Bagaimana Mula-Mula Di Tentukan Hari Itu, Hari Jumaat ?

Alam dicipta pada hari jumaat, kiamatpun akan berlaku pada hari jumaat, Al-Quraanpun diturunkan pada hari jumaat dan banyak lagi terjadi pada hari jumaat. Mati hari jumaat juga dikatakan terlepas dari seksa kubur!.

Apakah itu hari jumaat dan bagaimanakah, nak kita tentukan yang ianya hari jumaat?. Muala-mula orang buat kalender, bagaimanakah nak tentukan hari itu adalah hari jumaat?. Apakah dalil atau landasannnya untuk kita katakan yang hari itu, hari jumaat!.

Kenapa Allah jadikan hari jumaat itu hari kebesaran dan hari kemuliaan atau penghulu sekalian hari?.

Mari kita sama-sama cari jawapannya?………………….ayoh kita sama-sama jawab………………….

10 Jan jam, 1052 waktu Indonisia.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Adapun erti jumaat itu, adalah jamaah.Erti jamaah itu, adalah jamak. Erti jamak itu, adalah berkumpul!.Erti berkumpul itu, adalah dari yang banyak jadikan kepada satu. Erti satu (esa) itu, adalah Allah Taala.

Jumaat itu, ertinya berkumpul. Hari jumaat itu, ertinya hari berkumpul!.

Alam terjadi pada hari jumaat (hari berkumpul), ertinya Alam ini terjadi daripada berkumpulnya zat, sifat, afaal dan asma’. Setelah berkumpul 4 sifat itu, maka terjadilah alam.

Berakhirnya alam ini juga, adalah pada hari jumaat (hari berkumpul). Setelah berkumpul zat, sifat, afaal dan asma’ (4 sifat) maka kembalilah semula alam ini kepada Allah. Setelah kembali semua yang berkumpul kepada Allah, maka itulah kiamat!. Dari yang banyak kepada yang satu dan dari yang satu kepada yang banyak. Iaitu datang dari Allah, kembali juga kepada Allah. Dari jumaat kembali kepada jumaat. Itulah kiamat!

Al-Quraan turun pada jumaat (hari berkumpul yang banyak kepada yang satu).Dari berkumpulnya titik yang satu menjadi huruf-huruf yang banyak. Manakala dari huruf yang banyak pula, kembali berkumpul menjadi satu!. Terjadinya Al-Quraan itu, adalah dari berkumpulnya sekalian huruf, becantumnya sekalian makna dan berhimpunnya sekalan erti, maka jadilah Al-Quraan.. Setelah berkumpul, bercantum dan berhimpunnya titik yang satu menjadi huruf yang banyak, maka terjadilah Al-quraan. Itulah erti jumaat!..

Kiamat terjadi hari jumaat, (hari berkmpul). Bermaknanya disini, berkumpulnya 4 anasir (zat, sifat, afaal dan asma’) dari diri yang banyak berkumpul semula kembali kepada Allah. Itulah jumaat!.

Kenapa orang mati hari jumaat, dikatakan lepas seksa kubur?. Orang yang lepas seksa kubur itu, adalah orang yang mati pada hari berkumpul (jumaat). Apa yang hendak dikumpul?. Yang hendak dikumpul itu, adalah semua sifat anggota 7, setelah kita kumpul semua tubuh dari angggota tujuh itu, dikembalikan semula kepada Allah. Bermakna itulah hari jumaat (iaitu hari berkumpul). Setelah segalanya dikumpul menjadi satu, dan diserah semula kepada Allah, maka disitu ianya telah bertukar tangan, menjadi milik Allah!. Bilamana segalanya sudah menjadi milik dan hak Allah, malaikat mana lagi yang berani untuk bertanya soalan?. Itulah ertinya mati hari jumaat itu, adalah terlepas dari seksa kubur!

Mati dalam keadaan berkumpul segala sifat (jumaat) dan setelah berkumpul (setelah jumaat)) jadi satu, maka kita serahkannya semula kepada Allah. Jika matinya kita dalam keadaan itu, itulah yang dikatakan mati dalam hari jumaat (hari berkumpul). Setelah dikumpul segala sifat dkembalikan kepada Allah, bermaknanya disini, diri kita ini sudah tidak ada, kerana semuanya sudah menjadi hak Allah, bilamana semuanya sudah jadi hak Allah, mana lagi diri kita, setelah diri kita tidak ada, Malaikat mana lagi yang hendak bertanya dan apa lagi yang hendak ditanya oleh mungkar dan nankir, kiranya semua suudah menjadi milik Allah. Bilamana segalanya sudah menjadi milik Allah, Malaikat mana lagi yang berani tanya solan kepada kita!. Itu makanya terlepas kita dari seksa kubur!.

Hari jumaat itu, adalah hari berkumpulnya yang banyak kepada yang satu. Hari penyerahan segala sifat kepada Allah yang satu.

Untuk menukar hari-hari lain kepada hari jumaat itu, hendaklah tuan-tuan kumpulkan segla sifat-sifat yng ada dan kembalikannya kepada Allah. Setelah dikumpul segala yang banyak kepada yang satu dan dikembalikan kepada Allah, maka itulah hari jumaat (hari berkumpul). Tak kiralah tuan-tuan mati hari apapun samaada tuan-tuan mati hari khamis, selasa, ahad, rabu atau sabtu sekalipun, ianya tetap hari berkumppul (hari jumaat).

Sekiranya tuan-tuan berkebetulan betul-betul mati hari Fraiday (hari jumaat), ekiranya tuantuan tidak sempat nak kumpulkkan segala 7 angggota, kumpul sekalian nama-nama, siat–siifat, afaal-afaal dan zat untuk dikembalikan kepada Allah, bererti tuan-tun bukan mati hari jumaat (berkumpul) tetapi tuan-tuan mati hari jumaat (fraiday). Bukan mati hari jumaat berkumpul, tetapi tuan-tuan matipada hari jumaat fraiday!.

Sekiranya kita benar-benar pada hari berserah atau hari berkumpul, maka itulah yang dikatakan sebenar-benar jumaat!. Jumaat itu, adalah dikumpul yang banyak dikembalikan kepada yang satu!. Ingat itu…………………….amin drp hj shaari.

20 Replies to “Bagaimana Mula-Mula Di Tentukan Hari Itu, Hari Jumaat ?”

  1. Dari anas bin malik mriwaytkn bhw nabi saw akn berdoa bila tiba mlm jumaat dgn “inilah mlm yg penuh mulia dn hari yg penuh indah”, jd mnakh letaknya kmuliaan dn keindahan jumaat itu ,,smoga tuan guru dpt mlanjutkn persoalan ini,tq

    Like

  2. Allahhuakbar!
    Tidak terfikir oleh saya yang daif ini tentang bagaimana nak tentukan hari itu adalah hari jumaat. Selama ini hanya tahu hari jumaat melalui kalendar sahaja. Saya menanti jawapan sahabat-sahabat dan seterusnya ulasan Tuan Haji.
    Salam dan maaf.

    Like

  3. salam ayahda,hari jumaat adalan di mana hr berkumpul iaitu jamaat berkumpulnya semua mahluk menjadi satu iaitu wujudnya ALLAH hari seawal hari dan penentu segala musabab hanya ALLAH.maaf ayahda jika ia tidak sampai maksud sebenar yg ayahda pinta.amim

    Like

  4. Salam tuanku Guru…

    Apakah karena hari Jumat itu PERKUMPULAN atau PERHIMPUNAN dari isyarat Penciptaan dalam enam masa itu ?!…. mohon pencerahan Guru…

    Like

  5. teman saya pernah bertanya kepada saya.. qolbu itu di mana? saya tidak bisa menjawabnya karna saya sendiri memang tidak tau jawabannya? apakah tuan guru bisa membantu saya menjawabnya? mohon bimbingannya tuan guru…

    Like

    1. Qalbu itu, ertinya hati. Hati itu, ertinya roh. Roh itu, ertinya nyawa. Nyawa itu, ertinya hidup. Semua itu, adalah perkara sama, cuma berbeza pada sebutan bahasa!. Jika tuan jumpa hidup, jumpalah dengan qalbu. Jumpa qalbu, jumpalah roh, jumpa roh jumpalah diri, jumpa diri, maka akan berjumpalah dengan roh. Jumpa roh, itulah yang dikatakan sebenar-benar diri!. Bilamana jumpa diri maka jumpalah roh!.Untuk itu carilahh ilmu mengenal diri, supaya tuan boleh kenal semua!.

      Jumpa diri, maka tuan akan jumpa qalbu (roh)……………………

      Qalbu itu bkn didalam dada dan bukan diluar dada!. Qalbu itulah juga yang dikatakan hidup. Apkah hidup itu bolehkah kita cari, melaikan

      Like

    1. Cukuplah dengan 7 hari yang ada. Jgn ditambah lagi jadi 8. Biar hari itu ada 67 hari sekalipun, yang hendak kita cari itu, adalah hari jumaat (hari berkumpul), sekalian hari yang ada ini, sebenarnya hanya satu hari shj.

      Cukuplah hari itu, ada 7 hari, kerana anggota kitapun hanya ada 7. Cantum yang 7 itu kepada satu, maka itulah haru jumaat!. t.kasih

      Like

  6. Assallamualaikum Tuan Haji,
    Terima kasih atas penerangan berkaitan hari jumaat, sangat menariknya rupanya jumaat bukan friday akan tetapi ianya boleh datang pada bila-bila masa saja asalkan ianya hari berkumpulnya 4 anasir (zat, sifat, afaal dan asma). Alhamdulillah sekarang fahamlah saya akan apa sebenarnya hari jumaat.

    Mengapa komen-komen dari sahabat dipadamkan, sedangkan dari komen-komen tersebut dapat juga dikutip ilmunya. Komen-komen dari sahabat juga boleh mendatangkan ilham.
    Sekian salam dan maaf.

    Like

    1. tentang terpadamnya komen dari para sahabat itu, saya sendiripun tak tahu. Blog saya ini, ramai yang tahu paswordnya. macam-macam ornng boleh buat. saya mohon kepada sahabat yang komenna terpadam itu, sila kirimkan semula. t,kasih juga krn sudah faham hari jumaat, nani tuan cari pula mana yang dikatakan sebenar-benar hari kiamat ya. amin hj shaari

      Like

    1. Nanti saya tukar pasword kepada pasword yang lain. terima kasih kerana mengingatkan saya. Di dunia ii ramai yang berilmu syariaat dan jarang yang berilmu makrifat, biarpun mereka tahu yang makrifat itu adalah fardhu ain (wajib) tetapi tetap menolak makrifat.

      Dengan ketidak tahuan mereka tentang makrifat, makanya bila ada orang yang bercerita tentang ilmu makrifat, meraka selalu menuduh dan menfitnah termasuklan menceroboh laman web saya, t,kasih drp hj shaari kerana sudi beri nasihat.amin

      Like

  7. As’salam…arwah ayah sy seorang yg mengamalkan ilmu hakikat dan makrifat….alhamdulillah kebetulan dia meninggal hari jumaat..semoga hari tu adalah hari berserah dan berkumpul bg dia….wallahua’lam..

    Like

  8. salam….Tn yg dirahmati ALLAH
    tulisan Tn sangat berkesan pada pengkaji mengenal diri…Maha besar
    ALLAH…kerna telah menganugerahkan ilmu ini kpd Tn….semoga
    DIA melimpahkan rahmat nya pd Tn…di satu hari nnt sekiranya di
    izin ALLAH sy yg jahil ini ingin brtemu Tn.teruskn perjuangan ini…

    Like

  9. benarkah kiamat itu hanya pada diri kita..setelah mati meninggal kan jasad maka itu lah kiamat kita dan…ramai yang berkata bahawa kiamat yang akan berlaku seperti gunung bertembung dan kejadian alam yang terjadi itu tidak akan pernah berlaku tetapi hanyalah kiamat pada diri kita sahaja..
    tolong jawab…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s