Martabat Tujuh, diubah suai sehingga muka surat 7

Martabat Tujuh

  Martabat tujuh itu, terdiri dari;

1)     Martabat Ahadiyah

2)     Martabat Wahdah

3)     Martabat

4)     Arwah

5)     Misal

6)     Ajsam

7)     Insan

Tuan-taun dan puan-puan  yang dirahmati Allah sekalian. Sampailah masanya untuk kita sama-sama mempelajari ilmu dalam bidang “martabat tujuh”. Ramai yang bertanyakan ilmu ini, kerana kelihatannya semacam hebat dan tinggi. Untuk megentahui kehebatan dan ktinggianya, mari kita sama-sama menuntutnya.

Ketahuilah oleh mu duhai saudara-saudara seagamaku, bahawa Allah itu, adalah Allah yang wajibal wujud iaitu Allah yang meliputi sekalian wujudnya alam. Allah itu, adalah Allah yang benar-benar ada (wujud) dan benar-benar nyata!.

Wujud atau adanya Allah itu, adalah wujud yang mutlak, iaitu wujud tanpa bentuk, tanpa sempadan, tanpa suara, tanpa huruf, tanpa jirim, tanpa jisim dan wujudnya Allah itu, adalah wujud yang tanpa had. Allah itu, dekat tidak bersentuhan dan jauh tidak berantara.

Pun begitu, Allah telah menzahirkan diriNya dalam bentuk yang berbagai. Iaitu menzahirkan diriNya dalam bentuk seumpama pakaian yang berbagai, bermacam-macam dan berbilang-bilang dalam keEsaan. Seumpama pelangi yang berbagai warna itu, bagi menzahirkan matahari yang satu. Allah itu berbilang pada namaNya, dalam AfaalNya, dalam asmaNya dan berbilang dalam zatNya, namun satu dalam keEsaanNya! (berbilang yang terhimpun dalam yang satu).  Itulah makanya wujud ilmu martabat tujuh!.

Allah itu, adalah Allah, yang tidak boleh didalil-dalilkan oleh pencapaian akal. Allah itu adalah Allah, yang tidak boleh ditanggkap, diungkap, difikir, dilojik, dibayang, dikhayal atau diraba oleh kebijaksanaan pancaindera akal.

Dalam karangan kitab-kitab terdahulu, ramai para ulamak yan menggunakan perkataan “zat Allah”,  seumpama perkataan yang mengatakan bahawasanya “Allah itu bediri dengan zatnnya” atau perkataan “Allah dengan zatnya” dan berbagai-bagai tafsiran yang disebut dengan perkataan “zat”.  Dalam ilmu Tok Kenali, perkataan zat Allah itu, pengunaan perkataan “zat” tidak digalakkan. Kebimbangan menjadi khilaf kita mentafsirkannya. Allah bukan sifat, Allah bukan nama, Allah bukan asma’ dan Allah bukan zat!. Perkara atau nisbah zat, sifat, afaal dan asama’ itu, adalah tergolong dalam golongan ciptaan Allah, iaitu anasir yang bersifat atau yang dikatakan makhluk!. Jika kita bersifat Allah juga bersifat. Jika kita berafaal Allah juga berafaal. Jika kita berasma’ dan Allah juga berasma’ dan bilamana kita berzat dan Allah juga berzat, apa bezanya zat kita dengan zat Allah, bilamana sama-sama ada zat?. Jika kita ada zat dan Allah juga ada zat, apa bezanya kita dengan Allah?………………………….Perkara zat itu, adalah perkara ciptaan Allah, sebagaimana perkara sifat, afaal dan asma’.

Bilamana kita sebut perkara sifat, kita mengaku bahawa sifat itu, adalah makhluk. Bilamana kita sebut perkara asma’, kita mengaku yang asma’ itu, adalah makhluk. Bilamana kita sebut perkara afaal, kita mengaku yang asma’ itu adalah bersifat makhluk. Tetapi bilamana sampai kepada perkara “zat”, kenapa kita mengatakan yang Allah juga ada zat?…………………Tidakkah 4 anasir (zat, sifat, afaal dan asma) itu,  anasir makhluk, kenapa sampai kepada zat, kita tamsil kepada Allah, kenapa, kenapa dan kenapa?, cuba jawab?……………………

Itulah makanya dalam pengajian ilmu makrifat Tok Kenali, beliau tidak menggunakan perkataan zat Allah……………………………………Allah itu, adalah Allah, yang sifatnya bersalahan dengan sifat-sifat yang baharu!. Ingat itu, ……………………………………

Erti atau makna pekataan “zat” itu, adalah bermaksud “suatu perkara yang tiada iktibar” “ suatu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal”. Bukannya bererti perkataan “zat Allah itu, bermaksud Allah itu ada zat, Allah tidak ada zat. Perkataan zat Allah yang selalu kita sebut-sebut itu,  bukan bererti Allah itu, ada roh, bukan bererti Allah itu, ada sesuatu didalam diriNya dan bukan bererti Allah itu, ada megandungi sesuatu dalam tubuhnya. Dalam diri Allah itu, tidak ada sesuatu, tidak ada sifat, tidak ada nama, tidak ada afaal dan tidak ada zat. Allah itu, adalah Allah.

Adapun pemakaian perkataan “zat” oleh sesetengah ulamak atau oleh sesetengah pengarang-pengarang itu, adalah bagi mengambarkan bahawa Allah itu, tidak ada iktibar, tidak dapat dijangkau oleh akal, tidak dapat difikir oleh otak, tidak dapat dibayagkan oleh kata-kata dan sebagainya, itulah maksud, erti dan makna kepada perkataan “zat Allah” dan bukannya bilamana disebut perkataan  “zat Allah”, ianya bererti Allah itu ada zat. Ingat itu……………………………..

Ramai yang tidak faham erti perkataan zat. Kita boleh sebut perkataan zat tetapi jangan pula tersalah tafsir dan jangan pula di erti kepada Allah (kerana Allah itu, adalah Allah yang tidak umpama dengan suatau umpama). Allah itu adalah Allah, tidak ada sesuatu yang berdamping denganNya. Allah berdiri dengan sendirinya, tanpa didatangi, ditumpangi, disertai, diwakili atau dijelmakan oleh bayangan zat!. Apakah Allah itu masih memerlukan zat untuk Dia hidup atau apakah Allah itu masih berkehendakkan kepada sesuatu yang lain bagi menghidupkanNya. Itu makanya Tok Kenali, jarang menggunakan bahasa zat Allah, kebimbangan tersalah faham dan tersalah erti. Itulah makanya saya tidak mahu menggunakan bahasa atau perkataan zat Allah (perkara yang tiada iktibar). Ingat pesanan itu, ini adalah pesananan para guru-guru terdahulu!. Selepas kita faham apa itu ertinya zat, baru boleh kita guna perkataan itu!.

Selain dari Allah itu, adalah makhluk yang bersifat baharu, Setiap sifat yang baharu itu, tidak boleh mengenal dan tidak boleh mengetahui sesuatu yang baqa’ (yang kekal). Segala yang baru itu, sifatnya adalah binasa!. Barang atau perkara yang binasa, tidak boleh mengenal atau mengapai sesuatu hal yang baqa’. Yang baharu itu, hanya dapat mengenal atau hanya dapat menangkap perkara yang baharu. Hanya baqa’ sahaja yang dapat mengenal dan yang dapat menaggkap yang baqa’!.

Makhluk adalah suatu yang bersifat baharu, sesuatu perkara yang baru itu, tidak boleh sama sekali mengenal Allah yang kekal (qadim), biarpun Allah itu dekat dan terang. Hanya Allah yang dapat mengenal Allah!. Barang siapa yang membawa dirinya untuk mengenal Allah, sesunguhnya itu, adalah suatu pekerjaan yang sia-sia, bodoh dan suatu perkara yang menghabiskan usia dan menghabiskan waktu!.

Diri yang mutlak (qidam dan baqa’) itu, ingin sekali memperzahir dan memperkenal akan diriNya, agar dapat dikenal oleh sekalian makhukNya,  melalui apa yang dikatakan  atau lebih dikenali dengan panggilan bahasa “martabat tujuh”.

Pertama: Martabat Ahadiyah

Soal: Apakah erti martabat Ahadiyah?.

Jawab: Martabat ahadiyah itu, ertinya alam “keEsaan Allah”.

Martabat ahadiyah itu, adalah alam Allah bersendiri (tunggal). Adanya Allah semasa dialam ini, adalah Allah tanpa adanya sesuatu disampingnNya. Iaitu alam sebelum kejadian, yang dipanggil dengan nama martabat ahadiyah (martabat sebelum martabat atau alam sebelum kejadian). Semasa dialam ini, Allah bersendirian dengan diriNya sendiri!.

Soal: Selain nama martabat ahadiyah, apakah ada nama lain?

Jawab: Ada. Selain nama martabat ahadiyah, martabat ini juga dikenalil dengan panggilan nama alam “la ta’yin” (alam sebelum kejadian atau martabat sebelum martabat). Iaitu alam semasa Allah bersendirian dengandiriNya sendiri.

Penerangan:

Maksud, atau makna “la at’yin” itu, adalahbererti martabat sebelum kejadian (martabat sebelum adanya martabat) atau (alam sebelum alam).Iaitu martabat Allah semata-mata (semata-mataAllah dengan diriNya). Iaitu alam tanpa bercampur dengan yang lain selain Allah (diketika itu Allah semata-mata atau semata-mata Allah). Alam atau martabat diwaktu ini, adalah alam yang dipanggil dengan nama “alam la ta’yin atau mertabat ahadiyah!”. Alam atau martabat ahadiayah itu, adalah alam keesaan yang murni (ketunggalan yang tunggal), iaitu alam yang tidak bercampur dengan ciptaan lain.

Contoh:

Bagi mempermudahkan faham, saya sediakan dengan contoh-contohnya sekali!.Untuk mempermudahkan faham, Martabat ahadiyah itu, boleh digambarkan bahawa Allah dimasa itu, adalah Allah yang duduk secara bersendirian (keseorangan). Semasa itu, Allah tidak ada negeri untuk memerintah, Allah tidak ada istana untuk dijadikan tempat tinggal, Allah tidak ada takhtak untuk memerintah, Allah tidak ada rakyat untuk diperintah dan dimasa itu Allah tidak ada teman untuk bual bicara.

Peringatan kepada golongan feqah:

Sebelum itu, saya ingin memberi peringatan kepada golongan feqah, supaya tidak menimbulkan fitnah!. Contoh atau kiasan saya ini, jangan pula disalah ertiatau disalah tafsir oleh golongan feqah. Ini adalah kiasan akal semata-mata, supaya kita mudah faham bilamana menuntut ilmu. Ramai para ulamak terdahulu yang tidak mahu menghurai bab-bab seumpama ini, tambahan pula yang bersangkutan dengnan ilmu makrifat. Sebab apa ramai ulamak makrifat yang meyembunyikan ilmu makrifat?. Sebab ramai guru-guru terdahulu meyembunyikan ilmu makrifat itu, adalah kerana takut kepada fitnah orang-orang feqah!. Orang makrifat atau guru-guru makrifat itu, adalah guru yang bukan takut kepada Allah, tetapi lebih takut kepada orang feqah. Allah tidak bersifat menabur fitnah, tetapi sifat yang menabur fitnah itu, adalah orang-orang feqah. Kebimbangan diambil kesempatan oleh orang feqah menabur dan mambuat fitnah.

Orang feqah itu, bukan membaca ilmu bertujuan untuk mendapatkan ilmu, melainkan mereka membaca ilmu makrifat itu, adalah semata-mata bertujuan untuk menabur fitnah dan menuduh sesat!. Ramai ulamak terdahulu mati (dihukum bunuh) kerana lidah atau kerana fitnah orang feqah.Seumpama Mansur Al-Halaj, seumpama Syaikh Siti Jenar, Hamzah fansuri, syaikh Ahmad Al-Fatani atau seumpamanya.

Orang feqah itu, pantang melihat atau mendengar perkataan Allah ada negeri, Allah ada istana dan Allah ada rakyat. Timbullah didalam hatinya perasaan sombong dan anggkuh dengan ilmu yang ada didadanya, bahawa ilmu yang ada didadanya sahaja yang lebih alim dan yang lebih tinggi, lalu menuduh ilmu makrifat itu, sesat dan salah. Dalam kesempatan ini, saya ingin menyeru dan mengajak kepada kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, cukup-cukuplah menfitnah guru-guru yang berilmu makrifat. Jika semuanya guru makrifat itu kita fitnah, dimana lagi kanku cari ganti?. Bilamana guru itu meningal dunia, sudah tentu membawa pergi bersama dengan ilmunya sekali, oleh itu, dimana lagikan dicari ganti. Yang masih tersisa dan yang masih berbaki ini, tuntutlah sebelum ianya pergi meninggalkan kita selama-lamanya!. Sebagaimana meninggalnya guru-guru terdahulu!………………………

Pilihan saya:

Namun bagi saya, saya lebih rela memilih jalan mati atau lebih rela memilih jalan dibunuh, daripada membiarkan umat Nabi Muhamad bergelimang dengan dosa syirik!.

Tujuan Belajar Ilmu Martabat Ahadiyah:

Tujuan kita belajar setiap ilmu itu, adalah bertujuan untuk tahu dan beramal. Apa gunanya setakat ilmu tahu sahaja tanpa diamalkan?. Untuk itu, segala contoh yang saya beri itu, adalah tamsil akal, semata-mata bertujuan untuk mempermudahkan akal memahaminya.

Sambung semula perbicaraan  Ilmu Martabat Ahadiyah:

Mari kita sambung bab yang membicarakan soal alam ahadiyah. Setelah Allah bersendirian semasa dialam ahadiayah. Lalu Allahpun mula terfikir untuk membena sebuah negeri dan sudah mula terfikir untuk membuat istana. Perkara membena negeri dan mendirikan istana itu, dinamakan alam wahdah. Hal atau peristiwa Allah semasa dialam ahadiyah itu, tidak banyak untuk dibicarakan. Untuk mengetahui cerita selanjutnya, mari kita sama-sama belajar alam wahdah, apakah itu martabat wahdah?.

Kedua : Martabat Wahdah.

Soal: Apakah erti Martabat Wahdah?.

Jawab: Martabat wahdah itu, ertinya alam “ilmu Allah”.

Penerangan:

Martabat wahdah ini, adalah alam Allah. Alam Allah yang beserta dengan ilmuNya (alam Allah beserta dengan ilmuNya). Allah semasa dialam itu, mula untuk menzahirkan ilmuNya, membena ilmunya atau mula ingin menjana ilmunya. Sebelum kita meneruskan untuk membicara bab martabat wahdah (bab yanng kedua), apa kata kita imbas kembali alam dimartabat ahadiyah (bab alam pertama) buat seketika.

Mari kita imbas kembali alam ahadiyan (alam pertama Allah) buat seketika. Allah semasa dialam mula-mula, iaitu dimasa alam martabat ahadiyah, sememangnya Allah itu, sudah ada ilmu, sudah sedia berilmu (sudah berilmu), tetapi ilmu Allah dimasa itu, Allah belum guna, belum diguna pakai, belum diperzahirkan, belum diterjemah  atau dalam bahasa mudah, Allah belum memikirkannya!. Allah dimasa itu, tunggal setunggal-tunggalnya!. Iaitu alam yang belum ada apa-apa martabat (martabat sebelum martabat).

Sesudah alam ahadiyah, baru Allah mula memikir atau mula menjelmakan ilmu dalam fikirannya. Setelah Allah mula memikirkan ilmu dalam fikirannya, itulah yang dikatakan martabat wahdah!. MAHA SUCI ALLAH DARI KIASAN, PERUMPAMAAN ATAU TAMSIL!. Sekadar memberi faham!………………………………

Disinilah bermulanya kerea Allah (dalam bahasa loghat kelantan). Kerea Allah itu, adalah bermaksud bermulanya aktiviti Allah, bermulanya kerja Allah atau bermulanya Allah berfikir dalam fikiran ilmuNya!. Allah semasa dialam ini, kerjaNya adalah memikir, iaitu memikirkan sesuatu ilmu atau mencadangkan sesuatu “ilmu dalam ilmuNya!”.  Berfikir Allah itu dalam akal ilmunya, dalam fikiran ilmuNya atau lebih dikenali dengan bahasa “Allah didalam Allah, Ilmu didalam ilmu dan cahaya diatas cahaya!”……………………….

Soal: Apakah alam martabat wahdah itu, ada nama yang lain?.

Jawab: Memang martabat wahdah itu, ada dipanggil dengan panggilan nama yang lain.

Soal: Apakah nama yang selain itu?

Jawab: Nama selain daripada panggilan martabat wahdah itu, ia juga digelar dengan panggilan nama alam “ta’yin awal” (kenyataan yang pertama atau nyata pertama).

Alam pada martabat wahdah itu, adalah alam Allah dengan ilmuNya iaitu lebih dikenali dengan panggilan nama alam “ilmu Allah”. Alam wahdah, alam ta’yin awal atau alam ilmu Allah itu, adalah alamdimana Allah dengan ilmuNya. Alam dimana Allah dengan ilmuNya yang belum perpisah, terpisah dan belum bercerai dari diri Allah. Dalam bahasa mudah, bolehlah kita bahasakan (masih kekal (qadim) ilmu Allah didalam akal Allah). Ilmu yang belum terzahir, terpisah atau bercerai dengan Allah. Allah dengan ilmuNya, seumpama belum berpisah, belum terkeluar, belum terzahir, belum berenggang, belum terbit atau belum dirialisaikan!.

Alam pada martabat ini, adalah alam dimana Allah belum menzahirkan ilmuNya.  Dengan erti kata lain, ilmu Allah belum keluar!. Iaitu  dimasa Allah menzahirkan ilmu dalam dirinya sendiri (dimana semasa itu, ilmu Allah belum terbit!). Alam ilmu yang belum dapat dibeda-bedakan, belum diasing-asing atau belum dicerai-ceraikan lagi!. Jika diumpamakan roti, adalah roti yang belum dipotong-potong atau seumpama roti yang masih berketul.

Selain nama “ta’yin awal”, martabat wahdah ini juga, disebut dengan pangilan martabat “kunhi zat” (yang ada hanya yang ada). Ada setengahnya menyebut dengan sebutan martabat “syu’un zatiyah” (pekerjaan yang tidak dapat diiktibar).

Zat ertinya sesuatu perkara yang tidak dapat diiktibar!. Ada juga yang memanggil martabat ini dengan pangilan martabat “hakikat muhamadiyah” (Syuhudul wahdah fil wahdah). Iaitu daripada satu kepada yang satu. Iaitu penzahiran ilmu dalam diriNya!.

Dalam martabat atau dalam alam ini, segala-galanya sudah zahir dalam ilmu Allah (zahir dalam ilmu). Martabat “wahdah” ini, sudah ada sifat yang bernama sifat, sudah ada perbuatan yang bernama afaal, sudah ada nama yang bernama asma dan sudah ada zat yang bernama Nur Muhamad (roh). Iaitu adanya segala itu, dalam ilmu Allah. Segalanya sudah wujud (ada) secara ijmal atau ujud secara terhimpun dalam ilmu Allah yang yang satu.

Martabat wahdah itu, adalah alam ilmu Allah yang belum terpisah, terasing atau belum bercerai antara satu dengan yang lain. Itulah zat, itulah sifat, itulah nama dan itulah afaal. Seumpama yang terkandung didalam biji benih!.

Maksud tak terpisah disini, adalah seumpama tidak terpisahnya api dengan panasnya, ibarat madu dengan manisnya, ibarat bunga dengan harumnya, asap dengan apinya, garam dengan masinnya dan seumpama ibarat Allah dengan Muhamad (tak terpisah dan berpisah).

Alam mertabat wahdah ini, adalah alam dimana hakikat sebenar-benar Muhamad. Muhamad yang masih tersimpan dan masih tersembunyi dalam rahsia Allah, dalam ilmu Allah atau dalam sir Allah. Alam atau martabat ini juga, ada digambarkan sebagai “jauhar awal” (cahaya awal). Jauhar itu, ertinya cahaya manakala awal itu, ertinya pertama. Bilamana perkataan  itu digabungkan, maka jadilah jauhar awal itu, ertinya cahaya awal. Jika kita usulkan lagi, yang awal dan akhir itu siapa, jika bukan Allah!…………………………………………

Hakikat Muhamad dalam ilmu martabat wahdah!

Soal: Bilakah masa mula terzahirnya Nur Muhamad (hakikat muhamad).

Untuk menjawab makna, erti atau maksud Nur Muhamad atau hakikat muhamad, bukanlah ini tempatnya dan bukanlah dalam tajuk ini, kerana ia memerlukan kupasan yang panjang lebar, yang lebih panjang dan lebih lebar dari cerita bab martabat tujuh. Untuk itu, saya terpaksa kecilkan skop tajuk ini dengan hanya menjawab soalan-soalan yang berkenaan bab martabat tujuh sahaja. Bab hakikat muhamad atau nur muhamad, kita akan jawab dalam bab atau tajuk yang khusus.

Jawab: Mula terzahirnya Nur Muhamad itu, adalahh pada zaman atau semasa peringkat alam wahdah (alam ilmu Allah). Nur Muhamad itu, tercipta, terjadi dan terzahir semasa dizaman alam ilmu Allah (martabat wahdah).

Terjadinya Nur Muhamad itu, adalah suatu kejadian yang tidak bercerai dengan ilmu Allah.  Dalam bahasa lain, boleh dikatakan bahawa, Nur Muhamad itu, adalah ilmu Allah yang tidak lain dari Allah jua (iaitu tidak ain dari diri Allah sendiri).

Soal: Apakah nur muhamad itu ada nama yang lain?.

Jawab: Selain dipanggil dengan pangilan nama Nur Muhamad itu, nur muhamad itu juga, dipanggil denngan nama “Jauhar awal” atau “cahaya awal”. “Hakikat Muhamad” atau muhamad awal atau awal Muhamad atau jauhar muhamad atau ilmu Allah itu, adalah perkara sama, cuma berbeza dari segi sebutan sahaja!.

Jika tidak keberatan, izinkan saya menyatakan yang keras dan berat sikit, sungguhpun keras atau sungguhpun berat, saya terpaksa nyatakan disini, supaya umum boleh tahu duduknya perkara. Jika itu disembunyi dan ini disembunyi, itu disekat, ini disekat, itu digantung dan ini digantung, sampai bila kita nak tahu dan sampai bila kita nak faham ilmu martabat tujuh?. Ilmu Tok Kenali, tidak ada sembunyi-sembunyi, tidak ada gantung dan tidak ada yang dirahsiakan!. Segala ilmu Tok Kenali dan Ilmu muridnya Mohh Yusof Cik Wook, telah dan akan dinyatakan dengan terang dan dengan sejelas-jelasnya. Tinggal lagi terpulanglah kepada tuan-tuan untuk megambil faham. Kerana yang memberi faham itu, bukan saya, bukan Mohd Yusof dan bukan Tok kenali, yang memberi faham itu, adalah kerja Allah. Kerja saya adalah meyampaikan (bertablik), manakala sesungguhnya yang memberi faham itu, adalah Allah (kerja Allah).

Yang agak  keras bunyinya adalah, perkataan “Muhamad itu, adalah pertamaNya!”. Jika tuan-tuan faham akan maksud perkataan “pertama dan perkataan Muhamad” itu, sesungguhnya akan membawa tuan-tuan kepada mengenal siapa sebenarnya Muhamad, siapa  awal Muhamad, siapa akhir muhamad?. Setelah mengenal awal Muhamad dan mengenal akhir muhamad, dengan sendirnya tuan-tuan akan  mengenal sebenar-benar diri. Seterusnya akan dapat mengenal Allah dengan nyata senyata-nyatanya. Tuan-tuan akan mengenal Alah, dengan hanya melalui perkataan  “pertama”. Perkatan pertama, sudah cukup membawa kita kepada jalan mengenal Allah Taala (bagi yang faham)!. Perkataan itu, adalah perkataan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi!.

Soal: apakah maksud jauhar?

Jawab: Jauhar itu, ertinya cahaya, manakala cahaya yang pertama atau jauhar yang pertama itu, adalah cahaya Muhamad (nur Muhamad). Cahaya atau jauhar atau nur Muhamad itu, adalah cahaya yang paling suci, cahaya yang Mahasuci dan cahaya Allah itu sendiri!. Inilah yang selalu kita dengar orang menyebut cahaya diatas cahaya. Tetapi sayangnya kita tidak faham apa itu cahaya atas cahaya!. Adapun cahaya diatas cahaya itu, itulah sebenar-benar Nur Muhamad.

Cahaya diatas cahaya atau nur muhamad itu, adalah isinya segala kejadian alam (makhluk)!. Iaitu bermulanya segala kejadian dan terjadinya segala kehidupan yang melata ini. Nur Muhamadlah bermula terjadinya segala sesuatu, termasuklah kejadian Junjungan Besar Nabi kita Muhamad saw.!.

Jika boleh saya umpamakan disini. Allah itu seumpama tangan tuan-tuan yang menulis(alam ahadiah). Manakala huruf titik atau huruf nokhtah itu, adalah nur muhamad (cahaya diatas cahaya). Perkataan dari huruf itu, adalah perumpamaan makhluk. Allah maha suci dari perumpamaan!. (perumpamaan ini adalah semata-mata bagi mempermudahkan faham), bukannya bermaksud tangan itu, Allah).

Soal: Apakah kedudukkan Fahaman Orang Feqah terhadap ilmu makrifat?.

Jawapan: Kepada orang feqah, terlebih dahulu saya minta maaf. Bukannya saya berhajat untuk memperkecil atau memperlekeh orang-orang feqah, kerana saya dahulupun berasal dari orang yang berpengajian feqah. Sungguhpun saya dahulunya berasal dari orang yang berfahaman feqah tetapi saya tidak terus duduk berkekalanselamanya dalam berfahaman feqah. Hari demi hari, saya belajar, saya belajar dan saya belajar untuk mempertingkatkan kefahaman saya. Sehinggalah sekarang, saya telah boleh dikatakan berjaya menjadi orang yang sampai kepada tahap ilmu kemuncak, iaitu ilmu hakikat dan ilmu makrifat!.

Harap orang feqah jangan cepat melatah atas apa tulisan yang saya catatkan ini!. Baca dulu, baru buat tuduhan. Sesetengah orang feqah itu, baca satu baris ayat, sudah mula menuduh orang itu sesat dan orang ini salah.

Sehubungan dengan itu, dari pengalaman yang sudah-sudah selama saya menjadi penulis dan pengarang kitab, saya telah banyak mendapat tuduhan seumpama itu!. Jika bacaan tuan-tuan hanyalah sekadar untuk melontarkan tuduhan sesat, adalah lebih baik orang feqaah, jangan sekali-kali baca tulisan saya, kebimbangan menimbulkan fitnah!. Jika bacaan tuan-tuan (orang feqah) hanya sekadar untuk menuduh sesat dengan ilmu yang tuan-tuan belum mengalami, belum faham dan belum duduk pada ilmu ini, adalah terlebih baik jangan dibaca kitab karangan saya.

Saya perharamkan, saya tidak izin dan saya tidak halal dunia dan akhirat ilmu penulisan saya ini dibaca oleh orang feqah, jika semata-mata hanya ingin mencarai  kesalahan dan jika hanya ingin menuduhan sesat secara melulu.

Yang saya peliknya orang-orang feqah ini, adalah mereka-mereka itu, hanya tahu menuduh sesat dan hanya tahu menuduh salah, sedangkan ilmu yang mereka tuduh sesat atau ilmu yang mereka tuduh salah itu, bilamana diminta tunjuk ajar atau diminta buat penjelasan, “mereka sendiri tidak tahu, mereka sendiri tidak faham, mereka sendiri tidak pernah belajar  dan mereka sendiri tidak arif”.Yang mereka tahu, yang mereka faham dan yanng mereka arif, hanyalah dalam bidang membuat tuduhan!.Bilamana diminta buat penjelasan dan bilamana diminta buat pencerahan tentang tuduhan yang dilemparkan salah atau sesat itu, mereka sendiri tidak tahu!. Nasihat saya kepada orang-orang feqah (kerana saya dulu juga orang feqah), jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga!.

Penulisan, karangan dan juga berbahasa yang saya karang ini, bukan berbahasa dengan bahasa feqah!. Adapun bahasa karangan saya ini, adalah bahasa makrifat, bahasa rohani dan bahasa jiwa!. Iaitu bahasa orang-orangn makrifat!. Jika tuan-tuan tidak sampai kepada makam pengajian ilmu makrifat, jangan sekali-kali hendaknya menuduh orang itu sesat atau orang ini salah!.

Kefahaman orang-orang makrifat itu, bukan lagi sebagaimana fahaman atau iktikad orang feqah, yang hanya mencari faedah. Iaitu mencari faedah pahala, faedah syurga, faedah ganjaran, faedah balasan syurga atas apa pekerjaan ibadah yang dikerjakannya!. Ingin megambil faedah, ganjaran atau ingin megambail kesempatan dari amalannya. Apa sahaja amalan yang diperbuatnya, pasti mengira dan menghitung pahala atau ganjaran!. Ibadah yang diperbuat, dilakukan dan yang dikerjakan oleh golongan feqah itu, semuanya bergantung harap kepada syurga.Dalam setiap kerja-kerja amal, mereka hanya nampak syurga dan hanya nampak neraka. Seandainya tidak ada syurga atau neraka, berkemungkinan orang feqah tidak akan melaklukan amal ibadat!. Orang feqah hanya tahu melakukan sesuatu kerja amal ibadah itu, hanya kerana takut kepada neraka dan hanya kerana berhajat kepada syurga. “Bukan kerana takut kepada Allah dan bukan kerana berhajat kepada Allah”.Jika seandainya tidak ada syurga atau neraka, seolah-olah tidak perlu beribadat!.

Soal: Bagaiman iktikad hati orang feqah dalam perkara ingat kepada Allah?

Jawapan: Orang feqah, bilamana menyebut nama Allah, mereka hanya tahu menyebut nama, tanpa mengenal tuan yang empunya nama. Bilamana menyembah Allah, hanya sekadar meyembah perkataan nama (Allah), sedangkan tuan yang empunya nama, tidak pernah mereka kenal. Tetapi bilamana bercakap mereka sahaja yang betul, ilmu orang lain semuanya sesat dan salah!.

Orang feqah hanya tahu menuduh orang sesat, sedangkan mereka tidak sedar, yang bahawasanya mereka itulah yang golongan yang teramat sesat dari yang orang yang sudah sesat! dan mereka itulah golongan-golongan orang yang terpaling buta dari kalangan orang yang sudah buta!.

Untuk itu, saya tidak izin, tidak benar dan tidak halal dari dunia sampai ke akhirat, orang-orang feqah membaca karangan saya. Mereka membaca bukannya untuk mendapat ilmu, tetapi demi untuk menabur fitnah dari kejahilan diri mereka sendiri!. Bilamana saya tabur emas dan tabur jagung kepada orang feqah, melainkan jagung juga yang dipilih buat makanan!. Seumpama mencurah air didaun keladi.

Setelah kita faham dan mengenal ilmu makrifat, hati kita tidak lagi marah atau kecil hati kepada orang feqah. Kerana segala sesuatu itu, adalah datangnya daripada Allah. Orang feqahpun datang daripada Allah dan orang makrifatpun datang daripada Allah jua. Orang faham dan orang yang tidak fahampun, adalah datangnya daripada Allah!. Kita sama-sama datang dari Allah dan memainkan peranan masing-masing!.

Soal: Apakah Kedudukkan Iktikad hati Orang Makrifat!.

Adapun bahasa percakapan orang makrifat atau bahasa karangan orang makrifat itu, adalah bahasa yang datangnya dari lubuk hati orang yang sudah mati (mati sebelum mati), bahasa yang datangnya dari lubuk hati orang yang sudah kosong dan bahasa yang datangnya dari lubuk hati orang-orang yang sudah berserah diri kepada Allah Taala!.

Seni bahasa, seni kata atau seni perkataan orang-orang yang sudah mecapai tahap ilmu makrifat yang sebenar-benar makrifat itu, bahasa mereka itu, adalah bahasa orang yang sudah mati, orang diri yang sudah terjual kepada Allah, bahasa qalbu dan bahasa jiwa. Bahasa-bahasa seumpama ini, tidak akan dimengerti oleh kebanyakkan orang yang tidak ada seni makrifat!. Makrifat itu, adalah juga salah satu cabang seni, sebagai mana seniman!.

Orang makrifat itu bilamana bercakap, bilamana berceramah, biamana bertutur atau bilamana mengerang kitab, mereka menggunakan bahasa makrifat!.Iaitu bahasa diri yang sudah tergadai kepada Allah. Seumpama, dulunya kita pakai rantai emas, kerana kengkangan kemiskinan, kini rantai emas itu, telah kita gadai kepajak gadai, setelah rantai emas itukita gadai, apakah lagi boleh dipakai barang yang sudah tiada?. Cuba jawab pertanyaan saya, setelah kita gadai barang kemas itu ke pajak gadai, apa boleh dipakai lagi?. Begitulah diri orang makrifat!.

Diri orang makrifat itu, adalah seumpama barang gadaian. Sekali kena gadai, bererti tergadai buat selamanya!. Tidak akan sekal-kali ditebus kembali. Bilamana diri sudah tergadai dan terjual, mana ada lagi emas (diri), bilamana diri sudah tidak ada, disitulah lahirnya bahasa seni, bahasa jiwa, bahasa hati dan bahasa qalbu!. Contoh atau umpama bahasa diri yang mati, diri yang kosong dan diri yang sudah terjual itu, adalah seupama ayat-ayatang didalam kitab yang tuan-tuan baca ini. Dibawah ini, jawapan kepada pertanyaan diatas.

Jawapan:Iktikad orang makrifat itu, adalah iktikad yang putus!. Tidak lagi megambil faedah atas amal, melainkan dari Allah kepada Allah!. Malahan perkatan “dari Allah” dan perkataan “kepada Allah” itu, adalah perkataan orang yang hidup. Bagi diri yang sudah mati, sebagaimana diri orang makrifat, mereka sudah terasa malu untuk melafazkan perkataan “dari Allah  dan perkataan kepada Allah”. Mana ada lagi perkataan “dari atau perkataan kepada” bagi orang mati!.  Orang yang sudah mati, tidak ada lagi perkataan!. Melainkan Allah,, Allah, Allah……………………………….

Inilah yang dikatakan bahasa-bahasa seni, bahasa jiwa, bahasa hati atau bahasa qalbu. Inilah yang dikatakan bahasa-bahasa orang makrifat. Iaitu bahasa orang berserah diri, bahasa orang fana, bahasa orang baqa dan bahasa orang mati!.

Orang makrifat itu, adalah orang yang merasakan diri mereka itu, sudah tidak layak untuk menggunakan perkataan “dari” atau perkataan “kepada” Kerana apa?, kerana perkataan-perkataan seumpama itu, semunya adalah bahasa istilah semata-mata (semata-mata bahasa istilah), iaitu bahasa yanng tidak ada kenyataan sebenar!.

Perkataan orang makrifat itu, adalah perkataan haq, perkataan nyata, perkataan orang seni dan perkataan orang yang ketiadaan diri!.Bilamana diri sudah mati dan bilamana diri sudah tidak ada, apa perkataan lagi yang boleh dikata Apakah orang yang sudah mati boleh berkata-kata lagi?. Cuba jawab?…………..diri orang makrifat itu, adalah diri orang-orang yang sudah terjual kepada Allah, yang tidak ada lagi istilah dari Allah atau istilah kepada Allah, melainkan segala-galanya Allah, Allah, Allah……………………………………..

Agak panjang saya bercerita tentang kedudukkan hati orang-orang feqah dan kedudukan hati orang makrifat, sehingga tidak terasa ianya agak meyimpang dari tajuk asal perbincangan kita. Penerangan yang agak emosi dan panjang itu, bukan untuk memperkecilkan hati orang feqah atau orang makrifat, hanya sekadar memberi kesedaran, terutama kepada golongan feqah!. Saya juga manusia biasa sebagaimana tuan-tuan, yang punya hati dan perasaan. Terkadang tuduhan dan tomohan orang feqah itu, sungguh mengangu penulisan saya. Ada sahaja yang tidak kena pada hati meraka tentang penulisan atau karangan saya!. Namun apa-apapun saya mengambil pendekatan yang bahawasa segala-galanya itu, adalah juga datangnya dari Allah jua!. Maka itulah yang membolehkan saya keraskan hati untuk terus mengarang dan mengarang.

Mari kita sambung semula bab alam martabat wahdah;

Martabat wahdah itu, adalah kenyataan alam Allah yang awal (kenyataan alam Allah yang pertama), yang diberi nama dengan panggilan alam “ta’yin awal” (nyata yang pertama) atau (kenyataan Alllah yanng pertama), yyang dipanggil alam “martabat wahdah

Iaitu alam “ilmu Allah”. Iaitu ilmu dengan Allah itu, belun terpisah. Alam dimana seumpama Allah dengan ilmuNya yang belum berpisah. Iaitu dimasa sebelum Allah menzahirkan ilmuNya.  Dengan erti kata lain, Allah belum menzahir atau belum mengeluarkan ilmuNya dari diriNya (ilmu Allah belum keluar). Alam wahdah itu, adalah alam dimasa Allah menzahirkan ilmuNya dalam dirinya sendiri (dimana semasa itu, ilmu Allah belum terbit!). Alam ilmu yang belum dapat dibeda-bedakan, belum diasing-asing atau belum dicerai-ceraikan lagi!

Kalau boleh saya sebut dengan perkataan martabat “kunhi zat” (yang ada hanya yang ada). Ada setengahnya mengatakan dengan menyebut martabat “syu’un zatiyah” (pekerjaan yang tidak dapat diiktibar). Ada juga yang memanggil martabat ini dengan pangilan martabat “hakikat muhamadiyah” (Syuhudul wahdah fil wahdah). Iaitu daripada satu kepada yang satu. Iaitu penzahiran ilmu dalam diriNya!.

Dalam martabat atau dalamm alam ini, segala-galanya sudah zahir dalam ilmu Allah. Alam martabat “wahdah” ini, sudah ada yang bernama sifat, sudah ada yangn bernama afaal, sudah ada yang bernama asma dan sudah ada yang bernama zat. Iaitu adanya segala itu, dalam ilmu Allah. Segalanya sudah wujud (ada) secara ijmal atau ujud secara terhimpun dalam yang satu. Martabat wahdah itu, adalah alam ilmu Allah yang belum terpisah, terasing atau belum bercerai antara satu dengan yang lain.

Maksud tak terpisah disini, adalah seumpama tidak terpisahnya api dengan panasnya, ibarat madu dengan manisnya, ibarat bunga dengan harumnya, asap dengan apinya, garam dengan masinnya dan seumpama ibarat Allah dengan Muhamad (tak terpisah dan berpisah).

Alam mertabat wahdah ini, adalah alam dimana hakikat sebenar-benar Muhamad yang masih tersimpan dan masih tersembunyi dalam rahsia Allah, dalam ilmu Allah atau dalam sir Allah. Alam atau martabat ini juga, ada digambarkan sebagai “jauhar awal” (cahaya awal). Jauhar itu, ertinya cahaya manakala awal itu, ertinya pertama. Bilamana perkataan  itu digabungkan, maka jadilah jauhar awal itu, ertinya cahaya awal.

Jauhar awal atau cahaya awal inilah, yang dikatakan “Hakikat Muhamad” atau muhamad awal (awal Muhamad). Jika tidak keberatan, izinkan saya menyatakan yang keras sikit, sungguhpun keras atau sungguhpun berat, saya terpaksa nyatakan disini, supaya umum boleh tahu duduknya perkara. Jika itu disembunyi dan ini disembunyi, itu disekat, ini disekat, itu digantung dan ini digantung, sampai bila kita nak tahu?. Ilmu Tok Kenali, tidak ada sembunyi-sembunyi, tidak ada gantung dan tidak ada yang dirahsiakan!. Segala ilmu Tok Kenali dan Ilmu muridnya Mohh Yusof Cik Wook, telah dan akan dinyatakan dengan terang dan dengan sejelas-jelasnya. Tinggal lagi terpulanglah kepada tuan-tuan untuk megambil faham. Kerana yang memberi faham itu, bukan saya, bukan Mohd Yusof dan bukan Tok kenali, yang memberi faham itu, adalah kerja Allah. Kerja saya adalah meyampaikan (bertablik), manakala sesungguhnya yang memberi faham itu, adalah kerja Allah.

Yang agak  keras bunyinya adalah, perkataan “Muhamad itu, adalah pertamaNya!”. Jika tuan-tuan faham akan maksud perkataan itu, tuan-tuan adalah orang yang mengenal Muhamad (awal Muhamad)!. Setelah mengenal awal Muhamad, dengan sendirnya kita akan  mengenal diri yang sebenar-benar, seterusnya akan mengenal Allah dengnan nyata senayat-nyatanya, hanya denngan melalui perkataan “Muhamad itu, adalah pertamaNya!. Perkataan itu, adalah perkataan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi!.

Jauhar ertinya cahaya, manakala cahaya yang pertama atau jauhar yang pertama itu, adalah cahaya Muhamad (nur Muhamad atau jauhar Muhamad). Cahaya atau jauhar atau nur Muhamad itu, adalah cahaya yang paling suci dan cahaya yang Mahasuci!.

Cahaya atau nur muhamad itu, adalah terisinya segala kejadian alam!. Iaitu bermulanya segala kejadian dan terjadinya segala kehidupan yang melata ini. Nur Muhamadlah bermula terjadinya segala sesuatu, termsuklah kejadian Junjungan Besar kita Nabi Muhamad saw.!.

Pertama: Contoh tahap martabat ahadiayah itu, seumpama Perkara tangan.

Jika boleh saya umpamakan tahap martabat ahadiyah itu, adalah seumpama Allah itu tangan tuan-tuan. Tangan tuan-tuan yang menulis itu, seumpama Allah (perumpamaan ini adalah perumpamaan semata-mata bagi mempermudahkan faham, jangan pula disalah erti oleh orang feqah, sehingga menimbulkan fitnah), tangan bukannya bermaksud Allah, anggota tangan kita itu, hanya sekadar perumpamaan seumpama Allah). Inilah yang dikatakan tahap wahdah. Martabat ahadiyah itu, seumpama  sifat tangan kita yang menulis (tangan sipenulis). Tangan sipenulis itu, adalah seumpama perumpamaan “tangan Allah” iaitu disebut dengan sebutan alam “mertabat ahadiyah”. Alam tuan yang empunya diri.

Kedua : Contoh tahap martabat wahdah itu, seumpama perkara titik atau sebutir nokhtah. Perkara titik itu, adalah perumpamaan alam “martabat wahdah”.

Ketiga: Contoh tahap martabat ahadiyah itu, adalah seumpama sebutir huruf. Huruf atau tulisan itu, adalah contoh alam “martabat wahidiyah” yang akan kita belajari selepas ini.

Berbalik kita kepada alam wahdah, alam martabat wahdah itu, adalah alam wujudnya ilmu Allah dan wujudnya Nur Muhamad (cahaya Muhamad). Cahaya yang Mahasuci yang diertikan dengan Ruhhul Quddus. Disinilah bermulanya ciptaan Nur Muhamad.

Alam martabat wahdah itu, adalah alam yang digambarkan sebagai nokhtah (titik). Nokhtah atau titik itulah, asal bagi segala huruf yang hendak disusun menjadi perkataan. Titik nokhtah atau Nur Muhamad itu, adalah berhimpunnya sekalian sifat, terhimpun sekalian asma’, terhimpun sekalian afaal dan terhimpunnya sekalian zat.  Alam diamana ijmalnya sekalian makhluk (terhimpunnya sekalian makhluk dalam yang satu).  Terhimpunnya huruf didalam titik!, inilah maksud, inilah makna dan inilah erti ilmu yang bernaung, berpayung dan yang berselindung dibawah martabat wahdah.

Martabat wahdah itu, adalah seumpama sebiji benih yang belum tumbuh. Setiap benih ada tersimpam akar, batang, dahan, ranting, daun dan pucuk. Dimana semua itu, siap terkumpul dan terhimpun didalam benih yangn belum tumbuh. Benih yang belum tumbuh, belum menzahir atau belum mengeluar tumbuhan. Seumpama ilmunya Allah itu, masih tersimpan didalam benih. Inilah yang diatakan alam atau martabat “wahdah”. Segala akar, batang, dahan, ranting, daun dan bungga, masih tersimpan dan masih tersembunyi didalam biji benih! (sedangkan bijinya tunggal).

Inilah juga yang dikatan alam martabat “Nur Muhamad”!. Dengan kata lain  martabat alam “Nur Muhamad”. Ada juga para ulamak mengatakan yang martabat ini, adalah martabat “hakikat syahadat”. Inilah alam martabat syahadah yang selalu disebut-sebut orang, tetapi kebanyakkan ulamak itu, hanya tahu sebut sahaja, sedangkan tidak tahu apa dan tidak tahu datangnya dari mana!. Jika tuan-tuan nak tahu, datangnya nama “hakikat syahadah itu, adalah datangnya daripada alam wahdah!.

Sudah dengan panjang lebar, saya membicarakan bab ilmu martabat wahdah, maka habis dan tamatlah sudah perbicaraan kita tentang memperbahaskan ilmu dibawah jajahan takluk martabat wahdah. Selepas ini, mengajilah, dalami dan fahamilah apa yang saya perkatakan itu, yang tidak akan sekali-kali tuan-tuan dapat dari mana-mana kitab-kitab sebelum dan selepas ini!. Inilah kehebatan dan duduknya kekuatan  ilmu Tok Kenali!.

Kesimpulan:

Alam ahadiyyah, seumpama tangan tukang yang menulis.Alam wahdah, seumpama titik dan alam wahdiyah seumpama huruf (alif, ba, ta sampai huruf ya) yang akan kita bincangkan dibawah nanti.

1)      Alam ahadiyah itu, adalah alam Allah bersendirian, tanpa ada sesuatu selain dirinya sendiri (tungggal). Alam yang tidak ada apa-apa cerita untu diceritakan……………………………

2)      Alam wahdah itu, seumpama sebiji kek yang sudah siap masak tetapi belum dipotong-potong, kek yang belum disusun. Tetapi keknya masih lagi tersimpan dalam peti ais Allah (masih tersimpan dalam ilmu Allah).Belum tersusun!.

Seumpama titik nokhtah dari hujung mata pencel yang hurufnya belum ditulis diatas kertas (titik yang belum  menjadi huruf). Iaitu ilmu Allah yang masih tersimpan dalam Allah.

3)      Alam wahdiyah yang akan kita bincang dibawah ini, adalah alam seumpama kek yang sudah siap dimasak tetapi sudah dipotong-potong, kek yang sudah digubah, kek yang sudah dihias, kek yang sudah diletak atas piring dan kek yang sudah susun rapi!. Juga masih tersimpan didalam peti ais Allah (masih tersimpan dalam ilmu Allah).Sudah tersusun!..

Ingat pesan saya, jangan sampai keliru pula,  alam wahdah dengan alam wahdaiyyah itu, adalah alam yang sama-sama masih dalam ilmu Allah.. Sungguhun sama-sama dalam ilmu Allah,, tetapi satunya (iaitu alam wahdah) adalah alam ilmu Allah yang belum tersusunmanakala yang satunya lagi (iaitu alam wahdiyah) adalah alam ilmu Allah yang sudah siap tersusun.

Bezanya alam martabat wahdah itu, ilmu Alah belum tersusunn manakala alam martabat wahdiyah itu, ilmu Allah sudah siap tersun, tinggal lagi untuk dihidang dan tinggal lagi untuk dipezahirkan dialam arwah, yang akan kita bincang nanti!.

Ketiga : Martabat wahdiyah.

Soal: Apakah yang dikatakan martabat wahdiyah?

Jawab:Martabat wahdiyah itu, ertinya alam “ilmu Allah” (alamAllah dengan ilmuNya sendiri). Dikenali juga dengan panggilan nama alam “ta’yin sani” (alam kenyataan kedua) atau (kenyataan Allah yang kedua).

Martabat wahdiyah ini juga, disebut dengan panggilan nama alam “a’yan sabitah” (alam Allah dengan ilmuNya). Alam ini adalah alam dimana Allah dengan ilmunya sendiri. Sebagaimana alam pertama (alam wahdah) sebegitu juga alam wahdiyah (alam kedua), iaitu alam dimana Allah dengan ilmuNya.

Soal: Apakah bezanya antara alam martabat wahdah dengan alam marrtabat wahdiah?

Jawab: Beza diantara kedua alam wahdah dengan alam wahdiyah itu, adalah alam wahdah itu, adalah alamilmunya belun tersusun manakala alam wahdiyah itu, adalah alamilmunya sudah tersun.

Kedua-dua ilmu itu, adalah alam ilmu Allah yang masih ada dalam diri Allah!. Iaitu ilmu Allah yang masih tersimpan dalam diri Allah!. Iaitu ilmu yang masih tersimpan didada Allah, ilmu yag ada (tersimpan pada diri Allah itu sendiri), belum diterjemah, belum dirialisasi dan belum diguna-pakai lagi. Ilmu Allah yang masih tersimpan dalam diri Allah.

Soal: Apa sebab martabat ini dipanggil dengan panggilan alam ayan sabbitah?.

Jawab: Martabat wahdah ini, dikenali juga dengan panggilan nama a’yan sabitah, adalah kerana dialam ini, ain-ain ilmu Allahh itu, adalah ain-ain yang masih lagi “tetap” didalam keadaan keesaan Allah yang qadim lagi azali (tidak bercampur dengan yang lain selain ilmu Allah).Iaitu alam dimana Allah bersendirian dengan ilmu Nya. Seumpama kita sedang merancang untuk pergi bawa anak-anak pergi berkelah kesuatu tempat, sedangkan rancangan kita itu, belum lagi kita terlafas oleh lidah untuk diketahui oleh keluarga kita, cuma sekadar dalam perancangan otak kita sahaja!. Ittulah perumpamaan alam wahdah dan alam wahdiyah.

Martabat wahdah itu, diumpamakan seumpama perkara “titik nokhtah” manakala martabat wahidiyah itu pula, adalah diumpama seumpama perkara “huruf”.

Martabat wahdiyah yang kita bicarakan sekarang ini, adalah seumpama huruf yang belum berperkataan! (huruf yang belum boleh dieja). Seumpama huruf alif, ba, ta atau huruf a, b, c dan sebagainya. Huruf yang belum boleh disebut perkataannya (huruf yang belum dieja perkataannya). Tetapi ianya sudah tersusun rapi. Allah dan ilmuNya pada martabat ini, sudah disusun dengan teratur mengikut yang mana dulu dan yang mana kemudian. Inilah tingkatan alam pada martabat wahidiyah.

Seumpama tersusunnya abjab Alif, ba, ta atau huruf a, b, c. Alam wahdiyah itu, adalah alam yang sudah tersusun abjatnya dengan begitu rapi mengikut turutan huruf “A” sampai huruf “Z” atau huruf “ALIF”  sampai kepada huruf “YA”.

==============jam 11 24 Mmei=============

Soal: Kenapa kejadian ilmu Allah itu, ada bertingkat-tingkat?. Apakah Allah itu, tidak pandai menjadikan sesuatu itu dengan sekali kun?.

Kenapa Allah itu, bermula dengan berkeseorangan, kemudian tahap kedua (wahdah) berlaku tahap mencari negeri untuk menubuhkan kerajaan dan setelah tertubuh negeri, di tahap ketiga, baru Allah nak buat istanaNya (wahdiyah)?.

Jawab: Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Ramai para penuntut dan ramai para guru-guru torikat, sangat megambil berat tentang ilmu martabat tujuh. Sehingga ada yang mendakwa, orang yang benar makrifat itu, adalah orang yang berpegang kepada martabat tujuh. Seolah-olah makrifat itu adalah martabat tujuh.

Tuan-tuan jangan salah faham dengan ilmu martabat tujuh. Sebenar dan sebetulnya, ilmu martabat tujuh ini, bukan Sunnah Rasulullah dan bukan ajaran yang diturunkan oleh Baginda Rasulullah!. Adapun ilmu martabat tujuh itu, adalah ilmu para sahabat-sahabat sesudah Baginda Nabi!. Apa-apapun perkara yang diajar oleh para guru terdahulu itu, adalah bertujuan untuk mempermudah faham, bukan bertujuan untuk menambah kesesatan. Sebaliknya yang banyak menyalah guna ilmu martabat tujuh ini, adalah guru-guru torikat!. Guru-guru torikat sekaranglah, yang selalu mencemar dan selalu meyalah gunakan ilmu martabat tujuh!.

Kita tidak wajib untuk mepelajari ilmu martabat tujuh dan ilmu makrifat itu, tidak semestinya kena tahu martabat tujuh. Ilmu martabat tujuh itu, hanyalah satu jalan, satu kaedah dan hanyalah salah satu cara atau pendekatan bagi mempermudahkan faham, dalam usaha kita mencari jalan mengenal Allah!.

Allah bukan lemah, bukan bodoh dan Allah bukan jahil. Allah itu, adalah Allah yang bersifat kaya, gagah, kuat, berilmu dan sempurna!. Allah tidak bersifat dengan sifat yang lemah, iaitu dengan membuat pekerjaan atau menjadikan alam ini secara berperingkat-peringkat!. Belajar martabat tujuh ini, seolah-olah Allah itu tidak pandai menjadikan alam dengan sekali KUN!. Seolah-olah Allah itu, perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menjadikan sesuatu!. Seolah-olah-olah Allah itu, ada dahulu dan ada kemudian.

Sedangkan dari apa yang kita belajar melalui Sunnah dan Al-Quraan, Allah telah mencipta alam ini, dengan sekali lafas (berkata dengan sepatah ucapan, iaitu kun). Maka jadiah sekalian alam, dari mula sampai akhir. Yang tidak ada pertambahan atau pengurangan sesudah lafas perkataan kun. Jadi maka jadilah (kun maka fayakunlah). Tidak ada perkataan kun, kun, kun, kun…………………………….

Allah tidak perlu mencari negeri untuk dijadikan tapak pemerintahan dan Allah tidak perlu membina istana untuk dijadikan singgah sana!. Awal itu Allah, akhir itu Allah, zahir itu Allah dan batin itu juga Allah. Tidak ada ruang untuk ujud (untuk adanya) makhluk!. Perkataan jadipun Allah, menjadipun Allah dan dijadikannyapun Allah!. Wujud, ujud dan maujudpun Allah………………………

Adapun ilmu martabat tujuh itu, adalah bertujuan bagi mempermudahkan kita faham dalam usaha mencari dan mengenal Allah!. Sudah cukup dengan sekali kata da sekali lafas “KUN”, maka jadilah dengan alam ini dengn siap!. Seumpama dalam biji benih itu, segalanya sudah siap tersedia dan sudah siap terwujud. Begitu juga dengan perumpamaan titik (nokhtah). Satu titik nokhtah itu, sebenarnya sudah terkandung dengan huruf alif sampai huruf ya atau dari huruf a sampai kepada huruf z, cuma belum terzahir untuk dijadikan berupa patah perkataan untuk dieja!. Setelah kita faham akan duduknya perkara yang sebenar, mari kita sambung belajar ilmu martabat tujuh.

Mari kita sama-sama sambung belajar ilmu martabat tujuh!.

Ketiga-tiga alam martabat ahadiayah, wahdah dan alam martabat wahidiyah itu, semunya adalah alam ketuhanan, iaitu alam qidam Allah dan alam baqa’ Allah. Inilah juga yang dikatakan alam “hakikat muhamad”. Hakikat muhamad itu ,adalah seumpama perumpamaan satu “titik nokhtah”. Hakikat muhamad itu, adalah juga dikenali dengan panggilan jauhar awal (cahaya awal) atau lebih dikenali dengan panggilan “Nur Muhamad!”. Nur Muhamad ini, tersangat ingin dirinya supaya dapat dikenali oleh sekalian selainnya. Dikeranakan tersangat ingin dirinya supaya dikenali oleh sekalian makhluknya, maka diperzahirlah alam “ martabat alam arwah”, yang akan kita belajar selepas ini!.

“Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, ingin sekali aku agar dikenal. Maka dengan itu, akan ku jadikan makhluk. Dengan itu, mereka mengenal akan daku”.

Sifat nur muhamad dialam wahdiyah itulah, merupakan tempat lahirnya segala sifat (segala makhluk). Dari sifat nur muhamad itulah, terzahir dan terciptanya sifat, afaal, asma’ dan zat makhluk. Bermula dari alam martabat wahdiyahlah, sifat-sifat tersembunyi itu terzahir dengan teratur dan nyata. Sifat-sifat yang selama ini terkumpul, tersimpan dan terhimpun itu, akan terzahir, terjawab dan akan ternyata selepas dari 3 martabat ini. Disini dan dialam inilah terciptanya Al-Quraan!.

Sal: Bilakah tercipta atau terjadinya Al-Quaan?.

Alam wahdiyahlah, alam yang tercipta dan terjadinya Al-Quraan. Al-Quraan itu, sebenarnya telah terbit, telah tercipta dan telah tercetak, semasa dialam martabat wahdiyah lagi, iaitu alam “ta’yin sani” (kenyataan kedua). Al-Quraan itu, bukan terbitnya masa diGua Hirak!. Sebenarnya Al-Quraan itu, sudah sedia terbit dialam ilmu Allah (dimasa alam wahdiyah) lagi.

Dialam alam martabat wahdiyah, dialam alam martabat a’yan sabitan, didalam alam martabat jauhar muhamad atau lebih dikenali dengan alam martabat Nur Muhamad, inilah terjadinya “kun” Allah. Disinilah asal bermulanya kitabbullah (tutur kata Allah). Dari KunNya yang qadin lagi azali, maka jadilah kata-kata Allah,(maka jadilah Quraan atau firman) yang Maha Suci lagi azali).

Dengan sekali lafas dan dengan hanya sepatah perkataan “kun” dalam ilmu Allah, maka siaplah seluruh sifat-sifat yang akan terzahir dialam selepas martabat ini!. Tidak ada lagi kun yang kedua kali! (Allah hanya bekerja sekali atau pekerjaan Allah itu hanya sekali). Tidak ada lagi kun, kun, kun……………. Allah tidak berkerja dua kali!. Pekerjaan atau kata-kata Allah itu, hanya dengan sekali lafas perkataan “kun”. Dengan hanya sekali lafas perkataan kun, maka jadilah (fayakunlah) segala isi alam. Alam makhluk itu, tercipta hanya dengan sekali kata atau dengan hanya sepatah perkataan “kun” maka siapalah, jadilah dan sempurnalah (fayakunlah). Atau seumpama perumpamaan perkara titik. Dengan sepatah perkataan titik atau nokhtah, segala-gala huruf dan setiap patah perkataan itu, sudah siap terjadi.

Berbekalkan dengan hanya satu titik (nokhtah), tuan-tuan boleh tulis apa sahaja yang terlintas difikiran!. tulislah, lakarlah, catatlah dan karanglah apa yang terlintas dari fikiran tuan-tuan, segala-galanya bermula dari titik yang satu!. Hanya dihujung mata pena yang satu (titik yang satu), maka akan terkaranglah  sekalian karangan!.. Inilah yang dikatakan “kun” (jadi) maka “fayakunlah (jadilah). Kun itu, diumpamakan seumpama titik!.

Bab yang akan membicarakan soal apakah itu sebenar-benar Al-Quraan, akan dibicarakan dalam tajuk khas. Disini kita sentuh sedikit sahaja. Al-Quraan (kata-kata) Allah itu, adalah perkatan yang tidak boleh dibunyikan, tidak boleh dihurufkan dan tidak boleh disuarakan!. Sekarang saya mahu tuan-tuan pergi ambil satu keping kertas. Cuba tuan-tuan tulis “titik” pada sekeping kertas putih. Selepas tuan-tuan tulis “titik”, bolehkah tuan-tuan baca?. Bolehkan tuan-tuan baca titik yang belum berhuruf. Apakah tuan-tuan boleh baca tulisan yang belum berhuruf alif, belum berhuruf ba, belum berhuruf ta dan seterusnya belum berhuruf ya!. Tentunya tidak boleh disebut apa-apa!. Yang tidak boleh disebut apa-apa, yang tidak boleh ditulis apa-apa dan yang tidak boleh dilafas apa-apa itulah,  Al-Quraan!.  Itulah sebenar-benar Al-Quraan dan itulah sebenar-benar yang dikatakan kalam Allah atau kata-kata Allah!.

Kalam atau kata-kata Allah itu, adalah kalam dan kata-kata yang tidak serupa dengan kalam atau suara makhluk!. Kalam Allah, atau kata-kata Allah atau perkataan Allah atau percakapan Allah itu, tidak sebagaimana kalam, kata-kata, lafaz, percakapan atau sebutan lafaznya bibir mulut makhluk, sebagaimana suara yang kelular dari kedua bibir mulut kita (manusia)!.

Soal: Manakah yang dikatakan sebenar-benar kata-kata Allah (sebenar-benar kalam Allah)?.

Jawab: Kata-kata Allah (firman) itu, tidak sebagaimana makhuk!. Itulah yang dimaksudkan kata-kata Allah, kata-kata Allah itu, adalah kata-kata yang tidak bersifat huruf dan kata-kata yang tidak bersifat suara!.

Firman Allah atau kata-kata Allah itu, seumpama kehidupan pohon kayu yang ada didalam sebiji benih. Sekarang cuba tuan-tuan kupas biji benih, apakah tuan-tuan nampak akar, dahan, ranting, daun atau bunga didalamnya?, jawabnya sudah tentu tuan-tuan tidak nampak keberadaannya!. Begitu juga dengan kata-kata Allah, kata-kata Allah itu, tidak nampak, sebagaimana tidak nampaknya pohon kayu semasa didalam biji benih!. Didalam perkara biji benih dan didalam perkara titik itu, kehidupan sebatang pohon itu, sudah lengkap dan sudah tersedia ada segalanya. Hanya tinggal untuk dizahirkan dalam benuk tulisan huruf atau hanya untuk ditumbuhkan satu persatu menjadi pohon. Bilamana huruf-huruf itu digabungkan, maka terjadilah perkataan dan terjadilah ayat-ayat sehingga siap sebuah cerita atau siap sebiji kitab sebagaiman yang tuan-tuan baca ini!.

Quraan atau kata-kata Allah itu, bukan berupa kertas dan bukan berupa dakwat. Yang kita baca sekarang itu, adalah dakwat dan kertas!. Kertas dan dakwat itu,  bukan kata-kata Allah (bukan Quraan)!. Mana sebenar-benar Quraan (mana yang dikatakan kata-kata Allah) yang bukan berupa kertas dan yang bukan berupa dakwat?. Mana?…………………………….akan saya jawab dalam bab yang khusus nanti!.

Kata-kata Allah itu, tidak bersuara, tidak berbunyi dan tidak kedengaran melalui lidah atau bibir mulut. Lidah, bibir mulut atau suara kita itu, bukan kata-kata Allah dan bukan Quraan. Quraan bukan berupa lidah, Quraan bukan berupa bibir mulut  dan Quraan itu, bukan berupa suara dari halkum kita?. Kata-kata Allah itu, bersalahan dari kata-kata makhluk? Mana Quraan?…………………….. Quraan yang berupa kata-kata Allah yang tidak berbunyi suara dan tidak bertulisan dan yang tidak bersifat huruf atau yang tidak bersifat ejaan?……………yang tidak hangus bila dibakar, yang tidak basah bila direndam, tidak mati bila dibunuh, tidak tengelam bila direndam, tidak lut bila ditembak dengan senjata tajam dan kata-kata atau kalam Allah itu, Maha Suci dari sekalian yang bersifat makhluk. Tunggu akan kita bicarakan pada tajuk yang

Ketiga-tiga alam dimartabat ini (ahadiyah, wahdah dan wahdiyah) itu, adalah alam kebesaran Allah (bersifat dengan sifat salbiah). Di masa alam ini, yang belum ada waktu, masa atau ruang!. Semasa ketiga-tiga martabat ini, belum lagi terciptanya jarak, belum tercipta masa dan belum tercipta ruang waktu!.

Setelah kupasan, penerangan dan apabila disertakan sekali dengan contoh-contoh bagi mempermudahkan tuan-tuan faham, saya kira cukuplah dahulu huraian atau kupasan dalam bab sabiah Allah iaitu sifat kebesaran Allah, dalam 3 alam atau dalam 3 martabat. Tidak banyak yang kita tahu bab ini, kerana ketiga-tiga bab ini, adalah bab alam Allah. Yang kita tahu hanya sedikit, itupun barokah dari guru-guru terdahulu meyampaikan kepada kita, jika tidak, tidaklah kita mengetahauinya!. Dari mulut gurulah, makanya saya panjang-panjangkan untuk disamppaikan pula kepada tuan-tuan sekalian, mudah-mudahan mendapat pencerahan. Mari kita beralilh pula dari alam martabat Allah kepada martabat makhluk, iaitu martabat ke 4 (alam arwah).

Hadis:

Seungguhnya Allah menciptakan sebelum sesuatu, adalah Nur Muhamad dari NurNya”.

Hadis:

“Seandainya tidak kerana engkau ya Muhamad (Nur Muhamad ), tidaklah aku jadikan semesta alam ini”.

Hadis:

Inilah yang dikatakan “Ana minallahi wal mukminuna minni” (aku dari Allah dan sekalilan mukmin daripada ku).

Pengajaran yang dapat dikutib:

Ramai yang boleh mentafsir istilah-stilah bahasa sebagaimana diatas. Namun tidak ramai yang boleh membawa atau merujuk kiasan cerita itu kepada diri sendiri. Sedangkan segala cerita, segala istilah, segala bahasa atau segala kiasan diatas itu, sebenarnya adalah bertujuan untuk diambil iktibar darinya dan meletakkan iktibar disebalik cerita istilah tersebut, untuk diletak atas diri kita sendiri. Barulah ilmu itu boleh dijadikan ilmu. Ilmu  yang boleh dijadikan ilmu itu, adalah ilmu yang boleh diguna-pakai atau dirujuk kepada diri kita sendiri!.

Kebanyakkan orang, belajar ilmu sehingga melangit tingginya, tetapi tidak dibawa  dan tidak diletak atau tempatkan pada diri!. Malahan belajar ilmu yang melangit tingginya itu, adalah  bertujuan untuk diletakkan  diatas langit, diletakkannya ditanah mekah, ditempatkannya bawah perut bumi, untuk diletakkan pada syurga, pada neraka, pada pahala atau pada ganjaran dan bukannya untuk diletak atas diri sendiri!.  Mereka tidak tahu untuk meletakknnya cerita iktibar itu, kepada diri kita sendiri.  Sedangkan segala istilah atau segala bahasa kiasan itu,  hendaklah dipelajari untuk diletak atas diri kita sendiri!. Barulh jumpa apa yang kita cari!………………..

Soal: Dari apa yang kita telah kita pelajari, yang bermula dari alam martabat ahadiah, wahdah dan wahdiyah, apakah pelajaran, apakah pengajaran dan apakah iktibar, yang boleh kita bawa kepada diri? , apakah kiasan yang dapat kita kutib dan dapat letak atas diri kita?. Apa?………………..

Jawapan: Hasil pengajaran dari kita pelajar ilmu alam martabat ahadiyah, wahdah dan wahdiyah itu?, adalah

1)     semata-mata bagi mengajar kita supaya kita tahu yang Allah itu, telah menyedikan segala sesuatu, sebelum berlakunya segala sesuatu!.

2)     Allah telah mencipta hakikat Muhamad, sedari mula lagi, sebelum baginda Rasulullah dilahirkan.

3)     Allah telah menyediakan, telah menyimpan, Allah telah reka, Allah telah cipta dan Allah telah merancang segala kejadian makhluknya itu, dalam ilmunya sebelum diperzahirkan kepada pengetahuan makhluk!. Sebelum berlakunya sesuatu kejadian, sesungguhnya Allah telah telah terlebih awal menetap dan melakukannya didalam ketetapan kitab luh hulmahfuz sedari azali. Jadi apa yanng berlaku dialam ini, adalah atas perancangan Allah yang telah siap ditulis atau sudah sedia tercatat dalam ilmu Allah.

4)     Pengajaran yang dapat dikutip melalui pelajaran ahadiyah, wahdah dan ahdiyah ini, adalah bagi menceritakan kepada kita yang bahawasanya Nur Muhamad (hakikat muhamad) itu, telah terjadi dan telah tercipta bersama-sama  dalam ilmu Allah Taala. Barang siapa mengenal hakikat muhamad, maka akan dengan sendirinya kenallah ia akan Allah!. Itulah diantara tujuan direka atau dicipta jalan cerita atau kisah martabat tujuh ini. Martabat tujuh ini, adalah ilmu yang tidak ujud semasa Baginda Nabi Rasulullah. Namun ianya direka dan dicipta oleh para sahabat dan para ulamak-ulamak bagi mempermudahkan kefahaman asal mula kejadian kita, yang bermula dari tujuh alam!.

5)     Bagi mengambarkan bahawa yang Allah itu, ada dengan tidak ada sesuatu disampingnya, melainkan Allah itulah Allah.

6)

Ilmu yang paling beharga, ilmu yang paling tinggi dan ilmu yang paling bernilai dalam mempelajari ketiga-tiga tahap ilmu diatas itu,  adalah bertujuan bagi mengajar kita, membimbing kita dan bagi menunjukkan kepada kita bahawa terciptanya segala sesuatu itu, adalah tercipta hanya didalam ilmu Allah. Seumpama biji benih yang belum tumbuh!.

Sungguhpun belum tumbuh, namun segalanya sudah tersirat dan sudah tersimpan dalam biji benih!. Segala-gala yang terjadi diatas muka bumi dan di alam ini, adalah perkara yang sudah siap, iaitu sudah siap terjadi, sudah siap ada, sudah siap tersusun, sudah siap berlaku dan sudah siap tercatat didalam ilmu Allah.

Pengajaran, pelajaran atau ilmu yang boleh kita kutib atau ilmu yang hendak disampaikan kepada kita melalui 3 tahap ilmu martabat tujuh itu, adalah supaya kita sedar, supaya kita insaf dan supaya kita megambil faham, bahawa segala-gala yang terjadi dan segala-gala yang berlaku diatas muka bumi ini, adalah segalanya menurut dan mengikut ketetaapan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala sejak azali.

Oleh itu, sesudah kita faham konsep ini, hendaknya janganlah kita bergaduh sesama sendiri, dalam merebut sesuatu jawatan, merebut panggkat atau merebut harta yang belum pasti kita miliki. Sesungguhnya yang tentu pasti dapat, pasti terjadi dan yang pasti berlaku itu, adalah ketetapan Allah!. Ketetapan atau kepastian yang kita angan-angan atau yang kita cita-citakan itu, selalunya tidak tepat, jika berlaku atau jika terjadi sekalipun sebagaimana yang kita impikan itu, itu hanya secara kebetulan.

Jika sekalipun hutang kita tidak dibayar orang, sekalipun kita makan ubat, ubat yang kita beli itu tidak meyembuhkan, sekalipun rumah tangga yang kita bena sekian lama itu runtuh diseparuh jalan, sekalipun anak-anak kita tidak mempedulikan kita, sekalipun sanak saudara meyisihkan kita, bagi mereka-mereka yang mengaji ilmu martabat tujuh ini, hati kita tidak sedikitpun menjadi marah, sedikitpun tidak merasa kecil hati, jauh hati, tidak resah dan tidak sampai kepada tahap bergaduh atau bermasam muka.

Kerana apa?, kerana kita telah belajar ilmu dari 3 tahap martabat tujuh. Martabat tujuh mengajar kita seumpama sebelum orang itu tidak bayar hutang kita, sesungguhnya yang menjadikan orang itu tidak bayar hutang kita itu, adalah Allah!. Sebenarnya Allahlah yang terlebih dahulu menetapkannya orang itu supaya tidak bayar hutang kita!. Punca yang menyebabkan orang itu tidak bayar hutang kita itu, adalah bukannya disebabkan dari kehendak atau ketetapan orang, tetapi bermulanya segala sebab dan segala punca itu, adalah datangnya dari kehendak dan ketetapan Allah Taala. Jika semua orang sedar akan hal atau akan perkara ini, saya kira dunia ini akan aman, tidak ada orang yang bergaduh sesama sendiri. Bom sana-bom sini, tunjuk perasaan sana-tunjuk perasaan sini, caci sini-caci sana, tuduh sana-tuduh sini, tak puas hati sana dan tak puas hati sini. Sampai bila nak tamat?.

Tamat dan penyudahnya adalah dari Allah kepada Allah dan beserta Allah, Allah, Allah……………………………………………

Samaada berupa mengejar pangkat, mengejar harta, mengejar cita-cita atau mengejar angan-angan. Marilah kita mengejar berserah diri kepada ketentuan Ilahi. Kerana segala-gala yang kita kejar itu, sebenar dan sebetulnya sudah terbuat oleh Allah sejak azali. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada dan berterima kasihlah kepada Allah dengan barang yang kita ada!. Tak perlu bergaduh, bertengkar dan bermasam muka sesama sendiri dalam merebut hak yang telah ditetapkan oleh Allah. Sekalipun kita berbunuh-bunuhan sesama sendiri, ianya tidak akan dapat boleh mengubah ketetapan Allah Taala. Jadi marilah kita amalkan cara hidup yang sederhana tetapi ikhlas. Ikhlas itu, adalah setelah kita redha dan berserah kepada ketetapan dan ketentuan Ilahi!. Mari kita masuk kedalam bab alam martabat seterusnya, iaitu martabat alam arwah (alam ruh), saya kira lebih menarik dan lebih hebat dari 3 martabat diatas!.

Kempat: Martabat alam Arwah (alam ruh).

Kita sambung kemudian perbincangan ilmu martabat tujuh ini, dalam kitab yang ketiga yang berjudul tujuh petal langit dan tujuh petala bumi, yang akan terbit tak berapa lama lagi, jika diizinkan Allah dan jika diberi Allah umur panjang!.

Sengaja saya berhenti disini, jika semuanya saya umumkan disini, seumpama wayang gambar, tidak akan ada orang lagi yang hendak membeli tiket menonton wayang dipawagam. Jika tuan-tuan nak tahu kesudahannya, tunggu, tunggu, tunggu……………………….

Kempat: Martabat alam Arwah (alam ruh).

Martabat alam arwah itu, ertinya adalah hakikat sekalian ruh. Iaitu bagi menceritakan kepada kita, apakah itu roh. Roh yang dikatakan banyak itu, sebenarnya terkumpul dalam roh yang satu. Roh yang satu itulah, yang dikatakan hakikat roh!.

Kejadian roh itu, adalah bagi membuktikan yang adanya Allah dan kejadian roh itu, adalah bagi membuktikan yang adanya alam ahadiyah, alam wahdah dan alam wahadiyah. Dengan lain perkataan, roh itu adalah bagi membukti dan bagi menyatakan adanya alam ahadiyah, wahdah dan wahdiyah.

Kerana adanya rohlah yang boleh membuktikan yang adanya 3 alam sebelumnya. Alam rohlah yang menyatakan 3 alam sebelumnya itu ada!. Dengan kata lain, rohlah yang membuktikan kenyataan martabat sebelumnya. Jika tidak ada alam roh, maka 3 alam sebelumnya tidak akan dapat kita buktikan!.

Misalnya matahari, bukti adanya matahari itu, adalah kerana adanya cahaya. Biarpun matahari itu benar-benar ada dan benar-benar wujud, sekiranya tidak ada cahaya, sudah tentu kita tidak boleh membuktikan adanya matahari. Sudah tentu kita tidak boleh untuk menggatakan yang matahari itu ada!. Dengan adanya bukti cahaya, maka nyatalah kewujudan matahari itu. Cahaya matahari itulah menunjukan adanya matahari.

Harus diingat!, cahaya matahari itu, sebenarnya bukan matahari!. Wujudnya cahaya matahari itu, adalah semata-mata wujud hanya pada istilah bahasa atau wujud hanya pada “iktibar makna! sahaja”. Walaupun ianya hanya wujud pada istilah bahasa, bilamana cahaya matahari tidak ada, maka kita katakan tidak ada matahari(pada hal matahari tetap ada). Matahari bukan cahaya dan cahaya bukan matahari, biarpun cahaya tidak ada, matahari tetap ada!. Biarpun cahaya matahari tidak ada tetapi hakikat sebenar matahari itu, tetap ada!. Kenapa sebabnya bilamana tidak ada cahaya matahari, kita menuduh tidak ada matahari?. Sebabnya adalah kerana cahaya itu, adalah petunjuk atau petanda bagi matahari.

Sebenarnya cahaya matahari itu, adalah bagi menyatakan adanya matahari. Begitu juga dengan roh. Sebenarnya adanya roh itu, adalah bagi menyatakan adanya Allah. Pada hakikatnya cahaya matahari itu, bukan apa-apa dan tiada apa-apa!. Ada atau tidaknya sifat cahaya matahari, sesungguhnya matahari “tetap ada”. Cahaya atau sifat cahaya itu, hanya sekadar-kadar bermaksud bagi mengatakan yang adanya matahari! (itu sahaja). Peranan cahaya, tugas cahaya atau misi yang dibawa oleh sifat cahaya itu, hanyalah sekadar penyata atau pelengkap kepada matahari. Sebagaimana perumpamaan cahaya dengan matahari, sebegitulah perumpamaan ruh dengan Allah.

Hubungan antara ruh dengan Allah itu, adalah seumpama waktu malam dengan waktu siang. Sifat malam itu, adalah sekadar pelengkap atau penyata kepada siang. Manakala waktu siang pula adalah hanya pelengkap atau penyata bagi malam. Sedangkan diantara siang dan malam itu, pada hakikat sebenarnya adalah satu dan bukan suatu sifat yang berasing atau bukan sifat yang bercerai-berai.

Sebab apa saya katakan yang malam dan siang itu satu. Sekarang saya mahu tuan-tuan lihat dan perhatikan betul-betul saranana saya. Cuba tuan-tuan tengok dan perhatikan baik-baik,  kemana perginya siang bilamana datangnya malam dan kemana perginya malam bila datangnya siang. Bilamana datangnya siang, kemana perginya malam dan bilamana datangnya malam kemana perginya siang. Jika sekiranya malam dan siang itu suatu perkara yang berbeza, sudah tentu ada jarak dan ada sempadannya. Saya ingin tanya kepada tuan-tuan, mana sempadan siang dan mana sempadan malam (mana jarak pemisah antara malam dengan sinag?). Tambahan pula bilamana mata orang itu buta?.

Masukkan orang buta dalam bilik ekon pada waktu malam dan masukkan pula orang buta dalam bilik ekon pada waktu siang. Suruh dia bezakan antara siang dan malam?. Suruh dia ukur dari segi cahayanya siang dan cahayanya malam (bukan suruh ukur suhu panas atau suhu sejuk). Jika dikira beza panas atau sejuk, memanglah siang itu panas dan malam itu sejuk. Itu sebab saya suruh dudukan orang buta itu dalam bilik ekon dan tidak dengan cara berjemur ditengah panas!. Cuba suruh dia ukur, mana siang dan mana malam. Kiranya malam dan sinng itu berbeza, sudah tentu kita dapat rasa jarak atau sempadannya.

Begitu juga hubungan antara matahari dengan cahaya dan begitu juga hubungan antara roh dengan Allah. Dan begitu jugalah hubungan 3 alam (ahadiayah, wahdah dan alam ahadiyah) dengan alam arwah (alam ruh).

Roh bukan Allah, cahaya bukan matahari, malam bukan siang dan sinng bukan malam. Hanya sekadar-kadar bagi menyatakannya sahaja. Roh itu menyatakan adanya Allah (Roh itu adalah penyata Allah). Sebagaimana cahaya menjadi penyata bagi matahari sebegitulah roh menjadi penyata bagi Allah. Maha suci Allah dari perumpamaan, iktibar atau contoh, melainkan semata-mata bertujuan bagi mempermudahkan faham.

Martabat alam arwah (alam ruh) itu, adalah semata-mata bagi menyatakan, semata-mata bagi menunjuk dan semata-mata bagi merujuk kepada perkara “nyawa” (roh itu, adalah nyawa). Martabat alam arwah itu, adalah alam segala nyawa!. Yang terjadi dibawah kuniyyah kalimah “kun fayakun” semasa dialam martabat wahdah (iaitu diketika dialam “ta’yin awal atau kejadian pertama).

Pengajaran ilmu : Dari bab alam ruh

Pengajaran dari mempelajari ilmu martabat alam arwah itu, adalah bagi mengajar kita akan wujudnya perkara ruh. Dari perkara ruhlah maka terjadikan kehidupan sekalian alam, yang bersifat atau yang berjasad. Ruhlah ketua yang memegang, mentadbir dan yang memerintah seluruh anggota tubuh badan kita. Untuk itu, mahu tidak mahu, kita harus mengenal roh. Kerana roh itu, adalah raja kita dan dia itu jugalah sultan tubuh badan kita (jasad kita). Jika kita tidak kenal ruh, maka kita tidak kenal jasad dan dengan sendirinya kita tidak akan kenal siapa diri kita. Untuk mengenal diri, maka marilah kita sama-sama belajar ruh!.

Adapun alam ruh itu, adalah dikenali juga dengan panggilan alam ilmu, alam akal, alam otak, alam rohani, alam hati, alam nafsu dan ini jugalah yang dikatakan alam tahu dan alam mengenal Allah. Di alam ini, iaitu alam ruh, sesungguhnya ruh kita sudahpun mengenal Allah. Kerana. Ruh sebelum bertajalli kealam misal dan semasa ruh bertajalli kealam arwah, sebenarnya ruh sudah mengenal Allah.

Ruh kita sememangnya sudah mengenal Allah semasa dizaman alam wahdah lagi (iaitu dimasa zaman alam titik atau dimasa zaman alam la’tayin). Alam ruh ini, adalah juga dikenali dengan alam cahaya (alam nur), iaitu cahaya yang teramat terang lagi gemilang.

Bilamana sebut perkataan cahaya, teringat saya kepada salah seoarang sahabat saya yang mengatakan cahaya yang bewarna merah, kuning, putih dan hitam. Katanya semasa beliau belajar ilmu “torikat” dari salah seorang guru dan gurunya suruh dia buat zikir. Semasa asyik berzikir (entah berapa puloh ribu), tiba-tiba beliau terlihat warna (entah warna apa). Lalu dia meyanggka yang bahawasanya warna itulah ruh!. Katanya lagi warna itulah  Nur Muhamad!. Setelah nampak warna, barulah gurunya meluluskan atau mengiktiraf pengajian ilmu torikatnya.

Bagi sesiapa yang mengamalkan amalan torikat ini, saya sarankan bawalah banyak-banyak beristihgafar (kata orang, banyak-banyaklah memohun ampun kepada Allah)!. Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan satu soalan bodoh, tidak perlu kepada soalan cerdik, hanya satu soalan bodoh sahaja. Apakah hanya bagi orang yang nampak cahaya sahaja yang dikatakan mengenal diri, mengenal Allah, megenal ruh dan mengenal nur muhamad?. Bagi yang tidak terlihat cahaya kuning, putih, merah dan hitam semasa berzikir, apakah tidak layak dikatakan mengenal?. Bagaimana dengan orang rabun warna dan bagimana pula dengan orang yang matanya buta, yang langsung tak tahu cahaya?.

Warna yang sahabat saya nampak diketika ratib itu, berkemungkinan terpinar matanya dikeranakan kebanyakkan ratib, itupun boleh jadi. Dikeranakan banyak sangat ratib (zikir), ada kalanya mencecah 40 ribu dalam tempuh satu malam. Dengan ratib (zikir) yang sebegitu banyak, bermula selepas insyak  membawa sampai  ke subuh, berkemungkinan mata beliau  terasa terpinar oleh kebanyakkan ratib. Mungkin dikeranakan terlalu megantuk, letih dan terlalu penat itu,  berkemungkinan mata beliau terpinar, lalu beliau terlihat cahaya (entah cahaya apa), lalu beliau sangggka itu nur Muhamad.

Cuba tuan-tuan gosok mata (tenyeh mata), dikala kita tenyeh mata, terkadang terlihat cahaya. Untuk melilhat cahaya, tidak perlu kepada ratib atau zikir, cukup hanya dengan tenyeh mata tuan-tuan, pun kita boleh terlihat cahaya, walaupun ditenyeh pada waktu malam!.

Tuan-tuan, puan-puan, sahabat-sahabat, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sebanrnya maksud, erti atau makna cahaya itu, adalah merujuk kepada pengertian “nyata atau kenyataan”. Bukannya bermaksud terang atau gelap dan bukan bermaksud kuning, putih, merah atau hiatam!. Kuning, merah, putih hitam itu, adalah merujuk kepada kejadian diri kita, bukannya kejadian warna!. Maksud nur itu, ertinya cahaya manakala maksud cahaya itu pula, erti nyata atau kenyatan!. Nur Allah, ertinya nyata Allah dan nur muhamad itu, ertinya nyata muhamad!. Bukan bersabit atau bukan merujuk kepada kuning, putih, merah atau hitamnya warna (kaler).

Adapun maksud warna merah itu, adalah merujuk kepada kejadian api. Maksud warna kuning itu, adalah merujuk kepada kejadian angin. Maksud warna putih itu, adalah merujuk kepafda kejadian air dan adapun warna hitam itu, adalah merujuk kepada kejadian tanah. Tanah, air, api dan angin itulah anasir kejadiannya diri tubuh badan kita. Bukannya kning, hitam, putih dan merah itu merujuka kepada warna (kaler) hitam atau putih dan gelap atau terang!. Itu sekadar perumpamaan dari segi pengajian ilmu makrifat!. Merah, kuning, putih, hitam dan warna-warna yang lain itu, tidak sedikitpun kena mengena dengan pengajian ilmu hakikat atau makrifat!. (berkemungkinan ilmu mak belipat bukan ilmu makrifat), maaf sekadar bergurau………………………..

Dalam ilmu makriifat, titik itu perumpamaan kepada Allah, huruf alif sampai huruf ya itu, perumpamaan kepada nur muhamad dan perkataan atau ayat itu, perumpamaan kepada makhluk. Begitu juga perumpamaan warna merah, hijau, kining, kelabu, coklat, hitam dan sebagainya!. Yang langsung tidak ada kena mengenal dengan alam ruh atau alam hakikat Nur Muhamad!. Itu sekadar kiasan bagi mempermudahkan faham semata-mata……………………………..

Kelima: Martabat alam misal.

Alam misal ini, adalah bermaksud alam nama. Dengan kata lain alam misal itu, adalah dipanggil juga dengan panggilan nama alam ghaib atau nama alam malakut!.

Seumpama saya ini bernama Shaari  bin  Mohd Yusof bin Cik Wook bin Hussin bin Syed Ali. Yang bernama shaari sehingga kepada nama syed Ali itu, hanya ada pada nama sahaja. Yang sebenar-benar diri saya itu, mana (mana diri sebenar saya?). Cuba tuan-tuan raba shaari dalam tulisan nama saya (shaari), apakah tuan-tuan boleh sentuh jasad saya?, sudah tentu tidak boleh. Jika tidak boleh, itulah menunjukkan kepada kita bahawa alam misal itu, adalah alam nama semata-mata.

Begitu juga bilamana tuan-tuan sebut perkataan api, mana panasnya. Sebut perkataan harimau mana garangnya, sebut perkataan keris mana tajamnya, sebut tinggi mana ilmunya dan sebut syurga mana nikmatnya, sebut neraka mana panasnya, sebut titian siratalmustakin mana titinya dan sebut malaikat atau jin, mana orangnya. Inilah gambaran yang boleh saya nyatakan kepada tuan-tuan semua mengenai alam misal.

Mari kita sambung lagi perihal alam misal (misalan), supaya lebih jelas dan lebih terang. Alam misal itu, adalah alam bagi nama. Alam misal itu, adalah alam misalan atau alam kalau (alam hayalan atau alam serba boleh).Seumpama misal atau kalau aku kaya, misal atau kalau aku cantik, misal atau kalau aku boleh projek itu, misal atauy kalau aku dapat perempuan itu, misal atau kalau aku boleh jawatan itu dan misal atau kalau aku boleh bayar hutang itu dan hutang ini. Alam ini, adalah alam semua selesai atau alam serba boleh, boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit!. Ilmu kalau atau ilmu misal itu, jika ianya boleh dijadikan berupa makanan, seekur kinzirpun tidak mahu memakannya. Sebab makanan itu, adalah makkana berupa hayalan atau berupa misalan sahaja. Hanya ada nama, iaitu nama kaya, nama kuat, nama cantik, nama boleh sedangkan pada kenyataan sebenarnya kita tak kayapun, tak cantikpun, tak bolehpun!………………………..

Inilah perumpamaan martabat misal. Alam misal ini, adalah alam dimana Allah jadikan sekalian nama. Allah jadikan sekalian bahasa, Allah jadikan sekalian ilmu dan Allah jadikan sekalian misal. Alam misal ini, seumpama Allah jadikan nama harimau, tetapi jasad harimau belum ada. Allah jadikan bukit, namun sifat bukit belum ada. Allah jadikan kaya, tetapi wang belum ada. Allah jadikan ubat, tetapi sembuhnya belum ada.

Bahasa-bahasa percakapan atau bahasa pertuturan kita seharian ini, samaada bahasa tamil, orang putih, belanda, jerman, arab, melayu, siam, burma dan sebagainya itu, adalah Allah yang buat atau Allah cipta dalam masa zaman alam misal. Begitu juga bahasa tulisan, bahasa tullisan itu juga telah Allah siapkan sejak zaman alam misal. Tetapi belum berhurf atau belum berbentuk, hanya dalam keadaan nama semata-mata.

Sifat-sifat tubuh badan kita itu, telah Allah buat dalam masa alam misal. Allah bentuk susuk tubuh badan kita itu, adalah dimasa zaman alam misal. Tetapi ingat!, Allah bukan buat dalam bentuk sifat tetapi Allah buat dalam bentuk nama panggil-pangggilan!. Sifat kita sebagaimana sifat hari ini, masih belum zahir pada alam misal, Cuma diadakan dalam bentuk nama (misal) atau masih dalam bentuk ilmu Allah!.

Alam misal ini, adalah alam ilmu yang memberi faham atau alam ilmu yang mengajar, siapa diri kita yang sebenar?. Diri kita yang sebenar itu, adalah sebagai diri dialam misal. Dialam misal, diri kita sebenarnya telah tercipta sifatnya (dalam bentuk nama), tercipta bentuknya, tercipta rupanya, tercipta perangainya, tercipta putih hitamnya, tercipta anak berapa dan tercipta kawin dengan siapa dan se bagainya.

Bilamana sampainya kita ke alam martabat insan, alam kenyataan sebenar diri kita didunia ini, segalanya akan berlaku mengikut sebagaimana dinobat, ditulis dan sebagaimana yang telah ditetapkan dialam martabat misal.

 

Keenam; Martabat alam ajsam atau alam ajsad;

Soal: apakah erti Martabat ajsam itu?.

Jawapan:  Erti alam ajsam itu, adalah bermaksud alam yang bersifat atau alam yang berbentuk. Jika diletak pada diri kita, alam ajsam itu, adalah  alam “berjasad”. Iaitu alam yang dapat kita lihat dengan mata zahir, sebagaimana ada sekarang!. Dikenali juga dengan nama alam kasar. Alam kasar itu, adalah alam dimana tercantumnya api, angin, air dan tanah. Seumpama alam haiwan, jin dan manusia.

Soal: Dimanakah alam ajsan itu?.

Jawab: Alam ajsam itu, adalah alam reality (alam nyata) dan sesuatu yang telah siap tersusun rapi. Dari pada alam benih, bertukar kepada batang, dahan, raning, daun dan pucut. Terbahagi secara rapi, tidak ada akar dibahagian atas dan tidak ada pucut terletak dibahagian bawah!. Tidak ada biji mata yang tumbuh dibahagian belakang kepala, tidak ada tangan yang terletak dibahagian kaki dan tidak ada kaki yang terletak dibahagian tangan. Begitulah cantik, indah, lawa dan moleknya susunan yangn telah Allah bahagi-bahagikan mengikut susunan yang betul!. Alam ajsam ini, adalah alam ciptaan sifat (tubuh).

Martabat ajsam itu, alam dimana Allah mencipta segala sifat-sifat yang ada dialam ini, mengikut sifat-sifatnya. Seumpama sifat gajah tidak melahirkan anak unta. Sifat harimau, tidak melahirkan kucing. Jika sifat api itu panas, sifat air itu sejuk dan sifat batu itu keras dan sebagainya.

Mari kita imbas kembali alam missal. Alam misal itu, adalah alam nama, alam sebutan atau alam panggil-panggilan. Manakala alam ajsam pula, adalah alam tubuh atau alam sifat!. Seumpama sifat tubuh yang belum bergerak.

Ketujuh: Alam Insan!.

 

Kita sambung kemudian perbincangan ilmu martabat tujuh ini, dalam kitab yang ketiga yang berjudul tujuh petal langit dan tujuh petala bumi, yang akan terbit tak berapa lama lagi, jika diizinkan Allah dan jika diberi Allah umur panjang!.

Sengaja saya berhenti disini, jika semuanya saya umumkan disini, seumpama wayang gambar, tidak akan ada orang lagi yang hendak menonton wayang dipawagam. Jika tuan-tuan nak tahu kesudahannya, tunggu, tunggu, tunggu……………………….

Masih banyak ilmu yang belum terungkai didalam martabat tujuh, ini baru mukadimah…………………………Bilamana kita hayati martabat insan, disitulah kita akan beroleh ilmu mengenal diri dan mengenal Allah…………….amin drp hj shaari

Tunggu kita sambung kemudian dalam kitab ketiga,…………………………masih banyak ilmu didalam martabat tujuh, ini baru mukadimah…………………………amin drp hj shaari

Advertisements