggung hukum (tidak dimakan hukum), jadilah diri tuan-tuan sebagaimana orang mati!.T.kasih atas kefaham yang tuan lontarkan itu. semoga tuan bertambah berkat.amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 4:59 pm | In reply to ishakahmad.

Tuan, saya bangga dengan kalimah .”yang kosong itu,memang benar-benar kosong”. fahaman itu, adalah faham yang mendalam.amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 4:56 pm | In reply to muhammad.

Tuan, Kitab saya ini, adalah kitab baharu!. Saya tidak ada kitab SEDIA KALA!. Kitab keluaran saya itu, adalah kitab baharu. Tidak banyak ilmu sebagaimana kitab “SEDIA KALA”. Ibu minyak wangi, selalunya tengik atau hapak atau busuk untuk dicium. Setelah saya campur sedikit air, barulah wanginya boleh memenafatkan penciuman!. Cuba-cubalah cium ilmu didalam kitab saya, mudah-mudahan beroleh menafaat!.amin drp hj Shaari. Kiranya berhajat, sila sms alamat kpd no.019 4444 371 nanti sy poskan. amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 3:51 pm | In reply to muhammad.

t.Kasih tuan, itupun dengan izin Allah jua, sy cuma melengkap tulisan yang sudah kering tertulis diluh hul mahfuz.amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 2:32 pm | In reply to Iskandar Ahmad.

Mengalir air mata saya bilamana membaca ayat-ayat dan susunan bahasa yang tuan gunakan. Dengan pujian tuan itu, membuat saya teringat kepada ayahnda saya Hj. Mohd Yusof Cik Wook. Ini bukannya ilmu saya tuan, ini ilmu ayahnda saya yang diturunkan oleh beliau kepada saya. Saya tidak punya apa-apa ilmu, melainkan ilmu beliau!. Berterima kasihlah kepada para-para guru terdahulu bukannya saya tuan. Ilmu saya, adalah ilmu perigi buta, ilmu tin kosong, ilmu kejian dan tomohan orang dan ilmu kedai-kedai kopi sahaja. Tidak lay

Submitted on 2012/11/19 at 2:27 pm | In reply to zara.

Saya suka dengan seruan tuan!, Tuan telah bersama saya menyeru mereka yang diluar sana. Ayoh kita bersama-sama menyeru, tidaklah saya rasa bersendirian dalam mengharungi jalan berduri ini.amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 2:23 pm | In reply to yong.

Benar kata tuan itu. sembahyang untuk menyatakan Allah. Sayangnya yang hendak dinayatakan itu tidak mereka kenal?.Yang nyata oleh kebanykkan dari kita itu, adalah wang dan perempuan!. Bilaman tidak mengenal Allah, bagaimana nak menyatakan Allah?. Biarpun Allah itu lebih nyata dari segala makhluk yang nyata!. T.kasih atas kefahamatuan itu. amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 2:21 pm | In reply to alqaiyum.

Nak sembah siapa dan nak puji siapa lagi, kiranya sifat makhluk itu binasa?. Kitakan dah mati, bilamana mati, apalagi yang tersisa?. Melainkan hanya Allah……………….T.kasih yag tidak terhingga atas kefaham yang begitu tepat dan padat.amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 12:05 pm | In reply to ishakahmad.

T.kasih atas kefahaman yang tidak boleh dijual beli itu!. Kefahaman itu tidak boleh dibeli diuniversiti al-azhar atau di universit Jorden!. Tidak boleh dibeli dipondok2 atau dimasjid!T.kasih anak didik ku! drp hj Shaari

Submitted on 2012/11/19 at 12:05 pm | In reply to ishakahmad.

T.kasih atas kefahaman yang tidak boleh dijual beli itu!. Kefahaman itu tidak boleh dibeli diuniversiti al-azhar atau di universit Jorden!. Tidak boleh dibeli dipondok2 atau dimasjid!T.kasih anak didik ku! drp hj Shaari

Submitted on 2012/11/19 at 12:03 pm | In reply to marilahbersolat.

Cuba tanya isteri tuan, apakah semasa kedatangan haid, dia lupa kepada Allah?. Atau cuba tuan pergi derma darah, apakah semasa darah itu dipam keluar, menyebababkan tuan lupa Allah!. Bukan haid atau nifas yang menjadi perkara. Itu cuma kiasan atau ibarat semata-mata. maksud yang disebalik haid dan nifas yang hendak kita faham!. sila lihat web saya, saya ada sambung bab itu !.t.kasih drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 12:00 pm | In reply to achot.

Jika berguru dengan guru dari langit sekalipun sekiranya tidak dikehendaki Allah. Biarpun dengan secebis ayat, jika Allah berkehendak!. Jadi guru kita itu, adalah diri kita sendiri.Itulah makanya ramai dikalangnan kita tidak ramai yang tahu agama, kerana takut dengan bayag sendiri. Bacalah dan bergurulah dengan apa-apapun, kerana sesungguhnya yang memberi faham itu Allah!. Jangan cari guru selain diri. t.kasih drp hj shaari.

Submitted on 2012/11/19 at 11:56 am | In reply to Iskandar Ahmad.

Sy amat terharu dan bangga dengan kefahaman yang tuan luahkan. Setelah segala-galanya terserah dan terpulang serta kembali kpd Allah, apa lagi yang tinggal?. Yang tinggal hanya Allah…………….t.kasih drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 11:51 am | In reply to rpcm.

Allah yang kita sebut itu, hanya nama, mana tuan yang empunya nama?. Bertuhankan kepada nama itu, hukumnya kafir.Allah bukan nama!. Keberanian menjawabb tuan itu, saya hargai. Sekurang2nya menjawab biarpun salah.amin dan T.Kasih drp hj shaari

Submitted on 2012/11/19 at 5:00 am | In reply to rinduku.

nanti sy akan karang baba solat tak lama lagi, tuan lihat disana. Sebelum itu tuan cari sulu siapa yang solat sebelum solarm silat didalam solat dan siapa yag solat sesudah solat! drp hj shaari

Submitted on 2012/11/17 at 11:40 pm | In reply to akudanunitamanah.

Allah bernama Allah itu, setelah adanya Nur Muhamadd. Sebelum itu, Allah tidak bernama!. Mari kita cari nama yang sebelum bernama!. t,kkasih krn sudi menjawabb.drp hj shaari

Submitted on 2012/11/17 at 11:39 pm | In reply to Iskandar Ahmad.

saya sangat tertarik dengan jawapan tuan, tertarik dengan perkataan diri yang didalam diri!. Jika tahu tuan empunya diri yang didalam diri, itulah jawapannnya. t,kasih krn memberi komen.drp hj shaari

Submitted on 2012/12/01 at 5:37 am | In reply to syed.

Benar sebagaimana pendapat laman web Tuan syed.
1) Orang makrifat itu, harus melalui Syariat
2) Seorang mursyik itu, adalah orang yang tidak lagi ada istilah keakuan
3) Al-Quraan dan Sunnah itulah pegangan orang makrifat

Yang tidak benarnya hanya satu, iaitu supaya jangan berkias, bila mengajar makrifat!
Yang ini, agak tidak tepat!. Bahasa Al-Quraan sendiri, lagikan berkias dan Hadis juga berkias. Jika tidak berkias, kenapa Allah tidak memperkenalkan terus diri Nya itu secara terang, supaya mudah kita semua kenal Dia?. Kenapa Allah juga hendak berkias?. Rasullulah sendiri berkias. Semasa sahabat bertanya “siapakah engkau ya Muhamad”. Beliau menjawab bahawa “aku bernama Ahmad bilal mim” (ejaan ahmad tanpa huruf mim) itu, adalah bagi membawa maksud “Ahad”. Kenapa tidak Rasul berterus terang sahaja?, yang aku ini …………….

Terima kasih krn memberi pendapat!. Namun jika tidak ada kias, maka tidaklah ia bernama makrifat?. Itu makanya Allah itu, nama yang tersembunyi. Jika tidak kenapa tidak ditunjukkan saja dirinya kepada kita, senang kita lihat dan tidak lah mencari-cari dan meraba-raba seperti sekarang?.

Tanam ubi itu, tidak pernah boleh dicabut pada hari yang sama dengan hari yang ditanam!. Menitisnya air diatas batu itu, tidak terus-terus berlubang, ianya memakan masa yang lama, baru batu itu berlubang. Bertelurnya ayam itu juga, perlu kepada “ram” dulu, baru menetas. Begitu juga ilmu makrifat!……….

Terima kasih tuan Syed drp hj shaari ja 5.36 pagi 1hb Nov

Submitted on 2012/11/30 at 1:06 pm | In reply to ikhwan.

Sekali lagi saya mengajak dan menyeru kepada tuan-tuan sekalian supaya kembali kepada ajaran saudara ikhwan. Ikhwanlah yang layak dipanggil guru, yang memiliki semua aspek ilmu!. Nasihat saya kepada para pembaca sakalian, jangan lagi tuan-tuan baca blog saya, kerana ilmu saya, adalah ilmu sesat lagi menyesatkan. Saya seorang penulis yang tidak memiliki akal, hanya sekadar mengikut nafsu!. dan tangan yang fakir ilmu ini tidak layak menulis sebenarnya!.Tidak sebagaimana berilmunya tuan guru Ikhwan yang saya hormati lagi dikasihi Allah.

Jika tuan-tuan ikuti blog saya, takut-takut nanti tuan-tuan semua terikut-ikut sesat sebagaimana saya. Saya memang sesat dan saya memang salah, sesat dan tidak pandai dalam berilmu makrifat!. Saya hanya layak dalam berilmu, bodoh, jahil, gila dan dunggu!. Maklumlah ayahnda saya Mohd Yusof Cik Wooak itu, anak murid Tok Kenali yang sesat. Seorang guru yang tidak terkenal dan guru yang tidak ada nama dalam dunia Islam. Kiranya ayahnda saya masih hidup, saya pasti dengan sebenar-benar pasti, dia (ayahnda saya) juga akan berguru dengan saudara ikhwan!. Terimalah tuan guru ikhwan, saya dan ayahnda saya Almarhum Tuan guru Haji Mohd Yusof Cik Wook, sebagai murid tuan guru ikhwan!.

Inilah yang tuan guru ikhwan kehendaki dari saya (Haji Shaari), kini saya dengan rela,ikhlas hati dan dengan rasa rendah diri, menarik balik segala ilmu makrifat yang telah saya tulis dalam blog dan saya dengan rendah diri, memohon maaf kepada tuan guru ikhwan.Maklumlah saya budak baru belajar makrifat!, ditambah pula dengan jahil, bodoh, gila dan dunggu!.

Saya sebagai seorang murid yang bodoh, saya ikut seruan tuan guru Ikhwan yang menyuruh saya supaya meminta maaf kepada tuan dan menarik balik ajaran-ajaran saya tulis melalui blog. Sekarang sudah saya lakukan sebagaimana saranan tuan guru Ikhwan. Dengan kenyataan saya secara terbuka kepada pengikut-pengikut blog saya, semoga tuan guru Ikhwan berpuas hati. Saya sanggup mendoakan semoga tuan guru ikhwan diberkati Allah, selamat sejahtera dan keluarga tuan juga saya doakan didalam lindungan Allah Amin. Saya juga mewakili sahabat-sahabat lain memohon maaf.

Azan jumaat sudah kedengaran, saya minta izin dari tuan guru Ikhwan untuk menunaikan fardhu jumaat!. amin drp Hj Shaari

Submitted on 2012/11/30 at 12:54 pm | In reply to ikhwan.

Tuan ikhwan yang saya kasihi lagi saya hormati, memang saya seorang yang jahil ilmu dan tidak sedikitpun berilmu sebagaimana tuan. Mulai hari ini, saat ini dan tanggal ini, saya mengaku tuan sebagai guru saya duani dan akhirat. Saya benar-benar ingin belajar dengan tuan, kerana tuan seorang yang berilmu tinggi. Saya hanya budak kampong yang tidak pernah mendapat didikan Islam. Jadi berilah saya tunjuk ajar, kiranya saya bersalah dan menyusahkan hati tuan, saya muhun aampun dan maaf. Tidak berniat dihati saya melukai hati tuan. Saya memang seorang fakir ilmu yang hanya mengajar ilmu kosong, tidak sebagaimana tuan yang mengajar ilmu yang penuh isi.

Kepada semua yang belajar ilmu saya dan jangan sekali-kali megambil faham akan ilmu saya, kerana ilmu saya ini adalah ilmu sekadar kedai ko[pi dan sekadar ilmu omong kosong semata-mata dari seorang yang sudah mati!. Bahtera yang tiada layar, selayaknya jagan ditumpangi. mari kita semua berbalik kepada saudara ikhwan.

Terima kasih tuan guru ikhwan kerana menyedarkan saya yang fair ilmu. Kepada pembaca blog haji shaari sekalian, mari kita sama-sama saya secara beramai-ramai berbalik kepada ajaran yang diajar daripada ulamak kita yang bernama saudara ikhwan.

Ilmu saya ini, adalah ilmu kosong dari sebuah bahtera usang yang tiada layar dan dari seorang nahkhoda yang mati!. Saya dan para sahabat-sahabat yang mengikuti blog saya dengan rasa rendah diri, marilah kita secara beramai-ramai mendoakan supaya guru baru kita saudara Ikhwan diberkati Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, selamat dan sihat sejahtera tubuh badan begitu juga kepada keluarga dan anak isteri tuan guru baru kita “Ikhwan”!. Amin-amin ya Allah. drp hj shaari

Submitted on 2012/11/30 at 1:06 pm | In reply to ikhwan.

Sekali lagi saya mengajak dan menyeru kepada tuan-tuan sekalian supaya kembali kepada ajaran saudara ikhwan. Ikhwanlah yang layak dipanggil guru, yang memiliki semua aspek ilmu!. Nasihat saya kepada para pembaca sakalian, jangan lagi tuan-tuan baca blog saya, kerana ilmu saya, adalah ilmu sesat lagi menyesatkan. Saya seorang penulis yang tidak memiliki akal, hanya sekadar mengikut nafsu!. dan tangan yang fakir ilmu ini tidak layak menulis sebenarnya!.Tidak sebagaimana berilmunya tuan guru Ikhwan yang saya hormati lagi dikasihi Allah.

Jika tuan-tuan ikuti blog saya, takut-takut nanti tuan-tuan semua terikut-ikut sesat sebagaimana saya. Saya memang sesat dan saya memang salah, sesat dan tidak pandai dalam berilmu makrifat!. Saya hanya layak dalam berilmu, bodoh, jahil, gila dan dunggu!. Maklumlah ayahnda saya Mohd Yusof Cik Wooak itu, anak murid Tok Kenali yang sesat. Seorang guru yang tidak terkenal dan guru yang tidak ada nama dalam dunia Islam. Kiranya ayahnda saya masih hidup, saya pasti dengan sebenar-benar pasti, dia (ayahnda saya) juga akan berguru dengan saudara ikhwan!. Terimalah tuan guru ikhwan, saya dan ayahnda saya Almarhum Tuan guru Haji Mohd Yusof Cik Wook, sebagai murid tuan guru ikhwan!.

Inilah yang tuan guru ikhwan kehendaki dari saya (Haji Shaari), kini saya dengan rela,ikhlas hati dan dengan rasa rendah diri, menarik balik segala ilmu makrifat yang telah saya tulis dalam blog dan saya dengan rendah diri, memohon maaf kepada tuan guru ikhwan.Maklumlah saya budak baru belajar makrifat!, ditambah pula dengan jahil, bodoh, gila dan dunggu!.

Saya sebagai seorang murid yang bodoh, saya ikut seruan tuan guru Ikhwan yang menyuruh saya supaya meminta maaf kepada tuan dan menarik balik ajaran-ajaran saya tulis melalui blog. Sekarang sudah saya lakukan sebagaimana saranan tuan guru Ikhwan. Dengan kenyataan saya secara terbuka kepada pengikut-pengikut blog saya, semoga tuan guru Ikhwan berpuas hati. Saya sanggup mendoakan semoga tuan guru ikhwan diberkati Allah, selamat sejahtera dan keluarga tuan juga saya doakan didalam lindungan Allah Amin. Saya juga mewakili sahabat-sahabat lain memohon maaf.

Azan jumaat sudah kedengaran, saya minta izin dari tuan guru Ikhwan untuk menunaikan fardhu jumaat!. amin drp Hj Shaari

Submitted on 2012/11/30 at 12:54 pm | In reply to ikhwan.

Tuan ikhwan yang saya kasihi lagi saya hormati, memang saya seorang yang jahil ilmu dan tidak sedikitpun berilmu sebagaimana tuan. Mulai hari ini, saat ini dan tanggal ini, saya mengaku tuan sebagai guru saya duani dan akhirat. Saya benar-benar ingin belajar dengan tuan, kerana tuan seorang yang berilmu tinggi. Saya hanya budak kampong yang tidak pernah mendapat didikan Islam. Jadi berilah saya tunjuk ajar, kiranya saya bersalah dan menyusahkan hati tuan, saya muhun aampun dan maaf. Tidak berniat dihati saya melukai hati tuan. Saya memang seorang fakir ilmu yang hanya mengajar ilmu kosong, tidak sebagaimana tuan yang mengajar ilmu yang penuh isi.

Kepada semua yang belajar ilmu saya dan jangan sekali-kali megambil faham akan ilmu saya, kerana ilmu saya ini adalah ilmu sekadar kedai ko[pi dan sekadar ilmu omong kosong semata-mata dari seorang yang sudah mati!. Bahtera yang tiada layar, selayaknya jagan ditumpangi. mari kita semua berbalik kepada saudara ikhwan.

Terima kasih tuan guru ikhwan kerana menyedarkan saya yang fair ilmu. Kepada pembaca blog haji shaari sekalian, mari kita sama-sama saya secara beramai-ramai berbalik kepada ajaran yang diajar daripada ulamak kita yang bernama saudara ikhwan.

Ilmu saya ini, adalah ilmu kosong dari sebuah bahtera usang yang tiada layar dan dari seorang nahkhoda yang mati!. Saya dan para sahabat-sahabat yang mengikuti blog saya dengan rasa rendah diri, marilah kita secara beramai-ramai mendoakan supaya guru baru kita saudara Ikhwan diberkati Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, selamat dan sihat sejahtera tubuh badan begitu juga kepada keluarga dan anak isteri tuan guru baru kita “Ikhwan”!. Amin-amin ya Allah. drp hj shaari

Submitted on 2012/11/30 at 12:38 pm | In reply to Nasruddin Naser.

Jam sekarang menunjukkan pukul 11.59. Semalam pagi tanggal 29hb. Okt Saya baru balik dari Sabah. Setelah berihat dan mengemas barang-barang dari sabah, saya mula membaca blog. Saya amat-amat terpanggil untuk membaca blog dari salah seorang pengemar Ilmu makrifat Tok Kenalil “Nassrudin Naser”.

Belum habis saya baca, lebih kurang 4 atau 5 baris dr tulisannya, hati saya tidak sabar-sabar untuk menekan butang APPROVE. Lalu biarpun belum habis saya baca, saya menekan butang APPROVE, dengan tidak semena-mena, tulisan itu semuanya bertukar warna merah!. Beberapa kali sy cuba untuk megembalikannya semula kpd seperti biasa, namun tidak dapat. Tidak pernah berlaku pasa saya sebelum ini, sy tidak tahu pada pegalaman tuan-tuan. Akhirnya setelah dicuba beberapa kali lagi, ianya balik kepada asal!.

Setelah sy approve, saya sambung baca, ternyata tulisan dari sahabat kita ini, amat menarik dan orang seumpama inilah yang sy cari-cari selama ini.

Jangan sekali-kali kita pandang pada bilangan nama-nama Allah, Nama Allah itu, tidak terhitung, tidak terkira dan tidak terjumlah dengan hitungan ANGGKA!. walau air tinta diganda tujuh lautan, sesungguhnya masih tidak terhitung, terjumlah atau tertulis nama Allah itu!.

Kenapa nak cari nama yang banyak, sedangkan nama yang satu itu, sudah melengkapai nama yang banyak!. Adapun maksud nama yang tersembunyi itu, adalah nama yang tidak berhuruf dan nama yang tidak bersuara. Adapun nama yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu pula, nyata, terang dan jelas pada Alam, kenapa masih tidak kamu lihat?. Kenapa masih perlu cari nama yang ke 3000, ke 1000 atau ke 99?. Anggka-anggka itu hanya sekadar bilangan kiasan, dalil atau sekadar perumpamaan!. Bagi mempermudahkan faham!.

Tidakkah nama yang satu dan nama yang tersembunyi itu, nyata dan lagi terang terzahir, terlihat, tertilik dan terpandang pada diri kamu sendiri?. Setelah terang dan nyata pada diri kamu sendiri, apakah ia masih lagi dikatakan tersembunyi dan apakah ianya masih lagi berbilang-blang pada anggka?. Setelah hilang kabus, timbullah terang!. Kabus yang menutup atau menghijab dari melihat diri yang sebenar diri atau nama yang tersembunyi itu, adalah diri kamu sendiri!. (wafian fusikum afala tufsirun)”tidakkah kamu melihat pada diri kamu sendiri?”.

Setelah berjumpa dengan diri yang empunya diri (tuan yang empunya diri), itulah yang dikatakan nama yang tersembunyi!. Jika tuan-tuan mengenal diri, maka kenallah ia kepada Tuhannya!.Barang siapa yang mengenal Tuhannya Allah, maka binasalah sekalian alam!. Setelah binasa sekelian alam, maka disitulah timbulnya Allah itu benar-benar bersifat ada (wujud) dan makhluk itu benar-benar bersifat tidak ada. Selagi kita bersifat ada dan Allah pun juga bersifa ada, ertinya kita telah mensyirikkan Allah (menduakan Allah). Mari kita adakan Allah itu dengan bersifat ada dan makhluk itu dengan bersifat tidak ada. Setelah makhluk bersifat tidak ada , barulah Allah itu benar-benar bersifat wujud (ada).

Untuk itu sy benar-benar berterima kasih kpd tulisan tuan, yang menasihati peminat-peminat lain, agar jagan melayan dan jangan membalas balik tuduhan daripada blog yang bernama ikhwan. Tidak perlu kita tuduh dia sesat dan tidak perlu ajak dia bergaduh. Tidak ada makna bergaduh dan tidak ada makna berdebat. Biarlah dia menuduh saya sesat, saya sedikitpun tidak berkecil hati!.

Adapun tujuan sebenar saya menulis nama Allah yang berjumlah banyak itu, adalah bagi mencari orang-orang seperti ikhwan. jadi cukup-cukuplah menuduh ikhwan bodoh, tolol dan jahil. Yang menggerak atau yang mendorong hati orang-orang seperti ikhwan supaya menuduh saya sesat itu, sesungguhnya pun dari gerak Allah jua. Malahan dikeranakan beliaulah kita semua beroleh tahu untuk menilai mana satu orang berilmu makrifat dan mana satu orang yang berfahaman hanya feqah dan syariaat. Itulah tujuan saya bubuh nama Allah itu melebihi anggka, supaya timbulnya orang-orang seperti ikhwan, bagi kita membuat perbandingan!. Terima kasih kepada saudara Nasrudin Naser. amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/30 at 11:52 am | In reply to futuragenda1.

Benar sebagaimana saudara katakan!. Bila mana kita sudah sampai kepada tahap pandangan hati, kita tidak akan kata orang salah atau orang sesat. Sy berterima kasih kpd futuregenda 1. atas kefahamannya. Itulah baru dikatakan orang yang benar-benar berilmu. Saya mengajak kpd pengemar ilmu makrifat Tok Kenali, jangan sekali-kali, mengatakan orang sesat atau salah. Yang menuduh sesat itu, berkemungkinan terlebih sesat dari yang dituduh. Mari kita sama-sama menghormati ilmu orang lain, kiranya kita belum sampai kpd tempatnya!. Terima kasih drp hj Shaari

Submitted on 2012/11/30 at 11:38 am | In reply to walizsongo.

Benar kata tuan itu, jika seorang guru yang mengenal Allah, tidak sedikitpun menyalahi ilmu orang lain. Malahan segala ilmu itu benar belaka!. yang tidak benar itu, adalah krn ketidak fahaman kita!. Krn kita tidak faham, kita tuduh ilmu orang itu salah dan ilmu orang ini sesat. Sebenarnya kita tidak tahu yang diri sendiri itulah yang sesat!. Saya nasihat kepada semua pengemar bidang ilmu saya, jangan sekali-kali diantara kita cuba-cuba menuduh orang itu sesat atau orang ini salah. Biar orang tuduh kita, asal jangan kita tuduh orang!. Rumput dijadikan Allah ada bahagiannya. lalang ada bahagiannya, harimau ada bahagiannya dan salah dan silap itu ada bahagiannya disisi Allah. Tidakkah krn perkara salah itu, membuat kita tahu erti benar dan tidakkah krn adanya hitam, membuatkan kita tahu apa itu putih!. amin Drp hj Shaari

Submitted on 2012/11/30 at 11:29 am | In reply to MOHD FAUZI.

Benar kata tuan dan kata guru-guru terdahulu itu, apa-apapun segala huruf itu, terhenti ia pada huruf titik!. Carilah huruf titik yang satu itu, yangh ada pada diri kamu sendiri!.drp hj Shaari

Submitted on 2012/11/30 at 11:26 am | In reply to futuragenda1.

Sya tertarik dengan ayat pandangan nafsu. (org lain pandang cantik, kita pandang buruk!). Itulah hakikatnya ulamak zaman sekarang, Mereka hanya nampak dan pandang hanya pada perkara ranting atau cabang (FURUK), tetapi pokoknya langsung tdk dipedulinya!. Seumpama perkara nama Allah satu yang tersembunyi. Bergaduh kepada perkara bilangan!. Sedangkan nama Allah tidak terbilang, bukan 30000, bukan 100, nama Allah itu sebenarnya dalam tidak terbilang itu, sebenarnya tersembunyi dalam yang satu!. anggka pada bilangan itu, hanya sekadar kiasan semata-mata, bagi mempermudahkan faham!. Yang banya itu, sebenarnya bagi menyatakan yang :SATU:. Terima kasih drp hj Shaari

Submitted on 2012/11/30 at 11:20 am | In reply to Hasnah Johan.

Tuan, maf krn lambat menjawab. Saya baru balik dari sabah (6 hari) disabah. Sukur krn telah mendpt petunjuk Allah. Cari lah Allah dalam dirimu sendiri!. Jangan cari Allah dalam pondok, jangan di Jorden, Jangan di Mesir dan jangan di Sekolah!.Dan jangan cari dari GURU, carilah dalam diri kamu sendiri!. Drp Hj Shaari. amin

Submitted on 2012/11/26 at 8:48 am | In reply to latif.

Benar kata tua itu, selagi bergantung kepada nama, beerti kita belum mengenal diri dan belum lagi mengenal Allah!. Allah bukan nama dan Allah bukan huruf!. Carilah nama Allah yang tdk berhuruf dan yg tdk bersuara?. t,kasih krn pendapat yanng baik. Amin dr hj shaari

Submitted on 2012/11/22 at 6:07 pm | In reply to ishakahmad.

Jawapan tuan dalam bab ini, sangat cantik, jelas dan teratur dan tuan telah menggunakan bahasa orang terkini. Itulah jawapan yang tepat dan bernas. Basah itu bukan merujuk kepada air!. Basah itu merujuk kepada hati yang tidak putus. Hati yang tidak benar-benar yakin atas apa perbuatan ibadah yang kita buat. untuk mengetahui tuan-tuan dalam keadaan kering atau basah, sila jawab solan saya ini dengan tepat dan jelas!.

Jika tak dapat jawab, bererti tuan-tuan dalam keadaan basah (haram). Jika dapat jawab, tuan-tuan ditakrif dalam keadaan kering (hahal) saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Contohnya :semasa tuan-tuan bersembahyang, mana yang dikatakan niat?. “sahaja aku sembahyang maghrib 3 rakaat kerana Allah Taala”, sebutan yang tuan-tuan sebut itu, itu adalah “lafas niat” bukannya “niat”.

Tuan-tuan baru melafaskan niat, sedangkan niat, belum lagi tuan-tuan lafas. yang tuan-tuan sebut itu, adalah perkara lafas niat, bukannya perkara niat!. Sebenar-benar niat itu, tuan-tuan belum lagi sebut dan belum lagi lafas!. ,

Mana niat yang dikatakan sebenar-benar niat?……… jika tak tahu, itulah ertinya tuan dalam berkeadaan basah (haram). Basah buan merujuk kepada air, tetapi basah itu merujuk kepada tidak jelas, tidak yakin, tidak putus dan dalam berkeadaan was-was, ragu-ragu, syak, zam atau masih dalam berkeadaan waham (samaada ia atau tidak itu, sama banyak). Itulah pengertian basah!

Saya tanya lagi, semasa tuan-tuan angnkat takbir, “Allah hu akbar”. Bagaimana tuan-tuan nak ingat Allah, Allah tidak boleh dibayang-bayangkan, tidak boleh digambar-gambarkan dan tidak boleh di kenangn-kenangkan. Jika semua nya tidak boleh, sudahnya tuan-tuan nak ingat Allah lagu mana?. cuba jawab? jika tuan-tuan tidak boleh jawab, itulah maksud atau ertinya perkataan “basah” (haram) T.kasih. drp hj shaari

Submitted on 2012/11/22 at 5:43 pm | In reply to norrizan.

jika segala-galanya Allah, apakah kita boleh mengaku yang kita itu Allah?. jika Kita bukan Allah!, kita tidak boleh kata yang kaki kita itu kaki Allah atau tangan Allah?. Kita tidak boleh mengaku yang anggota tangan atau kaki kita itu Allah. Tak boleh kata tangan atau kaki Allah!. Dan tidak juga boleh nak kata anggota tangan atau kaki itu atangan atau kaki kita?. sudahnya kita nak kata tangan atau kaki siapa?. kena cari itu……………… nak kata tangan atau kaki Allah, tak boleh. nak kata tangan atau kaki kita lagi tak boleh. Jadi apa sudahnya kita ini?……………….. Saya mahu sahabat-sahabat lain turut memberi jawapan! drp hj shaari

Submitted on 2012/11/22 at 5:34 pm | In reply to ismail.

Mana ada Allah sembah Allah!. Saya nak tanya , apakah tuan memanggil-manggil diri sendiri?. jika tuan tidak pernah memanggil diri sendiri, begitu juga Allah. Allah tak sembah dirinya sendiri!……………..

Submitted on 2012/11/22 at 5:33 pm | In reply to ismail.

Jika yang ada itu hanya Allah, dimana nak kita simpam diri yang berjasad ini?. Jika kita kata yang ada itu hanya Allah, bererti diri kita tidak ada. Cuba tuan pegang diri tuan, ada tak?. Jika diri tuan ada dan Allah pun juga bersifat ada, bermakna sudah ada dua sifat wujud. Ini boleh mensyirikkan kita!. jika kita kata kita tidak ada, sedangkan yang sekarang membaca itu siapa?. nak mengaku kita ada, hukumnya syirik dan nak kata diri kita tidak ada, sedangkan pada hakikat rialiti sebenar ianya ada?. ana tuan nak duduk?.cuba jawab? adakah sudah dengan duduk ditempat diawang-awangnan? sampai bila nak duduk begitu. Mati dah hampir, sesudah mati, kita dah tak berkesempatan utk belajar dah!………drp hj shaari

Submitted on 2012/11/22 at 5:27 pm | In reply to muri.

Indah bahasa tuan itu, sys gakum dengan nulilan rasa tuan. tapi dimana nak kita letakkan rasa itu?. Apakah diawang-awangan?. apakah letaknya rasa itu sekadar dilidah?. Cari tempat letaknya rasa itu pada tempatnya?. dro hj shaari

Submitted on 2012/11/22 at 5:19 pm | In reply to AHA.

Tuan kata haramnya anjing itu pada tangan, apakah tangan kita kita haram?. Jika haram itu pada tangan, kenapa tangan kita itu, boleh dibawa sembahyang!.jika diri kita haram, diri tak boleh lagi dibawa sembahyang?. Jawapan tuan sudah hampir-hampir mengena!. Cuba lagi sekali.T,kasih dr hj shaari

Submitted on 2012/11/22 at 5:13 pm | In reply to maribersolat.

bab cermin, suluhan tuan teramat tepat!, cermin itulah sebenar-benar diri kita. ttp bab nama tersembunyi tertakluk kpd diri, kurang tepat.t.kasih krn telah memberi perkongsian ilmu.amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/21 at 6:33 am | In reply to Azree.

benar segalanya kepunyaan Nya. Tahu atau tidak adalah miliknya. Tapi org berilmu dgn yag tdk berilmu itu, bezanya seumpama orang mati dgn orang hidup atau seumpama siang dgn malam!. Lbh baik jadi orang yang berilmu tahu, agar akhirat esuk ada lampu untuk menjawab bila disoal?………………..drp hj shaari

Submitted on 2012/11/21 at 6:30 am | In reply to Rin Duku.

Jawapan tuan itu memang benar. Tetapi tuan sesat didalam terang. Khilafnya hanya sedikit shj lagi. naik satu tangga lagi tuan jumpa dgn jawapannya!. t.kasih drp hj shaari
makrifattokkenali.wordpress.com x
makrifattokkenali@gmail.com
180.74.203.252

Submitted on 2012/11/21 at 6:25 am | In reply to Rin Duku.

Cermin kaca pelita, cuba menghalang, menghadang dan menutup cahaya dari keluar, namun cahaya diatas cahaya dan cahaya didalam cahaya tetap menembusi didnding kaca dan tetap menyinari sampai keluar cermin. Didalam cahaya ada cahaya!, diluar cahaya ada cahaya! dan diatas cahaya ada cahaya!.

Tak dapat dipegang cahaya itu, tak dapat diraba cahaya itu dan sesungguhnya mata tidak dapat melihat cahaya itu. Cuba tutup mata diwaktu panas terik, apakah cahaya itu hilang?. Yang hilang itu, pandangan tuan, sedangkan cahaya tidak hilang, malahan ianya tetap bersinar?.

mana satu nama yang hilang itu?. Sengaja saya gantung persoalan ini, supaya orang tahu menghargai ilmu ini. Ilmu ini bukan senang dan bukan susah. Tapi jika tuan dapat tangkap maksud tersirat, jawapannya sudah terhidang!………………drp hj shaari

Submitted on 2012/11/21 at 6:12 am | In reply to Abu Bakar Sahar.

pada awalnya tuan sudah buat pengakuan yang KITA TIDAK ADA DAYA UPAYA. pada masa yang lain pula, tuan masih lagi menggunakan daya upaya akal, usaha, ikhtiar?. Mana satu yang menjadi pegangan tuan?. Duduk itu biar kemas, teguh, berpeganglah pada dahan yang kuat dan tetap!.

Tidakkah kita ini sudah mati?. bilamana mati, apakah lagi ada daya upaya kita?. akal, ikhtiar atau usaha itu, hanyalah perhiasan diri, yang tidak boleh bergerak tanpa izin Allah………………………………..drp hj shaari

Cermin kaca pelita, cuba menghalang, menghadang dan menutup cahaya dari keluar, namun cahaya diatas cahaya dan cahaya didalam cahaya tetap menembusi didnding kaca dan tetap menyinari sampai keluar cermin. Didalam cahaya ada cahaya!, diluar cahaya ada cahaya! dan diatas cahaya ada cahaya!.

Tak dapat dipegang cahaya itu, tak dapat diraba cahaya itu dan sesungguhnya mata tidak dapat melihat cahaya itu. Cuba tutup mata diwaktu panas terik, apakah cahaya itu hilang?. Yang hilang itu, pandangan tuan, sedangkan cahaya tidak hilang, malahan ianya tetap bersinar?.

mana satu nama yang hilang itu?. Sengaja saya gantung persoalan ini, supaya orang tahu menghargai ilmu ini. Ilmu ini bukan senang dan bukan susah. Tapi jika tuan dapat tangkap maksud tersirat, jawapannya sudah terhidang!………………drp hj shaari

Dengan penuh hakqul yakin tuan berbahasa. Semoga tuan selalu mendapat ketinggian ilmu oleh Allah dalam memahmi hakikat ilmu makrifat.Kita sudah tidak ada!. tidak lagi perlu melihat angkara dunia. Anggkara dunia itu, adalah pentas penzahiran Allah, bagi mereka2 yang mahu melihat!.

Didalam gelap itu, sebenarnya terang dan didalam terang itu, sebenarnya gelap!.Allahlah terang dan gelap itu. Serah segala-galanya kepada Allah. Jangan fikirkan tentang kejadian yang Allah tetapkan. Mari kita fikir diri yang selalu lupa kpd Allah!.amin

Submitted on 2012/11/20 at 12:20 pm | In reply to ishakahmad.

Sebaik-baik kalau mati kita itu, ditunggu Allah. Bagaimana pula jikalau matinya kita itu, ditunggu neraka atau ditunggu malaikat dengan batang kayu yang berduri, yang hanya tunggu masa untuk menghentam kepala tuan!. Dari dunia kita tidak kenal Allah, bagaimana nantinya sesudah mati, bertambah-tambahlah seksanya!.

Tuan, sekiranya boleh, Saya tidak mahu mati, tapi apakan daya saya sudah lama mati. Matinya saya itu, adalah mati yang tidak lagi boleh balik semula kealam dunia. Bagi orang-orang yang belum mati, berhati-hatilah MELAYARI KEHIDUPAN, supaya kelak, matinya kita dalam mengenal makrifat . amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/20 at 12:12 pm | In reply to emrano.

kalau mati, siapa nak jaga anak isteri dan kalau pokit kosong bagai mana nak belanja dapur. Apakah cukup dengan Allah yang tidak tahu hujung pangggkal?. jika tahupun Allah itu, ianya hanya tdk lebih dari hanya nama?. mana sebenar-benar Allah yang tidak pakai nama dan tidak pakai apa-apa bunyi atau huruf. t.kasih atas keikhlasan kata-kata tuan, Mati dan kosonglah awal dan akhir kita.amin drp hj shaari

Submitted on 2012/11/20 at 12:08 pm | In reply to Gombaksetia.

Bahtera saya juga sudah lama karam. bagaimana tuan nak tumpang. Karam dalam lautan Ilahi, karam dalam wajah Allah dan karam dalam diri sendiri!.adalah terlebih baik tuan tupang bahtera lain. t.kasih krn memberi sumbangan bahasa yang indah. amin drp hj shaari.

Sungguhpun kedua-dua mereka itu Nabi, namun keyakinan iman diatara keduanya berbeza!. Nabi Musa melihat kepada lautan zahir manakala Nabi Khaidir melihat lautan batin!. Pertemuan diantara jahil dengan alim, musa dengan khaidir dan pertemuan dua lautan antara lautan makhluk dengnan lautan Al-Khaliq!.Fikir-fikirkan. amin drp hj shaari

Submitted on 2012/12/03 at 12:40 am | In reply to zalyna umillah.

Yang buta itu, sebenar-benar celik dan yang celik itu, adalah sebenar-benar buta!. Yang buta itu sifat bagi kita, setelah kita bersifat buta, siapa yang bersifat celik (melihat), tentunya yang bersifat celik (melihat) itu adalah sifat Allah. Jika Allah yang bersifat melihat, pastinya tidak akan pernah buta lagi!. drp hj shaari

Submitted on 2012/12/03 at 12:33 am | In reply to Gombaksetia.

Benar kata tuan itu. Itulah makanya bagi sesiapa yang jahil itu, kita tidak boleh mengejinya!. Biarlah mereka nak kata apa, tidak hilang bisanya ular bila menyusur akar dan tidak kurang ilmu kita, bilamana menerima keji!.

Yang fahampun dari Allah dan yang kejipun dari Allah. Malahan saya ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada tuan yang empunya bloh yang bernama ikhwan. Semoga kita boleh berguru dengan dia!. Saya dan ayahnda sayapun jika beliau masih hidup, saya dan beliaupun pasti akan berguru dgn saudara ulamak Ikhwan!. amin drp hj shaari

Submitted on 2012/12/03 at 12:22 am | In reply to mukhlis.

Tuan, dan kepada sekalian yang membaca blog ini, cuba baca sekali lagi karangan saya dengan berhati-hati!. Jika tuan baca dgn berhati-hati, tdk mungkin tuan tanya lagi solan ini.

Namun bagi tidak mengecewakan tuan dan sekalian yang membaca blog ini, sekali lagi sy nyatakan, Maksud hakikat itu, “bukan letaknya pada air mani atau air mazi!”.

Apakah Allah itu, hanya nampak atau megambil kira air yang terkeluar sahaja, bagaimana air mani dan air mazi yang ada dalam tubuh, apakah Allah tidak nampak?. Cuba jwb…………….

Yang dimaksudkan itu, adalah soal “lalai kpd Allh”, bukn soal air!. Air itu hanya kiasannya shj!. Jika kita mengaji ilmu FEQAH, junub itu pada air mani atau air mazi. Majlis ilmu kita ini, adalah majlis ilmu makrifat!. Jadi konsep ilmu makrifat itu, adalah kaedah menebang batang pokok yang didalam benih, bukan batang pokok yang sudah tumbuh!.

Junub itu adalah tidak suci, kotor, cemar, keji atau jijik bagi Allah , bilamana kita lalai. tidak ingat dan lupa kepada Allah!. Tidak kiralah semasa bersama isteri atau semasa berseorangan. drp hj shaari

Submitted on 2012/12/03 at 12:14 am | In reply to idris mahmod.

Untuk mendapatkan kitab Tok Kenali, sila sms alamat penuh tuan besereta talian fon kepada 019 4444 713. Senaskah 63.00 (sepasang 126.00). Saya nasihatkan beli sekali dgn vcd. Banyak ilmu yang tdk terdapt dlm vcd, berbanding kitab!. Yang tidak terdapat dalam kitab, ianya ada terdapat dalam vcd!. Satu vcd 2 jam ceramah!. Pakej vcd sekiranya dibeli sekali dengan 2 naskah kitab, harganya 50.00 (untuk 8 kpg). Jika dibeli vcd shj, harga 80.00 (utk 8 kpg). Kos penghantaran pos laju sebanyak 12.60 semenanjung dan 17.60 bagi sabah serawak!. Jumlah semua sekitar 188.60 cuma!. Ilmu didalam kitab, tidak terbalas dengan wang ringgit!. amin drp hj shaari

Submitted on 2012/12/03 at 12:12 am | In reply to izzad.

Bukan begitu maksudnya tuan yang sy hormati!. Bukit itu, tak hancur dan bukit itu, tak lebur!. Bukit itu sebagaiaman dahulu kala, sebegitulah sampai sekarang!. Yang dimaksudkan bukit itu hancur, adalah hancur dan lebur dalam pandanganb makrifat Nabi Musa!.

Bilamana terpandang bukit itu bersifat ADA, bermakna Allah bersifat tidak ada!. Sesudah bukit TIDAK ADA, barulah Allah itu, BENAR-BENAR bersifat ADA!. Bukit tidak hancur dan Nabi Musa tidak pengsan (selok), Maksud pengsan itu, adalah bermakna, Nabi Musa juga ikut tiada (karam, lebur dan binasa) dalam wajah Allah sebagaimana Bukit Thursina!. Drp hj Shaari.

Submitted on 2012/12/01 at 6:21 am | In reply to aers99.

Terima kasih kerana mendengar Frekuansi Makrifat. Hari ini saya belajar bahasa atau perkataan baru. iaitu ilmu Frekuansi Makrifat!. Marilah kita beramai-ramai mengikuti siaran radio Frekuansi makrifat!. Siaran ini berkumandangn melalui corong-corong hati orang-orang yang ingin kembali kepada jalan mati sebelum mati!.

Bagi sesiapa yang rasa dirinya hendak mati, mari ikut siaran ini. Siaran mati sebelum mati ini, adalah siaran hati orang-orang makrifat kepada Allah Taala. Frekuansi saya adalah Siaran hati orang yang sampai kepada tahap mengenal Allah. Setelah berjumpa dengan siaran Frekuansi ini, maka leburlah telinganya, tidaklah lagi mereka mendengar apa-apa lagi selain Allah, Allah dan Allah sahaja yang kedengaran…………………

drp hj shaari jam 6.21 1hb Nov. amin

Submitted on 2012/12/01 at 6:10 am | In reply to yong.

Yong, semoga Yong suami isteri beserta anak, mendapat hidayah Allah. Terima kasih Yongn, kerana membaca laman web saya yang bodoh ini!. Apakah sudi Yong mengikuti ilmu orang bodoh?. Saya kira Yong carilah ulamak lain yang lebih ulamak. Saya bukan ulamak, hanya berilmu denngan ilmu yang orang buang (tohok).

Ilmu yang saya ajar ini, adalah ilmu yang orang buang, ilmu yang orang tinggal dan ilmu yang orang keji!. Buat apa nak ikut ilmu sesat!. Carilah ilmu yang tidak sesat dan ilmu yang tidak salah!. Semua oranng tuduh ilmu makrifat itu salah dan sesat, Buat apa nak ikut saya, Yong?.

Apa-apapun saya mengucap terima kasih kerana masih sudi melihat ilmu saya yang bodoh ini.Semoga Yongn diberi penglihatan rohani yang lebih tinggi. Ilmu penglihatan yang lebih tinggi itu, adalah ilmu melihat diri sendiri!. Lihatlah diri sendiri sampai binasa dan sampai lebur. Leburkan lah diri kita kedalam wajah Allah sepenuhnya (secara mutlak). Ingatlah bahwasanya sebenar-benar diri kita itu, adalah tidak ada, yang bersifat ada itu, hanyalah Allah Taala.
drp hj shaari 1hb Nov jam 6.10 pagi.amin

Submitted on 2012/12/01 at 6:01 am | In reply to abdul.

Terharu dan bergenang air mata saya bila membaca tulisan tuan. Biarpun sebelumnya tuan tidak pernah mengikuti pelajaran makrifat, tetapi dengan menghayati ilmu bodoh saya ini, ternyata tuan boleh faham. Jangan jadi sebagaimana orang yang berilmu “Feqah” tetapi bila membaca blog saya, beliau menuduh saya berilmu sesat. Sedang orang yang tidak berilmu seperti tuan, boleh memahaminya!.

Dalam ramai-ramai yang pembaca blog saya, saya baru temui seorang pembaca yang mengatakan saya sesat, iaitu blog yang bernama “Ikhwan”. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada saudara “Ikhwam”.

Saya juga ingin meyampaikan ucapan terima kasih kepada web yang bernama ABDUL, biarpun tuan tidak pernah belajar ilmu makrifat, namun masih boleh memahami ilmu makrifat!. Belajat ilmu makrifat itu, tidak sebagaimana belajar ilmu feqah, yang hanya mengistilahkan bahasa istilah, tetapi tidak pernah duduk tetap pada ilmu “yakin”!. Hanya beristilah, beristilah dan beristilah semata-mata!.

Walau apapun tuduhan saudara Ikhwan kepada saya yang bodoh ini, kita jangan sekali-kali marah kepada orang seumpama itu, bagi orang yang berilmu makrifat, marilah kita anggapkan bahasa yang mendorongn ulamak “Ikhwan” menuduh yang saya itu sesat, adalah juga bahasa dari Allah!. Kita patut berterima kasih kepada beliau.

Syabah dan tahniah kepada laman web Abdul daripada hj,shaari.amin

Submitted on 2012/12/01 at 5:46 am | In reply to abdul.

Zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, selalunya orang kait dengan zikir nafas. Tetapi pada perkiraan ilmu makrifat Tok Kenali yang pernah saya dengar dari Tuan Guru Mohd Yusof Cik Wook kepada saya, Zikir yag tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, bukan merujuk kepada nafas!.

Zikir itu, maksud dalam bahasa Arab, jika diterjemah kedalam bahasa melayu, zikir itu bermaksud “ingat”. Nafas itu bukan Allah untuk diingat!. Yang kita nak ingat itu, adalah Allah bukan nafas!. Nafas kita itu, bukan Allah untuk dingat?. Cuma, tinggal lagi berfatonahnya ulamak terdahulu, mengkiaskannya kepada nafas!.

Zikir atau ingat kepada yang tidak berhuruf dan yang tidak bernama itu, adalah bertujuan untuk ingat kepada Allah!. Persoalannya disini, apakah kita mengenal Allah?. Jika kita tidak mengenal Allah, mana mungkin kita berzikir atau mana mungkin kita ingat kepada Allah?. Untuk ingat (zikir) yang tidak berhuruf atau bersuara itu, hendaklah mengenal Allah!. Maka jika kita tidak mengenal Allah, maka tidaklah kita berzikir!….
Drp hj. shaari jam 5.44 pagi 1hb Nov

Submitted on 2012/11/17 at 11:32 pm | In reply to Penawar_hati.

Allah hu akbar, sesungguhnya ramai yang sudah memahami, hakikatt Muhamad. T.kasih atas kefahaman itu!. Benar sebagaimana yang dimaksudkan itu. t.Kasih dari hj shaari

Submitted on 2012/11/17 at 11:29 pm | In reply to akudanunitamanah.

jika faham kata mu itu, itulah hakikat iman. Tetapi sy kuatir tuan tidak tahu apa itu hakikatnya Muhamad!. Jika sekiranya tuan tahu apa yang dikatakan sebenar-benar Muhamad?. Jika tahu pengertian Muhamad yang sebenar, itulah jawapanya?. Tak sanggka yang bodoh itulah sebenarnya pandai!. Tapi saya adalah orang yag benar-benar bodoh, bukannnya orang yang buat-buat bodoh. sebenarnya saya patut belajar dengan tuan. T,kasih drp hj Shaari

Submitted on 2012/11/17 at 9:11 am | In reply to Umar ibunya aziz.

Kepada web side Omer Ibunya Aziz, fahamai baik-baik kata saya yang sedikit ini!. Makhluk itu bersifat binasa. Setelah segala makhluk binasa, yang tingggal, yang berbaki dan yang tersisa itu, hanya Allah!. Jika yang tinggal itu hanya Alllah, apa lagi yang hendak disyuhud dan apa lagi yang hendak di wujudkan?. Jika masih ada wujud yang lain selain wujud Allah, itulah sebabnya timbul istilah wahdatul wujud, hulul, syuhud menyuhud, syek siti jenar, al halaj dan sebagainya!. Mari kita sama-sama belajar ilmu tauhid. Iaitu Ilmu mengesakan Allah. Setelah Allah itu esa, apa lagi yang ada selain Allah?. drp hj shaari

Submitted on 2012/11/17 at 8:48 am | In reply to rusli.

Pendapat tuan inilah sebenar-benar pengajian ilmu makrifat. Tidak duduk dalam bahasa istilah!. Orang faham pengajian makrifat, tidak ada lagi bahasa lain selain ahad!. Terima kasih atas kefahaman tuan yang jelas!.drp hj shaari

Submitted on 2012/11/17 at 8:46 am | In reply to Umar ibunya aziz.

Kepada web side Umar Ibunya Aziz, wahdatul syuhud atau wahdatul wujud itu, hanya istilah dari segi bahasa!. Mari kita tinggalkan segala istilah. Kerana istilah itulah makanya kita bertelagah dan masing-asing mahu menegak benang basah. Dalam ilmu Tok Kenali, beliau lebih gemar memakai bahasa “TAUHID”. Tauhid ertinya satu (esa). Segalanyanya hendaklah dipandang binasa kecuali Allah. Setelah segalanya binasa, mana ada lagi wahdatul syuhud dan mana ada lagi wahdatul wujud. Yang wujud itu satu,iaitu Allah! kenapa masih lagi nak membilang2 wujud yang lain?. Jika kita guna bahasa istilah, sampai kiamat 17 kalipun tidak akan selesai-selesai pengajian makrifat!. Ketahuilah oleh mu bahawasanya Yang wujud itu satu!. Kenapa lagi nak adakan wujud yang lain?. Jangan lagi tertidur atau terlena dalam istilah bahasa! Dari hj shaari

Submitted on 2012/11/14 at 12:09 pm | In reply to osman1958.

Benar kata mu itu wahai tuan yang mendapat petunjuk!. Sebut sahaja tanpa megetahui itu, adalah sebutan yang mendusta Allah dan sebutan yang menipu Allah Taala. Mereka tidak sedar yang bahawasanya mereka sedang mempermain-mainkan Allah dan sedang menipu Allah, dengan kata-kata dusta!.Mari kita sebut sesuatu dgn tahu dan faham.t,kasih atas kefaham itu. dr kata yang sedikit sudah dapat sy agak, tuan adalah orang yang mengenal.Amin drp hj shaari

Bilamana tuan bermula dengan perkataan “Allah”. hendaklah disudahi atau diakhiri juga dengan perkataan “Allah”. Cuba tuan-tuan fikir apa yang saya kiaskan ini. mulanya pekerjaan, tuan-tuan menyebut perkataan nama Allah. Baiklah saya ingin ertanya kepada tuan-tuan, bilamana bermula dengan Allah, apakah sesudah membuat pekerjaan, masih ada lagi selain dari nama Allah?.

Untuk itu, bila saja kita mulakan pekerjaan dengan nama Allah, hendaklah segala sesuatu yang sesudah itu, hendaklah juga bernama Allah.

Seumpama tuan-tuan pergi meyangkul tanah disawah bendang. Setelah tuan-tuan memulakan dengan menyebut nama Allah, semasa melakukan pekerjaan juga, hendaklah tuan menyebut nama Allah. Awal dengnan nama Allah, hendaklah setelah memegang cangkul, hendaklah tuan-tuan jangan sebut cangkul. sebutlah Alah. Setelah tuan-tuan cangkul tanah, selain sebut Allah pada cangkul, pada tanag itupun juga tuan-tuan kena sebut Allah. Pada peloh yang keluar itupun juga kena sebut Allah, pada cahaya matahari itupun juga, kena sebut Allah. Jangan lagi sebut cangkul, sebut tanah, sebut peloh dan sebagainya. Setelah bermula dengan nama Allah, hendaklah sesudahnya juga tuan-tuan sebut Allah, jangan tersebut selain Allah, Segala yang diPandang, lihat, dengar, tersentuh, tersebut, jangan sebut selain nama Allah., Sebutlah segala-galanya Allah. Itulah tanda orang yang benar-bemnar baca (bismillah).

Lihat kerbau, sebut Allah, lihat lintah sebut Allah, lihat burung sebut Allah, lihatlah apa saja, hendaklah sebut Allah. Itulah tandanya akita bermula dengan nama Allah, jangan lagi hendaknya tersebut dan jagan terpanggil lagi nama-nama selain nama Allah Taala!. drp hj shaari (jawab jam 3.27 pagi)

Submitted on 2012/11/14 at 3:09 am | In reply to mass.

Alangkah terharunya saya bilamana dapat membaca bahasa rohani yang tuan kalamkan!. Inilah kefahaman dari mereka-mereka yang sebenar-benar faham ilmu makrifat!. Syabas tuan. Siapa lagi jika tidak Ahad?. Sifat kita adalah binasa, yang tetap kekal itu adalah Allah. Bilaman ketiadaan diri atau makhluk, siapakah lagi yang ada?. Sesungguhnya yang ada dan yang tetap ada selamanya itu, adalah Allah Taala!.

Sukanya saya bilamana berbicara dengan orang yang mengenal. Kebanyakkan orang, hanya melihat kulit ular yang bersalin!. Kebanyakkan bercakap diatas sifat kulit ular (yang bersaliln kulit). Sesungguhnya tuan telah bercakap diatas sifat ular itu sendiri, bukan diatas kulit yang bersalin!. T.Kasih tuan. saya bangga. drp hj.shaari (jam 3.09)

Submitted on 2012/11/14 at 2:48 am | In reply to Sang Petala.

Benar kata tuan itu, kiranya tuan dapat terangkan kepada sahabat-sahabat diluar sana tentang, siapa yang memuji dan siapa yang dipuji?.Siapa memuji siapa?. Adalah terlebih cantik. Terima kasih (jwb jam. 2.48 pagi)

Submitted on 2012/11/14 at 2:44 am | In reply to faridinfinity.

Indahnya bahasa tuan, Bahasa itu, adalah bahasa rohani orang yang mengenal. Benar kata-kata tuan itu!. Itulah megambarkan hati seorang yang mengenal makrifat, yang mana hatinya dapat melihat disebalik kejadian!. Alangkah cantik lagi, kiranya tuan tambah nilai bahasa itu, dengan meletakkannya kepada diri kita sendiri!.

Saya dapat suluh isi hati tuan, bahawa tuan adalah orang yang faham makrifat! amin dari hj Shaari (jawab jam 2,44 pagi)

Submitted on 2012/11/14 at 2:35 am | In reply to Shahibul Karib.

Tuan yang saya muliakan.Kerana sepatah ajaran dari tuan itu, saya telah menganggap tuan sebagai guru saya dunia dan akhirat. Apakah sebagai murid , layak lagi untuk saya berkata-kata dengan tuan?.
Jauh disudut hati saya untuk mengatasi guru!. Namun sebagai seorang yang sedang belajar mohon doberi tunjuk ajar!.

Guru ku, izinkan saya bertanya, Setelah Allah itu Esa atau satu, apa ada lagikah kelebihan satu daripada yang satu?. Apakah manisnya gula itu, ada yang lebih manis dari manisnya?.

Bilamana ianya satu, bererti tidak ada perbandingannya dengan yang lain. Anggka satu itu, tetap satu jua!.Baik dari segi sifat, afaal. asma’ atau zatnya!. Jika sekiranya berbilanng pada dari yang itu, bererti Allah itu tidak Esa!.

Apakah sifat pemurah Allah itu, berlainan dengan sifat pengasihNya?. Apakah sifat pemberi rezeki itu, berlainan kelebihannya dari sifat penghukum?. Kenapa masih ada lagi kelebihan nama dari nama-nama yang lain?. Apakah Allah itu berbilang-bilang?, sehinggakan nama-namaNya juga berbilang-bilang?.

Sesungguhnya Allah itu, Esa pada sifatNya, Esa pada afaalNya, Esa pada zatNya dan Esa pada namaNya, Esa pada namaNya dan Esa pada namaNya!.Setelah Esa pada namaNya, kenapa nama Nya masih ada tinggi atau rendah?.Pandanglah satu kepada yang satu? Maaf tuan guru. Drp hj shaari jawapan kepada web kepada tuan Syahibul Karib (jawab jam 2.30 pagi)

Submitted on 2012/12/03 at 1:01 pm | In reply to rinduku.

Ketahuilah yang sembahyang itu, bukan kita. Kita sudah lama mati dan sebenarnya kita itu telah lama lebur dlm wajah Allah. Tersisa ini, adalah wajah Nya. Akan mengalir air mata bila wajah bertemu wajah!.

Submitted on 2012/12/03 at 1:05 pm | In reply to saba.

Jgn tunggu satu nama yang tersembunyi dan jgn cari nama yang tersembunyi. Cari dan lihatlah kpd tuan yang empunya nama!. Bilamana jumpa tuan yang empunya nama, maka dengan sendirinya terjumpalah tuan yang empunya nama yang tersembunyi disebalik batang tubuh mu!.

Apa ada pada nama, baik yang terang atau yang tersembunyi!. Tidakkah Allah itu nyata, setelah nyata Allah, nama tidak lagi tersembunyi!. drp hj shaari

Submitted on 2012/12/03 at 3:16 pm | In reply to osman.

Benar kata tuan itu, niat itu tidak berhuruf dan tidak bersuara dan didalam niat itu juga adanya yang dibahasakan kepada kosad, takruk, takyin, ihram, mekraj, munajat dan tabdi!.
Apakah itu niat?. Yang kita baca sahaja aku sembahyang magrib tiga rakaat itu, adalah lafas niat. Dengan baca ikrar lafas niat, belum bererti tuan-tuan sudah berniat!. Tuan baru sekadar melafaskan niat, sedangkan tuan-tuan belum berniat!. t?. Mana yang dikatakan niat?……………..drp hj shaari

Submitted on 2012/12/03 at 9:51 pm | In reply to rinduku.

Tuan. saya juga manusia biasa seperti tuan, yang mempunyai rasa. Sentuhan rasa setelah membaca ruangan tuan, membuat saya menangis dan mengalirkan air mata. Sangat tinggi penghargaan dan pujian tuan terhadap saya. Dengan pujian itu, saya merasa semakin kerdil dan kecil serta bodoh!. T.kasih atas sokongan tuan itu!. saya bangga dengan kata-kata tuan yang indah bagi hati saya .Amin drp hj Shaari.

Submitted on 2012/12/04 at 9:38 am | In reply to Latifah Harun.

Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian serta para pembaca blog latifah harun!. Sememangnya latifah harun ini seorang yang benar-benar makrifat dan khasyaf. Jawapan yang diberi itu, itulah jawapannya!. Iblis atau Syaitan, sebelum dia jadi syaitan, tidakkah dia malaikat!. Dan malaikat pula, sebelum dia jadi malaikat, tidakkah dia dari Nur Muhamad dan Nur Muhamad itu, sebelum terjadi Nur Muhamad, tidakkah asal datangnya dari Nur Allah?. Dan siapakah Nur Rullah jika tidak Allah itu sendiri!……………

Tidakkah kita semua belajar yang bahawasanya sekalian yang bersifat makhlok itu, bersifat dengan sifat binasa. Setelah segala makhlok binasa, apakah lagi ada yang dinakanan iblis, syaitan, neraka, syurga?……………………

T.kasih wahai wali Allah Latifah Harun. Teruskan perjuagan makrifat mu. Saya mendokong mu dari belakang. Amin drp hj shaari.

Submitted on 2012/12/05 at 9:33 am | In reply to Nasruddin Naser.

Kenapa perlu takut kepada syitan. Syaitan tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah!. Gerak syaitanpun telah ditetapkan sebelum kita beranak!. Syaitan tak mampu goda kita, jika tidak dari yang telah tertulis!. Syaitan Allah yang buat dan apa yang diperbuat syaitan juga adalah Allah yang buat!. Kenal syaitan maka kenal Allah!. Kenal Allah itu, banyak cara dan banyak jalan. cara kenal syaitanpun kita blh kenal Allah!…………..drp hj shaari

Submitted on 2012/12/05 at 9:46 am | In reply to kasyaf.

Benar bagai yang dikata. Apalah sangat yang ada pada nama?. Nama tidak bolen mendatang atau memberi bekas,bilamana kita dapat menghilangkan sekalian nama, maka akan tertiliklah tuan yang empunya nama! Persoalannya disini, mereka tidak tahu untuk meleburkan nama!.

Mengenal Allah itu, carilah ilmu yang tidak lagi menggunakan dalil. jika masih berdalil-dalil untuk mengenal Allah, itu tandanya belum mengenal!. Kenapa masih ingin mencari dalil nama dan dalil sifat, sedangkan yang melihat dan yang dilihat itu, itulah Allah!…………………..
Terima kasih atas jawapan yang baik.drp Hj Shaari

Submitted on 2012/12/05 at 10:24 am | In reply to syed.

Amat baik saranan tuan itu!. Banyak orang keliru dalam permasaalahan ini. Jika saya jawab persoalan ini, lagilah bertambah banyak bermasalah dan lagilah ramai yang nantinya akan terpesong akidah!.

Saya buat begini, adalah bertujuan untuk untuk membuka mata masyarakat sekarang, yanng Islam itu sebenarnya bukan semudah yangn mereka sanggka. Salah satu cara untuk membuka minda kita, adalah melalui permasalahan yang saya timbulkan ini!. Jika saya tidak mencetuskan permasaalan ini, sampai bilapun orang tidak pernah mahu ambil kisah. Sedangkan inilah yang mensyirikkan kita (tetapi kita tidak sedar yang kita sekarang sedang mensyirikkan Allah Taala). Apa tidaknya, cuba tuan-tuan fikir, Nak kita percaya kepada Allah, sedangkan yang meyembuhkan pening kepala kita itu, adalah penadol. Nak kata kita meletakkan kepercayaan kepada penadol, sebagai orang Islam sememangnya tidak boleh meletak kepada selain Allah!.

Jadi kepada arah mana condongnya hati kita. Itulah yang cuba saya perbetulkan!. Nak condong kepada semuanya Allah, nanti dikatakan kita berfahaman Jabariah, nak letak atas penadol, nanti orang tuduh kita Kodariah?. Nak duduk tengah-tengah, sampai bila?………………Ketepi tidak dan ketengahpun tidak?……………………Sampai bila nak sampai kepada tahap makrifat?……………

Setiap pelajaran yang kita belajar, hendaklah biar sampai kepada tempat duduk, biar boleh paking atau biar boleh pegang dan biar boleh sampai kepada garisan penamat atau stesyennya!……………

Berkenaan orang yang tidak mengerjakan suruhan dan meninggalkan syariat Allah, Itu satu hal, bagaimana pula halnya orang yang mengerjakan suruhan Allah tetapi tidak mengenal tuan yang empunya suruhan?.
Yang tidak mengerjakan seruan Allah satu hal, dan berapa pula halnya bagi yang mengerjakan suruhan dengan tidak mengenal Allah?…………………berapa pula halnya?………….

Bagi yang langsung meninggal ibadah, kita salahkan mereka sebab mereka jahil. Sememangnya orang jahil tidak beribadah, bagaimana pula orang alim yang beribadah tanpa mengenal Allah?…………………..

Marilah kita sama-sama fikir-fikirkan masalah ini. Sebenarnya kita sekarang ini berada dipersimpangan, nak kata Allah, tidak. Nak kata penadol salah dan nak kata kedua-duanyapun tak betul!. Bilamana nak kata kedua-dua, itu sudah jadi syirik, kerana telah menduakan Allah.

Nak kata Allah yang memberi sembuh atas dasar makan penadol, apakah Allah itu bergantung kepada sesuatu untuk menyembuhkan, tidak cukup lagikah diri Nya sendiri yang menjadi sandaran?. Kenapa Allah nak sandarkan kuasanya kepada penadol?. Sedangkan Allah itu berdiri sendiri, Allah tidak perlu kepada pembantu atau bantuan!. Baca balik sifat 20, Kiamuhu Binafsih (Allah berdiri sendiri). ALLAH TIDAK PERLU KEPADA PENADOL UNTUK MEYEMBUHKAN SAKIT. Oleh itu siapakah sebenarnya yang menyembuhkan sakit pening kepala kita?, mari kita sama-sama cari jawapannya?………………

Terima kasih atas pertanyaan tuan, sekurang-kurangnya ada juga jawapan saya untuk kita sama-sama fikir!. Buat masa ini, saya tidak boleh lagi memberi jawapan. Sebabnya adalah kerana takut-takut terjadi fitnah sebagaimana yang tuan sanggkakan!. Amin drp hj Shaari

Submitted on 2012/12/05 at 12:16 pm | In reply to saifullazeen.

Macam merajuk je jawapannya?. Saya bukan tidak mahu jawab. Persoalan ini, adalah persoalan yang boleh mendatangkan fitnah!, Nanti ada yang menuduh jabariah, kodarian, muktazilah dan berbagai-bagai tomohan. Untuk menjaga FATONAH, jadi saya kena berhati-hati!.

Dalam hal ini, kita tidak boleh ambil jalan tengah, kita kena tahu dengan jelas. Agar kita tidak syirik kepada Allah. Tanpa kita sedari sebenarnya hidup kita ini, penuh dengan syirik.

Sebelum sembahyang kita syirik, dalam sembahyang kita syirik dan sesudah sembahyangn kita syirik. Apa lagi bagi yang tidak sembahyang?. Sedar atau tidak tanyalah diri sendiri!.

Saya tanya kepada tuan, siapakah yang mengerjakan sembahyang ?. Jika tuan menjawab kita, sudah tentu syirik, kerana mana ada kuasa kita dan mana ada daya kita “la haula wala kuuawata illabilla hil aliyilazim”. Tidak ada daya dan tidak ada upaya beribadah, melainakan hidup dan mati kita itu, adalah Allah!.

Bilamana kita mengatakan Allah yang bersembahyanng, apakah tuan mengaku yang diri tuan itu Allah?. Jadi tuan nak kata apa?. Inilah persoalan yang hendak saya ketengahkan supaya jangan kita jadi syirik kepada Allah!.

Mari kita sama-sama mencari jawapannya. Saya tidak mahu dijadikan bahan fitnah!, itu makanya saya menjawab dengan penuh FATONAH, bukan tidak mahu jawab………..drp hj shaari

Submitted on 2012/12/05 at 12:07 pm | In reply to asep teten.

Saya amat tertarik dengan penjelasan tuan, terutama ungkapan “tengelakan penadol dalam afaal Allah”. Persoalannya disini, Apakah penadol uang meyembohkan atau Allah yang meyembuhkan?. Jika kita tenggelamkan afaalnya sahaja, bagaimana dengan sifat-sifat yang lain seperti asma. zat dan sifat?. Jika tidak makan penadol atau ubat bius, boleh kah hilang pening dan bolehkan jadi tidak sakit?…………….

Apakah Allah yang meyembuh atau apakah penadol yang meyemboh?. Sila jawab salah satu, jangan jadi seperti jawapan-jawapan orang lain, yang jawapannya tidak jelas serta banyak berdoalak dalih!.

Jawab biar kemas, kuat, jitu, yakin dan tepat. Terima kasih kerana mencuba. Cuba jawab sekali lagi, mudah-mudahan betul dengan tepat. Jawapan sekarang itu, sudah betul, tapi minta betulkan lagi!., Jawapan tuan yang sudah, memang baik dan kiranya boleh tambah sikit lagi supaya kelihatan lebih tepat dan tdk goyah! t.kasih dari hj shaari

Submitted on 2012/12/05 at 12:58 pm | In reply to mdsidek.

Saya setuju sangat pendapat tuan itu,Itulah jawapan yang paling tepat dan adapun tujuan yang saya utarakan persoalan ini, adalah bagi mengkhabarkan itu. Tinggal lagi, kiranya tidak kita yang membuka mata pada masyarakat sekarang siapa lagi?. Apakah tuan-tuan sanggup melihat anak bangsa dan muda mudi sekarang terumbang ambing?.

Sekurang-kurangnya kita memberi galah, kiranya kita tidak menyediakan galah, bilamana buah tidak dapat dimakan, kita salahkan muda mudi dan salahkan anak bangsa!. Sedangkan kita sebenarnya yang patut dipersalahkan!. Apakah salah bilamana saya cuba meneghulur galah. Jangan takut pada salah, asalkan dari yang salah itu, nantinya mereka tidak akan salah lagi pada masa yang seterusnya!. Memang kita dahulupun bermulanya pandai berjalan itu, dari rebah bangun dahulu. Setelah rebah dan bangun, baru boleh berjalan seperti sekarang!. Dengan salah dan jatuh, mudah-mudahan berdirinya mereka itu nanti, adalah berdiri yang tegak!. Untuk itu, jika takut pada salah, sampai bla nak betul?……………

Bukan tujuan saya untuk mengantung intan dileher binatang, tetapi sekadar membuka minda dan nak memberi sedikit cahaya akal kepada sesiapa yang mahu berfikir. Sekurang-kurangnya mereka sedar dan mereka tahu yang sesungguhnya ada lagi ilmu yang belum mereka lepasi dan terokai!.

Jika semua orang dan semua ulamak mendiamkan diri, sampai bila kita nak lihat anak bangsa kita tinggal dalam kejahilan, apa lagi kejahilan dalam ilmu makrifat?. Dimanakah lagi nak cari guru yang berilmu makrifat?. Jika segelintir yang ada itu, yang sanggup membuka mata masyarakat, kita nak halang atau kita nak sekat!. Itulah makanya dengan berpandukan ilmu yangh sedikit ini, saya nak berkongsi dengan tuan-tuan agar, sekurang-kurangnya anak bangsa kita kini tahu apa itu ilmu makrifat!

Saya ucap terima kasih kepada tuan, diatas ulasan yang jitu dan tepat, kiranya tuan juga boleh ketengah untuk menyebarkan ilmu ini, alangkah baiknya, dari ulasan tuan itu, saya sudah dapat duga yang tuan juga seorang makrifat yang arif!.

Mari kita sama-sama berbetulkan akidah anak bangsa kita demi Allah dan Rasul. Bukan niat saya untuk mencari pertelagahan dan perbalahan, tetapi ingin mencari kebenaran dan ketepatan yang mantap lagi tepat alam berakidah!.

Saya juga mohon maaf yang sebanyak-banyaknya, atas segala apa yang telah saya sampaikan selama ini. Pernah satu masa, saya megambil sikap untuk berundur dari arina penulisan!. Tetapi, jiwa yang saya warisi dari arwah Mohd Yusof Cik Wook dan jiwa Tok kenali, Tidak mengizinkan saya berundur!. Ramai yang meminta saya diteruskan. Tuan sendiri pun boleh lihat dan tengok dilaman web ini!. Betapa ramai mereka diluar sana masih memerlukan khidmat orang seumpama kita!.

Jadi marilah kita bergabung demi anak bangsa, yang sekarangn ini sudah lupa akan ajaran ilmu makrifat!. Makrifat itu, adalah ilmu yang tidak lagi memperbahas masalah FURUK (ranting), ia membicarakan masaalah AKIDAh (pegangan). Inilah ilmunya dan inilah akidah!………………

Terpulanglah kepada para pendengar sekalian untuk menilai hujan yang saya perturunkan ini. Ada orang suka dan ada orang benci. Sebagai pendakwah, saya harus harungi ini semua dengan sabar dan tabah!, Orang seperti saya ini, adalah tempat menerima cacian dan tomohan!. Sedangkan Baginda Nabi Rasulullah sendiri di caci, dimaki, ditohmoh dan dicela, apa lagi saya yang bukan Nabi!.

Saya tidak marah dengan komen tuan, malahan saya bangga dengan sikap tuan yang berterus terang dan terbuka. Hanya mati yang boleh memisahkan saya dari terus berkaria. Patah sayap, paroh akan ku tanggkat jua. Demi memertabatkan ilmu makrifat dipersada DUNIA.

Ayoh para sahabat diluar sana, bantulah saya dan sokonglah saya, untuk saya terus berdiri dengan gagah, jangan hendaknya sampai hati saya menjadi lemah untuk terus berkaria. Sepatutnya berilah saya semangat dan sokong saya dari belakang, agar saya bertambah semangat!. Apa-apapun baik dan buruk itu, sesungguhnya datangnya dari Allah jua. Terima kasih kepada tuan mdsidik yang telah memberi komen secara ikhlas kepada kita.

Dari hemat saya, tuan mdsidek juga, adalah ahli makrifat. untuk itu, tuan-tuan boleh merujuk terus kepada beliau melalui web beliau. Jarangn saya berjumpa dengan jawapan yang jitu dan tepat sebagaimana jawapan mdsidek. Sesungguhnya bagi sesiapa yang mencari nama Allah yang tersembunyi, sesungguhnya sudah terjawab dari ungkapan web mdsidek.

Nama yang tersembunyi atau nama yang keseratus itu, hanya ungkapan atau istilah!………………
Amin drp hj shaari

Kefahaman ilmu, nak disalin dalam bentuk ayat itu, buakan sembarangan orang. inilah yanng hendak sayaketengahkan kepada tuan-tuan!

Submitted on 2012/12/18 at 7:41 am | In reply to silau.

Benar sebagaimana pendapat tuan. Orang yang membicarakan ilmu makrifat ini, selalunya akan dihukum bunuh, dipenjara atau di keji, tohmoh, dipulau dan disisih dari mayarakat!.Sebagaimana yang berlaku kpd Syek Siti Jenar, Al-Halaj dan sebagainya.

Namun untuk menegakkan jalan Allah yang sebenar, usah kata Shek Siti Jenar atau Al-Halaj, Baginda Rasulullah (Nabi Besar Junjungan Muhamad) kita sekalipun lagikan mendapat kejian, tohmohan, dituduh ahli syehir, pembohong, penipu, dibaling dengan batu (sampai kepala Nabi berdarah), dibalinng najis dan sebagainya.

Dalam melayari perjuangan ini, kita tidak boleh lari dari kejian orang. Jika saya takut untuk menghadapinya, siapakah lagi yang hendak kita harap!. Semua orang lepas tangan dan semua orang takut!. Jika semua orang takut, sampai bila ilmu makrifat ini hendak berkembang sebagaimana zaman kegemilangan ?.

Saya perjudikan nasib saya diatas mata pedang yang teramat tajam. Biar patah sayap bertonggkat paruh, namun berundur tidak sekali!……………………

Akan saya tongkat ilmu makrtifat ini, biar sampai kepada titisan darah terakhir…………………….

Apakah tuan sudi menyertai saya untuk mati sebelum mati!………….. amin drp hj shaari

Submitted on 2012/12/18 at 7:26 am | In reply to zam.

3000, 30,000 atau tiga ratus juta sekalipun Nama Allah itu, semua itu hanya simbolik sahaja. Sebenarnya nama Allah itu tidak terhitung.Itu cuma sekadar gambaran, untuk menyatakan yang nama Allah itu banyak atau sakan!.

Jangan tuan hitung yang banyak!. Mari kita sama-sama belajar untuk meghitung nama Allah yang satu. Nama yang satupun orang tak dapat nak cari, tak dapat nak ingat dan tak dapat nak tahu, inikan pula nak hitung nama yang ke3000. Hitungan anggka itu, hanya simbolik shj. Jgn tidur diatas bunyi, mari kita cari nama yang nyata! drp hj shaari

Submitted on 2012/12/18 at 7:19 am | In reply to shah.

T.kasih krn masih ada orang yang ingin tahu hakikat iblis!. Sayangnya orang-orang diluar sana tidak berpendapat sebagaimana pendapat tuan. Orang lain tidak memberi respon terhadap persoalan iblis, jadi saya tangguh dulu penulisan bab iblis, sehingga mendapat permintaan ramai. Tidak guna saya mengarang, sedangkan tidak diterima!, malahan mendapat tomohan.

Tunggu ya nanti saya jawab untuk tuan. t. Kasih drp hj Shaari

Submitted on 2012/12/18 at 7:13 am | In reply to Shafei.

Terima kasih krn melayari web ini. Bersyukur kpd Allah Taala, krn tlh menemukan tuan kpd kitab Tok Kenali yang membicarakan sebenar-benar ilmu!.Tuan bolh dapati kitab ii melalui toko-toko buku sekitar Jln. Tg.Abdul Rahman dan sekitar Masjid India!. Atau tuan sms terus alamat tuan kpd Hj Shaari melalui tallian fon 019 4444 713.

Ramai orang yang mengata dan menuduh kitab ini haram dan tidak boleh dijual ditoko-toko.
Kepada pembaca-pembaca dilular sana, untuk membuktikan haram atau halalnya kitab ini, tuan-tuan boleh menghubungi terus kpd pihak JAKIM ALAYSIA.

Terima kasih krn telah dibuka Allah akan pintu hati tuan untuk memiliki dan membaca kitab ini. Sila sms alamat kpd hj Shaari dan akan saya kirim segera!………amin drp hj shaari

Submitted on 2012/12/18 at 8:00 am | In reply to daaf.

Bilamana membaca komen dari peminat-peminat blog ini, alangkah bangganya hati saya, bila mana ada segelintir yang dahagakan ilmu makrifat. Ilmu ini adalah ilmu yang tidak menjanjikan syurga atau balasan pahala, oleh itu, tidak ramai yang menyukainya!. Orang-orang diluar sana lebih suka memilih ilmu yang menjanjikan syurga dan pahala!.

Adapun saya mengucapkan terima kasih kpd tuan yang memilih ilmu yang tidak menjanjikan apa-apa, selain Allah Taala!.
Sekurang-kurangnya hati saya gembira bilamana ada orang yang mahu menyokong perjuangan saya!. Terima kasih ananda, sesungguhnya ayahnda kini tidak berseorangan dalam memperjungakan ilmu makrifat!.

Sokongan ananda itu, menambahkan dan membakar semangat ayahnda untuk terus berkaria! amin drp hj shaari

Submitted on 2012/12/18 at 8:33 am | In reply to pyan hikmah fatihah.

Saya setuju dengan pendapat pyan hikmah fatimah. Dalam kita meyampaikan ilmu, hendaklah dengan fatonah. Jangan sampai mengelirukan orang, inilah yang amat-amat saya takuti!

Kita tidak boleh mengatakan yang Allah meyembah Allah!. Mana ada Allah bersolat!. Allah itu adalah Allah, tidak ada lagi Allah lain, selain Allah untuk disembah!. Jika kita katakan yang Allah meyembah Allah, itu bererti sudah ada DUA Allah!. Sedangkan Allah itu, satu. Bilamana Allah itu, satu, mana mungkin masih lagi ada sembah dan yang disembah!

Pun begitu, kata dari en ismail itu, hendaklah kita ambil faham!. Mungkin maksud beliau adalah untuk menyatakan kepada kita yang Allah itu satu!. Mungkin maksud beliau untuk menyatakan kepada kita bahawa Tidak ada lagi yang meyembah dan tidak ada lagi yang disembah!.

Saya faham bahasa en ismail itu, tetapi pendekatan yang digunakan oleh beliau itu. adalah pendekatan yang kurang berfatonah!.

Dikeranakan kurang berfatonah, makanya beliaupun menggunakan perkataan “Allah meyembah Allah”. Sebenar-benarnya tidak ada istilah Allah meyembah Allah!. Itu hanya sekadar sandaran bahasa bagi mempermudahkan faham kepada orang yang sudah faham. Mungkin maksud en ismail itu, adalah bagi mengambarkan yang bahawasanya kita ini sebenarnya sudah mati (mati sebelum mati). Kita sudah tidak ada, yang ada itu hanya Allah…………

Bilamana kita semua ini sudah mati, bilamana kita semua sudah tidak ada dan segala-galanya sudah binasa, siapakah yang bersifat ada, siapakah yang hidup, yang kekal, yang baqa, yang gagah, yang melihat, yang mendengar?. Bilamana segala-galanya sudah tidak ada, siapakah yang ada?, cuba jawab pertanyaan saya…………………….Bilamana segala-galanya sudah tidak ada, siapakah yang ada, siapakah yang hidup dan siapakah yang sembah siapa? cuba jawab pertanyaan saya?.

Bagi orang yang tidak faham ilmu makrifat memang perkataan itu, tersangat janggal dan tersangat asing bagi mereka. Manakala bagi yang sudah bermakrifat, perkataan itu, sudah tidak asing lagi. Bahasa perkataan itu, hanyalah sekadar sandaran kata, untuk mempermudahkan faham kepada yang sudah faham!.

Bilamana segala-galanya Allah, maka disitulah timbulnya bahasa perkataan “Allah meyembah Allah”. Namun bagi orang yang benar-benar sampai kepada tahap makrifat yang sebenar tinggi, mereka tidak lagi menggunakan ungkapan Allah meyembah Allah!.

Mana mungkin Allah meyembah Allah, sedangkan Allah itu satu!. Bilamana segalanya sudah jadi satu, mana lagi ada meyembah dan mana ada lagi yang disembah!. Melainkan yang terlafas, tersebut dan terkata itu, hanyalah perkataan Allah, Allah, Allah…………………………………

Untuk itu, kepada ahli-ahli makrifat sekalian, marilah kita elakkan bahasa-bahasa yang kurang berfatonah. Biarpun kata kita itu benar dari sudut bahasa kiasan, tetapi akan mendapat salah faham kepada orang ramai. Saya juga ada kalanya terlajak kata, namun itulah hakikatnya orang makrifat. Kadang-kadang saya juga terlajak kata, dikeranakan terlampau karam dalam wajah Allah. Bilamana terlampau karam dalam wajah Allah, sehingga tangan dan bibir ini, terucap perkataan yang tidak sepatutnya terucap!.

Maafkanlah en ismail. Mungkin beliau tidak bermaksud sedemikian. Sesudah ini, jangan lagi ada orang yang mengatakan Allah meyembah Allah!. Allah tidak meyembah dirinya sendiri!. Allah itu, adalah Allah, adalah Allah dan adalah Allah ………………………………………. Ihklas drp hj shaari

 

5 comments on “Ilmu Yang Dikutip Melalui Email Yang Dijawab…………..

  1. salam utk semua dari ALLAH kpd ALLAH,di sini sy ada satu soalan yg akn diajukan pd tuan guru hj shaari yg dikasihi….soaalannya begini setiap makhluk ciptaan ALLAH TAALA wajib tunduk dan patuh kpd ALLAH dgn lebih tepat lg sembah kpd ALLAH setiap masa,setiap makhluk ada cara masing2 utk tunduk dan patuh(SEMBAH) ALLAH….yg menjadi persoalan sy di sini bagaimanakah caranya SEBENAR-BENAR makhluk yg bernama manusia ini tunduk dan patuh(SEMBAH)sentiasa kpd ALLAH TAALA…..ADAKAH DIMASA SOLAT 5 WAKTU YG DIKATAKAN SEMBAH SENTIASA?BAGAIMANAKAH PULA SEMASA TIDUR?DAN BAGAIMANAKAH PULA DI WAKTU2 YG LAIN?…………sy harap tuan guru hj saari tlg perjelaskan pertanyaan sy yg kurang berilmu ini demi mencari kebenaran yg hakiki supaya sampai ke hadrat ilahi…….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s