Terpinggirnya Ilmu Makrifat, Kenapa?…………..

Saya terpanggil untuk menjawab pertanyaan pemanggil 0111991459 dari Karak pahang.

Pertanyaan beliau, kenapa kerajaan tidak memperkenalkan ilmu makrifat kepada umum?.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Pertanyaan itu, memang berat dan sukar untuk saya menjawabnya. Namun untuk tidak mengecewakan pemanggil, disini saya akan cuba untuk menjawab. Hari ini, saat ini dan diketika ini, sesungguhnya sudah lama saya menanti pertanyaan ini. Saya juga sependapat dengan pertanyaan pemanggil. “Kenapa pihak pemerintah agama tidak mendedahkan, tidak mengusulkan, tidak  meluahkan dan tidak memperektikkan ilmu makrifat atau ilmu hakikat didalam negara kita”?.

Agama Islam itu, hanya ada 4 peringkat ilmu. Pertama syariaat, kedua torikat, ketiga hakikat dan keempat iaitu makrifat.Keempat-empat peringkat ilmu itu, semuanya adalah fardhu ain (diwajibkan dituntut) atau diwajibkan dipelajari oleh setiap umat Islam.

Ternyata, sekarang ini, hanya timbul ilmu syariaat (undang-undang atau peraturan) dan ilmu torikat (jalan) sahaja. Persoalannya disini kemana perginya atau kemana hialnganya ilmu hakikat dan ilmu makrifat?.

Sebelum saya menjawab, sudi apalah kiranya tuan-tuan maklumkan kepada saya kenapa?.

Terjawab persoalan kenapa terpinggirnya ilmu makrifat itu, adalah melalui komen dari wira satria. Terima kasih wira satria kerana telah membuaka mata para pengemar blog. Ini saya coppy semula karangnan wira satria untuk tatapn semua. Dari wira satria

 

Submitted on 2013/06/25 at 5:15 am

1. Kenapa kerajaan tidak memperkenalkan ilmu makrifat kepada umum?.
2. Kenapa pihak pemerintah agama tidak mendedahkan, tidak mengusulkan, tidak meluahkan dan tidak memperektikkan ilmu makrifat atau ilmu hakikat didalam negara kita”?. Kenapa kerajaan tidak memperkenalkan ilmu makrifat kepada umum?

Ada dua perkataan penting yang perlu difahami di dalam menjawap soalan di atas iaitu
1. Kerajaan
2. Makrifat

Apa makna kerajaan?

Perkataan kerajaan berasal dari kata nama “raja” yang bermakna, “Ketua” atau “yang berkuasa”. Bila ditambah imbuhan “ke” dan “an” maka ia menjadi kata terbitan, “kerajaan” yang bermakna penguasa sesebuah tempat/negeri/negara.

Perkataan makrifat bermakna “Kenal”

Diri manusia itu diibaratkan sebagai satu “Lembaga” (manusia) yang menjadi Raja atau Ketua kepada “Lembaga” dirinya sendiri. Sebagai Raja atau Ketua, dia berkuasa penuh terhadap “keRAJAan” dirinya. Dia berkuasa untuk memilih, berkuasa untuk menghukum, berkuasa untuk memberi, berkuasa untuk menerima, berkuasa untuk bertindak bahkan berkuasa untuk melakukan segala sesuatu, kerana dia adalah “Raja” yang berkuasa ke atas kerajaan dirinya.

Perkataan berkuasa di sini, hanya digunakan sebagai perlambangan (metaphor) bagi memudah faham sahaja. “Lembaga” yang berupa makhluk manusia itu pada hakikatnya tidak berkuasa. Yang berkuasa itu adalah “Raja” (Tuhan) yang menzahirkan makhluk “Lembaga” itu. “Lembaga” itu hanya menerima segala bekas tindakan yang dilakukan oleh “Raja”. Tanpa “Raja” tiadalah “Lembaga”. Justeru itu adalah wajib bagi setiap diri “Lembaga” MENYATAKAN “Raja” ini. Bagaimana untuk menyatakanNya ?

Untuk menyatakanNya, setiap “Lembaga” itu hendaklah terlebih dahulu KENAL (Makrifat) akan “Raja”. Bila sudah Kenal, barulah timbul percaya, barulah timbul yakin. Bila sudah yakin barulah rapat, barulah akrab, barulah rindu, barulah cinta. Bila sudah ada cinta, barulah ikhlas, barulah sabar, barulah redha, barulah tawakal, barulah datang iman, barulah datang ihsan, barulah bermakna Islam (Selamat). Bila mengenal Islam, barulah faham makna sebenar-benar akan perkataan; Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Yang DiPertuan Agong” (perlambangan/metaphor). Dia ada dalam setiap diri. Dialah Raja bagi segala Raja.

Percaya? Bagaimana mungkin untuk kita percaya jika kita belum mengenal? Maka,untuk mengenal, marilah kita belajar ilmu mengenal (Makrifat),supaya kita percaya. Inilah prinsip rukun Negara yang pertama : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Prinsip yang pertama inilah yang menjadi dasar dan tunjang kepada prinsip-prinsip rukunegara yang seterusnya. Prinsip yang pertama ini mendokong hadis/pendapat arifbillah : Awaaluddin Makrifatullah : Awal Agama Mengenal Allah. Secara tersiratnya, Prinsip Rukun Negara yang pertama membawa maksud : Belajarlah Ilmu mengenal Tuhan!! (Makrifatullah), kerana sebelum mengenal, mana mungkin kita akan percaya ! Percaya kepada manisnya tebu sebelum merasa tebu takkan sama dengan percaya manisnya tebu selepas merasanya. Percaya sebelum merasa, itu adalah “buat-buat percaya”, tetapi percaya selepas merasa itu adalah percaya yang tiada kata dan tiada bahasa yang dapat menggambarkannya. Kelu lidah untuk berkata-kata, kerana percaya itu Bahasa Rasa, bukan Bahasa Kata !

Bila sudah percaya yang Tuhan itu adalah “Raja” kepada segala “Raja” maka hendaklah kita Setia kepadaNya. Setia di sini bermakna ikhlas dalam menyatakan Tuhan. Tidak ada perantaraan. Kita tiada daya upaya untuk melakukan sesuatu, melainkan menerima segala sesuatu itu dari Tuhan itu sendiri. Jika diberi nikmat, kita setia dengan nikmat yang diberi, diberi musibah, kita setia dengan musibah yang diberi. Diberi suka, duka, pahit, manis, sakit, sihat, tetap tidak mengubah kesetiaan. Ibarat hamba sahaya yang terus menerus setia menerima segala tindakan, segala hukuman, segala ganjaran dari tuannya. Dikeji dia terima, dipuji dia terima, dipukul dia terima, dibebas dia terima, berlapar dia terima, diberi makan dia terima. Tidak mengharapkan segala ganjaran melainkan setia berbakti kepada tuannya. Bila tidak mengharapkan ganjaran, tidak mengharapkan syurga, pahala, maka itulah ikhlas. Bila ikhlas, apa lagi yang diharapkan?…melainkan Tuhan itu sendiri !

Dari setia lahirlah ikhlas. Bila setiap diri ikhlas kepada dirinya sendiri, maka lahirlah diri rakyat yang ikhlas, bila rakyat ikhlas negara akan aman, makmur, sentosa, sejahtera, bahagia. Itulah Syurga! Makanya, untuk mendapat syurga, laksanakanlah prinsip; KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

Negara yang aman, makmur, sentosa dan sejahtera itu diumpamakan bagai syurga. Penghuni syurga pula adalah terdiri dari kalangan “Lembaga” diri yang sangat luhur (mulia). Keluhuran/kemuliaan “Lembaga” diri ini tercapai bilamana mereka telah KENAL Tuhan atau Raja yang bersemayam di dalam kalbu mereka. Bilamana telah KENAL, maka akan lahirlah ikhlas, ihsan, iman, islam dan akan luhurlah “Lembaga” diri itu. Inilah yang dikatakan; KELUHURAN PERLEMBAGAAN.

Diri yang luhur adalah diri yang taat, diri yang setia, diri yang ikhlas, diri yang akur kepada Tuhannya. Diri yang luhur tidak akan melakukan kerosakan, baik ke atas dirinya mahupun ke atas diri lain. Bila tiada kerosakan, bila tiada sengketa, maka akan aman, makmur, sentosa dan sejahteralah negara. Inilah syurga. Syurga hanya akan dapat dicapai bilamana setiap diri itu mendaulatkan dirinya dengan mengikut undang-undang yang sudah tertulis (Luh Mahfuz). Inilah yang dikatakan; KEDAULATAN UNDANG-UNDANG. Daulat bermakna agung atau unggul (superanus). Undang-undang itu bermakna syariat. Kedaulatan undang-undang bermakna akan agung/unggul lah syariat. Bila syariat unggul, maka akan tinggilah syiar Islam.
Bila tertegaknya syiar Islam, maka seluruh alam diri dan alam maya akan hidup dalam KESOPANAN DAN KESUSILAAN dengan penuh aman, damai, sentosa dan sejahtera, lagi bahagia. Inilah syurga yang dicari-cari ! Fahami prinsip Rukun Negara dan Raja Berperlembagaan dan fikir-fikirkanlah akan lirik lagu Negaraku. Bila faham Prinsip Rukun Negara, akan fahamlah makna yang tersirat disebalik lagu Negaraku. Syurga itu ada di dalam diri !!

Saudaraku,

Betapa berkias dan cerdiknya, para penasihat dan anggota-anggota “kerajaan” (penguasa) terdahulu yang menukilkan Prinsip Rukun Negara dan lagu Negaraku. Inilah “Subliminal Message” (ilmu/maklumat/pesanan yang disampaikan melalui alam bawah sedar) yang cuba disampaikan secara fatonah oleh para arifbillah terdahulu seperti Tok Kenali. Subliminal Message sebeginilah yang telah diguna pakai oleh para penggiat muzik, filem dan media di seluruh dunia terutamanya di barat sebagai medium penghantaran maklumat dan ideologi. Tetapi malangnya, subliminal message ala moden ini kebanyakannya telah diguna untuk merosakkan, menghancurkan dan membunuh jiwa-jiwa. Jiwa-jiwa yang rosak dan hancur ini kemudianya diikat dan dijajah. Minda mereka dikawal supaya jangan lagi percaya kepada Tuhan Rabbila’lamin Ini kerana mereka telah “mencipta tuhan” yang baru. Tuhan yang memberi keseronokan! Tuhan Duit !
Inilah fenomena yang berlaku di seluruh dunia. Duit telah berjaya dijadikan tuhan oleh mereka. Duit seolah menjadi “agama” baru bagi kebanyakan manusia. Ini bukan perkara baru, cuma dalam abad-abad akhir ini, perhambaan manusia kepada duit telah menjadi sangat luar biasa.

Siapakah yang dimaksudkan dengan mereka itu?
Mereka itu adalah Tangan-Tangan Yang Tidak Nampak Yang Memerintah Dunia”. (The Unforeseen Hands Who Rules The World) Mereka itu kecil bilangannya, tetapi tersangat besar akan pengaruh dan kekuatan kewangannya. Mereka memerintah dunia melalui proxy-proxy atau orang suruhan yang telah mereka kawal. Proxy mereka meliputi segala bidang termasuk politik, ekonomi, sosial, ugama, kebudayaan, sukan dan apa saja. Mereka mengawal seluruh media di dunia untuk kegunaan propaganda mereka. Mereka sedang dan hampir berjaya mewujudkan satu dunia baru yang digelar “Pemerintahan Dunia Baru” (NWO @“New World Order”)
Mereka berselindung di balik pertubuhan dan persatuan rahsia yang amat berpengaruh di dunia. Disebutkan beberapa di sini seperti; Illuminati, Freemason, Skull and Bones, Sons of Liberty, Thule Society, Knights of The Golden Circle, The Black Hand, Hashshasin, Bilderberg Group dan Ordo Templi Orientis.
Gerakan ini memang telah lama wujud. Tujuannya hanya satu ; KUASA.
Untuk berkuasa, satu medium perantaraan diperlukan. Perantaraan itu adalah DUIT.

Modus operandi mereka adalah Masalah, Reaksi, Penyelesaian (Problem, Reaction, Resolve). Cipta masalah, lihat reaksi dan sediakan penyelesaian
Mereka mencipta sistem ekonomi kapitalis untuk dunia dan meletakkan proxy-proxy mereka dari kalangan para pemilik bank, insuran dan segala yang berkaitan perbankan.Mereka mengawal media dunia dan menghidangkan propaganda dan mesej-mesej mereka melalui televisyen, internet, majalah dan buku-buku yang dibawa masuk oleh kita sendiri ke dalam rumah kita.
Mereka melaungkan prinsip kebebasan bersuara tetapi kebebasan yang sebenar hanya untuk mereka. Kita dianggap Goyim (lembu) dan kebebasan manusia Goyim (lembu) seperti kita disekat. Internet dicipta dan dikawal mereka. Komputer dan smart phone dicipta. Applikasi-aplikasi komunikasi, storage, e-mail, anti virus, yang kononya bertujuan untuk memudahkan direka untuk memudahkan pengguna dikesan di mana saja di sudut dunia. Jika ada yang menentang, senang saja untuk mengesan dan menghapuskannya. Tidak mustahil apa yang kita tulis dan bicarakan disini juga barangkali sedang dipantau !!

Makanan versi baru yang dikatakan sihat seperti buah-buahan, gandum, jagung, kentang, barli, padi, sayur-sayuran dan sebagainya telah ditukar genetiknya menggunakan benih-benih yang diubahsuai melalui teknologi GMO (Genetically Modified Organisms). Makanan ini kemudiannya dilambakkan ke dipasaran dunia samada dalam bentuk mentah atau makanan proses. Kita kemudian membelinya dengan duit yang dicari dengan lelah dan membawa masuk makanan ini ke dalam rumah kita. Tidak lama kemudian, kita jatuh sakit, bila sakit, kita ke hospital. Bayar bil rawatan hospital dengan duit. Bayar bil ubat dengan duit. Bila makan ubat “dadah halal” (prescribe drugs) yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat gergasi farmasi mereka, penyakit lain pula timbul kerana kesan sampingan. Kita kemudiannya ke hosptal lagi. Proses ini berlanjutan seumur hidup hingga kita mendapat penyakit-penyakit kritikal (critical illness) seperti jantung, kencing manis, buah pinggang dan kanser yang memerlukan kos yang berkali ganda tinggi untuk rawatan. Akhirnya kita mati, bila makin ramai manusia mati, makin hampir matlamat mereka untuk membentuk New World Order. Makin berkuasalah mereka !

Saudara-saudari yang dikasihi,

Berbalik kepada soalan; Kenapa kerajaan (penguasa) tidak memperkenalkan ilmu makrifat kepada umum?
Kerana individu-individu yang menjadi penguasa dan pentadbir ini TIDAK KENAL diri ! Bila tidak kenal diri, bagaimana mahu memperkenalkan ilmu “KENAL” ini? Sudah kenal barulah boleh mengenalkan. Macamana kita hendak mengenalkan sesuatu sebelum sesuatu itu kita kenal? Seumpama, macamana tuan hamba ingin memperkenalkan diri hamba kepada orang lain, sedangkan diri hamba belum tuan hamba kenal? Maka untuk memperkenalkan diri hamba, tuan hamba perlu terlebih dahulu mengenali hamba.
Bagaimana pula jika ada di kalangan para penguasa ini “KENAL” akan diri? Jika para penguasa ini KENAL akan diri, nescaya mereka TIDAK akan jadi penguasa! Ini kerana jika para penguasa ini KENAL diri, mereka akan hilang kuasa. Mereka akan jadi hamba sahaya! Mereka akan jadi papa kedana yang tidak punya apa-apa. Bilamana menjadi hamba sahaya, buat apa ingin jadi penguasa? Kalau jadi papa kedana buat apa jadi penguasa? Mereka menganggotai kerajaan (penguasa) kerana ingin berkuasa, tidak kira samada berkuasa itu di peringkat persatuan, kampung, daerah, jabatan, kementerian, negeri mahupun negara. Bila ingin berkuasa, mereka memerlukan senjata. Senjata kuasa ialah “politik” . Politik memerlukan pengikut. politik memerlukan kepercayaan. politik memerlukan publisiti, politik memerlukan wang, politik memerlukan kawan, politik memerlukan musuh, politik memerlukan kekuatan, politik memerlukan makhluk dan beribu lagi keperluan.
Orang yang mengenal diri (makrifat) apa perlunya pada kuasa? Orang makrifat apa perlunya pada pengikut? Orang makrifat, apa perlunya pada publisiti? Apa perlunya pada wang? Pada kawan? Pada musuh? Pada kekuatan? Pada makhluk?

Orang makrifat tidak perlu kepada segala sesuatu kerana dia telah MATI ! Manakala penguasa berkehendak kepada kuasa dan tidak ingin mati! Pertembungan dua sifat yang bertentangan !
Masakan orang yang mengejar dan berkehendakkan kuasa ingin MATI ? Kalau ingin MATI, tak perlu bersusah payah mengejar dan mencari kuasa! Bagaimana ingin menguruskan “manusia hidup” kalau diri sendiri telah MATI ? Orang MATI tak perlu apa-apa lagi yang perlu diuruskan termasuk dirinya sendiri.
Justeru itu, tidak perlulah kita mengharapkan mana-mana kerajaan memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum. Sememangnya mereka tidak akan memperkenalkannya kerana mereka memang tidak mahu !! Jika mereka mahu, itu tandanya, mereka telah tidak lagi jadi penguasa! Mereka telah letak jawatan atau mungkin juga mereka telah MATI ! Selagi mereka berkehendakkan kuasa, selagi itulah kita tidak boleh mengharapkan mereka menyampaikan ilmu ini kepada umum.

Sebaiknya, kitalah yang patut melantik diri kita menjadi anggota kerajaan, di dalam “kerajaan diri” kita sendiri. Sememangnya kita sebahagian dari kerajaan. Jika tuan, puan, abang, kakak, saudara, saudari, datuk, nenek semuanya bersatu dalam kesatuan diri kita, maka kitalah kerajaan itu. Kitalah Kerajaan Orang Mati.
Kitalah yang perlu mengembangkan ilmu makrifat ini kepada masyarakat umum yang ingin sama-sama mengecapi nikmat MATI melalui ilmu makrifat. Berikan kepada sesiapa yang mahu MATI, yang tidak mahu, jangan dipaksa ; لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ : Tidak ada paksaan dalam agama ( Albaqarah : 256). Mahu atau tidak bukan kita yang menentukannya. Faham atau tidak bukan kita juga yang menentukannya. Tuhan itulah yang memberi faham kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tugas kita, zahirkan saja.
Tidak perlu lagi mengharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak penguasa sekalipun. Para pemimpin dan para penguasa di semua peringkat pimpinan, baik di kampung, di daerah, di jabatan, di kementerian, di negeri, di negara, di dalam persatuan, di dalam sekolah, di dalam organisasi, di dalam penjara, malah di dalam masjid sekalipun tidak terlepas dari tipu daya dan dakyah puak-puak NWO ini. Diri kita yang kerdil ini telah diracun dengan pelbagai penyakit samada penyakit fizikal, penyakit minda ataupun penyakit spiritual oleh puak-puak NWO ini.
Dari sudut yang lain, bagaimana mungkin para penguasa dapat memperkenalkan ilmu makrifat ini kepada umum jika mereka SAKIT ? Para penguasa itu sama seperti kita, manusia kerdil yang telah diracun pemikirannya, diracun jasadnya, diracun jiwanya, diracun makanannya, diracun agamanya. Mungkin ada di antara para penguasa ini terdiri dari keluarga kita, adik-adik kita, anak-anak kita, saudara mara kita, malah mungkin diri kita yang sedang membaca inipun adalah seorang penguasa.
Kalaupun, kita sebagai penguasa, apakah yang kita boleh buat? Boleh kita ubah dasar pendidikan agar ilmu makrifat dijadikan ilmu wajib dalam sukatan pelajaran ? Boleh kita jadikan ilmu makrifat sebagai kursus pilihan di universiti yang ada modul, yang ada silibus, yang boleh mendapat ijazah atau Masters atau PhD? Kita mungkin boleh merangka modul atau silibus tertentu tetapi ia terhad kepada teori sahaja. Pengajian teori, seumpama Usuluddin, Tasawuf dan Falsafah, itu telah banyak diajar di sekolah mahupun di universiti.
Ilmu makrifat ialah ilmu mengenal. Ilmu mengenal tidak cukup hanya semata berteori. Ilmu makrifat ialah ilmu rasa, ia bukan ilmu kata-kata. Ada kala, hanya yang merasa saja baru boleh mengenal. Ada kala, hanya yang mengenal saja baru boleh merasa. Nahhhhh…. ilmu apa ini? Sekejap begini, sekejap begitu ?Umpamanya bila kita makan durian. Isinya dari satu biji yang sama. Ada orang makan durian dikatakan rasa durian tu sedap, ada orang kata rasa pahit, ada orang kata rasa manis, ada orang kata rasa tawar, ada orang cukup sekadar bau saja sudah tau rasa, ada orang sampai tak tahu nak menceritakan rasa. Bagaimana nak menggambarkan sedap dengan kata-kata? Bagaimana nak menggambarkan pahit atau manis atau tawar dengan kata-kata? Tentang rasa saja sudah tak mampu nak membezakan, bayangkan jika terpaksa memeriksa kertas peperiksaan ilmu makrifat ! Jawapan yang paling mudah, Rasa lah sendiri !!

Berbalik kepada soalan diatas, Kenapa kerajaan (penguasa) tidak memperkenalkan ilmu makrifat kepada umum?
Mungkin timbul persoalan kenapa hamba menyentuh tentang Rukun Negara ? Kenapa hamba menyentuh tentang New World Order (NWO)?
Hamba menyentuhnya kerana ianya saling kait mengait. Bila soalan itu bertanya tentang “kerajaan”, ianya bersangkut dengan kuasa eksekutif tertinggi negara. Kuasa eksekutif tertinggi negara berkaitan tentang raja. Raja itu pula berkaitan tentang Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia berkaitan dengan negara. Negara pula berkaitan dengan rakyat. Rakyat berkaitan dengan individu. Individu berkaitan dengan diri dan diri itulah yang kita cari melalui ilmu makrifat. Sebab itu hamba sentuh isu Rukun Negara.
Apa kaitannya dengan NWO ?
NWO inilah gerakan licik yang secara perlahan-lahan menghancurkan sesebuah negara. Negara yang lemah bermakna rakyatnya lemah. Rakyat yang lemah bermakna individu dalam negara itu lemah, individu yang lemah bermakna diri kita yang lemah! Diri yang lemah senang dijajah, senang dirompak malah senang dibunuh!
Bagi orang makrifat, ini semua tidak menjadi kerisauan padanya. Bagi orang yang mengenal, sememangnya diri itu lemah, tidak berkuasa langsung malah telah MATI. Apalagi yang hendak dikisahkan? NWO ke, perang ke, kiamat ke, apapun sudah tidak bermakna dan tidak menjadi hal bagi mereka, kerana orang makrifat tahu untuk mengembalikan segalanya kepada Tuhan Rabbila’lamin.
Inilah sebenarnya yang sangat-sangat ditakuti oleh puak-puak NWO. Tidak kira samada mereka itu anggota Freemason, Illuminati atau Skull and Bones sekalipun, inilah isu besar yang masih tidak dapat ditangani oleh puak-puak ini.
Isunya ialah bagaimana boleh memesongkan akidah atau pemikiran atau pegangan atau prinsip atau perjuangan atau amalan orang-orang makrifat. Mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan orang makrifat kerana orang makrifat adalah orang MATI yang hidup ! Sebaliknya mereka hanya orang “hidup”, justeru itu untuk menguasai dan menghapuskan orang hidup, tiada masalah, yang menjadi masalah adalah bagaimana hendak menghapuskan orang mati yang hidup !
Atas kesedaran inilah mereka mula mengkaji pelbagai ilmu semata-mata ingin menghapuskan orang makrifat. Senjata yang paling berkesan untuk merosakkan ilmu makrifat dan melemahkan orang-orangnya ialah melalui Agama. Maka berusahalah mereka menghidupkan pelbagai pendapat, fahaman dan anutan. Semua agama langit baik Islam, Kristian, Yahudi tidak terlepas dari disesatkan oleh puak-puak NWO ini.
Ketua-ketua agama diumpan dengan kuasa dan kuasa itu berkaitan dengan duit. Pelbagai aliran, fahaman, pendapat, fatwa dikeluarkan, berbeza-beza pendapat mengikut ketua-ketua agama. Dalam agama Islam sendiri pun wujud beribu fahaman dan aliran yang berbeza, walaupun dalam agama yang sama. Umpamanya, dalam bidang ilmu syariat ada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (Shafie, Maliki, Hanbali, Hanafi) Syiah (Ja’fari, Zaydi), Wahabi, Ibadi, Zahiri, Qadariah, Jabbariah, Mukthazilah. Bahkan di Malaysia, kita ada “Islam versi Pas” dan “Islam versi UMNO”.
Di dalam bidang ilmu Tarekat pula, ada Tarekat Naqsyabandiah, Syattariah, Qadiriah, Al Arqam, Pemuda Kahfi, Ajaran Ayah Pin, Guru Yaya dan ribuan lagi.
Di dalam bidang Ilmu Hakikat, ada fahaman Ilmu Hakikat Insan, Ilmu Hakikat Besi, Ilmu Hakikat Aimmah, Ilmu Hakikat Latiffah dan sebagainya.
Ilmu Makrifat turut mempunyai guru dan pengikut-pengikut yang berbeza fahaman. Ada Ilmu Makrifat Tok Kenali, Ilmu Makrifat Syeikh Siti Jenar, Ilmu Makrifat Wali Songo, Ilmu Makrifat Tok Guru Peramu dan banyak lagi…
Islam di Malaysia mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi Islam di Kuwait, Algeria, Palestin, Qatar dan di Arab Saudi termasuk di bumi Mekah dan Madinah, mengamalkan fahaman Wahabi (Wahhabisme).
Soalnya kenapa berbeza fahaman ? Bayangkan, maulidur-rasul dan israk mikraj disambut meriah di Malaysia, tetapi bila berada di negara-negara berfahaman Wahabi ianya diharamkan. Jika tuan hamba seorang imam atau seorang bilal di Malaysia dan selalu melaungkan azan di masjid, tetapi jika tuan hamba ke Arab Saudi, tuan hamba tidak layak menjadi imam dan tidak boleh melaungkan azan di masjid kerana tuan hamba bukan warga negara ! (http://www.themuslimtimes.org/2013/04/countries/saudi-arabia/mosque-imams-in-makkah-should-be-saudi) Di Malaysia, jika tuan hamba seorang wanita, tuan hamba bebas memandu ke mana-mana, tetapi jika tuan hamba ke Arab Saudi, memandu itu haram bagi tuan hamba !
Kalau fahaman Wahabi di Arab Saudi itu benar, kenapa kita tidak mengikutnya? Bukankah Arab Saudi itu tempat lahir Rasulullah saw, tempat para anbiya’ tempat baitullah ? atau apakah fahaman ahli sunnah wal jamaah yang kita praktikan di Malaysia ini yang salah ? Mungkin yang berbeza hanya segi furu’ (cabang), namun yang furu’ ini lah yang menimbulkan kebingungan.

Sahabat-sahabatku,

Renung-renungkan lah. Belajarlah sejarah dan jadikan sejarah itu sebagai sempadan. Belajar usah dengan satu buku, usah dengan satu guru. Biar banyak buku, biar banyak guru kerana banyak buku-buku sejarah telah ditulis semula oleh puak-puak NWO ini untuk kepentingan mereka. Buku-buku perihal agama, banyak dikelirukan bahkan tidak kurang juga yang dipalsukan faktanya. Bagaimana mereka melakukannya ? Mereka mengawal United Nation (UN). Dalam UN ada kementerian-kementerian yang bertanggung jawap terhadap hal ehwal tertentu. Pendidikan, Sains dan Kebudayaan termasuk sejarah, di bawah Unesco. Mereka mengawal Unesco. Banyak guru-guru, sarjana-sarjana sejarah telah termakan dengan godaan kuasa dan duit dari puak-puak ini sehingga mereka menjadi sebahagian dari penggerak NWO ini.
Mereka berjaya mengawal banyak pemerintah-pemerintah negara untuk bersekongkol dengan meraka. Negara tempat umat islam sedunia berkiblat pun tidak terlepas. Arab Saudi, satu-satunya negara dalam dunia yang menggunakan nama keluarga “Saud” sebagai nama negara. Adakah ini satu kebetulan? Puak-puak NWO ini menjadikan Arab Saudi dan Mesir sebagai tapak utama mengembangkan ideologi mereka diseluruh dunia. Kenapa ? Kerana negara ini menjadi “taboo” (pantang/adat berkaitan agama) kepada umat islam seluruh dunia. Negara ini ada Mekah, negara ini ada Madinah. Nama yang sangat “suci” kepada orang Islam. Negara inilah tempat kita mengerjakan Haji. Di negara inilah tempat lahir dan tempat hijrah rasulullah. Di negara inilah tempat turunnya al-quran. Di negara inilah tempat bermastautin para sahabat dan para anbiya. Manakala di Mesir ada Universiti Al Azhar, tempat mengeluarkan ulamak-ulamak Islam terkemuka dunia. Maka, di sinilah tempatnya segala ideologi dan fahaman akan “difatwakan”.Disinilah tempat melancarkan gerakan mengARABkan orang-orang Islam dari seluruh dunia.

Gerakan mengARABkan orang-orang Islam ini dibuat secara halus tanpa disedari dan ia sememangnya berjaya sehingga kita di Malaysia ini pun dapat merasakan kesan Arabnya. Bak kata kiasan ayahanda Hj Shaari, “saya seperti penceramah kucing kurap” sebab kelulusan hanya dari universiti tempatan. Kalau yang ada kelulusan dari universiti tempatan pun dah rasa macam kucing kurap, apatah lagi orang yang macam hamba yang tiada apa-apa kelulusan, baik dari universiti tempatan atau dari universiti luar negara. (Permohonan kemasukan ke University Qolbu of Mu’minin pun belum diluluskan) Tapi, kalau yang ada kelulusan dari negara-negara Arab… jangan main-main, setiap kata-kata mereka, ada harga!

Tuan-tuan yang dihormati,

Tuan Guru Hj Shaari, telah menulis dalam bukunya “Pusaka Ilmu Tok Kenali – Mengenal Diri” (Pra Kata : m/surat 7, edisi kulit nipis)
“Jauhnya muda-mudi dari beragama itu bukan salah mereka, tetapi salah kita sendiri, salah para ulamak, pemimpin, pendidik dan salah pentadbir negara. Bangsa Melayu dan bangsa umat Islam itu sendiri yang menjadi penyebab kerana telah tidak memberi kesempatan untuk mengetengahkan ilmu ini.”
Hamba sangat menyokong akan pernyataan ini. Kita sendirilah yang salah!. Namun, kesalahan ini jaganlah dipanjangkan kepada pihak lain. Marilah kita sama-sama memperbaikinya.
Usah diharapkan para penguasa. Para penguasa, termasuk diri kita adalah terdiri daripada majoriti individu-individu yang telah menerima “acuan pendidikan” dan “acuan pemikiran” yang telah di “setting” oleh puak-puak NWO ini, terutamanya selepas perang dunia ke 2 (yang juga angkara mereka). Contohnya, hamba seorang bangsa Malai-U, ingin belajar mengaji dan mengkaji tentang bangsa Malai-U di Tanah Malai-U melalui buku Sejarah Malai-U (Sulalatus Salatin) TETAPI terpaksa mengguna pakai bahan bacaan rujukan karya Mat Saleh seperti versi W.G. Shellabear , versi Raffles, versi John Leyden dan berpuluh lagi versi “ahli-ahli sejarah barat yang diiktiraf”. Jika guna pendapat atau rujukan dari kalangan bukan yang “diikitraf”, walaupun rujukan itu benar, jangan harap nak dapat Masters atau PhD. Kenapa? Sebab supervisor yang menyelia pelajar Masters atau PhD itu “acuan”nya dari Britain, dari Amerika dari Netherland dari banyak lagi negara barat, maka kenalah ikut acuan itu. Kalau pun lulus, thesis pelajar itu mungkin dianggap sekadar karya picisan kerana tidak mengikut skema atau standard acuan yang sepatutnya.
Bayangkan, kalau sejarah bangsa Malai-U itu sendiri pun boleh diolah mengikut citarasa mereka, inikan pula perihal agama. Sebut saja agama apa, pasti wujud banyak perbezaan dan pertentangan pendapat di kalangan penganut-penganut agama itu sendiri. Inilah yang puak-puak ini mahukan. Pertentangan sesama Goyim (manusia lembu). Bila ada pertentangan akan ada peperangan. Meraka bertambah kaya kerana dapat membekalkan senjata. Bila ada peperangan pasti ada kesakitan, pasti ada kematian. Kematian itu KIAMAT. Mereka bertambah kaya walaupun dunia KIAMAT. Peperangan membolehkan mereka membekalkan ubat dan vaksin. Selesai peperangan, mereka tambah kaya sebab dapat projek membangunkan semula wilayah yang berperang. Selepas pembangunan semula, mereka makin kaya sebab dapat mengawal pemerintahan negara itu. Maka makin dekatlah mereka untuk merealisasikan penubuhan New World Order. Makin banyak kuasa, bererti makin mulialah “Tuhan Duit”, “Tuhan Dajjal” atau Tuhan Luciffer” mereka. Bila ini berlaku maka makin hilanglah kepercayaan manusia kepada Tuhan Rabbila’lamin. Maka tercapailah hasrat syaitan ingin menyesatkan manusia hingga hari kiamat. : (Al Hijr 39, 40) Iblis berkata : “Ya Tuhan, kerana engkau mengatakan aku sesat, maka aku akan menyesatkan mereka kesemuanya kecuali hamba-hambamu yang ikhlas”

Siapakah yang dimaksudkan dengan hamba-hambamu yang ikhlas ?
Mereka itulah orang Makrifat. Orang yang Mati sebelum Mati, yang telah menyerahkan segala sesuatu itu kepada TuhanNya. Orang yang ikhlas hingga tidak berkehendakkan segala sesuatu walaupun kepada syurga !, kerana bagi mereka, syurga itu juga adalah makhluk seperti mereka yang akan pulang kepada TuhanNya. Orang makrifat tidak takut mati, kerana mereka sememangnya telah mati. Orang makrifat tidak takut peperangan, tidak takut senjata, tidak takut peluru, tidak takut bom malah tidak takut kiamat sekalipun, kerena bagi mereka dunia sememangnya telah kiamat. Orang makrifat tidak perlukan duit kerana duit juga makhluk seperti mereka. Orang makrifat tidak mahu kuasa, kerana kuasa itu juga makhluk seperti mereka yang akan kembali kepada TuhanNya.
Orang makrifat tidak takut Dajjal, tidak takut syaitan, tidak takut Iblis, tidak takut Illuminati, tidak takut Freemason, malah tidak takut neraka sekalipun kerana bagi mereka, itu semua adalah makhluk yang seperti mereka yang akan kembali kepada Tuhan yang menciptakannya.
Sebab itulah puak-puak NWO ini bersungguh-sungguh untuk menyesatkan orang makrifat. Sebab itulah kita dapati yang ilmu makrifat ini banyak yang haramkan. Sebab itulah kita dapati yang ilmu makrifat ini susah untuk dipelajari kerana telah dimomokkan dengan pelbagai mitos, pelbagai isim, pelbagai kesusahan, pelbagai istilah yang mengelirukan.

Sebab itulah ilmu makrifat tidak mendapat tempat di negara ini, kerana ini ilmu miskin, ini ilmu hamba, ini ilmu lemah, ini ilmu mati. Orang mati tidak memerlukan apa-apa. Hanya orang hidup yang memerlukan kaya, hanya orang hidup mahu jadi tuan, hanya orang hidup mahu kuat dan hanya orang hidup yang tak mahu mati.
Sebab itulah ilmu ini banyak diharamkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan kerana ilmu makrifat ini, mampu menyingkap rahsia ketuhanan hanya melalui ilmu mengenal diri !!

Yang dikasihi ayahanda Tuan Guru Hj Shaari Bin Hj Mohd Yusuf,

Kita belum berkenalan, tetapi hamba rasa seolah lama telah mengenali ayahanda. Mengenali melalui pembacaan tulisan-tulisan ayahanda. Hamba amat terharu, atas segala usaha yang dicurahkan oleh Yang Berbahagia ayahanda, yang tidak jemu-jemu menyampaikan dan berkongsi ilmu ini kepada umum. Dari pembacaan tulisan-tulisan ayahanda, hamba amat kagum dengan semangat ayahanda yang sentiasa mengembara bergerak ke serata ceruk negara demi menyampaikan ilmu “mengenal” ini. Walau tiada ganjaran, walau serba kekurangan, walau kepenatan, namun ayahanda sentiasa berlapang dada dalam menyampaikannya. Bak kata ayahanda “ biarpun bertongkatkan paruh, ilmu ini tetap ku junjung”
Justeru itu, hamba rasa terpanggil untuk sama-sama menyeru kepada sekalian pencinta-pecinta ilmu KENAL ini, marilah kita sama-sama membantu Tuan Guru Hj Shaari, menyampaikan ilmu makrifat ini pada umum. Kalau setitik air sudah boleh melunturkan kotoran, apatah lagi jika sebaldi atau sekolam !

Maaf, coretan ini hanya pandangan kosong dari hamba yang sangat daif lagi bodoh. Kalau salah bagi tuan-tuan hamba, ampun dipohon, maaf dipinta. Hamba sekadar mencoretkan untuk menzahirkan akan apa yang dirasa.

WiraSatria

Advertisements

19 comments on “Terpinggirnya Ilmu Makrifat, Kenapa?…………..

  1. ASSALAMUALAIKUM..SY BERPENDAPAT PERGINYA ATAU HILANGYA ILMU HAKIKAT ATAU PUN ILMU MAKRIFAT ITU ADALAH KERANA..DH DITETAP ATAUPUN SUDAH TERTULIS SEJAK AZALI ..DI LUH HULMAHFUZ.. BAHAWA ILMU HAKIKAT DAN ILMU MAKRIFAT ITU HILANG SEPERTI APA YG TERJADI PADA HARI INI..

    Like

  2. Salam Tuan Haji Sesungguh Ilmu Makrifat adalah Ilmu Orang Yang sudah mati ,maka apabila hendak bercerita dan diperdengarkan pun kepada orang mati juga jika tidak jadilah seperti orang yang menuduh orang ni sesat . jika masih ada keakuan bagaimana nak cerita tentang perkara 2 yang halus seperti ilmu makrifat (Ilmu orang Yang mati- ilmu orang yang tak wujud yang wujud allah semata- mata . Nak Cerita apa depa masih ternampak sifat aku lagi pakai tak ceritalah .

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s