Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!

Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!
Mari sama-sama kita lihat ungkapan seni Tok’ Kenali melalui katanya, selagi kita masih mengaku “adanya diri”, selagi itulah sifat “adanya Allah itu” tidak akan dapat kita lihat. Bilamana kita mengadakan sifat adanya diri, bererti kita telah menafikan sifat adanya Allah. Kita tidak boleh untuk mengadakan (menwujudkan) atau menggabungkan serentak antara kedua-dua sifat makhluk dengan sifat Allah!. Sifat ada atau sifat wujud itu, adalah sifat hanya bagi Allah. Sifat bagi makhluk itu, adalah tidak ada (tidak wujud). Sila rujuk sifat dua puluh. Sekiranya kita itu bersifat ada atau kita itu bersifat wujud, bererti kita telah mengadakan dua sifat wujud (dua sifat ada). Bererti kita telah menduakan sifat Allah, iaitu satunya wujud bagi Allah dan satu lagi itu wujud bagi diri makhluk, bermakna disini, kita telah mengadakan dua sifat wujud. Ssedangkan sifat wujud itu, hanya hak bagi Allah dan bukannya hak bagi makhluk. Bagi yang menduakan sifat Allah, hukumnya adalah syirik. Syirik itu, adalah dosa besar yang tidak boleh diampun Allah. Untuk itu, jangan adakan dua sifat wujud (dua sifat ada). yang wujud dan yang bersifat ada itu, adalah hanya bagi Allah, hanya bagi Allah dan hanya bagi Allah!…………………………………………………………………………………….
Kita semua belajar dan kita semua tahu yang bahawasanya sifat “ada” itu adalah hanya sifat bagi Allah!. Manakala sifat bagi kita itu, adalah tidak ada!. Bilamana kita tidak ada sifat, apa lagi yang hendak kita perkira-kirakan dalam soal ingat kepada Allah!. Setelah sekalian makhluk bersifat tidak ada, bermakna yang ada itu, adalah hanya Allah. Sekiranya yang ada dan yang wujud itu hanya Allah, buat apa lagi ingat kepada selain Allah!.

26 Replies to “Mengenal Allah Itu, Akan Tercapai Setelah Tidak Adanya Diri!”

  1. assalamualaikum ustaz hj. shaari,sy berhajat untuk mendapatkn number telefon tuan hj. utk sy mendapatkn banyak pencerahan tentang mengenal diri dari tuan hj.boleh lah di kirim kan ke email sy.mohon seikhlas hati tuan hj.

    Like

    1. Fon sy 019 4444 713, tetpi sekarang saya berada di Indonisia. Untuuk itu tuan panggil shj no indonisia (+6285790744033), krn lebih murah panggilannnyya berbanding no Malaysia. Sy balik malaysia pada hujung buln ini, krn ada ceramah 28hb Jan di Masjid Klang

      Like

  2. assalamualaikumwarahmatullah-walaupun x tau makna didalam maknanya-klu boleh minta tuanhamba perjelaskan
    terimakasih hamba pada tuanhamba kerana telah bersusahpayah menerbitkan kitab dan penulisan ini…walaupun tiada
    yang benar….. terubat jua jiwa nan lara
    Benar juga Dia yang Penyayang dan Pengasih…Tuanhamba bagai memberikan kunci dan peta…dan hamba akan berusaha jua mencari jalan yang satu itu

    Like

  3. Sifat 20 WUJUD tu ertinya ADA. Ada tu bukankah hanya sifat Allah sahaja yang wujud, sifat makhlok tu sebenar-benarnya tiada. Kalau ya ada, adanya itu sekadar bayang-bayang sahaja yang tidak bolih berdiri dengan sendiri makanya tidak adalah juga sudahnya.Itulah umpamanya diri yang zahir ini yang tidak berkuasa atau berupaya membuat sesuatu jika tidak seizin Allah.
    Apabila rahsia ini difahami maka nyatalah Allah yang tidak perlu lagi menyebut-nyebut kerana kehadiranNya itu nyata dan terang tetapi tidak menyerupai sesuatu. Umpama bukit Tursina lebur dijiwa Nabinya musa. Amin.

    Liked by 1 person

  4. Assallamualaikum Tuan Haji dan sahabat-sahabat.
    Wujud itu hanya sifat Allah, manakala makhluk pula sifatnya berlawanan dengannya. Benarlah bilamana kita masih melihat adanya diri, maka akan terhijablah kita dari melihat adanya Allah yang terang dan nyata. Semoga dibukakan pintu rohani untuk memahaminya.
    Salam dan maaf.

    Like

  5. Tuan, dengan ikhlas sy nasihatkan,supaya tuan tidak perlu lagi mencampuri ilmu makrifat di blog saya. tuan bukan ahlinya. dari dulu saya berpesan, supaya jangan lagi membuat kenyataan dalam blog saya, tetapi tuan masih juga, mencampurinya. kali ini saya berpesan buat kali terakhir, jangan lagi buat sebaggai mana yang sudah-sudah. . Tuan bukan ahli makrifat. jangan pisang barbuah dua kali. cukup-cukplah tuan, tuan buatlah blog sendiri dan tuan tulislah seberapa yang tuan mahu.. amin drp hj shaari

    Like

  6. ekekeke..benarlah kata ariffbillah ya syeikh..tak mengapa GILA dengan Allah tapi berhati2 dgn Muhammad. Berhala “aku” itulah syirik yg paling susah utk dihapuskn ye syeikh…moga2 dapat aku berJALAN seiringan dgn syeikh…Ya Allah Ya Rasullulah

    Like

  7. Tuan hj sy sekarang ni tgh mencari nama yg tersembunyi itu setelah saya mendengar sendiri pengakuan diri nya sendiri sehingga saya tergamam sebentar.bagaimana kh cara nya atau apakah yg perlu sayabuat utk mengetahui nama yg tersembunyi itu.Harap Tn hj blh membantu saya.

    Like

  8. salam, wujud itu hanya satu iaitu wujud allah, selain allah tidak berwujud, setelah kita meniadakan diri, maka yang ada hanya allah, tapi persoalannya, mengapa ia tidak berkuasa melakukan perkara-perkara luar biasa, sebagaimana alllah yang sebenarnya. harap dapat penjelasan.

    Like

    1. Tuan, bilamana masih berharap untuk melakukan perkara yang luar biasa, seumpama Allah boleh menurunkan hujan dan kita juga boleh menurunkan hujan, bererti sifat kita sama dengan sifat Allah. Bererti sudah ada dua kuasa, dua wujud dan dua Allah!.

      Kita belajar makrifat itu, bukan mencari faedah tetapi mencari kaedah. Jika masih mencari faedah, seumpama nak jadi kuat, nak jadi kaya, boleh turunkan hujan, boleh gantikan daun kayu menjadi emas, belum bercakap sudah kita tahu apa yang hendak dicakap dan bilamana berzikir sehingga boleh terangkat naik atas angin, itu bukan orang makrifat, itu adalah orang “MAK BELIPAt”.

      Orang makrifat itu, adalah mereka-mereka yang sudah tidak lagi ada kehendak dan tidak lagi ada berkemahuan kepada selain Allah. Mereka tidak lagi berkehendak kepada makhluk!. Jika berkehendak kepada turunnya hujan, daun jadi emas dan zikir, tubuhnya boleh terangkat itu, kalaupun makrifat, makrifat seumpama itu, adalah makrifat yang paling rendah! drp hj shaari

      Liked by 1 person

    1. Tuan, Syukur alhamdulillah tulisan tuan kali ini, semuanya adalah berbahasa makrifat, tidak seperti yang terdahulu. T,kasih drp hj shaari. Inilah bahasa-bahasa makrifat yang baik dr tuan. Teruskan perjuyangan dakwah tuan, kami semua dahagakan ilmu tuan. Amin

      Like

  9. Asalam. Tn.Guru .Bagaimanakah kaedah @ cara kita untuk tidak sampai terlihat diri sendiri contoh nya terutama ketika kita dlm. solat. STKasih.

    Like

  10. Beri tunjuk dan ajar saya tuan guru, saya teringin sangat nak belajar, dan duduk faham yg tak goyah. Saya nak buku Mengenal Allah, Ilmu mengenal diri, cahaya di atas cahaya, pencarian ilmu di penghujung rasa. Saya dah lama mendengar ceramah tuan guru melalui YouTube, baca di blog tuan guru. Harap bantu saya,

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s