Bagaimana Cara Utk Percaya Kpd Agama

Bagaimanakah cara untuk kita percaya kepada agama?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sebelumnya syukur saya kepada Allah swt, kerana masih lagi diberi kesempatan untuk terus berkaria.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya ingin mengajak tuan-tuan supaya berfikir buat seketika. Cuba tuan-tuan fikirkan, apakah pegangan agama yang kita anuti, yang kita pegang, yang kita yakini dan ikuti selama ini, benar-benar betul atau tidak.

Orang itu kata begini, orang ini kata begitu, ulamak itu sarankan begini dan ulamak ini sarankan begitu. Lain negeri lain pegangan, lain torikat lain amalan, lain guru lain pula pendekatannya. Bermacam-macam kepercayaan yang kita lihat. Itu belum lagi melihat dinegara luar. Dengan Wahbinya, Syiah, Suni,Sunnah, Ahli sunah wal jamaah dan berbagai-bagai yang kita dapat lihat pada hari ini. Ada yang berilmu Hulul, Wahdatul wujud, Syek siti Jenar, Al-Halaj dan bermacam-macam ajaran!.Mana satu diantara banyak itu yang benar-benar betul dan benar?.

Apa lagi ajaran atau aliran fahaman, di tanah Kota Mekkah lain ajarannya, di Iran lain ajarannya, di Iraq lain ajarannya dan di tanah melayu pula lain ajaran, fahaman atau peganganya. Apa lagi berbezaan antara mazahab-mazahab. Ini semua mengelirukan kita semua. Mana satu yang hendak kita tun jangi.

Apakah cukupkah dengan sekadar percaya dengan membabi buta!. Babi yang butapun berkemungkinan tidak sebagai mana kita, yang selalu bermusuhan dan bergaduh sesama sendiri dalam soal agama!. Wahbi tuduh Sunnah salah, Sunnah tuduh Wahbi salah. Sunni tuduh Ahli Sunnah salah dan Ahli sunnah tuduh sunni salah dan sebagainya!.

Apakah syurga itu untuk orang wahbi sahaja dan bukannya untuk Ahli Sunnah? dan apakah Syurga Allah itu untuk golongan ahli Sunnah sahaja dan bukan untuk orang Syiah?. Apakah Allah itu hanya untuk golongan tertentu sahaja?. Apakah semua wahbi masuk neraka, apakah syiaah itu masuk neraka, Sunni masuk neraka dan apakah syurga itu hanya untuk golongan ahlil Sunnah Wal jamaah sahaja. Apakah Syurga itu hanya untuk orang Mekkah yang berfahaman Wahbi sahaja?. Bagaimana dengan kita di Malaysia yang berfahaman Ahli Sunnah
Wal jamaah?.

Dalam banyak-banyak benar itu, mana satukah yang betul-betul benar?.Jangan kita beranggapan benar dengan hukum percaya, mari kita benarkan pegangan agama dengan hukum yakin.

Dalam banyak-banyak pegangan itu, disini saya hanya mahu berbicara tentang dua fahamana sahaja, iaitu fahaman golongan yang berilmu syariaat (ahli feqah) dengan golongan yang berilmu hakikat (makrifat)!.

Pertikaian antara kedua ini, bukan sahaja dimasa sekarang sahaja tetapi sudah berlanjutan semasa zaman sahabat-sahabat Baginda Nabi lagi!. Berbalah, tuduh menuduh, pertikaian lidah dan kafir mengkafir, kata mengata dan fitnah menfitnah itu, sudah menjadi lumrah asam dan garam dalam kehidupan orang Islam.

Kita sama-sama mengucap dua kalimah syahadah, sama-sama mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji tetapi dari segi kefahaman, ternyata keduanya fahaman ini, teramat ketara dan teramat jauh berbeza.

Apakah perbezaan yang ketara itu?

Nanti kita sambung dilain kesempatan

Jam 9.00 Malam ini, saya ditunggu sahabat-sahabat di kuala lumpur. Tempat perjumpaan adalah sekitar Taman batu Muda Batu Caves. Sekiranya tuan-tuan berhajat untuk berkenalan dengan sahabat-sahabat dan para guru, datanglah kita minum-minum kopi.

Advertisements

20 Replies to “Bagaimana Cara Utk Percaya Kpd Agama”

      1. assalamalaikum tuan..memang benar syiah..wahabi..dan banyak lagi..saya ni ada di pihak mana tuan..tolonglah beri sedikit panduan agar saya berada di pihak yg benar tuan….

        Like

  1. Salam t.guru? sy hamba yg hina cuba hurai serba sedikit tntang siapakh yg sebenar benar stlah di beri hidayah kefahaman di dlm ilmu makrifat ini…siapakh yg benar dn siapkh yg salah bg sy itu bukan pokok prsoalan…utk mndapat jwpn kembali lh kita pd asas mengenal diri. berpegang siapakh yg menjadikan buruk dn baik itu yg hakikinya dri Allah maka adakh hendak menyalahkn pegangan dh fahaman masing2.! itu adlh mengambarkn maha kaya Allah menjadikn sesuatu itu tdk sia-sia…apa pun fahaman dn pegangan kita asalkn utk meNyatakn Allah itu tuhan yg satu…itu lh sebnar2 percaya pd agama…karomah laduni…amin

    Like

    1. Tuan guru yang dikasihi.
      Hasil dari kefahaman yang diterjemahkan melalui tuan, saya mengambil iktibar bahawa sesungguhnya semua insan yang wujud di bumi ini mempunyai pegangan ugama masing2, begitupun mereka yang belum berugama juga mempunyai kepercayaan sendiri. Kepercayaan itulah ugama. Ugama itu adalah peraturan2 yang perlu mereka patuh dan taat bagi mencapai kemuncak keyakinan dan kepercayaannya.
      Bagi kita yang mempercayai dan meyakini islam itu sebagai agama lurus dan benar juga berpendirian sedemikian. Sungguhpun berbagai mazhab dan mempercayai hqnya mazhabnya sahaja yg benar, itu adalah orang yang tamak dalam beragama kerana berpendapat, ‘Dalam 73 kaul itu, yang di terima itu satu’. Kerana hadis ini telah membuatkan kumpulan2 mazhab ini merasakan meraka itulah yang di terima dan berlakuah persengketaan sesama islam.
      Sebenar2nya ‘YANG DITERIMA ITU SATU’. Satu itu membawa maksud, mana2 sekali pun mazhab atau ugama yang benar2 mengenal Tuahannya, itulah yang di terima. Amin

      Like

  2. salam ,
    Saya ingin belajar dan kenal dgn lebih lanjut tentang limu kenal diri dan kenal allah. Saya ada membeli kedua-dua buku tersebut dan masih belum habis membacanya jadi saya ingin belajar dgn tuan dan memerlukan bimbingan dr pihak tuan untuk saya belajar.Sudi kiranya pihak tuan mengajar saya dan boleh saya datang berjumpa tuan.

    Like

  3. Bila tuan dpt dtg ke kuching sarawak 🙂 nak btanya kepda tuan adakah ilmu makrifat ini dr amalan tarekat naqshabandi?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s