Ingat Kpd Allah itu, Ertinya Belum Ingat ?…….

5) Ingat Itu, Ertinya Belum Ingat!

“Ingat itu sesungguhnya tidak ingat”. Tahu itu sesungguhnya tidak tahu”. “Tidak ingat itulah sebenar-benar ingat dan tidak tahu itulah sebenar tahu”. Untuk membenarkan seninya kata-kata Tok’ Kenali itu, saya ingin mengajak tuan-tuan supaya bayangkan, semasa tuan mula-mula bekerja atau semasa mula-mula tuan-tuan berpindah dari kampong ke kota.

Dari rumah untuk pergi kepajabat, tuan-tuan bertanya arah jalan, bertanya nama-nama jalan, bertanya berapa banyak menempuh lampu isyarat, bertanya apakah ada jalan yang kena belok kiri atau kanan dan sebagainya. Lama kelamaan, bilamana sudah biasa, tuan-tuan tidak lagi perlu ingat kepada tanda-tanda jalan atau tidak lagi ingat akan lampu isyarat dan tidak lagi perlu ingat nama-nama jalan. Tahu-tahu sahaja tuan-tuan sampai kepajabat. Tuan-tuan boleh sampai ke pejabat dari rumah, tanpa ingat jalan, tanpa ingat lampu isyarat keberapa, tanpa ingat belok kiri atau kanan dan tanpa ingat nama-nama jalan lagi. Tahu-tahu tuan-tuan sampai kepejabat dengan selamat!.

“Tidak ingat, itulah tandanya ingat”. Dari rumah untuk kepejabat itu, tanpa lagi perlu mengira-gira nama jalan atau lorong mana. Itulah tanda ingat. Tanda ingat itu, adalah tidak ingat! dan tanda tidak ingat, itulah sebenar-benar ingat!.
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Semasa tuan-tuan suap nasi kemulut, apakah tuan-tuan ingat kepada tangan?. Saya percaya yang tuan-tuan tidak ingat kepada tangan, samaada ada atau tidaknya tangan tuan-tuan itu, tuan-tuan sendiri tidak tahu dan tidak ingat!. Tahu-tahu tangan menyuap nasi kemulut tanpa perlu ingat atau tanpa perlu disuruh, itulah tanda sebenar-benar ingat.

Tak perlu kita menyuruh tangan menyuap nasi kemulut, tahu-tahu nasi masuk kemulut!. Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak ingat!. Kita dikehendaki tidak ingat lagi kepada keberadaan diri kita. Kita dikehendaki tidak perlu lagi ingat kepada adanya diri. Sekiranya kita masih dalam keadaan berkira-kira untuk membuang diri, berkira-kira untuk menfanakan diri dan masih berkira-kira untuk mebinasakan diri, itu tandanya kita itu belum sempurna mengenal diri dan teramat jauh dari ingat kepada Allah Taala.

Itu pada tahap atau peringkat masih dalam perkiraan, masih dalam keadaan berkira-kira nak ingat. Nak ingat itu, ertinya belum ingat. Nak ingat itu, ertinya baru nak ingat, baru nak ingat itu, bermakna belum ingat.

Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap, tidak ada apa-apa lagi yang harus diingat. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai adanya dalil. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai ada dikeranakan dengan suatu kerana. Untuk ingat kepada Allah itu, jangan sampai disandarkan kepada suatu peyandar. Ingat kepada Allah itu, tidak ada sebab dengan suatu sebab.
Allah itu, adalah Allah, Allah itu, adalah Allah dan Allah itu, adalah Allah…………………………………………………………………………………………Allah, Allah, Allah…………………………

Advertisements

21 Replies to “Ingat Kpd Allah itu, Ertinya Belum Ingat ?…….”

  1. Asalamualaikom ustaz .minta maaf . cacatan ini cuma sabuah cetusan rasa rindu .INGAT DALAM KELUPAAN / KELUPAAN DALAM INGATAN / KEPERGIAN DALAM MENDATANG / HILANG DALAM INGATAN /DATANG DAN PERGI /HILANG DALAM KEINGATAN . Semoga misi ustaz berjalan dengan kehendak ALLAH lancar AMIN .

    Like

  2. Nampak pada “Ingat” itu dengan memanggil pada “Ingat” itu adalah berbeza. “Ingat” itu di panggil atau “Ingat” itu datang dengan sendiri juga berbeza.

    Like

  3. salam ukhwah..

    kalau masih mengingat tu masih belum sempurna mematikan diri sebelum mati,, org mati mana nak mengingat g,,
    biarkan yg empunya diri hidup sendirian, takkan empunya diri nak mengingat diri sendiri di kala kesendirian,,
    wallahua’lam..

    Like

  4. Tuan apa lagi yang nak di ingat. Nak ingat apa, nak ingat Allah, itu kerjaNya, kenapa nak ganggu kerjaNya, itu urusanNya. Makhlok tu TIADA, apa lagi nak kata, apa lagi nak ingat, nak ingat ke tak ingat ke, itu semua urusanNya. TIDAK BERGERAK SEZARAH PUN, MELAINKAN KEHENDAKNYA, makanya matilah keakuan dalam kewahdahanNya. Amin.
    Terima kasih tuan. Salam kami dari Malaysia.

    Like

    1. assalamualiakum…..
      ingat itu seerti dgn terkenang… seperti terkenang org yg jauh…
      org dah dekat utk apa lagi dikenang(ingat)….
      kan ALLAH itu lebih dekat lagi dari urat leher kita… terang lg nyata..
      “jau tdk bercerai…dekat tdk bersentuh”…

      Like

    2. Senang saya bilamana membaca tulisan tuan yang tersanggat karam dalam lautan wahdah.Tengelamkan lagi wahdah tuan itu sampai kepada penghabisan tenggelam, setelah tenggelam itu sudah habis, barulah ianya kembali kepada tahap timbul (sebab dah habis tengelam, dah habis tengelam maka itulah timbul).

      Habisn tengelamkan diri kedalam syariaat, sesudah kehabiisan syariaat, itulah makriffat!. Kangen nya saya kepada sahabat-sahabat di malaysia. Namun sy keraskan semangat demi tuan-tuan semua. Salam teramat rindu kepada tuan guru sungai buloh, tok kenali dan tuan guru kg ceng melaka (pak Abu).amin drp hj shaari.

      Like

  5. Tak ingat maka ingat pada huraian ustaz berkenaan tetang dlm istilah saintific adalah “muscle memory” . Tak perlu diingat terus dia ingat . Perlu kebiasaan melakukan pekara sama berulang-ulang kali sehingga dia menjadi automatik. Minta maaf kalau comment saya menyimpang.

    Like

  6. Mengenal Allah perlu melalui beberapa proses dengan berdalilkan Quran dan berdalilkan Akali.
    1-Mengenal tanda makluk – makluk ada 4 nama 4 bangsa dan 2 kelakuan
    2-Mengenal tanda Allah – macamana yang dikatakan Allah itu tidak menyerupai sesuatu
    3-Berhukum(menetap atau menafikan) dgn WAJIB MUSTAHIL HARUS keatas makluk dan Allah
    4-Proses keyakinan-a-Ilmu Yakin b- Ainul Yakin c- Haqkul Yakin d- Kamalkul Yakin
    Dalil itu maksudnya penunjuk- satu benda nak tunjuk satu benda(makluk nak tunjuk Allah)Asap nak tunjuk adanya api.Asap bukan api/api bukan asap tapi asap tak lain dari api.

    Like

  7. Salam tuan Guru,

    Jika tidak perlu di ingat, bagaimana dengan zikir (ingat). Bukankan zikir itu perkara ingat kepada Allah . Mohon pencerahan dari Tuan Guru..

    Like

    1. Zikir bahasa arab, bahasa melayu ertinya ingat. zikir (ingat)itu bkn shj dgn sebutan bibir mulut. ingat Allah itu blh dikerjakan dgn seluruh anggota, bkn dgn mulut shj. Tidurpun zikir (ingat). jgn kata ingat (zikir) itu semestinya sebut subahanallah atau Allah, Allah,Allah………. zikir yang kita sebut itu, itu adalah ingat buah tasbeh, bkn ingat kpd Allah?. Itu ingat bilangan atau ingat kiraan buah tasbeh. Itu bkn zikir””””amin drp hj shaari

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s