Dimanakah Yang Dikatakan Rumah Allah?

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Tujuan besar kita menunaikan fardhu haji, adalah bertujuan untuk sampai kerumah Allah (Baitullah).

Tujuan besar kita menghadapkan hati kita kepada Kiblat, adalah bertujuan supaya tertuju kepada rumah Allah (Baitullah).

Barang siapa yang berjaya sampai kerumah Allah, akan bersih dosanya, suci putih hatinya dan terampun dosanya menjadi seperti bayi yang baru lahir.

Sayangnya tahukah kita dimana Rumah Allah?. Apakah rumah Allah itu diperbuat dari batu?. Apakah rumah Allah pernah terbakar?.. Apakah batu Hajaratul Aswat dirumah Allah itu pernah dicuri berpuloh tahun oleh tentera Rom?. Apakah rumah Allah pernah dilanda banjir. Apakah rumah Allah itu pernah runtuh. Apakah rumah Allah itu, harus ada kelambu. Orang buat rumah, mereka mendiami rumahnya, apakah Allah membuat rumah tidak didiamiNya?.

Ya Allah ya Tuhan ku, apakah ertinya semua ini?. Tidak pandaikah Engkau menjaga rumah Mu sendiri, ya Allah?. Sehingga mengharap makhluk manusia yang menjaganya?. Manusia buat rumah tetapi pandai menjaganya sendiri, apakah Engkau yang Maha Berkuasa, tidak tahu dan tidak ppandai menjaga rumah Mu ya Allah?.

Perkara-perkara ini atau elemen-elemen ini semua, adalah menjadi satu bahan bukti kepada ita yang mahu berfikir, dimanakah sebenarnya rumah Mu ya Allah?.

Ada pula terdapat dalam ayat suci Al-Quraan yang mengatakan bahawa ” Qalbu Mukmin Baitullah”. Qalbu mukminlah sebenar-benar rumah Mu. Yang mana satukah rumah mu yang sebenar ya Allah?…………………………..

Jika iapun qalbu mukmin itu sebenar-benar rumah Mu, dimanakah qalbu?. Setahu kita, qalbu itu bukan berada didalam dada dan tidak juga berada diluar dada?. Dimanakah qalbu dan dimanakah rumah Allah?……………………………..

Mari kita sama-sama mencarinya. Saya ingin tahu jawapan dari tuan-tuan, selaku peminat ilmu makrifat Tok Kenali!

Jam 7.49 pagi. 1 hb Mei hari rabu. Daripada Haji Shaari. amin

 

Advertisements

4 comments on “Dimanakah Yang Dikatakan Rumah Allah?

  1. Salam t.guru? keyakinan seseorg di mana rumah Allah itu trletak atau brada brgantung pd individu itu sndiri..jika mereka duduk pd pringkat syariat maka brkeyakinan pd ilmu dn kfahaman bhawa Alla.h itu ada Di Baitullah di Masjid dll…ttapi bg yg sudah mengenal Allah tdk skali2 menyalahkn mereka krna ilmu mereka pd tahap itu…Allah itu brada di mana2 di mana kamu menghadap di situ lh wajah Allah…brilmu makrifat itu meNyatakn bhawa Allah itu brada di kolbu para2 Mukmin tdk di luar dn di dalam…menyatakn Allah itu brtempat adalh salah dn jika di salah brkeyakinan akan mnjadi kafir..katakan lh Allah itu Esa tdk branak dn tdk di peranakan…Di mana kamu menghadap di situ lh Wajah Allah

    Like

  2. Salam tuan guru yg dihormati dan kpd semua pembaca blog ini….syukur alhamdulillah dpt kita sama2 berkongsi pandangan dr sy yg tk seberapa ini…jika tersalah minta di perbetulkan….Mengenai soalan di manakah qalbu dan di manakah rmh yg dikatakan rmh Allah…..yg sebenar inti pati bg hakikat yg sebenar-benarnya iaitu Allah itu tdk ada rumah dan tdk ada istana dan tdk ada kedudukan di mn keadaan sekali pun awal dan akhir zahir&batin sekalipun….mcm mn hendak dikatakan yg Allah itu ada tempat atau rumah sedangkan yg sebenar2 hakikat tuan empunya diri yg bernama Allah itu tdk ada…bagaimana pula yg d katakan Allah itu ada rumah dan tempat….Bg inti pati hakikat yg sebenar-benar hakikatullah….yg kita cerita ini hanyalah kulit hakikat shj?????Yg dikatakan istana Allah adalah hakikat bg insan MINALLAH yg sebenar- benarnya bg hakikat inti pati bg hakikattullah berada inti pati di dalam hakikat insan MINALLAH….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s