Pertanyaan Pertama;

Adakah hambaNya yang beriman menjadikan roh sebagai  rumah-rumah Allah itu, hanya sebagai ungkapan?

Pertanyan Kedua;

Apakah kesan dan rasanya pada jasad sebagai sarong roh, jika roh itu menjadi rumah Allah?, mohon pencerahan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Bersyukur saya kepada Allah swt, kerana dengan limpah kurnianya, pada hari ini telah memberi kekuatan kepada saya untuk menjawab pertanyaan tuan. Sebelum subuh, saya terjga dari tidur, tiba-tiba tergerak hati saya untuk menjawab pertanyaan tuan.

Semua itu, gerak siapa?, jika tidak dari Allah Taala. Sedangkan sebelumnya saya tidak berhajat untuk menjawab melalui laman sosial ini. Namun dipagi yang hening ini, dikediaman yang tidak kepunyaan ku, hati ini terdetik untuk menggerakkan jejari tua untuk menekan butang-butang dipapan litar.

Jawapan kepada persoalan pertama;

Tuan yang dirahmati Allah, Dimanakah bertakhtanya Allah, jika tidak dihati, diqalbu atau diroh?. Bertakhtanya Allah di qalbu (roh) itu, adalah perkara benar dan bukan satu unggkapan atau omong kosong!.

Persoalannya disini, dimanakah hati (hati halus), dimanakah qalbu dan dimanakah roh?. Jika tuan-tuan tidak mengenal hati, tidak mengenal qalbu dan tidak mengenal roh, bagaimana mungkin tuan-tuan tahu yang Allah itu bertakhtanya di roh (qalbu)?. Orang yang mengenal hati, mengenal qalbu dan orang yang mengenal roh sahaja, yang tahu begaimana rasanya roh bilamana menjadi rumah Allah Taala. Untuk itu, saya sarankan tuan belajar mengenal  hati dan belajar mengenal qalbu, barulah tuan akan tahu siapa itu roh. Setelah mengenal roh, barulah tuan-tuan akan tahu dimana rumah Allah?. Sekali lagi saya nyatakan disini bahawa, roh itu adalah rumah Allah adalah perkara benar!.

Jawapan kepada persoalan kedua;

Bilamana roh menjadi rumah Allah, apakah kesan dan apakah rasanya pada jasad selaku sarongnya?. Kesan atau rasa yang dialami oleh jasad bilamana didiami oleh Allah itu, adalah seperti berikut;

Sebelum itu, saya ingin tanya satu soalan, Apa yang tuan rasa bilamana rumah tuan “didatangi” oleh  pembesar negara seumpama Ketua Polis Negara atau didatangi oleh seorang Raja?.  Bilamana rumah kita akan dilawati atau didatangi oleh pembesar negara, apa yang tuan rasa dan apa yang pernah tuan terfikir?. cuba jawab…………………..

Apa lagi bilamana tuan dipanggil tinggal dan duduk di Istana Raja!. Apakah rasanya yang pernah terfikir dibenak fikiran tuan-tuan, bilamana kita dijemput tinggal dan duduk didalam istana bersama Sultan?. Cuba jawab……………….

Saya tidak perlu menjawab pertanyaan tuan, kerana tuan-tuan sendiri sudah boleh menilai dan sudah boleh menjawab!. Apa lagi bilamana roh menjadi istana Allah (rumah Allah)!. Bilamana kita berada didalam Istana Raja, tentunya Istana Raja dijaga dan dikawal rapi oleh pengawal keselamatan (keselamatan terjamin). Bilamana tinggal, duduk dan makan minum didalam Istana Raja, tentunya tidak putus bekalan makanan,  sudah tentu terjamin makan minum, pakainya, keselamatannya, kesihatannya, keuwangannya, kawalannya dan berbagai-bagai kebahagiaan dan kenikmatan!.

Bilamana kita tinggal diIstana raja, sudah tentu kita akan merasa aman, rasa bahagia, rasa bersesar hati, rasa tidak takut, rasa selesa, rasa puas, rasa terjamin dan rasa segala macam rasa. Apa lagi bilamana jasad yang busuk, hanyir, najis, kotor dan jasad yang hina ini, duduk dan tinggal diIstana Allah (bersama Allah!), cuba tuan-tuan bayangkan?……………………….

Bilamana kita mengenal hati, mengenal qalbu dan mengenal roh, bererti tuan-tuan sudah mengenal diri. Bilamana kita mengenal diri dengan rata,  sudah tentu tuan mengenal Allah yang nyata!. Bilamana mengenal Allah dengan nyata, maka nyatalah qalbu (roh) itu, sebagai rumah Allah!.

Dalam rumah Raja (Istana Raja), terdapatnya peti ais, alat penghawa dingin, sofa empok, tilam empok, ada talivision besar, bilik besar, makanan lazat, taman yang indah dan dayang-dayang yang cantik-cantik, apa lagi jika tinggal dirumah Allah bersama Allah!.

Bilamana Allah mendiami qalbu kita, mendiami hati kita atau bilamana Allah mendiami roh kita, “jasad”  kita akan didatangi rasa redha, rasa sabar, rasa tenang, rasa, aman, rasa bahagia, rasa selamat, rasa bertimbang rasa, rasa tidak dengki, rasa tidak khianat, rasa tidak sanggup menipu, rasa tidak sampai hati menzalimi sesama makhluk, rasa tidak mendurhaki ibu bapa, rasa tidak sanggup mengingkari janji, rasa tidak bimbang jika ditimpa sakit, tidak mengeluh bilamana tidak dibayar hutangn, rasa tidak kedekut untuk menghulur derma, tidak berat tulang untuk membantu orang, rasa kasih kepada anak isteri, rasa berkasih sayang kepada sesama makhluk manusia  mahupun kepada binatang, tidak tendang kucing bilamana kucing mencuri ikan dibawah saji  dan tidak menyesal atau tidak mudah putus asa atas rahmat Allah.

Bilamana Allah duduk bertakhta dan duduk mendiami diqalbu (roh) kita, Jasad tidak tergamak mencaci cerca orang, tidak tergamak membuka aib orang, tidak sampai hati menyerang peribadi orang, tidak menuduh orang itu jahat atau buruk, tidak membantah keputusan yang telah dipilih rakyat, tidak membantah keputusan yang telah ditakdirkan oleh Allah melalui tangan-tangan manusia, tidak keluar membuat kacau dibandar-bandar, tidak menentang kerajaan, tidak membakar bendera-bendera dan tidak menjatuhkan kerajaan yang telah ditakdirkan Allah. Tidak menuduh kerajaan itu salah, kerajaan itu silap atau tidak menuduh kerajaan itutipu, tidak mengaku yang kerajaan kita sahaja yang benar, yang baik atau yangn elok!.  Orang yang hatinya diduduki Allah itu, adalah hati yang redha, ikhlas dan membenarkan dengan apa yang telah ditetapkan Allah!.

Inilah kesan atau rasa kepada jasad hasil dari rumah yang diduduki atau didiami Allah. amin daripada Haji Shaari

 

 

Advertisements

7 comments on “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s