Siapakah Yang Lebih Berkuasa Antara Allah Dengan Syaitan?

Antara Allah dengan syaitan, siapakah yang lebih berkuasa?.  Ada yang menghantar sms kepada saya yang mengatakan sebelum kita mengenal Allah, hendaklah terlebih dahulu mengenal syaitan!. Apakah pendapat tuan tentang pertanyaan itu?……………………..

Tidak ramai yang berani menyuarakan persoalan ini, maka saya tinggalkan sajasehinghga ada yang bersuara!.

Nak kata Allah berkuasa, kenapa Allah tidak matikan syitan itu sedari dulu, biarpun antara Allah dengan syaitan sudah buat perjanjian!.

Allah kan tahu yang syaitan itu, mengajak supaya tidak bertuhan dan tidak meyembah Allah, kenapa Allah biarkan syaitan bermaharaja lela diatas muka bumi ini, seolah-olah Allah akur dengan apa yang dikerjakan oleh syaitan?. Tidak mampukan Allah mematikan syaitan, sedang bomoh kampong pun boleh mematikan syaitan dan memenjarakan jin (dikurung dalam botol), kenapa Allah tidak boleh patahklan pekerjaan syaitan?.

Tidakkah tertanya-tanya dibenak tuan-tuan?. Jangan takut dalam menuntut ilmu. Dalam menuntut ilmu kita kena berani, memang bermula denngan salah dulu, baru jadi lurus dan betul. Berjalannya kita ini bermula dengan jatuh bangun baru boleh berjalan sebagaimana sekarang? Salah dalam menuntut ilmu,diambil kira oleh Allah akan balasan baik!.

Kenapa Allah tidak boleh halang iblis atau syaitan?. Kurang pawer kah Allah itu?. sila beri komen ………………..

12hb Dic jam 10.51

Saya mendapat komen dari salah seorang pembaca blog, yang menuduh saya melebihi syaitan dari Allah!.

Sebagai orang Islam, kita hendaklah mempercayai bahawa Allahlah yang berkuasa. Berkuasanya Allah itu, hendaklah kita yakini sebagai penganut agama Islam, bahawasanya Allah itu, melebihi makhluk  ciptaanNya.

Saya timbulkan soalan ini, adalah bertujuan supaya tuan-tuan mengenal siapa syaitan atau iblis dengan senyata-nyatanya. Dengan mengenal iblis, akan membawa kita tidak terkeliru, mana satu gerak Allah dan mana satu gerak syaitan. Kiranya kita tidak belajar dan tidak tahu syaitan itu dengan sebenar-benar mengenal, kebimbangan tuan-tuan tertukar antara Allah dengna iblis!.

Mari kita belajar mengenal siapa iblis, supaya kita dapat pasti atau dapat membezakankan yang mana dari Allah dan yang mana dari iblis!.

Ternyata, sebelum saya cerita, sudah ada satu komen dari pembaca blok yang mengatakan yang suruh kita makan tahi sesudah berak!. Inilah pembaca-pembaca atau ulamak zaman sekarang, mudah sangat meletak hukum dan cepat sangat menuduh salah!. Belum lagi saya cerita, sudah tahu menghukum salah!.

Bagaimana saya nak berkaria, belum tunasnya tumbuh, sudah dipatahkan pucut!………………….

Untuk tidak menimbulkan lebih banyak fitnah. Lebih baik saya lupakan sahaja bab ini!. drp hj shaari

49 Replies to “Siapakah Yang Lebih Berkuasa Antara Allah Dengan Syaitan?”

  1. Tuan guru yang disayangi.

    Sudah pastilah Allah yang lebih berkuasa dari syaitan kerana :-
    i) Bukankah segala yang ada ini hanya wujud Allah. Hakikatnya syaitan itu tidak wujud.
    ii) Allah jugalah yang mentadbirkan syaitan itu sendiri kerana Tiada sezarah pun yang bergerak itu melainkan milik Allah.
    iii) Sesungguhnya segalanya sudah tiada, yang ada dan yang nyata itu semuanya Allah, Allah dan Allah sehingga tidak lagi perlu disebut kerana sudah tidak perlu lagi pada nama dan rupa. Barang siapa menyebut itu bukan Allah. Allah itu bersalahan dengan yang baharu. Justru itu kenallah Dia, sesudah itu kembalikan segalanya kepadaNya hingga tidak ada apa-apa lagi. Itulah “kosong” yang tuan maksudkan. Amin.
    Terima kasih Tuan.

    Like

    1. Sungguh hebat ilmu tuan sekarang. Jawapan yang tepat dan jitu. Habislah saya selepas ini, tidak dapatlah lagi saya cari makan dengan berceramah!. Apa tidaknya, semua orang sudah pandai berceramah!.

      Tak boleh cari makanlah saya selepas ini, semua orang sudah tinggi ilmunya. Jika begitulah jawapan para-para sahabat diluar sana, saya amat-amat berbangga dan berterima kasih kepada Allah dan kepada guru-guru terdahulu, kerana dengan ilmu mereka, kita sampai pada tempat dimana kita berada sekarang ini. tampa mereka siapalah kiata?………………

      Terima kasih sahabat, maaf kiranya tadi saya bergurau!.Amin drp hj shaari

      Like

      1. Bagaimana nak mati sebelum mati?:( tolong ajarkan saya ilmu ni. Tiada siapa yng dapat ajarkan saya. 😦 kalau baca kadang2 tak faham.

        Like

      2. Jika nak jawapannya sila tonton dvd cerah yang telah saya sampaikan. Jawapanya ada terjawab disana. Sila sms alamat nanti sy kirim dvdnya. harga satu keping dvd adalah 10.00 (dalam sekeping dvd, ceramahnya selama 2 jam). Saya ada koleksi 16 keping dvd. terpulang kepada tuan nak berapa keping. amin drp hj shaari

        Like

  2. salam,
    soalan yang baik yakni mengenal syaitan.
    ini kerana para ahlul makrifah yg mendakwa sudahpun mengenal Tuhan atas jalan mengenal sifat2 tuhan, sudah pasti dpt mengenal syaitan, iblis, syurga, neraka, bidadari serta membezakan AKU, DIA, KAMI, Allah Taala, Yang Maha Pemurah.

    Like

  3. A’U dzubillah hi minasyaitannirrajim
    Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan Yang Direjam. “Aku”==> “Allah”==>”Syaitan”.

    Like

  4. SALAM Mahabbah Tuan Guru…

    Allah sedang Menyatakan KESEMPURNAANYA….

    ALLAH Berfirman dalam SURAH AS SYAM :
    “AKU MENGILHAMKAN SUKMA KEFASIKAN DAN KETAQWAAN BERUNTUNGLAH MEREKA YG MENYUCIKAN MERUGILAH MEREKA YANG MENGOTORINYA”

    MENYUCIKAN BERMAKSUD…SERAH BULAT2 KPD ALLH…BAIK PN DARI ALLH..BURUK PN DARI ALLH…DIANTARA NYA TERNYATA JELAS KESEMPURNAAN ALLH YANG MAHA ESA….BILAMANA ALLAH NYATA…HILANG SEGALA SIFAT YANG LAIN…SYAITAN PUN LENYAP..IBLIS PUN LENYAP…KARAM DALAM KESEMPURNAAN ALLAH…..

    BILA MANA SEMUANYA ALLH………..BERANIKAH KITA MENGATAKAN BURUK??BURUKKAH CIPTAAN ALLH YG MAHA SEMPURNA…ALLAH HU RABBI….SEMPURNANYA ALLH MENCIPTAKAN KEBURUKAN ITU…segala GALANYA ALLAH…ALLH..ALLH…

    Mohon Bimbingan Tuan Guru yg di kasihi…

    Like

  5. Salamun Alaik Tuan Guru Hj Shaari….cuma nak berkongsi apa yg saya telah pelajari tentang hakikat sebenar iblis ….

    BERKAITAN IBLIS – MAKNA IBLIS – ALIF – BA – LAM – YA – SIN
    Dari Kacamata Ilmu Hakikat

    Jika Allah tidak kita kenal, jikalaulah Iblis menyamar maka akan tunduk patuhlah mereka itu pada Iblis kerana perasan mendapat Petunjuk Allah. Tambahan pula Iblis tahu kelemahan anak cucu Adam iaitu takut pada Rukun dan Hukum Syariat.
    Maka Iblis pun menasihati janganlah kamu tinggalkan rukun 5 waktu, banyakkan zikir dan sebagainya. Bila sembahyang Iblis berdiri didepannya dan sembahyanglah manusia yang alim itu …….siapakah yang disembahnya ?

    Firman Allah Al Jin – 06

    Dan bahawasanya ada beberapa orang laki laki diantara manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara JIN , maka Jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

    Inilah diri manusia yang MENIPU dirinya sendiri. Buat Amal Ibadah kerana ikut Rukun & Hukum tanpa mendalami apa itu RUKUN dan apa itu HUKUM. Kajilah kedua-duanya mulai Alif hingga Ya ( muqaddam ) dan kepada Al-Quran bermula dengan ALIF – LAM- MIM.

    Kalau tidak kenal Tuhan , bagaimana hendak tahu apa itu ALIF dan apa bezanya dengan HAMZAH sebab dari segi bunyi ianya sama. Alif untuk Tuhan ( Alif – Lam – Lam – Ha ) tegak lurus dan tidak bengkok saperti hamzah.

    ADAM dimurkai Allah dikeranakan IBLIS. Disebabkan ADAM pula, Iblis pula dilaknati Allah. Maka berkatalah Iblis di-dalam Al-Quran dengan penuh DENDAM :-

    Dan lantaran ENGKAU ( Allah ) telah sesatkan diri saya , pasti saya akan halangi mereka ( manusia ) ke JALAN YANG LURUS.

    Maka bagi yang belum MENGENAL ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL ALLAH , RASUL dan ULIL AMRI secara mendalam, ayat ( AMARAN IBLIS ) diatas adalah satu ANCAMAN kepada mereka dan lain lain manusia sejagat.

    Iblis SANGAT PINTAR dalam muslihatnya sehingga manusia ADAM & HAWA yang SUDAH BERJUMPA ALLAH pun DAPAT DIBELITNYA hingga diMurkai Allah dan dihantar kedunia ini.

    Inikan pula kita sebagai manusia yang TIDAK PERNAH BERJUMPA ALLAH dan KENAL PUN TIDAK akan ALLAH itu. Barangkali pada Iblis manusia sekarang ialah manusia hingusan yang layak diketuk ketuk kepalanya oleh Iblis.

    Adakah MANUSIA YANG BERIMAN sanggup diketuk-ketuk kepalanya oleh Iblis ?

    Mereka tentu tersenyum melihat Iblis dan Iblis pula melarikan diri bila nampak orang yang benar benar beriman di SISI TUHANnya. Kerana apa ? Kerana Iblis malu kerana orang orang itu tahu akan SALASILAH DIRI IBLIS itu…..

    APA ITU IBLIS – Alif – Ba – Lam – Ya – Shin.

    ALIF iktibar DIRI ZAT
    BA iktibar SIFAT BAGI ZAT
    LAM iktibar ASMA’ BAGI ZAT
    YA iktibar AF’AL BAGI ZAT
    SHIN iktibar SIRR BAGI ZAT

    Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat itu MELIPUTI dan berAsma; ALLAH.

    Dalam kata yang mudah ialah : –

    IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DAN MEMBELAKANGKAN HAQ ZAT.

    Manusia cuma pandai mengatakan : Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidak mengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akan

    LENYAP HAQ ditutupi JASAD.
    LENYAP HAQ – MENANG YANG BATIL = IBLIS.

    Bagi yang mengetahui Zat itu ujud, bahawasanya Zat jua menyatakan ujudnya melalui KIDAM yakni Sifat Muhammad dan Sifatnya ialah BAQA’ didalam Jasad atau Tubuh manusia bernama atau berAsma’ sebagai ADAM.

    Adapun YA – SHIN adalah KENYATAAN dan PERAKUAN ZAT kepada SIFAT. Itulah SIRR ( Rahsia ) yang penuh dengan HIKMAH.

    Kesimpulannya IBLIS itu adalah PERBUATAN NAFSU manusia dalam mengerjakan Amal Ibadah dengan MENSYIRIKKAN yakni MENDUAKAN ALLAH.

    Maksudnya ialah YA-SIN adalah manusia yang beriman yang MENGESAKAN ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL dan BERTAUHID bahawa segala perbuatan mereka adalah Af’al Allah belaka.

    Like

  6. Dengan Nama Allah swt…….yang diri ku ini di tangannya…aku serahkan segala-gala nya kepada yang maha mengatahui…tidak ada walau sezarah setiap makhluk dan alam semesta ini yang tidak dalam pengatahuan ilmu Allah…..dan Allah maha agung dan yang mempunyai kuasa yang mutlak (Total)..terhadap semua yang di cipta nya……yang semua itu berlaku dalam ilmu nya.(KALAM) Allah…Allah yang berhak memiliki kekuasaan..kepada semua makhluk nya yang di cipta kan nya……termasuk Syaitan laknattullah…Allah ! menjadikan Syaitan itu…supaya menjadi peringatan kepada semua Hambanya…bahawa syaitan itu lah menjadi contoh kepada ketidak patuhan kepada perintah Allah…yang sepatutnya..makhluk itu tunduk dan patuh kepada yang maha pencipta…dengan tunduk secara mutlak…Allah berkuasa atas segala sesuatu yang berlaku….terhadap Hambahnya….Tetapi Allah menjadi kan Syaitan itu sebagai peringatan …dan Allah telah beri kuasa kepada Syaitan untuk mengoda keturunan anak Adam hingga ke hari KIamat…..dan Allah telah memberi peringatan kepada Syaitan…”Kecuali hambah ku yang beriman dan bertaqawa …” dan yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah……./..maaf Tuan Guru….kalau saya memandai-mandai..buat cerita….yang bukan -bukan ini…saya hanya seorang Nelayan yang baru mula menanam niat mahu jadi nelayan….yang mahu mengenal Garam dan masin nya..ikan apabila di bubuh garam untuk menjadikan nya ikan masin…..maaf Tuan Guru….

    Like

  7. Salam,mengikut fahaman saya jika awal pun DIA..ahkirnya pun DIA…sesungguhnya kembali kepada Surah Al ikhlas…AHAD..(terkandung dlam pergertiannya)…klu sudah kasyaf binasalah semua Mahkluk…

    ia merupakan menunjukkan pokok pangkal akidah, puncak dari kepercayaan, dan PengEsaan yang mutlak kepada Allah. Pengakuan atas ke-SatuanNya, keEsaanNya dan ketunggalanNya itulah dinamakan dengan TAUHID.

    Like

  8. Salam, Tn. Hj. Shaari, izinkan sy mencuba menjawab persoalan ini untuk mendalami lagi ilmu makrifat, disamping ingin memahami bahasa kerohanian yg amat halus ini, harap Tn. Hj. perbetulkanlah ye…
    Allah SWT itu maha berkuasa dan kekuasan Allah itu tidak ada yg boleh mengatasinya dan tidak terjangkau oleh akal fikiran hanya Allah SWT sendiri sahaja yg maha mengetahui akan kehebatan kuasanya. Iblis dan syaitan itu mahluk ciptaannya semata-mata, dari tiada kepada ada, sedangkan Allah SWT itu tiada awal dan tiada akhirnya. Bagaimana untuk kita melihat berkuasanya syaitan mahupun Allah SWT. Pun kita sudah belajar bagaimana untuk mematikan diri sebelum mati, mari kita bawa kiasan atau perumpamaan menimbulkan batu yg dicampak kedalam air dan kisah Nabi Musa dan Bukit Thursina keatas iblis dan syaitan, cuba kita kembalikan segala nama, sifat, afaal dan zatnya iblis dan syaitan kepada Allah SWT, maka apabila terlebur kedalam wajah Allah SWT.…jadi siapa yg tinggal???????…. yg tinggal itu Allah,Allah,Allah hanya Allah meliputi Allah. Jadi nampak kah lagi iblis atau syaitan itu berkuasa, yg berkuasa itu Allah bukan iblis atau syaitan… betulkah begitu Tn. Hj…perbetulkan ye… jadi segala perbuatan iblis dan syaitan yg menyuruh dan menggoda kita untuk tidak menyembah Allah dan memesongkan akidah manusia itu adalah atas keizinan Allah SWT semata-mata……sebab itu kehendak Allah SWT…Allah maha berkehendak siapakah kita untuk menghalang kehendak Allah…..Dia kan Raja, siapa yang berani membantah perintah raja, siapa…??? jadi Allah SWT sengaja membiarkan iblis dan syaitan bermaharajalela diatas muka bumi ini, itupun ada sebab disebalik kewujudan iblis dan syaitan. Sebenarnya dengan mudah Allah SWT itu boleh menghancurkan, memusnahkan atau mematikan iblis dan syaitan, tidak susah sedikitpun bagi Allah untuk melakukan semua itu. Namun ada sebabnya…. Jadi selebihnya itu sebab musabab Allah SWT mencipta iblis dan syaitan biarlah Tn. Hj. Shaari ceritakan….. jadi akhirnya sekiranya kita kenal Allah SWT maka kenallah kita akan Iblis dan syaitan….jadi tidak perlulah takut kepada iblis dan syaitan…. Dan satu lagi sekiranya kita telah mengenali Allah SWT maka tahulah kita bahawasa Allah itu Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang……dan Dialah tempat Aku mengaduh kasih dan mencurah perasaan yang mungkin diluahkan kepada orang lain akan tertawakan atau diperolok-olokan tetapi Allah SWT tidak, Dia maha pendengar rintihan hambaNya dgn penuh simpati serta balas kasihan…..amin….

    Like

  9. salam tn hj….pada pendapat saya bagaimana dapat melihat kuasanya syaitan kalau sudah dapat melihat kuasanya Allah…….syaitan merupakan antara hijab dlm melihat keesaan Allah……wallahualam

    Like

  10. Assalamualaikum ust,kita semua telah diajar sejak kecil bahawa Allah sahaja yang maha berkuasa.selain daripada Allah(Makhlok) adalah tempat penzahirkan sega;a kuasa Allah,Pada haqiqat nya Allah berkuasa mutlaq.kuasa makhlok adaah majazi,kuasa pada kenyataan itu pun dengan izin Allah.contoh bom atom yang digugorkan di hiroshima dan nagasaki dlm p[erang dunia ke 2. tembakan peluru kapada musoh,kematian daam pelangaran kereta, siapa kah yang mematikan ust? dalam ayat yang kita baca, dia (Allah) yang menghidupkan dan mematikan.(Yuhyi wqa yumit) sedangkan bom,peluru,pelangaran yang mematikan.Siapa yang mematikan yang sebenar nya ya Ust ?sedang kan pada sisi Allah tak ada sebab musabab. bagitu juga dengan syitan. (Syitan adalah nama watak keengkaram,kesombongan,kedegillan yang di pakaikan kapada manusia dan Jin) manusia2 syitan ada lah manusia yang kufur dan engkar diatas segala perentah yang termaktub didalam Al Quran dan sunnah. kadang2 mereka berpura pura dalam keimanan (sifat munafik).kerana mereka tidak membersihkan Nafsu mereka(Nafasu Amarah,Lawamah dan mulhamah)inilah yang dikatakan Nafsu Syitan. maka berwatak lah ia dengan watak2 syitan (engkar dan sombong dengan Allah). ini di sebabkan mereka melupakan jalan2 agama untok membersihakan nafsu.(dengan berilmu dan memahami haqiqat dan mqkrifat)sahaja tanpa amalan khusus (syariat dan Tharikat) manusia akan ditipu olih nafsu syitan dalam dirinya sendiri.( IMAN,ISLAM,TAUHAD DAN MAKRIFAT) sahaja yang bolih mengalahkan HAWA,NAFSU,DUNIA DAN SYITAN.

    Like

  11. Assalamualaikom wbt. Tuan-tuan, puan-puan dan sahabat-sahabat serta pelayar blog sekalian.

    Ingin saya bertanya, apa terjadi jika syaitan itu juga mengenal diri sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan mengenal? Bukankah dia juga makhluk yang dijadikan untuk sujud dan taat kepada Allah?. Seperti Firman ” Aku jadikan jin dan manusia itu, hanya untuk beribadah pada Ku”. Bagaimana jika dia juga faham matikan diri sebelum mati, apa kan jadi ?. Rasa rasa saya syaitan lagi pandai menimbulkan batu dari dalam air itu sebab dia kita tak nampak tapi dia nampak kita. Jadi bagaimana ? Mohon kupasan !!!!!

    Sebenarnya Allah itu lagi sayang pada Iblis, Dia hidup dari dulu sampai sekarang dan belum lagi mati mati. Di hari Kiamat esok baru akan mati. Nampaknya kita ni yang Allah kurang sayang kerana berumur pendek. Paling lama 80 tahun atau 100 tahun saja. lepas itu “Inna lillah hiwainna ilai hiro jiunn”. habis padam. Pohon kupasan.

    Maaf, bukan nak main-main, tetapi mencari faham. Dari saya yang bukannya saya. Terima kasih. Amin.

    Akhirnya Minta Tuan guru jelaskan. Amin.

    Like

  12. Salam Mahabbah Tuan Guru dan semua,,,ISU YANG SGT PENTING UTK DIBICARAKAN dan sgt MENARIK…

    MENJADI PERSOALAN yg BESAR kerana SYAITAN dan IBLIS adalah yg selalu diperkatakan dalam SOAL MAKSIAT DAN KEBURUKAN…

    Izinkan SY yg Fakir ingin berkongsi drpd “RASA” yg hadir…mohon Petunjuk dan Bimbingan jika tersasar…

    Untuk lebih difahami..marilah kita same same menjejaki KATA KUNCI yg ALLH BERITAHU MELALUI ALQURAN..apakah SYAITAN & iblis ITU?sy juga tertanya Tanya…lalu tergerak untuk meluahkan RASA ini..

    JIKA dikaji semula daripada KATA KATA ALLH DLM ALQURAN…

    1. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak anak Adam supaya kamu jangn menyembah SYAITAN? Sesungguh nya ia MUSUH YANG NYATA terhadap kamu!” (surah Yasin Ayt 60)

    *Kata Kunci….MUSUH YNG NYATA…ALLH bgtau..SYAITAN MUSUH YG NYATA…sedang kita xpernah Nampak SYAITAN???apakah yg tersirat itu yg ALLH cuba sampaikan??..

    Dan ALLAH BERFIRMAN LAGI…….

    2.Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan- syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An’aam 6:112

    *Kata Kunci….ALLH beritahu…syaitan MANUSIA….apakah SYAITAN manusia ITU?
    Adakah semakin NYATA sekarang….SYAITAN & IBLIS itu??

    Mari kita teruskan Lagi…ALLH BERFIRMAN LAGI….asal MULA IBLIS SESAT….

    Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” (Al-A’raaf 7:12)

    *kata Kunci….nah semakin terjawab MUSUH YG NYATA…IBLIS menggunakan perkataan “AKU”(kaca mata makrifat adalah kewujudan DIRI..”KEAKUAN”)

    YA BENAR…ATS KUASA ALLH LAH YG MNYEBABKN IBLIS SESAT….DAN MESTI ADA SEBAB KENAPA ALLH SESATKN…SEDANGKN IBLIS ADALH KETUA MALAIKAT…AZAZIL…YG PALING ALIM…YG PALING WARAK…DAH TNTU YANG PALING ALLAH SAYANG…

    ALLAH BERFIRMAN LAGI…..

    Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (Al-A’raaf 7:16)

    Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. (Al-Israa’ 17:63)

    Ya Benar…ALLH sendiri BERKATA IBLIS DISESATKAN ATAS KEKUASAAN ALLH…..

    Apa yang TERSIRAT DISEBALIK TERSURAT ITU……ALLH SENDIRI YG BERI “GREEN LIGHT”..DAN ALLH TAHU IBLIS AKAN MENYESATKAN HAMBA HAMBANYA….KENAPA ALLH BIARKAN…ALLH TAHU KITA LEMAH..KENAPA DIBIARKAN PULA IBLIS BERMAHARAJALELA……

    LALU ALLH BERFIRMAN LAGI……

    Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka)

    Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Saba’ 34:21)

    KesimpulanNYA…..SYAITAN DAN IBLIS SGT NYATA…..YG MENYESATKAN PN ALLH…YG MEMBERI PETUNJUK PN ALLAH…SEGALA GALANYA ALLH….

    TERZAHIRNYA IBLIS DAN SYAITAN SEHINGGAKAN ALLH BERFIRMAN “SYAITAN MANUSIA” ADALAH APABILA WUJUDNYA DIRI “KEAKUAN”….ITULAH MUSUH YG NYATA…..

    KATA KUNCI ALLH BERITAHU…SYAITAN & IBLIS tidak berkuasa keats HAMBANYA YG BERIMAN DENGAN IKHLAS….

    IKHLAS Bermaksud TIADA LAGI WUJUDNYA DIRI”KEAKUAN”….SEGALA GALANYA DARI ALLH………BILA TIDAK WUJUD DIRI ATAS APA SYAITAN NAK HASUT??ATS APA IBLIS NAK HASUT….HILANG DIRI…HILANG JUGA SYAITAN DAN IBLIS….LENYAP…BILA HILANG DIRI….MATI SEBELUM MATI…MAKA YG TERZAHIR ADALAH ALLH…ALLH…ALLH…..
    SYAITAN,IBLIS,DIRI Hanya NAMA yg WUJUD pada MANUSIA YG MENGAKU ADANYA DIRI….HAKIKATNYA DIRI TIADA…SUDAH KARAM DALAM WAJAH ALLH…BILA ALLH Sudah NYATA…APA LAGI YG BERKUASA….??

    Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. . (Saba’ 34:21)

    KIASAN SYAITAN &IBLIS untuk MATIKAN DIRI SEBELUM MATI…SERAH DIRI PADA ALLH..KARAM DALAM WAJAHNYA…..”BERIMAN DGN IKHLAS” Maaf agak panjang untuk dibaca…bukan niat nak mengajar…sekdar bercerita..ITU YG TELAH TERTULIS D LUH MAHFUZ….SY MASIH FAKIR DAN KOSONG..JAHIL PERLU DIBIMBING..WALLAHU A’LAM….

    Like

  13. ASSALAMUALAIKOM WBT. TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, PARA SAHABAT DAN PELAYAR BLOG SEKALIAN.

    ALAHAMDULILLAH, SUDAH DENGAN KEHENDAK ALLAH, TUAN GURU HAJI SHAARI BIN MOHD YUSOF TELAH DI UNDANG MENYAMPAIKAN CERAMAHNYA BERTAJUK ” BAGAIMANA MENGINGATI ALLAH ” PADA TEMPAT, MASA DAN TARIKH BERIKUT :-

    TARIKH : 11 HB. DEC. 2012. HARI : SELASA JAM: 9.00 PAGI – 4.00 PTG.
    TEMPAT : SURAU AL-KHAUSAR JALAN SAMA GAGAH 18,
    TAMAN TELOK GADONG INDAH,
    PELABUHAN KLANG,
    SELANGOR DARUL EHSAN.

    TUAN-TUAN, PUAN-PUAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, KECIL BESAR, TUA MUDA SEMUANYA DIJEMPUT. AMIN. TERIMA KASIH.

    Like

  14. Assalamu’alaikum ustaz.
    saya rasa saya ni hebat dah dalam ilmu saya iaitu kejuruteraan pembuatan. bahkan saya juga mengajar ilmu2 proses pembuatan seperti mesin2, autocad dan rekacipta. ramai dah anak murid saya dalam industri pembuatan. tapi, lepas baca blog ustaz ni…saya rasa “go-blog” pulak. rasa mcm nak pitam pun ada, rasa berdenyut semacam jer kat jantung. bukannya apa ustaz, selama ni saya ingat Allah tu duduknya kat arasy kat siddratul muntaha. ala, mcm yg kebanyakan ustaz cerita pasal israkwalmikraj. tapi, bila saya baca blog ustaz ni..mula2 meremang bulu roma, lepas tu ada pening mcm nak pitam. sebabnya ialah bila saya tahu yang Allah ni rupanya kat dalam badan saya. rupanya selama ni yang bercakap, bergerak, berjalan, dan byk lagi, adalah dari gerak yang digerakkan oleh Allah.

    Patutlah org puteh cipta katun PINOCCHIO. kita ni pinocchio Allah, Allah yang gerakkan kita. Org puteh tu pulak cerita secara sembunyi2. diorang pun tak berani nak bgtau masyarakat tentang adanya kita, dan siapa yang gerakkan kita selama ni.

    Mcm saya pulak, saya pernah mencipta sebuah mesin pemotong kertas. selepas saya berjaya mencipta mesin tu, dia tak boleh nak memotong pun kertas. tapi lepas saya bubuh elektrik dan saya tekan butang “on”, mesin pun berfungsi dan boleh memotong kertas. banyak mana pun kertas, mesin saya ni boleh potong. kalau saya guna ilmu kejuruteraan, saya akan kata saya berjaya… tapi lepas baca blog ustaz, baru saya sedar yang sebenarnya bukan saya yang mencipta mesin tu. yang cipta mesin tu ialah Allah yang menggerakkan badan saya dan akal saya untuk buat semua tu. dah lah tu ustaz, mesin yang kononnya saya cipta tu memenangi pingat perak dalam pertandingan rekacipta kat uitm. lepas tu saya bangga giler…tapi lepas baca blog ustaz…. hehehehe, sebenarnya bukan saya yang buat, tapi Allah yang gerakkan saya supaya buat mesin tu…malunya saya..

    dan sekarang ni pulak ustaz, bila saya tengok mouse, keyboard dan pc….hati saya asyik kata, itulah Allah. walaupun nafsu kekadang nakal juga dengan mengatakan itu mouse, keyboard dan pc… tapi hati tetap kata itulah Allah. Kalau Allah tak gerakkan jari untuk menaip, macam mana benda mati “badan saya” nak menaip.

    Patutlah nabi muhammad suruh kita ingat mati supaya jadi orang pandai…. ingat keluar u dah cukup pandai. rupanya ingat mati lagi pandai. apa yang saya belajar dari teknologi orang mati ialah (sekadar nak kongsi jer tau ustaz) bila orang tu mati, jasadnya keras, masa nak mandikan cukup payah, masa nak kapankan lagilah susah. keras badannya ustaz.. macam patung baju kat kedai baju… tapi yang saya mula nak belajar ilmu dari universiti qolbu ustaz ni… saya tengok mayat dan mesin pemotong kertas tu sama…. tak akan berfungsi kalau tak dibagi elekrtrik… tapi bila dah bagi elektrik, barulah dia boleh bergerak… cumanya, yang saya nampak ialah: bila dia dah agak lama hidup dia jadi sombong dan zalim. macam dia yang bergerak sendiri….sedangkan Allah yang gerakkan badannya.

    Betullah kata ustaz, Quran dan sunnah tu tak berhuruf dan berbunyi. bila lidah dan mulut dan tekak bergabung. maka keluarlah huruf dan bunyi. tapi asalnya tetap kene gerak oleh Allah. saya bersyukur lahir terus islam sebab mak bapak saya islam…. tapi, kengkawan saya bukan islam tu pulak, mesti dia rasa sedih sebab dia sembah batu berhala… saya takut ke neraka, dah tentu juga kawan saya tu pun takut masuk neraka. namun, dgn ilmu makrifat yang ustaz sampaikan dalam blog ni. saya yakin, Allah jadikan dia begitu tentu ada sebab. bila saya tengok orang mati, saya mengatakan bahawa dia juga dulunya digerakkan Allah. Nasibnya telah ditulis sebelum dia jadi manusia yang kaku. tapi, saya ni pulak masih sibuk untuk menentukan dia masuk syurga atau neraka. sedangkan Allah dah berfirman ” masuklah kamu ke syurga ku dengan rahmatku” dah tentu kalau Allah nak dia masuk syurga, tentu saja dia masuk syurga…. tapi saya ni masih “go-blog” dalam hal2 ni. jadi mcm mana nak rangsang hati saya supaya jangan pikirkan ke mana orang tu bakal jadi selepas ni?? inilah kezaliman saya yang sebenarnya ustaz.. harap ustaz dapat bagi penjelasan kat blog ustaz ni ataupun emel jer kat saya, norakmalmaamor@gmail.com

    sekian, jutaan terima kasih kepada ustaz dan rakan2 sekuliah universiti qolbu.

    Like

    1. T.kasih krn masih ada orang yang ingin tahu hakikat iblis!. Sayangnya orang-orang diluar sana tidak berpendapat sebagaimana pendapat tuan. Orang lain tidak memberi respon terhadap persoalan iblis, jadi saya tangguh dulu penulisan bab iblis, sehingga mendapat permintaan ramai. Tidak guna saya mengarang, sedangkan tidak diterima!, malahan mendapat tomohan.

      Tunggu ya nanti saya jawab untuk tuan. t. Kasih drp hj Shaari

      Like

  15. salam tuan hj….pandangan saya…..syaitan dijadikan adalah salah satu unsur untuk menguji manusia……sebelum Allah swt jadikan malaikat,syaitan/jin dan manusia, DIA yg mengaturkan semuanya sejak dari Loh Mahfuz lagi…. sesungguhnya DIA maha tahu/mengetahui apa yang diciptakannya (termaksuklah syaitan) sedangkan rahmatnya dan keampunannya lebih besar dari kemurkaannya……jadi yang penting berpeganglah kita kepada Al-Quran dan Sunnah……semoga kita berpegang ditali Allah swt.

    Like

  16. Antara syaitan dan Allah…Sudah tentu yg Berkuasa Allah..!
    Tiada daya syaitan melainkan Kehendak Allah.
    Perkara yg kurang baik penyapaiaNya di gelar syaitan…tapi yg baik di kaitkan dgn malaikat..!
    Jikalau syaitan juga mempunyai kuasa…maka tidak timbul lah kalimat syahadat. ..!

    Like

      1. “terima kasih atas pegangan makrifat yang sungguh kemas.. semoga Allah mmembuka hati tuan utk memhami ilmu yang lbh dalam.amin” Ini balasan untuk posting yang mana Tn Haji Shaari. Terkadang saya baca jawapan Tn. Haji tetapi tidak tahu untuk posting yang mana. Maafkan saya untuk soalan yg jahil ini.

        Like

  17. saya harap haji shaari boleh sambung balik cerita walaupun saya tahu…saya suka haji shaari bercerita peduli kan syaitan2 yg bertopengkan manusia…memang dasar tak sedar diri apa kurangnya allah kepada kita….kalau bodoh mngaku saja tak rugi pun skurang kurang nya kita tahu apa yg allah hendak perbetulkan…terus kan haji shaari apabila kita menolak allah,allah akan kitim kan syaitan kepada mereka menjadi teman.tak payah kirim pon memang dah setan…allah tidak sesat yg sesat kamu yg menolak ajaran haji shaari

    Like

      1. Salam Sejahtera Ustadz yg Budiman.
        Terima Kasih diatas pencerahan dan penzahiran yg sungguh padat….
        Semoga pejuangan ini menimbulkan yg telah Sedia Nyata kepada kami yg sedang lena…

        Like

  18. Teruskan usaha mengembang ilmu makrifat tok kenali tuan..setiap perjuangan pasti ada pasang surutnya,dugaannya,cabarannya dan pelbagai cobaan dan rintangan..sya menyokong di atas usaha tuan..sbb pa ilmu yg tuan terangkan alhamdulillah mudah d fahami oleh sya…

    Like

  19. salam…pak haji dgn duku…betul apa yg dkata kan duku…saya bersependapat
    ketika adam d masukkan kan roh..d hijapkan dr iblis..
    allah menyuruh iblis menyembah d dalam tu…
    bkn nya jasad adam..
    tu yang iblis ingat adam hanya dr tanah..x power..
    tapi sebenar nya d dalam tu……

    Like

  20. As salam Hj Shaari,
    Sy setuju penjelasan tuan, tapi hanya orang2 tertentu saja yg hanya bisa memahaminya. Mengenal syaitan adalah perlu diketahui kerna disitu kita akan dapat mengetahui atau mendetek mana satu suruhan Allah ( Syohih) dan mana satu suruhan syaitan (Batal). Jika kita sudah menguasainya, maka kita akan selamat dari tipu helah syaitan didunia ini. Sedangkan kita sekarang pun tidak tau mana satu gerakan petunjuk dari Allah, bukan? Jangan disangka kita dapat ilham atau dapat menyelesaikan masaalah didalam solat, kita sangka itu petunjuk dari Allah, padahal apa pun yang masaalah yang terjawap sewaktu kita mendirikan solat adalah idea dari syaitan tanpa kita sedari. Kan bingung! Kok dari syaitan! sedangkan kita mendapatkan ilham itu diwaktu kita menyembah Allah, sepatutnya ilham itu dari Allah, bukan!. Nah..kerna itulah kita harus mempelajari dan mengenali bagaimana cara syaitan melencungkan difikiran dan hati manusia.
    Jadi sy kira Hj Shaari bolih meneruskannya, tetapi ini adalah rahsia dan terlalu sulit untuk mendakwah orang di halaman website ini, kerna ramai yang beragama tapi tidak beragama – HATI yang tidak beragama. Akal fikiran saja yang beragama dengan pengetahuan setinggi gunung tetapi untuk melaksanakannya “Jauh panggang dari Api..!!!”
    Sekian Wassalam.

    Like

  21. Siapa allah siapa iblis?
    Siapa yang lebih berkuasa?

    Sifat wujud dan maujud hanya untuk (yang tak bersuara tak bergirim dan tak berjisim. Iaitu ALLAH.
    Barang siapa mengatakan ALLAH ADA IBLIS ADA SYIRIK.
    Boleh tak ALLAH menyamar jadi iblis, syaitan , jibril dan sebagainya, cuma berselindung disebalik nama jawab?
    Kalau sudah ALLAH kuasanya tiada batasan dan tak terbayang no limit atau tidak terucapTidak mustahilkan.
    Ini cerita ALLAH kepada makluk (dirinya sendiri) agar kita kenal allah dengan allah. Kalau semua ALLAH apa nak di kata, baru nyata yang ada disebalik nama dan watak yg berbeza tidak lain itulah ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH.

    Like

  22. Ass………….
    mohon maaf kepada semuanya….. mohon izin kepada tuan guru hj. Sharii mohon izin …anak baru betatah jalan ingin mencoba bejalan … mohon maaf sekali lagi….. karna terlambat tau tentang blok ini…….

    saya tak tau berfaham apa…… dan bertajuk apa,,,,? cuman saya ingin mencoba menyampaikan apa yang saya faham….. mohon pembetulan jika salah……

    syaitan……. iblis …………. menurut penyampaian para ulama yang sering berceramah adalah makluk yang mengajak manusia secara khusus kelembah kesesatan sehingga kita di suruh melawan habis habisan sesuai kata qur’an sesungguhnya mereka itu musuh yang nyata…..

    benar itu sangat benar…..
    namun perlu diketahui bahwa kodrat dan fitrahnya kita manusia merupaka penanggung amanah Allah SWT ( khalifah Allah Ta’ala). dimana Allah meminta kita bertanggung jawab atas amanah tersebut…..

    amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia merupakan Amanah menanggung rahasia yang tidak diketahui oleh makluk lain dan tidak diberi kemampuan kepada makluk lain untuk memikulnya oleh Allah SWT diwaktu itu hingga saat ini , sehingga malaikat bertanya kepada Untuk apa manusia diciptakan jikalau nantinya mereka akan saling bertumpahan darah sesamamnya…… ketika itu Allah menjawab Aku ciptakan manusia itu dengan rahasia ku dan akulah rahasianya……

    Jadi Allah SWT meminta kita untuk menjaga Rahasia tersebut atau amanah tersebut atau titipan tersebut secara utuh…… dalam artian sama diwaktu diberikan dengan dikembalikan kepada Allah SWT, tidak boleh bertambah apa lagi berkuran. karna Allah Ta’ala tidak berdagang yang mengharapkan untung /laba ataupun kerugian.
    sebagai contoh apa bila kita menitipkan sepatu sepasang kepada sahabat kita, pada suatu saat akan kita ambil apakah kita mengharapkan sepatu itu bertmabah menajdi 2 pasang atau berkurang tinggal sebelah, saya yakin pasti berharap sepatu itu utuh sepsang sebagaimana sedia kala..

    Jadi pemegang amanah ini harus diuji dengan berbagai ujian yang diperankan oleh Syaitan dan Iblis……… syaitan dan iblis memperdaya si pemegang amanah ini dengan dan melalui berbagai macam cara supaya sipemegang amanah ini kianat Kepada Allah SWT.

    Syaitan dan Iblis ini bisa memainkan perannya melalui apa saja yang ada dilingkungan sipemegang Amanah ini. itulah kegunaan Dunia ini atau lingkungan ini diciptakan oleh Allah untuk menguji Kecintaan sipemegang amanah Apakah bertahan Cinta mati Kepada Allah SWT atau sebaliknya. ujian ini bisa datang dari anak kita, saudara kita, orang tua kita, istri tercinta kita dan lain sebagainya
    Tidak jarang seorang anak membawa malapetaka orang tua dan sebalinya, tidak jarang istri membawa celaka terhadap suaminya dan sebaliknya

    Dunia beserta isinya bala tentaraNya Allah ini merupakan lingkaran permainan yang disediakan Allah untuk menguji Kecintaan Kekasih Allah SWT kepada Allahu Ta’la, bertahan atau tidak berkekalan atau tidak.

    itu fahaman anak yang baru belajar beralan,,,, mohon maaf …. diharapkan pembetulah dalam kesalahan
    Wassssssssaaaalaaaammmmmmmmmmmm

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s