Karomah

KAROMAH

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat serta para sahabat ku yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.

Ramai para sahabat yang bertanyakan kepada saya tentang perkara-perkara aneh yang berlaku semasa menuntut ilmu makrifat, Didatangi oleh perkara-perkara ajaib semasa membaca kitab Tok Kenali, ada yang mendapat semasa mengerjakan bersembahyang, semasa berzikir dan tidak kurang pula yang mendapat anugerah karomah melalui mimpi dan tidak kurang yang mendapat karomah melalui semasa jaga.

Contoh:
Seumpama; didalam masa mereka sedang bersembahyang, tiba-tiba dirasakan tubuh mereka hilang, sehingga mereka meraba-raba mencari kemana perginya tubuh mereka. Diraba-raba tubuhnya dengan tangan, ternyata tubuhnya gahaib. Tangan yang memelok tubuh itu, seolah-olah seumpama seumpama tembusnya cahaya melalui cermin.

Ada yang sedang berada didalam bilik yang bertembok batu, tiba-tiba jasadnya boleh tembus keluar bilik yang berdinding batu. Semasa beliau didalam bilik, beliau kunci (selak) pinti itu dari dalam, setelah jasadnya dianggkat keluar melalui tembok dinding batu, apanila beliau nak masuk kembali kedalam bilik, beliau terpasa memecah pintu.
Semasa mengerjakan sembahyang fardhu, ada seorang sahabat kita yang melihat dirinya keluar dari dirinya. Tiba-tiba diri ada dua, satu diri yang asal dan satu lagi diri yang duduk dihadapan mereka. Diri yang dihadapan mereka bertanya kepada beliau, “siapa diri kau?”.

Selepas baca kitab Tok Kenali, ada seorang sahabat yang yang dapat melihat bulan terbelah menjadi dua dan tiba-tiba kembali menjadi satu dan berulang lagi menjadi dua dan terdapat tulisan ayat Al-Quraan disekeliling bulan.
Ada yang sewaktu menunaikan sembahyang hajat di waktu tengah malam, mereka Sembahyang didalam rumah yang ada bumbung, tetapi seolah-olah bumbung rumah itu telah terbuka dan mereka dapat melihat bintang yang bertaburan dilangit, seolah-olah rumah itu tidak ada beratap. Mereka dapat melihat langit dengan bintangnya!.

Ada yang melihat bulan dilangit besereta dengan wajah seorang gurunya pada bulan. Datang mengajar ilmu didalam mimpi. Ada yang didatangi gurunya memintanya untuk menjadi seorang guru.

Ada yang menunaikan haji, mereka merasa was-was terhadap ilmu yang dipelajari dan rasa tidak yakin kepada kitab yang dibaca, lalu bermunajat dihadapan Kaabah supaya Allah menunjukkan samaada ilmu yang dipelajri dan apakah dua biji kitab yang dibaca itu benar atau salah. tiba-tiba didatangi Baginda Rasulullah. Baginda Rasulullah keluar pinti Kaabah dengan nyata dihadapan mata. Rasulullah keluar dari puntu Kaabah, lalu memberi tahu yang bahawasanya ilmu makrifat yang sedang dipelajari, kedua-dua kitab yang dibaca serta guru yang mengajar ilmu itu, adalah benar!. Perkara yang sama juga terlah berlaku kepada salah seorang sahabatnya tetapi secara mimpi (pada beliau perkara itu berlaku secara sedar semasa dihadapan pintu Kaabah manakala sahabat beliau perkara yang sama berlaku secara mimpi).
Karomah adalah diantara kelebihan atau anugerah yang aneh dan pelik-pelik oleh Allah kepada penuntut ilmu makrifat atau kepada mereka-mereka yang beramal soleh.

Anugerah karomah itu, bukan ilmu tanggapan, ilusi, angan-angan, rasional, ramalan, agak-agak atau ilmu yang dibuat-buat oleh panca indera!.
Ilmu karomah itu, adalah ilmu melalui pengalaman sendiri atau ilmu yang melalui penghayatan rohani atau melalui pengalaman kejiwaan melalui diri sendiri. Pengalaman yang pelek-pelek atau yag aneh-aneh itu, dialami apabila kita dalam berkeadaan bersungguh-sungguh menghampiri ilmu Allah!.
Dalam menenpuh perjalanan rohani yang bersungguh-sungguh itu, dirinya akan menempuh perubahan perasaan atau perubahan pengalaman kerohanian. Perubahan atau pengalaman itu, akan terjadi sendiri secara tiba-tiba tanpa diundang, tanpa ikhtiar (diluar usaha) atau tanpa mengharap kedatangan karomah!.

Karomah Melalui Ikhtiar
Tingkatan, kedudukkan atau maqam karomah itu, ada setengah dari setengahnya mendapat karomah melalui usaha atau ikhtiar semasa mengerjakan wirid, zikir atau melalui cara berpuasa. Karomah seumpama ini, adalah karomah yang bukan dari kerana ingat kepada Allah, tetapi karomah yang datangnya dari kerana “ingat kepada bilangan buah tasbeh” dan “ingat kepada bilangan banyaknya rakaat sembahyang!”.

Karomah golongan ini, bukan datangnya dari kerana ingat kepada Allah (tuan yang empunya nama!), tetapi keromah kerana wirid, karomah zikir atau karomah kerana puasa.

Karomah Yang Sebanar
Adapun sebenar-benar karomah yang keramat itu, adalah karomah yang datangnya dari penghayatan hati atau pengalaman kejiwaan ingat kepada Allah Taala itu sendiri ( Iaitu, ingat kepada tuan yang empunya nama). Peghayatan rohani itu, adalah pengalaman yang mendatangi terus kelubuk hati, tanpa disedari, tanpa disengajakan atau tanpa diusahakan kearah karomah.
Tidak sedikitpun mengharap karomah Allah, mereka benar-benar ikhlas ingat kepada Allah dengan hati yang tembus kepada Allah. Melihat Allah itu, seolah-olah melihat air melalui gelas kaca yang jernih. Terlilhat air melalui gelas kaca yang jernih, sehingga penglihatan itu tidak sedikitpun terhalang oleh gelas kaca!.

Sehubungan dengan itu, inginlah saya nyatakan disini kepada sahabat-sahabat dan para pembaca yang budiman sekalian, bahawa perkara “penghayatan hati atau pengalaman kejiwaan” ini, adalah suatu anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya!.

Karomah Hasil Dari Ingat Kepada Allah
Inilah hasil atau keburuntungannya bagi mereka-mereka yang benar-benar ikhlas, suci dan bersih hatinya dalam menuju ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah ingatan yang jangan sampai bercampur dengan ingatan kepada yang lain. Tidak terhalang kepada pandangan yang lain, sebagaimana melihat air melalui gelas kaca yang jernih. Melihat keburukkan, sesungguhnya disebalilk keburukkan itu, ada Allah. Melihat kebaikan, sesungguhnya disebalik keburukkan itu, ada Allah. Buruk atau baik itu, sesungguhnya dari ciptaan dan datangnya dari ilmu Allah. Tidak terjadi sebesar zarah sekalipun tanpa izin Allah. Jadi lilhatlah, pandanglah dan ingatlah Allah disebalilk perkara buruk dan baik!.

Karomah Itu Berbeza-Beza
Anugerah pengalaman atau anugerah penghayatan aneh dan yang pelik-pelik atau yang luar biasa itu, berbeza-beza dari seorang dengan orang yang lain. Sungguhpun begitu, anugerah itu akan mendatangi kita, sesuai atau setimpal dengan persiapan atas usaha pencari ilmu. Sesui juga dengan kebersihan penyerahan diri nurani pencinta ilmu kepada Allah Taala!.
Anugerah itu, bukan sahaja kerana ia anugerah. Anugerah itu, adalah seimbang dengan tingkatan kebersihan hati terhadap “penyerah diri” kepada Allah Taala. Makin bersih penghayatan penyerahan diri kepada Allah, semakin cemerlang dan semakin meninggi tingkatan anugerah Allah. Anugerah Allah itu, adalah bersifat individual. Anugerah yang berupa individual itu, tidak sama kualitinya antara seseorang dengan orag yang lain!.
Anugerah yang tidak disangka-sangka kebiasaannya boleh kita bahagikan kepada 4 peringkat.
1) Anugerah Karomah Cinta
2) Anugerah Karomah Air Mata (Tiada Gambaran Kata)
3) Anugerah Karomah Fana (binasa atau karam)
4) Anugerah Karomah Kelebihan zahiriah

Karomah Cinta
Bagi ahli makrifat, mereka tidak mengharapkan karomah sehingga boleh berjalan diatas air, karomah berzikir sehingga jasad boleh terangkat atau terbang kelangit atau bertujuan untuk mendapat karomah supaya tembak tidak meletup!.

Karomah bagi orang makrifat itu, adalah karomah cinta kepada Allah!. Karomah cinta kepada Allah itu, adalah karomah yang paling tinggi dalam tingkatan ilmu makrifat.

Buat sembahyang dengan kerana cinta!, buat puasa dengan kerana cinta!, buat zikir dengan kerana cinta dan buat ibadah-ibadah lain, adalah diatas dasar cinta kepada Allah Taala.

Cinta kepada Allah Taala itu, adalah cinta sejati dan cinta yang tulus. Tumbuhnya iman kedalam hati orang-orang mukmin (orang mengenal Allah) itu, adalah diatas dasar cinta. Orang mengenal Allah yang sejati itu, adalah orang yang tentunya teramat rindu dan cinta kepada Allah. Sekiranya belum tumbuh rasa nikmat cinta kepada Allah, bererti belum beriman seseorang itu kepada Allah Taala.

Firman: Surah Al-Baqarah : 165
“Dan adapun orang-orang beriman itu, tersangat cinta kepada Allah Taala”.

Ada setengah orang cintakan sembahyang tetapi tidak cinta kepada Allah!. Ada orang cintakan zikir tetapi tidak cinta kepada Allah. Ada orang yang cintakan pakaian ala Arab atau ala Afghanistan tetapi tidak cinta kepada Allah. Cinta seumpama itu, adalah rasional cinta yang masih terkendali oleh akal. Adpun cintakan Allah itu, adalah rasional cinta yang terkendali oleh qalbu (bukan cinta yang membuta tuli)

30 Replies to “Karomah”

  1. Salam t.guru? Alhamdullilah setinggi kesyukuran dipanjatkn kehadrat Allah diatas segala curahan ilmu t.guru yg tdk ada putus di dlm blog ini…sy sebagai pencinta dn dahagakn ilmu kerohanian ini amat truja dgn ilmu baru dn sentiasa fresh lg segar ini…moga2 ilmu makrifat tok kenali ini tdk trkubur dn terus harum mewangi hingga hari kiamat…hanya Allah saja yg dpt membalasnya….perjuangan wajib diteruskn! amin…Allahumma Salim Ala Muhammad

    Like

  2. as-salam kepada tuan guru (penulis blog) serta pengunjung. baru 3 hari lepas saya ketemukan blog ini. seperti tiada puas, setiap malam pasti sya kunjungi lagi. semakin mudah untuk memahami ilmu ini, terdetik dihati mungkin kerna karomah yg ada padanya. dan dengan rendah diri ingin saya katakan bahwa saya yakin “sekali” kita mencariNya, tiada Dia sia2kan kita. dan dengan inzinNya saya tidak akan berputus asa untuk terus memohon rahmatNya dan sya yakin Dia tidak akan menzalim kita… doa insan kerdil ini “Ya Allah aku mencariMu wahai penciptaku… bimbing dan pimpin lah aku secara terus dariMu….”.

    syabas saya ucapkan pada penulis, moga tuan dengan izinNya akan teruskan perjuangan yang suci dan murni ini. insyaAllah bila ada rezeki sya akan menghubungi tuan untuk membeli kitab2 dan vcd2 yg disyorkan. doakan saya dan kawan2 yang lain mendapat petunjuk dariNya yang SATU.

    TERIMA KASIH YANG TIDAK TERKATA DARI SAYA HAMBA ALLAH DARI BUMI MELAKA INI!

    Like

  3. Tuan haji Betul kata tuan haji bukan karomah hebat yang dicari, carilah allah dengan hati yang bersih serta ikhlas itulah sebenar- benar karomah yang dapat. Cintalah kepada allah dengan hati yang ikhlas . Jika diri ini masih melihat karamoh yang lain itu tandanya masih ad a sifat aku dalam diri.

    Like

  4. Salam t.guru? adakh karomah yg trhasil dri amalan zikir atau taat bribadah itu di katakn mencari faedah? adakh karomah itu salah atau lari dari niat kita sebenar utk mengenal Allah…dn jika trhasilnya itu kita dpt brbakti pada kpd mahluk Allah yg lain adkah itu pun trsasar dri niat yg sebenar! aku dah mati…sekadar brtanya bagi membri faham pd yg blum megenal…amin

    Like

    1. Orang makrifat bukan mencari faedah tetapi mencari kaedah. Orang makrifat yang mengharap karomah itu, adalah makrifat yang palling rendah. Orang makrifat bukan mencari kelebihan, berjalan atas air, tembak tak lut atau boleh terbang atas langit!. Orang makrifat tidak berhajat kepada selain Allah.
      Orang yang mencari selain Allah itu, bukan makrifat tetapi makbelipat!. Zikir bukan mencari karomah untuk berubat orang, karomah bukan mencari ilmu untuk menolong atau menilik sakitnya orang.Karomah dari Allah kepada orang makrifat itu, adalah bertujuan bagi menambah iman dan menambah yakin kepada Allah Taala.

      Tuan jangan tersalah faham dengan karomah. Karomah adalah milik Allah bukan untuk dijadikan kelebihan atau menafaat kepada kita!.

      Like

  5. Salam Sesungguhnya apabila bila diri kita sudah mati ikut sahaja kehendak allah jika kita beribadah , berbakti serta melakukan perkara apa pun adalah kehendak allah oleh itu pasrah sahaja secara total. Bukankah segala gerak datang dari allah .(tidak bergerak satu zarah dengan izin allah). kita ini umpama boneka sahaja.

    Like

  6. As salam! Tuan guru sy sekadar bertanya jika semuanya “Allah” jadi siapakah yg makan, minum, berjalan, berseggama dan sebagainya? Sedangkan allah itu tidak bersamaan dgn yg baru malah suci daripada sesuatu. Adakah yg dimaksudkan itu allah bersama dengan kita iaitu melalui sifat, afa’al, asma dan zatnya? Diri ini sebenarnya tiada, jasad ini kaku batu yang mengerakkannya adlah dgn sifat, afa’al, asma dan zat allah. Satu lagi jika semuanya telah ditetapkan di Loh Mahfuf seumpama cerita itu telah siap dibukukan, apa tugas malaikat rakip dan atip di kiri kanan kita? perlukah lagi hendak dicatatkan buruk baik tersebut kerana semuanya sudah siap dan atas siapakah nanti kesalahan/kebaikkan atau dosa/pahala itu dipertanggungjawabkan? Buruk dan baik itu semmgnya dari allah bagi menyatakan kesempurnaannya, sy faham itu cuma sy mohon penjelasan bagi mendapatkan haqquyakin, moga sy mendpt faham, kerana yg memeberi faham itu pun dia (Allah Rabbul Jalil) , Terima kasih guru.

    Like

    1. Tuan, sudah berulang kali saya sarankan supaya tuan-tuan masuk kedalam bilik dan tilik cermin.Sekarang cuba tuan-tuan berdiri dan gerakkan anggota dihadapan cermin!.

      Sesudah tuan-tuan gerakkan anggota, sekarang saya mahu bertanya, yang bergerak itu bayang atau tuan yang empunya bayang?. Sekarang saya mahu bertanya lagi satu soalan kepada tuan, contohnya permainan wayang kulit, siapa yang bercakap, siapa yang berperang, siapa yang jadi raja dan siapa yang jadi jin itu, siapa yang jadi tukang catat dan siapa yang kena azab seksa?. Samaada wayang kulit yang berypa belulang kering atau Tok Dalang?.

      Itulah jawapan yangsenang difahami. semoga tuan mendapat petunjuk.amin drp hj shaari

      Like

  7. Assalam Tn Guru….. sy telah mengalami perkara yg agak pelik dan ingin memohon penjelasan sekiranya ada dari tn guru….. sy terlalu kerap melihat nombor 27 hampir setiap hari di mana2 saja walaupun tanpa disengajakan dan tanpa niat…. tetapi no 27 sering muncul tiba2 dlm kehidupan seharian sy…. sebagai cth apabila lihat jam sering terpapar waktu 7:27… bila pandang plat kereta ada no 27…. di bank no giliran sering 27… no meja makan dan byk lagi yg berlaku tanpa niat dan disengajakan hampir setiap hari…. mohon pandangan tn. guru terhadap peristiwa yg berlaku ke atas diri saya dan adakah makna di sebalik 27 tersebut/…..wslam

    Like

    1. Salam Sahabat saya rasa tuan masih mencari Faedah dalam diri tuan , leburkan segala2 serah kepada allah lebih baik tuan mohon kepada allah supaya apabila di pandang nama wajah allah sahaja itukan lebih baik dari nampak no. no itu sifat carilah yang empunya sifat memang sukar nak matikan sifat jasad adanya aku ini. maaf jika kata2 ini tidak sedap di dengar dari sahabat yang faqir serta hina ini.

      Like

  8. Salam tuan guru yg dikasihi mohon kupasan mengenal diri, sesungguhnya diri ini tiada, yg ada hanya allah. Kalau semuanya sudah allah siapakah yg makan, minum, mandi, berjalan dan sebagainya. Bukankah allah itu suci dari yang baru. Bagaimana dgn Rakib dan Atib apa perlunya lagi semuanya itu sedangkan segalanya telah ditentukan oleh allah di Loh Mahfuz. Sy memahami baik buruk itu untuk menyatakan kesempurna allah tapi pada siapakah salah benar itu di pertanggungjawabkan adakah pada kita? Kerana sy memahami segala gerak adalah kerja dan gerak allah. Jadi jika allah segalanya mengapa manusia itu yg perlu masuk syurga atau neraka? Terima kasih mohon penjelasan

    Like

    1. Terima kasih kerana mahu mempelajari. untuk menjawab itu, teramat panjang. saya nasihatkan tuan memiliki dvd ceramah di sri kembangnan. ada saya jawab tentang itu. sila sms kan alamat kpd tallian 019 4444 713. nanti sy poskan.amin

      Like

  9. sy juga pelajar ilmu makrifat tok kenali..sy ada bermimpi yg roh sy keluar dari badan sy sendiri…..rupanya sama mcm sy..pakaian pun sama..maksudnya diri sy keluar dari badan sy sendiri…sy tak boleh bergerak namun dia boleh bergerak ke sana dn ke sini..dia menyatakan “kau kekasihku dan aku kekasihmu” kemuadian mengajak sy lalu dia menarik sy utk bersatu kembali…subhanallah..

    Like

  10. As’salam Tuan Guru, sy nk bertanya sejak sy mempelajari ilmu makrifat ni sudah 3 kali sy bermimpi terbang..apakah itu perkara biasa tuan guru?

    Like

  11. saya sudah membaca kitab ilmu mengenali Tuk Kenali dari cetakan asalnya bercover merah sudah berkali-kali dan bagi saya merupakan buku makrifat yang terbaik selain buku hakikat insan karangan tuan guru hj ahmad laksamana yg ilmu makrifatnya adalah juga dari Tuk Kenali. saya tidak tahu apakah mendapat karomah atau tidak, tetapi setelah membaca kitab2 tersebut, saya melihat alam ini semuanya adalah Allah tanpa ada yang lain. alhamdulillah.

    Like

  12. Assalamu’alaikum Nama saya Muhammad bin Ramli, saya pernah bermimpi ketika dalm wad 3 hospital Kepala Batas Seberang Perai. saya didatangi 2 malaikat, tapi tak nampak rupa dan tubuh mereka. Dia beritahu bahawa saya bukan sebarang orang. Selepas jaga dari tidur saya tak ambil kisah sangat mimpi itu. Kemudian mimpi lagi mereka nyatakan bahawa mereka pernah datang kpd nenek moyang saya dan sampaikan ilmu ini maka saya pun mereka nak berikan juga. Saya tak ambil peduli lagi sebab ingat mainan tidur sahaja. Hinggalah saya mimpi Sheikh Ahmad Idris datang ziarah saya tapi tak nampak mukanya cuma dengar suara dia sahaja. Dia kata “mereka tanya kamu tentang roh! katakanlah roh itu adalah”AKU” ! (Aku itu maksudnya “Allah) kemudian mimpi dia datang lagi dan berpesan “Bukan semua orang boleh tahu! ada yang boleh tahu dan ada yang tak boleh tahu!. Baru-baru ini mimpi saya bercakap kepada diri saya dalam mimpi” Aku berikan kembali kesihatan kepada kamu! Mata kamu yang buta aku berikan semula pengelihatan! Tak payah guna cermin mata dah! tugas kamu adalah didik anak muridmu supaya jadi wali aku!” Jaga dari tidur masuk waktu subuh, dan saya menangis teresak-esak kerana takut kepada amanah berat ini saya tak boleh pikul. Nak didik anak murid saya jadi wali pulak sedangkan saya bukannya wali. jika bandingkan saya dengan babi pun babi lebih mulia dari saya sedangkan saya banyak dosa dan kesalahan. Apa yang ada pada saya ni? saya tak kenal diri sendiri. Ustaz tolong push up diri saya ni nak rasa pitam dan tek henti air mata ketika taip ayat2 ni tolong bimbing saya saya takut tersasar dari akidah. Anak saya mimpi abang saya datang (dah meninggal dunia 2011) abang saya pesan kpd saya “jangan angkuh dan riya'” saya ni angkuh dan riya’ kah ustaz! zat saya pun tak ada, kudrat dan iradat pun tak ada macam mana nak bongkak dan riyak’ dan Yang dapat pelihara saya dari bongkak hanya Allah sahaja bukannya saya boleh jauhkan diri daribongkak. sebab saya idak ada sebenarnya. Yang Ada Hanyalah DIA YANG MAHA ESA.

    Like

  13. Kepada tok kenali kelantan..boleh saya nak membeli buku tok..sebab saya berminat nak mempelajari ilmu makrifat kerana Allah s.w.t.

    Like

    1. sila sms alamayt besertta no fon dan nyatakan kitab apa dan apakah sekali dgfn dvd. harga 126.00 sepasang dan pos laju 9.00 jika nak dvd harga 10.00 sekeping. semua ada 17 kpg, terpulang tuan nak berapa keping. masukkan wang kedalam akau hj shaari may bank no 164472 319197. Dvd itu lebih byk ilmu utk ditimba.amin

      Like

  14. assalamualaikum Tuan Guru..masyaallah.setelah saya membaca artikel ini.teringat saya satu perkara luar biasa ketika saya masih tekun mendalami kedua dua kitab tok kenali.pada suatu hari,di dalam mimpi..saya di terangkan atau seperti di bacakan/di terangkan tentang ilmu mengenal diri dan mengenal ALLAH di dalam tidur.seolah olah saya seperti membaca kitab tersebut didalam mimpi.apakah maksudnya TG..

    Like

  15. Salam tn guru…sy byk juge pengalaman dlm bljr ilmu ini…byk mimpi kalimah syahadah,99 nama,kawal mimpi,mimpi terbang…smuenye kiasan tntg kesedaran diri sy ini..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s