Jawapan maksud ا ل م

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslilmat yang dirahmati Allah sekalian. Sengaja saya perlambat-lambatkan untuk menjawab persoalan alim lam mim ini, adalah semata-mata ingin melihat sejauh mana kefahaman tuan-tuan.

Setelah saya tangguh atau gantung sekian lama, ternyata pelbagai pendapat yang dapat kita lihat. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah sudi berkongsi pengalaman melalui blog ini. Tidak kurang pula, ada yang menuduh sesat wahbi, kufur dan kafir!. Ada yang membahasakan dengan bahasa yang saya sendirpun malu untuk nyatakan disini. Belum sempat saya buka erti alif lam mim, sudah ada yang melontarkan tuduhan dan tomohan yang bukan-bukan. Yang saya hairannya, tidak seorang dari kalangan mereka yang selalu melontar tuduhan itu, berani untuk memberi tafsir (hanya tahu tuduh)?.

Apapun bersyukur kepada Allah swt, kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk sama-sama berdakwah dan meyampaikan ilmu kepada umat-umat yang mahu berfikir!.

1) Terjemahan huruf alif

Huruf Alif itu, adalah sesuatu yang melambang, menerang, mengambar, merujuk atau kiasan bagi menterjemahkan Allah!. Alif itu, adalah bangsa, bahasa atau suatu kiasan gambaran bagi Allah!.

Bagi huruf-huruf didalam Al-Quraan, huruf apa lagi yang boleh mengambaran Allah selain daripada huruf Alif?. Kerana huruf alif itu, adalah huruf yang menegak, huruf yang berdiri, huruf yang mula-mula dan huruf yang pertama.

Berdiri tegaknya huruf alif itu, adalah seumpama berdiri tegak semasa bersolat. Berdiri tegak sembahyang itu, adalah bagi mengambarkan berdirinya huruf alif. Menegakkan huruf alif itu, adalah seumpama menegakkan Allah!. Huruf yang pertama itu, adalah melambangkan Allah, sebab Allahlah yang pertama, yang mula-mula dan terawal. Huruf Alif itu adalah huruf yang awal dan yang awal itu, adalah mengambarkan Allah.

Banyak-banyak huruf dalam Al-Quraan itu, hanya huruf alif bertulisan secara lurus dan tegak, yang mana tegak dan lurus itu, adalah merujuk kepada Allah. Huruf-huruf lain, semuanya tidak berdiri, tidak tegak dan tidak lurus. Seumpama huruf lam, huruf lam tidak tegak, huruf lam bercangkuk seumpama mata kail. Satu-satunya huruf yang lurus dan berdiri tegak itu, adalah hanya huruf alif. Itu makanya huruf alif itu, dibangsa, dilambang, ditafsirkan atau dikias kepada Allah.

Sebut sahaja huruf alif, huruf itu, adalah huruf yang melambangkan kiasa berdiri. Sesungguhnya huruf tegak dan lurus yang berdiri sendiri itu, adalah hanya Allah!. Itulah makanya dipermulaan Al-Quraan kita baca huruf alif, lam, mim. Alif itu, adalah merujuk kepada pengertian Allah!

Untuk itulah makanya Allah swt. tekankan supaya kita baca huruf alif, lam, mim sebelum membaca Quraan, pastinya ada hikmah dan rahsia yang besar disebaliknya!. Apakah rahsia disebalik huruf alif, rahsia disebalik huruf lam dan apakah rahsia disebalik huruf mim itu?………………….

Apakah gambaran maksud yang hendak ditafsirkan atas huruf alif?. Huruf alif itu, adalah huruf tauhid!. Semasa bacaan tahayat didalam ibadah sembahyang, huruf alif ada digambarkan melalui cara kita menggerak-gerak atau kita tegakkan jari telunjuk semasa membaca kalimah syahadah!. Itu tanda huruf alif atau huruf tauhid bagi mengambarkan satu, ke Esaan atau ketunggalan Allah!. Itu makanya kita lihat selalu orang mengerak atau menegakkan jari telunjuk semasa sembahyang bagi mengambar dan bagi menunjukkan huruf alif, huruf tegak, huruf satu (esa), huruf tauhid melalui jari telunjuk!.

Huruf alif meggambarkan anggka satu, anggka Esa, anggka tunggal dan anggka tauhid. Siapakah yang yang dimaksudkan dengan perkara satu?, siapakah yang dimaksudkan dengan perkara Esa dan siapakah yang dimaksudkan dengan anggka tunggal?, jika tidak Allah!. Itu makanya huruf alif itu, diisayaratkan kepada Allah …………………………….

Huruf alif itu, bagi mengisyaratkan kepada Allah. Alif itu, bagi menunjuk, merujuk dan bagi mentafsirkan Allah. Yang satu itu Allah, yang tunggal itu Allah, yang permulaan itu Allah, yang berdiri sendiri itu Allah, yang lurus itu Allah dan yang Esa itu Allah……………….Alif itu, adalah merujuk kepada Allah.

Dari kiasan huruf alif itu, hendaklah kita bawa kepada diri kita!. Bermulalah bacaan kita itu, dengan Allah!. Bermulalah kata-kata kita itu, dengan Allah. Bermulalah melihat kita itu, dengan Allah. Bermulah mendengar kita itu, dengan Allah. Bermulalah tidur, bangun, hidup dan mati kita itu dengan Allah!. Jangan terlihat kepada selain Allah dan jangan tertilik kepada selain Allah. Setelah kita nyata Allah dalam pandangan serta dalam tilikan, maka ayoh mari kita sama-sama baca Al-Quraan, sama-sama kita dirikan solat dengan ingat Allah!. Dirikanlah solat dan bacalah Quraan dengan berkeadaan tiada lain selain Allah…………………Itulah maksud, erti atau makna huruf Alif……………………….

Bermula alam dengan huruf alif, bermula kiamat dengan huruf alif dan bermula segala yang bermula itu, adalah dengan huruf alif. Setelah kita kenal huruf alif, maka kenallah kita akan Allah. Bermula dengan huruf aliflah yang membuatkan huruf-huruf lain. Bermula dengan Allahlah yang membuatkan seluruh makhluk alam!.

Bermula dengan huruf alif (Allah)lah terjadinya diri kita. Tanpa alif (Allah), diri kita tidak akan terjadi!. Setelah terjadinya diri kita dan sertelah terjadinya alam dan setelah terjadinya segala macam 6666 ayat didalam Al-Quraan itu, hendaklah jangan kita tidur, terlena dan terleka dengan bunyi merdu suara yang mengalunkan ayat-ayat suci!. Jangan kita leka dengan kemerduan suara bacaan. Disebalik kelunakkan suara dan disebalik kelunakan merdunya suara bacaan Quraan itu, Allah suruh kita lihat, pandang dan tilik Allah disebaliknya!. Bacalah apapun hendaklah kita kias kepada Allah.

Sebutlah apapun, hendaklah tertlihat Allah disebaliknya. Allah bukan sesuatu, tetapi Allah nyata pada tiap-tiap sesuatu!.Jadi lihat. pandang dan tiliklah Allah pada setiap patah ayat yang kita baca. Baca syurga, syurga itu syurga Allah. Baca saja neraka, neraka itu adalah neraka Allah. Sebut sahaja malaikat, hari kiamat, soal kubur, titian, seksa kubur, pertanyaan kubur dan malahan sebutlah apapun yang tersebut dalam ayat-ayar suci Al-Quraan itu, segala-galanya adalah kalam Allah. Bilamanana kalam Allah, kalam Allah itu tidak lain dari Allah jua. jadi sebutlah apapun hendaklah tidak terhijab Allah disebaliknya, malahan Allahlah segala-galanya disebalik setiap ayat yang dibaca !.

Berkatalah apa yang hendak kita katakan, sesungguhnya Allahlah disebalik kata mu!. Sebutlah apa sahaja yang hendak kita sebut, sesungguhnya Allahlah disebalik sebutan mu!. Bergeraklah apapun yang hendak kita gerakkan, sesungguhnya Allahlah disebalik gerak mu!. Buatlah apa sekalipun yang hendak kita perbuat, sesungguhnya Allahlah disebalik perbuatan mu!. Itulah makanya huruf alif itu, diletak dan dibaca dipermulaan Al-Quraan. Kerana dari huruf alif itu, boleh menjadikan huruf-huruf yang lain.

Sebab apa Allah letak huruf alif,lam, mim dipermulaan segala bacaan Quraan, sebabnya adalah kerana Allah mahu kita tahu, Allah mahu kita mengerti dan faham bahawa disetiap apa yang kita sebut dan yang kita baca itu, adalah Allah. Allah nak kita lihat Allah, pandang Allah dan tilik Allah. Lihat Allah disetiap apa yang kita kata. Allah nak kita lihat, nak kita tahu dan Allah nak bagi kita mengerti bahawa disetiap apa yang kita sebut itu, itulah AKU!. Bagi menunjukkan bahawa disetiap apa yang kita katakan itu, itulah Allah dan itulah AKU!.

Apa yang kamu sebut itu, itulah AKU!. Apa yang kamu kata itu, itulah AKU. Apa yang kamu buat itu, itulah Aku!. Setelah kita nampak Allah, maka bacalah apapun dan sebutlah apapun 6666 ayat itu, itulah Allah, Allah, Allah………………………

2) Apakah maksud Huruf Lam (ل)

Huruf lam itu, adalah bagi membawa maksud “la” (nafi). Huruf lam itu, adalah bagi gambaran, tafsiran dan kiasan kepada perkara nafi atau menolak!. Lam itu bermaksud “la”. Perkataan “la” itu, adalah bahasa Arab, manakala maksud, erti dan makna “la” dalam terjemahan bahasa melayu pula, adalah membawa erti nafi (tolak) atau buang.

Setelah huruf “alif” pada permulaannya, manakala huruf yang keduanya, adalah huruf “lam”. Setelah kita belajat yag alif itu merujuk kepada Allah dan lam pula merujuk kepada nafi, tidak atau buang. Persoalannya disini, apakah yang hendak kita tolak, apakah yang hendak kita buang dan apakah yang hendak kita nafikan?.

Lam bermaksud untuk menyuruh kita tolak, buang atau nafi. permasalahannya disini, apakah yang hendak kita tolak?. Yang hendak kita tolak itu, ada terkandung didalam huruh mim (م ). Bahasa Arab kata “la”, bahasa kita kata “nafi”. apakah yang hendak kita nafi?. Untuk tahu apakah yang hendak kita nafi, mari kita ikuti kupasan huruf mim!.

3) Apakah Maksud Atau Pengertian Huruf Mim?

Huruf mim itu, adalah huruf yang memberi pengertian kepada maksud maujud (yang dijadikan) iaitu maujud Nur Mohamad. Mim itu, untuk memberi faham kepada kita bahawa yang hendak kita nafi, yang hendak kita buang dan yang hendak kita tolak itu, adalah perkara maujud (perkara yang dijadikan).

Apa-apa yang maujud atau apa-apa yang dijadikanitu, hendaklah kita buanng, kita nafi dan hendaklah kita tolak. Biar Allah sahaja yang ujud, wujud dan maujud!. Segala selain Allah itu, hendaklah kita sucikan, bersihkan, buangkan dan perhilangkan dari pandangan atau buang dari iktikad !.

Dengan bahasa lain, hendaklah kita buang segala bayang (maujud) biar yang tinggal itu, adalah semata-mata tuan yang empunya bayang. Sekalipun kita terlihat bayang, sesungguhnya bayang itu, tidak boleh berdiri sendiri tanpa tuan yang empunnya bayang. Bayang (maujud) sebenarnya tidak ada, yang ada itu, itu adalah juga tuan yang empunya bayang!. Mim itu, adalah membawa maksud makhluk (maujud).

Setelah kita nampak Allah (huruf alif) dan setelah kita nampak la atau nafi (huruf lam). Mari kita lihat huruf mim, iaitu yang membawa maksud maujud. Apa yang hendak kita buang atau yang hendak kita nafikan dalam huruf min itu, adalah membuang segala yang maujud ia itu membuang atau menolak segala makhluk!. Itulah maksud atau pengertian huruf mim.

4) Bilamana Kita Gabungkan Ketiga-tiga Huruf !.

Bilamana kita gabungkan ketiga-tiga huruf alif, lam, mim bererti kita gabungkan perkataan Allah, la dan maujud dan jika kita terjemahkan lagi perkataan Allah, perkataan la dan perkataan maujud, maka jadilah perkataan itu seperti berikut;

Allah itu, tidak ada maujud yang lain selan Allah!. Jika kita tinggikan sikit lagi maksud alim, lam, mim, ianya membawa maksud, “La Maujud Bil Haqqki Ilallah” (tidak ada yang maujud selain Allah).

Bilamana kita tahu yang tidak ada lain selain Allah, jadi barulah kita boleh mulai baca ayat-ayat suci Al-Quraan, kerana pada setiap patah ayat yang kita baca itu, jangan sampai tertilik kepada selain Allah!. Sedari awal lagi Allah telah memberi peringatan kepada kita semua bahawa, bilamana kita membaca ayat atau kalam Allah (Al-Quraan) hendaklah jangan sampai kamu terlihat kepada yang lain selan Aku (Allah).

La maujud bilhaqqki ilallah, jangan kita pandang ujud yang lain selain ujud Allah. Setelah kita nampak segala-galanya adalah Allah, barulah kita boleh baca Al-Quraan!. Selepas kita tahu segala-galanya itu adalah Allah, makanya sebutlah, katakanlah, dan lafaskanlah apa yang hendak kita sebut, apayang hendak kita kata dan lafaslah apa-apa yang hendak kita lafas, sesungguhnya semua apa yang kamu kata, kamu ucap dan segala apa yang kamu lafaskan itu, itulah Aku (Allah). Setelah segala-gala ayat itu menjadi Allah, maka itulah Allah dan itulah kalamNya!. Allah dan kalam Nya itu, tidak lain dari Allah jua. Seumpama yang menilik itu, adalah juga tuan dengan yang ditilik!. Begitulah ayat-ayat atau kata-kata Allah itu, tidak lain dari Allah jua. Untuk itu, bacalah apapun isi kandungan didalam quraan itu, itulah Allah, Allah dan Allah………………………….

Bermulalah dengan huruf alim, lam, mim iaitu bermulalah dengan Allah, nafi, maujud. Setelah kita menafikan sekalian yang maujud (sekalian yang dijadikan), maka disitulah akan kita terlihat, terpandang dan tertilik Allah pada setiap ayat yang kita baca. Untuk itu bacalah, bacalah dan bacalah, bahawa setiap apa yang kamu baca itu, itulah Aku, Allah, Allah dan Allah…………………

‘LA MAUJUD BILHAQQKI ILALLAH” ingat itu, itulah maksud, erti dan makna huruf alif, lam, mim………………………

5) Sebelumnya Mari Kita Belajar Erti “Ingat kepada Allah”

Dalam menterjemah kalimah alif, kita tidak boleh lari dari megentahui konsep “ingat”. Jika tuan-tuan tidak tahu untuk menterjemah perkara “ingat kepada Allah”, maka tidaklah tuan-tuan akan dapat menterjemah perkara alif. Sebelum saya menghuraikan persoalan bab kalimah alif, saya minta tuan benar-benar tahu, faham, mengerti dan betul-betul menghayati perkara “ingat”!. Kiranya kita tidak faham konsep “ingat” kepada Allah, tidaklah dapat kita mentafsir kalimah alif. Alif itu, adalah bertujuan bagi menterjemah perkara “ingat kepada Allah”.

Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat selain dari Allah. Setelah tidak lagi ingat kepada selain Allah, barulah kita itu, dikatakan ingat kepada Allah.
Setelah ingat kepada Allah, barulah dibolehkan untuk kita membaca 6666 ayat-ayat Allah. Itu sebabnya bermula ayat Al-Quraan itu dengan huruf alif, lam, mim!………………………..

Persoalan disini, bagaimana nak ingat Allah?. Barang siapa yang tidak tahu cara-cara untuk ingat kepada Allah, maka tidaklah mereka itu tahu untuk mentafsir alif, lam mim dan bilamana tidak tahu mentafsir huruf alif, lam, min, maka tidaklah dikatakan ingat kepada Allah!.

Sembahyang, hendalah ingat Allah. membaca Quraan, hendaklah ingat Allah. Syahadah, hendaklah ingat Allah, Begitu juga semasa kita mengerjakan ibadah puasa, zakat, haji, umrah, sedekah, zikir, bekerja, dan sebagainya itu, hendaklah kita dalam keadaan ingat Allah!. Samaada dalam keadaan sedang melangkah berjalan, berfikir, tengah makan, sesudah makan, menonton talivesion, pekerjaan jual beli, belajar, buat kerja dan samaada didalam waktu sedang tidur sekalipun, kita hendaklah “ingat” kepada Allah. Sekiranya sedang sembahyang dan sedang membaca Al-Quraanpun kita tidak boleh ingat kepada Allah, apalah erti sembahyang dan apalah erti membaca Quraan?…………………………..
Apakah maksud lam?………………..

Nanti saya sambung sekejap lagi, kerana sahabat-sahabat saya sudah datang untuk menterjemah kitab Tok Kenali. amin drp hj shaari

38 Replies to “Jawapan maksud ا ل م”

  1. Terimakasih Kupasan Tuan haji , Allah jadikan setiap perkara untuk menyatakan kebesaran / kekuasaan dan maha sucinya allah (zat Muktlak) . Perkara ingat bukannya boleh diingat- ingat ini perkara rasa yang dihadirkan oleh Allah . Sedarlah diri kita sebenarnya dari allah (kosong) kembalipun kosong . Kalau kita tak mau patuh dan ikut segala yang baik tak kesan pun kepada allah diri kita yang dapat kesan dalam kehidupan kita . apabila kita sedar diri kita ini tiada yang ada hanya hak allah apa lagi nak dikata . zahirnya diri kita datang dari allah juga .

    Dalam ibadah, jangan diseni-senikan dengan i`tikad-i`tikad. Agama bukan i`tikad-i`tikad.
    Dalam ibadah, kukuhkan saja hatimu dengan Yang Qadim. Yakinkan Yang Qadim itu tetap ADA dan pasti laysa kamistlihi syai`un.

    Tinggalkanlah semua yang bukan Tuhan dalam hatimu. Karena pikiran selain Tuhan adalah tabir dan ketidaksempurnaan.

    Ingatlah, jika pikiran yang bukan Tuhan saja yang selalu ada, semakin tertabirlah kamu dari Tuhan.

    segalanya dari rahsia allah .

    Like

  2. meninggalkan kebiasaan bukan nya suatu yang mudah. Tokmahan ada lah lumrah bagi pendakwah. yang penting penyampaian WAJIB diteruskan.Kita bagi bagi.Kerja ALLAH biar ALLAH buat.kerja kita biar kita buat.Banyak lagi diluar sana yang dahagakan ilmu.Hari ini mungkin tak nampak tapi esok lusa tulat tungging jadi pencinta TEGAR .

    Like

  3. ASSALAMUALAIKUM..USTAZ SHAARI..ILMU YG SANGAT BERGUNA DAN DENGAN ILMU INI KITA DAPAT MENCARI IKHLAS DALAM BERIBADAH DAN BILA KITA IKHLAS DALAM BERIBADAH MAKA AKAN DATANGLAH KHUSYUK,TAWADUK DALAM IBADAH INILAH YG NK DICARI..

    Like

  4. Aku pernah tanya kepada seseorang megapa ada huruf Alif,Lam,Mim itu.Dia cuma tersenyum.Aku tahu perkara ini sukar nak diceritakan dalam masa yang singkat.
    Alhamdulillah,saya dah faham.

    Like

    1. Alif, lam, mim itu, adalah bermaksud “la maujud bil haqqi ilallah”
      Tidak ada wujud, ujud atau maujud lain selain Allah. jadi bilamana tuan nampak, itulah Allah, bilaman tuan sebut, itulah Allah, bilaman tuan dengar, itulah Allah dan bilamana tuan ingat, itulah Allah, Allah, Allah ………………………

      Like

  5. As-salam Tuan Haji,
    Saya nak bertanya, selain huruf alif, lam, mim, ada surah lain yang bermula dengan huruf lain. Apakah ertinya pula ?

    Like

  6. ini adalah satu pendapat sahaja dan dia bukanlah sesuatu yang pasti betul.mungkin tuan telah kemukakan pendapat sedemikian berdasarkan pengajian tuan. tapi ada sesetengah pihak yang memberi maksud berbeza pada ا ل م . apa pun kesemuanya adalah pendapat masing-masing kerana tiada dalil yang sahih drp hadis Nabi SAW mahupun ayat Al Quraan menyatakan maksud bagi ا ل م . lebih baik kita ambil apa yang diajarkan kepada kita dengan maksud الله أعلم بمراده بذلك (Allah yang lebih mengetahui akan maksudnya)

    Like

  7. jika mahu berbohong biarlah bertempat..jangan sampai menampakkan kebodohan diri sendiri.Kalam Allah yang sampai dalam bentuk wahyu kpd Baginda Muhammad tidak berbahasa dan berbentuk pd sebarang huruf. huruf2 atau alphabet arab terbentuk dan tersusun setelah manusia mengenali kaedah menulis. Manusia yang membentuk huruf2 tersebut. mustahil pengertian Quran dpt diambil melalui tafsiran berdasarkan abjad huruf. Huruf2 hijaiyah pd dasarnya tidak mengandungi makna tertentu…mengenal apa itu kitab Al Quran..jangan sekadar mengenal dir saja..bnk perkara perlu dikenal..

    Like

  8. saya mimpi dkasih kitab dengan seseorang ,,dmimpi saya itu beliau berkata tamatkan dulu kitab ini ,,,tpi, sa,at saya buka kitab itu dari awal sampai akhir yg saya buka hanya alif lam mim ,,al baqaroh toe ,,ga da yg laen ,,arti nya pa ya ??

    Like

  9. Assalammualaikum tua, izinkan saya menulis dan memberi serba sedikit pendapat. Saya ini dijadikan@ dicipta bkn utk mempunyai kepandaian tentang menulis @ menjadi pengarang. Saya hanya dizahirkan utk mengatahui rahsia2nya utk diri saya dan keluarga yg memerlukan ilmunya sahaja.. Bukan utk menulis @ lebih mudah lagi saya dizahirkan bkn jd penulis, sikit2 bercerita bolehlah untuk kefahaman dan saya pun kurang berminat menulis, saya lebih suka membaca. Itulah kekuasaan, kebesaran Allah kpd diri saya. Walau bagaimanapun dalam blog ini saya terpanggil untuk menulis itu pun hanya sedikit sahaja. Berbalik kepada persoalan bagaimana nak( INGAT ALLAH).Untuk mengingati Allah ini hanya Allah sahaja yg boleh mengingatinya, maksudnya Allah mengingat Allah. Kalau masih ada aku, saya @ masih ada diri, masih belum dapat ingat Allah setiap masa @ sepanjang hayat. Setelah diri lebur, hancur @ binasa baru boleh kita ingat Allah. Selagi diri masih ada sampai bila-bila kita tidak boleh ingat. Untuk sentiasa ingat Allah hendaklah kita kenal ALLAH dengan sekenal-kenalnya, baru dapat diri kita dibinasakan. Selagi belum kenal Allah yg tidak seumpama dengan yg baharu, selagi itu diri tidak akan lebur dan tidak akan ingat Allah. Bila diri sudah lebur, apa sahaja yg kita pandang, kita dengar, kita cakap, maksudnya segala-galanya yg terzahir yg kita nampak @ dengar, sehingga sebesar zarah sekali pun semuanya Allah, Allah, Allah itu lah Allah, itulah ingat namanya.@ sebenar-benar ingat Allah. Sebagai contoh umpama cahaya lampu, terangnya lampu kerana cahayanya, bukan cahaya yg menjadikan cahaya itu terang, mentolnya yang manjadikan cahaya itu terang. Mentol lampu itu bergantung pada kuasa @ pawor lampu yang menjadikan cahaya itu terang, bukan kuasa @ pawor yang menjadikan lampu @ cahaya itu terang, pembuat @ pencipta lampu itu yang membuat lampu itu terang. Berbalik kepada Ingat Allah tadi, yang hendak kita kenal terlebih dahulu ialah yang mencipta kuasa @ pawor. Bila kita dah kenal yang mencipta @ empunya pawor baru boleh kita ingat sampai bila-bila iaitu Ingat Allah. Ingat pada Allah itu bukan bererti sebut, nafas turun naik HU ALLAH, ingat dalam hati, ingat pada Allah itu tidak ada lagi diri iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki, semuanya hak Allah. Alam yang luas ini hak Allah, Allah punyai alam ini, milik Allah alam ini. 7 petala bumi, 7 pelata langit hak Allah. Allah menzahirkan dia. Mana ada kita, mana ada alam. Itu yang dikatakan ingat Allah, hanya Allah yang ingat Allah. semuanya DIA. Bila Allah yang ingat Allah itu baru dikatakan INGAT ALLAH. Setelah kita kenal Allah dan ingat Allah itu lah yang dikatakan Alif, Lam MIM, tidak ada yang wujud melaikan Allah, baru kita ingat Allah sampai bila-bila.Itulah serba sedikit yang dapat dituliskan, sepertimana yang saya perkatakan dari mula, saya ini tidak dijadikan untuk menulis @ mengarang, kalau tersalah ejaan harap maaf. Kerana guru-guru saya dahulu pun orang kampong, orang tua yang tidak berpelajaran, orang yang dikatakan sesat, tidak mendapat nama dikalangan guru-guru agama orang susah, tetapi saya tidak pandang itu semua, yang saya pandang pada diri guru saya itu cahaya dalam dirinya, bukan cahaya dalam dirinya, tuan yang empunya cahaya dalam dirinya. Terima Kasih tuan harap maaf hanya sekadar berkongsi di dalam bab ilmu makrifatullah.Kalau masih ada banyak kekurangan minta ulasan dari tuan selanjutnya, kerana saya ini masih banyak yang tak tahu dari yang saya tahu. Masih banyak kekurangan lagi, terutama dari segi penyampaian, ditakuti terkeliru ahli-ahli yang lain.

    Like

    1. Saya sungguh bangga bila dapat membaca tulisan tuan. Saya bukan melihat dari ejaan atau tulisan. Yang menjadi kebanggaan saya itu, adalah kefahaman tuan. Itulah sebenar-benar tulisan orang yang benar-benar makrifat. Dari gaya bahasa yang digunakan, saya sudah dapat baca yang penulis yang bernama Yussalldi Ahmad Yusof itu, adalah orang yang mengenal diri. Setelah mengenal diri, pastinya dirinya lebur. Setelah lebur, di situlah Dia memandang Allah. Terima kasih wahai anandaku, di atas kefahaman dan kemantapan tulisan. Amin daripada Hj. Shaari.

      Like

  10. tuan kami dari indonesia,Riau suku melayu . sedikit mau tanya, hamba ini selalu juga memandang ا ل م dalam berzikir di maqam kita apa maksud gerangan tuan tok kenali

    Like

  11. Asalamualaikum saudara bagus penerangan saudara mengenai maksud yang tersirat disebalik ا ل م maksud sebernarny. Bagus pembentanganye tapi ade celarunye contoh dalam ا ade titik ,titik itu ade9 perkara didalamnye.dalam sifatnye dan dalam dzatnye yang perlu di ketahui ل itu maksudnye lahut de 6 alam yabg perlu ditempuh م itu muhammad ade dua perkara yang tersurat dab ade dua perkara yang terselindung

    Like

  12. Trima kasih dgn penjelasan di atas tu… sye pernah bermimpi sorg hamba allah menyuruh sye sebut alif lam mim sebelum nk berjalan atas air utk menyeberang..

    Like

      1. Assalamualaikum… Tuan haji… Sy kojek berumur 31 tahun dari cheras Kuala Lumpur… Secara peribadi hidup sy penuh degan kejahatan, maksiat dan kezaliman… Selama sy hidup sehingga hari ini sy tidak langsung terlintas untuk mendalami ilmu agama islam ini… Hanye yang saya tahu Dalam hidup sy hanye mencari keseronokan dan kesenagan dengan ape jua keadaan pun asalkan sy dapat enjoy… Pada tahun 2013 sy telah berkahwin dan telah mendapat Cahaya mata pertama pada 20/6/2015… Di Saat itu selepas Sahaja isteri sy melahir kan Cahaya pertama kami DR. Telah memangil dy untuk azan kan baby sy yg baru saja lahir… Di Saat tu baru air mata sy menitis di sebab kan sy yg beragama Islam di lahirkan seorg Islam oleh ibu sy tak dapat azankan Cahaya mata sy sendri… Bertapa teruk nye sy sebagai umat Islam tak dapat laungkan azan untuk anak sy sendri… Alhamdulilah sejak dari itu sy telah megenali seorg kawn beragama Islam dan telah berkahwin dengan wanita berbangsa cina yg telah memeluk agama Islam… Beliau telah bersama selama 20 tahun hidup berkluarga… Dari situ dia banyak mengajar dan sering membawa sy ke masjid Sri petaling setiap hari sabtu untuk sy belajar… Bulan 10/2015 sy sering termimpi tok kenali… Dan sejak itu sy dengan rela hati ingin mendalami dan menpelajari ilmu agama dari kitab tok kenali ulama negeri kelantan… Di harap tuan haji boleh membantu sy untk sy mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam ini semasa sy masih lagi bernyawa… Nie no Telefon sy… 0133974036/0183294308

        Like

  13. Tapi harus diingat ‘lam’ itu juga memberi erti ‘bagi’ dan ‘lam’ itu dicantum dengan ‘mim’. Justeru saya kurang arif, apakah tidak ada sahabat2 rasulullah yg bertanya kpd Nya tentang huruf muqathaah. Kalau ada pasti ada jawabannya.

    Like

  14. Terima kasih tuan haji. Pencerahan ini menguatkan lagi ertinya kalimah toyyibah iaitu kalimah tauhid yg di ucapkan. Kalimah penafian dan isbat. Kalimah yg menyatakan dn membedakan antara Qodim dan Muhaddas. Kalimah yg memperakui wujudullah dan maujudullah. ‘Allah’ itu adalah nyata kebesaranNya sebagaimana asma’ bagi Nya. Begitu jua mengenal akan zat bagi Nya, sifat bagi Nya dan af’al bagi Nya. Jadi apakah pegangan tauhid kita zahir dan batin bilamana siapakah tuhan? ilahul HAQ Lai saka mislihi syai ‘un wa hua samiyul bashir.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s