Kenangan Dilipatan Sejarah

Pada jam 1.45 petang, hari selasa 29hb Mei, sewaktu berehat dipenjuru kerusi, setelah penat berkarya. Dari kemerduan suara nyayiannya, teramat meyentuh hati sanubariku!. Terpaku dan terpasak sejenak mataku memandang paparan yang muncul melalui kaca talivision. Tidak lain dan tidak bukan Seniman Negara Alahyarham Tan Sri Dr. P. Ramli (Zakaria bin Putih).

Alunan suara yang lunak merdu dari nyayian P.Ramli, yang mengiringi wawancara  melalui siaran TV, maka bercakap, berkata, berucap dan terlafazlah kata yang keluar dari bibir mulut artis-artis yang memuji, memuja dan meyanjungi P.Ramli. Seorang demi seorang kenyataan artis dirakam, yang memuji, memuja dan menyanjungi P.Ramli.

Satu-satunya biduan Negara yang tidak boleh ditukar ganti. Sebagai pengarah, pelakon, pelawak, penyayi, penghibur dan berbagai “P”. Membuat saya rasa terpanggil untuk menjejakinya. Didalam hati ku berkata, alangkah bangganya hati kedua orang, kiranya kedua orang tua P.Ramli masih hidup!. Melihat anaknya yang bernama P.Ramli mengharungi persada dunia perfilemen.

Lalu terlintas dihati kecilku, alangkah bangganya hati kedua orang tuaku, sekiranya beliau masih hidup. Dapat menikmati kejayaan aku dalam pelajaran yang pernah menjejak kaki dimenara gading sehingga tamat dan berjaya menjadi seorang insan yang berjasa kepada mayarakat!.

Dari kisah hidup P. Ramli itu, teringat aku akan diriku sendiri!.Sedar atau tidak, sekarang ini, aku juga sudah bergelar dan sudah meyandang gelaran  “P” , sebagaimana Seniman Agung P. Ramli.(walaupun tidak bertauliah dan tidak diiktiraf). Sedar atau tidak,  ketokohan diriku sekarang ini, mirip-mirip sebagaimana ketokohan P.Ramli yang mempunyai banyak “P”.

Sebagaimana P. Ramli yang banyak gelaran “P”, sedar atau tidak, saya juga memiliki “P” sebagaimana Seniman Agung P. Ramli. Saya juga ada huruf “P”, iaitu  penulis, penerbit, pencetak, pengedar, pengedit, penjual, pembuat, penyusun, penterjemah, penceramah, pendakwah dan berbagai “P”. Bermula dari penulis, pengarang, pengedit, mencetak sendiri, menjahit kitab sendiri, gam kitab menjadi buku sendiri dan buat kulit kitab sendiri.

Jika tuan-tuan nak tahu, dari huruf a sampai z kitab itu, sayalah yang buat, saya yangn tulis, saya karang, saya edit, saya cetak, saya susun, saya!. (Dari a sampai z, saya buat sendiri).

Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian, pada awalnya saya malu untuk menceritakan bahawa saya juga pandai bermain muzik (orgen). Saya bermain orgen, tanpa belajar not (saya tak tahu baca not). Cuma bilamana saya dengar lerek lagu, tangan saya boleh berjalan sendiri.

Pandai itu, tidaklah sepandai sebagaimana orang lain, hanya sekadar boleh main alah kadar sahaja. Bilamana saya balik malam dan kepebanan, sebelum tidur, saya main orgen bagi menghilangkan penat.

Ulamak-ulamak lain, melarang dan menegah dari menyayi dan bermain muzik. Namun bagi saya, muzik adalah kepuasan. Bilamana saya mendengar muzik dan apa lagi bilamana main sendiri, hati boleh jadi tenang dan bahagia. Ini pendapat saya, saya tidak tahu pendapat orang lain (harap maaf). saya suka muzik, terkadang-kadang saya menyayi berseorangan. Suara saya tidak sedap, kerana saya bukan penyayi, tetapi saya boleh menyanyi.

Nampaknya saya boleh lagi masukkan perkataan “P”. Pemuzik (ala kampong) dan penyanyi (ala kampong). Hanya menyayi dalam rumah sahaja berseorangan, lagu-lagu lama.

Bagi saya, muzik adalah menghiburkan hati dan boleh mengurangkan tekanan bilamana badan penat!. Minat kita berbeza-beza, ada yang minat memancing, ada yanng minat main bola, ada yang minat main judi dan sebagainya. Jadi minat saya, adalah main orgen. Namun minat yang paling saya minati adalah mengarang kitab.

Apa yang tuan baca itu, adalah hasil dari air tangan saya sendiri. Pada mulanya, saya sendiri yanng menjaja kitab ini, dari rumah kerumah, dari pejabat kepejabat dan dari orang keorang. Hasilnya sebagaimana kitab yang sampai ditangan tuan-tuan sekarang ini.

Dari saat melihat TV, progrem P.Ramli dalam progrem P.Ramli Dalam Kenangan selama 10 minit itu, sangat-sangat menyentuh hati saya. Lantas saya juga bangga dengan diri sendiri.

Kitab yang tuan-tuan baca itu, adalah hasil dari kerja tangan saya. Saya buat sendiri pakai menual (pakai tangan), bukan pakai mesin, sebagaiaman kilang pencetak!. Tangan dan punggung saya tersangat lenguh (kebas), setelah lama duduk untuk menyiapkan satu-satu kitab.

Mula-mula saya tebuk kertas untuk membuat lubang dengan menggunakan mesin Drill (mesin drill yang orang buat tebuk dinding), lubang yang ditebuk menggunakan mesin drill itu, adalah bagi memasukkan jarum dengan mudah,  tidak lagi perlu jarumnya ditekan bagi menembusi kertas yang setebal 10 helai. Tidaklah jari itu merah menekan jarum. Alhamdulillah, baru-baru ini saya beli mesin jahit, iaitu mesin jahit kain, tetapi saya guna buat mesin jahit kertas. Jadi tidaklah lagi perlu jahit dengan jarum tangan dan tidak lagi perlu tebuk lubang menggunakan drill. Kini saya jahit dengan menggunakan mesin jahit kain.

Dulunya saya jahit kertas menggunakan jarum tangan, helai demi helai sebanyak 13 helai untuk menjadi satu kitab. Selepas jahit, saya lipat helaian itu satu persatu, dengan menggunakan belakang gelas. Sesudah dijahit dan sesudah dilipat dua, saya susun mengikut turutan muka surat. Sesudah semua muka surat mengikut turutan nomber, saya ikat satu persatu dengan gerah (getah urat yang bungkus gula), untuk dibawa ketempat petak kayu (untuk digam).

Saya masukkannya dalam petak kayu untuk digam dan setelah digam, saya impit (sendal) dengan menggunakan kayu dan saya biarkan selama satu malam. Disamping itu, saya gam kulit buku dikertas keras atau kertas tebal (Hard covver).

Semua itu memerlukan masa dan memerlukan ketekunan serta kesabaran yang tinggi. Selepas kulit dilekatkan dibuku, barulah jadi kitab, sebagaimana didepan tuan-tuan sekarang. Jika dulu saya buat kitab seramai 3 beranak (isteri dan seorang anak yang berumur 10 tahun). Anak saya yang berumur darjah empat, sudah mulai jahit dan lipat buku. Alhamdulillah, saya sekarang dibantu oleh tiga orang anak buah.

Jika P.ramli boleh dikenang sehingga ke hari ini, setelah 40 tahun pemergiannya. Timbul tanda tanya dalam hati saya,, apakah diri saya juga akan dikenang orang setelah 40 tahun pemergianku?. Jawapannya belum tentu!. Untuk itu, saya tenangkan diri saya sendiri, dengan beranggapan bahawa, karanganku ini, bukan bertujuan untuk dipuji, dipuja atau dikenang orang terkemudian, sedang orang sekarangpun sudah mencemuh dan membenciku!.

Namun dihati kecil dan disanubariku berkata, alangkah bangganya kedua ibu bapaku jika aku dikenang orang biarpun aku sudah tiada!. Tetapi kenyataannya, semasa hayatku masih ada, sudah menjadi cacian orang, masakana dipuji, dipuja atau dikenang orang  diketika 40 tahun yang akan datang?………………………

Luahan rasa ini, sekadar mengambarkan bahawa untuk menjayakan sesuatu kerja itu, memerlukan ketekunan yang tinggi. Belum lagi menceritakan semasa saya duduk atas bukit dalam hutan selama 7 bulan bagi menyiapakan karangan, sebagaimana yang tuan-tuan baca sekarang!. Tapak tempat saya bertapa selama 7 bulan diatas puncak bukit Kuala Kelawang Negeri Sembilan, untuk menyiapkan kitab ini,  masih ada. Bekas serta kesan-kesan peninggalan saya itu masih ada. Jika tuan-tuan berhajat untuk merasai alam pertapaan, mari kita buat satu progrem.

Kita buat satu progrem ke bukit Kuala Kelawang selama 2 hari satu malam. Kita panjat bukit itu, dan masa siangnya kita cari tapak masing-mainng dan belah malamnya kita duduk sendiri-sendiri dalam hutan belantara itu (jarak antara seorang keseorang sehingga tidak kelihatan mata atau jaraknya 100 meter). Kita duduk dalam kemah kecil yang muat seorang (rm 50.00), supaya terhindar dari nyamuk. Dulu ada adinda yang bernama Mat Yee, kerja KTM Kelang nak buat perogrem ini, sila tuan-tuan hubungi melalui talian 018 229 6277.

Kita suruh Mat Yee jadi tukang atur progrem,  Ambil nama-nama orang yang nak pergi betapa dan yang nak rasa bagaimana keadaan sebenar alam pertapaan.  Diatas puncak bukit, tempat hutan simpan Kuala Kelawangn, tempat yang penuh dengan harimau, beruang, yang kesan tapak kikinya boleh kita lihat disepanjang pendakian kita!.Nak tahu bagaimana rasanya orang tua kita dahulu bertapa, demi untuk mencari ilmu, mari kita lakukan!………………………sila hubungi Mat Yee

Cebisan rasa ini, bukan bertujuan untuk mendapat pujian atau simpati. Semata-mata bagi berkongsi pengalaman menjadi seorangn penulis, pengarangn, pencetak, penerbit, pengedar, pengeluar, pengedit, penceramah, pendakwah……………………..,  dan betapa pahit  untuk menghasilkan  sesuatu sehingga jaya.

Saya bersyukur sekurang-kurangnya saya juga ada pangkat “P” , kebanggaan diri sendiri saya sendiri. Perkataan “P” menjadi kebanggan saya sebagaimana bangganya P.Ramli……………………………………………

Advertisements

6 comments on “Kenangan Dilipatan Sejarah

  1. Berkaitan program “bertapa” menarik untuk disertai InsyAllah apabila usaha ke arah itu akan direalisasikan

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s