Tangkal atau Azimat Tidak Syirik Dalam Islam,Malahan Harus!

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat sekalian yang dirahmati Allah sekalian.

Ramai dikalangan kita yang tersalah tafsir perkara ini. Sebenarnya sebelum kita meyingkap permasalahan ini, disini sukalah saya memberi dalil dan contoh bagi mempermudahkan faham.

Sebagai orang Islam, kita hendaklah berkeyakinan dan berpegang kepada agama tali agama Allah dengan sebenar-benar bertauhid kepada Allah. Bertauhid kepada Allah itu, hendaklah kita beriktikad dengan yakin yang bahawasanya nasi tidak boleh mengeyangkan kita, yang sebenar-benar mengeyangkan kita diketika makan itu, adalah Allah Taala. Ada orang yang tidak kenyang dengan makan nasi, ada orang yang tidak kenyang dengan makan roti dan ada orang tidak hilang dahaga dengan minum air!.

Ubat tidak boleh menyembohkan kita, yang meyembohkan kita diketika kita makan ubat itu, adalah Allah Taala. Ada penyakit yang tidak semboh dengan makan ubat. Jika ubat boleh meyembohkan penyakit, kenapa Raja dan menteri yang memiliki wang berbelion itu, tetap mati walaupun pergi berubat dihospital luar negara!.

Kenderaan (kereta), tidak boleh meyampaikan kita kedestinasi yang dituju,melainkan yang meyampaikan kita ketempat dituju itu, adalah Allah Taala. Ada orang yang naik kereta untuk pergi kesesuatu tempat, tetapi tidak sampai kerana kemalangan jalan raya.

Api tidak boleh membakar kita, yang membakar kita itu, adalah Allah. Ada orang y6ang dibakar tidak hangus!. Hanya Allah yang boleh mennghaguskan kita, Hanya Allah yang memasukkan senjata tajam kedalam tubuh badan kita, Hanaya Allah ynga menembuskan peluru kedalan tubuh kita, bukab peluru!. Ada orang yang tidak lut bilamana ditetak atau ditempak. Bukan air yang melemaskan kita, ada orang yang tidak mati bila lemas sungai!.

Pokok yang harus dan wajib kita yakin dan percaya disini, bahawa hanya Allah yang memberi bekas terhadap makhluk. Makhluk tidak boleh memberi bekas terhadap makhluk. Yang memberi bekas keatas makhluk itu, adalah Allah Taala.

Begitu juga dengan jimat, keris, pendinding atau tanggal itu, tidak sekali-kali memberi bekas kepada si pemakai, yang memberi bekas itu adalah Allah!.

Yang menjadi kita syirik itu, adalah niat semasa kita pakai. Kita menaruh kepercayaan yang jimat, tangkal, ayat-ayat yang ditulis dan yang dililit dikepala atau keris yang kita pakai itu, boleh mendatangkan kebal, boleh mendatangkan kekayaan dan boleh menghalau hantau!.

Jika kita pakai kerana Allah, yang meyemboh kerana Allah dan yang membinasa kerana Allah, yang memberi untung kerana Allah dan yang kebal itu, adalah kerana Allah, ia tidak mendatangkan syirik.

Sebagai mana kita makan nasi, kita makan nasi, tetapi yang memberi kenyang itu Allah. Sekiranya kita mengaku dan beriktikad bahawa nasi boleh mengeyangkan, makan nasi itu, akan jatuh kepada syirik. Makan nasi dan minum air itu, akan jatuh kepada hukum syirik kiranya kita beriktikad yang air dan ansi itu yang mengeyangkan.

Begitu juga dengan perkara memakai azimat. Bilamana kita beriktikat yang azimat boleh memberi kekayaan itu, sama dengan kita beriktikad yang nasi boleh mendatangkan kenyang, hukumnya syirik!.

Kita beriktikad yang kereta boleh meyampaikan kita kesesuatu tempat, syirik hukumya kita naik kenderaan.Begitu juga syirik hukumnya kita pakai tanggal, jika berktikad yang tanggkal itu boleh membuat kita kebal.

Sekiranya kita memakai azimat atau tanggkal tetapi dengan beriktikad kepada Allah, malahan menjadi harus. Makan itu harus, minum itu harus, memakai azimat itu harus, naik kereta itu harus, menggunakan api ketika memasak itu harus dan memakai tangkal, jimat, keris, belitan kain yang ditulis ayat-ayat suci, itu harus, sekiranya kita beriktikad makhluk tidak memberi bekas dan yang memberi bekas itu adalah Allah, huklumnya harus.

Membakar kemeyang atau membakar caluk (membakar setangi) itu, akan menjadi syirik, jika sekiranya kita beriktikad yang kemeyang atau setangi itu, boleh menghalau hantu!.Tetapi membakar kemeyang dikala orang mati dan sebagainya itu, menjadi harus jika beriktikad kepada Allah, malahan menjadi harus sebagai mana harus kita makan atau minum!.

Jadi marilah kita buang anggapan karut marut dan sangkaan silap atau salah sanggka kita terhadap tanggkal atau jimat atau sebagainya yang selalu menjadi budaya masyarakat kita selama ini.

Mari kita sama-sama menaruh kepercayaan dan keyakinan hanya kepada Allah Taala.

Nanti kita sambung lagi. Saya kurang mengarang melalui blog sekarang ini, adalah kerana sibuk menyiapkan kitab ketiga dan kitab keempat Tok Kenalli Kelantan, yang akan terbit tidak lama lagi.

Tambahan pd 16 Feb

Benar kata tuan itu, itulah sebenar2 iktikad atau pegangan yang kemas dan teguh. Adapun tulisan saya mengenai tanggkal itu, adalah bagi menolak salah faham masyarakat kita Yterutama ulamak feqah. Tanggkal atau azimat itu, adalah seumpama makan nasi, minum air, sebagai api, sebagai kereta, iaitu perkara-perkara yang harus kita pakai dalam hidup, tetapi bukan itu yang menjadi titik akhir. Yang menjadi titik akhir itu, adalah Allah. Bukan nasi yang mengeyangkan, yang mengeyanhgkan itu adalah Allah, tetapi kita harus makan nasi!

Bukan air yang menghilangkan dahaga, yang menghilangkan dahaga itu, adalah Allah, tetapi harus kita minum air dan harus kita makan nasi. Begitujuga dengan ayat-ayat Al-Quraan yang dijadikan tanggkal, bukan tangggkal yang menyelamatkan kita dari tetak tak lut, tetapi Allah yang menyebabkan tetak tak lut! tetapi harus kita mempercayaai segala itu, kerana itupun juga adalah Allah.

Yang penting kita tidak duduk pada makhluk! Apa-apapun duduk yang penamat atau duduk yang mutakhir dalam beriktikad itu, adalahhanya pada Allah Taala. Jika kita benar-benar orang makrifat, kita tidak lagi duduk pada maklhluk!. Kita hendaklah duduk terus kepada Allah. Nasi, penadol, keris, ayat suci, air, kereta, tanggkal, azimat itu, adalah hanya nama, apa ada pada nama!. Buang segala nama, mari kita duduk terus kepada Allah. La maujud bil hakkqi illalah.

Saya menulis tajuk itu, adalah semata-mata nak mengajar orang syariaat, yang selalu menolak tanggkal dengan mengatakannya syirik.Jangan mudah menggata syirik, syirik itu, bila kita menduakan Allah. Makan nasi pun syirik jika kita kata nasi yang mengeyangkan!.

Bagi orang makrifat, mereka itu, tidak lagi perlu pakai azimat, tanggkal atau pendindingh. cukuplah Allah menjadi azimat, tanggkal atau pendidingnya. Tidak lagi perlu selain Allah………….drp hj shaari

Judul kitab ketiga, adalah TERKUBURNYA ILMU MAKRIFAT DIPERSADA DUNIA MELAYU TOK KENALI KELANTAN

Advertisements

16 comments on “Tangkal atau Azimat Tidak Syirik Dalam Islam,Malahan Harus!

    • Sebab nafas itu, adalah roh dan roh itu adalah ciptaan yang Allah cipta sendiri dgn tangan Nya sendiri. jadi nafas atau roh itu, teramat istimewa dari kejadian yang lain.Itu sebab lebihnya kedudukkan roh berbanding selainnya!. Barang siapa kenal roh maka kenallah ia kepada Allah!………………..

      Like

      • Terima kasih jika ada kesempatan singgah la d perumahan gambang waterpark kuantan boleh berjumpa kwn2 yg sealiran di sini..maaf atas soalan td di pinta oleh guru utk bertanya…kepada tuan..
        0179477708../jika hndak hadir kami semua sllu membncangkannya.nn

        Like

      • Salam tuan gulru nk tau Kejadian ROh dri apa.. Roh itu baharu tetap kena siksa cma x binasa..Apa sebenarnya kejadian Roh dri apa..t ksih…

        Like

  1. Salam Tuan skadar nk tahu.. Dalam sifat 20..
    dimana duduknys sifat WAHDANIAT… dalilnya dri.n Kul Huallah Hu AHAD…

    Like

  2. Assalamualaikum wr wb Tuan Guru yg saya kasehi.

    Saya mohon penjelasan dari kata Tuan Guru berkenaan “roh itu adalah ciptaan yang Allah cipta sendiri dgn tangan Nya sendiri. jadi nafas atau roh itu, teramat istimewa dari kejadian yang lain.Itu sebab lebihnya kedudukkan roh berbanding selainnya!

    Adakah maksud ‘istimewa dari kejadian yang lain’ membawa pengertian bahwa hakikat manusia berasal dari Nur Allah dan dari Nur Muhammad dijadikan kejadian yg lain ( malaikat, jin, hewan dan tumbuh-tumbuhan)? Dimana lebihnya manusia berbanding kejadian yg lain?

    Terimakaseh.

    Like

  3. ni tak betul ni…satu perumpamaan yang salah dan logik yang tak logik!….mana nak sama tangkal dan “makan nasi kenyang”…”minum air hilang dahaga”……

    yang contoh “makan kenyang minum air hilang dahaga” tu merupakan perkara yang menjadi fitrah…sememangnya begitu tuhan jadikan…sama juga kalau dihiris tangan dgn pisau berdarah!….

    Yang tangkal tu perkara yang diluar kebiasaan sebab tu lah HARAM!!!!….pakai tangkal kebal? kalau masuk kereta kebal….kebal tak mengapa….mana mungkin ada kaitan pakai tangkal…jadi kenyang…pakai tangkal…hilang dahaga tak payah minum berhari hari…..ni semua perkara di luar kebiasaan…..HARAM percaya pada tangkal….ada faham???

    lain kali bawak bincang dulu dengan ahli ahli FIQH sebelum tulis benda merapu macam ni!!!!

    Like

  4. Hukum haram tangkal & azimat terkandung dalam hadis yg sahih. Apa yg tuan perkatakan ini bercanggah dengan hadis tersebut. Jadi saya nak ikut tuan atau ikut Rasululllah s.a.w.?

    Like

    • Yang arif tuan ampunya blog yang benama Abdullah, Saya bukan ajak tuan ikut saya, tetapi saya ajak tuan ikut Sunnah Rasul dan Al-Quraan. yang pastinya disini, tuan adalah tergolong dari golongan orang-orang yang tidak memahami apa yang tuan baca.

      Saya tidak pernah berkata yang tanggal, azimat atau jampi serapah itu boleh memberi bekas. Saya ada mengatakan yang tanggal atau segala macam itu, tidak boleh memberi bekas atau tidak boleh memberi sembuh.Yang memberi bekas atau yang memeberi sembuh itu, adalah Allah.

      Tentang tuan nak pakai sebarapa banyakpun azimat, nak pakai sebarapa banyak ayat Quraan dibadan tuan, Sunnah dan Al-Quran tidak pernah melarang orang dari memakainya, tetapi yang memberi kebal, yang memberi sembuh dan yang memberi bekas itu, bukan azimat atau tanggkal!.

      Allah dan rasul tak larang pakai azimat, keris, pelindung, pendindig, tanggkal, samaada nak gantung ayat-ayat didindi atau dileher tuan, Allah dan Rasul tidak dilarang atau menegah umatnya dari memakai ayat-ayat suci Al-Quraan atau jampi serapah atau tanggkal, tetapi kita dilarang meyakini azimat atau tanggal selain Allah.

      Gantung al-quraan dirumah, dikereta tak haram malahan harus, gantung dileher tuan pun juga tak haram, malahan harus. kita gantung ayat-ayat suci didinding rumah, dikereta di ketayap, di leletan kepada di songkok, di jubah dan sebagainya.Tetapi harus diingat, bukan bertujuan untuk mempercayai tanggal atau azimat yang memberi bekas!.

      Saya kata harus dipakai tetapi bukan harus diyakini tanggkal melainkan Allah, Harap baca itu, sampai faham. Saya sudah letih berkaria dan sudah letih menjawap serta melayan orang-orang seperti tuan, yang tidak faham apa yang dibaca. Baca itu, biar sampai faham!……………

      Nasihat saya kepada tuan yang saya hormati, supaya tuan baca sekali lagi dan megambil faham, barulah buat komen!. Saya sudah letih menjawap pertanyaan dari orang-orang seperti tuan!

      Bagi mereka-mereka yang bilamana membaca tidak nampak yang hak, maka inilah jadinya, asyik nampak yang buruk semat-mata!. Insaflah………bilamana membaca saya harap tilik betul-betul jangan nampak keburuknya sahaja!.

      Maaf, saya tidak beriat nak marah tuan, tetapi teramat hairan kenapa tuan tidak nampak yang baik, selain nampak yang buruk?.Saya mentafsir yang hak tetapi ada juga orang seperti tuan yang memandang sebaliknya.

      Pakai baju dan makan nasi juga haram jika tidak ketara Allah. Yang menjadi makan serta pakai baju itu harus, adalah bilamana ingat kepada Allah!. amin drp hj shaari

      Like

  5. Sedikit pembetulan:

    Dalam hadis Rasulullah s.a.w. jelas mengatakan bahawa tangkal dan azimat adalah HARAM. Tak ada pula dinyatakan pengecualian kpd hukum tersebut. Adakah hukum tersebut tidak boleh dipakai dan hukum harus ini lebih betul?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s