Apakah Itu Tomaninah ? (Rukun Sembahyang Yang ke 13)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Seminggu saya tinggalkan Malaysia untuk menziarah guru saya di Desa Babatan Kesamben Belitar Jawa Timur Indonisia. Seminggu juga saya tidak mengerakkan jejari daif ini melalui komputer.

Pada jam 12.04, tanggal 19 Dec, biarpun penat dari perantauan masih terasa,  saya keraskan semangat untuk terus menulis. Pada mulanya saya berhajat untuk melelapkan mata, kerana pada pagi keesukan harinya, saya ada ceramah di Kota Melaka. Namun memandangkan umur saya sudah begitu terpanggil untuk pulang  ke kampong asal,  kesuntukan masa ini, menghambat saya untuk terus berkaria sebanyak mungkin. Saya akan gunakan kesempatan yang berbaki ini, untuk mencurahkan ilmu sebanyak-banyaknya kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Jangan kita kira panjangnya usia , mari kita kira panjangnya hidup dengan tulisan. Hidup ini hanya sekejab, untuk memenafaatkannya mari kita sama-sama panjang-panjangkan bekas tangan. Supaya dengannya membolehkan orang sesudah ketiadaan kita, sekurang-kurangnya masih boleh menatapi dan membaca, bekas atau hasil tangan kita !.

Umur tidak boleh kita panjangkan, namun kita boleh panjangkan ia dengan ilmu tulisan!. Hidup ini boleh kita panjangkan dengan ilmu!. Seumpama ulamak-ulamak terdahulu,biarpun jasadnya sudah lama kembali, namun hasil tangan beliau masih dapat kita tatapi dan masih boleh kita menafaatkan!.

Sebutan yang boleh dikenang orang sesudah pemergian kita itu, adalah tulisan tangan!. Tulisan tangan kitalah yang dikatakan hidup kali kedua, iaitu hidup sesudah mati!

Sebelum itu, ingin saya mengetuk dinding pintu hati tuan-tuan untuk mengajak  kembali semula menghayati apakah itu rukun sembahyang?. Rukun sembahyang itu, semuanya ada tiga belas perkara.

1) Niat

2) Takbir

3) Berdiri Kiam

4) Membaca Surah Al-Fatihah

5) Rukuk

6) Iktidal

7) Sujud

8) Duduk antara dua sujud

9) Duduk tahat akhir

10) Membaca tahat akhir

11) Membaca Selawat

12) Membaca Salam

13) Tomaninah

Yang hendak saya perbincangkan disini, adalah rukun yang ketiga belas iaitu tomaninah!. Apakah maksud atau erti tomaninah. Rukun lain yang bermula dari niat sampailah kepada rukun yang kedua belas, semuanya ada pergerakkan atau ada perbuatan. Sedangkan rukun yang ketiga belas, tidak ada perbuatan atau pekerjaan, kenapa?.

Sila bagi jawapan?…………………………….

Jam sudah menunjukkan 01.00 tengah malam, mata saya tidak lagi rasa megantuk, namun memandangkan esuk paginya saya hendak bertolak ke Melaka, jam selepasa subuh, rasanya sampai disini sahaja dulu, kita sambung lagi esuk, jika sekiranya ada yang memberi respon!.

Apakah itu tomaninah (tertib). Apakah tomaninah itu, hanya sekadar tertib (turutan)?. Jika kita turuti tertib, hendak saya ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan, rukun sembahyang yang pertama itu niat, yabf kedua berdiri.

Jika sekiranya kita nak ikut tertib, disini ingin saya ajukan pertanyaan, semasa tuan-tuan mengerjakan sembahyang, tuan-tuan berdiri dahulu ke atau niat dahulu?, cuba jawab?………………

Cuba perhatikan baik-baik, tuan-tuan berdiri dahulu ke atau tuan-tuan niat dahulu?. cuba jawab?………………………..

Satu lagi pertanyaan, mana dahulu antara berdiri dengan niat dan mana dahulu antara niat dengan takbir ratulihram?. Cuba jawab?……………………………..

Kita selama ini, mengerjakan sembahyang  dengan 1) dahulu berdiri, 2) Selepas berdiri kita takbir dan barulah disusuli dengan 3) niat!.

Sesudah berdiri, baru kita takbir dan didalam takbir ituah baru kita niat?. Apakah kita turut atau ikut tertib (tomaninah). Apakah sebenar-benar maksud tomaninah?……………………………

Cuba jawab?……………………………..Cuba jawab?…………………………..

Apakah semasa kita hendak bangun dari tempat duduk itu kita niat sembahyang, sesudah niat semasa hendak bangun dari tempat duduk untuk berdiri. Sesudah berdiri kiam, biasanya baru kita  takbir dan didalam takbir itu, barulah kita kosad niat!. Apakah diodalam takbir itu, tidak perlu lagi kepada niat?………………………

Dimanakah sebenarnya peranan tomaninah (yang dikatakan tertib atau ikut turutan?)?. Cuba jawab……………………………………

Advertisements

60 Replies to “Apakah Itu Tomaninah ? (Rukun Sembahyang Yang ke 13)”

  1. Salam Alaikum…

    Jika menurut hemat saya, bukan kah segala sesuatu di dahului oleh niat…

    Adapun “ucapan/dalam hati” niat dalam sholat itu hanya hanya syarat rukunnya saja…
    Bahwa niat sesungguhnya itu bahkan sebelum berwudhu pun udah atau bahkan lebih jauh lagi saya katakan bahkan sebelum tubuh kita menzahirkan ke inginan akan terlebih dahulu tentulah karena adanya niat..???

    Mohon tambahan, dan koreksinya…

    Like

  2. Salam ustaz , rindu saya untuk membaca karya ustaz seumpama budak kecil mahukan gula-gula. Pada pandangan saya ingin mencuba menjawap peranan tomaninah adalah sebagai pendisplin pada setiap amalan kita. Setiap pergerakan di alam semuanya mempunyai peraturan yang di rencanakan oleh Allah s.w.t . Minta maaf ustaz jika jawapan saya menyimpang dari garis panduan pekara yang ingin ustaz sampaikan.

    Like

  3. salam yg berbahagia ustaz yg amat kasihi,,sy juga spt saudara d atas ingin juga mnjwb soalan yg di ajukan,,bknkh perkara tomaninah itu berhenti seketika(satu nafas) dr satu rukun ke rukun yg lain sehingga selesai solat itu,,mohon 0perjelas yg berbahagia ustaz jika terdapat kesasulan,,trima kasih

    Like

  4. Assalamualaikom wbt. Tuan Guru serta sahabat-sahabat sekalian semuga semuanya terus di Rahmati Allah hingga kiamat.
    Alhamdulillah Tuan guru telah kembali bercuti lalu meninggalkan homework yang perlu di jawab bagi mereka yang telah berdaftar sebagai siswa University Qalbu Mukmin.Universiti ini biasanya mengajar ilmu Hakikat dan makrifat dan bukannya Syariat. Namun begitu, inilah cabaran yang mesti di hadapi.

    Apa itu Tomaninah?.

    i : Erti tomaninah itu berhenti seketika dan bukannya bererti tertib.
    ii : Tomaninah ini letaknya antara rukun dengan rukun dan bukannya di rukun yang ke 13. Rukun yang ketiga belas itu adalah Tertib.
    iii : Merupakan pembeza antara Rukun dengan rukun.
    iv : Tomaninah itu ada perbuatannya. Perbuatannya adalah ‘berhenti seketika’ bagi membezakan antara rukun dengan rukun.

    Apabila dilihat pada senarai rukun solat yang di paparkan itu, niat itu duduk diperkara pertama, keduanya berdiri kiam dan ketiganya takbiratul ihram.
    Tetapi kebanyakkannya orang melakukan solat, pertamanya berdiri kiam, keduanya niat ( Usolli ), dan ketiganya Takbiratul ihram ( di sulam niat didalam hati dalam bahasa melayu, “aku sembahyang magrib 3 rokaat kerana Allah Taala”) dan ini di dapati tidak mengikut TERTIB, sebagaimana kehendak soalan tuan.
    Hemat saya, persoalan ini berkisar kearah perkara syariat (fekah). Perkara ini memang tidak TERTIB dan hukumnya adalah batal dan tidak sah. Tidak sah itu kerana tidak mengikut TERTIB yang menjadi Rukun Solat yang ke 13. Ibadah yang diharap mendapat pahala telah bertukar menjadi riadah, malah telah mensyirikkan Allah kerana ibadah ini dianggap dari Hamba untuk Allah.

    Bagi mereka yang berfahaman Hakikat, perkara Niat itu bermula terlebeh awal dari berdiri betul dan Takbiratul ihram. Pada mereka Niat itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, berdiri kiamnya itu tandanya sudah ‘mati’ dan takbiratul ihram itu tandanya Dialah yang membesarkan Dia sehingga tidak Nampak lain lagi selain Allah Semata. Hal ini di sempurnakannya hinggalah kesalam. Dia faham solat sebelum solat, solat di tengah solat dan solat sesudah solat. Maka sempurnalah TERTIB nya sebagaimana yang di gariskan. Solat mereka bukan mengharapkan upah pahala, bukan mengharapkan Syurga tetapi hanya Menyatakan Allah di setiap masa dan ketika. Amin.
    Demikianlah fahaman saya. Pohon pencerahan jika tersalah tafsiran. Dari saya yang bukannya saya. Terima kasih wahai tuan guru ku. “Patah Sayap, paruhkan ku tongkat jua”. Amin.

    Like

    1. Terima kasih kerana berani mengutarakan pendapat. Biarpun jawapannya kurang tepat dan sudah menghampiri tepat, sekurang-kurangnya tuan seorang yang berani mencuba. Dalam belajar bertatih, jatuh atau salah itu, adalah perkara biasa!. Jika tidak jatuh dan jika tidak salah, kita tidak tahu erti benar!.

      Terima kasih kerana berani mencuba. Itu yang saya harapkan. Salah benar, kenudian kira………. T.kasih dari hj Shaari

      Like

  5. maksud niat.. ibarat anak panah terlepas dari busurnya…… begitu juga terib… hendaklah di fahamnkan siapa yang baru selesai sembahyang dan siapa yang di sembanhyangkan itu….. agar teringat selalu selepas sembahyang.. siapa diri sebenarnya… mhn petunjuk dari guru…

    Like

    1. Jawapan tuan itu, memang sudah hampir-hampir benar, cuma kaedah tuan bercerita atau mungkin cara tuan menterjemahkan tulisan ayat, ada sedikit lari. Saya tahu yang tuan sudah faham, cuma tinggal lagi mungkin tdk terluah oleh tangan tuan.

      Tuan, memandangkan tuan salag seorang peminat yang jauh dari seberang tanag besar Indonisia, ingin saya bagi sedikit pencerahan.

      Tomaninah itu, dikatakan oleh feqah adalah bererti tertib!. Tertib pada pengertian istilah bahasa, adalah memberi erti “mengikut yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan!”. Jadi saya ingin bertanya kepada tuan, seandainya kita berhadapan dengan ibubapa atau berhadapan dengan pembesar negara, cuba jawab pertanyaan saya,

      Apakah tuan ingin mendahului mereka?. Seumpama tuan ingin lalu disuatu lorong atau tuan ingin mendapatkan sesuatu makanan yanng terhidang diatas meja, sekiranya ada pembesar atau ada ibubapa kita, apakah tergamak kita mendahuluyi mereka?. cuba jawab?.

      Jika kita tidak tergamak untuk mendahului mereka, itulah tertib namanya!. Jadi dalam permasalahan kita dengan Allah, siapakah yang lebih besar antara kita dengan Allah, cuba jawab?……………………..

      Saya belum jawab permasalahan ini, saya nak biarkan peminat diluar sana berfikir, tetapi memandangkan tuan orang jauh dimata dekat dihati, saya bagi sedikit pencerahan.

      Faham baik-baik dengan kata yang sedikit iotu, semoga berjaya menembusi maksud saya yang tersirat!. amin drp hj shaari

      Like

  6. Salam tuan…Dalam menjalankan ILMU….dimulakan dengan NIAT terlebih dahulu. Dalam menjalankan AMAL …BERDIRI BETUL terlebih dahulu.
    NIAT itu mengandungi kaedah meluaskan tempat ( mengandungi sifat Irodat) BERDIRI BETUL pula memelihara Diri dari dunia kealam kubur hingga Akhirat ( mengandungi sifat Kudrat) TERTIB pertemuan Hamba dengan Tuhannya (mengandungi sifat Mutakallimun) iaitu berkata-kata Allah Taala itu kata diluar kata Zat…..kata ALLAH melalui lidah. Kata didalam kata Sifat…kata MUHAMAD melalu hati…..mohon pencerahan wahai Tuan.

    Like

    1. Terima kasih wali Allah, krn telah memberi jawapan. Namun saya nasihatkan puan, supaya selepas ini, jangan lagi menggunakan bahasa-bahasa yang memperbanyakkan mangkuk pinggang. Nanti susah nak basuh!.

      Petikan dari email puan “aitu berkata-kata Allah Taala itu kata diluar kata Zat…..kata ALLAH melalui lidah. Kata didalam kata Sifat…kata MUHAMAD melalu hati….”.

      Kata-kata sebegini adalah kata-kata filsafat atau kata-kata istilah. Selagi kita memperbanyakkan istilah selagi itu kita akan hanyut dan lama kelamaan kita terus hilang punya.

      Buang istilah dan mari kita terus kepada pokoknya!. Tidak ada lagi kata yanng diluar itu lain drp kata yang dalam. Yang diluarpun Dia dan yang didalampun Dia!. Tidak bercerai antara sifat dan zat. Tidak bercerai antara kata Allah dgn kata Muhamad.

      Tidak bercerai antara huruf alif dengan huruf ya. mana mungkin bercerai, sedangkan datangnya segala huruf itu drp hujung kalam (pencel) yang sama!.

      Faham baik-baik kata ku yang sedikit itu. Jadi erti tomaninah itu, saya akan jawab melalui talipon kiranya puan sudi menlipon saya!. Amin drp hj Shaari

      Liked by 2 people

    1. Bagaimana pula bg mereka yang bersembahyang baring atau sembahyang dengan hati yang langsung tidak ada berhenti drp kaedah melakukan perbuatan!. Berhenti seketika itu, tomaninah yang kita sanggka atau yang kita anggap pada hukum syariaat akal!. Mana yang dikatakan sebenar-benar tomaninah dalam bersolat?.

      Andaikata kita tdk berhenti seketika, apakah sembahyang kita itu batal?, cuba jawab…………………………….

      Like

  7. Slm Tn. Guru…… tomakninah adalah berhenti seketika atau ketenangan dlm solat (tidak melakukan solat dgn tergesa-gesa)….. tomakninah adalah ketenangan yg mengiringi ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara 2 sujud…. wallahua’lam

    Like

    1. Terima kasih krn berani meluahkan kata!. Adapun jawapan tuyan itu, adalah jawapan dari sudut suluhan feqah.Tumaninah menurut suluhan makrifat itu, adalah…………………tunggu jawapan di blog.amin drp hj shaari

      Like

    1. nanti sy cari masa yang sesuai untuk menjawab persoalan tomaninah, krn skrg sy sedang sibuk utk menyiapkan itab no 3. T,kasih krn masih ada org yg tunggu jawapan sy.Sy kira suudah tidak ada lagi org yg sudi menatap kariya sy.t,kasih tuan drp hj shaari

      Like

  8. assalamualaikum tuan haji

    saya ni baru belajar mendalami ilmu agama. Pertanyaan saya ialah:

    1. apakah perlu seseorang itu mempelajari feqah dahulu sebelum memasuki ilmu hakikat atau makrifat

    2. apakah seseorang itu dibolehkan meninggalkan solat.

    mohon penjelasan dari Tuan Haji

    Like

    1. Tuan yang saya hormati dan kepada seluruh pembaca blog hj shaari.

      Tuan, cuba tuan lihat dan tilik dengan mata hati yang terbuka dan saya minta sangat-sangat supaya tuan-tuan semua perhatikan ulamak-ulamak yang balik dari Mesir, yang belajar ilmu feqah sampai berpuloh tahun. Apakah mereka bawa balik ilmu makrifat?………………..

      Dengan belajar ilmu feqah dan ilmu syariaat berpuloh tahun itu,, belum tentu membawa balik ilmu makrifat!. Cuba tuan perhatikan berapa orang ulamak yang balik dari Universiti Al-Azhar yang bawa balik ilmu makrifat?, cuba jawab

      Jadi kesimpulan yang hendak saya sampaikan disini adalah, untuk belajar ilmu makrifat itu, tidak perlu dan tidak semestinya bermula dari bawah (syariat atau torikat). Lihat Saidina Omar Al Khatab, beliau bertauhid hanya dengan sepotong ayat, kemudian dengan sepotong ayat itu, beliau terus masuk Islam, tanpa belajar feqah atau ilmu syariaat. Orang yang belajar feqah di mesir dan belajar ilmu syariaat berpuloh tahun di Universiti, belum tentu mendapat ilmu makrifat.

      Jadi belajarlah ilmu mana sekalipun, bacalah kitab mana sekalipun dan bergurulah dengan guru mana sekalipun, tidak mengapa!. Terus bermula belajar dengan ilmu makrifatpun tidak mengapa, cuma jika tuan berhajat untuk menjadi guru, terlebih baik belajar dari bawah dulu. Jika sekadar untuk diri dan anak isteri, belajarlah mana-mana dulupun boleh, tidak salah jika belajar dari atas kebawah atau dari bawah keatas. Allah tak marah dan Hadis tak tegah.

      Pertanyaan tuan yang kedua, apakah orang makrifat itu, tidak perlu sembahyang?.

      Cuba tuan perhatikan orang Cina, India, Kristien atau Budha, apakah mereka sembahyang?. cuba jawab………..Mereka yang beragama kafir, lagikan mengerjakan sembahyang, kenapa kita tidak?…………….

      Sembahyang itu wajib, bagi orang yang ada Tuhan. Apa lagi bagi kita yang ada Allah!. Yang menjadi kemuskilan disini, adakah sembahyang kita itu benar-benar menyembah Allah?, cuba jawab?………………..Jika tuan kata tuan sembahyang dengan meyembah Allah, apakah tuan sudah mengenal Allah?……………Jika sekiranya tuan belum mengenal Allah, bagaimana tuan sembahyang, Allah mana yang tuan sembah?………………Jika sembah kepada yang tidak kita kenal, apakah itu dikatakan sembahyang meyembah Allah?……………………cuba duduk bersendiri sekejap diberanda rumah dan renung kedalam diri masing-masing akan kata saya diatas!.

      Saya minta tuan keluar sekejap, dan cuba duduk berseorangan diberanda rumah sambil hisap rokok bagi yang merokok. Tanya diri, apakah aku ini sudah mengenal Allah. Kiranya aku tidak mengenal Allah, apakah sah sembahyang aku dan siapakah yang aku sembah dikala aku sembahyang?, cuba tanya diri, cuba tanya didiri dan cuba tanya diri?………………….
      hj shaari

      Like

  9. soal ini banyak orang tak faham..sebenar niat tiada berhuruf tiada bersuara.kebanyakkan orang alih bahasa dari lafaz niat bahasa arab di alih bahasa di hati bahasa melayu.kalau mcm ni niat jatuh no 3. Pelajarilah ilmu farhdu sebelum Fardhu..USUL FEQAH TASAWUF

    Like

  10. asslalamualaikum..saya cuba jawab,tp kalau salah tolong betulkan.jawapanya (niat )dulu..cuma tekaan je ..saya amat memerlukan jawapan atas persoalan ini

    Like

  11. a’kum… mohon tunjuk ajar andai tersasar
    adapun Niat itu tiada berhuruf & bersuara..
    maka tatkala berdiri untuk solat itu hanya lafaz Niat, perbaharu LESEN.
    Mudahnya, umum Tahu akan masuknya waktu solat. Waktu hendak mengambil wudhu’ itu permulaan terzahir akan NIAT itu.
    nak solat apa? jika Zohor, zohorlah.
    sekian

    Like

  12. Salam…maafkan saya sebelumnya dan izinkan saya memberikan sedikit pendapat saya yg jahil ini..”Tomaninah” dari saya ini adalah “Kesucian” ..suci bersih lahir dan bathin..diharap dapatlah memberi pembetulan dari kesalahan jawapan saya.wasalam

    Like

  13. tomaqninah atau tertib….dapat ditakrifkan sebagai menunaikan solat mengikut mengikut susunan yg telah diitetapkan yang mana tidak bole dikurangi atau ditambah2…

    Like

      1. kekalkan ingatan pada allah bukan kah kategari khusuk.. tertib atau tomakninah adalah huraian tentag perlakuan solat tak boleh sujud dulu baru rukuk. tak boleh tahiyat awal dulu baru tahiyat akhir..hendak lah dilakukan dengan kadar atau susunan yang telah ditetapkan…itu pandangan saya lah lain orang lain pendapat tetapi hendaklah merujuk kepada yang paling hampir…wallahualam.. saya tidak ahli agama jadi saya pohon idea golongan ahli2nya yang lebih maklum.. wasallam

        Like

  14. Assalamualaikum.. Tuan Guru, betul kah Tuan Guru.. gerak dulu baru niat. mcm mn nk terniat kalau tidak dari kudrat & muridun Allah swt. Wallahhuwaklam. Tolong bg sy fhm Tuan Guru bg sy yg jahil ini.

    Like

  15. As salam..
    Kalo xsilap pemahaman sy. Tomaninah tu maknanya diam. Mendiamkan sebentar anggota tubuh sewaktu perpindahan antara rukun solat. Shatah pula mengambil nafas antara bacaan dalam solat(tartil). Semuanya utk tujuan ketenangan dan kesabaran. Mematikan diri barang sebentar.

    Like

  16. saya merenung sejenak komen2 yg shbt2 kita bg dlm isu tomaninah ni, sy bersetuju apa yg dikata oleh tuan guru hj shaari,ada shbt2 kata tomaninah itu diam atau tertib,jikalau jwpn diam atau tertib kenapa tomaninah rukun yg 13,mesti berada di rukun 1,sbb sblum smbyg mest kena diam,tertib sebelum takbir.apa yg kita tgk skrg,tomaninah berada di rukun 13 yg akhir.. dikalau salah maaf…

    Like

  17. maaf ayahanda. boleh terangkan apa perbezaan thumaninah yang saya hanya fahami iaitu diam sementara dengan berterusan ingat kepada Allah? maaf. saya sangat lemah dalam bab ini.

    Like

  18. Assalam mualaikum tuan guru hj sharii saya dari palembang darusallam ingin bergabung dgn majlis mencari ilmu mati utk bertemu dgn yang hidup dan saya ingin belajar bagaimana mematikan diri sebelum mati melalui buku tulisan tangan tuan dan DVD Tuan. Tks wassallam.

    Like

  19. tomahnina kekal terus mengingati Allah,, sebelum, semasa, selepas solat dan seterusnya,, bukan ingat yg di buat2x atau bukan ingat seperti belajar untuk ingat,, tetapi ingat didalam ingat umpama masa berdetik tak berhenti,,
    maafkan hamba tak tahu apa yg hamba perkatakan,, hamba bersendirian di sekelilingku tidak ada yg faham bicara rahsia mengunakan rasa bahasa perantaraku adalah kata2x yg adakala tidak dpt kuterjemahkan dgn kata2x apa yg dibicarakan dr dlm bahasa rahsiaku,,

    Like

  20. tertib dalam rukun sholat maksudnya gerakan sholat atau rukun sholat tidak boleh terbalik,pertama harus niat dulu,kemudian berdiri dilanjut takbir bukan berdiri kemudian niat terus takbir. Niat itu diposisikan dengan duduk ,maka klo mau tertib dalam rukun sholat duduk dulu hadirkan niat(niat hurufiah atau kamaliah) kemudian berdiri terus takbir dst sampai salam

    Like

  21. Toma’ninah tu dikira bersama dgn rukun fi’li (perbuatan) kerana dlm mazhab syafie ia wajib…
    Tertib tu salah satu rukun kerana ia meliputi semua 12 rukun yg lain
    Jika letak toma’ninah rukun ke 13..persoalannya
    1. Tertib nk letak kat mana?
    2.toma’ninah tu bukan utk keseluruhan
    rukun tp utk rukun fi’li

    YM ustaz, kenyataan diatas biasa diajar begitu.Saya masih keliru.

    Mohon pencerahhan dari Ustaz.

    Like

  22. cuba g taw ape tu sebenar2 solat? nk taw tomaninah tu menda guana mcm ni..
    tenang sampai ingat hoh glamer nye aku. hoh alangkah cinta nye aku pd dunia. tu tomaninah orr.

    Like

  23. selagi kamu ingat allah selagi tu rr bukan tomaninah. dan selagi kamu lupa allah selagi tu rr celaka. ingat pon bukan x ingat pun bukan. hahah doh mane tomaninah nye?

    Like

  24. Assalammualaikum..w.b.t
    tuan Hj. saya minta izin untuk baca artikel2 tuan..saya baru2 ni tergoogle..

    ingat allah….ape yg dimaksudkan adakah solat besertakan zikir (ingat)?…memulangkan segala sifat yg dipinjamkan pada kita.. mengESAkan Allah..?

    Like

  25. Assalamu alaikum…… Tok saari… Saye minta maaf telah mengganggu ketenangan dan keasyikan tok saari……. Saye Zulham anak melayu dari medan sumatra utara indonesia, saye sangat sangat berterimakasih dgn tok saari yg telah banyak menjelaskan ilmu makrifat tok kenali dgn seni yg indah dan mudah utk dipahami, utk itu kpd tok saari saye mintak izin utk mengamalkan ilmu ini….. Saye akan terus menanti karya dari tok saari… Wassalam….

    Like

  26. Semoga Allah selalu memberikan kesehatan kepada tuan guru, menurut akal saya yg lemah, tumaninah itu adalah kesadaran akan ingat kepada Allah sahaja, seperti kata tuan guru, ingat Allah itu ialah tidak mengingat selain Allah. Dalam setiap gerakan sholat, kesadaran harus terus terjaga, sadar sedang membaca alfatihah, sadar sedang ruku’,sadar sedang sujud dan sadar sampai salam. Kesadaran ini yang kiranya paling sulit di sadari saat melaksanakan sholat. Hanya orang yang ikhsan saja yang dapat selalu utk tersadar siapa yg sebenar di sembah dalam sholat.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s