Kita Hanya Akan Dikenang Bilamana Sudah Tiada

Pada Kebiasaan dan pada keseluruhannya, walaupun tidak semua, ramai dikalangan orang-orang kita sekarang, akan hanya dikenang  bilamana sudah tiada.

Rata-rata yang saya temui, meluahkan kekesalan kerana tidak menuntut ilmu dengan guru-guru terdahulu, dikala hayatnya!. Bilamana sudah tiada, barulah mula mencari-cari dan menyesal. Sebagaimana pepatah Melayu, “sesal dahulu pendapatan manakala sesal kemudian tidak berguna”.

Semasa wang masih didalam saku, tidak ramai yang megambil kesempatan untuk membilang (mengiranya), setelah terjatuh, biarpun 20 sen, sehingga sanggup meranggkat dibawah meja mencari wang jatuh, walaupun hanya 20 sen, sehingga ada yang terhantuk kepalanya dipenjuru meja, semata-mata kerana merangkak demi mencari 20 sen wang yang terjatuh. Namun semasa didalam saku, tidak siapa yang berkehendak untuk membilang (mengira jumlah)!.

Ramai yang bercakap sanggup itu dan sanggup ini, demi mencari ilmu hakikat dan ilmu makrifat!.  Bilamana berjumpa dengan guru yang sebenar-benar mursyik, mereka ambil endah tak endah.Orang yang pada mulanya berkobar-kobar bercakap tentang makrifat,  ternyata mengakhiri dengan hampa.

Bilamana guru mengadakan kelas, mengadakan kuliah atau ceramah, mereka tidak sanggup datang, dengan memberi berbagai-bagai alasan, alasan itu dan alasan ini. Ada yang beralasan ada hal, ada kerja, ada tetamu datang rumah, ada kenduri, ada halangan, anak tuisyen, tidak ada kenderaan dan sebagainya!. Ada yang mempersoalkan yang ceramah itu, jaraknya jauh dari rumah, walaupun hanya 10 kilometer.

Saya sedih melihat orang kita zaman  sekarang, yang langsung tidak mahu bekorban demi ilmu agama. Hanya mahunya yang mudah dan yang senang sahaja. Bilamana terasa payah sikit, tidak mahu menghadiri ceramah!.

Begitu juga semasa hayat bapanya masih hidup, anak-anak zaman  sekarang, langsunng tidak ambil peduli atau tidak ambil perhatian kepada ilmu ibu bapa mereka. Setelah ibu bapa tiada, barulah meraba-raba dan menyesal!. Tidak ramai yang mahu merebut peluang, untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut!.

Namun dikesempatan ini, saya ingin merakamkan berbanyak-banyak  terima kasih yang tidak terhingga kepada segelintir sahabat-sahabat seperjuangan, yang tidak jemu-jemu mendatangi untuk mendengar ceramah saya, biarpun jauh.  Yang mendapat hidayah Allah itu, sungguhpun jauh, namun masih ada yang sanggup datang . Tak jemu-jemu mendengar ceramah saya, biarpun berulang kali mendengar  ilmu yang sama!.

Kepada yang tidak jemu-jemu menghadirkan diri keceramah saya, saya mengucapkan terima kasih khususnya kepada Allah, kerana telah membuka hatinya. Ada yang datang dari Kelang, dari Kuantan, dari Nilai, dari Kuala Lumpur, dari Seremban dan sebagainya. Sebelum  saya memulakan ceramah, saya selalu perhatikan sahabat yang mana selalu menghadiri ceramah saya, ternyata ada dikalangan sahabat-sahabat yang tidak mahu melepas peluang, setiap kali saya buat ceramah, setiap kali juga saya nampak muka beliau. Terima kasih…………………..

Sayangnya, segelintir dari kita, tidak gemar menghadirkan diri, walaupun mengaku bermakrifat!. Tetapi bila bercakap, dialah yang lebih!. Kepada yang hadir dan yang tidak mahu hadir ke ceramah saya, saya tidak boleh paksa atau berkecil hati, kerana itu juga adalah ketetapan Allah. Tidak ada paksaan dalam beragama. Ilmu agama itu, adalah milik Allah, yang akan diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya!. Jika yang tidak dikehendaki Allah, sungguhpun beliau hadir, tetapi hadirnya beliau hanya, hanya untuk bercakap-cakap dengan sahabat-sahabat yang sealirannya, semasa saya sedang memberi ceramah!.

Menuntut ilmu makrifat itu, harus ada pengorbanan. Pengorbanan dari segi masa, wang ringgit, harta, tenaga dan ilmu. Orang yang bekorban sahaja selalunya yang dapat memiliki harta ilmu makrifat. Seumpama bekorban tinggalkan anak isteri, tinggalkan kampong, tingalkan yang disukai demi ilmu makrifat!.

Namun kepada para pendakwah ilmu makrifat, itu semua tidak menjadi keutamaan. Biar orang tidak datang untuk mendengar ceramah, biar orang tidak ramai mendengar ceramah kita, biar tidak ramai pengikut dan biar tidak ramai yang meminati ilmu makrifat kita, kita kena redha, kerana itu semua sudah sifirnya guru ilmu makrifat, yang tidak ramai  orang yang memilikinya!.

Cuba tuan-tuan dan sahabat-sahabat perhatian Baginda Rasulullah. Berapa ramaikah nama-nama besar disebalik Rasulullah?. Sebagai seorang Nabi dan Rasul, berapa ramaikah pengikutnya?. Cuba bandingkan penganut atau pengikut agama Islam berbanding dengan penganut agama-agama lain, agama siapakah yang lebih ramai?.

Jika dihitung dan jika dikira, berapa ramaikah pengikut Baginda yang ikut Baginda Rasulullah, sedangkan Baginda bertablik hampir separuh dunia!. Nama-nama besar itu, hanya segelintir sahaja, seumpama Umar, Osman, Ali dan Abu bakar, Iman maliki, Iman Safie, Iman Hambali, Iman  Hanafi, Bilal bin Rabbah, Rabiatul Adawiyah, Abu yazid, jika saya muatkan nama-nama pengikut yang benar-benar ikut Rasulullah didalam karangan ini, hanya segelintir dan hanya boleh dibilang dengan jari atau hanya satu atau dua ribu orang sahaja dari berbiliun manusia!.

Pengikut Baginda Rasulullahpun hanya segelintir, apa lagi kita selaku guru yang kerdil ini, sudah tentu dan sudah sememangnya mempunyai  pengikut yang sedikit. Jadi sebagai pendakwah dan jadi sebagai guru, jangan dihitung  jumlah pengikutnya, hitunglah jumlah tablik (berapa kali kita telah meyempurnakan masa hayat kita demi meyampaikan ilmu kepada orang).

Jika dihitung orang yang benar-benar faham jalan makrifat ini, memang teramat sedikit!. Selama saya berkecimpung dalam bidang dakwah dan bertablik diseluruh pelusuk negeri,  pengikutnya hanya boleh dihitung sekitar bilangan jari kaki dan jari tangan sahaja!. Namun saya tetap berbahagia kerana diberi kesempatan oleh Allah swt untuk boleh terus bertablik (meyampaikan). Sebagaimana payah dan susahnya Baginda Rasulullah semasa berdakwah dahulu, apa lagi kita!. Memang orang yang benar-benar faham dalam bidang ilmu makrifat itu, teramat sedikit!. Sudahlah sedikit, nak mengajak bertablikpun teramat payah. Itulah sebabnya ilmu makrifat itu,  semakin hari semakin tengelam  dari pengetahun kita, terutama anak muda mudi.

Ramai para sahabat dan para guru, menghubungi saya dan menceritakan yang bahawasanya mereka tidak ada pengikut dan jika ada sekalipun pengikut yang mengikuti pengajian ilmunya, ternyata tidak ramai, tidak ramai sebagaimana ramainya penuntut atau pengikut ilmu feqah.

Kepada sahabat-sahabat dan para guru makrifat diluar sana, keadaan seumpama itu, sudah menjadi lumrah. Itulah sifirnya sebagai guru ilmu makrifat. Sifirnya sebagai guru ilmu makrifat itu, sememangnya begitu. Jangan sedih dan jangan rasa patah semangat. Bukan saja zaman kita, zaman para-para Nabi-Nabi terdahulupun sedemikin juga!. Cuba ambil iktibar kisah Rasulullah atau Nabi Allah Ibrahim.  Nabi Allah Ibrahim, umurnya sekitar 7 atau 8 ratus tahun. Setelah sekian lama berdakwah, Baginda minta Allah perlihatkan perbuatan umat-umatnya, samaada beribadah kepada Allah atau apa?. Setelah diperlihatkan oleh Allah akan perbuatan serta kelakuan umat-umatnya, lalu Nabi Allah Ibrahim menadah tangan supaya dilaknat Allah akan umat-umatnya!.

Kernapa?, kenapa sampai kepada tahap Nabi Allah Ibrahim minta dilaknatkan kaum-kaumnya?. Jawabnya adalah kerana ramai dikalangan umatnya yang engkar dari ajarannya. Itu Nabi dan itu Rasul, apa lagi kita sebagai guru terpencil dan guru kucing kurap ditepi jalan. Guru sebagaimana kita ini, adalah guru yang tak lebih dari kucing kurab atau anjing kurab!. Sedangkan Nabi dan Rasul berdakwah dan bertablik, lagikan orang tidak mahu ikut, inikan pula kita!.  Cuba lihat anak bini Nabi Nuh dan pak saudara Nabi Muhamad sendiri tidak mahu ikut ajaran Baginda, inikan pula kita seorang guru kucing kurap ditepi jalan!.

Biarpun kita sebagai guru kucing dan biarpun sebagai anjing, tambahan pula dengan berkurap, jangan sesekali putus asa dari rahmat Allah. Guru makrifat seperti kita itu, adalah seorang yang harus cekal dan tabah!.  Guru makrifat itu, tidak minta bayaran bila memberi ceramah, tidak minta dipuji, di kenang, disanjung dan tidak minta dihargai. Cukup sekadar boleh bercakap, itupun sudah lebih dari memadai, biarpun tidak ada pengikut dan tidak mendapat upah. Jangan sesekali mundur atau toleh kebelakang lagi!. Ayuh, mari kita mara dan terus mara sehingga sampai kepada titisan darah terakhir.

Jika seorang tentera berjuang mempertahankan tanah air tercinta ini dengan darah dan nyawa, kita juga sebagai guru ilmu makrifat dan anak bangsa yang beragama Islam, harus malahan wajib mempertahankan kesucian agama Islam, biapun pertaruhannya adalah darah dan nyawa!.

Kita sebagai guru, hanya sekadar mengajar dengan cara memberi ceramah (memperdengarkan ceramah) samaad orang itu beroleh faham atau tidak, itu bukan urusan kita. Sesungguhnya yang memberi faham itu, adalah urusan Allah. Untuk itu, jangan kita bersedih dan jangan kita merasa kecewa, bilamana orang tdak faham dan bilamana orang tidak datang mendengar ceramah kita!. Dalam memperjuangkan ilmu Allah itu, hendaklah jadikan diri kita sebagaimana kata pepatah melayu,  Patah sayap bertongkat paruh, akan ku gagahi dan akan ku daki jua gunung yang tinggi, demi agama dan bangsa!.  Perjudian dan pertaruhan didalam memperjuankan tablik (peyampai agama) itu, adalah nyawa.

Jangan kira ramai atau kurang sambutan yang hadir, jangan hitung wang ringgit sebagai ganjaran ceramah. Lihatlah, pandanglah dan ambillah iktibar dari kisah guru-guru kita yang terdahulu. Dalam meyampaikan tablik, pakain guru-guru terdahulu sehinga kering dibadan, kerana tidak ada untuk diganti. Makan mereka harap sedekah orang (jika orang tak bagi, tak makan) dan wang didalam saku tidak ada walau sesen. Hanya dengan berbekalkan selipar jepun, sehelai jubah dan sebiji Al-Quraan, mereka mentarbiah ibu bapa kita, sehingga ibu bapa kita pula mendidik dan mentarbiah kita, sehingga kita  jadi seorang guru sebagaimana sekarang!.

Guru makrifat seumpama kita ini, adalah guru yang tidak beharga, tidak bernilai dan tidak akan dihargai, bilamana hilang tidak dicari, ada tidak dijemput, hadir tidak dipanggil dan lapar tidak dipeduli. Guru makrifat seumpama kita ini, jangan mengharap kepada sanjungan orang. Malahan sebaliknya menerima keji dan cacian orang. Guru makrifat itu, tidak ada sesuatu yang lebih dan tidak ada sesuatu yang istimewa. Kita sebagai guru makrifat, tidak terlepas dari susah dan sakit. Kita juga akan menerima sakit, menerima miskin dan menerima susah sebagaimana orang lain.

Saya juga pernah naik kapal terbang, berbekalkan 10 ringgit. Kelihatan naik kapal terbang, ternyata wang saku hanya ada 10 ringgit (tiket kapal terbang orang  biaya). Beli kasut, hanya kasut berjenama bata, saya buang tanda jenama bata, takut nampak terlalu doif. Seluar hanya beharga 29.90. Beli kereta yang harganya murah berbanding kereta lain, kereta yang orang lain tak beli, kita beli kerana harganya murah (jenama volkswegen), harganya kelihatan murah, tetapi setelah rosak sampai sekarang tak boleh baiki (takada alat ganti), nak beli yang baru, harganya mahal dan tak mampu, beli yang murah, tahu-tahu rosak. Setelah rosak, nak baiki mahal sehingga tersadai. Kelihatan naik volvo, tahukah tuan-tuan volvo yang saya naik itu kepunyaan orang (pemberian orangn)!. Cuba tuan-tuan semak pendaftaran, volvo itu bukan nama saya!.

Kepada guru-guru yang sejalan dengan saya, usah gundah dan usah sedih, sememangnya sedemikinlah perjalan hidup kita sebagai seorang guru agama, tambahan pula seorang guru makrifat!. Apa yang berlakuk kepada saya, selama berdakwah, Pergi ceramah jauh-jauh, wang minyak keretapun tak lepas. Tapi kita kena redha, kerana itulah sifirnya sebagai seorang guru!.

Sekarang saya menjual kitab secara “on line” (secara langsung) dengan dahulukan penghantaran, bayar kemudian. System hatar dulu, bayar kemudian,  ternyata ramai yang tidak bayar daripada yang membuat bayaran!. Kita nak minta bayar duhulu sebelum hantar  kitab, kita malu, seolah-olah menjual atau seolaholah memperdagangkan ilmu Allah. Setelah kitab dikirim dan setelah kitabnya selamat sapai kepada pengirim,  kita calpun mereka tak jawab, apa lagi kiranya kita  nak tageh bayaran!. Dalam penjualan kitab, ramai yang kirim daripada yang bayar!. Inilah nasib pendakwah kelas bawahan (kucing kurap) seperti kita!. Tetapi dikeranakan kita sudah pilih jalan ini, mahu tak mahu, kena tempuh jua. hanya Allah sahaja yang tahu betapa pahit, payah, susah dan pedihnya menjadi seoaranng guru makrifat!. Mana lagi nak menghadapi tuduhan-tuduhan sesat dan tuduhan salah.

Mana lagi bilamana dipersulitkan dengan kenkangan fatwa Majlis Agama Islam. Bilamana dipersoalkan dalam perkara taulilah berceramah. Perkara taulilah inipun satu hal. Bilamana kita minta tauliah, sudah barang tentu ianya tidak akan diluluskan dan  tak dapat.  Untuk memuhun taulih mengajar itu, ianya berkehendakkan dengan bermacam-macam syarat, bermacam-macam rukun, bermacam-macam kelulusan pengajian dan bemaca-macam tapisan.

Syukurlah saya ini dianugerahkan kebolehan selaku penulis, pengarang, pencetak, pengeluar, pengedar, penjual, peberbit, pencermah, pendakwah, pemkir dan pengilham kitab. Berbekal dengan pengtauliahan  huruf  keramat  “p”  itulah makanya saya bebas kesana-kemari bertarbiah, bertablik dan berdakwah dimadrasah, dimasjid, dikem askar, dipusat pengajian tinggi, dipusat latihan polis, dan dijabatan-jabatan kerajaan. Beralasan dan bertaklik diatas dasar lesen seorang penerbit kitab, itulah makanya saya bebas kesana kemari!.

Jika tidak dituduh ilmu sesat atau dituduh ilmu salah, bukanlah seseorang guru itu, dinamakan  guru makrifat. Jika tidak dituduh sesat, salah, dicaci, disisih dari keluarga, dibuang oleh anak-anak, sanak saudara dan jika tidak dibuang oleh darah daging sendiri, tidaklah lengkap ia bergelar seorang  guru makrifat!.  Guru makrifat itu, adalah orang yang akan disesih atau dihindar oleh darah daging sendiri!. Saudara mara sendiri akan menjauhi kita, selagi tidak disiseh, itu bukan sebenar-benar bergelar guru makrifat.

1) Ada sepupu saya sendiri yang bernama Cik ismail Daud, tinggalnya di Keramat Kuala Lumpur yang dulunya baik, tahu-tahu melaporkan kepada JAKIM Puterajaya, yang mengatakan ajaran saya dan ayah saya ini sesat. Semasa saya mengadakan progrem “wacana Ilmu” di Masjid Besar Wilayah persekutuan Kuala Lumpur,  datanglah sepupu saya ini, disaat-saat akhir progrem, lebih kurang jam 4 petang. Setelah habis kursus, kita umumkan yang kita akan diadakan majlis yang sama seperti ini, pada tarikh yang sama bulan hadapnnya. tahu-tahu dia pergi melaporkan kepada JAKIM Puterajaya, mengatakan yang saya ini mengajar aliran ilmu sesat. Sedangkan dikala saya mengadakan kursus satu hari suntuk itu, dihari sendiri oleh ahli-ahli ulamak, termasuk, imam, mufti dan alim ulamak.

Abang saya dan adik saya pergi datang kerumah Cik ismail (sepupu), untuk bertanyakan perkara ini, dengan tidak dipelawa masuk rumah dan tahu-tahu dibawa bergaduh, sampai Cik Ismail nak panggil polis. Sedangkan dulunya beliau dengan abang saya sangat akrab.  Dulunya baik dan mesra, tahu-tahu menjadi musuh dan berbalah dengan abang dan adik saya sampai sekarang tidak bertegur sapa. Berjuma beliau dikendiri kawin saudara , kelihatan beliau tunduk, malu sendiri atas perbuatannya sendiri yang hilang pertimbangan akal!. Kisah ini, dipaparkan, bagi mengambarkan inilah kaedah yang akan dan harus dihadapi oleh guru-guru makrifat!.

Sesungguhnya Allah menyebelahi kita. Pihak Jakim Puteraja, tidak melayan aduan itu sampai sekarang. amin

2) Ada seorang lagi yang denggki kepada saya, kerana dahulu saya disuruh bela dan jaga ikan keli kolam, tiba-tiba anak ikan keli yang baru dibeli sebanyak 30.00  ekor itu mati. Sekarang dituntut supaya ganti. Dalam perjanjain awal, saya hanya selaku penjaga ikan  (memberi makan dan membesarkannya). Tahu-tahu ikan yang masih kecil itu semuanya mati, mungkin kena penyakit.  Saya yang secara sukarela menawarkan diri untuk menjaga ikan, bilamana mati, saya dipersalahkan.

Semasa saya mengadakan ceramah (kursus satu hari suntuk) di  Masjid Besar DiRaja kelang. Beliau yang bergelar Dato’ telah membuat laporan kepada jabatan Agama Islam Kelang. Syukur kepada Allah, penguatkuasa agama yang menerima lapuran itu, adalah salah seoranng anak murid saya. Yang dahulunya beliau selalu mengikuti kuliah saya, iaitu semasa saya mengajar di surau Kastam Pelabuhan kelang. Dari itu, beliau lebih tahu tentang ilmu saya, selama beliau mengikuti pengajian saya, tidak ada unsur-unsur sesat.

Kerana dendam itu, kini beliau report yang saya ini membwa ajaran sesat dan mengajar tanpa tauliah ke Jabatan Agama Islam Selangor di Kelang.  Bilamana dirahmati  Allah, segalanya berjalan lancar, insyallah!.

3) Satu lagi kisah, ada orang dari Johor, yang pernah beli atau pernah baca kitab makrifat tok kenali. Berkemungkinan besar beliau hanya membaca satu lembaran atau sebanyak satu muka surat, tahu-tahu beliau report kejabatan Agama Islam Negeri Johor di johor Bharu, mengatakan yang kitab saya yang berjuduh Mengenal Allah dan kitab menegnal diri itu, sesat. Dengan kehendak Allah, pihak Majlis Agama Islam Negeri johor juga, tidak terlebih dahulu membuat usur periksa akan isi kandungan kitab tersebut. Maka keesukan harinya  kelularlah muka depan surat khabar harian metro, mengatakan yang kitab ilmu makrifat Tok Kenali itu, boleh memesongkan akidah orang.

Heboh keseluruh negara (heboh satu malaysia), mengatakan yang kitab keluaran saya itu, sesat, salah, boleh memesonkan akidah orang ramai dan umat Islam seluruhnya (maklumlah muka depan harian mitro dua hari berturut-turut!). Sehingga sampai kepada pihak JAKIM Puterajaya dan KDN Puterjaya.

Hari pertama pengumuman yangn dibuat oleh pihak harian metro, sayapun mendapat berita itu dari sahabat-sahabat yang menalipon. Lalu pada petang hari itu juga, saya megambil keputusan untuk menulis surat kepda pihak JAKIM Puterajaya dan KDN. Saya menulis surat kepada Ketua JAKIM Puterja dan Ketua KDN Puterajaya. Isi kandungan surat saya itu, meminta pihak tersebut memanggil saya. Saya bersedia untuk datang kePuterajaya pada bila-bila masa untuk disoal siasat. Dalam surat itu, saya tulis yang saya bersedia meneima apa-apa teguran dan apa-apa hukuman. Saya muatkan 3 talian handfon dan alamat rumah saya, bagi diambil sebarang tindakan. Saya poskan surat itu pada hari itu juga (hari keluarnya berita oleh harian metro), melalui pos laju yang berdaftar agar ada bukti penghantran.

Setelah berlanjutan sekian lama, saya menunggu untuk dipanggil dengan penuh debaran. namun tidak juga dipangil. Lalu saya telah megambi keputusan untuk sekali lagi mengirim surat kepada pihak JAKIM dan KDN. Bersama sahabat saya yang bernama Dr Nawar Ariffin dan Cik Wan Ibrahim (bekas ketua Kastam), kami bertiga sekali lagi kePuterjaya untuk meghantar sendiri surat melalui tangan (by Hand), siap dengan cop Jabatan JAKIM Puterajaya pada surat salinan saya. Sampai sekarang suart-surat itu, saya simpan sebagai bukti. Sangat berhajat untuk saya bersemuka dan bersoal jawab dengan pegawai agama untuk mencari dimanakah yang dikatakan salah dan dimana yang dikatakan sesat?. Jika ayat, ayat mana, jika baris, baris mana dan jika muka surat, muka surat mana?.

Biarpun saya sebagai guru ilmu makrifat, hati saya semasa itu, teramat terpalu, sedih, kelisah dan terharu. Bukan sedih, gelisah atau terharu takut kena tanggkap oleh JAKIM atau takut masuk ISA. Yang mengharu, memilu, memedih, meresah dan mengecewakan saya disaat-saat itu, adalah kebimbangan takut kalau-kalau ilmu makrifat ini tidak dapat lagi diketengahkan dan takut kalau-kalau kitab ini tidak akan dapat dipasarkan lagi!.  Hanya bermain diingatan saya dikala  itu, adalah takut kalau-kalau ilmu makrifat ini, tidak lagi boleh dikeluarkan. Sebabnya isi kandungan kitab itu, tidak ternilai biarpun dengan seisi syurga!.

Dengan kehendak Allah juga, maka pergilah KDN dan JAKIM meyiasat ilmu ini sehingga sampai keKelantan (kampong saya). Setelah sekian lama disiasat dan sekian lama juga kebimbangan mendatangi dan menyelubungi hati saya (bimbang ilmu tidak boleh disampaikan). Ternyata semasa perjalanan saya ke Lengga Muar Johor untuk mengadakan ceramah. Tiba-tiba lebih kurang jam 3.00 petang, saya menerima panggilan dari seorang perempuan, yang memperkenalkan dia dari KDN Puterajaya.

Melalui talian talipon itu, dengnan kehendak Allah beliau, mengkhabrkan yangn bahawasanya ke saya ini “TIDAK ADA APA-APA ISU YANG HENDAK DIKETENGAHKAN” . inilah ayat dan inilah bahasa yang masih tergiyang-giyang ditelinga saya.  Mulai pada hari itu, hati saya terasa teramat bersykur kepada Allah swt.

Sekarang ini, yang mereka kata sesat dan salah itu, ternyata tidak menang tangan mesin percetakan mencetaknya.

Kitab yang Majlis Agama Islam Negeri Johor tuduh sesat itulah, yang disampaikan  dan menjadi bacaan Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Pahang, Menteri-menteri Besar (termasuk Tuan guru Nik Azah dan Tuan Guru Hj, Hadi Awang), diJabatan Perdana Menteri  termasuk Perdana Menyeri Malaysia dan yang diterima oleh Ketua Jakim malaysia.

Orang feqah, adalah orang yang pakar dalam bidang tuduh menuduh seast!. Orang feqah, hanya perlu baca satu baris atau kuat-kuatpun satu muka surat, mereka sudah boleh tuduh kitab itu seast atau tidak. Itulah pakar dan bijaknya orang feqah berbanding kita orang makrifat.

Orang feqah, adalah orang yang pakar dalam bidang tuduh menuduh seast!. Orang feqah, hanya perlu baca satu baris atau kuat-kuatpun satu muka surat, mereka sudah boleh tuduh kitab itu seast atau tidak. Itulah pakar dan bijaknya orang feqah berbandinng kita orang makrifat.

4) Kisah yang keempat ini, adalah kisah yang sangat menyayat hati saya, kerana datangnya juga dari darah daging sendiri (juga dari sanak saudara sendiri). Pada satu pagi yang indah, saya dan anak buah saya (Amir) yang lebih dikenali dengan panggilan nama manja “jek” (kojek), sedang pergi untuk menempah kulit kitab di Jln. Pudu K.Lumpur. Tiba-tiba Jek menerima panggilan talipon dari seseorang.

Sesudah itu, saya lihat Jek resah, kehulu kehilir mencari surat kahbar semalam. Setelah lama tidak ketemu surat khabar semalam, lalu dia menceritakan perkara sebenar. Jam tangan menunjukkan pukul 12 tengah hari. Beliau mendapat berita yang sekali lagi kitab karangan saya ini, diharamkan buat kali kedua oleh Majlis Agama Johor. Ini kali saya teramat resah, kerana melibatkan tempat percetakan. Saya tidak risau tentang kitab atau ajaran salah atau sesat. Yang paling saya risau itu, adalah lesen tempat percetakan. Tempat percetakan kita sekarang ini, adalah dibuat dan dicetak di rumah flat, bukannya di kilang atau di kedai perinting yang ada lesen.

Saya bimbang pihak KDN akan datang untuk merampas mesin cetak syarikat Penyuluh hati Enterprises. Lalu saya dan Jek bergegas balik untuk memindahkan mesin sebelum jam 2 petang kalau-kalau KDN datang jam 2. Mesin cetak harganya lebih kurang 180.000.00 (seratus lapan puloh ribu) 2 mesin cetak besar, satu pemotong, dua mesin jahit dan peralatan lain. Berkejar cari lori besar yang ada kerin, kerana mesin besar.

Hanya dengan kudrat 2 orang, saya dan Jek memacah kebuntuan itu, dengan memindahkan mesin yang berat dan besar itu naik lori, pindah kerumah orang lain buat sementara. Bayar sewa lori, saya tak kisah, yang paling saya kesal, adalah kerana didapati banyak peralatan mesin yang pecah dan rosok. Dua minggu kami tidak beroperasi kerana mesin rosak terok.

Ternyata berita itu, adalah berita palsu, semata-mata kerana dengnkil, kianat dan hasat dari jiwa mereka-meraka yang jahat (atas izin Allah jua).  Satu kali lagi kita pindah dan satu kali lagi mesin besar itu rosak, maaklumlah sekarang ini semuanya main komputerise. nak minta lesen pencetak, syarat dan rukunya banyak. nak sewa kedai,  sedangkan sewa rumah kecilpun tak berbayar, kinikan pula nak sewa kedai. Lesen berkehendakkan kepada modal dalam bank dan bebagai-bagai lagi syarat rukunya. Sedangkan wang dalam buku bankpun terkadang-kadang berbaki 10.00, itupun kerana dah tak boleh kaluar, jika boleh dibawa keluar, yang 10.00 ringgit itupun akan dibawa keluar!.

Tak cukup dengan itu, mereka cetak kitab saya secara diam-diam (bila ditanya, meraka kata sudah tak cetak). Lalu mereka jual dengan harga murah berbanding kitab saya.  Mereka pergi ke kedai-kedai atau toko-toko buku tempat selalu saya letak kitab, meraka pergi jual kitab mereka dengan harga  murah. Jadi sekarang ini, toko buku, tidak lagi ambil kitab saya, kerana ada kitab yang serupa dijual dengan harga murah.

Jual ditoko-toko buku, dah ada orang lain yang jual dengan harga murah, jual melalui enternet (jualan langsung), ramai yang tak bayar.     Inilah nasib orang makrifat. Tidak ada apa-apa keistimewaan pada orang makrifat ini, hidup orang makrifat itu susah, miskin dan melarat sebagai mana orang lain juga!. 

Nasihat saya kepada sahabat-sahabat selaku pejuang agama Allah:

Hidup orang makrifat itu, jangan disandarkan diri kepada wang, kepada kesihatan, kepda ubat, kepadasyarikat, kepada anak, kepada  isteri, kepada suami, kepada saudara mara kerana mereka itulah  nantinya yang akan memusnahkan kita. Mari kita bersandar dan bergantung harap kepada Allah Taala.

Jadi usah hairan jika kita dituduh dengan membawa ajaran sesat, Selalu yang menuduh sesat itu, adalah orang yang tidak pernah dengar ceramah kita dan jika datangpun, pasti orang yang bercakap-cakap semasa kita melafazkan ceramah!.

Ayuh sahabat-sahabat ku para-para guru teman seperjuangan ku, ayuh mari kita mara dan terus mara biar sampai ketitisan darah terakhir sebagaimana guru-guru terdahulu.amin drp hj.shaari.

80 Replies to “Kita Hanya Akan Dikenang Bilamana Sudah Tiada”

  1. Salam ya Allah…..benar sebagai contoh kedua ibu bapa kita telah lama kembali ke rahmatullah, tetapi nama mereka sentiasa terpahat dan terukir menjadi sebutan dan di ingati selamanya olh anak cucu mereka…ini menunjukkan kpd kita semua yg bernama atau asma itu adalah asma hanya bg Allah dan bukan bg makhluk….dan sebab itu asma itu tdk lenyap atau pun hilang sampai bila2 di sebut dan di kenang……

    Like

  2. Sambungan…….kerana makhluk tdk ada…mn mungkin diri yg tdk ada blh bernama apatah lg Utk dikenang-kenang….kerana yg ada, yg wujud dan yg maujud hanya bg Allah….

    Like

  3. Benar sekali apa kata Ayahnda Hj. Shaari…., kita akan dikenang bilamana sudah tiada, karena kata dikenang memang sepatutnya diperuntukkan bagi yang sudah tiada…. dan kata “kita” disini bermaksud menunjukkan bagi mahluk / jasad… yang banyak orang yang tersalah kira , jikalau belum mengenal diri, berkata bahwa sebenar diri adalah jasad… padahal sebenar – benar diri adalah ruh… maka ruh tidak ada kata untuk dikenang melaikan ruh akan selalu kekal dalam hidup…. mohon maaf jika tersilap kata… mohon pencerahan dari Ayahnda… terima kasih

    Like

  4. Assallamualaikum Tuan Haji dan sahabat-sahabat. Tajuk post memang menarik dan isinya benar-benar KOSONG.

    Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
    Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
    Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
    Biar rebah di hina kau tak berubah

    Kau menguasai selautan
    Yang tersembunyi di genggaman
    Nafi dan isbat kau sandingkan
    Sebagai tali pegangan

    Sufi kau hilang di pandangan
    Ada di dalam kenikmatan
    Engkau dan Dia pasti tidak akan terpisah
    Andai tertutup tirai sufi
    Yang terang tidak nampak terang
    Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

    Inginku tempuh titianmu
    Dari kekasih ke kekasih
    Pengabdianku bersamaMu kasih
    Biar rebah di hina kau tak berubah

    Salam dan maaf.

    Like

  5. Salam Sesungguhnya ilmu ini mengajar erti berserah diri secara Keseluruhan kepada allah kita ini tiada apa daya . yang ada hanya allah..allah..allah

    Like

  6. Alhamdullilah..dibukakan jalan untuk mengenal Allah melalui Tuan Guru..berjumpa secara tanpa sengaja melalui “browsing and searching”.SubhanaAllah..ada perubahan pada diri…Saya turut mengajak suami untuk sama-sama belajar ilmu ini .. tapi alasannya sibuk..tiada masa…dah sifat manusia..Saya hanya mendiamkan diri namun hati terus berdoa agar suami turut diberi hidayah tanpa paksaan..
    Untuk pengetahuan Tuan Guru, pada mulanya sering juga berbalah pendapat bila suami mengatakan yang Ilmu Makrifat ini Ilmu Ghaib…dan saya menjelaskan Tiada Yang Ghaib melainkan Hanya Mengenal Diri dan Mengenal Allah..dan Yang Ghaib itu adalah Rahmat dari Allah..Insya Allah..

    Like

      1. Amat benar .. Kata-kata terakhir Tuan Guru..”hidup orang makrifat itu susah, miskin dan melarat sebagai mana orang lain juga”… Segulung Ijazah Kedoktoran dalam Bahagian Kejuruteraan dan Sijil Kedoktoran Lanjutan …tidak sama dengan menuntut ilmu Makrifat..Ilmu segala Ilmu..Ibu Segala Ibadat..Benih kepada Iman…Jalan Yang Satu Menuju Cinta Ilahi..
        gaji yang lumayan tidak setimpal dengan kenikmatan dan keindahan hidup yang dijalani sekarang…tidak diperlukan ganjaran syurga di akhirat andai kenikmatan syurga itu sedang dinikmati di dunia…Jika orang lain sibuk mewasiatkan harta berjuta..bagi saya Ilmu Makrifat inilah warisan dan wasiat peninggalan saya pada anak-anak…Gaji mencecah RM8k sebulan sanggup diabaikan dan Benar kata Tuan Guru..memang dalam akaun saya pun tinggal RM10..kalau boleh keluar sudah lama juga dikeluarkan 🙂
        Subhana Allah…Alhamdullilah….

        Like

  7. Assalamualaikum Tuan Haji Shaari,
    Teruskan perjuangan…tiada satu pun kandungan kitab tersebut yang menyamakan Allah Taala dengan makhluk.
    Saya menanti kemunculan buku ketiga…

    Like

  8. salam pada semua bismillah kata pembuka menarik juga tajuk kali ini dlm memperjuang kan hal hal itu kita ucap syukur alhamdulilllah atas perkara perkara yang di alami oleh kita semua terutama Tn Hj seumpama jua terhiris hati kita yang berada di seberang laut sarawak dan sabah , sedalam dalam dari pandangan hamba yg tidak pandai ni semua nya adalah kehendak yang empunya diri selaku pelakun pelakun di atas pentas dunia ini , bayang bayang itu sungguh nyata adalah simbolik2 yang mengukuhkan lagi perjuangan kita hingga ke titisan darah yg terakhir. Hanya cinta illahi itu yg berkekallan hingga keakhir hayat kita maka sesiapa yg tidak berbekal cinta jestru itu menjadi tentangan pada yg mencinta.

    Like

  9. Assalamulaikum Tuan Guru, teruskan usaha walau banyak yang menlempar tuduhan. Saya bersyukur Tn Guru tak putus asa malah terus cekal menegakkan ilmu makrifat. Sesungguhnya saya memang suka membaca buku mengenal Diri dan Mengenal Allah ini. Ilmu ini sangat lama saya cari dan saya juga terus ikuti dan baca blog Tn Guru. Teruskan usaha Tn Guru dan dalam berdakwah dan ber tabligh memanglah kita sentiasa di uji dan terus di uji. InsyaAllah, akan membuahkan hasilnya satu hari nanti.

    Like

  10. Assallamualaikum Tuan Haji dan sahabat-sahabat peminat blog Makrifat Tok Kenali.
    Terasa sedih dan terharu bila membaca post kali ini. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati perjuangan guru-guru makrifat seperti Tuan Haji. Namun ada juga cerita yang ingin saya kongsikan.

    Bila keluar di akhbar Harian Metro edisi selatan (Johor) kisah kitab Mengenal Diri dan Mengenal Allah yang dikatakan sesat, maka bermula dari situlah seorang sahabat saya (Johari Mokhtar) “googlekan” hal tersebut di internet. Akhirnya dapat berhubung dengan Tuan Haji, kemudian dapat membeli sepasang kitab Mengenal Diri dan Mengenal Allah melalui anak saudara Tuan Haji.

    Saya waktu itu tidak tahu apa-apa tentang hal ini hanya menemankan sahabat saya untuk berjumpa dengan anak saudara Tuan Haji di stesyen Petronas, Jalan Salleh, Muar. Waktu itu sahabat saya juga tidak bercerita tentang hal ini dan mengatakan ianya “rahsia besar”. Selang beberapa hari barulah sahabat saya itu membuka rahsia dan meminjamkan kepada saya DVD untuk saya lihat dan dengar sendiri.

    Kemudian sahabat saya itu beri saya peluang untuk membaca sebahagian dari kedua-dua kitab tersebut dan menggalakkan saya serta beberapa orang sahabat lain untuk memiliki sepasang kitab Mengenal Diri dan Mengenal Allah. Dari situlah bermulanya saya belajar tentang Ilmu Makrifat Tok Kenali. Alhamdulillah ada hikmah disebalik kejadian keluarnya berita mengenai kitab Mengenal Diri dan Mengenal Allah di akhbar Harian Metro edisi selatan (Johor).

    Sekian salam dan maaf.

    Like

  11. Salam tuan guru. Lama dah takde kuliah?. Mungkin dah tak dimaklumkan dlm blog. Terlalu rindu nak bertemu dgn tuan guru. Mohon maklumkan pada saya di 0172328060 kiranya ada kuliah ataupun berkunjung ke lembah klang. InsyaAllah kita bertemu nanti.

    Like

  12. “Islam hadir dalam keadaan asing dan akan kembali semula dalam keadaan asing” tak biasa didengar, begitulah dakwah nabi tuan2. Masyarakat ketika itu rasa pelik dengan huraian2 nabi sehinggakan mengatakan nabi gila. Tahniah tuan haji kerana tuan diberi peranan oleh Allah sbg penyambung ilmu warisan para wali.

    Bersama kita renungkan daripada 7 dosa besar hanya 1 sahaja tiada ampun. Apa mesej Allah kepada kita? Wassalam

    Like

  13. Sesat untuk menyuruh kembali ke pangkal jalan, selagi tahu belumlah tahu, selagi kenal belumlah mengenal, hadis Rasullullah SAW berzikirlah sehingga orang mengatakan kamu gila. Perkembangkanlah ilmu ini walau dituduh sesat sekalipun. Nabi dulu juga masa mengembangkan agama turut dituduh sesat

    Like

  14. Salam utk semua, rasa pilu membaca luahan perasaan seorang guru, yg saya sendiri terlepas pandang akan masalah tersebut. Sdra/ri2 yg sealiran marilah kita sama2 berpakat utk mencari jalan penyelesaian….

    Like

  15. Assalamualaikum Tuan Haji. Teruskan usaha murni tuan. InsyaAllah jika diizinkan Allah saya akan cuba sentiasa mengikuti ceramah-ceramah tuan.

    Like

  16. Semoga Tuan Guru, tetap tabah dan sabar dalam membimbing murid2 pengajian Tuan. Terutama yg mengikuti blog ini
    Saya yakin seyakiin yakinnya, Tuan Guru ikhlas, sabar dan tidak pernah berat hati membimbing kami
    Kami mendukungmu dan mendoakanmu Tuan Guru
    Selamat berjuang

    Like

  17. Assalamualaikum Tuan,
    Alhamdulillah wa Shukrillah. Terima Kasih Tuan. Kita telah dipertemukan Allah dengan Tuan Guru Haji Shaari untuk menimba ilmuNya. Ini adalah satu petunjuk yang amat besar dan tak ternilai harganya. Saya mula mencari sejak 25 tahun dulu dan sekarang baru jumpa. Terima Kasih Ya Allah dan Terima Kasih Tuan Guru.

    Like

  18. hatiku sedih serta terharu,
    bila mendengarkan cerita begitu.
    Ularmak fekah memang begitu.
    Suka menuduh dari selidik dulu….
    Wahai manusia carilah guru.
    Agar dikau dapat bertemu.
    Barulah dikatakan berilmu .
    Jangan menyembah bertuhankan semu.
    Kelak hatimu akan menjadi jemu..
    Kelak hatimu mnjadi haru..
    Kelak hatimu mnjadi dungu.. Krn ditipu oleh egomu..
    Oleh itu carilah ilmu
    ia ada didada guru.
    Ia ada pada semangatmu.
    Ia ada diluar kelupaan dan kelalaian duniamu..
    Ai ada …ada di niat sucimu..
    Bukanlah berada pada kelebihanmu…
    Wahai semua jika ingin mengerti.
    Carilah jalan mengenal diri..
    Agar kamu tiada rugi lagi..
    Sementara guru haji shaari masih ada lagi……

    Like

  19. Ustaz (baru dengar DVD 1st – baik panggil ustaz lah….), kalu guru saya, dia akan kata, “ambillah, nak jalan ini kan…”
    Sejak saya baca blog ini, dan w/pun tak habis DVD 1st tu, sambil tu baca buku baru nak masuk soal #3, banyak persoalan yang tertanya2 dibenak hati saya mula terjawab. Alhamdulillah….explanation ustaz jelas sangat2..especially mengenai sifat Allah #1….wau….baru saya sedar…tak perasan pun selama ini..terimakasih ‘ustaz’…..doakan saya ustaz…

    Like

  20. tuan guru sentiasa dilindungi amin,…………,kepada yg tidak tahu atau bodoh ilmu makrifat ,bagus diamlah,..
    semporna boy,……sentiasa sokong dg doa tuan guru kesayangan andai kan boleh berkemampuan ingin
    rasa nya tukar saja nyawa ini dengan perjuangan ini,tukar ganti .asalkan tertegaknya makrifat ALLAH AMIN,..

    Like

  21. Semoga Allah memberi kemenangan kepada Guru Makrifat seperti Tuan Guru Ustaz Syaari dan sahabat-sahabatnya. Saya akan sentiasa menyokong..

    Like

  22. Assalam Tuan Guru,
    Intan permata adalah sesuatu yg amat bernilai……………itulah umpama ilmu makrifat………..justeru ramai yg dengki(sebab tak faham) serta tak berselira untuk menekuninya……………..lantaran itu sudah pasti hanya mereka yang dipilihNYA saja yang ingin menghampiri serta menekuni. Jangan patah semangat………biar yang berminat hanya seorang cumanya………………kami sentiasa menanti butir-butir ilmu yang sudi Tuan curahkan. Kepada mereka yg tak sudi, dengki dan penghalang…kita serahkan saja pada ketentuan Allah SWT.

    Like

  23. Assalam Tuan Guru,
    Ini respon saya tentang “dah dapat buku, tapi tak bayar” saranan saya harus ada senarai yang bersistem(jgn salah sangka-bukan maksud saya Tuan tak ada sistem) cuma saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Apabila saya telah selesai “Bank-in” bayaran RM235 -2 buku + 10 VCD. Saya sms menyatakan tentang bayaran tersebut, dan balasan sms telah saya terima. Selang 2 minggu saya dapat call mengatakan saya belum bayar habis……..saya katakan nama saya dan telahpun habis bayar……..rupanya dia keliru antara saya dengan orang lain. Jadi itu sebabnya, perlu ada sistem tentang no talipon serta namanya.Jadi bila bayaran serta pemberitahuan melalui sms dihantar oleh yg buat bayaran, secara otomatik nama pembayar tersebut diketahui, jadi tidaklah berlaku seperti itu.Maaf saya sekadar memberi pandangan. Saya menantikan buku terbaru Tuan serta ilmu-ilmu yg Tuan curahkan melalui blog ini. Wassalam

    Like

  24. disebalik setiap huruf dan perkataan yang dizahirkan pak guru ada rahsia dan sebab yang dapat dibaca oleh mereka yg benar2 makrifat. bukan pak guru yang kecewa, tp Allah menzahirkan sifat kesempurnaannya melalui af’al pak guru mencoret sesuatu yg mmg telah tertulis di loh mahfuz. yang mulia tuan zul mengatakan semua sudah tertulis sejak azali, bukankah coretan pak guru ini juga sudah lama tertulis di loh mahfuz. begitu juga dgn apa yg kita semua coretkan. semua sudah lama tertulis di loh mahfuz, baru kini terzahir… tidak bergerak satu zarah pun melainkan dgn izin Allah… jumpalah pak guru cara bedepan.. baru kenal yg mana intan , yang mana kaca…

    Like

    1. benar kata tuan. dari penulisan tuan, saya dari kejauhan dapat meneka yang tuan seorang yanng berilmu makrifat. amin ya allah agar menambah ilmu tuan dan bimbinglah sahabat2 yg blm dat kefahaman.amin

      Like

  25. Terharu dan pilu hati saya mendengar luahan hati tuan guru, memang benar…orang2 sekarang tidak sanggup berkorban masa, wang ringgit, untuk mendapatkan Ilmu Makrifat ini, bukan nya ilmu ini boleh dijual beli, bukan, tetapi kena keluar duit untuk pergi mendapatkan guru yg boleh membimbing kejalan yang benar ini, kalu nak tahu..saya diawal tahun 80 an dahulu, bertangga bertandang kerumah tuk guru siang malam pagi petang, apabila dah berkahwin, orang kata anak membesar dirumah tuk guru, bawa buaian, sehingga bertahun2 balik saja dari kerja terus ketempat tuk guru yg mengajar, seharian tidak menghiraukan kepentingan duniawi, kerna Ilmu ini lagi berharga kalu nak dibandingkan dengan emas permata, intan berlian…..ianya tidak sama…..subhanallah….dah ramai anak2 muda sekarang mencari, kalu dulu kami belajar sembunyi2…..takut dituduh sesat….semoga usaha Tuan Guru dipermudahkan Allah….Amin.

    Like

  26. Salam,, nama saya Muhammad bin Ramli telah menerima ilmu makrifat ini dari almarhum kekanda saya Nasir Ramli yang telah menerima ilmu ini dari ayahnda saya almarhum Ustaz Ramli Awang yang menerima ilmu ini dari gurunya hinggalah sampai ke Tok Kenali guru asal dan sampai ke hadrat Nabi s.a.w. Jadi ilmu yang sama saya pelajari. Kekanda saya ajar saya kiasan air laut. Apabila air laut itu dalam laut dipanggil alr laut tetapi bila terkeluar dari laut dah hilang “laut” dari air namun tetap nama air laut jua. Samalah macam roh kita yang berasal dari Nur Muhammad s.a.w. dan Nur Muhammad s.a.w. itu dijadikan dari Nur Allah (zat Allah) maka asal kita dari DIA maka kita ini adalah DIA tetapi DIA BUKANNYA KITA. DIA TIDAK ADA SEKUTU BAGINYA. kita hanyalah anggota badannya sahaja, dan kita sebenarnya tidak ada pada hakikatnya. Yang ada hanyalah dia semata-mata. Dialah yang melakukan semua ibadat dan amalan kita. Bukannya kita yang lakukan. a

    Like

  27. Apa yg kita pegang itu kita kena terima. Nyatakan dia baru selesai masalah. Di sekeliling kita nyatanya dia. Tiada yg lain. Ilmu aku yg punya. Baik yang tinggi mahupun yg rendah. Kita yg membeza- bezakan. Faham atau tidak atas aku. Bukak rahsia aku, aku jugak yg akan tentang. Nyatakan aku, aku jugak yg akan selesaikan semuanya.. Masalah adalah hijab. Semuanya atas aku. Aku yg bg masalah dan aku jugak selesaikannya. Muhammad hanya lakonan untukku sahaja. Yang nyata hanya aku.

    masalah dan aku juga selesaikan. Muhammad atas lakonan untukku sahaja. Yang nyata hanya dia sahaja. Cerita kota tiada

    Like

    1. Kesepianlah teman nan sejati
      Di dalamnya kau mengenal diri
      Tenangnya wajah matangnya bicara
      Kerana kau menyakini
      Tuhanlah yang maha ESA…

      Like

  28. Allah..ilmu makrifat itu memang merobek jiwa,meruntun hati nurani..Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya..kami sentiasa berada di belakang ayah..menyokong dan memperjuang kan ilmu makrifat..biarlah kita kongsi bersama mata pedang itu..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s