Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak Lagi Perlu Adanya Dalil!

Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak Lagi Perlu Adanya Dalil!
Mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak perlu lagi kepada dalil!, tidak perlu kepada saksi atau peyaksian . Kiranya masih perlu kepada dalil atau saksi, bererti kita belum benar-benar mengenal Allah. Untuk mengenal atau untuk ingat kepada kedua Ibu dan ayah kita, apakah perlu lagi kepada saksi atau dalil?. Begitu juga dengan ilmu mengenal Allah. Orang yang benar-benar mengenal Allah itu, adalah orang yang tidak lagi perlu kepada dalil!. Allah itu, adalah Allah.
Kata Tok’ Kenali lagi, untuk ingat kepada Allah itu, sekiranya masih ada saksi, bersaksi dan masih ada yang meyaksi, itu adalah peringkat mereka yang masih berkira-kira untuk ingat. Berkira-kira untuk ingat kepada Allah itu, adalah tanda tidak ingat dan belum ingat!. Masih dalam perkiraan nak ingat. Perkataan nak ingat itu, adalah tandanya belum ingat dan tandanya tidak ingat. Sebenar-benar ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada makhluk. Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada perkiraan, tidak lagi ingat kepada sangka-sangka dan setelah tidak ingat lagi kepada dalil itu dan dalil ini.
Sekali pandang, bahasa seni makrifat Tok’ Kenali itu, kita akan menuduh yang bahawasanya bahasa itu, adalah bahasa yang tidak masuk atau tidak boleh diterima akal!. Sebaliknya seni makrifat Tok’ Kenali itu penuh sarat dengan ilmu yang tersirat, penuh makna, penuh pengertian dan penuh terjemahan. Kata Tok’ Kenali itu, adalah kata yang sebenar-sebenar kata. Kata yang penuh membawa maksud. Seni makrifat itulah yang membawa ramai anak muridnya duduk dalam keadaan asyik. Asyik dengan Allah, setelah tidak lagi asyik kepada keberadaan diri.

Advertisements

7 Replies to “Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak Lagi Perlu Adanya Dalil!”

  1. Ya benarlah kata mu wahai tuan guru ku. Benar, benar dan benar sungguh mengenal Allah itu tak perlu dalil kerana Dia itu KIAMMUHU BINAFSIH. NyataNya itu tidak perlu di nyata kerana memang sudah nyata. Tidak lagi yang tidak nyata melainkan nyata, terang dan jelas belaka. Amin.
    Terima kasih wahai tuan guru ku semuga tuan, keluarga dan sahabat semuanya di berkahi Allah seadanya. Amin.

    Liked by 1 person

  2. sekali macam Qutubul Asyikin Syeikh Ahmad Idrisi daaa…ekekekke

    M Nasir kata “kau lihat dari mata burung? atau kau lihat dari dalam tempurung? ” tanya sama itu hud-hud..
    …..kias fansuri madah bersari….

    Like

  3. salam ustaz, kalau kita mengingat ibu, maka terbayanglah wajah ibu dalam minda kita, tapi kelau mengingat Allah, maka terbayang jugakah wajah Allah yang laisa kamislihi syaiun, yang terang dan nyata itu i minda kita? mohon pejelasan dari ustaz.

    Like

    1. Jika masih tergambar itu, itu bukan Allah, jika masih terbayang itu, itu bukan Allah.Jika masih berwajah itu, itu bukan Allah, jika masih boleh ingat mengingati itu, itu bukan Allah!. Jika masih boleh disesuatukan lagi dengan sesuatu itu, itu bukan Allah!.

      Ingat Allah itu,sehingga sampai kepada tahap tak ingat, itulah yang dikatakan sebenar-benar ingat!. Jika tuan ingat kepada Allah, itu tandanya tuan-tuan belum ingat kepada Allah. Apakah sampainya tuan-tuan kepajabat hari ini, masih ada lagi mencari-cari jalan atau masih lagi bertanya-tanya jalan?. Apakah untuk tuan sampai kepajabat tuan hari ini, tuan masih tertanya-tanya lagi selekoh mana, jalan mana dan trafik light keberapa?. Jika masih lagi mencari dalil untuk sampai kepejabat, tandanya tuan belum ingat!.

      Jika tidak ingat, itulah yang dikatakan ingat. Hari-hari tuan lalu, tuan lihat dan tuan tilik jalan yang sama, apakah perlu bertanya-tanya lagi?, cuba jawab………..Orang yang ingat jalan itu, adalah orang yang, tahu-tahu saja sampai kepejabat tanpa ingat jalan mana, selekoh mana dan trafik light keberapa!, itulah tanda ingat!

      Sekiranya masih bertanya-tanya, masin mencari-cari jalan untuk kepejabat, itu adalah tandanya tuan masih tidak ingat!. Ingat kepada Allah itu, mestilah tanpa dalil, jika masih berdalil-dalil lagi untuk ingat kepada Allah yang teramat terang, teramat jelas, teramat nyata itu, bermakna tuan masih dalam berkeadaan buta mata hati!.

      Kenapa untuk ingat Allah itu, masih lagi perlukan kepada dalil?. Tidakkah Allah itu terang kenapa masih tak nampak?, Allah itu jelas, kenapa masih tidak terlihat dan Allah itu nyata kenapa masih tidak tertilik?, kenapa masih lagi mencari-cari ?……………………..
      drp hj.Shaari

      Like

  4. jikalau hanya pada ingat akan allah tu sahaja sudah memadai bagi seseorang itu maka belumlah dia sampai lg kepada allah…….. bukan senang mau senang ma……..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s