Apa Bezanya makrifat Tok Kenali dgn Makrifat lain?.

Syukur kepada Allah swt, kerana telah bertanya Tuan Fendi (019 62704990) akan soalan ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang drahmati Allah sekalian. Sebenarnya makna dan erti makrifat itu, adalah bermaksud mengenal. Manakala makrrifatullah pula, adalah bermaksdud mengenal Allah.

Makrifat dari segi makna, erti dan maksud, ianya adalah sama, yang berlainannya diantara makrifat Tok kenali dengan makrifat guru-guru lain itu, adalah samaada makrifat (mengenal) yang diajar itu sampai kepada tahap benar-benar mengenal atau tidak!.

Ramai orang dan ramai diantara guru yang mengelar dirinya seorang guru makrifat, tetapi pada kebanyakkan atau yang menjadi masaalahnya sekarang ini, ramai yang tidak mengenal Allah dengan sebenar-benar mengenal!. Mengaku guru makrifat (mengenal Allah) tetapi tidak mengenal Allah. Ramai yang ingin bercakap tentang mkrifat, tetapi ternyata diri guru yang bercakap makrifat itu, sebenarnya ternyata masih duduk dalam ilmu feqah. (bercakap makrifat tetapi duduk dalam syariaat), inilah kebanyakkan guru yang kita jumpa sekarang.

Soal: Bagaimana Cara Untuk Mengenal Guru Makrifat Yang Sebena-benar Mengenal Allah?.

Jawab:

1) Cara untuk mengenal guru yang sbenar-benar mengenal makrifat atau sebenar-benar guru megenal Allah itu, adalah bilamana seorang guru itu,  gaya, kaedah atau jalan ceritanya adalah sama dengan guru-guru makrifat yang lain. Iaitu tidak sedikitpun bercanggah seorang guru makrifat dengan guru makrifat yang lain!.

2) Untuk mengukur, megetahui atau untuk mengenal samaada ianya seorang guru makrifat yang benar atau tidak, tuan-tuan boleh lihat cara beliau berceramah atau berdakwah, lihat apakah bicaranya samaada menuju kepada berserah diri kepada Allah atau tidak!.

Guru makrifat sebenar, kaedah berceritanya hanya tertuju, tertumpu dan mengarah kepada menafikan keberadaan diri. Diri sebenar kita itu, adalah mati, binasa dan sebenar diri kita itu, adalah tidak ada dan mati sebelum mati (Al mutu kablaan Tamautu). Guru yang sebenar-benar makrifat itu, adalah guru yang hanya tahu bercerita tentang ilmu mati, bukan bercerita tentang ilmu hidup.

Untuk membezakan antara guru makrifat dengan guru makrifat itu, tuan-tuan boleh nilai atau tuan-tuan boleh lihat,

3) Kiranya guru itu masih berkehendak kepada pahala dari amalnya, itu tandanya guru syariaat atau guru feqah. Iaitu masih mengajar ilmu syurga, ilmu pahala, ilmu ganjaran dan ilmu balasan dihari kemudian itu, adalah petanda guru itu guru feqah (guru syariaat).

Seumpama dalam perkara ibadah. Guru yang tidak mengenal Allah atau guru yang bukan dari kalangan makrifatullah, ilmu yang diajar itu, pastinya ilmu yang hanya berkehendak kepada syurga, pahala,  ganjaran serta balasan nikmat Allah.

Seumpama berzikir, berzikit guru yang bukan dari kalangan orang makrifat itu, pastinya berzikir (ingat  kepada Allah) itu, berkehendak kepada jumlah bilangan. Samaada 11 ribu, 44 ribu dan 100 ribu sehari semalam.

Contoh ajaran ilmu dari guru makrifat;

4) Adapun zikir (ingat) kepda Allah bagi guru orang makrifat pula, tidak berkehendak kepada jumlah atau bilangan.

Perkataan zikir itu, adalah bahasa Arab. Bilamana diterjemahkan kedalam bahasa  Melayu, zikir itu adalah bererti, makna atau maksudnya ingat. Guru makrifat yang sebenar sampai kepada makam makrifat itu, adalah guru yang tidak mengalakkan muridnya berzikir (ingat kepada Allah) dengan berlandaskan jumlah, kiraan,  bilangan atau hitungan buah tasbih.

5) Sebenar guru makrifat itu, adalah guru yang mengajara ingat kepada Allah itu, hendaklah diketika berdiri, duduk atau baring (tidur), yang tidak mengikut hitungan buah tasbih. Ini sebagai contoh sahaja, bagi menjelaskan perbezaan diantara guru makrifat dengan guru yang bukan dari kalangan makrifat!.

6) Guru yang bukan dari kalangan orang makriaft itu, adalah guru kepada orang hidup, manakala guru orang makrifat itu, adalah guru kepada orang yang mati! (Mati sebelum mati). Itulah bezany antara guru makrifat dengan yang bukan makrifat!

7) Guru yang bukan makrifat itu, adalah guru yang hanya mengajar perkara-perkara yang menghitung pahala dan menghitung ganjaran syurga. Manakala guru makrifat pula, berpandangan bahawa yang mengerakkan kita beribadah, alim, rajin, taat, patuh dan sujud kepada allah itu, adalah dari kehendak Allah sendiri, bukannya hasil dari jerik, penat, lelah atau kemampuan kita.

8) Guru makrifat tidak mengajar supaya begantung kepada amal!. Sedangkan amal itu sendiri adalah milik Allah, bukannya milik peribadi kita!. Jika Allah tidak berkehendak supaya kita berdiri, masakan kita boleh bediri sembahyang?.

9) Guru makrifat beranggapan bahawa segala syurga atau neraka itu, adalah nikmat pemberian Allah kepada kita, bukannya boleh dipilih, dijangga atau didapati mengikut kehendak kita. Itu hak Allah yang akan hanya diberi kepada sesiapa yang dikehenaki Allah. Syurga atau pahala itu, bukan hak peribadi kita, kerana ibadah yang kita kerjakan itu, bukan atas daya upaya kita, jika tidak dikehendai Allah. Masakan kita boleh minta upah dari kerja orang. Masakana orang lain yang bekerja kita pula yang nak minta upah. Inilah yang diajar oleh guru makrifat.

10) Bilamana diri kita sudah mati, masakan kita boleh lagi bergerak untuk beramal?. Sebenar-benar diri kita itu, sebenarnya sudah mati sebelum mati. Sekiranya kita sudah mati, masakan kita boleh bekerja untuk melakukan ibadah dan apakah orang mati boleh bekerja dan apa lagi untuk minta upah?.

11) Guru makrifat itu, adalah seorang guru yang mati (orang yang mati sebelum mati). Ilmu yang mereka ajar itupun juga adalah berupa ilmu kepada yang mati (mati sbelum mati). Orang yang mati sebelum mati itu, adalah orang berserah diri secara total kepada Allah Taala.

Nanti kita sambung lagi, saya berhenti setakat ini, adalah untuk memberi laluan kepada komen tuan-tuan yang pastinya ada pro dan kontra. Kita akan sambung lagi untuk menceritakan bagaimana sebenar-benar guru makrifat menyampaikan ilmu……………………….jam 12.15 tanggal 6hb April. drp Hj Shaari

Advertisements

95 Replies to “Apa Bezanya makrifat Tok Kenali dgn Makrifat lain?.”

  1. Assalamualaikum.ilmu makrifat atau ilmu tasauf ada dua peringkat,pertama tasauf martabat tarekat.kedua tasauf martabat haqiqat.tasauf martabat tarekat ialah sorg mukallaf itu hendaklah mwmbuang sifat mazmumah yg sepuluh hendak digantikan kpd sifat mahmudah yg sepuluh.wajib atas tiap2 mukallaf.kata imam ghazali:الدخول مع الصوفية فرض عين علي كل مكلف اذ لم يخل من عيب الا الانبيا.masuk bersama kesufian itu fardhu ain atas tiap mukallaf kerana tak sunyi mukallaf itu drpd aib melainkan para nabi.kata imam abi hassan assyazili:من لم يتغلغل في علمنا هذا مات مسر علي الكبار وهو لا يشعر.siapa2 yg tdk mengambil peduli dlm ilmu kami ini ditakutkan mati ia atas berbuat dosa besar sedangkan dia tidak menyedari.dlm islam ni ada tiga ilmu fardhu ain.pertama ilmu tauhid.iaitulah mengenal allah dgn mengaji sifat 20.ini ijmak ulama.kedua ilmu feqh.utk mengesahkan amal ibadat kita dri sudut hukum syari.ketiga baru ilmu tasauf ataupun kita kata ilmu makrifat.yg ni ada dua martabat sebagaimana yg telah sya sebutkan diatas.baru betul.maaf sya nak tanya ustaz,ustaz ngajar kitab hikam dak?minhajul abidin ke?kalu boleh saya nak tengok perjalanan pengajian ustaz boleh?

    Like

  2. Assalamualaikum. Ini adalah salah satu jalan yang cantik, namun saya hanya mengingatkan diri saya sendiri supaya jangan sampai zat, asma, afaal dan sifat bersatu dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah itu “Laisa kamislihi syaiun, walam yakul lahu kuffuan Ahad, Ahad, Ahad, dan kefahaman itu milik Allah. Wallahu a’lam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s