Panggilan Dari Padang Besar Pelis

Jam dinding menunjukkan kurang lebih pukul 12.00 tengah hari, semasa saya baru masuk rumah dari Kuala Lumpur, tiba-tiba telinga ini dikejutkan dengan bunyi deringan talipon. Kali pertama deringan talipon,  saya tidak sempat jawab kerana talinnya terputus. Kali kedua dering, sya jawab dengnan salam, ternyata saya dapat pnggilan (talian 019-5189 667) dari seorang peminat Kitab Tok Kenali yang berasal dari Padang Besar Perlis.

Apa yang menjadi kenangan besar bagi saya, adalah apabila beliau menceritakan tentang mimpinya bertemu dengan ayahnda saya (Mohd Yusof Cik Wook) dan mimpi berjumpa dengan Tok Kenali.

Menurut beliau, beliau adalah pebaca kitab. Kedua-dua kitab mengenal diri dan mengenal Allah,  telah habis dibaca, tetapi beliau tidak boleh faham bab mengenal diri melalui tidur!. Berulang kali di baca kitab dan berulang kalil melihat siri ceramah saya melalui dvd, bab mengenal diri melalui tidur, tidak mendatangkan faham.

Lalu menurut beliau, sewaktu beliau tidur, beliau bermimpi. Dalam mimpi itu, beliau berjumpa dengan ayahnda Mohd Yusof Cik Wook. Ayahnda bertanya kepada beliau, apakah yang kamu cari?. Beliau menjawab, saya mahu belajar mengenal diri melalui tidur (setelah tidak faham, biarpun berkali-kali menonton siri ceramah melalui dvd). Lalu ayahnda Mohd Yusof Cik Wook berkata, jika kamu hendak belajar mengenal diri melalui tidur, hendaklah kamu sendiri bertanya kepada Tok Kenali.

Lalu dalam mimpiinya, beliau bertanya persoalan itu kepada Tok Kenali sendiri. Menjawablah Tok Kenali, “cuba kamu cari diri kamu?, kemana perginya diri kamu?, sekarang kamu cuba cari, kemana perginya diri kmu?”. Beliaupun menacri dirinya didalam mimpi itu, namun tidak jumpa. Bertanya lagi Tok Kenali, kemana perginya diri kamu?. Cuba kamu cari diri kamu kemana perginya diri kamu?. Dalam mimpi itu, beliau berusaha mencai dirinya, namun tidak berjumpa!.

Setelah banggkit dari tidur, yang asalnya beliau tidak faham erti menyerah diri melalui kiasan tidur, kini beliau menalipon saya, bahawa sekarang ini beliau benar-benar faham erti menyerah diri sebagaimana peristiwa tidur. Kata beliau , diri kita yang sebenar-benarnya adalah, “tidak ada”. Beliau sebelum ini ada sms menceritakan yang beliau tidak faham, namun pada hari ini, beliau talipon saya, yang mengatakan bahawa sekarang baru dia faham erti mengenal diri melalui tidur!.

Kisah ini, adalah kisah benar dari mulut seorang yang sudah 7 tahun mencari jalan makrifat. Setelah berkenalan dengan siri ceramah saya melalui dvd, pencarian selama 7 tahun, kini sudah berakhir. Selama 7 tahun mencari diri, kini beliau sudah berjumpa dengan diri beliau. Yang disangggka hilang itu, sebenarnya ada pada diri beliau sendiri. Yang dicari itu, sesungguhnya adalah diri kita sendiri!.

“wafi anfusikum, afala tup sirun” (tidakkah kamu tilik pada diri kamu sendiri?). Carilah diri pada diri kita sendiri. Setelah bertemu dengan apa yang kita cari selama ini, apa yang kita temui itu, sesungunya “tidak ada”.  Kita akan bertemu dengan penemuan yang tidak ada!.

Penamat kepada pertemuan itu, setelah tidak ada apa-apa lagi yang hendak ditemukan!. Penamat pencarian itu, setelah tidak apa-apa lagi yang hendak dicari. Yang dicari itu, adalah juga yang mencari. Cincin yang disanggka hilang itu, sesungguhnya perkara yang sudah sedia terlekat dijari!.

Ilmu yang saya turunkan ini, adalah ilmu yang berasal dari Tok Kenali. Orang lain atau guru-guru lain, hanya sekadar menunjuk jalan, tetapi tidak seorangppun yang boleh bawa  kita sampai ketempat yang dituju! (mereka hanya sekadar menunjuk jalan). Adapun ilmu yang saya ajar ini, adalah ilmu yang bukan sahaja sekadar tunjuk jalan, tetapi ilmu yang sampai kepada tahap bertemu tempat duduk!.

Guru-guru syariaat atau guru-guru feqah, hanya bercerita buah itu manis, tetapi tidak pernah memberi kita makan untuk dirasa samada manis atau masam!. Hanya menunjuk jalan, jalan itu dan jalan ini, tetapi tidak pernah membawa kita sampai ke tahap makan!.

Ilmu Tok Kenali, adalah ilmu yang boleh membawa tuan-tuan sampai kepada tempat yang dituju (tempat makkan buah) yang tahu masam atau manisnya buah!. Buah manis tempat yang kita semua nak tuju itu, adalah tempat yang tidak bersuara dan tempat yang tidak berhuruf.

Untuk berjumpa dengan tempat yang tidak berhuruf dan tempat yang tidak bersuara itu, adalah pada “diri yang sudah tidak ada!”. Kita akan berjumpa tempat yang tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, setlah kita sampai kepada tahap “tidak lagi ada keberadan diri” (diri sudah mati, lebur, binasa, karam, tengelam, hilang, ghaib dan hangus terbakar dalam wajah Allah).

Kita akan mengenal dan kita akan ampai kepada tempat yang tidak berhuruf dan tempat yang tidak bersuara itu, setelah diri kita tidak ada. Selagi ada diri, biarpun 67 kali kiamat, tuan-uan tidak akan sekali-kali berjumpa Allah………………

Carilah perkara sehingga tidak berjumpa perkara, disitulah nantinya tuan-tuan akan berjumpa dengan sebenar-benar perkara!. Yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim!.

Diwaktu tuan-tuan tidur, apakah lagi ada suara, apakah lagi ada huruf dan apakah lagi ada jirim atau jisim?. Cuba jawab?………………..

Jadikanlah diri tuan-tuan itu sebagai mana sewaktu tidur, barulah berjumpa tempat yang tidak bertempat!, tidak berjirim dan tempat yang tidak berjisim.

Jangan hanya tahu cakap sahaja, yang Allah itu ada, mana Allah?………..cuba jawab?…………………mana Allah. Semua kata Alah itu ada, Allah pengasih, Allah penyayang, mana Allah?………………….cuba jawab?………………………..

Guru feqah hanya menunjuk jalan, tetapi sebenar-benar yang dikatakan guru makrifat itu, bukan setakat menunjuk jalan atau bukan setakat tahu bercakap tetapi benar-benar membawa kita sampai kepada memperlihatkan tempat dituju, sesudah sampai tempat dituju, diperlihatkan lagi tempat duduk dan sampai kepada tahap bertemu dengan orang yang kita cari selama ini. Iaitu orang yang tidak berhuruf dan orang yang tidak bersuara………………….

Jika tuan-tuan nak keterangan lebih lanjut laggi siila cal talian 019-5189 667

Advertisements

17 Replies to “Panggilan Dari Padang Besar Pelis”

      1. moga2 ilmu ini bkn setakat ilmu,tetapi biarlah ilmu ini dapat di”rasa” oleh saya sendiri… insyallah

        Like

      2. Aku Itu Engkau & Engkau Itu Aku,
        Tiada Aku Melainkan Engkau,
        Tiada Lain Selain Engkau,
        Engkau Tetap Esa Ya Tuhan Dengan Ujud Mu Yang Tersendiri,
        Rupanya Telah Lama Sang Diri Kembali Ke Rahmatullah,
        Dalam Tidur Diri Diberitahu Lenyap, Punah
        Semua Amal Yang Dirasa, Disangka,
        Milik & Usaha Sang Diri Selama Ini,
        Maha Benar Diri TIADA Melainkan DIA Jua AdaNya…

        Like

  1. salam tuan haji shaari; sungguh manis ilmu yang tuan curahkan pada kami.., sejak saya membaca buku tuan dan mengenal tuan, hati kecil saya telah berkata inilah ilmu yang saya cari cari sejak 12 tahun saya mempelajari ilmu makrifah…dan inilah penghujung-nya kerana apa yg kita cari itu sebenarnya dah kita pikul, rasa dan dimiliki..

    Like

  2. Assalamualaikum ustaz..sungguh menarik kisah ini..sempena hari israk mikraj pada hari ini, sy minta ustaz mengarang tentang hakikat sebenar israk mikraj..terima kasih ustaz

    Like

  3. Salam tuan arif. Hambo faqir yg jahil ini nak numpang tanya. Ada ilmu makrifat nak kena masuk alam dulu baru kenal Allah macam ajaran martabat 7. Sedangkan Allah tidak di dalam alam tidak diluar alam. Ilmu dalam kitab tuk kenali karya tuan arif nampaknya lebih dekat dan mudah, lebih jelas lebih terang serta tak perlu banyak kaji soal jawab, yakin ianya ada di dalam diri yakni mengenal diri dalam tidur. Dalam tidur kita tak duduk dalam alam tak pula luar alam. Jadi tempatnya adalah rahsia dan orang lain pun tak tahu. Tak tahu itulah dikatakan mengenal diri rata-rata. Kalau saya silap mohon dirotankan saya ini tuan arif. Buah cempedak di luar pagar, hambo dah tuo baru nak belajor.

    Like

  4. Salam Tn Guru,

    Saya sudahpun membayar dan kitab Tuan dalam perjalanan kepada saya .

    Boleh tolong jawab persoalan saya semalam yang dikemukan .Ini adalah penting untuk saya dalam perjalanan saya mencari yang Allah Ya latif.

    1. Adakah amalan kebanyakan tarikat sebelum zikir untuk membayangkan wajah syeikh atau menyeru syeikh 2 tariket masing2 dikira syirik atau pun tidak?

    Kerjasama Tn Guru dalam memberikan pendapat amatlah dihargai.

    Terima kasih.

    Hamba Allah

    Like

    1. Saya tidak suka merendah2kan ajaran torikat orang, krn saya tidak tahu perjalanannya. Namun bagi pandangan saya yg bodoh ini, kenapa kita harus bayangkan wajah guru, kenapa tidak terus bayangkan Allah?. Apa ada pada seorang guru, guru itu hanya sekadar alat untuk meyampaikan sesuatu ilmu, yang mana ilmu yang hendak diajarkan olehnya itu, adalah ilmu yang telah siap tertulis oleh Allah sejak azali. Ilmu yang guru ajar guru itu, bukan ilmu milik guru, tetapi ilmu yang diajar oleh para guru itu, adalah yang Allah sudah siap tulis sejak azali!. Setiap ilmu itu, bukan milik guru, tetapi milik Allah, jadi buat apa nak ingat atau nak kita bayangkan wajah guru!.

      Guru sekadar peyampai, tidak lebih dr itu. Jika kita bayangkan wajah guru kita, bagaimana pula wajah guru kepada guru kita?.Dan bagamana pula dengan wajah guru kepada guru, kepada guru, kepada guru dan guru-guru terdahulu?. Tidak mungkin guru kita pandai sendiri tanpa guru terdahuluu (guru kepada guru kita) yang meyampaikannya terlebih dahulu!.

      Sebagai perumpamaan atau contoh: Buah yang kita makan itu, bukan ibu bapa kita yang tanam, buah yang kita makan itu, adalah dari pohon yang ditanam oleh arwah atuk kita, kenapa kita nak bayangkan wajah ibu bapa kita, sedangkan atuk kita yang tanam pokok buah itu, kenapa tidak kita ingat terus kepada atuk kita?., kenapa nak bayangkan wajah mak bapa kita, sedangkan yang tanam pokok buah itu adalah atuk kita!.

      Saya kira lebih baik dari awal sehingga akhir, kita ingatkan kepada Allah Taala. Apa ada pada wajah guru, sedangkan guru-guru yang lain lebih hebat dari guru kita?. Jadi jangan taksub kepada seorang guru. itu makanya Tok Kenali sarankan anak murinya berguru dengan ramai guru, supaya tidak taksub. kerana taksub itu boleh menghampiri syirik.

      Hukum bagi sesiapa yang ingat kepada selain Allah itu, adala syirik, malahan ada yang berani menghukum dirinya kafir bila ingat selain Allah, biarpun sesaat!.

      Berhati-hatilah dalam berrtorikat!……………………….

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s