Bagaimanana Cara Menteteramkan hati Yang Gundah!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Kita tidak terlepas dari berperasaan gundah. Hampir setiap hari kita dalam berkeadaan gundah, resah, gelisah dan sentiasa dalam kebimbangan!.

Bimbang ansuran bulanan kereta tidak dapat dibayar. Sewa rumah tertunggak, bil letrik dan air sudah dua bulan tidak berbayar. Mana anak sedang menuntut di pusat pengajian tinggi, yang semestinya memerlukan biayaan ibu bapa!.

Ada yang gundah dan bermasalah dengan penyakit yang dihadapi. Ada yang runsing dan bimbang suami kawin lain dan ada yang tak selesa isteri bekerja, bimbang digoda orang dan berbagai karenah gundah yang selalu megangu ketenteraman hati kita. Lalu bagaimanakah cara untuk menagani dan mententeramkannya.

Untuk menagani dan menatasinya, hendaklah kita ikut sebagaimana Firman;

“Orang-orang beriman itu, hati mereka tenteram bilamana ingat kepada Allah!.Hanya dengan ingat kepada Allah, hati menjadi tenteram”. Ar’Ra’du : 28

Hanya hati yang ingat kepada Allah sahaja, boleh mengubat hati yang gundah!. Persoalannya disini, bagaimanakah caranya untuk ingat kepada Allah Taala?.

Allah bukan bulat, leper, persegi, putih, hitam dan Allah tidak berjirin atau berjisim. Yang berjirim dan berjisim itu, bukan Allah!.

Allah bukan pada sebutan suara dibibir mulut. Allah bukan pada tulisan atau huruf?. Habis itu, bagaimana cara untuk ingat kepada Allah?.

Sedangkan ingat kepada Allah itu, adalah perkara yang wajib. Wajib Allah itu dilihat dengan terang, jelas dan nyata!.

Nyata, terang atau jelasnya cahaya matahari, jelas, terang dan nyata lagi Allah. Allah lebih nyata berbanding cahaya matahari, kenapa masih kita tidak dapat melihat Allah

Cuba tanya kepada diri tuan-tuan sendiri?. Jawapannya nanti…………………………

Advertisements

39 Replies to “Bagaimanana Cara Menteteramkan hati Yang Gundah!”

  1. Ingat kepada Allah itu sehingga tidak ingat kepada makhluk. Maka segala masalah yang melanda haruslah juga diserahkan kembali kepada Allah. Apabila diri telah tiada, apa lagi yang harus ditanggung!…

    Like

  2. salam? benar itu sahabatku…adakh kenyataan yg anda tulis itu atas dasar yakin atau prcaya? kalau anda seorang yg benar! buktikan mahluk itu tiada..Allah itu ujud? buktikan dn nyatakan! bukan sekadar istilah dn kata2!

    Like

  3. segala sifat,nama, perbuatan dan zat itu milik DIA. misalnya tangan , mata, keluarga, kekayaan, kesusahan adalah kepunyaan DIA. allah yang merancang segala kebaikan dan keburukan. merujuk jenazah yang terbujur kaku, mengapa ada mata tetapi tidak boleh melihat, ada telinga tetapi tidak boleh mendengar… sebenarnya selama ini yang melihat, mendengar, berkehendak, berilmu dan seumpamanya itu hanya DIA. jika begitu manusia itu sepatutnya telah mati sebelum mati . akhirnya nyata ALLAH hilanglah makhluk.

    Like

  4. salam sejahterah para sekalian yg di rahmati.mengikut pengalaman yang tercurah olehNya..Cara ingat kepadaNya setelah menyerahkan atau memulangkan Haq kerana pemberianNya ini.ingat ALLAH sesudah tidak ada pengakuan diri.sampai lebur dan fana ibarat air segelas di tuangkan kedalam air lautan yg bercampur akhirnya air segelas itu tadi menjadi air lautan tadi.apa pun segala pengenalan dalam mengenal diri dan ALLAH adalah perkara yag sulit untuk di bahas apa lagi untuk di ceritakan kerana itu adalah rahsiaNya…tiada suatu apa pn yang bisa mengupas pengetahuan tiap tiap insan yang ALLAH sendiri atur mengikut perjalanan ,pandangan ALLAH yg halus ini..terkunci segala bibir untuk berbicara setelah melihat dan terlihat kehadiranNYA di setiap penjuru alam maya ini..tiada ungkapan dan rangkaian untuk menceritakanNYA kerna sy sudah tidak tahu…seolah olah Allah mahu saya jadi pemegang dan penanggong rahasiaNYA.

    Like

  5. mau buktikan apa lagi kalau dh tiada….ternyata makrifatullah kamu sekadar id kamu aja…..belajar lagi sehingga kamu melihat Allah dgn Allah..mana mungkin yg bersifat bangkai bisa melihat ujud Allah…..

    Like

  6. salam…..minta ampun dan maaf jika sekiranya apa yang bakal saya coretkan mengganggu tuan haji dan pelayar laman ini, saya cuma ingin membuka persoalan yang pada pendapat saya, sebagai orang islam, dalam kehidupan kita seharian sehinggalah kepada kita akan kembali, marilah kita renungkan dan kupaskan rukun islam, syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan haji,……kerana ini adalah asas sebagai seorang yang mengaku islam, beruntungnya kita di malaysia dan di lahirkan dalam keturunan melayu secara automatiknya di dalam sijil lahir akan tercatat beragama islam, persoalannya,….adakah memadai dengan islamnya kita hanya pada keturunan,…..pernahkah kita bertanya apakah maksud syahadah? darimana datangnya kalimah syahadah? adakah dari ustaz2 yg mengajar agama? adakah dari junjungan besar nabi muhammad? jika sekiranya dari beliau, bagaimana pula beliau bersyahadah? adakah berlainan ataupun sama syahadahnya? atau adakah syahadah ini bukan datangnya dari beliau? jika bukan, darimana datangnya? dan siapakah yang bersyahadah? dan bagaimana pula umat terdahulu? dan persoalannya,…..adakah jika sekiranya kita ajarkan kalimah syahadah kepada seorang berbangsa cina yg beragama buddha, adakah dia islam? apakah semudah itu islam yg sebenar2? begitu juga bab sembahyang,….apakah yang ditakrifkan sembahyang? adakah kita menyembah? jika jawapannya ya,….siapakah yang menyembah dan siapakah yang disembah? dan adakah tuhan memerintahkan kita menyembah? apakah hakikat sembahyang? apakah sebenar sembahyang? dimanakah penyerahan di dalam sembahyang? dan adakah jika kita ajarkan perlakuan sembahyang dan bacaan di dalam sembahyang kepada orang berbangsa india yang beragama hindu, adakah itu juga boleh ditakrifkan sembahyang sebagaimana kita sembahyang? Dan sembahyang yg sebenar2 dituntut oleh tuhan? begitulah juga rukun islam yang seterusnya hingga yang kelima,…….dalam proses kehidupan kita seharian, kita tidak dapat lari dari berhadapan dengan kufur dan syirik,…..jika sekiranya kita tidak mengetahui hakikat,….begitu juga dengan mengenal allah,….adakah hanya dengan mengetahui setiap perlakuan kita semuanya datang dari allah, maka kita telah mengenal allah? adakah kita cuma mengenal allah berdasarkan itu? mudahnya…….adakah mengenal allah sebagaimana tuan haji berceramah dimerata2? Adakah sesudah mendengar ceramah tuan haji, semua hadirin mengenal allah..sebenar2 kenal? Kenal yg bagaimanakah? .adakah allah itu tuhan? pernahkah kita persoalkan apakah yang bakal kita hadapi tatkala sakratul maut? siapakah yang dinamakan malaikat maut? adakah dia nya izrail? kalau ya……bagaimanakah rupanya, jika dia berupa,…..kalau bukan, siapakah dia? dan adakah panduan atau pedoman untuk menghadapinya? pada pendapat saya kita hendak mengenal allah ini, bukan hanya bersandarkan nama, hendaklah kenal yang ampunya nama, kerana nama tidak memberi kesan pun, begitu juga mengenal allah melalui sifatnya, pun masih tidak memberi kesan, hendaklah kita faham antara allah dan tuhan,….dan pada pendapat saya yang jahil ini juga, biarlah kita mengaji dan mengkaji ilmu ketuhanan ini hingga ke peringkat kosong, tatkala tidak ada tuhan dan tidak ada hamba, biarlah dari ujud ilmu nur syuhud, kepada zat sifat afaal isma, kepada syariat tarikat hakikat makrifat, kepada tanah air angin api, kepada di wadi mani maknikam, kepada tulang kulit urat benih, kepada lemak darah daging rambut, barulah kita faham proses mengenal diri, dimanakah allah, muhammad ,adam, dimanakah kedudukan kita, hendak mengenal allah tidak hanya berdasarkan sifat, malah lebih jauh dan halus daripada itu, pernahkah kita tanya apa yang di anugerahkan tuhan semasa hayat kita ini iaitu pencium pelihat perasa akal dan roh, yang membezakan kita dengan makhluk lain, jika kita semua mahu sejahtera dan selamat dunia dan akhirat, carilah allah dan muhammad sampai ketahap kenal, dan belajar lah biar ketahap kembali kepada keadaan seperti sediakala, iaitu kepada keadaan asal, kaji dan hayati lah perkataan muhammad iaitu mim hal mim dal, apakah yang tersembunyi di sebalik empat huruf tersebut, nurani rohani insani robbani, awal akhir zahir batin,………..ilmu tuhan itu maha luas dan tidak terletak atas seseorang, tuhan tidak memandang kepada umur, jubah, serban, perwatakan,gelaran duniawi…kerana pendapat saya yg jahil ini, setinggi manapun ilmu kita, jika kita tidak kenal dan tahu saat kembali dan penyerahan ketika sakratulmaut, takkan selamat dunia dan akhirat, sedangkan nabi Muhammad saw diuji ketika itu, apatah lagi kita yg kerdil ini, disitulah penentuan sebenar2 setiap kita, menentukan kita mengikut azazil ataupun tuhan, wallahhuaklam, sekian dahulu buat tok guru ustaz dan semua pelayar laman ini, sebelum mengundur diri, saya sekali lagi memohon ampun dari hujung rambut kehujung kaki jika coretan saya yang jahil ini menyinggung perasaan semua, apatah lagi tok guru ustaz, tidak terlintas walau sebesar debu sekalipun saya berniat sedemikian, mungkin apa yang saya coretkan disini tidak mencapai maksud sebenar yang ingin saya sampaikan tetapi oleh kerana kelemahan saya yang jahil ini mungkin maksudnya terpesong, saya di kesempatan ini mendoakan kesejahteraan tuan guru ustaz dan semua pelayar di sini semoga beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat, amin.
    dari hamba allah yang amat jahil,

    Like

  7. salam, saya mengikuti ceramah ustaz melalui video, membaca kitab ustaz, tapi pada pendapat saya, ustaz tidak memperincikan hakikat mengenal tuhan, saya bimbang khalayak yang mengikutinya tersasar dari segi ilmu apatah lagi pegangan, saya mendapati kitab dan video ustaz tidak ada penghuraian dan penerangan khusus tentang ilmu hakikat, tentang amalan bagi mencapai maksud kenal yg sebenar2 kenal, jika sekiranya ustaz benar2 tahu, faham, kenal tuhan sila lah huraikan kaedah2 yg lengkap baik dari segi ilmu, amalan, bagi saya tidak memadai hanya dengan mengikuti kelas ustaz dan video ustaz, sedangkan pelajaran ini adalah hakikat ketuhanan, tidaklah semudah bercerita, bagi saya kuliah, video ustaz tidak ada satupun yang boleh dibuat pegangan, hanya lah sebagai penambahan ilmu sahaja, di setiap ceramah ustaz, hanya berkisar pada mengenal allah, ustaz mengatakan semua perlakuan dan perbuatan kita adalah dari allah, jadi siapakah kita ini….ustaz kata kita ni mati, kita ni takda, yg melihat adalah allah, yg mendengar adalah allah, adakah boleh kita mengaku kita allah? ustaz kata tak boleh, dan kalau kita mengaku kita yang mendengar, melihat pun tak boleh, sebab ustaz kata, bukan kita yg melihat, mendengar……soalan bodoh saya, habis tu….siapakah kita ni? dah kalau semua tak boleh?.dalam satu kuliah uztaz…ustaz kata allah dah mati dulu di loh mhfuz…barulah kita mati disini……pendapat saya yg bodoh ni…allah mustahil mati…….ustaz juga ada berkata…allah tidak berhuruf…tidak berbunyi…….tidak bertempat…..tetapi bagi saya yg jahil ni…..dah nyata allah itu berhuruf….alif lam lam ha…….dah nyata ianya berhuruf….ada bunyinya allah…..ada sebutannya allah…..saya bimbang audience akan tersasar atau bahasa kasarnya tersesat dik kerana penerangan ustaz…….mungkin ustaz tidak mahu menceritakan yang sebenarnya, atau mungkin ustaz tidak tahu, wallahhuaklam, ustaz juga menyatakan, yang kita ini hanya mengikut skrip, bagi pendapat saya, kita kena faham betul2 tentang kupasan kudrat dan iradat, kuasa dan kehendak, kalau semua dah mengikut skrip….kita ni hanya melakunkan sahaja, zalim lah tuhan, buat apa tuhan menberi kita pencium, pelihat, perasa, akal dan roh……yg membezakan kita dgn makhluk lain…..sebenarnya banyak yg ingin saya sentuh…..cuma setakat ini dulu…..apa komen ustaz? kalau ustaz seorang yg benar2 ingin menyampaikan ilmu, ustaz tidak tersinggung dgn kata2 saya,….ilmu ketuhanan ni bukanlah boleh ditelanjangkan ditempat awam, ada tertibnya……sekian …..salam….

    Like

    1. Tuan terima kasih diatas maklumat tuan. Hanya dua perkara yang saya nak perbetulkan.

      Pertama,
      saya minta tuan lihat, tilik dan imbas kembali dvd ceramah saya betul2.Saya tidak pernah kata Allah mati!. Yang saya kata, sebelum kita mati, Allah dah mati dah kita dilouh mahfuz!. Sebelum kita kawin, Allah dah kawin dah kita dilouh mahfuz…………..

      Yang kedua;
      Saya memang bodoh dan saya mimang jahil dalam beragama apa lagi dalam makrifat. Saya bukan orang mengenal Allah dan bukan orang mengenal Muhamad. Jadi sememangnya saya menulis begitu. Itu sahajalah yagn dapat dizahirkan dari lubuk hati orang jahil seperti saya.

      Untuk itu, tuan sebagai orang yang mengenal Allah dan arif tentang ilmu makrifat, saya pohon dan saya mewakili dfiri saya dan sahabat-sahabat diluar sana menyusun jari sepuloh, agar tuan ajar kami yang bodoh ini, manakah yang dikatakan sebenar-benar jalan atau cara mengenal Allah?.

      Kepada seluruh pembaca blog saya, mulai hari ini, marilah kita sama-sama berguru dengan guru blog yang bernama jepp. Mari sama-sama kita tunggu tuan guru jepp mengeluarkan kitabnya yang sebenar dan betul. Mari kita tunggu tuan jepp mengeluarkan ajaran yang benar kepada kita melalui blog.

      Kepada seluruh pembaca blog diNusantara. saya berseru kepada semua agar mari kita tungggu tuan guru jepp keluarkan kitab beliau yang benar. Saya minta kepada semua pembaca kitab Tok Kenali, supaya membakar semua kitab2 Tok Kenali. Dan mari kita sama-sama beralih kepada kitab-kitab dan ajaran tuan guru jepp.

      Terima kasih kepada tuan guru jepp diatas penghinaan tuan terhadap ilmu yang saya warisi dari tuan guru Tok Kenali Kelantan. Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar, ilmu tuan guru jepp boleh membawa kita kepada mengenal Allah Taala.

      Maafkan saya tuan guru. Amin drp hj shaari

      Like

    2. Khas buat Tuan Jepp:

      Berburu di padang datar,
      Menjerat rusa kencang berlari,
      Berguru kepalang ajar,
      Ibarat bunga kembang tak jadi

      Jangan kita terus menghukum orang lain salah dan sebagainya jika kita tidak memahami sesuatu yang ditulis orang lain.
      Bila kita menjadi orang yang tidak beradab kita sering menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan kita.
      Bila kita menjadi anak yang biadab dan kurang ajar, kita menganggu orang lain.

      Assalamua’aikum wr wb

      Like

      1. Tak sampai hati, nak saya menyalahkan tuan Jepp. mungkin beliau belum dapat hidayah. apa-apapun mari kita sama-sama berdoa agar diasuatu hari nanti, beliau akan faham sebagaimana kita faham.amin drp hj shaari

        Like

  8. salam, lagi satu saya nak komen, kenapa ustaz menyampaikan ilmu ini menggunakan nama atau menjual nama tok kenali? adakah ilmu ini kepunyaan tok kenali? adakah jika ustaz tidak menggunakan nama tok kenali atau gambar tok kenali audience tidak akan mendengar ceramah ustaz? tidak akan membeli buku ustaz? adakah ini marketing strategy? adakah tok kenali mempunyai hak eksklusif terhadap ilmu kenal diri dan ilmu makrifat ini? bagi saya kalau benar2 ikhlas….kita tidak perlu menjual nama sesiapapun…banyak blog menceritakan perihal ketuhanan, tetapi tidak memerlukan menumpang nama sesiapapun, kecuali bersandarkan quran dan hadis….dan pedulikan kepada sesiapa yang tidak meyakini ilmu ini, kerana ilmu ini hanya diberikan kepada sesiapa yg berkehendak…….bukan dengan membuat road tour….seperti konsert rock…saya tidak menidakkan ilmu tok kenali, tetapi bagi saya ini adalah ilmu tuhan, tetapi ustaz seakan menumpang nama tok kenali supaya dapat menarik audience, dan satu lagi saya nak komen,. dibelakang buku warna hijau ustaz ada menulis tidak memerlukan guru, hanya memadai membaca kitab ustaz sahaja mampu mengenal allah, ini lagi satu ayat yang akan memesongkan pegangan pembaca, jika sekiranya begitu mudah mengenal allah dengan hanya membaca kitab ustaz, masyallah,….tak tahu nak kata apa lah saya, speechless……

    Like

    1. Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar tuan kepada saya. Maaklumlah saya ini tidak berilmu sebagaimana tuan, yang terpasa menumpang nama orang.

      Mengenai perkara guru, Ramai orang pergi berguru sampai kepada tanah Mesir, Iraq atau Jorden, selama beberapa tahun, ternyata yang dibawa balik hanyalah FEQAH. Adapun Saidina Omar Al Khattab, hanya belajar dari sepotong ayat, beliau boleh terus beriman, walaupun tanpa guru. Tuan juga berkemungkinan berguru dengan ramai guru, ternyata, tuan telah mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang berguru!

      Guru sebenar-benar guru itu, adalah diri sendiri. Iaitu diri yang bernama KALBU MUKMIN BAITULLAH, itulah guru yang sebnar-benar guru!. Barang siapa yang sampai kepada rumah Allah yang bernama KALBU MUKMIN BAITULLAH, disitulah terdapatnya guru yang sebnar-benar guru, apakah tuan sudah sampai kesitu, kiranya belumsampai tuan kesitu, itulah makanya tuan sampai terlafas sebagai ucapan sedemikian terhadap saya!.

      Semua pandangan yang dibuat orang, dipandang salah dimata tuan, sedangkan diluar sana masih ramai yang tidak berpandangan seperti tuan!.

      Untuk itu, mulai pada hari ini, saat ini, ketika ini dan dihari ini, sepatutnya saya melantik tuan sebagai guru saya. Saya tidak berilmu, hanya sekadar menumpang nama orang. Jadi ajarlah saya bagimana ilmu yang tidak memnumpang ilmu orang.

      Ayah saya, semasa hayatnya, tidak pernah mengaku yang ilmunya adalah miliknya, malahan mengaku yang ilmunya itu adalah ilmu gurunya (Tok Kenali). Tok Kenali pula tidak pernah mengaku yang ilmunya adalah miliknya, malahan beliau juga mengaku yang ilmu diajarnya itu, adalah milik Syeikh Ahmad Al Fathani dan begitulah seterusnya sampai kepada Baginda Rasulullah tidak pernah mengaku yang ilmu itu miliKnya, malahan ilmu yang diajarnya juga adalah hanya sekadar MENUMPANG NAMA ALLAH!!

      Oleh itu, Tuanlah satu-satunya guru yang layak dipanggil guru dan saya berseru kepada seluruh pembaca blog dan peminat saya, marilah kita ramai-ramai berguru dengan tuan!. amin drp hj shaari

      Like

  9. Saudara ku tabirladuni…mencari faedah dn kaedah pun Aku jua…kalau Allah itu Nyata dn Brkuasa buktikan dn nyatakn pd diri anda? bukan hanya pd teori dn istilah saja! secara nyata dn praktikal…cuba tawarkan air manis? nyatakn dn buktikan kun trjadi! itu lh bukti yg sy mahu…

    Like

    1. Berilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi mengelakkan diri dari syirik yaitu menduakan Allah atau berduakan Allah). Tidak ada tujuan disebalik ilmu makrifat itu, melainkan Allah, Allah, Allah

      Kesudahan pengajian ilmu makrifat atau ilmu mengenal itu, adalah ilmu mengenal Allah dengan Allah. Segalanya datang dari Allah, kepada Allah dan beserta Allah. Tidak satupun pekerjaan itu, datangnya dari diri kita makhluk!.

      Belajar ilmu makrifat itu, bukan bertujuan untuk mendapat kelebihan, bukan untuk mendapat karomah, contohnya tawarkan air manis.
      Orang makrifat juga, sebagaimana Baginda Nabi, yang patah gigi semasa berperang, yang berlapar sehari dan kenyang sehari.
      Jadi orang makrifat itu, jangan ada perasaan melebihi Allah. Baru aja belajar ilmu makrifat, sudah mahu mencari kelebihan. …
      Sekiranya masih ada dihatinya ciri-ciri itu, itulah peringkat ilmu makrifat yang paling rendah!.

      Allah itu terang, Allah itu nyata dan Allah itu jelas, lebih terang, lebih nyata dan lebih jelas daripada cahaya matahari. Terangnya cahaya matahari, terang lagi Allah. jelasnya cahaya matahari, jelas lagi Allah!. Kenapa tidak anda melihat dan memandangnya? Hidup ini, adalah bertujuan supaya Allah dapat kita kenal!…fahamkan baik-baik…
      sekali pon kalau bisa menawarkan air yg manis menjadi tawar …tetap sia2 kalau maseh ada didlm hati walaupon sebesar debu… jika Allah yang menjadi tujuan hidup, tidak dapat kita kenal dengan sebenar-benar kenal, apalah ertinya hidup?, adalah terlebih baik mati betul …jangan seperti perumpamaan “Anjing yang tidak mengenal Tuan”….yg tau cuma menyalak aja….maafkan saya yg bebal…bongok….bahlul…

      Assalamualaikum wr wb

      Like

      1. Benar kata tuan itu. Biarpun ada org yang tidak sependapat dengan tuan, tetapi, sy sebagai anak murid dari ilmu Tok Kenali, mengiktiraf ilmu tuan. Dan saya sebagai pewaris ilmu tok kenali, sy memperakui tuan sebagai guru makrifat yg benar! amin drp hj shaari

        Like

      2. Terimakasih Tuan Guru ku…..Hj Shaari…walaupon seluruh alam mengatakan saya sesat sbb mengikuti ilmu yg Tuan Guru sampaikan….walaupon nyawa sebagai taruhannya…namun untuk menafikan kebenaran ilmu Tok kenali…tidak sama sekali…..

        Like

      3. Inilah orang yang sebenar-benar berilmu makrifat yang putus. Biar patah sayap, bertongkat paruh, namun undur tidak sekali, sekalipun tergadai nyawa.

        Sebagaimana Bilal bin Rabbah, yang ada dalam hidup ku adalah hanya Allah, Allah, dan Allah………………………..

        Terima kasih wahai sahabat ku wali Allah, sy doakan agar tuan mendapay keberkatan dan karomah Allah. amin drp hj shaari.

        Like

    2. Tuan yg sy hormati. Benar sebagaimana kata blog tabirladuni. Org makrifat itu, adalah mereka-mereka yang tidak mencari faedah tetapi mencari kaedah!. Perkataan DAN yang tuan tulis itu, kurang tepat. Saya mohon gantikan perkataan DAN kepada perkataan TETAPI!.

      Kita adal;ah golongan yang selalu mencari kaedah menghampiri Allah, melalui mata, mulut, telinga, kaki, tangan dan sebagaiinya!. Dalam pencarian kaedah itu, kiranya mata buta kami redha dan dalam pencarian itu, kiranya kaki tangan kami patah kami redha!. inilah makam ilmu rasa dalam bermakrifat!.

      Sebagai yang bersifat muhadas (baharu), kita tidak boleh berkata KUN buat kali kedua, kerana KUN itu adalah hanya berlaku sekali sahaja dari mulut Allah!.

      Sifat muhadas, sekalilpun boleh menawarkan air masin, itu adalah makrifat yang paling rendah!.

      Maafkan blog tabir laduni kiranya tersasar dari tujuan dan usahanya untuk berdakwah!. amin drp hj shaari

      Like

  10. Aamiin…Aamiin…Aamiin……dan terimakasih juga buat Tuan Guru yg selama ini telah banyak membimbing saya tanpa jemu-jemu….dan menjawab paggilan telpon saya walaupon Tuan Guru sering sibuk…semua jasa2 Tuan Guru dan kesemua Ilmu Tok Kenali yg Tuan Guru curahkan pada saya akan saya sematkan ke dalam lubuk hati saya sehingga ke akhir hayat saya….Tuan Gurulah yg dikatakan sebenar2 guru Ilmu Makrifat yg selama ini hampir 30thn saya nanti2kan kehadirannya…Bersyukur saya pada Allah telah menemukan saya dgn Tuan Guru…segala2 persoalan yg menjadi misteri bagi saya ( soalan-soalan yg saya anggap seumpama digantung tidak bertali) selama hampir 30thn.. telah Tuan Guru huraikan…

    Walaupon pada zahirnya kebanyakkan mengenalimu Wahai Tuan Guru yg saya kasehi dunia dan akhirat sebagai nakhoda bahtera usang….pada saya yg bodoh ini….Tuan Guru adalah sebenar2nya Guru Makrifat yg berbangsakan Muhammad yg pada saya tidak mungkin saya ketemui di tempat lain…Segala ilmu yg disampakan begitu mudah untuk difahami….teruskan perjuanganmu Tuan Guru ku Hj Shaari bin Muhammad Yusuf….kami sebagai anak didikmu akan selalu patuh dan taat akan kesemua curahan ilmu yg disampaikan….Allahu Akbar.

    Like

    1. Sungguh terharu hati saya bilamana membaca pujian tuan. Bergenang air mata saya itu, bkn krn pujian tuan, tetapi krn bangga dgn sikap tuan yang megambil faham akan ilmu ini. Bercucuran air mata saya bilamana membaca tulisan tuan, bercucuran air mata saya, krn berbangga telah dapat memberi faham kpd tuan. amin semoga Allah menambah kefahama tuan.amin drp hj shaari

      Like

  11. salam tuan…..mohon saya bertanya,arwah datuk saya seorang imam di port dickson,meninggal dunia dlm tahun 1994..memberitahu pada semua yg ada didalam rumah yg dia akan mati pada jam 5 ptg..tepat pukul 5 dia kembali pada tuhan..beberapa kali bertanya pada saya sudahkah jarum berhenti pukul 5 walhal pada masa itu jam menunjukkan pukul 4.30…pertanyaan saya mcm mana dia tau masa kematian dan siapakah yg memberitahu?mohon penjelasan dari tuan haji….

    Like

    1. Apakah ayahnda tuan tinggal dikg sawah sunggala. jika itulah imamnya yang tuan maksudkan, sy pernah berguru dengan beliau.

      Itu kelebihan yang Allah anuugerahkan kepada sesiapa yang dikehendaki. Tdk kpd semmua orag!.sy sendiri tidak tahu, bila nak mati.

      Bagi kita yg memilih jalan ini, buat apa nak tahu mati jam berapa atau tarikh bila, tidakkah kita ini sudah mati?.

      Mati itu hanya sekali!.amin drp hj shaari

      Like

      1. hanya Allah sendiri yang mampu mengingatny..salam tuan hj sharii dr ananda erik di indonesia tiaphari saya slalu membaca artikel tuan guru hj shaari alhamdulillah smkin mendalam lagi ilmu makrifat ini..mohon slalu bimbingan tuanya pada diri yg lagi belajar ini

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s