APAKAH PEGERTIAN KARIN (KORIn)

Didalam blog saya, ada sahabat-sahabat menyebuat soal karin atau kata orang Kelantan dengan sebutan korin. Siapakah korin itu?.

Katanya korin itu, adalah makhluk halus. Ada yang mendakwa bahawa setiap surah Al-Quraan itu, ada korin dan penjaganya masing-masing. Ada yang megdakwa bahawa Al- Fatihan itu dijaga oleh korin tertentu, ayat Kursi, oleh korin lain pula. Katanya disetiap ayat itu, ada penjaga atau penunggunya sendiri!.

Ada sesetengahnya mendakwa bahawa ada korin yang menjaga baik dan ada korin yang menjaga jahat. Ada korin Islam dan ada korin kafir dan berbagai-bagai lagi tafsiran kepada korin.Siapakah korin?.

Ada pula yang mengatakan bahawa Kaabah juga ada korin yang menjaganya. Kiranya Kaabah ada penunggu atau penjaganya, kenapa pada suatu hari Kaabah terbakar, kaabah pernah runtuh dilanda banjir dan kenapa masih juga batu Hajaratul Aswad itu, pernah dicuri oleh tentera rom?. Tidak cukup kuatkah korin menjaga Kaabah sehingga boleh kalah dengan api dan banjir?, Cuba jawab pertanyaan saya. Jika Quraan ada korin, kenapa juga masih ada orang yang salah guna, dan masih ada orang yagn boleh bakar atau kencing atas Al-Quraan?……………

Tidak cukupkah lagi Allah menjaga ayat-ayatnya?. Apakah Allah memerlukan pembantu?……… Tidakkah kita belajar sifat dua puloh mengatakan “kiamuhu Binafsih” (Berdirinya Allah itu, dengan sendiri), tanpa perlu kepada pembantu?. Cuba
jawab……………..

Disini, sukalah saya menyedut beberapa tulisan daripada beberapa peminat blog, untuk dijadikan kayu pengukur dan dijadikan perbandingan!

Submitted on 2012/12/29 at 10:25 am

Salam, mohon maaf seribu kemaafan dan jikalau pendpt sy ini tidak menyenangkan, dan sy berharap Tn. Hj. Shaari tegurlah sy dan ajarilah sy, memang benar setiap manusia diutus oleh Allah SWT mahluk yakni Qarin… pun begitu sy tidaklah mengkaji sedlmnya tentang Qarin ini walaupun ada sy terbaca kisah2 qarin ini, sbb sejak sy ingin mencari Allah SWT sy tidak ingin mahluk2 ghaib mendekati sy atau mengajar sy samada baik mahupun jahat. Yg sy harapan hanya Allah SWT, sy tidak mahu ada perantaraan diantara sy dgn Allah SWT… sbb itu jikalau sy bertemu guru yg melibatkan Qarin…sy akan menjauhi diri…mohon maaf ya… sy tidak ingin belajar… bagi sy apabila Allah SWT yg memberi bimbingan … Qarin tidak diperlukan lagi…. cukuplah Allah SWT kerana Dialah tujuan ku dan Dialah yg aku Mahu, makanya sy mahu Allah SWT yg mengajar sy demi utk bertemu dan melihat wajahnya di akhirat nanti …sbb waktu sy takut tesesat dan tersalah pilih jalan… sungguhpun Nabi SWT ada mengatakan sehinggakan Qarinnya diislamkannya dan mengajaknya kearah kebaikan sahaja… bagi sy ada rahasia yg tersembunyi disebalik bicara Nabi SWT tentang Qarin yg perlu kita cari…. sesungguhnya setelah memahami ilmu…. ……MATI SEBELUM MATI….FANAKAN DIRI.. menyerahkan diri secara muthlak kepada Allah SWT, maka memang benarlah apa yg cari selamainya ini, hanya Allah SWT yg membimbing sy sudah terbukti.. ilmu ini telah membawa sy menyingkap rahasia yg Allah SWT sembunyikan dari mahluknya. Dan sy bersyukur kpd Allah SWT memberi kelebihan kpd sy utk melihat secara Khasyaf … siapakah mahluk- mahluk ciptaan Allah SWT.. itu… mohon maaf …dgn apa yg sy tulis ini… dan syukur teramat bersyukurnya sy kerana Allah SWT temukan sy dgn blog Tn. Hj. Shaari… dan bertemunya secara life di Sandakan baru2 ini… maka dptlah sy lebih memahami akan ilmu ini… amin…YA ALLAH KERANA MU AKU HIDUP…

10 Replies to “APAKAH PEGERTIAN KARIN (KORIn)”

  1. salam ukhwah buat tn hj dan saudara saudari yg dirahmati Allah,,
    bergantunglah hanya kpd Allah krn bila bergantung kpd sesuatu yang lain itu menambahkan hijab antara kita dgn Allah,, antara ilmu utk mengenal Allah ialah mematikan diri sebelum mati dan mengenal diri mengenal allah dan bila mengenal Allah maka binasalah jasad itu cuma suatu formula,, sekiranya kita sdh melakukan kedah2 yg spt tn hj sarankan tp tak berhasil,, jgn pula disalahkan ilmu tu,, tp cuba periksa cara kita melaksanakannya,, sbnrnya hanya Allah boleh mengenalkan diriNya kpd ssiapa yg Dia berkenan,, dan hanya Allah jua yg boleh memfanakan atau mematikan kita sebelum mata ,, oleh itu pesan sy kpd diri saya dn saudara skalian mintalah pertolongan dr ALLAH dlm mencari ilmu dan mintalah bimbinganNya agar kita dpt megamalkan ilmu yg dikurniakan kpd kita,,berdirinya kita dgn diri sdiri juga merupakan hijab yg menjd penghalang,, semoga Allah berkenan memasukkan kita semua dlm golongan yg dipilih n dicintaiNYA.. wallahua’lam..
    maaf tn hj mohon teguran kiranya sy tersilap..

    Like

    1. Benar kata tuan itu, kata-kata yang keluar dari mulut guru itu, hanyalah suatu formula atau ekadar istilah semata-mata. Hanya “rasa” lah sebenar-benar guru!. Ilmu boleh dibeli dan boleh dijual.Manakala pengalaman atau “rasa” tidak siapa boleh jual dan tidak siapa boleh beli!. Saya pernah mengajar dimasjid disekitar sungai buloh, selama satu tahun tujuh bulan tanpa telat walau sebulan.

      Hasilnya bukan orang kariah masjid itu yang dapat mengutip ilmu sy.Org kariah situ, tdk dpt sebaggaimana eorg ini. Itulah tandanya ilmi ini milik Allah kpd sesiapa yg dikehendaki.

      Untuk belajar ilmu “rasa” carilah diri yang yg bernama diri!………………………….harap faham. drp hj shaari

      Like

  2. utk mencari diri yg sebenar diri tu pun bukan mudah utk dijumpai.. namun kiranya kita terasa mahu berusaha maka berusahalah dgn apa cara sekalipun sama ada dgn mencari ilmu dan mengamalkannya sebaik mungkin kerna daya usaha itu pun kurniaan n kehendak Allah,, berusahalah sambil diiringi doa pengharapan semoga Allah sudi memimpin kita tuk mencari diri yg sebenar diri..

    walau begitu,, jasa guru yg nyata spt tn hj dan guru2 yg terdahulu jgn pula dilupa krn kalau dilihat pd hakikatnya mereka itu siapa?? kalu bukan sebuah watak yg dilakonkan oleh sang pencipta sendiri.. guru2 ini merupakan nama dan jasad yg dimuliakan oleh Allah..

    sy kagum dgn usaha tuan haji kerana di malaysia ni tiada seorg pendakwah yg berani membuka ilmu hakikat makrifat secara terang-terangan,, semoga usaha tn hj yg atas kehendak Allah jua ini dpt membuka mata rakyat malaysia bahawa org malaysia kini hanya islam pd nama dan tiada jiwa/roh islam yg sebenar.. sy melihat byk gejala2 sosial yg tidak baik berlaku di negara ini yg mana telah banyak usaha yg dilakukan olh kerajaan tp jugak tidak memberikan kesan.. pd hemat sy yg fakir ini,, gejala tidak baik ini berlaku kerna pd masa kini manusia telah dilalaikan dgn urusan n keindahan dunia sehingga lupa utk mencari tujuan hidup yg sebenar.. dgn itu, sy berdoa n menyokong segala usaha tn hj agar dpt memberikan kesedaran dan memulihkan keadaan rohani manusia umumnya dan rakyat negara ini khususnya..

    Like

    1. Saya juga berbangga, krn makrifat ini, asal datangnya dari kepulauan Indonisia oleh pedagang Arab zaman dahulu. Warisan dulu, ternyata tertitip juga di bumi Malaysia. Sayangnya kebanyakkan kita hanya berilmu syariaat dan feqah, langsung tidak mahu terima ilmu hakikat dan makrifat, katanya sesat dan salah, tetapi saya pertahan juga berkeseorangan.

      Terima kasih, kerana sekarang ini, ternyata saya tidak berkeseorangan dalam memertabatkan daulah makrifat kepersada dunia sebagimana dulu, terima kasih sahabat dari seberang kerana mendokongn saya dari kejauhan. Amin dan saya ucapakan terima kasih.Saya sekarang berada diNgajuk Indonisia selama satu bulan.drp hj shaari

      Like

  3. Salam, Yeargh… saya amat bersetuju dgn posting ini. Amatlah mudah kita tertipu dgn entity-entity ghaib yg terdiri dr makhluq-makhluq ghaib dr indera yg terhijab yg menyamar termasuklah yg menyamar mengaku Nabi Khidir, mengaku Syeikh Abd Qadir Jilani, Arwah Guru, Wali Allah, Khadam Ayat Surah Al-Ikhlas, etc… perlu chermat.

    Like

  4. dari nabi Adam a.s sehinggalah ke anak cucu adam semuanya ada Qorin termasuklah Nabi Muhamad s.a.w tapi qorin nabi MUhamad s.a.w telah dibantu oleh Allah untuk mengislamkannya.kerja qorin ini adalah untuk menyesatkan semua anak adam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s