Mencari Wangi Di Tanah Jawa

Mencari wangi dari Tanah Jawa ? January 3, 2013
Filed under: Uncategorized — makrifattokkenali @ 9:07 pm Edit This

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Demi memperjuangkan ilmu makrifat yang diwarisi dari ayahda saya, saya luangkan masa dan keraskan hati, pergi merantau kenegeri orang (Indonisia), meninggalkan kampong halaman, teman-teman, sahabat- sahabat dan anak isteri semata-mata bagi mencari ulamak-ulamak, sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang boleh dibawa berbincang, berunding dan bertukar-tukat pendapat untuk menyiapkan kitab ketiga Tok Kenali Kelantan. Untuk menyiapkan kitab ketiga ini, saya terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal dan tinggi!.

Ayahnda saya Hj. Mohd Yusof Cik Wook telah meninggalkan wasiat atau harta yang berupa “ibu minyak wangi” kepada saya. Ibu minyak wangi peninggalan ayahnda saya itu, jika tidak saya adunkan dengan teliti, ianya amat berbau busuk atau hapak!. Sesiapa yang terhidu atau tericium ibu minyak wangi yang asal itu, pastinya tidak laku bilamana dijua (kerana terlalu hapak!). Sifat ibu minyak wangi itu, pastinya berbau keras, hapak dan busuk!. Untuk itu, saya akan berusaha dan berikhtiar sebarapa daya untuk menjadikan atau mengadunkannya supaya kelihatan wangi dan disukai ramai bila dicium, Insyaallah!.

Sifat ibu minyak wangi itu, jika saya jual dengan harga rendah atau dengan harga murah sekalipun, tidak akan dibeli orang, kerana baunya yang busuk, hapak dan keras!. Orang selalu mahunya minyak wangi yang wangi, yang harum dan yang sedap baunya, bukan yang hapak atau busuk!. Ibu minyak wangi, sungguhpun ianya berupa ibu, selalunya tidak akan dipakai dan tidak disukai orang!.

Untuk menjadikan ianya berbau wangi dan harum, setelah puas mencari adunan di bumi Malaysia, terpaksa saya merantau ke Kota Indonisia, bagi mencari saki baki wangian yang berbaki, kiranya masih ada!. Saya merantau kepelusuk daerah Indonisia, seumpama daerah Nganjuk, Kediri, Belitar, Malang, kertosono, mencari kawan seperjuangan dan sealiran jalurnya.

Dengan menyewa bilik yang berukuran 10 kaki kali 12 kaki. Bersama dua tiga kawan didalam kamar yang serba kurang, menterjemah dan mentelaah ibu minyak wangi peninggalan bapak, supaya ianya dapat diharumkan untuk ciuman masyarakat umum!.

Tuan-tuan dan puan-puan, untuk mewangikan ibu minyak wangi, mengikut selera ramai itu, bukan suatu kerja mudah dan bukan suatu kerja senang. Memerlukan ketelitian, kefatonahan serta tomaninah yang tinggi. Apa-apapun, berkat doa sahabat-sahabat dan para pembaca blog Hj.Shaari, semoga usaha saya ini, beroleh kejayaan untuk tuan-tuan semua.

Dulunya saya tidak ada kekuatan dari segi wang ringgit untuk menyiapkan kitab ini, namun Tuan Guru dari Kg Cing Melaka, telah menghulurkan bantuan sebanyak RM. 25,ooo.oo, untuk saya menyiapkannya. Demi kepercayannya kepada saya tanpa diminta, saya gagahi jua untuk menunaikan amanahnya!. Terima kasih Tuan guru Kg Cin Melaka. Tapi saya tidak berjanji samaada boleh siap atau tidak.

Wasiat yang berupa amanah minyak wangi dari ayahnda saya, teramat busuk dan hapak!. Hapak dan busuknya “ibu minyak wangi” peninggalan ayahnda saya itu, seumpama, sebagai contoh:

1) Jika kita ingat kepada Allah, itu tandanya tidak ingat!
2) Jika kita sembayang, itu tandanya belum sembayang!
3) Jika kita mengenal, itu tandanya belum mengenal!
4) Jika kita bercinta, itu tanda belum bercinta!
5) Sembah kepada nama dan rupa itu, kafir
6) Bersyahadah itu, tandanya belum bersyahadah!
7) Yang meyembah dan yang disembbah itu, adalah sama!
8) Ku hukum kafir, kiranya melupai Allah, biar sesaat!

Bahasa-bahasa cinta, zuk atau bahasa karam seumpama itu, jika tidak diadunkan secara fatonah, akan menimbulkan fitnah dan tomohan!. Yang saya paparkan itu, belum seberapa, ada lagi yang lebih berat!…………………Makanya saya merantai kepelusuk tanah air dan ketanah Jawa. Semata-mata mencari wanginya!.

Kata-kata zuk, cinta dan kata-kata karam seumpama itu, adalah menjadi wilayah jajahan takluk Allah. Yang sempadan ilmunya tidak boleh dilewati dan tidak akan dimengerti oleh akal biasa!, selagi belum mengenal ilmu mengenal Allah. Jajahan takluk ilmu selaku makhluk manusia itu, hanya pada akal. Sedangkan akal tidak akan terjangkau dan tidak boleh melewati sempadan jajahan takluk ilmu Allah.

Jajahan takluk Ilmu Allah itu, ada wilayah yang boleh diperkhabarkan dan ada wilayah ilmu yang tidak boleh diperkhabarkan!. Hal-hal yang semacam ini, adalah hal yang teramat sulit, payah, sukar dan getir untuk dipecah atau untuk diperkhabarkan supaya menjadi wangi.

Ibu minyak wangi, pastinya busuk dan hapak untuk dicium. Teramat payah diterima kerana busuknya dan tidak mudah untuk diperkhabarkan !. Ibu minyak wangi itu, jika terlepas kepada tangan-tangan (hidung-hidung) orang feqah, melainkan kepala saya akan kena potong, kata Abu Khurairah!.

Kata Abu Khurairah, “ aku menerima dua bejana ilmu daripada baginda Rasululah, satu bejana boleh aku haburkan kepada khalayak ramai, manakala satu bejana lagi, kiranya aku haburkana kepada khalayak ramai, melainkkan kepala aku kena potong”.

Inilah yang bermain dikepala saya. Bukan takut kepada penjara atau takut mati kena bunuh, tetapi khuatir tidak dapat memberi faham kepada umum. Menulis atau mengarang itu, senang atau mudah. Tetapi untuk menghasilkan citra atau karya yang indah itu sulit!. Apa lagi karangan yang saya karang sekarang ini, adalah karangan yang sedang bermain atau berjalan dihujung mata pedang hukum feqah yang teramat tajam!.

Cara Menilai Wangi

Wangi itu, akan terlihat sekiranya kita dapat melihat benih, bukan melihat batang, dahan atau pokok. Ibu minyak wangi itu, akan dapat dihayati, bilamana kita menilik “angin” yang mengoyangkan pokok, bukan melihat pokok yang bergoyang tetapi yang menggoyangkan pokok itu, adalah angin.

Wangi itu akan dapat dihidu bilamana kita dapar melihat benih dan bilamana kita dapat melihat angin. Persoalannya disisni, bagaimanakah caranya untuk kita melihat dan menilik benih yang tertanam didalam tanah dan untuk melihat angin yang tidak dapat dipandang mata?.

Seumpama ibu minyak wangi yang tersirat disebalik perkataan wangi. Perkataan ibu minyak wangi itu seumpama;

1) “bilamana mengenal itu, ertinya belum kenal.
2) “Seumpama yang tersirat disebalik perkataan “masih lagi bersyahadah itu ertinya belum bersyahadah atau ertinya belum Islam!”.

Perkataan-perkataan seumpama itu, adalah merupakana ibu minyak Wangi yang tersembunyi disebalik wangi, teramat payah untuk kita selami!.

Cuba tuan-tuan fikir, apakah maksud ulamak terdahulu sehingga mengeluarkan perkataan-perkataan seumpama itu?. Bagaimana untuk kita terjemahkan perkataan seumpama “bilamana bersyahadah ertinya kita belum bersyahadah”?,

Itulah ertinya ibu minyak wangi, tidakkah ibu minyak wangi seumpama perkara-perkara itu, busuk bila dicium?. Ibu minyak wangi itu, sekiranya tidak kita adunkan sebaik mungkin, akan menimbulkan fitnah oleh orang berpengajian feqah dan bersalahan dengan pengajian orang syariaat.

Itu makanya saya merantau ke Tanah Jawa, untuk mencari saki baki wangi ulamak makrifat yang tersisa. Supaya dapat menterjemahkan perkataan ibu minyak wangi itu!.

Nanti saya akan sambung, perkara ibu minyak wangi itu dalam kitab keluaran no 3. Disana nantinya akan saya perkhabarkan wanginya ibu minyak wangi itu, bilamana diadun denngan air nurani!. Akan saya hurai dan akan sayaterjemahkan penemuan wangian dari tanah Jawa dalam kitab No 3.

Apakah sebenarnya maksud bilamana bersyahadah itu, ertinya belum bersyahadah, ertinya belum Islam!.

Bilamana bersolat itu, tandanya belum bersolat, bilamana masih ingat kepada Allah itu, tandanya tuan-tuan masih belum ingat Allah.

Didalam kitab no 3, akan kita dapat tahu jawapan ibu minyak wangi atau maksud perkataan, Rabiatul Adawiyah, Abu Yazid dan perkataan Ah-Halaj. Akan saya jawab persoalan 8 perkataan yang tercatat di atas!.
Tunggu kitab N0 3 yang akan terbit tidak lama lagi!……………………………………………….

Advertisements

7 comments on “Mencari Wangi Di Tanah Jawa

  1. Alhamdulillah, semakin brtambah pngetahuan sy, bersykur kehadrat ilahi yang melimpahkn rahmat,berkat dan redhonya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s