Mari Mengakhiri Zaman Jahiliyah!.

Mari Megakhiri Zaman Jahiliyah

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Ramai yang mengambarkan jahiliyan itu, adalah mereka-mereka yang menganut agama sebelum Islam. Sebut sahaja jahiliyah, fikiran kita telah membayangkan zaman sebelum Rasulullah!. Tahukah kita, bagaimana amalan orang-orang jahiliyah?.

Soal: Bagaimanakah contoh orang jahiliah?.

Jawab: Contoh orang zaman jahiliyah, orang zaman jahiliah itu, adalah orang yang amalannya tidak disertai Allah. Segala yang  dilakukannya adalah bertujuan untuk selain Allah!. Seumpama sekadar untuk meyembah sifat, meyembah nama, meyembah perbuatan dan meyembah zat!.

Soal: Bagaimana contoh orang yang meyembah sifat?

Jawab: Contoh orang  yang meyembah sifat itu,  adalah orang-orang yang  meyembah makhluk yang bersifat (meyembah sifat makhluk).  Seumpama lihat pokok besar, busut besar, batu besar, mereka meyangka itulah Tuhan!. Maka disembahnya pokok, busut, batu dan sebagainya!. Sedangkan pokok, busut, batu dan sebagainya itu, adalah sifat yang bersifat!.

Kita tuduh yang orang jahiliyah itu meyembah sifat, sedangkan tanpa kita sedar yang kita juga meyembah sifat?. Jika boleh saya bertanya, semasa tuan-tuan sembahyang, tuan-tuan menghadap kemana?, jika bukan menghadap Kaabah?. Sedangkan Kaabah itu sifat!, Baitullah itu, sifat dan Hajaratul aswat itu, sifat!. Tidakkah tuan-tuan menghadap atau meyembah sifat?. Kaabah (baitullah) itu, adalah rumah Allah. Tidakkah rumah itu sifat?. Sekarang, apa bezanya orang jahiliah dengan kita?. Cuba jawap pertanyaan saya dengan jujur?……………………

Orang jahiliyah meyembah kepada sembahan yang bersifat, sedangkan tanpa kita sedari, kita juga sembah kepada perkara yang bersifat, iaitu Kaabah atau Baitullah. Sedangkan Kaabah atau Baitullah itu, adalah sifat!.

Sekiranya tuan-tuan mendakwa atau mengaku yang tuan-tuan tidak meyembah Kaabah atau tidak meyembah Baitullah, saya ingin bertanya dan saya ingin ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan siding pembaca yang budiman sekalian,  apakah yang tuan hadap?. Jawab pertanyaan saya, apakah yang tuan hadap?……………………….Jika tidak kepada Kaabah!

Sekiranya tuan-tuan mengaku yang tuan-tuan tidak meyembah Kaabah tetapi tuan-tuan mendakwa yang tuan-tuan meyembah Allah. Ingin saya bertanya kepada tuan-tuan atau ingin saya ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan, kiranya tuan-tuan meyembah Allah,

1)      Jika kita kata, kita menghadap Allah, jika kita menghadap Allah, kenapa perlu menghadap Kaabah (Baitullah)?. Sedangkan Allah itu, ada dimana-mana?. Jika Allah itu ada dimana-mana, kenapa sampai perlu menghadap Kaabah. Tidakkah Kaabah itu sifat?………………..

Soalan ini, jangan pula disalah erti atau disalah tafsir! (terutama golongan yang berilmu feqah). Saya bukan mengemukakan soalan ini, untuk mengajak tuan-tuan supaya jangan menghadap kiblat, Saya ingin mengajak tuan-tuan, supaya belajar sesuatu ilmu itu, jangan setakat peringkat tahu sahaja, saya ingin mengajak tuan-uan supaya sampai kepada peringkat mengenal!.

2)      Kiranya kita kata, kita meyembah Allah dan bukannya meyembah Kaabah,  sekali lagi ingin saya ajukan pertanyaan, mana Allah?. Jika tuan-tuan mendakwa dan mengaku menyembah Allah dan bukan menyembah Kaabah, mana Allah?…………Apakah Allah itu hanya ada pada sudut Kaabah sahaja yang menyebabkan kita kena hadap kepada Kaabah?. Apakah Allah itu tidak ada pada sudut-sudut yang lain?. Setahu kita, apa yang kita pelajari selama ini, Allah itu tidak bertempat!. Jika Allah tidak bertempat, kenapa perlu hadap kepada Kaabah, tidakkah Kaabah itu hanya sekadar sifat, apakah kita juga meyembah sifat sebagaimana orang jahiliyah?. Cuba jawab?…………….

Pertanyaan saya ini, bukan bertujuan untuk meyesatkan tuan-tuan atau untuk mengeliruan tuan-tuan. Pertanyaan saya ini, adalah semata-mata bertujuan bagi membuka minda dan bagi memantapkan keyakinan terhadap setiap  ilmu yang kita pelajari. Supaya kita benar-benar faham, benar-benar mengerti dan benar-benar tahu dengan apa yang kita ucap. Bukan sekadar ucap semata-mata!.

Beriman kepada Allah, beriman kepada kaabah, beriman kepada baitullah (rumah Allah) dan beriman kepada kiblat itu, hendaklah beriman dengan penuh yakin. Yakin dengan seyakin yakinnya. Dari ilmu yang kita pelajari itu, hendaklah kita yakin, yakin seyakin yakinya!, barulahkita itu, tidak dituduh sama jahil dengan orang jahiliah!. Kita tuduh orang jahiliah itu jahil, sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya kita itu, lebih 67 kali jahil berbanding orang yang benar jahiliyah!.

Kita hanya tahu sebut, sebut itu dan sebut ini, sedangkan apa yang kita sebut itu, kita sendiripun tidak tahu dan kita sendiripun tidak  yakin!. Itu bermakana taraf kita dengan taraf orang jahiliyah itu, adalah “sama”. Sama-sama jahiliah, (maaf ya kiranya bahasa saya itu, agak terkasar sedikit). Kasarnya bahasa saya itu, adalah semata-mata bertujuan untuk membuka atau mencelekkan mata tuan-tuan yang selama ini tertutup (buta)!. Sebenarnya kita selama ini, hanya menyembah sifat, sebagai mana orang jahiliah!.

Soal: Bagaimana contoh orang yang meyembah nama?.

Jawab: Contoh orang yang meyembah nama itu, adalah orang yang meyembah nama makhluk. Seumpama orang yang memuja jin (nama jin), sedang bayang jin pun mereka tidak nampak, apa lagi rupa paras jin. Memuja Syek Khaidir Jailani, sedangkan muka dan rupa paras Syek Kadir jailanipun mereka tidak pernah lihat, meraka hanya kenal nama sahaja. Meyembah hantu, jembalang, iblis, memuja ibu duit, memuja toto, magnem,  4 dijit nombor ekor. Memuja keris pusaka, disanggkakan keris lembing itu keramat, sedangkan keramatnya keris lembing itu, belum pernah kita lihat, hanya tahu dari ceria atas cerita. Memuja jimat, tanggkal, pelaris dan sebagainya.

Begitu juga kita sekarang ini, kita sekarang ini dikatakan meyembah Allah, sedangkan Allah yang kita sembah itu, adalah hanya sekadar nama pangil-panggilan!. Mana tuan yang empunya nama?…………………….

Soal: Bagaimana contoh orang yang meyembah Afaal?.

Jawab: Contoh orang yang meyembah

Maaf ya siaran kita tergangu sekejap. akan keudara lagi sesudah ini. amin

 

Advertisements

34 Replies to “Mari Mengakhiri Zaman Jahiliyah!.”

  1. Sangat setuju walau pun cerita belum habis sebab mengantok kerana dalam tidor akan dapat banyak ilham tentang jahilliyah zaman moden. Banyak sudah alim alim rasa bertuhan tetapi alim jahilliyah rupanya. Kasihan mereka kena tipu dgn kebodohan diri sendiri. Mudahan cepat kembali ke pangkal jalan. Amin.

    Like

  2. Salam Sebenarnya apa sesuatu apapun yang tidak disertakan dengan allah maka itupun dikatakan jahilliah. sesungguh kita ini tiada yang ada allah ..alllah allah .

    Like

    1. Jika masih berserta, itu tandanya berdua, jika berdua, itu tandanya syirik!!!!. Maafkan saya, fahaminya dengan rasional. Amin.

      Like

  3. Silahkan istirahat dulu tuan Guru, terima kasih masih mau mencurahkan ilmu dlm dadamu kepada kami semua. Jasadmu semoga senantiasa sehat wal afiat amin

    Like

  4. tuan guru rasa haus dan dahaga lagi ini,……………sentiasa haus haus dahaga dahaga,,,,,,,,,,,…tolong saya tuan
    guru,….dg hanya membaca karangan tuan guru di ruangan ini maka terubatlah sedikit, sedikit kehausan
    hamba yang hina ini,…..daif melarat ini ,…………..sehingga,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
    semporna boy

    Like

    1. tuan guru….. boleh tuan guru terangkan serba sedikit bgaimana wahyu diturunkan…..
      sy sguh2 ingin thu……
      trima kasih….

      Like

  5. salam peminat makrifat tok kenali.

    bahasa melayu jahil itu bermaksud tidak tahu (dalam sesuatu perkara), tapi pada zaman rasullulah, jahiliah itu mugkin khusus untuk mereka yang tak percaya kepada allah atau tidak mengenal allah.

    Like

      1. Ya tuan guru yg dikasihi,
        Lamanya tidur, bila nak sambung lagi, sedap criter ni. Oh agaknya sedang disusun dan di pilis-pilis dengan cermat agar wanginya semerbak seante benua. Aminnnnn.

        Like

      2. Salam tuan guru Johor Baharu, Saya sedang menyiapkan tajuk martabat tujuh, yang saya gantung tempoh hari. Kini sedang mengarang martabat terakhir iaitu martabat insan. Semalam saya dah siapkan sampai martabat ajsam.amin

        Like

      3. Segala kelakuanku adalah untuk menyatakan aku. Atas aku juga untuk menyatakanku. Tiada yang disembah dan menyembah. Urusanku untuk menyatakan aku.

        Like

  6. Allah…., semoga kita tidak termasuk golongan mereka yang menganut sebelum islam. selamat tidur Ayahnda…, semoga esok kita berjumpa lagi dengan tulisan yang terus menerus tiada henti menusuk qalbu…, walau jasad tak pernah bertemu tapi hati ini selalu tersenyum dan selalu menanti untuk berjumpa…

    Like

  7. Assalam Tuan Guru,
    Adapun kaabah yang kita hadapkan diri kita sewaktu bersolat tidak lebih sekadar objek/simbol “penyatuan” arah bagi orang islam yg bersolat, biar di mana atau negara mana mereka beada.

    Namun kiblat yang sebenarnya adalah Baitullah yg terdapat di Kalbu/hati kita.”barang di mana kita halakan wajah kita, maka di situlah Allah berada”.

    Seperti yg T.Guru ajar, setelah kita kembalikan, fana serta lebur diri zahir dan bathin(roh) kita…..maka yang wujud hanyalah DIA…..maka DIA lah yang disembah dan beserta DIA kita menyembah

    Adapun ALLAH itu hanya asmaNYA sebagaimana nama-nama lain kepunyaanNYA. Namun bukan nama itu yang disembah takala kita bersolat.

    Maaf dan perbetulkan saya sekiranya silap/keliru dlm memahami ilmu yg tuan sampaikan

    Like

      1. Assallamualaikum ustaz. Siapakah yang telah menjawab dengan tepat itu ustaz? dan apakah jawapannya? Kenapa pula jawapan itu dipadam? Saya tersangat ingin tahu akan jawapan kepada persoalan ini. Harap ustaz dapat huraikan. Saya sangat daif untuk menjawabnya.

        Like

      2. kaabah itu hanya dri segi syariatin sahaja…. serahkanlah sifat kaabah itu agar yg ada itu hanya allah…. allah.. allah….
        jd bru lha dikatan kita ini mnyembah allah bkn kaabah… maaf kalau jawapan sy tersilap.. harap tuan guru betulkan..

        Like

  8. salam tuan haji

    pada pendapat saya solat itu perbuatan dari penyaksian kita pada kalimah syahadah. tiada tuhan hanya allah dan muhammad pesuruh allah.kesan dari penyaksian secara rohaniah dan penzahiran penyaksian itu pada perbuatan kita melalui solat. hati adalah diri kita y sesungguhnya dan hati itulah y sebenar2nya menghadap allah y menjadi tmpatnya rumah allah secara rohaniahnya. disombolikkan pada diri kita(diri zahir) bersolat menghadap kaabah sebagai somboliknya rumah allah pada tataran zahir(menghadap diri kepada allah).

    Benar kata2 tuan haji selama ini kita hanya menyembah zat sifat asma dan afaal tanpa kita sedari.segala apa y bersifat, berbentuk, berzat adalah makhluk semata mata dan zat allah itu menyalahi segala sifat dan zat makhluk.Pemahaman berkenaan ‘zat allah’ itu sgt penting ,merupakan teras kpd mengenal tuhan, konsep penyembahan tuhan itu sendiri.bagaimana bole dikatakan kita menyembah tuhan y benar jika diri tuhan itu sndiri pon tidak kita kenali. ini disebabkan ajaran agama pd hari ini hanya diajarkn atas tataran syariat shj dan tidak dilanjutkan pd peringkat y lebih mendalam sehinggakan kita menyangka bahawa kite telah benar ttp sesungguhnya adalah sebaliknya.bagaimana tubuh daging kulit kita ini bisa berdiri kukuh andai tiada terasnya tulang itu sendiri sebagai perumpamaan. harap diperbetul mana2 y terpesong ya tuan haji.. salam

    Like

    1. Benar kata tuan itu. kita haus berani mengemukan pandangan. Kita jangan takut untuk keluar dari kepompong (keponpongn diria). Selagi dalam kepompong, selagi itulah tuan mensyirikkan Allah. Buang keberadaan diri, barulah jadi sebenar-benar insan.Insan yang beruhankan Tuhan Allah.

      Like

  9. benar,saya memang sokong apa yg dikatakan memang benar,sy bukanlah pandai atau memandai2,tp sbenarnya inilah yg sebenar2 ilmu,kbnyakkan hanya thu nk myesatkan org,bukan ada apa pun cuma kenal diri itupun dtuduh sesat,contoh solat baca doa bpuluh kali tp x phm makna tiada gunanya,bgitulah tiap2 diri mnusia yg tiada ilmu ni bgaikan kosong.mtk maf Tuan sy skadar baru lg,tetapi sy tgok ramai org yg dtangkap krn ajar kenal diri kenal allah.
    diaorg ingat islam hnya pd solat.yg lain2 x payah belajar ke?huhu,itula. .smentara nak phm apa yg di ajr mcm2 tohmahan dlemparkan.

    Like

  10. istilah sembah menyebabkan org yg mencari hakikat melihat seolah2 ada dua Allah…Allah pada martabat ahdiah dan juga Muhammad yakni Nur Muhammad. Alangkahnya eloknya jika kita hanya melihat keNyataan Allah semata2…solat itu bukan sembah menyembah tetapi melihat nyatanya Allah…betulkan jika saya terkeliru Tuan Guru

    Like

  11. Assalamualaikum tuan, saya tidak bersetuju dengan kenyataan “menyembah kaabah” kerana bagi pendapat saya tujuan kaabah itu bukanlah untuk disembah dan bukanlah ia bertujuan mengatakan Allah SWT berada disitu. Tujuan kita menghadap kiblat (kaabah) ketika solat adalah untuk menyeragamkan arah solat kearah satu pusat. Maksud yang tersirat daripada perbuatan ini adalah, walau dimana jua kita berada kita akan tetap menghadap kearah yang sama ketika solat. Ianya juga melambangkan penyatuan hati orang islam, walaupun berlainan mazhab, pendapat dan iktikad, kita tetap menghadap ke arah yang sama ketika solat. Menghadap kaabah sebagai kiblat ketika solat tidak bermaksud menyembah kaabah tetapi ianya sebagai simbolik buat umat islam untuk mengatakan walaupun berlainan mazhab, pendapat, iktikad dll, kita tetap menuju kearah satu destinasi iaitu untuk mencari redha illahi. J

    Maaf atas kesilapan saya. Jika saya silap, mohon tuan perbetulkan kerana saya hanya seorang insan yang sedang terkapai-kapai dalam mengenal erti kehidupan ini.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s