Apakah Maksud Huruf Alif, Lam, Mim ا ل م

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Pada permulaan surah Al-Quraan, kita ada terlihat huruf ALIF LAM MIM. Menurut tafsiran ilmu feqah, maksud huruf alif lam mim itu, adalah bererti “hanya Allah sahaja yang megentahui”.

Jika hanya Allah sahaja yang megentahui maksuh huruf alif lam mim itu, maka timbullah satu kemuskilan atau pertanyaan di hati kecil kita yang jahil ini, apakah huruf itu untuk diketahui oleh Allah sahaja?. Jika untuk Allah sahaja, kenapa diperturunkan tulisan itu?. Jika huruf itu sahaja yang Allah ketahui, apakah huruf-huruf lain itu, Allah tidak megentahuinya dan apakah huruf alif lam mim sahaja yang Allah ketahui?.

Sebelum dibenarkan kita membaca dan melafaskan ayat-ayat suci yang lain, kita dikehendaki melafaskan terlebih dahulu perkataan alif lam mim, kenapa, kenapa dan kenapa………………….

Itulah makanya didalam kitab Mengenal Diri Tok kenali, ada terdapat tulisan huruf alif lam mim di muka surat yang mula-mula!. Misti ada maksud, mesti ada makna dan mesti ada erti besar yang tersembunyi disebaliknya!. Ayahnda Mohd Yusof Cik Wook, mendapat ilmu ini dari mulut tuan guru Tok Selehongn dan dari mulut tuan guru Tok kenali sendiri.

Apakah maksud, apakah makna dan apakah ertinya huruf alif lam mim, sehingga di tulis pada permulaan surah, sudah barang pasti meyimpan maksud besar yang tersirat disebaliknya, apakah maksud itu?……………………

Barang siapa yang megetahui tiga huruf itu, seumpama mereka sudah megetahui seluruh 6666 ayat didalam Al-Quraan. Barang siapa yang megetahui tiga huruf itu, seluruh alam termasuk 7 petala bumi dan 7 petala langit itu, seumpama telah dan sedang bersujud dibawah tapak kaki kita!. Akan hancur segala isi bumi dan akan lebur segala isi langit.

Bilamana kita tahu erti huruf alif lam mim, lidah kita akan jadi kelu untuk meneruskan bacaan isi Al-Quraan, kerana sudah terkandung seluruh 6666 ayat itu didalam lipatan lidahnya!

Advertisements

28 Replies to “Apakah Maksud Huruf Alif, Lam, Mim ا ل م”

  1. Assallamualaikum Tuan Haji dan sahabat-sahabat.
    Adakah Alif Lam Mim itu bermaksud awal beragama itu mengenal Allah?
    Harap Tuan Haji dapat memberikan penerangan selengkapnya untuk pengetahuan semua.
    Sekian salam dan maaf.

    Like

  2. Assalamua’laikum wr wb pada Tuan Guru yg saya hurmati….dan sahabat-sahabat.
    Makna dan ertinya huruf alif lam mim:
    Alif = Allah
    Lam = La
    Mim = Maujud

    Kesimpulannya, La Maujud Ilallah…..maksudnya Tiada Yang Nyata Melainkan Allah…..tiada yang ada hanya Allah!Allah!Allah!.

    Like

    1. Terima kasih tuan kerana berani mengkhabarkan yang haq. Itulah sebenar-benar jawapan yang haq. Setelah kita nyata alif lam mim itu, barulah boleh kita teruskan bacaan 6666 ayat!. Setelah kita baca 6666 ayat, hendaknya jangan lagi terlihat, terpandang dan tertilik selain Allah. Setelah tertitlik segala-galanya Allah, ayoh bacalah, sebutlah dan lafaslah apapun, kerana segala bacaan, segala sebutan dan segala lafazan itu, tidak lain dan tidak bukan hanya Allah, hanya Allah, hanya Allah…………… “La maujud Bilhaqqi Ilallah”. drp hj shaari

      Like

  3. salam ayahda pada ananda

    alif itu = ALLAH
    la itu =tiada
    mim itu = maujud
    yang ada hanya ALLAH,ALLAH ALLAH

    muhammad masih lg pd mahluk tp yg ujud,maujud dan wujud hanya ALLAH yarabbi alamim tu jawapan rinkas dari anakda mohon maaf ayahda jika tersalah tafsir. amim

    Like

    1. saya perbetulkan sikit tentanng huruf mim. mim itu bermaksud maujud atau makhluk atau nur mohd. yang lain-lain itu, teramatlah benar dan betulnya. t,kasih drp hj shaari dgn peneranbgan yang jelas itu. Jika kita sambung keseluruhanya maka jadilah ” la maujud bil haqqki Ilallah”.

      Terima kasih tuan kerana berani mengkhabarkan yang haq. Itulah sebenar-benar jawapan yang haq. Setelah kita nyata alif lam mim itu, barulah boleh kita teruskan bacaan 6666 ayat!. Setelah kita baca 6666 ayat, hendaknya jangan lagi terlihat, terpandang dan tertilik selain Allah. Setelah tertitlik segala-galanya Allah, ayoh bacalah, sebutlah dan lafaslah apapun, kerana segala bacaan, segala sebutan dan segala lafazan itu, tidak lain dan tidak bukan hanya Allah, hanya Allah, hanya Allah…………… “La maujud Bilhaqqi Ilallah”. drp hj shaari

      Like

  4. Assalam Tn. Guru,
    Alif bermaksud Adam, Lam maksud La (tiada) dan mim maksud Muhammad…. yaitu Adam itu tiada dan nur muhammad itu menyatakan kewujudan Allah…. wallahu’alam

    Like

    1. Perbetulkan sikit tentang huruf mim. Mim itu bermaksud atau merujuk kepada nur muhamad (muhamad), manakala nur muhamad itu, adalah mrujuk makhluk dan makhuk itu pula, bermakna atau merujuk kepada “maujud”!. Untuk lebih fatonah dan untuk lebih manis, huruf mim itu, adalah bermakna, bermaksud dan bererti “maujud”.

      Yang lain-lain itu, teramat benar dan betul. cuma perbetulkan huruf mim shj. Jika kita gabungkan ketiga-tiga huruf itu, bunyinya adalah “La maujud Bil haqqki Iallah” atau (Allah la maujud).Allah La Maujud, itulah tafsiran alif lam mim.Sy tak buka jawapan ini kpd org lain. amin hj shaari

      Like

  5. Salam tuan hj, izin sy beri pendapat, Alif Lam Min tiada yang maujud melainkan Allah, Alif=Zat, Lam=Sifat & Min=Asma, maka nyata dan teranglah hanya Allah yg terlihat….walau dimana-mana jua…amin…mohon lebih pencerahan dari Tuan Hj. seterusnya…

    Like

  6. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Semoga tuan haji sentiasa dirahmati Allah selalu.. Persoalan apakah maksud sebenar di sebalik huruf ‘alif lam mim’ ini memang telah lama bermain-main di sanubari saya sejak beberapa tahun lepas lagi.. Jiwa ini meronta-ronta terlalu ingin mengetahui apakah maksud sebenar di sebalik huruf tersebut.. Sepanjang pencarian saya telah mendengar banyak pendapat dan jawapan namun ia masih belum memuaskan hati.. Beberapa kali saya terfikir untuk bertanyakan soalan tersebut kepada tuan haji, namun mungkin belum rezeki saya atau belum sampai masanya lagi untuk saya mengetahui persoalan tersebut ketika itu.. Saya rasa sangat bersyukur sekiranya tuan haji dapat menjawap dan sudi berkongsikannya kepada kami di sini yang sentiasa dahagakan ilmuNya.. Syukran..

    Like

  7. bagaimana nak kenal tengok pun belum……….kalau belum tengok dah kenal itu penipu namanya. kalau saya kata dah kenal tok hj. tuan guru tapi belum jumpa apa itu namanya dah kenal?

    Like

  8. Assallam, alif itu merujuk kepada Allah, Lam merujuk kepada tiada, manakala mim merujuk kepada Muhammad. maksud tersiratnya adalah Allah ada, Makhluk tiada.. yang kekal abadi hanyalah dia yang bersifat ” ADA” maka sifat berlawanan bagi sifat tersebut adalah tiada.
    Maaf andainya saya tersilap dalam pemahaman dan pengertian. Tapi itulah yang saya terlintas difikiran. semoga Tuan Guru dapat memberi bimbingan dan pencerahan yang lebih jelas. Assalaam,.

    Like

  9. Assala mualaikum,pa,ustat,saya dri indon,kal- bar
    Saya ingin bertanya,apa amalan, atau bagai mana,supaya kita taruuf,ingat kepada allah sampai kita tidak ingat,saya ingin menam bah ,faham saya ke,pada allah,walau pun sebenarnya. Faham dtang dari allah,dan mudaha mudahan petunjauk dari ustad,memberi kan saya ke yakinan,allah maujud,mudahan pa ustad dpat memberi sedikit ,Dan memBagi ilmu ke,pada saya,yg,masih danggkal tentang mengenal allah,ji,kalau saya dekat ,se,negara dngan,tuan,saya tidak akan sungkan utk blajar,dngan ustad,se,moga allah memberi kan,rahmat ke,pada ustad dan kasih .

    Like

  10. Assalamualaikum tuan guru…. bagai mana nak oder CD atau buku ilmu mengenal Allah..saya tinggal d sabah minta butirannya tuan.

    Nak tanya sikit tuan, sebelum belajar mengenal Allah bagaimana hendak menyucikan diri batin, Dan merasai getaran nikmat tersebut.. Mohon pencerahaan dan maaf andai salah cara pertanyaan…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s