Tahap Ilmu Rasa Tok Kenali Kelantan

Ramai yang bertanya dan meminta zikir dan amalan Tok kenali. Sebenarnya zikir dan amalan Tok kenali tidak banyak.

Tok kenali hanya mengamal zikir nafas. Zikir yang tidak berhurf dan zikir tidak bersuara!. Zikir lafas dari kedua bibir mulut dengan memegang buah tasbih itu, adalah sekadar perhiasan dunia.

Sebenar-benar zikir itu, adalah “ingat” kepada Allah. Cara ingat (zikir) Tok kenali kepada Allah itu, adalah hanya dengan cara memandang nafas yang turun naik!. Tanpa sebut Hu atau Hak.

Amalan Tok kenali pula, hanyalah membaca surah Al-Ikhlas.

Tentang sembahyanng, Tok kenali sembahyang sebagaimana kita sembahyang, puasa Tok Kenali, sama sebagaimana puasa kita dan beribadah Tok kenali juga sama ebagaimana kita beribadah.

Lebih, tinggi, bisa dan agungnnya Tok kenali itu, adalah atas dasar ilmu makrifatnya bukan pada sembahyang, zikir atau puasanya!.

Makrifat Tok kenali itu atas ilmu rasa. Mari kita pelajari ilmu rasa, sebagaimana ynga Tok kenali “rasa”. Rasa itu terbahagi 7. Ayoh kita pelajari, bagi sesiapa yang berhajat kepada amalan……………..

Tahap Ilmu Rasa Makrifat Tok kenali

Semenjak balik dari Kota Surabaya pada tanggal 27hb Jan dan selepas ceramah dimasjid Besar Kota Kelang pada tanggal 28hb. jan. Saya benar-benar tidak berkesempatan untuk melihat blog dan tidak berkesempatan untuk mengarang, apa lagi untuk menjawab persoalan tuan-tuan.

Memandangkan rasa tanggung jawab kepada para pembaca blog yang menanti-nanti dan menunggu-nunggu buah tangan saya, selama satu buklan di Indonisia, disini saya utarakan kepada tuan-tuan mengenai cara-cara mencapai tujuh tangga ilmu rasa!.

Ilmu rasa itu, ada tujuh tahap atau tujuh makam.
1) Maqam taubat
2) Maqam wara’
3) Maqam zuhud
4) Maqam fakir
5) Maqam sabar
6) Maqam tawakkal
7) Maqam ridho
Keujuh-tujuh tangga (maqam) itu, adalah melibatkan penyusian hati secara kesufian (pemurnian hati secara makrifat). Tujuh pemurnian hati diatas, adalah penyusian hati mengikut turutan tertib dari satu maqam kepada suatu maqam.

Setiap tangga penyusian hati itu, adalah bertujuan untuk sampai kepada tahap tercapainya “pembebasan hati dari segala ikatan dunia”. Bertujuan untuk mencipta kedudukkan atau suasana hati yang tidak lagi terpandang makhluk!.

Suasana hati orang-orang yang berada didalam ketujuh-tujuh maqam tersebut itu, adalah orang yang memandang bahawa setiap apa yang dicipta oleh Allah dan setiap apa yang belum tercipta itu, tidak lagi beharga dihatinya. Tidak beharga itu, seumpama tertanggalnya sehelai bulu romo dari tubuhnya!. Tamak kepada dunia atau tertilik hati kepada makhluk itu, merupakan mata pedang yang sedang membunuh kehidupan para sufi!.

Kehidupan seorang ahli makrifat atau seorang ahli sufi itu, adalah orang yang merdeka jiwanya dari tertilik makhluk!. Untuk menikmati ketujuh-tujuh tangga ilmu rasa itu, adalah mereka-mereka yang sanggup membelakangi selain Allah secara mutalak atau membelakagi dunia secata total. Rasa makrifat kepada Allah itu, “tidak boleh dimadu” dengan mahluk!. Rasa ingat kepada Allah itu, tidak boleh dimadu dengan ingat kepada makhluk!.

Tidak mungkin tercapai hati seseorang untuk sampai kepada tahap penyucian hati dari ikatan atau belenggu dunia, selama dunia atau selama sifat makhluk ini masih terlekat dihatinya!. Untuk meyisihkan hati dari tertakluk kepada dunia itu, hendaklah melalui tujuh maqam rasa atau tujuh martabat rasa!. Selepas melalui tujuh maqam taubat itu, barulah datangnya ilmu “rasa”.

Beza rasa orang awam berbanding rasa orang makrifat itu, adalah
Rasa makrifat orang awam itu, adalah diatas dasar “terlepas dari dosa-dosa”. Manakala rasa makrifat orang makrifatullah itu, adalah diatas dasar “tidak lalai dari mengigati Allah!”.
Untuk sampai atau untuk melalui ketujuh-tujuh anak tanggak atau tingkatan maqam rasa, hendaklah melalui tujuh peringkat.
1) Rasa Melalui Taubat.
Perkara taubat itu, bukan sahaja diajar oleh agama Al-Quraan, malahan diajar juga oleh agama-agama Injil, Taurat dan Zabur. Semua 4 kitab terdahulu memulakan ilmu dengan upacara taubat.
Taubat Orang Awam
Taubat bagi golongan orang-orang awam (golongan feqah) itu, adalah dengan melafaskan ucapan penyesalan. Sesal pelangaran atau ketidak patuhan kepada perintah Allah. Dengan menghentikan “seketika” perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Dengan berjanji untuk menghentikan seketika dan berjanji untuk tidak megulangi doda buat “seketika”. Bilamana gagal memenuhi sumpahnya, lalu mereka memuhun ampun pada Tuhan. Bertaubat orang awam sebanyak 67 kali satu hari, namun mengulangai berbuat dosa sebanyak 167 kali satu hari. Bertaubat lagi dan buat lagi, ini taubat golongan orang awam (orang yang berilmu syariat atau feqah).
Taubat Orang Makrifat.

Manakala taubat bagi golongan yang berilmu makrifat atau yang berilmu hakikat itu, adalah bertaubat mereka atas kelalaian terhadap Allah Taala. Dipandang berdosa besar kiranya mereka lupa, lalai atau alpa kepada Allah walaupun sesaat!.

Taubat orang makrifat itu, adalah bererti mengalamani “mati didalam hidup!”.

Dari Mana Asal Datangnya Dosa, Sehingga Memaksa Kita Bertaubat?

Dosa itu, bukan sesuatu perkara yang baru dan dosa itu, bukan pendatang yang terjadi kemudian!. Dosa atau pahala itu, sesungguhnya datang secara semulajadi bersama-sama dengan diri kita sedari azali!.

Segala perbuatan yang mendatangkan dosa atau pahala itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah. Untuk membuang atau untuk mendatangkan dosa itu, sesungguhnya adalah datannya dari Allah. Kita selaku makhluk yang dijadikan, tidak berdaya untuk mendatang atau membuangkan dosa!. Untuk itu, mari kita serahkan diri kepada Allah, semoga diri tidak lagi menanggung dosa!.

Bukan hanya pahala datangya dari Allah, sesungguhnya dosa dan taubat juga adalah datangnya daripada Allah!. Taubat, dosa atau pahala itu, sesungguhnya adalah datangnya dari anugerah atau datangnya dari kurnia Allah. Taubat itu, sesungguhnya anugerah Allah. Datangnya taubat itu, sesungguhnya adalah dari Allah kepada manusia, tidak dari manusia kepada Allah. Datangnya perasaan penyesalan atau tercetusnya perasaan menyesal itu, adalah dari Allah, bukan datangnya dari diir sendiri!.

Jika boleh saya bertanya kepada tuan, siapakah yang menjadikan diri kita dan siapakah yang menjadikan perbuatan kita?. “Wallah hu Kholakokum, Wamatakmalun” (Aku jadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat). Sesungguhnya taubat itu, bukan datangnya dari diri kita, tetapi datangnya dari Allah. Taubat yang datangnya dari Allah itulah, yang dikatakam sebenar-benar taubat!.

Bilamana taubat itu datangnya dari diri kita, itulah makanya setiap 67 kali bertaubat yang masih melakukan dan mengulangi perkara yang sama itu adalah 167 kali. Iaitu banyak mengulangi dari yang bertaubat.

2) Maqam wara’.
Wara’ itu, adalah meninggalkan perkara yang syubhat. Iaitu meninggal atau menjauhi segala perkara yang belum jelas atau perkara yang belun nyata, samaada dalam hal yang haram atau yang halal.

Didalam Islam wara’ itu, adalah langkah kedua sesudah taubat!, menandakan bahawa Wara’ itu, adalah suatu perkara yang penting bagi menerbit pembenaan mental untuk membersih hati dari ikatan dunia.

Wara’ itu, ada dua tingkat;
1) Pertama: wara’ dari segi zahir.
Erti wara’ dari segi zahir itu, adalah tidak bergerak, kecuali bergeraknya kita itu, adalah hanya untuk beribadah kepada Allah dan hanya untuk taat kepada ketetapan Allah.

2) Kedua adalah wara’ batin atau warak hakiki.
Erti wara’ hakiki itu, adalah bilamana tidak masuk dalam hatinya kercuali Allah Taala.

Wara’ itu adalah meninggalkan perkara-perkara yang berbau syubhat (perkara yang belum jelas) kepada perkara yang sudah jelas, terang, nyata dan diyakini. Orang wara’ itu, adalah orang melakukan perbuatan ibadah dengan benar-benar mengenal Allah Taala. Bukannya ibadah yang sekadar memperlakunkan atau ibadah dibuat-buat sebagai memenuhi tuntutan budaya, tanpa mengenal siapa yang disembah!.

Wara’ itu, adalah orang mengerjakan sesuatu ibadah dengan jelas terlihat, terpandang dan tertilik Allah dalam setiap pekerjaan ibadah yang dilakukan. Tahu dari mana datanngnya ibadah dan tahu pula siapa yang mengerjakan ibadah!. Orang wara’ itu, adalah orang yang tahu bahawa datangnya ibadah itu, adalah dari Allah dan yang mengerjakan ibadah itu, adalahjuga bukan dirinya!.

Ibadah oranng wara’ itu, bukan dari Allah kepada Allah atau dengan Allah. Perkataan dari Allah, kepada Allah dan dengan Allah, semua itu hanyalah perkataan istilah!. Istilah itu, adalah perkataan yang sekadar memberi makna, tidak memberi kenyataan. Untuk mengelak beribadah dengan hanya sekadar beristilah, kita hendaklah membuang perkataan istilah dari Allah, kepada Allah atau beserta dengan Allah.

Beribadahnya orang wara’ itu, adalah beribadah yang bukan datangnya dari perkataan dari Allah, kepada Allah atau beserta Allah, sudah tidak ada istilah perkataan dari, kepada atau besereta Allah, tetapi ibadah mereka-mereka yang benar-benar wara’ itu, adalah ibadah hanya Allah, Allah, Allah………………………………

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, cuba tuan-tuan dasarkan atau asaskan perbuatan ibadah tuan-tuan, apakah datangnya kerajinan ibadah kita itu, datangnya dari diri sendiri?. Apakah ada kuasa kita untuk mengerjakan ibadah, jika tidak sedia tertulis dan jika tidak sedia terecatat dari semulajadi di dalam kitab luh mahfuz?. Cuba jawab?…………………………….

Ibadah atau amal kita itu, bukan datangnya dari rajin atau usaha kita, tetapi datangnya dari Allah!. Wara’ itu, adalah perkara yang tidak masuk dalam hatinya kecuali Allah, Allah dan Allah……………………………………..

3) Maqam Zuhud
Zuhud itu ertinya, tidak tamak, tidak mengutamakan atau tidak berkeinginan kepada kepada balasan, upah, imbuhan atau ganjaran!.
Dalam maqam zuhud, kita dikehendaki menjauhi dari perkara-perkara syubhat (perkara-perkara yang mendatangkan was-was). Manakala didalam perkara zhud pula, kita diasas atau didasarkan kepada tidak tamak kepada dunia, tidak harap kepada balasan, ganjaran atau inbuhan dari pekerjaan amal ibadah yang kita kerjakan!.
Zuhud itu, selalunya kita sasarkan kepada menjauhi atau tidak berkeinginan kepada perkara-perkara dunia sahaja tetapi menurut sudut pandang ilmu makrifat. Zuhud itu, adalah termasuk kepada perkara-perkara akhirat seperti balasan syurga atau takutkan neraka!.
Zuhud itu, selalunya kita hanya disogok atau diperdengarkan kepada perkara-perkara dunia sahaja. Seumpama menghindari diri dari berkeinginan kepada perkara-perkara keduniaan. Ada yang sampai tidak mahu pakai kereta, ada yang sampai tidak mahu beli sofa (sanggup duduk atas lantai) dan ada yang sanggup berhenti dari bekerja dengan kerajaan, katanya wang gaji dari kerajaan itu, datangnya dari hasil perkara shubhat. Ada yang menjauhi diri atau mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat!.
Ada yang mendakwa bahawa hanya dengan cara menjauhi diri dari dunia dan dari masyarakat sahaja yang membolehkan kita berzuhud!. Dengan menolak terus keduniaan. Ada yang sanggup tidak beli talivisian dan membiarkan anak isteri tidak tengok TV. Ada yang sanggup me;lihat rumahnya tidak ada sofa, semata-mata untuk berzuhud.
Zuhud itu, bukan dengan menolak pakai baju ala Melayu dengan memakai baju ala-ala Afghanistan!. Zuhud itu, bukan berdiri didepan orang ramai dengan mengeluarkan kayu sugi!. Uhud itu, bukan dengan memakai jubbah atau sarban. Buykan dengan cara menarik diri untuk tekun beribadah atau menghindarkan diri dari berkeinginan menikmati kelazatan hidup didunia!.
Zuhud Menurut Sudut Pandang Ilmu Makrifat
Zuhud menurut sudut pandang ilmu makrifat itu, bukan sahaja perkara-perkara sebagaimana yang tersebut diatas. Zuhud menurut pandanngan ilmu makrifat itu, adalah “kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput atau dari apa yang terlepas dari kita” dan “ Kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepada kita”.
Firman: 57 : 23

Orang zuhud itu, tidak bergembira dengan adanya dunia dan tidak berduka cita dengan adanya akhirat. Pengertian atau tafsiran zuhud itu, tidak sahaja berkisar kepada menghindari kelazatan atau kenikmatan hidup didunia sahaja. Kebanyakkan ulamak hanya selalu mengetegahkan cerita-cerita zuhud yang berat sebelah dan hanya condong kepada tafsiran feqah. Dengan menceritakan seumpama contoh cerita Abu Sulaiman Al- Darani, katanya sufi itu;
“sufi itu, suatu ilmu yang sehingga tidak boleh untuk mengenakan (untuk membeli) kain suf dengan wang ditangan 3 dirham untuk membeli barang yang beharga 5 darham”.
Cerita-cerita seumpama ini, hanya mengisahkan perkara untuk meniunggalkan dunia. Sedangkan siapakah yang menceritakan dengan cerita-cerita tentang untuk tidak melupa dan melalikan Allah?. Siapa yang memandang zuhud dari sudut Allah?, siapakah yang memperjuangkan Allah, melainkan rata-rata yang kita temuai, hanya memperjuangkan zuhud dunia dengan langsung tidak meyentuh zuhud Allah.
Sedangkan menurut sudut pandang atau menurut tafsiran ilmu makrifat, zuhud itu, adalah menghendaki supaya kita menghindari sesuatu selain Allah.

Barang siapa yang ingin tahu lebih lanjut dan lebih mendalam, mari ikut saya kita sama-sama mengharungi, menyeberangi dan menghayati ilmu makrifat Tok kenali. Maksud, erti dan makna sebenar-benar zuhud itu, adalah bilamana sampai kepada tahap “tidak ada lagi yang hendak dizuhud”. Jika masih ada perkara-perkara yang hendak dizuhudkan, tandanya masih ada dunia, bilamana masih ada dunia, ertinya jauh dari Allah, bilamana jauh dari Allah bermakna belum berzuhud.

Jika masih duduk dalam keadaan berzuhud (membuang dunia), bererti dunia masih ada terlekat pada tubuh akalnya!. Selagi berpaut hati pada keberadaan dunia, selagi itu belum berzuhud. Zuhud itu, setelah tidak lagi berpaut hati pada dunia. Inilah yang dikatakan zuhud, mengikut fahamanan ilmu makrifat.
Zuhut itu, hanya bagi mereka-mereka yang belum nyata Allah. Dunia dan diri bagi orang makrifat itu, sudah lama terkubur dan terkaram dalam wajah Allah, yang tidak ada apa lagi hendak dizuhudkan!. Setelah Allah nyata dalam hatinya, sudah tidak ada lagi yang hendak dizuhudkan.

Saya ulangi sekali lagi bahawa, zuhud bagi orang feqah itu, adalah bererti mengasingkan diri dari kehidupan dunia untuk bertekun kepada ibadah dan menjalankan latihan rohani, seumpama menjalankan ibadah puasa, menjaga makan minum, berzikir dan sebagainya, demi memerangi keinginan hawa nafsu.
Adapun zuhud orang makrifat itu, adalah bererti tidak lagi ingat selain Allah.

4) Maqam Faqir
Mengikut tafsiran ilmu feqah, fakir itu adalah miskin. Meskin seumpama tidak punya wang, rumah, tanah tidak punya makanan untuk dimakan dan sebagainya.

Manakala fakir menurut suluhan ilmu makrifat itu, adalah mengosongkan seluruh fikiran dan harapan dari kehidupan masa kini dan kehidupan yang akan datang dan tidak menghendaki serta tidak berkeinginan apapun kecuali Allah!. Fakir yang lenyap sifat kesedaran keberadaan diri sendiri selain Allah.

Fakir menurut suluhan makrifat itu, bukan merujuk kepada fakir miskin yang tidak punya harta atau wang ringgit. Fakir itu, boleh terjadi kepada seorang jutawan, seorang Raja atau seorang yang memiliki bank sendiri. Fakir itu, bukan ukurannya pada wang ringgit!. Fakir yang sebenar-benar fakir itu, adalah orang yang bilamana hatinya tidak kepada yang lain selain Allah. Fakir itu, adalah orang yang tidak membutuh, berkeinginan atau tidak berkehendak kepada sesuatu apapun selain Allah!.

Untuk memahami sifat fakir, mari kita imbas kembali sifat wara’. Wara’ itu, adalah tidak masuk kedalam ingatan hatinya kecuali Allah. Manakala zuhud itu, adalah meninggalkan sifat keakuan, meninggalkan sifat makhluk dan sifat dunia kepada segala-galanya terlihat, ternampak dan tertilik Allah.

Adapun sifat fakir itu, bukanya fakir dari segi kekurangan wang ringgit!. Yang dimaksudkan fakir dari sudut suluhan ilmu makrifat itu, adalah fakir dari terlihta adanya sifat keberadaan diri atau masih ada sifat keakuan!. Tidak punya apa-apa termasuk tidak berkeinginan dan tidak berkehendak selain Allah!.

5) Maqam Sabar
Dalam mentafsir bab sabar, tidak ramai ulamak yang boleh mentafsirkannya dan tidak banyak kitab yang mengkhbarakannya!. Cuba tuan-tuan belek dan semak kitab-kitab dipasaran, payah ditemuai kitab yang menterjemah atau mentafsir makna atau erti sabar!.

Banyak yang kita dapati, hanyalah saranan menyuruh kita bersabar. Sabar menurut tafsiran feqah;
“Tahan menderita yang tidak disenangi dengan rela dan kemahuan jati dan menyetrah diri kepada Allah”

Selama ini, kita hanya tahu mengucap perkataan sabar kepda sahabat-sahabat yang ditimpa musyibah. Setelah terkena pada batang hidung sendiri, ternyata perkataan sabar yang selalu kita ucapkan kepada orang lain itu, bilamana terkena pada sdiri sendiri, tidak dapat kita rialisasikan atau tidak dapat kita terjemahkan!.
Cuba tuan-tuan tafsirkan apakah itu erti sabar dan saya minta tuan-tuan cari tafsiran sabar?. Sudah saya cari, ternyata gagal mendapatnya!.

Saya temui makna, erti atau tafsiran sabar itu dari kalimah Tok Kenali!. Sabar itu, adalah bagi orang yang berserah diri kepada Allah. Setelah kita berserah diri kepada Allah itu, erti sabar dalam erti kata sebanr-benar sabar.
Sabar itu, setelah kita serahkan bencana atau kecelakaan itu, datang dari Allah, serahkan kemiskinan, kepapaan, kerugian, kemusnahan dan segala penderitaan yang kita tanggug itu, adalah sebenar-benar bukannya datang dari sebab orang atau bukan dating dari makhluk. Makhluk tidak boleh memberi bekas atau tidak boleh memberi kesan sedikitpun atas kita, melainkan Allah. Setelah kita sedar segala apa yang terjadi, apa juga yang mendatang dan yang menimpa kita itu, adalah datangnya dari Allah!. Bilamana datangnya dari Allah, semestinya terbaik untuk kita!. Setelah segalanya datang dari Allah, apakah patut kita mengeluh?. Aapakah patut kita merungut atau rasa tidak puas hati?. Perkara yang datang dari Allah itu, adalah perkara yang terbaik untuk kita. Maka kita terimalah seadanya. Itulah erti sabar!.

Sabar bukan kerana sanggup menagan lapar. Sabar bukan kerana sanggup mengerjakan ibadah. Sabar bukan kerana sanggup menggung penderitaan hidup!. Tahan lapar, sanggup mengerjakan ibadah dan tahan dari menanggug derita itu, bukan atas daya yang datangnya dari diri kita, kita tidak boleh menangung sabar, sekiranya tidak diberi daya oleh Allah. Kita tidak boleh bersabar atau tidak boleh menahan dari derita jika tidak datangnya kesabaran itu dari Allah. Kita tidak mampu untuk menganggung sabar, jika tidak dari kuasa Alah!. Sabar itu bukan milik kita, tetapi milik Allah. Untuk menjadikan sabar itu milik Allah, hendaklah kita berserah diri kepada Allah. Setelah berserah diri kepada Allah, barulah dikatakan sebanr-benar sabar. Sesungguynya sabar itu milik Allah. Kita tidak akan bersabar kiranya tidak diberi kekuatan sabar dari Allah. Sebenar-benar sabar itu milik siapa?. Cuba jawab……………………

Sabar itu, adalah bagi mereka yang berserah diri kepada Allah. Serahkan miskin kepada Allah, serahkan sakit kepada Allah, serahkan amal ibadah kepada Allah dan serahkan hidup dan mati kepada Allah barulah dikatakan sabar.

Seumpama kita berhadapan dengan binatang buas yang hendak menerkam kita atau sewaktu kita berhadapan orang yang hendak membunuh kita. Bagaimana hendak bersabar, sedangkan nyawa sudah dihujung pedang atau sudah dihujung mulut harimau?. Orang yang berserah diri itu, adalah orang yang beranggapan bahawa yang mendatangkan harimau dihadapan kita itu, adalah diatas dasar gerak ketetapan dari Allah. Allah sebenarnya yang telah menghantar harimau atau mengirim musuh di hadapan kita. Tidak akan datng musuh dan tidak akan sampai harimau dihadapan kita, kiranya tidak dihantar atau tidak dikirim oleh Allah. Kiranya itu kiriman Allah, sepatutnya kita bergembira dan bersuka hati, kerana mendapat kiriman Allah!, bukanya membuat kita takut!. Sepatutnya kita menjadi lebih gembira, bukanya takut!.
Disitu akan membuat kita bersabar. Kerana apa kita bersabar, kerana kita sudah tahu yang mendatang itu, adalah datangnya dari kiriman Allah!. Setelah datangnya segala sesuatu itu dari Allah, maka serahlah segala termasuk diri kepada Allah. Serah harimau kepada Allah, sudah serah pedanng atau musuh kepada Allah dan serah ternmasuk diri kita kepada Allah!, itulah sabar.

Orang yang bersabar itu, adalah orang yang telah beranggapan bahawa yang melangar kereta kita, orang yang maki hamun kita, orang khianati keluarga kita atau orang taka bayar hutang kita itu, bukan datangnya dari kehendak orang, tetapi adalah datangnya dari kehendak Allah. Allah yang menetapkan hari itu kita berlangar, maka berlangarlah kita tanpa boleh dielak. Orang tak bayar hutang itu, telah tidak dibayar oleh Allah sedari azali, bukan kerana orang yang tidak mahu bayar, tetapi telah ditetapkan oleh Allah. Itu, barulah datangnya sabar.

Pendapat ini adalah pendapat yang berbahasa dengan bahasa makrifat. Mungkin tidak akan dapat diterima oleh orang yang berpelajaran bahasa feqah!. Bahasa percakapan saya ini, adalah basa karam, bahasa fana dan bahasa makrifat. Seumpama bahasa ayam tidak difahami oleh itik. Manakla kedua-dua bahasa itu benar bagi mereka yang faham.

Orang sabar itu, adalah orang yang tidak ada perasan marah, putus asa, kecewa, merungut atau orang yang tidak menuduh yang orang lain. Orang lain sebanarnya tidak langar kereta kita, yang langgar kereta kita itu, adalah ketetapan Allah. Bukan orang yang tidak mahu bayar hutang kita, yang tidak mahu bayar hutang kita itu, adalah ketetapan Allah sedari azali dan sebagainya. Kiranya kita faham konsep ketetapan Allah didalam kitab luh hulmahfuz sedari azali, maka akan datanglah perkara sabar. Itulah maksud, erti dan makna sabar!………………

Dalam kitab feqah, telah membahagikan sabar dalam 3 jenis.
1) Sabar dalam menahan diri dari membuat segala rupa pekerjaan jahat atau menahan diri dari menuruti hawa nafsu.
2) Sabar dalam diri dari menanggung kesusahan, kepedihan atau kesengsaraan dalam menjalankan kewajipan agama.
3) Sabar dalam menahan diri untuk terus beristikomah secara berpanjangan dalam sesuatu perkara dengan tidak menoleh kebelakang.
Tafsiran feqah itu, adalah tafsiran dari segi istilah atau tafsiran dari segi fahaman ilmu. Tetapi tidak memberi erti dari segi pegangan atau kehidupan seharian yang sebenar (rialiti kehidupan).
Sabar yang sebenar-benar sabar itu, adalah setelah menyerahkan segalanya kepada Allah.
6) Tawakkal

Advertisements

148 Replies to “Tahap Ilmu Rasa Tok Kenali Kelantan”

  1. Salamualaika ya tuan guru. Saya nak brtanyakan tentang mnyatakan Allah di dlm solat… Lagi tentang dvd tu bleh ker saya order 1 @ 2 keping jer. Saya rasa x puas ler mnonton kat u tube. Sekian terima kasih.

    Like

  2. Assalamualaikum wr wb pada Tuan Guru Hj Shaari dan shaba2 sekalian..

    Seperti yang telah dijelaskan oleh Tuan Guru, “Tidak mungkin tercapai hati seseorang untuk sampai kepada tahap penyucian hati dari ikatan atau belenggu dunia, selama dunia atau selama sifat makhluk ini masih terlekat dihatinya!. Untuk menyisihkan hati dari tertakluk kepada dunia itu, hendaklah melalui tujuh maqam rasa atau tujuh martabat rasa!. Selepas melalui tujuh maqam taubat itu, barulah datangnya ilmu “rasa”.

    Saya mohon sudilah kiranya Tuan Guru yang arif menjelas maqam tawakkal dan maqam ridho.

    Terimakaseh..

    Like

  3. Izinkan saya berkongsi. Tawakal ahli makrifat itu bermula dari penyerahan diri zahir,diri batin, kemampuan, kehendak,daya upaya dan hasil ikhtiar kembali kpd Allah. Menjadi hak milik Allah dlm erti.kata yg bertawakkal itu pun adalah Allah jua. Sebagaimana yg mnyembah itulah juga yg disembah

    Like

  4. Assalamu’alaikum ayahanda Tuan Guru Hj Shaari! izinkan anakanda yang baru setahun jangung ini berkongsi kefahaman yang cetek ini. Entah betul entah tidak. Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah sahaja. Maqam tawakal bagi ahli feqah adalah berserah kepada Allah setelah berusaha dengan segala kudrat dan iradat yang ada pada diri kita. Sementara tawakal bagi ahli makrifat dan ahli hakikat adalah bermula dari “rasa” mati sebelum mati. dan penyerahan diri zahir, diri batin ,kemampuan, kehendak , perasaan hati dan natijah serta keputusan dari ikhtiar kepada Allah menjadi milik Allah secara mutlak (total) sedang ikhtiar itupun milik Allah jua. bukan milik peribadi kita. Yang sebenar-benar bertawakkal adalah Allah jua, dari Allah kepada Allah dan untuk Allah. Sama macam solat dan ibadah yang menyembah itulah juga yang disembah. Diri kita milik mutlak Allah tiada wujud secara hakiki, Bagaimanakah kita boleh pula bertawakkal? Tak perlulah kita nyatakan bahawa kita tak ada kudrat dan iradat. Cukuplah menyatakan bahawa kita tak wujud sudah memadai. Apabila kita tak wujud, Yang Wujud hanyalah Allah sahaja, maka Allah lah Yang bertawakal, bukannya kita. Allah lah Yang Sabar dengan sifat Nya As-Sobur.

    Like

  5. A`salam tuan guru.. Adakah Tok Solehong asalnya Hj Abdul Rahman?.. Adakah satu2 nya Master Guru yang memberitahu murid2 yang terpilih utk mangali kuburnye selepas 1 minggu? Jasad ghaib ke rahmat Allah?.. Rasullulah yg Benar kite hanya betul sahaje.. Maaf tuan guru jikalau saya terkasar bahasa dan kurang tertip.. Hanya ingin tau sagaja..

    Like

  6. salam…sudah pasti ALLAH tidak perlu apa2 drp kita makhluk yg lemah..apatah lg dtgnya kita drp Dia..yg mjdkn kita..Dia Maha Pencipta..! SEGALA puji2an, ucap syukur dll lg yg ditujukan kpd-NYA adalah sbg tanda menunjukkan kita menyembah-Nya smata2 & tiada selain-Nya…sbgmn yg diperintahkan-Nya..DIA MAHA PEMURAH..MAHA PEMBERI..DIAlh sgala2nya bg kita..

    Like

  7. salam Tn yg di rahmati ALLAH…
    sy pacal yg jahil ini ingin brtanya….boleh kah Tn terangkn dgn bahasa yg mudah
    difaham apa kah erti sebenar2 nya 2 kalimah shahadah itu…dn kaitan nya dgn kita
    insan ini.
    sekian wassalam

    Like

  8. slm tuan haji..jika diri mengenal diri..yg berdiri itu aku seaku akunya..apa kah salah jika perbuatan kita masih melanggar syariat,melakukan maksiat dan dosa pada pandangan syariat? sedangkan dlm hadis qudsi kira2 bermaksud ” kepunyaan ku apa yg ada di langit dan di bumi” mohon perjelaskan

    Like

  9. Salam sejahtera untuk Tuan Hj Shaari & Keluarga, semoga selalu dicucuri rahmat, karunia Allah SWT, Amiiin..
    Hilang dahaga saya setelah minum air tangan Tuan Hj. Shaari yg selalu mencurahkan kedalam telaga saya yg dapat digunakan utk berenang, berendam sehingga segar jiwa dan raga saya, celik mata, tajam pendengaran. Terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Haji. Terbesit niat dihati untuk bersemuke dengan Tuan jika ada peluang, waktu dan biaya untuk sekedar mengucapkan terima kasih dan meminta izin menggunakan air tangan Tuan yg semua sudah dapat saya fahamkan. Inilah sebenarnya yg saya cari selama ini. Alhamdulillah sudah mendapatkannya.
    Sekali lagi terimakasih Tuan.
    drp : Kamaruzaman
    Jln. Jend.Sudirman No. 460 Pekanbaru, Riau

    Like

  10. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah boleh seseorang yang khayal/mengambil chemical(dadah) mendapat makrifat/melihat keindahan Tuhan ?

    Like

  11. serah dan berserah segalanya hnye pda Allah..Alhamdulillah…walau sukar untuk difahami…trime kaseh..dgn sabit admin hmba dpt memahami sedikit sebanyak..makna ilmu makrifat tok kenali..

    Like

  12. tuan guru sahari , saye mau tanye setelah kite paham tentang nur muhammad dan nur allah . jadi macem mane cara kite manggunakanye diwaktu sembahyang . yang pasti care mengingatnye

    Like

  13. bantu lah saye tuan guru saye dari indonesia , saya ingin sekali bisa mengingat allah dengan sempurne. selama ini saya sudah banyak sekali berguru tapi yang diajarkan tak lah seperti yang tuan jelaskan .yang dengan mudahnye kami paham tentang nur muhammad , tetapi saye tak paham tentang pengamalanya . mohonlah penjelasanye.

    Like

  14. Alhamdulillah..ilmu yg sangat berguna.Kepada yg masuk kesini dgn hati yg tidak bersih ada baiknya anda istigfar banyak2.Cara dan kaedah dalam pembelajaran harus ada pro and contra bukan bermaksud penulis ingin memburukkan sesiapa.

    Mengenal ikat tersimpul rata, tiga kerat pembekal makna, jika bijak buka sampulnya, jika hebat pecahkanlah ruyungnya, jika tidak, lebih baik kau berundur saja…

    Tuan Guru Hj Shaari teruskan penyampaian ilmu yg bermanfaat ini jgn dihiraukan syaitan2 yg cuba mengganggu perjalanan dan pembelajaran ilmu.

    Like

  15. Saya hanyalah hamba dari kebanyakan mahluk Allah yang serba jahil dalam segala pengetahuannya, cuma hobi saya memang seronok mendengar setiap perbualan dan perbincangan mengenai segalanya berkenaan mahluk dan penciptanya, Allah… Dan dalam membaca penerangan berkenaan penerangan tuan hj tentang ma’arifat tok kenali saya dapat merasakannya serta telah dibawa kealam yg tak dapat dinyatakan dengan lisan hanya dengan rasa dan pandangan mata hati saja… Entahlah mungkin itu hanya ilusi atau hayallan.. Lillahhita’alla….

    Like

  16. Assalama’alikum Tn Guru Hj.Shaari,saya suryanto, dari Indonsia,mohon minta no contak,Line,Whatsap,BB yg bisa saya hubungi Tn Guru dari Indonsia.Saya sangat minat skali dgn ilmu Makrifat Tok Knali yg Tn Guru Hj. Shaari paparkan, kiranya Tn Guru Hj Shaari brknan atas ijin Allah Swt. trima kasih sblumnya

    Like

  17. maaf saya mendapat byk petunjuk yg crita Dan pening ini susah utk org menerima dan phm , maka tidak disebar kan dengan disebarkan adalah lebih baik tidak disebarkan kerana ada dinyatakanNya Dan terbukti org yg diizinkn utk phm ilmu ini hnya sedikit drpd yg dpt memahami. mohon ulasan dr tuan.

    Like

  18. ass……saudara2 q ,Benamkan wujudmu dalam bumi,karena benih manapun yg tidak diselimuti bumi tak akan pernah tumbuh dg sempurna…….renungkanlah maknanya.

    Like

  19. Asalammualaikum Tuan Haji dan sahabat sekelian,,,janganlah kita cepat memandang serong terhadap komen komen yang kurang menyenangkan,,,sesungguhnya itu bukanlah kehendak sipenulis melainkan atas kehendak Nya juga,,,maafkn lah mereka,,,maaf kan saya juga andai tersalah kata,,,

    Like

  20. Alhamdulillah semakin lama semakin saya Tak mengenal diri dari ingat menjadi semakin lupa Jika ada kelapangan Dan diizinkan diri Insyaallah ingin saya bersama tuan hj shaari untuk lebih mencetekkan ilmu allah

    Like

  21. Salam haji .. Sya amat tertarik dgn tulisan haji .. Tapi satu shja sya mahu tanyakan .. Kenapa dijual buku warisan ilmu .. Dengan berharga 63.00 ringgit dan lain2 .. Adakah haji menjual ilmu haji ? Atau haji ada jawapan lain .. Maaf haji mohon penjelasan .

    Like

  22. Assalammualaikum w.b.t
    terima kasih catatan tuan amat bagus..tp bahagian komen seakan2 memperlekehkan ilmu Allah..medium untuk membincangkan hal2 makrifat seharusnya dibincangkan didalam majlis tertutup dan kepada Ahli2 makrifat yg berbaiah..untuk mengelakkan salah kefahaman..mahupun menimbulkan syak pada mereka yg tidak mengetahui/bukan Ahli.. maafkan hamba jika tersalah bahasa atau terkasar..
    harap tuan tak kecam saya..hu hu

    Like

  23. Assalaamu’alaikum ya ustaz tn guru hj Shaari,mohon disambung 2 lagi makamyg belum dijelaskan…..sila tuan,terima kasih

    Like

  24. ASSALAMUALAIKUM…

    Aku hnyalah insan biasa malah jahil dripada org jahil..tpi yg ingin ku katakn,tidak semestinya zikir yg panjang yg perlu kita untuk mndapat rasa..jika kita kenal siapa kita,hanya menyebut allah sudah dpat dirasai..jgan ada kehendak untuk merasai,zikir lah krana allah dan rasa itu akn dpat drasai dgan rasa yg x pernah kita alami..hnya org yg alami sahaja yg memahami..
    Jgan percaya kata2 ku ini krana ia kata2 kosong..

    TIADA KERANA BUKAN KERANA HANYALAH KERANA ALLAH

    Like

  25. Salam.ilmu rasa itu bukanlah .taubat.kemudian rasa.redha dan sabar kemudian rasa.tawakal kemudian rasa. Sebenarnya kita,rasa nak sabar.nak redha.nak taubat dan nak tawakal. Kemudian kita pun rasa lagi selepas itu. Itulah ilmu rasa hak dok jadi samada kepada orang soleh dari zaman rendah kepada,wali pun. Takkan 7 kata rasa itu saja sedangkan.ada beratus,rasa .yang sesuai mengamanahkan dsn ihsan serta ubudiyah..Itulah ilmu rasa wali hal dikarang murid tok kenali.. lagu mana rasa zahir pada roh jasmani.banyak rasa.tapi kita zikir dan ibadat itu umpama santapan rohani.santapan roh batin.dan santapan sir diri.Saya mAlas nak hurai rasa di diri terperi.di terdiri diri tahlil dan diri sebenar diri…rasa ini jangan hal pedih kulit dan daging kena api. Kita perlu rasa kerana ibadat itu umpama santapan atau pengisian nur pahala yang ghaib. Santapan zahir dalam ibadat makan akan terasa pada lidah segala rasa nikmat.dan berupa macam rasa seperti manis.masam.masin pemaksiat dll.Kita telan terasa mungkin mencukupi dan kenyang serta memadai .rasa pula kepada batin….maka ada rasa gembira sedih apabila kita telan pengalaman berbagai peristiwa.peristiwa itu kita,telan melalui telinga ,dan mata..bagaimana pula rasa kita berzikir yang diterima oleh batin..zikir kalbu….apakah kenyang rasanya .lazat.?kenyang sampai munTah?.bagaimana rasa di roh?..lazat asyik.sauk?.apa rasanya.apa yang bergoncang apa yang tenang.apa yang tak cukup manis dan garam.apa malunya lagi.Kamu sediakan juadah rohani apa dan rasanya apa.Kamu zikir apa dan nampak apa?.berbAhagialah hidangan itu kamu rasa pada rohani kamu. Rasa di sir pula bolehkan.Kita tahu rasa sempurna bertuhan?. Makan hidangan apa buat rasa sempurna bertuhan.Makan semasa israk mikrajkah ?.Kamu dihidangkan apa?.makanan kenyataan dia.yang maha esa.. ilmu rasa itu rasa di sir diri.ia bukan rahsia tapi perlu dirahsiakan kepada orang lain. Rasa itu ada juga ditemui pada kepala manusia.ia berkaitan otak.fikiran.akal.sukma budi dan rasa. Rasa itu nur tertinggi kepada otak manusia yang membasmikan dan kasyaf
    .yang membawa mampu terima lady mi melaluinya.ia bioteknologi sebagai nur rasa bijaksana kerana selesaikan kekusutan fikiran. Rasa tidak serabut otak tapi tenang saja fikiran. Yang mampu menentukan.haq berbanding batil..tak tepat tu 7 rasa tu.ada 99 rasa terpuji.ia semua bagus dan saling melengkapi ihsan dan insan tiflui makni. Tok kenali tu cakap,hak bawah tu..Rasa nak seboleh dan mukmin dan sadikin pun boleh.bila benar dah soleh dapat rasa hal salleh dan hal boleh juga.boleh bezakan haq dan batil..kalau makrifat tu biar betul.ini buku tak boleh nak main.makrifat tapi tak makrifat pun. Makrifat rasa.Rasa tu sir.lagu mana.makrifat rasa.?. Ada ratusan makrifat rasa ..sedap.lazat.bila kita lalui nya.lepas tu kita pula bengkak kaki sampai berjalan pakai tongkat tumpang.rasakan sakit.kemudian kena kes,pdrm .rasakan sampai tak boleh tidur siang malam.itu sejenis makrifat rasa kepada otak dan jiwa. Sejenis makrifat rasa di zahir dan batin.bagaimana makrifat rasa di roh dan sir?.ha ha hsa.tak ada sebenarnya hal makrifat rasa.beribu nanti kelas makrifat rasa.Rasa lazat berzikir itu pastinya.bukan makrifat rasa.itu rasa asyik.Rasa bukan sir..seperti pahit .manis.gembira dan sedih.Rasa bodoh dan rasa cerdik. Rasa itu pancaindera ke 5 dan boleh juga rasa itu bagi pancaindera ke 6..Rasa nak taubat tu adalah lintasan hajat.Rasa lepas taubat tu memang sekali yang salah lalu.bukan pun senang hati sebab taubat itu hasilnya tiada tanda apa apa ,diterima allah..lagu tu baru hal rasa.jangan salin buku orang kalau nak jadi ulamak.

    Like

  26. Rasa disini adalah merasai kebesaran Dan keagungan ilahi….
    Nampak kesemuanya digerakkan bukan bergerak dgn sendiri hatta kita berfikir pun kita rasa Allah yg menggerakkan akal kita …
    Kalau sy silap dpt diperbetulkan

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s