Tuduhan Berfahaman Wahdatuk Wujud

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Ada salah seorang sahabat bertanya tentang ada pendapat serta tuduhan yang mengatakan ilmu Tok’ Kenali itu berfahaman Wah Datul Wujud!.

Wahdatul wujud itu, adalah bererti bersatu dengan Allah. Manakala ilmu Tok kenali adalah ilmu mengnEsakan Allah (wahdahtul wahdah).

Ilmu Tok Kenali, tidak sedikitpun berfahaman wahdatul wujud (bersatu dengan Allah). Ilmu Tok Kenali adalah ilmu yang mengajar fahaman “wadatul  wahdah”.Yang Esa itu tetap satu dan yang satu itu tetap Esa!. (satu itu, adalah satu), dengan lain perkataan, ilmu Tok Kenali itu, adalah ilmu mentauhidkan Allah atau ilmu wahdah (esa) atau mengEsakan Allah Taala.

Tok kenali tidak pernah mengajar bersatu, bercantum atau konsep dua dalam satu. Tok kenali tidak penah mengajar kita supaya mengaku yang diri kita ini adalah Allah.

Tok kenali mengajar kita ilmu menyerah diri, menghilangkan diri, menfana’kan diri, mengubur diri, meleburkan diri, megembalikan diri kepada Allah swt. Tok Kenalli mengajar kita supaya jangan terpandang adanya diri. Ilmu Tok Kenali bukan suruh kita jadi Allah!. Tok kenali mengajar kita supaya menEsakan Allah dan menjadikan diri kita ini bersifat tidak ada. Yang bersifat ada itu, adalah hanyalah sifat bagi Allah!.

Bilamana Allah bersifat wujud (ada), bererti diri kita itu, adalah bersifat dengan sifat binasa atau bersifat dengan sifat tidak ada. Setelah tidak ada keberadaan diri, barulah Allah itu benar-benar ada (wujud).

Jika Allah bersifat ada dan diri kitapun bersifat ada, bermakna kita telah menduakan sifat Allah. (Allah ada dan diri kitapun juga ada), bermakna kita telah menduakan sifat ada (menduakan sifat wujud), ini bermakna telah ada dua sifat wujud (telah ada dua sifat ada atau dua sifat wujud), bererti hukumnya kita itu, telah berada dalam berkeadaan syirik.

Ilmu Tok kenali sedikitpun tidak mengajar supaya terlihat adanya diri, Tok Kenal mengajar kita supaya meniadakandiri!. Setelah tidak ada keberadaan diri, barulah Allah itu benar-bear bersifat ada!.

Tok kenali tidak mengajar supaya bersatu, bercantum dengan Allah. Bagamana nak bercantum atau bagaimana nak bersatu dengan Allah, sedangkan diri kita tidak ada. Bagaimana nak menuduh Tok Kenali berfahaman wahdatul wujud atau fahaman bersatu dengan Allah, Hulul, Jabrian atau Kodariah, sedangkan  diri kita sudah tidak ada. Bilamana diri sudah bersifat tidak ada, bermakna yang bersifat ada itu, adalah hanya Allah. Bilamana sifat keberadaan diri sudah tidak ada atau tidak wujud, bagaimana mungkin boleh bersatu atau bercantum dengan Allah dan bagaimana mungkin dituduh wahdatul wujud, hulul atau jabariah!.

Kita telah diajar oleh Tok kenali supaya berserah diri ( diri tidak ada), bilamana kita berseah diri, bermakan diri kita sudah tidak ada. Bilamana diri sudah tidak ada,  bagaimana mungkin boleh dikatakan bersatu atau bercantum dengan Allah?.

Orangn yang tidak menghampiri, mendekati, mengikuti pengajian ilmu makrifat sahaja yang menuduh Ilmu Tok kenali itu,, wahdatul Wujud!.

Hanya Allah yang bersifat wujud.Wujud selain dari Allah itu, adalah wujud yang tidak ada (binasa). La Maujud Bil Haqqki Illalah!.

Tok Kenali mengajar kita tentang  ilmu mati sebelum mati!. Kita ini sebenarnya sudah bersifat mati. Bilamana sudah mati, mana ada lagi bersatu, bercantum atau mana ada lagi berkonsep dua dalam satu!. Bilaman diri sudah mati, mana mungkin boleh menganut torikat wahdatul wujud?. Orang bertorikat itu, adalah orang yang belum mati!.

Sebenar-benar ilmu Tok kenali, tidak ada torikat!. Tok Kenali tidak ada torikat khusus. Beliau tidak mengajar ilmu hidup, beliau mengajar ilmu mati!. Bilamana diri sudah mati, sudah tidak boleh lagi mengaku bertorikat!. Orang yang bertorikat itu dan bertorikat ini, adalah orang yang masih berkeadaan hidup. Jika tidak keteraluan, orang yang bertorikat itu, bolehlah dikatakan  orang yang belum mati. Orang yang belum mati itu, adalah orang yang belum mengenal diri!. Ringkasnya, bolehlah disimpulkan disini bahawa, orang yang masih bertorikat itu dan bertorikat ini, bererti orang itu, adalah golongan orang yang yang belum mengenal diri!…………………Bilamana tidak mengenal diri, bererti teramat jauh dari mengenal Allah Taala…………………

Bilamana diri sudah mati, mana mungkin boleh bertorikat atau mana mungkin boleh menganut fahaman wahdatul wujud, hulul. kodariah, jabarian, muktazilah, ilmu bungkus, ilmu kaum muda dan sebagainya!.  Bagaimana nak bersatu atau bagaimana nak bercantum dengan Allah, sedang diri kita tidak !.

Biarlah orang nak tuduh apa dan biar orang nak asal kita apa, asal kita tahu dimana sebenarnya diri kita!. Sebenar-benarnya diri kita itu, adalah tidak ada.  Yang bersifat ada itu, hanya bagi Allah.

Torikat atau torik itu, bahasa arab, jika diterjemah kedalam bahasa Melayu, torikt itu, ertinya “jalan”. Jalan itu, hanya bagi orang yang hidup. Bagi orang yang mati (mati sebelum mati), mana ada lagi jalan!. Makrifat Tok Kenali itu, adalah jalan bagi yang mati, bukan jalan bagi yang hidup!. Sekiranya dirasakan diri tuan itu, masih hidup, maka semestinya ada jalan. Sekiranya diri kita itu sudah merasai mati sebelum mati, maka ianya tidak lagi menggunakan jalan.

Ilmu makrifatullah (ilmu mengenal Allah) Tok Kenali itu, adalah ilmu yang tidak memakai jalan ( tidak memakai torikat). Semua torikat itu benar belaka, asal sahaja menuju kepada Allah yang satu. Dari Kelantan menuju Kuala Lumpur, boleh saja melalui jalan Gua musang, melalui jalan Kuala Terengganu, Melalui jalan Gerik dan boleh juga melalui jalan keretapi, asal saja menuju Kuala lumpur. Jika jalan ahli sunnah waljamaah sekalipun, jika tidak sampai kepada mengenal Allah (makrifatullah), ianya tidak bererti apa-apa, melainkan sekadar nama sahaja Islam, sedangkan pada hakikatnya kita itu, adalah Kafir dan syirik kepada Allah Taala.

Ramai dari kalangan orang kita, yang mengaku bertorikat dan mendakwa bahawa torikatnya sahaja yang benar, torikat orang lain semuanya salah!. Torikat Satariah mendakwa mereka benar. Torikat Muhamadiah, mendakwa mereka benar. Torikat Ahmadiah mendakwa mereka benar. Torikat Ahu Sunnah Wal Jamaah mendakwa mreka benar. Suni mendakwa mereka benar. Syiah mendakwa mereka benar dan Wahbi mendakwa mereka benar. Semua mendakwa mereka benar, jika semuanya mendakwa yang mereka benar, mana satu yang sebetul-betul benar?.

Oleh itu, mengikut kefahaman ilmu makrifat Tok Kenali, semuanya benar belaka, janji menuju kepada Alla yang satu!.

Itek memanggil anaknya makan dalam bahasanya. Ayam memanggil anaknya makan dalam bahasanya. Harimau memanggil anaknya makan dalam bahasanya dan gajah memangil anaknya makan dalam bahasanya. Ternyata anak itek, anak ayam, anak harimau atau anak gajah, semuanya datang bila dipanggial ibunya.

Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, salahkah cara harimau memanggil anaknya makan?. Salahkan cara gajah memanggil anaknya makan?.

Oleh itu, bertorikat dan berjalanlah diatas apa jalan sekalipun, asal saja menuju kepada Allah yang satu. Jangan asyik menyalahkan orang!.

Jangan tuduh orang itu salah atau tuduh orang ini sesat. Sesungguhnya yang menuduh itu, 10 kali ganda sesat daripada orang yang dituduh sesat!.

Makrifat Tok kenali, adalah makrifat “Ihdina Sirotal Mustakin”        ( Jalan yang telah ditetapkan Allah swt)…………………………….

amin drp hj shaari

Semoga penama talian talipon 013 3536 188 beroleh faham dengan huraian ringkas itu. amin drp hj shaari.

Advertisements

7 comments on “Tuduhan Berfahaman Wahdatuk Wujud

  1. pertanyaan mendasar adalah siapa kita ????????? wahdatul wujud wahdatul wahdah dsb.. adalah fikiranh dan pandangan sahaja….. kalau tiada kita siapa yang ada ???

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s