Patutkah Sebelum Berzikir, Kita Kena Bayangkan Wajah Guru Kita?

Saya mendapat pertanyaan dari seorang peminat blog, yang bertanyakan persoalan itu. Mari kita kongsi pengalaman itu.

Submitted on 2013/06/06 at 9:54 pm | In reply to Sue Noor.

Saya tidak suka merendah2kan ajaran torikat orang, krn saya tidak tahu perjalanannya. Namun bagi pandangan saya yg bodoh ini, kenapa kita harus bayangkan wajah guru, kenapa tidak terus bayangkan Allah?. Apa ada pada seorang guru, guru itu hanya sekadar alat untuk meyampaikan sesuatu ilmu, yang mana ilmu yang hendak diajarkan olehnya itu, adalah ilmu yang telah siap tertulis oleh Allah sejak azali.

Ilmu yang guru ajar guru itu, sebagaimana ilmu yang saya ajar kepada tuan-tuan ini,,  bukan ilmu milik guru atau bukan ilmu milik saya tetapi ilmu yang diajar oleh para guru atau yang diajar oleh saya itu, adalah ilmu yang telah Allah siap tulis sejak azali!. Setiap ilmu itu, bukan milik guru, tetapi setiap ilmu itu, adalah milik Allah, jadi buat apa nak ingat atau nak kita bayangkan wajah guru!.

Guru sekadar peyampai, tidak lebih dr itu. Jika kita bayangkan wajah guru kita, bagaimana pula wajah guru kepada guru kita?.Dan bagamana pula dengan wajah guru kepada guru, kepada guru, kepada guru dan guru-guru terdahulu?. Tidak mungkin guru kita pandai sendiri tanpa guru terdahuluu (guru kepada guru kita) yang meyampaikannya terlebih dahulu!.

Sebagai perumpamaan atau contoh: Buah yang kita makan itu, bukan ibu bapa kita yang tanam, buah yang kita makan itu, adalah dari pohon yang ditanam oleh arwah atuk kita, kenapa kita nak bayangkan wajah ibu bapa kita, sedangkan atuk kita yang tanam pokok buah itu, kenapa tidak kita ingat terus kepada atuk kita?., kenapa nak bayangkan wajah mak bapa kita, sedangkan yang tanam pokok buah itu adalah atuk kita!.

Saya kira lebih baik dari awal sehingga akhir, kita ingatkan kepada Allah Taala. Tidak perlu kita ingat atau bayangkan wajah guru sebelum berzikir!.  Apa ada pada wajah guru, sedangkan guru-guru yang lain lebih hebat dari guru kita?. Jadi jangan taksub kepada seorang guru. itu makanya Tok Kenali sarankan anak murinya berguru dengan ramai guru, supaya tidak taksub. kerana taksub itu boleh menghampiri syirik.

Hukum bagi sesiapa yang ingat kepada selain Allah itu, adala syirik, malahan ada yang berani menghukum dirinya kafir bila ingat selain Allah, biarpun sesaat!.

Berhati-hatilah dalam berrtorikat!……………………….

18 Replies to “Patutkah Sebelum Berzikir, Kita Kena Bayangkan Wajah Guru Kita?”

  1. Tapi bukankah wajah guru juga adalah wajah Allah? Macam tuan sendiri telah ceritakan sama macam padang bola. Dipandang sudut mana pun tetap bersama. Macam mana rupa bayang2 begitulah rupa yang empunya diri sebenar. Jika nak bayangkan wajah Allah yang mutlak manalah mungkin sebab Allah pun tak berupa. Jadi rupa guru itulah bayangan rupa Allah. Maka apa salahnya membayangkan rupa guru itu sebagai untuk mengenali rupa Allah?

    Like

  2. 100 % diterima -Sangat betul.
    Namun membayangkan rupa guru tu bagi sesetengah torikat, iaitu perjalanan peringkat terlalu “bawah’, budak baru belajar. Sampai suatu masa nnti rupa itu hilang….
    Memang jalan torikat itu banyak sifir2 yg menyusahkan…
    Tapi bagi org2 torikat itu perlu.
    Semuanya nak menuju kpd Allah…
    Yg sedihnya kebanyakan yg bertorikat ini TAK kesampaian… DIRI Adam pun TAK kenal….yg dipuja hanya “GURU”….

    Like

  3. TAK BOLEH BAYANGKAN WAJAH GURU SEMASA BERZIKIR, kerna berzikir untuk mengingati Allah dan bukan nak ingat guru. Kalau tak, mesti nabi2 yang lalu telah berpesan pada umat agar membayangkan wajahnya semasa berzikir. Sedangkan wajah rasullallah jauh lebih mulia dari wajah guru2 tarekat mana sekali pun.
    Kalau dibayangkan juga, kita akan mengalami loncatan jiwa yang mengelirukan kita dengan makrifat kepada Allah. Sedangkan loncatan jiwa adalah fenomena sejagat yang Allah sediakan untuk semua orang tak kira ada atau tiada agama . (rujuk “BERGURU KEPADA ALLAH”- Ust Abu Sangkan).
    Kalau alasan kita bayangkan wajah guru kerna guru masih hidup, tapi kalau guru mati semasa kita mengamalkan zikir, nak kena bayang wajah sape plak.
    Kalau dibayangkan juga wajah guru, Kita akan mengalami fenomena sama dengan pengamal meditasi agama2 lain, sebab masing2 ada fokus eg fokus pd :-

    ( 1) BUNYI :- – tak kira bunyi apa, asal monotone – bunyi dihasilkan suara sendiri, bunyi alatan, bunyi aliran air, bunyi sebutan nama dll.
    Yang dimaksudkan dengan bunyi ialah samada kita keluarkan bunyi atau kita dengar saja dengan fokus.

    (2) GAMBAR atau GAMBARAN : – (a) wajah apa2, eg wajah orang, wajah binatang, wajah sendiri depan cermin, wajah sendiri yang dibayangkan, WAJAH GURU YG dibayangkan. (b)wajah lain selain muka orang.- Huruf (huruf nama tuhan), Rajah, titik, cahaya lilin, hidung sendiri (fokus pada hidung sendiri. Itu pun kalau hidung mancung.)dll

    Gambar yang dimaksudkan ialah dengan melihat atau mengambarkan dalam minda.
    Ringkasnya ialah BUNYI DAN GAMBAR.
    Fenomena sains yang dinamakan “GOD SPOT” adalah hasil zikir fokus semua agama agama. Maka keluarlah satu kenyataan dari majalah sains barat , “MANA2 AGAMA ADALAH SAMA”. Kajian ini bibuat oleh sarjana barat bangsa Hindi bernama Dr Ramachandran. (rujuk “SPIRITUAL SALAH KAPRAH – UST ABU SANGKAN)

    pertapa hindu fokus pd- bunyi “aum” atau wajah berhala dirumah atau kuil mereka
    Pertapa kebatinan dan “tenaga dalam” fokus pd – rajah2, titik hitam, cahaya lilin bunyi, wajah dicermin , bayangan wajah sendiri yg dikhayalkan dll (mereka mesti pilih satu fokus saja, kalau byk tak blaku fenomena loncatan jiwa)

    Pertapa budhha fokus pd – wajah gautama budhha
    Tarekat fokus pd – wajah guru
    – sebutan ATAU BUNYI zikir
    – Huruf zikir (ada pd الله, ada pd لا )
    – Ada FOKUS pada titik2 dibadan sambil berzikir ( macam titik chakra meditasi Hindu).

    SEDANGKAN ALLAH ADALAH TAK BOLEH DIBAYANGKAN DENGAN APA2 PUN.

    MANAKALA TUJUAN ZIKIR UNTUK INGAT PADANYA.

    SEDANGKAN BAL AM BIN BA URA DAN BARSISA DUA WALI YANG AGUNG BOLEH MASUK NERAKA BEGITU JUGA AZAZIL.

    YANG BOLEH MENYELAMATKAN KITA HANYALAH ALLAH DAN DIA LEBIH DEKAT DARI URAT LEHER KITA SENDIRI.

    SAYA BERI MAKLUMAT DAN TUAN2 PIKIR SENDIRI.

    Cuma saya nak tanya , mana saya boleh beli buku TUAN HJ SHAARI MOHD YUSUF “MAKRIFAT TOK KENALI”di Kelantan. Saya tinggal di Pasir Mas.

    Like

      1. 1.Mohon jasa baik Tuan guru memberi penjelasan kerana saya hamba keliru dan jahil berkenaan dengan artikel dibawah ini.
        Penjelasan Tentang Rabitah Bagi Yang Ingin Mengetahui.
        Sedikit penjelasan mengenai Rābiṭah yang mana akhir-akhir ini ada orang mempersoalkan tentang rābiṭah. Bukan menegakkan benda yang sudah ada akan tetapi memberitahu bahawa amalan ini sudah lama ada cuma kita saja yang tidak tahu dan tidak ambil peduli. Kita lebih suka menunding jari perkara yang kita tahu. Dalam masa yang sama kita tidak sedar kita masih lagi awwam dalam banyak perkara agama tetapi berlagak memberi fatwa menyesatkan tok-tok guru yang sudah lama menekuni ilmu tasawuf. Keterangan ini saya petik dari buku Dhiyaul Murid Syeikh Daud al-Fathani Pedoman Zikir Menuju Ilahi. Moga-moga terlerai benang yang kusut, lurus rambut yang masai dan terbit bauan harum dari ikhtilaf.

        Pengertian rabithah jika diertikan dalam bahasa Melayu ialah “mengkhayalkan rupa guru ketika berzikir atau pada waktu selainnya”. Mengenai yang tersebut ini selalu dikecam oleh golongan reformis atau tajdid atau pembaru Islam masa kini. Oleh itu saya berasa perlu memberikan penjelasan mengenainya walaupun penjelasan yang agak ringkas pernah saya tulis dalam buku Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-tokohnya di Nusantara (Al-Ikhlas, Surabaya, 1980, hlm. 161-169). Rabithah atau mengkhayalkan rupa guru juga disebut oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di dalam kitab Dhiyaul Murid yang ditransliterasi ini (lihat adab ketika berzikir urutan keempat belas). Mengenai yang tersebut bukanlah merupakan pendapat Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani tetapi adalah menjadi ketentuan dan pegangan semua ulama tasawuf atau tegasnya telah ijma’ atau ittifaq di kalangan mereka. Tidak terdapat seorang pun ulama tasawuf yang mengamalkan thariqat menolak perkara rabithah itu. Sebelum memberikan keterangan lanjut mengenai rabithah, di bawah saya saya sebutkan beberapa orang ulama mu’tabar yang membicarakan rabithah sedang mereka tidak menolaknya, di antara mereka ialah:
        1) Syeikh Abdul Wahhab al-Sya’rani di dalam Madarijus Salikin dan al-Bahrul Maurud

        2) Syeikh ‘Athaullah al-Askandari asy-Shazili di dalam Miftahul Falah

        3) Syeikh Tajuddin al-Hanafi di dalam at-Tajiyah

        4) Syeikh Ibnu Abi Daud al-Hanbali di dalam Tuhfatul ‘Ibad

        5) Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ Ulumid Din

        6) Syeikh Utsman Wahabi di dalam ad-Durrul Ghali

        7) As-Saiyid Abdullah al-‘Aidrus bin Saiyid Abi Bakar as-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf di dalam Zahwul Mabasim

        8) Saiyid Abdul Qadir al-‘Aidrus

        9) Syeikh Ali al-Hanafi al-Idrisi di dalam ar-Risalatul Maimuniyah fi Tauhidil Jurumiyah

        10) As-Saiyid Muhammad bin Abdul Karim as-Sammani al-Madani di dalam an-Nafahatul Ilahiyah

        11) Syeikh Adh-Dhiyauddin al-Kamasykhanawi an-Naqsyabandi di dalam Mutammimat Jami’il Ushul fi Aulia’ dan ramai lagi.

        Dikalangan ulama mu’tabar dunia Melayu yang membicarakan perihal rabithah dan membenarkannya, antaranya ialah:

        1) Syeikh Nuruddin ar-Raniri di dalam Jawahirul Ulum.

        2) Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri di dalam Kifayatul Muhtajin dan ‘Umdatul Muhtajin

        3) Syeikh Faqih Jalaluddin bin Kamaluddin al-Asyi di dalam Manzharul Ajla

        4) Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani di dalam Hidayatus Salikin

        5) Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di dalam Dhiyaul Murid

        6) Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minankabawi di dalam terjemahan ar-Rahmatul Habithah fi Zikriz Zati war Rabithah

        7) Syeikh Nawawi al-Bantani di dalam Targhibul Musytaqin

        8) Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar as-Sambasi an-Naqshbandi wal Qadiri di dalam imlak Fat-hul Arifin, dan ramai lagi.

        Perlu disebutkan di sini bahawa baik ulama dunia luar atau pun ulama dunia Melayu ada yang membicarakan kedua-dua jenis rabithah, iaitu rabithah langsung kepada Rasulullah SAW dan rabithah kepada Syeikh Mursyid. Ada yang membicarakan salah satu dari kedua-duanya. Dengan disebutkan nama beberapa orang ulama yang terkenal dan kitab-kitab mereka jelaslah bahawa permasalahan rabithah adalah bersumber dari ulama-ulama mu’tabar Islam bukan direka-reka oleh orang jahil atau dari luar agama Islam. Oleh itu tiada alternatif lain melainkan bagi orang-orang yang benar-benar menerima sesuatu thariqat daripada Syeikh Mursyid atau yang benar-benar ahli dalam displin ilmu tersebut, hanyalah mematuhi atau mengikut yang telah digariskan oleh ulama. Tiadalah patut bagi seseorang pengamal sesuatu thariqat mengikut jalan fikirannya sendiri, betul menurutnya, tetapi ditunggangi oleh hawa nafsu dan syaitan sehingga membantah atau meragui keterangan-keterangan ulama mu’tabar yang telah berabad-abad menjadi pengangan dan ikutan sebahagian besar umat Islam baik di dunia antarabangsa mau pun dunia Melayu. Juga tiada patut pengamal suatu thariqat menerima sesuatu fatwa atau pendapat siapa saja, yang terdiri dari cerdik cendekiawan, intelektual, ahli ilmu, penguasa dan lain-lain golongan sedangkan mereka tidak pernah mendapat pendidikan dalam bidang thariqat shufiyyah, apabila fatwa dan pendapat mereka itu bertentangan atau bercanggah dengan fatwa dan pendapat para ulama mu’tabar yang sedia ada. Ulama mu’tabar dalam dispilin thariqat shufiyyah sangat ramai tetapi buat sementara waktu hanya sedikit saja nama mereka diperkenalkan seperti yang telah disebutkan di atas. Mengenai takrif istilah rabithah yang menghendaki huraian yang sangat panjang dan detail berdasar dari dalil-dalil al-Qur’an, Hadith, pendapat para ulama serta tafsiran-tafsiran menurut mereka itu belum perlu saya bicarakan di sini, insya’ Allah akan dibicarakan di kesempatan lain.

        Walau bagaimana pun untuk lebih dapat bertambah jelas di bawah ini saya petik kembali tulisan saya yang pernah dalam buku Perkembangan Tasawuf kemudian dibuat lagi penambahan-penambahan baru. Petikan “…sehingga generasi kini lancang dan terlanjur menuduh merabithahkan Syeikh yang dilakukan oleh golongan thariqat shufiyyah itu adalah syirik, kerana menyembah guru, katanya. Padahal sampai sekarang belum kita ketemukan bahawa seorang pun pengikut shufi yang mengi’tiqadkan demikian. Saya, penulis buku ini berkesimpulan bahawa mempelajari ilmu pengetahuan dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu belajar secara lahiriyah. Iaitulah memerlukan guru, murid berhadapan dengan guru, atau membaca buku dan sebagainya. Jalan yang satu lagi ialah berguru secara batiniyah seperti yang dilakukan oleh golongan shufi. Golongan kedua ini selain belajar dengan guru secara lahir dan membaca kitab atau buku namun mereka belajar pula secara batin, iaitu rohaniyahnya bertemu dengan rohaniyah syeikhnya. Rohaniyah bertemu secara rohaniyah itu bukanlah beerti menyembah kepada guru. Jika demikian itu dianggap syirik, apakah belajar secara biasa, iaitu guru berada di hadapan atau membaca buku juga dihitung menyembah guru atau menyembah buku dibaca itu? Dari kerananya rabithah yang dilakukan oleh golongan shufi tadi janganlah anda lekas menuduh mereka telah melakukan syirik yang diharamkan syurga bagi golongan syirik itu, seperti yang telah difirmankan oleh Allah Ta’ala”. (Dirakamkan kembali dari buku yang tersebut dengan beberapa tambahan dan pembetulan, lihat terbitan Al-Ikhlas, Surabaya, hlm. 168 tahun 1980).

        Di bawah ini pula saya ingin menambah pandangan saya dari yang tersebut di atas, supaya bertambah jelas. Bahawa melakukan rabithah atau mengkhayal rupa guru ketika akan berzikir itu bukanlah sama pengertiannya dengan menyembah seperti yang banyak dituduh oleh golongan yang tidak pernah mempelajari perkara itu kepada ahlinya. Dan tidak sama juga pendapat atau tuduhan bahawa rabithah itu adalah sebagai rekomendasi seseorang Syeikh Mursyid untuk muridnya menuju kepada Allah. Cubalah anda fikirkan dan renungkan sejenak, bahawa tiada seorang insan pun dalam dunia ini yang terlepas daripada khayalan di otak atau hatinya baik di luar ibadat maupun ketika akan melakukan ibadat, sedang melakukannya atau pun setelah mengerjakan ibadat itu. Orang yang terlalu banyak khayalnya di dalam ibadat dinamakan melakukan ibadat tidak khusyu’. Seseorang pemuda yang sedang dilanda dan dilamun oleh alam percintaan dengan seseorang perempuan apabila dia akan melakukan sembahyang tak dapat dinafikan bahawa rupa perempuan yang dicintainya akan Nampak di dalam khayalnya. Seseorang yang akan menerima wang dalam jumlah yang banyak dalam khayalnya akan terbayang wang itu walaupun dia dalam sembahyang. Seseorang yang akan dibunuh oleh musuhnya walaupun dia berusaha menghilangkan ingatannya terhadap musuh itu namun pasti tidak akan dapat menghilangkannya. Banyak lagi contoh-contoh yang lain, apakah yang demikian itu tidak dianggap syirik? Kenapa orang yang melakukan rabithah dianggap syirik? Sedangkan yang mereka ingat hanyalah guru mereka, Syeikh Mursyid, dan memang ada diikut, iaitu ulama-ulama mu’tabar yang telah disebutkan. Lagi pula yang dimaksudkan dengan rabithah itu adalah ketika akan memulakan zikir bukan dalam sembahyang. Apabila secara rohaniyah antara yang berzikir dengan Syeikh Mursyid telah bertemu di alam arwah (alam Malakut) mereka berzikir bersama-sama, ibadat sama-sama, berdoa bersama-sama. Hal ini tak ubahnya dengan kita beribadat secara berjama’ah dalam upacara-upacara peribadatan secara biasa (zahir). Dalam sembahyang berjama’ah ada imam dan ada ma’mum, dalam melakukan zikir menurut thariqat, ada yang dinamakan murid dan ada yang dinamakan Syeikh Mursyid. Kalaulah pertemuan secara rohaniyah seperti yang telah diuraikan di atas dipandang sebagai syirik, maka tentunya pertemuan secara zahiriyah juga adalah syirik.

        Jika kita kaji dalam kejadian insan pula apakah kita dapat menafikan bahawa insan itu terdiri dari jasmani dan rohani? Hanyalah orang-orang abnormal saja yang tidak mempercayai adanya rohani dan roh itu. Sewaktu kita bertemu atau berkumpul di alam nyata (alam syahadah) apakah ketika itu kita juga bertemu di alam ghaib (alam arwah atau alam Malakut) secara serentak kedua-duanya sekali dalam satu waktu? Sekiranya serentak dalam satu waktu kenapa dalam pertemuan zahiriyah kita tidak pernah mengenal alam arwah atau alam Malakut itu? Jadi jelaslah bahawa dalam pertemuan kita setiap hari hanyalah kita bertemu atau berkomunikasi dengan makhluk-makhluk Allah yang bersifat jasmani saja bukan yang bersifat rohani. Jadi kalau demikian di manakah roh kita berada setiap hari? Sedangkan kita beribadat kepada Allah memerlukan jasmani dan rohani. Ibadat rohani adalah berpunca daripada pembersihan rohani itu sendiri. Dalam peribadatan seharian kita memerlukan pengajaran guru, oleh itu dalam ibadat yang dibangsakan kepada rohani atau perjalanan roh atau qalbi (hati) kita memerlukan bimbingan Syeikh Mursyid yang benar-benar faham dengan perkara itu, sedang Syeikh Mursyid itu adalah telah memenuhi syarat-syarat thariqatnya. Kecintaan seorang murid terhadap Syeikh Mursyidnya itulah yang menyebabkan komunikasi antara murid dengan Syeikh dapat bertemu di alam arwah atau alam Malakut sewaktu akan memulakan zikir atau pun pada waktu-waktu lainnya. Itulah yang dialami oleh sekian ramai ulama sufi. Sangat banyak kitab yang membicarakan perkara rabithah itu, yang beberapa buah diantaranya telah saya sebut di atas.

        Untuk rujukan dalam Kitab “Dhiyaul Murid” ada menyebut, dalam Fashal Yang Ketiga: Pada Menyatakan Adab Zikir (الفصل الثالث في آدابها):

        Perkara Empat Belas

        Bahawa mengkhayalkan rupa syeikhnya pada antara dua matanya. Maka itu terlebih sangat muakkad bagi memberi bekas. Maka dihadirkan rupa syeikhnya pada hatinya, dan menuntut penolong daripadanya. Dan dilihat bahawasanya ia penolong daripada penolong Nabi kita. Dan hati Nabi SAW selama-lamanya berhadap kepada hadhrat Tuhannya. Maka apabila dikerjakan yang demikian itu, maka limpah pertolongan “al-Ilahiyyah” daripada “Hadrat Ilahiyyah” kepada hati penghulu kita. Dan daripada hati kita Nabi Muhammad SAW kepada segala hati masyaikh daripada satu kepada satu hingga sampai kepada berzikir itu. Maka jadi dapat pertolongan dan mendapat pemberian Allah pada kita jika ada benar hatinya. Dan terkadang didapatnya pada lambungnya dan segala sendinya bagai sakit, dan jahil sedikit pada hatinya pada sir panas.

        Sumber:
        Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah.1996. Dhiyaul Murid Syeikh Daud al-Fathani Pedoman Zikir Menuju Ilahi. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

        Like

  4. salam tuan, maaf saya sekadar melontar pandangan, bagi saya amalan rabitah atau membayangkan wajah guru ini tak ada kaitannya dgn unsur kesyirikan..ini adalah amalan para ulama muktabar sejak dari zaman salaf lagi. ia termasuk tawassul yang harus dan doa. jika dikatakan perbuatan sebegini syirik , maka alangkah ramainya para ulama yang dh syirik!!

    Like

  5. Asalamualikum ..Tn guru yang dikasihi lagi dihormati…!!Apa makna Rabitah ..? Apakah hukum Rabitah..? apakah jalan mengenal tuhan tidak perlu bertariqat..?

    Like

      1. Asalamulaikum..Tuan guru yang dikasihi semoga kita dirahmati Allah .terima kasih atas ilmu yang dicurah.Saya hamba yang jahil mohon tuan guru beri penjelasan tentang rabitah dibawah.Bagaimana nak bayangkan Allah sedangkan Allah itu firmanNya didlm Al-Quran, Surah Asy-Syura’ Juz: 25, ayat ke 11: yg berbunyi “Laisakamis lihi syai’un wahuwassamie’ul bashir”
        (Ertinya: Tiada Dia (Allah Ta’ala) itu menyerupai barang sesuatu jua pun, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat)

        Sedikit penjelasan mengenai Rābiṭah yang mana akhir-akhir ini ada orang mempersoalkaun tentang rābiṭah. Bukan menegakkan benda yang sudah ada akan tetapi memberitahu bahawa amalan ini sudah lama ada cuma kita saja yang tidak tahu dan tidak ambil peduli. Kita lebih suka menunding jari perkara yang kita tahu. Dalam masa yang sama kita tidak sedar kita masih lagi awwam dalam banyak perkara agama tetapi berlagak memberi fatwa menyesatkan tok-tok guru yang sudah lama menekuni ilmu tasawuf. Keterangan ini saya petik dari buku Dhiyaul Murid Syeikh Daud al-Fathani Pedoman Zikir Menuju Ilahi. Moga-moga terlerai benang yang kusut, lurus rambut yang masai dan terbit bauan harum dari ikhtilaf.

        Pengertian rabithah jika diertikan dalam bahasa Melayu ialah “mengkhayalkan rupa guru ketika berzikir atau pada waktu selainnya”. Mengenai yang tersebut ini selalu dikecam oleh golongan reformis atau tajdid atau pembaru Islam masa kini. Oleh itu saya berasa perlu memberikan penjelasan mengenainya walaupun penjelasan yang agak ringkas pernah saya tulis dalam buku Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-tokohnya di Nusantara (Al-Ikhlas, Surabaya, 1980, hlm. 161-169). Rabithah atau mengkhayalkan rupa guru juga disebut oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di dalam kitab Dhiyaul Murid yang ditransliterasi ini (lihat adab ketika berzikir urutan keempat belas). Mengenai yang tersebut bukanlah merupakan pendapat Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani tetapi adalah menjadi ketentuan dan pegangan semua ulama tasawuf atau tegasnya telah ijma’ atau ittifaq di kalangan mereka. Tidak terdapat seorang pun ulama tasawuf yang mengamalkan thariqat menolak perkara rabithah itu. Sebelum memberikan keterangan lanjut mengenai rabithah, di bawah saya saya sebutkan beberapa orang ulama mu’tabar yang membicarakan rabithah sedang mereka tidak menolaknya, di antara mereka ialah:

        1) Syeikh Abdul Wahhab al-Sya’rani di dalam Madarijus Salikin dan al-Bahrul Maurud

        2) Syeikh ‘Athaullah al-Askandari asy-Shazili di dalam Miftahul Falah

        3) Syeikh Tajuddin al-Hanafi di dalam at-Tajiyah

        4) Syeikh Ibnu Abi Daud al-Hanbali di dalam Tuhfatul ‘Ibad

        5) Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ Ulumid Din

        6) Syeikh Utsman Wahabi di dalam ad-Durrul Ghali

        7) As-Saiyid Abdullah al-‘Aidrus bin Saiyid Abi Bakar as-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman as-Saqaf di dalam Zahwul Mabasim

        8) Saiyid Abdul Qadir al-‘Aidrus

        9) Syeikh Ali al-Hanafi al-Idrisi di dalam ar-Risalatul Maimuniyah fi Tauhidil Jurumiyah

        10) As-Saiyid Muhammad bin Abdul Karim as-Sammani al-Madani di dalam an-Nafahatul Ilahiyah

        11) Syeikh Adh-Dhiyauddin al-Kamasykhanawi an-Naqsyabandi di dalam Mutammimat Jami’il Ushul fi Aulia’ dan ramai lagi.

        Dikalangan ulama mu’tabar dunia Melayu yang membicarakan perihal rabithah dan membenarkannya, antaranya ialah:

        1) Syeikh Nuruddin ar-Raniri di dalam Jawahirul Ulum.

        2) Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri di dalam Kifayatul Muhtajin dan ‘Umdatul Muhtajin

        3) Syeikh Faqih Jalaluddin bin Kamaluddin al-Asyi di dalam Manzharul Ajla

        4) Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani di dalam Hidayatus Salikin

        5) Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di dalam Dhiyaul Murid

        6) Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minankabawi di dalam terjemahan ar-Rahmatul Habithah fi Zikriz Zati war Rabithah

        7) Syeikh Nawawi al-Bantani di dalam Targhibul Musytaqin

        8) Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar as-Sambasi an-Naqshbandi wal Qadiri di dalam imlak Fat-hul Arifin, dan ramai lagi.

        Perlu disebutkan di sini bahawa baik ulama dunia luar atau pun ulama dunia Melayu ada yang membicarakan kedua-dua jenis rabithah, iaitu rabithah langsung kepada Rasulullah SAW dan rabithah kepada Syeikh Mursyid. Ada yang membicarakan salah satu dari kedua-duanya. Dengan disebutkan nama beberapa orang ulama yang terkenal dan kitab-kitab mereka jelaslah bahawa permasalahan rabithah adalah bersumber dari ulama-ulama mu’tabar Islam bukan direka-reka oleh orang jahil atau dari luar agama Islam. Oleh itu tiada alternatif lain melainkan bagi orang-orang yang benar-benar menerima sesuatu thariqat daripada Syeikh Mursyid atau yang benar-benar ahli dalam displin ilmu tersebut, hanyalah mematuhi atau mengikut yang telah digariskan oleh ulama. Tiadalah patut bagi seseorang pengamal sesuatu thariqat mengikut jalan fikirannya sendiri, betul menurutnya, tetapi ditunggangi oleh hawa nafsu dan syaitan sehingga membantah atau meragui keterangan-keterangan ulama mu’tabar yang telah berabad-abad menjadi pengangan dan ikutan sebahagian besar umat Islam baik di dunia antarabangsa mau pun dunia Melayu. Juga tiada patut pengamal suatu thariqat menerima sesuatu fatwa atau pendapat siapa saja, yang terdiri dari cerdik cendekiawan, intelektual, ahli ilmu, penguasa dan lain-lain golongan sedangkan mereka tidak pernah mendapat pendidikan dalam bidang thariqat shufiyyah, apabila fatwa dan pendapat mereka itu bertentangan atau bercanggah dengan fatwa dan pendapat para ulama mu’tabar yang sedia ada. Ulama mu’tabar dalam dispilin thariqat shufiyyah sangat ramai tetapi buat sementara waktu hanya sedikit saja nama mereka diperkenalkan seperti yang telah disebutkan di atas. Mengenai takrif istilah rabithah yang menghendaki huraian yang sangat panjang dan detail berdasar dari dalil-dalil al-Qur’an, Hadith, pendapat para ulama serta tafsiran-tafsiran menurut mereka itu belum perlu saya bicarakan di sini, insya’ Allah akan dibicarakan di kesempatan lain.

        Walau bagaimana pun untuk lebih dapat bertambah jelas di bawah ini saya petik kembali tulisan saya yang pernah dalam buku Perkembangan Tasawuf kemudian dibuat lagi penambahan-penambahan baru. Petikan “…sehingga generasi kini lancang dan terlanjur menuduh merabithahkan Syeikh yang dilakukan oleh golongan thariqat shufiyyah itu adalah syirik, kerana menyembah guru, katanya. Padahal sampai sekarang belum kita ketemukan bahawa seorang pun pengikut shufi yang mengi’tiqadkan demikian. Saya, penulis buku ini berkesimpulan bahawa mempelajari ilmu pengetahuan dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu belajar secara lahiriyah. Iaitulah memerlukan guru, murid berhadapan dengan guru, atau membaca buku dan sebagainya. Jalan yang satu lagi ialah berguru secara batiniyah seperti yang dilakukan oleh golongan shufi. Golongan kedua ini selain belajar dengan guru secara lahir dan membaca kitab atau buku namun mereka belajar pula secara batin, iaitu rohaniyahnya bertemu dengan rohaniyah syeikhnya. Rohaniyah bertemu secara rohaniyah itu bukanlah beerti menyembah kepada guru. Jika demikian itu dianggap syirik, apakah belajar secara biasa, iaitu guru berada di hadapan atau membaca buku juga dihitung menyembah guru atau menyembah buku dibaca itu? Dari kerananya rabithah yang dilakukan oleh golongan shufi tadi janganlah anda lekas menuduh mereka telah melakukan syirik yang diharamkan syurga bagi golongan syirik itu, seperti yang telah difirmankan oleh Allah Ta’ala”. (Dirakamkan kembali dari buku yang tersebut dengan beberapa tambahan dan pembetulan, lihat terbitan Al-Ikhlas, Surabaya, hlm. 168 tahun 1980).

        Di bawah ini pula saya ingin menambah pandangan saya dari yang tersebut di atas, supaya bertambah jelas. Bahawa melakukan rabithah atau mengkhayal rupa guru ketika akan berzikir itu bukanlah sama pengertiannya dengan menyembah seperti yang banyak dituduh oleh golongan yang tidak pernah mempelajari perkara itu kepada ahlinya. Dan tidak sama juga pendapat atau tuduhan bahawa rabithah itu adalah sebagai rekomendasi seseorang Syeikh Mursyid untuk muridnya menuju kepada Allah. Cubalah anda fikirkan dan renungkan sejenak, bahawa tiada seorang insan pun dalam dunia ini yang terlepas daripada khayalan di otak atau hatinya baik di luar ibadat maupun ketika akan melakukan ibadat, sedang melakukannya atau pun setelah mengerjakan ibadat itu. Orang yang terlalu banyak khayalnya di dalam ibadat dinamakan melakukan ibadat tidak khusyu’. Seseorang pemuda yang sedang dilanda dan dilamun oleh alam percintaan dengan seseorang perempuan apabila dia akan melakukan sembahyang tak dapat dinafikan bahawa rupa perempuan yang dicintainya akan Nampak di dalam khayalnya. Seseorang yang akan menerima wang dalam jumlah yang banyak dalam khayalnya akan terbayang wang itu walaupun dia dalam sembahyang. Seseorang yang akan dibunuh oleh musuhnya walaupun dia berusaha menghilangkan ingatannya terhadap musuh itu namun pasti tidak akan dapat menghilangkannya. Banyak lagi contoh-contoh yang lain, apakah yang demikian itu tidak dianggap syirik? Kenapa orang yang melakukan rabithah dianggap syirik? Sedangkan yang mereka ingat hanyalah guru mereka, Syeikh Mursyid, dan memang ada diikut, iaitu ulama-ulama mu’tabar yang telah disebutkan. Lagi pula yang dimaksudkan dengan rabithah itu adalah ketika akan memulakan zikir bukan dalam sembahyang. Apabila secara rohaniyah antara yang berzikir dengan Syeikh Mursyid telah bertemu di alam arwah (alam Malakut) mereka berzikir bersama-sama, ibadat sama-sama, berdoa bersama-sama. Hal ini tak ubahnya dengan kita beribadat secara berjama’ah dalam upacara-upacara peribadatan secara biasa (zahir). Dalam sembahyang berjama’ah ada imam dan ada ma’mum, dalam melakukan zikir menurut thariqat, ada yang dinamakan murid dan ada yang dinamakan Syeikh Mursyid. Kalaulah pertemuan secara rohaniyah seperti yang telah diuraikan di atas dipandang sebagai syirik, maka tentunya pertemuan secara zahiriyah juga adalah syirik.

        Jika kita kaji dalam kejadian insan pula apakah kita dapat menafikan bahawa insan itu terdiri dari jasmani dan rohani? Hanyalah orang-orang abnormal saja yang tidak mempercayai adanya rohani dan roh itu. Sewaktu kita bertemu atau berkumpul di alam nyata (alam syahadah) apakah ketika itu kita juga bertemu di alam ghaib (alam arwah atau alam Malakut) secara serentak kedua-duanya sekali dalam satu waktu? Sekiranya serentak dalam satu waktu kenapa dalam pertemuan zahiriyah kita tidak pernah mengenal alam arwah atau alam Malakut itu? Jadi jelaslah bahawa dalam pertemuan kita setiap hari hanyalah kita bertemu atau berkomunikasi dengan makhluk-makhluk Allah yang bersifat jasmani saja bukan yang bersifat rohani. Jadi kalau demikian di manakah roh kita berada setiap hari? Sedangkan kita beribadat kepada Allah memerlukan jasmani dan rohani. Ibadat rohani adalah berpunca daripada pembersihan rohani itu sendiri. Dalam peribadatan seharian kita memerlukan pengajaran guru, oleh itu dalam ibadat yang dibangsakan kepada rohani atau perjalanan roh atau qalbi (hati) kita memerlukan bimbingan Syeikh Mursyid yang benar-benar faham dengan perkara itu, sedang Syeikh Mursyid itu adalah telah memenuhi syarat-syarat thariqatnya. Kecintaan seorang murid terhadap Syeikh Mursyidnya itulah yang menyebabkan komunikasi antara murid dengan Syeikh dapat bertemu di alam arwah atau alam Malakut sewaktu akan memulakan zikir atau pun pada waktu-waktu lainnya. Itulah yang dialami oleh sekian ramai ulama sufi. Sangat banyak kitab yang membicarakan perkara rabithah itu, yang beberapa buah diantaranya telah saya sebut di atas.

        Untuk rujukan dalam Kitab “Dhiyaul Murid” ada menyebut, dalam Fashal Yang Ketiga: Pada Menyatakan Adab Zikir (الفصل الثالث في آدابها):

        Perkara Empat Belas

        Bahawa mengkhayalkan rupa syeikhnya pada antara dua matanya. Maka itu terlebih sangat muakkad bagi memberi bekas. Maka dihadirkan rupa syeikhnya pada hatinya, dan menuntut penolong daripadanya. Dan dilihat bahawasanya ia penolong daripada penolong Nabi kita. Dan hati Nabi SAW selama-lamanya berhadap kepada hadhrat Tuhannya. Maka apabila dikerjakan yang demikian itu, maka limpah pertolongan “al-Ilahiyyah” daripada “Hadrat Ilahiyyah” kepada hati penghulu kita. Dan daripada hati kita Nabi Muhammad SAW kepada segala hati masyaikh daripada satu kepada satu hingga sampai kepada berzikir itu. Maka jadi dapat pertolongan dan mendapat pemberian Allah pada kita jika ada benar hatinya. Dan terkadang didapatnya pada lambungnya dan segala sendinya bagai sakit, dan jahil sedikit pada hatinya pada sir panas.

        Sumber:
        Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah.1996. Dhiyaul Murid Syeikh Daud al-Fathani Pedoman Zikir Menuju Ilahi. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

        Like

      2. terima kasih diatas penerangan tuan yang panjang lebar , semoga tuan dan keluarga tuan dirahmati Allah. Sy serba salah untk menjawap persoalan ini, kebimbangan menimbulkan ketidak puasan hati kepada tuan dan para pendengar sekalian.

        Untuk tidak mengecewakan peminat semua, akan sy jawap mengenai permasalahan ini dalam tajuk yang khusus (dlam blog tok kenali .com. sila rujuk disana, akan sy karang tak lama lagi (dlm masa terdekat). amin dan terima kasih kepada tuan.amin

        Like

  6. Di dalam hujah anda, anda ada menyatakan seperti berikut:

    “Namun bagi pandangan saya yg bodoh ini, kenapa kita harus bayangkan wajah guru, kenapa tidak terus bayangkan Allah?”

    Di dalam ilmu tauhid iaitu sifat 20, salah satu sifat Allah ialah, bersalah-salahan Allah itu dengan suatu yang baharu. Ia membawa maksud TIDAK ada sesuatu apa pon yang menyerupai Allah.

    Kesimpulannya, manusia TIDAK akan mampu membayangkan Allah kerana Allah TIDAK menyerupai sesuatu apa pon. Saya dapati anda tidak mempunyai asas Ilmu Tauhid yang kukuh. Ini sangat merbahaya kerana disebabkan perkara ini, Syaitan boleh memesongkan aqidah seseorang dengan mudah. Saya menyeru kepada diri saya dan juga saudara untuk memantapkan lagi ilmu Tauhid ini…Wallahua’lam.

    Like

  7. Melatih untuk fana,,,,,,,,,,,,,,mkanya wajah guru dulu dibayangin,,,nanti klo sdah wajah semuanya,,,,,,berarti sdah fana,,,,KAN WAJAH ALLAH MURID GAK TAU,,,,,,,LAGIAN MURSYID DAN ALLAH IYA JUGA KAN,,,,,
    BYK ORANG BILANG CARA INI LEBIH CEPAT DAPAT PANA(FANA BI SYAIK),,,,,NANTI GURU YG MENUNTUN LEWAT ROHANI ,,,,,,,,,
    (TAU DARI BACA) HEHEHEEEE

    TUAN,,,,GURU,,,,MAU BELI KITABNYA GIMANA,,AKU DI INDONESIA

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s